UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
Setelah lebih 10 tahun kerja, mba mendapat galakan dari kawan-kawan supaya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Memandangkan peritnya masa belajar bagi ijazah pertama dulu, galakan ini dibalas dengan senyum sinis saja. Apatah lagi rakan-rakan yang lebih geliga dan cemerlang dalam pekerjapun ada yang 3 kali temuduga masih juga belum berjaya mendapat tawaran biasiswa. Ada yang berjayapun, pulang dengan tangan kosong atau diploma lepasan ijazah saja.
Namun, oleh kerana ingin keluar dari pejabat, cuba-cuba secara suka-suka memohon jugalah buat sarjana ke universiti tempatan. Dalam temuduga pelbagai soalan dikemukakan dan ternyata mba belum bersedia. Di akhir sesi temuduga, ketua panel ajukan soalan penghabisan: "subjek yang awak nak ambil ini, lebih elok belajar di US. Jika awak mahu kita boleh pertimbangkan, tapi dengan syarat dapat top 10% universiti, bukan universiti sebarangan". Mba angguk sajalah dan berjanji akan pergi jika ditawarkan. Setelah keputusan keluar, ternyata mba ditawarkan buat sarjana di US dengan salah-satu daripada universiti ternama di sana.
Mengenangkan keputusan ijazah pertama yang cukup makan saja, bahasa Inggeris yang menjadi bahan ketawa rakan-rakan, hasrat untuk ke US rasanya tidak mungkin tercapai. Walau bagaimanapun kenalah memohon juga. Beberapa universiti dihubungi untuk mendapatkan tempat. Antara banyak-banyak jawapan dukacita yang diterima, rasanya Syracuse U. adalah yang lebih berdiplomasi. Mba tidak layakpun untuk mendapat borang permohonan ke U mereka, bukan nak belajar lagi, borangpun tak layak!.
Yang layak ialah pelajar yang mendapat semua "A", seperti calon dari Taiwan ataupun dari US sendiri. Bagi yang menggunakan system UK, agak susahlah sikit nak skor hingga dapat A++ dalam hampir semua subjek. Lagi pula kata orang, subjek teknikal ni memang susah sikit nak skor.
Jadinya… mba ni ibarat orang orang yang tak cantik, cuba nak masuk peraduan ratu cantik. Jangankan dapat masuk pertandingan, borangpun tak layak dapat!. Teringat kepada kawan masa bujang-bujang dulu yang dah 3 kali pergi temuduga pramugari. Tukang temuduga cakap, adik balik dulu, cuba kuruskan badan dan jika dah kurus, bolelah mohon semula.
Jadinya …. Walaupun mba mendapat galakan daripada beberapa rakan supaya menulis novel, tapi kan… kenalah ukur baju ke badan sendiri dulu.....
….. Akhirnya mba berjaya juga buat sarjana, tetapi di UK. Kalau ada masa, bolehlah diceritakan nanti bagaimana begitu jadinya.
No comments:
Post a Comment