Labels

Monday, March 18, 2013

MANDI BOGEL DI ONSEN


SEMALAM seorang kenalan Jepun bertanya kepada saya.
"Bila sampai di Hokane nanti, adakah awak akan mandi onsen?".

** ONSEN ialah perkataan Jepun bermaksud hotspring atau kolam air panas. Onsen sangat popular di Jepun, khususnya pada musim sejuk. Mandi di onsen ini mempunyai etikanya yang tersendiri. Biasanya onsen umum dibahagikan untyuk lelaki dan wanita, secara berasingan. Untuk mandi di onsen juga disyaratkan supaya pengunjungnnya tidak memakai apa-apa. Ia itu berbogel atau pun berbolen. Itu yang tak tahannya...

Saya jawab "Barangkali tidak. Saya malulah".

Katanya "Saya sudah agak. Walau bagaimana pun Encik boleh cuba untuk berendam kaki sahaja. Ia sangat bagus untuk kesihatan Encik".

Insyaallah saya akan cuba mandi di Onsen nanti .... berendam kaki sahaja.

Itulah Ms. Miura yang saya temui semasa AGM myJICA semalam.

Thursday, March 14, 2013

EKSPEDISI KE MT. FUJI 2013


Hari 01(29 Ogos ’13)

- Tiba di Haneda Airport
~ Dibawa menaiki bas ke tempat penginapan.


Hari 02 (29 Ogos ’13)
– Sarapan di hotel.
~ Menaiki keretapi melawat Bandar Tokyo.
~ Selepas makan tengahari menaiki bas di Shinjuku untuk ke Tasik Kawaguchi.
~Daftar masuk ke K’s House Mt Fuji.
~Acara bebas
~Makan malam di Restoran Halal
~Berehat secukupnya malam ini.



Hari 03 (30 Ogos’13)
~ Sarapan pagi disediakan (onigiri + sandwic + kopi/teh )
~ Bergerak menuju ke stesyen bas Kawaguchi untuk menaiki bas ke 5th station Mt Fuji.
~ Tiba awal pagi di 5th station. Membeli kelengkapan untuk mendaki seperti tongkat,
gas oksigen dan makanan (energy bar)
~Jam 12 tengahari mula mendaki dan dianggarkan tiba di 8th station sekitar 5 ptg.
~ Berehat secukupnya. Makan malam (kos sendiri).
~ Jam 11:30 malam mula bergerak ke puncak. Ribuan orang akan mendaki pada waktu yang
sama.Perlu beratur untuk mendaki.

Hari 04 (31 Ogos ’13) – MERDEKA !!!!!
~ InsyaAllah akan tiba di puncak Mt Fuji (3776m) sekitar jam 3:30 pagi. Sambil menyambut ‘Hari Merdeka’
dan menikmati keindahan matahari terbit. Berehat sambil berfoto beramai ramai. Foto tersebut
diperlukan untuk menjadi bahan bukti agar pihak Mt Fuji akan menghantarkan sijil kejayaan mendaki
Mt Fuji 2013.
~Sekitar jam 6:00 pagi mula turun ke 5th station. Tiba di 5th sekitar 10:30 pagi. Berlegar legar sambil menikmati
perbagai makanan yang dijual disitu.
~Menaiki bas ke Tasik Kawaguchi untuk mengambil beg pakaian yg ditinggalkan di Kawaguchiko Inn.
~Menaiki bas ke Shinjuku stesyen di Tokyo. Menuju ketempat penginapan.

~Makan malam disediakan.
~Acara bebas


Hari 05 (01 Sept’13)
~Sarapan pagi di hostel. Acara bebas.

Hari 06 (02 Sept’13)
~Sarapan pagi di hostel. Acara bebas. Bergerak ke Haneda Airport lewat petang.
~Menaiki pesawat AirAsiaX ke KUL

SAYONARA!!


Pakej termasuk:
Menaiki pesawat AirAsiaX (pergi -balik)
1 malam penginapan di Haneda Inn (2 org sebilik) atau setaraf dengan nya
1 malam penginapan di K’s House Mt Fuji (4-6 org sebilik) atau setaraf dengan nya.
2 malam penginapan di Sakura Hostel Asakusa (6 – 8 org sebilik) dengan perkongsian bilik mandi
Pengangkutan dari Haneda ke Tokyo (pergi – balik)
Pengangkutan dari Shinjuku ke Kawaguchiko (pergi – balik)
Pengangkutan dari Kawaguchiko ke stesyen ke 5 Fuji-san (pergi – balik)
Pengangkutan dari stesyen Shinjuku ke stesyen Asakusa
Makanan disediakan seperti didalam aturcara
Tour koodinator dari IGNS Holidays


Harga pakej:
a) RM 3995.00* seorang untuk pendaki – menaiki AirAsia
*tertakluk pada harga semasa

b) RM 2795.00** seorang tanpa harga tiket penerbangan (ground cost only!!)
** Cadangan menggunakan MAS / JAL
** Aturcara akan diubah mengikut jenis penerbangan


Harga pakej tidak termasuk:
Caj bagasi dengan AirAsiaX
Makanan didalam pesawat
Tempahan tempat duduk (reserved seats)
Dobi / telefon / insuran

Nota:
Peserta digalakkan membuat rawatan kesihatan (medical checkup)
Sebelum menyertai program ini.












Sunday, March 10, 2013

BISNES CANVAS


[Artikel ini dikarang oleh Tuan Baharuddin Mohamed. Beliau merupakan Sifu yang mengajar Bisnes Canvas. Bagi tuan/puan yang ingin mempelajari teknik niaga ini, sila hubungi saya mba.san@gmail.com]

Apa sebanarnya Business Model Canvas ?

Ramai kawan-kawan saya bertanya, apa yang sebenarnya business model dan bagaimana mengunakanya dalam perniagaan.

Dulu, semasa 4 tahun pertama saya memulakan perniagaan D’impian Group saya selalu bertanya pada diri saya bagaimana caranya agar bisnes saya boleh berkempang dengan pantas?. Bagaimana agaknya caranya agar saya boleh mendapatkan pendapatan dan hasil jualan yang lebih baik dari yang ada. Bagaimana caranya mengukur perkembangan bisnes pada masa itu. Walaupun perkembangan D’impian maju dari hari ke hari tetapi saya masih tercari-cari teknik yang betul. Jadi apa yang harus saya lakukan untuk semua itu?. Bagaimana stratigi saya dan bagaimana juga gambaran bisnes saya masa hadapan masih kurang jelas.

Semua perkara dan pertanyaan itu susah sekali saya menjawabnya. Saya tidak tahu apa yang harus saya buat dan apa yang harus saya lakukan, apa yang harus saya cari jawabnya. Kerana pada masa itu saya tidak punya alat untuk saya melakar semua apa yang saya usahakan dalam perniagaan. Ianya dipisah-pisahkan dan tidak ada rangkaian antara satu dengan yang lain. Pemasaran, imej syarikat, operasi berasing antara satu dengan yang lain. Saya lebih menumpukan pemasaran sedangkan jika jualan saya meningkat kos tetap akan meningkat. Dimana mungkin ada yang boleh mengajar saya satu perkara yang boleh saya rangkumkan segalanya.

Sampai satu ketika saya mendengar tentang busness model canvas. Saya bukanlah usahawan namanya jika saya malas untuk belajar dan tidak punya niat untuk belajar sesuatu yang baru. Sebagai langkap pertama, saya telah membeli sebenan buku Business Model Generation yang di tulis oleh Alexander Osterwalder.

Tetapi ternyata masalahnya belum selesai dengan mudah. Ini adalah kerana saya terus terang masih ‘gelap’ dalam itu semua dan tidak tahu bagaimana hendak saya mengaplikasikan model ini dalam bisnes saya. Saya membaca dan membaca, dan saya habiskan hampir sebulan untuk setiap hari mentalaah dan mengaplikasikan model tersebut untuk semua cawangan bisnes saya, dan resultnya sangat menakjubkan saya. Hari demi hari saya dapat merasai satu tranfomasi berlaku dalam perniagaan saya, dari yang biasa menjadi luar biasa hasilnya. Dan akhirnya saya dapat menjawab semua persoalan tadi.

Dari latih tubi dan mengaplikasikan 20 jenis syarikat milik saya dan menggunakan Business Model Canvas.Baru saya tahu ianya adalah satu alat untuk membantu kita melihat lebih menyeluruh bagaimana rupanya perniagaan yang sedang atau kita akan jalankan. Dengan tool ini kita akan melihat bisnes dari gambaran besar namun tetap lengkap dan mendetialkan apa sahaja eleman penting yang berkait dengan bisnes kita. Dengan itu ianya dapat menjawab semua persoalan masa depan bisnes yang kita ingin jalankan. Dengan keseluruhan gambaran itu juga dapat kita lihat dan menganalisa apa yang kurang tepat dan pada akhirnya kita boleh mengambil langkah untuk mencapai matlamat perniagaan kita.

Alexander Osterwalder dalam bukunya Business Model Generation menciptakan sebuah framework yang sangat mudah diaplikasikan untuk mengambarkan bisnes kita iaitu Business Model Canvas. Pada business model canvas ini ada sembilan kotak yang merepresentasikan elemen kunci yang secara umum akan ada pada semua model bisnes. Kesembilan hal tersebut adalah:

1. Customer segments
2. Value proposition
3. Channel
4. Customer relationship
5. Revenue stream
6. Key resource
7. Key activities
8. Key partners
9. Cost

Saya fikirkan, dengan saya membaca sukar untuk saya faham secara keseluruhan. Dengan itu saya ingin berkongsi kelebihan model ini untuk lebih ramai yang faham dan boleh mengunakan nya pada bisnes mereka. Dengan mengunakan bisnes model ini kita dapat tahu sama ada bisnes kita boleh berkembang atau sudah rugi atau bagaimana untuk membuat cawangan. Saya berkongsi kefahaman ini dalam seminar Business Model Canvas.







Monday, March 04, 2013

SAKIT KEPALA. DARAH TINGGI. STRES

APABILA kita sakit kepala, biasanya orang akan kata kita migren ataupun darag tinggi.

Apakah ada kaitan di antara sakit kepala dengan darah tinggi (hypertension? )

Apakah ada kaitan di antara makan daging kambing dengan sakit kepala?

Hari ini saya sakit kepala yang amat sangat. Tengahari saya ke klinik dan ambil tekanan darah. Bacaannya iaah 120/87. Tidak tinggi.

Tidak tinggi, tetapi mengapa sakit kepala?

Barangkali stress... Ada sebarang kaitan stress dengan sakit kepala?.

Saya sedang berfikir...

Sunday, March 03, 2013

BUAT DUIT DENGAN MENULIS



SEMALAM saya membuat eksperimen mengenai tajuk di atas. Berdasarkan kepada pemerhatian, nampaknya modul ini boleh sukses.

Pada kebiasaannya jurulatih akan mengenakan bayaran sebanyak RMxxx untuk menghadiri kelas atau bengkel. Saya juga akan lakukan begitu juga tetapi dengan perencah tambahan. Ia akan dipakejkan dengan "100% money back guarantee".

Jika ada kesempatan modul ini akan diuji lagi pada hari ini dengan peserta yang sangat berbeza. Peserta peringkat super-tinggi.

03.03.13

HARI ini 3 Mac 2013. Tidak ada apa-apa yang terlalu istimewa. Sama seperti hari-hari biasa. Cuma hari ini saya perlu hadir dalam dua acara yang bertindih. Acara pertama dari 9am hingga 5pm. Acara kedua dari 2pm hingga selesai.

Apakah pilihan yang ada?.

Friday, March 01, 2013

120 HARI LAGI UNTUK SEBUAH BUKU

HARI ini lebih kurang 123 hari lagi sebelum tarikh persaraan saya. Permohonan persaraan saya secara pilihan telah diluluskan pada 6 Feb yang lalu. Tarikh kuatkuasa ialah 1 Julai 2013.

Ramai orang tanya, "Encik bersara umur berapa?"
Saya jawab, "Saya bersara tidak cukup umur, tidak kira umur. Saya bersara setelah genap 30 tahun berkhidmat".

Setelah berkhidmat 30 tahun dengan kerajaan, kakitangannya akan dapat faedah persaraan maksima, ia itu 60% daripada gaji akhir.

Tentu ramai juga yang ingin tahu apa yang akan saya lakukan selepas bersara. Barangkali tidak ada jawapan yang khusus lagi tepat terhadap soalan itu. Yang pasti saya sudah penat bekerja. Saya sudah letih. Saya sudah tidak ada semangat untuk bekerja lagi. Saya sudah tidak mahu kena marah, sumpah seranah dan yang seerti dengannya. Saya hanya boleh terima orang marah saya sekiranya saya buat salah. Jika saja-saja mahu marah, kerana hobi dia ialah marah orang, maka saya perlu mengundur diri. Itu sahaja.

Sebelum bersara saya ingin menulis sebuah buku mengenai pengalaman saya BEKERJA dengan 10 buah agensi selama 30 tahun. Saya akan tulis lain dari yang lain. Saya akan bahagi-bahagikan bab penulisan ini mengikut subjek seperti berikut:

Bab-Bab (Tidak mengikut susunan)

Teknologi
Mesyuarat
Kereta
Rumah
Kawan
Staf
Bos
Kerja
Bintang
Anugerah
Kursus
Lawatan Luar Begara
Kenangan
Kemudahan
Persatuan
Sukan

Jika ada apa-apa lagi yang para pembaca ingin tahu, mohon cadangkan...

Terima kasih.