Labels

Thursday, March 12, 2015

SUDAH ADA FB, KENAPA PERLU TERUSKAN BLOG?

[Saya Sudah Ada Facebook, Kenapa Perlu Buat Blog?]

“Tiada siapa komen pun!”

“Malaslah mahu post di blog, kena masuk dashboard. Facebook boleh terus post di hujung jari.”

“Buat blog mahal, kena keluar duit untuk domain dan hosting.”

“Siapa yang baca blog zaman sekarang ni?”

“Saya tak tahu bagaimana nak setup blog”

Alasan, Malasan!
Bila dicadangkan buat blog untuk marketing, macam-macam alasan yang keluar. Kemudian beberapa bulan kemudian datang balik kata sudah susah dapat pelanggan melalui Facebook. Keluar duit beribu-ribu untuk FB Ads pun tidak balik modal. Set target audiens Kuala Lumpur pun banyak like palsu.

Pertama-tama, sedarlah bahawa kita sebenarnya menumpang sahaja di Facebook. Ibarat penjaja kecil yang meniaga di tanah kosong milik orang. Kita memang tak keluar sebarang duit sewa tetapi bila-bila masa sahaja kita boleh disekat, diganggu gugat dan akhirnya dihalau keluar begitu sahaja.

Facebook Yang Semakin Memeras & Menghimpit
Dahulu setiap post dari profil Facebook kita dibaca setiap friend. Begitu juga dengan post dari FB Page, reach setiap post adalah 100%. Asalkan orang tersebut sudah like page sudah pasti dapat post dari kita. Kemudian makin ramai orang menggunakan Facebook. Pada awalnya purata jumlah friend adalah sekitar 200 orang, kini sudah jadi 1000 orang.

Bila sudah 1000 orang, Newsfeed sudah terlalu semak untuk memaparkan semua update dari friend dan page. Maka algorithm mula dipasang untuk menapis dan memaparkan post yang paling relevan untuk anda.

Kemudian Facebook disenaraikan di bursa saham dan memecah rekod IPO. Sekarang mereka mempunyai ramai pelabur yang mahu pulangan segera. Mark Zuckerberg dan kawan-kawan ditekan untuk pantas membawa keuntungan. Jadi cara paling senang adalah dengan mengenakan bayaran untuk perkara yang selama ini percuma. Sebab itulah adanya boost post untuk meningkatkan reach setiap post dari FB Page.

Bina Blog = Bina Aset
Marketing di Facebook ni macam memancing, memang dapat cepat tapi hari-hari kena buat. Buat blog pula macam bina kolam ikan, memang lambat dapat hasil tapi bila sudah beroperasi hasil berpanjangan.

Facebook cenderung menaikkan konten terkini dan sensasi kepada para pengguna. Search engine pula akan cenderung untuk menaikkan konten yang sudah matang, banyak dibaca dan menerima link dari website lain. Inilah sebabnya Facebook perlu dijaga hari-hari tetapi blog boleh dibiarkan bila sudah matang.

Oleh kerana blog adalah aset milik anda, maka anda boleh save segala posting yang sudah anda tulis dan bawa ke platform lain. Kebanyakan platform blog utama seperti Blogspot dan WordPress mempunyai fungsi Import dan Eksport posting yang mudah. Facebook memang bagi anda download data anda tetapi apa social network lain yang boleh proses data tersebut?

Blog adalah tapak anda sendiri, jadi macam-macam boleh dibuat. Konten lebih teratur dan anda boleh memandu pengunjung untuk mengikuti susunan maklumat tertentu. Perkara ini dibuat supaya mereka faham betul apa yang anda hendak sampaikan. Kalau di Facebook nasiblah mereka hanya nampak posting-posting terkini anda sahaja.

Blog = Cari Pakar | Facebook = Cari Kawan
Audiens blog betul-betul mencari apa yang anda perkatakan. Mereka mencari maklumat, bukannya baca sebab mereka sekadar kenal anda. Bezanya seperti cari anda sebab anda pakar dan bukannya layan anda gebang sebab mereka kawan anda. Tulis blog adalah seperti menulis buku sedikit demi sedikit. Bikin heboh di Facebook pula ibarat sembang di kedai kopi sahaja.

Tak salah sembang di kedai kopi, kadang-kadang boleh juga jual produk anda atau dapat projek. Namun selalunya anda akan dapat menjual produk jika betul-betul mempromosi di kedai. Dapat projek pula kalau betul-betul pergi pitching depan klien.

Blog boleh berfungsi seperti kedai yang berdiri sendiri dan bukannya satu dari berjuta-juta dalam pasar malam infiniti yang bernama Facebook. Bukankah orang lebih yakin beli di kedai berbanding di tepi jalan.

Sekiranya anda menawarkan khidmat profesional, blog boleh jadi duta yang menjual kepakaran anda kepada prospek-prospek klien. Duta yang kerja 24 jam tanpa rehat!

Untuk Mereka Yang Komited Sahaja
Namun ini bukan untuk semua orang. Blog bukan untuk buat duit cepat tetapi untuk buat duit lama. Juga bukan untuk cepat popular tetapi untuk membina reputasi.

Bersedia untuk melaburkan masa dan usaha membina aset marketing?

Jika belum ada blog sendiri, daftar percuma di Blogspot.com kemudian reply email ini dan berikan alamat blog anda.

Dalam minggu-minggu yang akan datang saya akan berikan panduan apa yang patut ditulis di blog.

Wassalam

Firdaus Ariff

Sunday, March 01, 2015

MOBILEBOOKCAFE (MBC) DI DATARAN MERDEKA

SEMALAM dan hari ini, MBC berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Kami menyertai Buku & Bazar anjuran Perbadanan KotaBuku.

Lokasi MBC ialah di hadapan Perpustakaan Kuala Lumpur.

Jelas kelihatan Bandaraya Kuala Lumpur


Buku-buku kami





Perpustakaan Kuala Lumpur



Lokasi strategik. Teduh. Hampir dengan gerai makan-minum. Santai.


Jiran kami, Penerbit Adiwarna.


Santai sahaja jual buku dari van. Sesiapapun boleh lakukan begini. Mahu?.