Showing posts with label PENCEN. Show all posts
Showing posts with label PENCEN. Show all posts
Monday, September 07, 2015
TOMODACHI
Tomodachi adalah perkataan Jepun ( 友達 ) yang bermaksud Kawan (Kawan-Kawan) atau friend (s). Saya memilih Tomodachi Sdn. Bhd. sebagai nama syarikat saya. Syarikat ini saya tubuhkan setelah saya hampir bersara. Saya berazam untuk menjadikannya sebagai landasan untuk anak-beranak saya bergerak dalam bisnes. Ia juga memberi peluang kepada sahabat-handai ( tomodachi ) untuk mendapat perkhidmatan dan tompang berteduh.
Saya telah bekerja makan gaji dengan Kerajaan selama 30 tahun. Saya tidak ada darah bisnes. Tidak ada seorangpun ahli keluarga di sebelah ibu-bapa saya orang bisnes. Saya memang tidak ada bakat menjual. Tidak ada kebolehan mempengaruhi orang. Sangat malu untuk meminta hutang. Lembut hati terhadap orang lain. Kesemuanya adalah bukan sifat orang bisnes.
Lantaran itu mengapa saya buka syarikat Sdn. Bhd?. Mengapa tidak buka enterprise sahaja?. Jawapannya mudah, saya dinasihatkan oleh kawan-kawan supaya buka syarikat sdn bhd. Saya yang tidak tahu apa-apa pasal bisnes ini pun bukalah Tomodachi Sdn Bhd. Wah...... penyelenggaraan tahunannya mahal!!!!. Jika tidak ada hasil yang masuk, tidak perlulah syarikat Sdn Bhd. Memandangkan syarikat sudah ditubuhkan, saya teruskan jugalah.
Semasa bertugas dahulu, saya sangat tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar yang memberi pesanan kepada CEO nya. "Dalam bisnes jangan aniaya orang. Jangan ambil untung terlalu banyak, tetapi dalam bisnes jangan sampai rugi".
Seterusnya Tan Sri sangat berminat dengan beberapa bisnes yang berkait rapat dengan pekerjaan saya, ia itu dalam bidang kesihatan. Katanya "saya mahu berbakti kepada orang sakit, saya mahu tolong pesakit. Saya tahu doa orang sakit itu sangat makhbul. Dalam bisnes ini saya mahu pahala sebagai balasannya".
OK lah. Kembali kepada Tomodachi Sdn Bhd.
1. Seorang kawan dari Jepun sangat teruja dengan nama Tomodachi. Saya khabarkan kepada beliau, jika dia atau rakan-rakannya mahu beli Tomodachi, saya sedia menjualnya.
2. Tan Sri Syed Mokhtar kata "buat bisnes jangan sampai rugi". Dalam Tomodachi, "rugi tidak mengapa asalkan senang hati". Dalam beberapa transaksi bisnes, saya memang rugi. Ia itu harga jual lebih rendah dari harga beli. Perkara ini terjadi apabila harga jual telah ditetapkan dan dijanjikan setelah mengambil kira sedikit untung. Tiba-tiba bekalan datang dengan harga yang lebih tinggi. Saya tetap jual juga dengan harga yg telah dijanjikan. Rugi sedikit-sedikit tidak mengapalah. Asalkan hati pelanggan saya senang dan saya senang hati.
Tuesday, May 13, 2014
MASA KERJA NAIK MAS , MASA PENCEN NAIK AIRASIA : BANK YANG SOMBONG
SEMASA saya masih bekerja dalam Kerajaan, saya tidak pernah naik kapalterbang AirAsia. Ke mana sahaja saya naik MAS. Kerajaan beli tiket kelas bisnes. Dengan itu saya mampu mempunyai kad Enrich Gold.
Perjalanan persendirian juga menggunakan MAS, sebab mata ganjaran yang banyak dalam Enrich Gold.
Pada masa tersebut Citibank memberikan saya Kad Citibank-AirAsia Gold secara percuma. Namun saya tidak berminat dan tidak menggunakannya. Pada masa itu saya tidak terfikir langsung yang saya akan naik AirAsia.
Namun sejak akhir-akhir inisaya kerap sangat membeli tiket AirAsia. Sekali beli adalah dalam RM30 ke RM40 ribu. Banyak. Jika dikumpul mata ganjaran BIG memang banyak. Maka saya terfikir, jika gunakan kad kredit Citibank-AirAsia tentulah bagus. Kebetulan saya terima emel menawarkan kad tersebut. Saya pun isi borang dan hantar. Berikut adalah jawapan yang saya terima dari Citibank:
Saya fikir tidak login Citibank tolak permohonan saya jika berdasarkan pendapatan. Sebabnya pencen saya masih melayakkan saya untuk mendapat Gold Card. Saya tidak tahu sebab apa. Memandangkan saya juga adalah seorang pemegang kad kredit Citibank, saya berhasrat dan bertekad untuk menamatkan penggunaannya dan tidak akan mempunyai apa-apa akaun lagi dengan Citibank. Banyak lagi bank lain.
Sekian terima kasih.
Sunday, January 05, 2014
KALI PERTAMA NAIK PENTAS
JIKA tidak silap, foto ini dirakam pada tahun 1999. Ia itu pada 20 Oktober 1999, sempena dengan Hari Kualiti Perkhidmatan Awam. Ini adalah kali pertama saya naik ke pentas, setelah 16 tahun bekerja dalam Perkhidmatan Awam. Saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Akauntan Negara Malaysia. Anugerah ini disampaikan oleh Dato Dr Jamaludin Jarjis, timbalan menteri kewangan pada masa itu.
Usia saya pada ketika itu sudahpun 40 tahun. Tahukah anda apa yang Pak Menteri tanyakan?. "Ini sudah kali keberapa terima APC"?.
Saya tergamam dengan soalan itu dan hanya memberikan senyuman (yang tidak berapa manis) sebagai jawapan.
Ia lah, sudah 40 tahun, masakan kali pertama naik pentas?. Sut saya juga tidak seragam. Saya beli sut ini di Jepun, tetapi seluarnya sudah tidak muat lagi. Jadi, pakai seluar lainlah. Cuba tengok sut menteri ... Ini adalah kali pertama naik pentas!.
APC pada masa itu hanya dapat sekeping sijil (yang masih tersimpan hingga sekarang). Tidak ada lagi sebuah jam, sebab ia telah berlalu. Tidak ada lagi menegak atau melintang, kerana ia telah berakhir.
Friday, December 27, 2013
SEKEPING KAD SERIBU MAKNA
KAD yang sekeping ini telah membawa beribu kesan dalam Travelog Kerjaya saya.
Dipendekkan cerita, YAB Perdana Menteri ingin menyampaikan kad ucapan hari ibu kepada ibu-ibu yang berada di hospital pada tarikh hari ibu.
Diringkaskan lagi ceritanya, saya dipilih untuk menjayakan misi ini. Ia bukan susah. Ia boleh dilakukan. Tiada yang mustahil.
Apabila kad sudah disiapkan. PM sudah bersetuju. Saya dimarahi kaw-kaw punya oleh bos saya. Habis dibangkitkan segala benda dari sekecil-kecilnya.
Saya akan karang peristiwa ini dalam buku TRAVELOG KERJAYA: 30 Tahun Dalam Kerajaan. Ia perlu dikarang sebaik mungkin supaya saya tidak dimarah lagi ...
Wednesday, July 17, 2013
PENGHORMATAN SEBELUM BERSARA
ADALAH menjadi suatu kebiasaan bagi bos-bos akan membuat lawatan ke seluruh cawangan jabatannya sebelum bersara. Jika cawangannya terdapat di setiap negeri, maka setiap negerilah bos akan buat lawatan kerja. Jika di setiap daerah, maka setiap daerahlah.
Bagi saya, saya tidak memimpin sebuah jabatan, jauh lagi sebuah kementerian. Tempat saya bekerja cuma mempunyai empat cawangan sahaja, ia itu Putrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak. Sungguhpun begitu saya tidak berpeluang untuk ke Sabah atau Sarawak kerana tidak ada sebarang program yang diadakan di sana yang membolehkan saya turut serta. Jika saya bekerja di tempat lama, sudah tentu saya berpeluang untuk membuat lawatan kesemua hospital di seluruh negara, jika saya mahu.
Beberapa bulan sebelum bersara, saya menyertai pasukan audit Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) membuat lawatan audit ICT ke mahkamah syariah di Johor dan Melaka. Itulah kali pertama saya ke mahkamah syariah tersebut. Itulah suatu penghormatan kepada saya yang peluangnya diberikan oleh sebuah jabatan lain.
Semasa dalam tempoh saya bercuti sebelum bersara pula, saya telah diberi peluang oleh INTAN untuk menyampaikan ceramah bagi modul ICT kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang menghadiri kursus. Saya berpeluang ke INTIM (INTAN Timur) dan dua kali ke IKHWAS (INTAN Selatan). Mengajar PTD bagi subjek Keselamatan ICT pada saya bukanlah suatu perkara mudah. Subjek Keselamatan ICT adalah merupakan 'dry subjek', yang kadangkala membuatkan pensyarahnya bercakap seorang diri. Sebanyak 40 slaid disediakan dengan bantuan pegawai-pegawai saya.
Semasa di INTIM, ceramah 4 jam hanya menggunakan 10 slaid sahaja. Ini adalah kerana banyak interaktif dan soal jawab dari para peserta. Empat jam berceramah diikuti dengan dua jam latihamal tidak sedikitpun meletihkan saya. Seronok dan teruja. Semasa sesi pertama di IKHWAS, lebih kurang 20 slaid digunakan. Semasa sesi kedua di IKHWAS pula sekitar 30 slaid digunakan.
Pada awalnya seribu persoalan timbul di fikiran mengenai pengendalian kursus ini. Namun saya bertekad untuk melakukannya sahaja di depan 850 para peserta yang merupakan bakal KSU dan KSN di masa hadapan. Berbanyak terima kasih kepada INTAN, khususnya Puan Estia Emy Lopieh kerana memberi penghormatan ini kepada saya sebelum persaraan saya.

IKHWAS
Monday, July 08, 2013
HADIAH PERSARAAN: CENDERAHATI ATAU CEDERA HATI ?
SEMUA sudah maklum bahawa hari ini, 8 Julai 2013 saya sudah bergelar Yang Bersara (YB). Ramai juga maklum bahawa saya telah diberikan hadiah persaraan seperti di bawah dalam satu majlis 'gilang-gemilang' di PICC.
Saya bersara dari jawatan Pengarah dalam gred JUSA C.
Ayah saya bersara sebagai boroh kasar di MARDI telah mendapat sebuah jam tangan, sebuah jam dinding dan sekeping sijil penghargaan. Dia guna jam itu. Dia gantung sijil itu sehingga akhir hayat dia. Dia sangat menghargai penghargaan yang diberikan.
Berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2011: Peraturan Mengenai Perbelanjaan Untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Bersara:
3.1 Jamuan
Kadar penyediaan jamuan untuk pegawai bersara dan jemputan adalah tidak
melebihi RM30 seorang. Bilangan jemputan hendaklah dihadkan kepada
mereka yang benar-benar perlu sahaja.
3.2 Cenderamata
Pegawai yang bersara boleh diberikan cenderamata yang sesuai atas kadar
keseluruhannya tidak melebihi RM400 seorang.
3.3 Sijil Penghargaan
Pegawai yang bersara boleh diberikan sijil penghargaan.
Tiga puluh tahun berkhidmat dengan penuh semangat dan pengorbanan tanpa sebutir pingat mahu pun bintang. Mengapa perlu diungkit akan keikhlasan orang dan keikhlasan diri sendiri berkhidmat? Bukan mengungkit, cuma jika sebuah jabatan yang maha hebat, tidak mengikut Pekeliling Perbendaharaan (barangkali ia sudah digantikan dengan yang baharu?), apakah maknanya?.
Saya pernah tahu, bos saya meminta dan diberikan sebuah komputer baharu bernilai RM10 ribu sebagai hadiah persaraannya. Ia tidak melanggar Pekeliling Perbendaharaan kerana ia dihadiahkan. Besar jasanya kepada negara.
Memandangkan selama 30 tahun itu saya tidak memberikan apa-apa jasa pun kepada kerajaan dan rakyat, maka layakkah saya dihadiahkan dengan sebuah mug?. Jika tidak layak, barangkali saya perlu pulangkannya semula kepada kerajaan.
Pada asalnya saya ingin membuat cadangan penambah baikan di sini. Misalnya pegawai yang diperuntukkan komputer (PC atao notebook atau iPad) semasa perkhidmatannya diberikan tawaran untuk membeli peralatan tersebut sebagai hadiah persaraannya. Kerajaan pun tidak dibebankan dengan proses pelupusan akan barang-barang buruk ini. Cuba lihat, pegawai yang diberikan kereta, ia ditawarkan untuk membeli kereta itu bukan?. Memandangkan Pekeliling Perbendaharaan sudah ada, maka saya tidak mahulah membuat cadangan yang berlebihan.
cenderamata atau cenderahati janganlah jadi cederahati.

Sunday, July 07, 2013
HARI TERAKHIR BEKERJA
Hari ini, Ahad 7 Julai 2013 adalah merupakan hari akhir saya bergelar Penjawat Awam. Mulai esok, 8 Julai 2013 saya merupakan seorang YB (Yang Bersara). Ia itu pemegang Kad Pesara 1Malaysia.
Ramai orang bertanya, mengapa saya bersara awal?.
Jawapan standard saya ialah:-
Saya sudah berkhidmat selama 30 tahun 6 bulan dengan penuh tekun dan dedikasi. Kerana tugas itu saya jarang dapat ambil cuti rehat (tidak diluluskan atau sebab-sebab lain). Kerana dedikasi saya dengan tugas, saya telah banyak mengabaikan diri sendiri secara fizikal dan juga mental. Kini berilah peluang kepada saya untuk menikmati kehidupan. Saya sudah boleh melihat matahari naik. Saya sudah boleh menikmati matahari turun.
Sunday, June 23, 2013
JASAMU DIKENANG BUDIMU DISANJUNG
JUMAAT lepas saya menerima e-mel dengan tajuk "Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung". Melihat kepada tajuk itu, ingatkan ia adalah untuk saya. Maklumlah saya akan pencen dan bersara dalam tiga minggu lagi. Program ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan tempat saya bekerja. Oh ya, saya sedang bercuti sebelum bersara, sudah sebulan lebih.
ENTAH mengapa tiba-tiba saya rasa malas untuk meneruskan tulisan ini.
Sekian terima kasih.
Saturday, June 22, 2013
GARTNER SYMPOSIUM GOLD COAST AUSTRALIA
MELIHAT kepada broucher ini teringat saya kepada Simposium yang sama pada tahun lepas (2012). Saya dijemput hadir dan segala persiapan telah dibuat sewajarnya oleh organizer. Segala bayaran ditanggung oleh JPA.
Pada awalnya saya tidak berminat langsung untuk ke Australia kerana peristiwa pahit semasa di KKM. Pihak MOH Australia menjemput saya bermesyuarat di sana, tetapi MOFA tidak mahu mengeluarkan visa kepada saya. Tiga kali mencuba, tiga kali gagal. Sebabnya semata-mata kerana nama saya. Saya menarik diri dari dicalonkan oleh JPA. Namun JPA tetap mendesak juga supaya saya pergi dan akhirnya saya akur dengan mereka.
Walau bagaimanapun, tiba-tiba (ya... tiba-tiba, sebabnya kebanyakan program dalam kerajaan dibuat secara tiba-tiba) majlis pelancaran 1MOCC oleh YAB Perdana Menteri akan dibuat pada tarikh simposium. Jawatan saya dalam 1MOCC ialah "Ketua Pegawai Teknologi" (CTO). Jawatan ini besar dan gah. Walau bagaimanapun hampir semua kerja teknikal dilakukan oleh orang lain. Lebih tepat lagi anak buah orang lain. Saya menjadi ketua sahaja.
Dengan itu saya menulis sepucuk emel kepada JPA dengan nekad menarik diri dari menghadiri simposium ini. Emel ini disalinkan kepada bos (ala-ala bodeklah tuuu). Terjumpa bos sebelum pelancaran (alaaa bos terlalu sibuk).
Bos kata "Saya terharu apabila you sanggup tarik diri dari pergi oversea semata-mata untuk pastikan pelancaran ini berjalan lancar. Saya sangat hargainya".
Saya jawab "Tidak mengapalah Bos. Untuk ke negara itu, bila-bila pun boleh. Tapi jika acara ini gagal, sampai pencen pun orang akan ingat dan mengata saya". (dalam hati berkata, entah-entah aku akan dipencenkan).
Bos berjanji " Nanti saya akan rekomen awak pergi kursus yang lagi bagus. Lagi jauh".
Saya kata "terima kasih bos" (budimu dikenang).
Nota: Jangan berangan dengan janji manis bos ya. Sampai saya pencen pun bos bukan sahaja tidak kotakan janji. Kursus yang ada dicalonkan oeang lain, malahan urusan saya keluar negara untuk mewakili negara pun dicantas. Ya dicantas dan digantikan dengan pegawai lain yang grednya jauh lebih rendah.
Budimu Dikenang.
Sunday, May 19, 2013
ALEX FERGUSON Vs MBA

Sir Alex Ferguson meninggalkan jawatan pengurus Manchester United setelah 26 tahun bersama dengan pasukan itu.
Sepanjang tempoh menjadi pengurus MU, telah memenangi 38 trofi di Old Trafford, selepas hampir 40 tahun pengalaman sebagai pengurus, akhirnya beliau yang kini berusia 71 tahun membuat keputusan untuk bersara.
Musim depan tiada lagi keriuhan suara Sir Alex dari tepi padang memberikan arahan kepada pemain-pemainnya selain aksi-aksi penuh emosinya terutama ketika membantah keputusan pegawai perlawanan.

Selepas 30 tahun berkhidmat "dari Tingkatan Biasa ke JUSA C" bersama Kerajaan Malaysia, MBA mengambil keputusan untuk bersara.
Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, beliau tidak memenangi sebarang piala atau trofi. Sungguhpun begitu banyak sekali sumpah seranah yang dikumpulkan.
Mulai sesi hadapan, para penyumpah dan penyeranah perlulah mencari mangsa lain untuk kepuasan hati sendiri.
Friday, March 01, 2013
120 HARI LAGI UNTUK SEBUAH BUKU
HARI ini lebih kurang 123 hari lagi sebelum tarikh persaraan saya. Permohonan persaraan saya secara pilihan telah diluluskan pada 6 Feb yang lalu. Tarikh kuatkuasa ialah 1 Julai 2013.
Ramai orang tanya, "Encik bersara umur berapa?"
Saya jawab, "Saya bersara tidak cukup umur, tidak kira umur. Saya bersara setelah genap 30 tahun berkhidmat".
Setelah berkhidmat 30 tahun dengan kerajaan, kakitangannya akan dapat faedah persaraan maksima, ia itu 60% daripada gaji akhir.
Tentu ramai juga yang ingin tahu apa yang akan saya lakukan selepas bersara. Barangkali tidak ada jawapan yang khusus lagi tepat terhadap soalan itu. Yang pasti saya sudah penat bekerja. Saya sudah letih. Saya sudah tidak ada semangat untuk bekerja lagi. Saya sudah tidak mahu kena marah, sumpah seranah dan yang seerti dengannya. Saya hanya boleh terima orang marah saya sekiranya saya buat salah. Jika saja-saja mahu marah, kerana hobi dia ialah marah orang, maka saya perlu mengundur diri. Itu sahaja.
Sebelum bersara saya ingin menulis sebuah buku mengenai pengalaman saya BEKERJA dengan 10 buah agensi selama 30 tahun. Saya akan tulis lain dari yang lain. Saya akan bahagi-bahagikan bab penulisan ini mengikut subjek seperti berikut:
Bab-Bab (Tidak mengikut susunan)
Teknologi
Mesyuarat
Kereta
Rumah
Kawan
Staf
Bos
Kerja
Bintang
Anugerah
Kursus
Lawatan Luar Begara
Kenangan
Kemudahan
Persatuan
Sukan
Jika ada apa-apa lagi yang para pembaca ingin tahu, mohon cadangkan...
Terima kasih.

Wednesday, January 16, 2013
ROBOT BERNYAWA
SESEKALI terasa diri ini bagaikan robot sahaja.
Bangun pagi, buat rutin pagi, pergi kerja, minum pagi, makan, rehat, petang-petang (atau malam) balik kerja.
Siang-malam-siang-malam habis sebulan. Cukup bulan dapat gaji.
Dalam mesyuarat pun nampak majoritinya yang sudah banyak uban. Jika di rumah tu, semuanya sudah bergelar Datuk...

Wednesday, January 09, 2013
JOM PENCEN AWAL
SEMASA entri ini ditulis, saya sudahpun mengemukakan surat permohonan untuk pencen awal. Pencen 7 tahun lebih awal daripada tarikh pencen sebenar.
? Kenapa pencen awal?
? Apa nak dibuat selepas pencen?
? Tuan sudah kayakah, maka mahu pencen?
? Stress di tempat kerja? Jika ya pencen pun stress juga, nanti stress duit pula.
? Anak-anak tuan kesemuanya sudah bekerja? Maka tuan ingin pencen?.
ENTAHLAH. Saya tidak mempunyai jawapan konkrit kepada semua soalan tersebut. Apa yang pastinya, jika kita boleh dapat semua apa yang kita kehendaki semasa bertugas dan bekerja, maka tidak perlulah kita pencen, walaupun masanya sudah tiba.
-Jika kita ingin bermain golf, ada orang (kuli batak) uruskan golf untuk kita.
-Jika kita ingin melancong ke luar negara, ada orang uruskan program di luar negara
-Jika kita ingin bersantai dalam negara, bila-bila masa sahaja ada staf yang halalkan cara
-Jika kita ingin makan sedap, makanan datang jumpa kita
-Jika kita ingin menginap di hotel 10 bintang, taukeh hotel datang melutut buat program untuk kita.
Pendek kata, jika bekerja sudah bagaikan duduk dalam syurga dunia(masyaallah, kelebihan syurga akhirat tidak dapat digambarkan), maka tidak perlulah pencen. Kerjalah selagi ada nyawa di badan.
Saya ingin pencen awal sebab saya ingin lakukan perkara-perkara yang saya ingin lakukan dan tidak boleh dilakukan semasa saya bekerja. Ia bukan perkara pelik. Ia bukan perkara terlarang, cuma ia tidak boleh dilakukan. Ia barangkali melanggar peraturan.
Perkara-perkara yang ingin saya lakukan.
1. Saya ingin tulis buku. Tulis banyak-banyak dan terbitkan.
2. Saya ingin menerbitkan buku @jadi penerbit
3. Saya ingin memberi kursus atau bercakap mengenai perkara-perkara tertentu dalam bidang yang saya tahu, atau saya fikir saya tahu.
4. Saya ingin berniaga, walaupun saya belum pasti apa yang ingin saya niagakan.
5. Saya ingin melancong ke luar negara. Bukan jauh, tempat-tempat yang murah-murah sahaja.
6. Saya ingin kayuh basikal keliling
7. Saya ingin lepak, sambil minum-minum dengan rakan-rakan. Entahlah, barangkali setelah pencen, rakan pun sudah lari.
Itu sahaja perkara yang ingin saya lakukan. Bukan perkara pelik. Apa yang pelik ialah, mengapa saya tidak dapat lakukan semasa bekerja, sedangkan mungkin orang lain boleh buat. Jawapan mudahnya ialah sebab saya seorang pekerja yang baik, pekerja yang patuh dan mengikut peraturan.
Sekian terima kasih.
Tuesday, December 04, 2012
TEAM BUILDING
hari ini saya diarah hadir ke sesi team building selama 2 hari. Ikut agenda ada joget2 nari2 nyanyi2. Perlukah itu semua?
Wednesday, November 21, 2012
JOM MELANCONG, JANGAN MELENCONG
SEMASA berkhidmat dengan Kerajaan, berapa kerap anda terbang keluar negara?.
Saya...
1. JKR (1983-1989): 0
2. JPA (1989-1990): Jepun
3. JPJ (1990-1996): Singapura, UK,
4. ANM (1997-2003): Jepun, USA, China
5. H.Selayang: (2003): 0
6. MITI (2003-2004): 0
7. KKM (2004-2010): UK, USA, Jepun, New Zealand
8. MAMPU (2010-sekarang): 0
30 tahun perkhidmatan terbang ke 10 destinasi. Purata 3 tahun sekali terbang.
Hmmmm....

Sunday, September 02, 2012
KANAK-KANAK PUN MINAT NAJIB
PADA suatu hari, saya berpeluang mengikuti pemimpin tertinggi negara ke sebuah hospital. Saya dikehendaki menjadi pegawai pengiring (LO) kepada seorang menteri.
Selepas lawatan berakhir, kami menghadiri jamuan makan. Saya memilih untuk duduk di meja di sebelah meja menteri yang saya iringi. Di meja ini ada beberapa orang pesakit kanak-kanak yang menjadi jemputan khas.
Emak kepada pesakit ini memberitahu, anaknya akan menjalani pembedahan pada esok hari. Dia agak liat untuk memakai baju Melayu. Namun pada hari tersebut dia memakai baju melayu lengkap bersamping dan bersongkok. Sebabnya ialah supaya dapat bersalam dengan Perdana Menteri. Maklumlah jika tidak bersongkok, PM dikatakan tidak akan bersalam dengannya.
Sehingga selesai majlis, PM bukan sahaja tidak bersalam dengan dia, malahan dengan mana-mana pesakit pun. Beliau hanya berada di meja makan yang dikhaskan sehingga selesai acara. Menteri yang saya iringi itu pula adalah bertanya khabar dan bergambar denga seorang dua pesakit yang dipilih oleh setiausaha akhbar dan jurugambarnya.
Saya sampaikan hasrat budak ini kepada jurugambar. Sekurang-kurangnya dapat bergambar dengan Menteri cukuplah, sebab Perdana Menteri duduk di meja lain yang tidak memungkinkan budak ini pergi memandangkan ditangannya masih terlekat jarum untuk pemindahan darah dalam wad sebentar lagi.
Setakat itu sahajalah yang saya boleh buat. Semoga budaj itu telah selamat menjalani pembedahan.
Wednesday, August 08, 2012
30 TAHUN KERJA: APA YANG SAYA DAPAT?
DI SINI saya ingin senaraikan apa-apa faedah yang saya dapat selama 30 tahun bekerja. Ia sekadar rekod, bukan untuk tujuan lain. Jauh sekali tidak bersyukur dengan apa yang ada.
1983-1989 JKR:
+Tempat pertama kerja ini saya mendapat banyak ilmu, ramai kawan dan semangat untuk bekerja. Saya adalah pegawai ICT pertama di sini. Saya juga banyak menghadiri kursus di INTAN untuk mengutip ilmu dan kepakaran.
1989-1990 JPA:
+Di sini saya berpeluang naik kapalterbang buat pertama kali. Saya keluar negara buat pertama kali. Saya diberikan peluang hadir kursus System Engineer selama enam bulan di Okinawa International Center (OIC).
+Pulang dari Jepun saya mendapat kenaikan pangkat, memangku Tingkatan Kanan.
1990-1996 JPJ:
+Saya bekerja kuat di sini seperti jabatan-jabatan sebelumnya. Di sini saya perolehi lesen memandu kelas "E". Sayangnya saya tidak sempat ambil lesen "B" kerana semua staf sudah ada lesen "B".
+Di sini saya berpeluang pergi ke seluruh JPJ negeri. Naik kapalterbang. Memandu dan tidur di hotel-hotel di mana mesyuarat atau lawatan diadakan.
+Saya mengakhiri perkhidmatan di sini dengan menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di UK.
1997-2002 JAN
+Di JAN saya mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang yang pertama setelah lebih 18 tahun berkhidmat. Di sini juga saya berpeluang bekerja di syarikat swasta selama dua tahun dalam projek pembangunan EGAG.
+Buat pertama kali berpeluang ke USA, menghadiri kursus.
2003 HOSPITAL SELAYANG
+Tempoh perkhidmatan di sini terlalu pendek, namun saya berjaya menyakinkan pihak pengurusan hospital dan mengenali doktor-doktor pakar di sini.
2003-2005 MITI
+Saya berjaya memperkenalkan konsep bari pengurusan projek.
2005-2010 KKM
+Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
*Berpeluang ke bilik Ketua Setiausa Negara (KSN) kerana masalah rangkaian
+Menghadiri kursus CIO di Boston, USA
+Menghadiri lawatan ke MOH New Zealand
+Kenaikan pangkat ke JUSA.
2011-KINI.
?
Friday, October 24, 2003
SELAMAT BERSARA DATUK AG DATUK SITI MASLAMAH OSMAN
SELAMAT BERSARA DATUK AG
Malaysia mempunyai 3 AG yang sering menjadi kekeliruan di kalangan orang awam. Ia itu Accountant General, Auditor General dan Attorney General. Hari ini 24 Oktober 2003 adalah merupakan hari ulang tahun kelahiran ke-56 salah seorang daripada AG tersebut yang merupakan bos saya. Hari ini (hari Deepavali juga) adalah merupakan hari pertama beliau di alam persaraan. Semalam adalah merupakan hari terakhir beliau di pejabat sebagai AG.
Saya menulis mengenai persaraan beliau dalam blog ini ialah kerana keperihatinan beliau yang luar biasa terhadap saya (pada anggapan saya). Semalam saya mendengar tiga kali ucapan dari beliau di tiga majlis yang berlainan. Di sebelah pagi kami breakfast bersama-sama di sebuah agensi kerajaan lain kerana majlis menandatangan kontrak. Hanya 3 orang yang mewakili jabatan saya. Di sebelah tengahari saya dijemput dalam jamuan makan tengahari ekslusif yang diberikan oleh beliau kepada staf dan rakan-rakan rapat beliau. Inilah suatu penghargaan yang tidak pernah saya kecapi dalam lebih 20 tahun perkhidmatan saya dengan kerajaan (dalam 5 jabatan/kementerian yang berbeza). Dalam 20 jemputan yang hadir, kesemuanya adalah high-rangking officer dalam skim perkhidmatan AG kecuali saya dan 2 orang pembantu peribadinya. Pada sebelah petangnya pula, mendengar amanat terakhir beliau kepada semua staf. Selepas itu kereta beliau diarak keluar oleh superbike diiringi oleh polis peronda untuk "pulang" ke rumah.
Selamat hari lahir dan selamat bersara Datuk.

Subscribe to:
Posts (Atom)