Labels

Monday, October 06, 2003

DAPAT ANUGERAH TAK MESTI LARIS

DAPAT ANUGERAH TAK MESTI LARIS

saya miliki 3 dari 4 Novel ini yang ditandatangani oleh penulisnya.

Dengan segala kepayahan, akhirnya novel pemenang peraduan menulis novel Alaf Baru 2001: "Dominasi Tebrau" ditamatkan juga pembacaannya. Saya tidak pasti samada ini adalah novel bermutu atau sebaliknya. Walau bagaimanapun sebagai pembaca, saya tidak enjoy membacanya. Mungkin tahap intelektual saya adalah rendah, lantas saya tidak berupaya menghayati sebuah novel yang bermutu. Mungkin juga novel tersebut terlalu tinggi mutunya yang menjadikan pembaca biasa macam saya tidak enjoy membacanya. Namun ia adalah suatu lumrah di mana
misalnya "filem yang mendapat Grammy Award - tidak semestinya Box Office" Malahan filem murahan atau lawak bodoh yang biasanya adalah yang terlaris. Namun apa yang kita mahu ialah yang kedua-duanya, iaitu dapat anugerah dan laris.

Saya fikir mungkin novel Melayu telah memasuki era baru, di mana teknik-teknik penulisan yang pelik-pelik yang boleh memenangi anugerah. Misalnya panel penilai menulis "Novel ini membawa teknik yg kompleks dgn plot compound, berat dan beragam". Dalam Novel Merentas Sungai Sejarah (MSS -tempat ke-3) pula dituliskan " ... penyampaian novel ini dilakukan dengan pelbagai teknik. ... dialog yg berfungsi secara langsung atau secara monolog dalaman, teknik mimpi atau igauan sebagai gajala bawah sedar turut menjadi wahana kreatif pengarang."

Nampaknya novel kita telah mengikut jejak "lukisan abstrak" yang suatu masa dulu telah meninggalkan zaman lukisan tradisional atau "sajak kabur" yang mengatasi "sajak tradisi". Syabaslah jika itu adalah suatu peningkatan. Jika begitu, paradigma pembacalah yang perlu berubah.

Kali terakhir saya membaca novel yang menerima anugerah dan enjoy ialah SAGA. Malahan SAGA II dan SAGA III juga turut saya miliki dan masih enjoy membacanya.

----- nota -------------
Oleh kerana saya bukan orang perubatan, maka saya percaya semua fakta perubatan dalam novel tersebut adalah benar belaka, tidak seperti novel MSS yang banyak saya pertikaikan kesahihan faktanya.

No comments: