Labels

Wednesday, January 09, 2013

JOM PENCEN AWAL




SEMASA entri ini ditulis, saya sudahpun mengemukakan surat permohonan untuk pencen awal. Pencen 7 tahun lebih awal daripada tarikh pencen sebenar.

? Kenapa pencen awal?

? Apa nak dibuat selepas pencen?

? Tuan sudah kayakah, maka mahu pencen?

? Stress di tempat kerja? Jika ya pencen pun stress juga, nanti stress duit pula.

? Anak-anak tuan kesemuanya sudah bekerja? Maka tuan ingin pencen?.


ENTAHLAH. Saya tidak mempunyai jawapan konkrit kepada semua soalan tersebut. Apa yang pastinya, jika kita boleh dapat semua apa yang kita kehendaki semasa bertugas dan bekerja, maka tidak perlulah kita pencen, walaupun masanya sudah tiba.

-Jika kita ingin bermain golf, ada orang (kuli batak) uruskan golf untuk kita.
-Jika kita ingin melancong ke luar negara, ada orang uruskan program di luar negara
-Jika kita ingin bersantai dalam negara, bila-bila masa sahaja ada staf yang halalkan cara
-Jika kita ingin makan sedap, makanan datang jumpa kita
-Jika kita ingin menginap di hotel 10 bintang, taukeh hotel datang melutut buat program untuk kita.

Pendek kata, jika bekerja sudah bagaikan duduk dalam syurga dunia(masyaallah, kelebihan syurga akhirat tidak dapat digambarkan), maka tidak perlulah pencen. Kerjalah selagi ada nyawa di badan.

Saya ingin pencen awal sebab saya ingin lakukan perkara-perkara yang saya ingin lakukan dan tidak boleh dilakukan semasa saya bekerja. Ia bukan perkara pelik. Ia bukan perkara terlarang, cuma ia tidak boleh dilakukan. Ia barangkali melanggar peraturan.

Perkara-perkara yang ingin saya lakukan.

1. Saya ingin tulis buku. Tulis banyak-banyak dan terbitkan.
2. Saya ingin menerbitkan buku @jadi penerbit
3. Saya ingin memberi kursus atau bercakap mengenai perkara-perkara tertentu dalam bidang yang saya tahu, atau saya fikir saya tahu.
4. Saya ingin berniaga, walaupun saya belum pasti apa yang ingin saya niagakan.
5. Saya ingin melancong ke luar negara. Bukan jauh, tempat-tempat yang murah-murah sahaja.
6. Saya ingin kayuh basikal keliling
7. Saya ingin lepak, sambil minum-minum dengan rakan-rakan. Entahlah, barangkali setelah pencen, rakan pun sudah lari.

Itu sahaja perkara yang ingin saya lakukan. Bukan perkara pelik. Apa yang pelik ialah, mengapa saya tidak dapat lakukan semasa bekerja, sedangkan mungkin orang lain boleh buat. Jawapan mudahnya ialah sebab saya seorang pekerja yang baik, pekerja yang patuh dan mengikut peraturan.

Sekian terima kasih.

31 comments:

Aikido@MushroomCute@Mariea said...

Salam Uncle MBA...

Best best best...Saya juga ingin berpencen awal. Kerana :-

1. Saya bakal menjadi isteri dan ibu, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya utama seorang wanita itu.

2. Kerana saya nak berniaga dari rumah. Ini tak boleh saya lakukan semasa bekerja.

3. Adalah lebih baik saya memeningkan kepala berfikir dan berusaha meningkatkan taraf hidup sendiri daripada fikir projek2 yg bukan kita punya. Huhuhuhh

Anonymous said...

Tuan MBA;

Saya sokong keputusan tuan, pencen awal. Lebih banyak perkara yang mendatangkan faedah dan baik untuk kesihatan berada di luar sana.
Boleh tak saya buat tambahan no. 8 dlm alasan tuan, iaitu 8. Saya ingin belajar dengan terperinci mengenai agama saya dan menyediakan bekalan akhirat saya....bolehkan!!

Saya juga menunggu masa untuk pencen awal, lagi...9 tahun.

Anonymous said...

saya sokong alasan tuan untuk pencen awal sebab2nya pon hampir sama dgn alasan2 saya

Mariam Abu Bakar said...

Sayapun ingin pencen awal sebab tidak mahu hidup terkongkong lama-lama.

Anonymous said...

Saya pun nak pencen awal umur 51 tahun, iaitu 8 tahun lagi. Kalau ada rezeki nak buat bisnes dari rumah dan belajar agama seperti tafsir Quran, hadith, bahasa Arab dsb

muhamadbinali san said...

Saya sudah pun pencen setelah genap 30 tahun bekerja ketika usia 53 tahun.

Alhamdulillah banyak waktu yang boleh dimenafaatkan.

Anonymous said...

Saya pun mahu pencen awal tepat umur 50 tahun. Nak belajar agama dan tak mahu stress mengejar dunia. Mengejar dunia tak kan habis.

Anonymous said...

Salah satu sebab juga saya nk pencen awal kerana nk mendalami dan mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna krna kdng2 msa kerja semua tk sempat.....

Anonymous said...

Sebab saya nak pencen awal...nak teman suami saya yang dah pencen. Risau nanti suami lonely sangat kat rumah tak berteman.

Anonymous said...

salam semua...bagus juga kalau kita semua berpakat sama muafakat buat persatuan pesara pencel awal. program pertama persatuan ini ialah persediaan ke pusara. sesuai dgn nama para pesara sbb selepas alam persaraan kita semua bakal menempuh alam ke pusaraan pulak. mudah2an kita semua semua dapat menempuh kedua2 alam ini dgn cemerlang sebelum alam akhirat yg kekal abadi...

Anonymous said...

Tunggu lagi 14 bulan untuk bersara awal.......

Anak Kampung... said...

MashaAllah..betapa nikmatnya pencen awal...dapat mendekatkan diri dengan Allah dan membuat persediaan ke destinasi....Alam kekal...

muhamadbinali san said...


Amin.

Azam said...

Saya telah melakukannya, pencen awal seawal usia 43 tahun...dapat melihat perkembangan anak2 & mendekatkan diri dgn Allah swt..

Anonymous said...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya tiada pencen,hanya ada epf jadi saya kenalah bekerja selagi berdaya.
Di samping itu juga saya kena mencari peluang lain yang dapat dijadikan pendapat sampingan untuk simpanan di masa tua.

Siti

Salasiah Ismail said...
This comment has been removed by the author.
mahani gani said...

Assalamualaikum. Pencen/bersara awal dgn epf boleh jadi kenyataan dgn perancangan kewangan bermula hari ini. Duit epf bole dimaksimakan untuk pulangan berganda.

Boleh hubungi saya 0172647304
Free sharing
No obligation

Mohd Nazri Ab Rahim said...

Alhamdulillah.. Saya akan pencen awal pada umur 35 tahun.. Semoga semuanya dipermudahkan olehNYA.. :)

www.pencenawal.com

Ciksue said...

Assalamualaikum..
sy seorang jururawat. Thn ni dah 23 thn berkhidmat. Berniat utk bersara awal.. alasan paling kukuh nak yg ke 8.. mendejatkan diri dgn Allah.. terasa diri serba kekurangan..x cukup rasanya utk bekalan di sana nanti.. tlg reply..utk memberi sy jefahaman lebih..tolong...

mahani gani said...

Assalamualaikum Ciksue,

Bole sy dptkan email puan utk sy share maklumat & kefahaman inshaAllah boleh membantu utk kefahaman puan bagaimana perancangan kewangan utk pencen lebih awal. Moga membantu inshaAllah

Mahani Gani
017 2646304
FB : Mahani Gani
mahanigan@gmail.com

Anonymous said...

Salam. Saya berniat pencen awal umur 50. Lagi 3 tahun. Penat rasanya dgn tekanan kerja, misi dan visi segala. Saya ingin sediakan diri utk fasa yg seterusnya ...mudah2an sempat.

Anonymous said...

Alhamdulillah, saya pun nak pencen awal. Umur saya sekarang 45, saya bercadang nak pencen tepat umur 50 tahun. Saya bukan tak suka bekerja dan sangat mencintai kerjaya saya namun semakin lama saya merasakan semakin perlu masa mendalami agama dan mengumpul bekal untuk akhirat. Faktor usia barangkali saya semakin penat mengejar dunia yg tak pernah cukup masa untuk diurus sehingga perlu dibawa balik sampai ke rumah. Saya merasakan wang bukan segalanya tetapi akhirat tempat tujuan...syukur saya dpt kesedaran sebelum terlambat, cukup makan jadilah asalkan tak merempat. Semoga urusan permohonan pencen saya nanti berjalan lancar tanpa sebarang masalah....sebenarnya kalau mampu esok saya nak pencen dah. ..doakan saya ya agar lbh sabar

Jamal b. Ismail said...

Memang benar masa hidup amat berharga untuk siapkan bekal untuk kehidupan akhirat yang abadi

Ayu Yuna said...

Salam. Saya sekarang sedang pool, suara saya sangkut2 kalau byk bercakap. Mcm mana nak mengajar? Jun 2017 cukup 2 thn pool. Tapi tak boleh bersara lagi. Loan rumah ada lagi 2 thn baru habis byr. Mudah2an selepas selesai loan, boleh bersara awal. Sementara nak tunggu pencen, hiduplah seadanya. Umur 50 saya harap dapat settle semuanya. Sekarang baru 47.

ghazali othman said...

Sy dh mohon pencen awal 1.6.2017.55.harap diluluskan.dh 30th bekerja.

HambaNya said...

Sedang menunggu peluang untuk bersara pilihan, 12 tahun lebih awal drp yg sepatutnya. Mudah2an ada rezeki

Ayu Yuna said...

Perancangan utk hantar borang bersara awal jun 2017. Mohon bersara 1 Jun 2018. Mudah2an dipermudahkan. Lega rasanya apabila telah membuat keputusan. Bersara 7 tahun lebih awal.

Ayu Yuna said...

Perancangan utk hantar borang bersara awal jun 2017. Mohon bersara 1 Jun 2018. Mudah2an dipermudahkan. Lega rasanya apabila telah membuat keputusan. Bersara 7 tahun lebih awal.

Ayu Yuna said...
This comment has been removed by the author.
atiey71 said...

Saya pun pencen pilihan hujung tahun ni...46 thn..25 thn jer...minta di permudahkan Ya Allah..Aaminnn..

Hafsah Ali said...

amin. Saya doakan impian tuan untuk pencen awal terlaksana. saya pun bercita2 nak pencen pada umur 40. ada 3 tahun lagi ni. Doakan saya juga ye. Betul kata tn, saya tak boleh nak buat kerja2 selain daripada kerja hakiki semasa kerja. Maklumla, kita ni kuli batak je.