Labels

Tuesday, July 31, 2007

TAYAR DAN KAKI

TAYAR DAN KAKI (ala-ala Gol dan Gincu gitu...). Susah untuk dinafikan bahawa tayar adalah merupakan antara komponen paling penting bagi sebuah kereta. Jika engin OK, semuanya OK, tetapi tayar tidak OK, bagaimana sebuah kereta boleh berjalan?. Keseluruhan kereta tersebut bergantung sepenuhnya kepada keempat-empat tayar yang ada. Siang tadi KL dan Putrajaya dilanda hujan lebat. Atas tugasan yang 'tidak boleh tidak' saya terpaksa memandu juga dalam keadaan begitu. Semasa melalui selekoh, merentasi lopak-lopak berair, saya rasakan tayar kereta saya bagaikan empat segi (bukan lagi bulat). Sekali sekala ia melantun.

Hmmmm apa lagi, tukar sahajalah.

Kaki juga begitu. Keseluruhan (berat) badan kita bergantung sepenugnya kepada kaki untuk berjalan dan berdiri. Jadi apa salahnya beri lebih sedikit tumpuan kepada kaki (di samping mengutamakan tumpuan kepada kepala). Gunakan kasut yang lebih selesa @ mahal. Jika sebiji tayar ialah RM500, kasut pula tidak dijual satu, tetapi dua ...

Monday, July 30, 2007

PENAJAAN

SAYA ada mengajak seorang-dua kawan-kawan yang pada zahirnya "mampu" untuk mendaki Mt. Fuji Ogos ini (21 - 26 Ogos 2007). tahun lepas kosnya ialah RM4,500. Itupun 24 orang yang menyertainya. tahun ini kosnya cuma RM2,995 sahaja. Sasarannya cuma 15 orang sahaja.

Dia: Saya minat nak mendaki ini, ada penaja ke tidak?

Saya: Ada, tapi kenalah cari sendiri. Kita boleh keluar surat.

Dia: Susahlah sikit. Penganjurlah yang kena cari penaja.

Saya: (dalam hati). Amboi.... lebih baik aku cari penaja untuk diri aku sendiri!.
(senyum) Apakah justifikasinya?.

Dia: Maksudnya?

Saya: Jika penaja tanya, apa yang dia dapat dengan menaja engkau, apa aku nak jawab?

Dia: Eh... nak taja, taja sajalah. Mana boleh beri syarat-syarat macam itu?.

Saya: Jika dia orang tu ada duit berlebihan, lebih baik dia beri kepada rumah anak yatim, dapat juga pengecualian cukai pendapatan. Jika dia taja artis, dia dapat publisiti. Jika dia derma kat masjid, dia dapat pahala. Jika dia habiskan duit taja engkau, habukpun tak ada, silap-silap kena siasat pulak.

Dia: $#@!%%^&*(&&%$$#

Sunday, July 29, 2007

PELBAGAI CARA UNTUK HIDUP (SENANG)

SEMALAM tengok TV pasal ladang pisang. Ratus-ratus hektar ladang. Ratus-ratus ribu duit dapat. Tanam pisang bukanlah perkara pelik. Dapat duit banyak sebab tanam pisang, peliklah juga. yang paling pelik ialah penanam pisang itu ialah seorang doktor pakar. Pakar bedah otak jadi penanam pisang.

Hari ini baca pasal ladang lintah. Menternak lintah untuk sebuah kehidupan adalah pelik (bagi saya). Pendapatan hasil dari menternak lintah ini adalah lumayan. Ribu-ribu dapat wang.

alamak lintah ke tu?. Eeeiiii geli!!!

Tadi masa baca blog Halela cerita pasal belut, teringin pula nak pelihara belut. Pelihara belut banyak-bayak, lepas itu ekspot ke Jepun. Jika Jepun tidak mahu beli, kita buat promosi jom makan belut, masak stail Jepun. Apa macam?.

Tapi, macam biasalah. Bila tengok orang dah buat itu-ini, kita baru teringat, "alangkah baiknya jika aku buat perkara itu dulu?". Biasalah itu .. perkara biasa.

Hmmm.... Kalaulah tulis blog ini juga boleh buat duit, alangkah bagusnya kehidupan...

Saturday, July 28, 2007

PAPAN KEKUNCI TANPA WAYAR SEJAGAT



Alangkah bagusnya jika ada Universal Wireless Keyboard ini. Rasanya tidaklah payah lagi bawa notebook ke mana-mana.

p.s Semalam dah melanggan perkhidmatan Celcom 3G tanpa had dengan bayaran RM88 sebulan.

Thursday, July 26, 2007

MENGALAH JUA




SEMENJAK mula mengenali PDA, saya menggunakan Palm. Lepas itu naiktaraf kepada Palm, kemudian tukar juga kepada Palm. Dalam masa pertukaran tersebut ada juga seketika menggunakan PPC dan lepas itu Symbian. Namun PPC agak perlahan dan Symbian terlalu perlahan dan tidak banyak aplikasi.

Namun masa terus berjalan, teknologi bertukar dan keperluan juga berubah. Apabila 3G diperkenalkan di Malaysia, Palm hanya menyokong setakat EDGE dan GPRS sahaja. Sementara sokongan terhadap Microsoft semakin bertambah banyak dari pembuat hardware. Pelbagai jenama dan rupa bentuk boleh dipilih. Sementara itu Sony, satu-satunya penyokong Palm telah menghentikan pembuatan PDAnya dan telah menyertai Ericsson dalam dunia smartphone. Akhirnya Palm sendiri telah mengalah. Barangkali Treo 680 adalah yang terakhir menggunakan PalmOS. Timbul Treo750 telah menggunakan WM5. Model baru, barangkali Treo850 pula akan menggunakan WM6.

Ibarat kata, jika Proton telah tidak mengeluarkan model baru lagi sebaliknya mngilangkan model VW dan produa mengilangkan Toyota, mengapa harus kita beli model lama mereka sekiranya saya berhasrat untuk membeli kereta baru? Begitulah yang terjadi. Kini saya gunakan Palm dengan enjin WM5. Maknanya sudah memasuki dark side kata orang Palm. If you cannot beat them, joint them. Sekarang saya dah joint the dark side dan (setakat ini) gumbira dengannya.

Wednesday, July 25, 2007

BUSINES BARU



RASA-RASANYA belum pernah lihat lagi parabola satelit dan dish astro yang diwarna, diconteng, dilukis sebegini rupa di Semenanjung. Agak saya, jika dibuat, ia boleh menjadi suatu tarikan yang unit. Jika diusahakan untuk dijual dan diambil upah, barangkali boleh mendapat untung lumayan ni ....

Tuesday, July 24, 2007

YANG SENANG DIPERMUDAHKAN

BARANGKALI semua orang suka yang automatik.
Dulu agak sukar nak masak nasi, kini (dah lama dah) sudah ada rice cooker.
Dulu penatnya membasuh pakaian, kini dah ada washing machine
Tapi lepas basuh perlu jemur,
Dah kering perlu gosok.
Mengapa kita perlu gosok pakaian?.
Dah ada ke belum mesin gosok pakaian?
Lepas basuh dah siap bergosok dan keluar berlipat,
Atau pakaian yang jenis tak perlu digosok-gosok,
lepas basuh siap untuk dipakai.

Sunday, July 22, 2007

CATATAN KAWAN BARU

INI adalah catatan mengenai dua orang kawan baru kepada sahabat saya. Seorang bernama encik gout dan seorang lagi bernama encik hypentension. Kawan ini memberikan tips bagaimana amalan yang baik supaya persahabatan dengan kawan baru ini terputus di tengah jalan:-

Encik Gout ini suka sangat makanan berprotein. Jika anda juga sukakan makan sedemikian, makan encik gout akan suka berkawan dengan anda. Contoh makanan yang digemarinya ialah semua jenis makanan laut (kecuali ikan) seperti sotong, ketam, udang dan yang sejenis dengannya. Daging merah juga cukup digemarinya, seperti daging lembu, kambing dan sebagainya. Bagi sayur-sayuran pula, sahabat ini sukakan sayur kekacang. Semua jenis kacang dia suka, termasuklah dari keluarga petai. Selain daripada itu, dia juga sukakan sardin dan bilis.

Ada seorang sahabat ini sangat marah terhadap dua orang sahabat baru ini. Dia cuba boikot dengan tidak menghidangkan sebarang nasi kepada tetamu ini. Dia tidak makan nasi langsung. Cuma makan roti dan sedikit lauk sahaja. Setelah tiga bulan, dua sahabat ini tidak datang lagi. Syukurlah dia. Namun selepas itu ada pula sahabat lain yang datang bertandang, ia itu kesorakan pankreas (hatilah tu) akibat meninggalkan langsung karbohodrat daripada nasi. Tuan doktor nasihatkan dia makanlah nasi dua minggu sekali. Pada hari-hari biasa, makanlah roti kurang lemak dan kurang manis. Hasilnya ketiga-tiga sahabat ini tidak suka akan dia dan sedang mencari orang lain pula untuk bersahabat.

Anda bila?.

Saturday, July 21, 2007

CATATAN SABTU

CATATAN 1:
HARI ini telah dijadualkan diadakan mesyuarat exco myJICA. Presiden ada, naib presiden ada, ahli mesyuarat ada, namun setiausaha tidak bersedia. Minit mesyuarat yang lepas belum dibuat. Beliau mohon ditangguhkan mesyuarat ke minggu hadapan. Malangnya minggu hadapan Presiden tidak ada, kedua-dua naib presiden juga tidak ada dan sudah pastilah mesyuarat bulanan tersebut terpaksa di bawa ke bulan berikutnya.

Bagi saya, minit mesyuarat tidaklah perlu sangat sehinggakan mesyuarat perlu dibatalkan. Jika kita bergantung kepada minit, maknanya kita bermesyuarat sebulan terkebelakang. Sedangkan kita perlu maju ke hadapan. Kita perlu melihat, mendengar, meneliti dan menilai perancangan untuk masa hadapan, bukan membaca minit mengenai apa yang telah dilapor sebulan yang lepas.

Minit: penting tetapi tidak wajib.

CATATAN 2.
Saya sedang bertungkus (belum sampai tahap lumus) untuk menyiapkan buku ICT. Semalam baru 15 muka surat. Hari ini sudah dapat 20 muka. Sasaran sehingga senja ialah 50 muka. Sasaran akhir 160 muka surat sehingga 13 Ogos.

Selepas buku ICT, saya kena siapkan buku lautan biru yang dijanjikan untuk diserahkan sebulan selepas 13 Ogos. Sekarang baru beberapa muka. Nak beri konsentrasi kepada buku ICT dulu.

Buku travelog Jepun sedang berehat sebentar. Tinggal satu dua bab lagi mengenai kisah Pakcik Higa yang menjadi nilai tambah kepada buku ini yang perlu disiapkan. Insyaallah boleh disiapkan nanti.

30 Julai ada satu lagi tugasan wajib yang dihantar, iaitu mengenai keselamatan ICT. Seminggu lagi, tetapi rangkapun belum tulis lagi. Tugasan ini tidak boleh dilengahkan jika tidak mahu masuk lembaga penurunan pangkat.

Minggu depan, sebelum mesyuarat pasca kabinet satu lagi kertas perlu diserahkan. Barangkali esok sahajalah mula menulis dan disiapkan.

CATATAN 3
Siapa yang membaca (atau barangkali terbaca) blog saya?. Dulu saya perhatikan ada SB yang masuk dan tertinggal jejak.

Pengiklan kata 73% pembaca blog saya ialah lelaki. Blog saya tidak mesra wanita rupanya. Saya jangkakan pembaca blog saya adalah yang berusia hampir sama dengan saya, rupa-rupanya 69% adalah di bawah usia 21 tahun!.

Jibunsyi
July 16th, 2007

Syikin bertanya: apakah yang dimaksudkan dengan Jibunsyi? Syikin fikir ia sudah ketinggalan zaman. Sebenarnya ramai yang tidak pernah mendengar istilah tersebut. Saya tahu tetapi tidak ambil pusing sehinggalah Puan Ainon meminta saya menulis genre tersebut.

MBA menulis tentang Jibunsyi. Syikin mungkin mendapat faedah daripada tulisan beliau.

Sungguh tidak disangka bahawa profesor pun membaca blog saya (terbaca sebenarnya). Terima kasih prof.

Friday, July 20, 2007

20072007

Tarikh hari ini 21.07.2007 juga cantik !

Thursday, July 19, 2007

NIKE dan ADIDAS




KSN's mantra, "We must deliver; We must deliver with integrity; Unless we deliver with integrity, somebody else will do it for us, either for inside or outside..."

KSN: NIKE (Just Do it)

KSU: ADIDAS (Impossible is nothing)

KP: PUMA (Honesty,High quality ,Nice price , Saftey and fast ...)

Staf: BATA (Our customer is our Master)

Wednesday, July 18, 2007

BURUNG NURI TERBANG TINGGI

ALFATIHAH ...

Ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga TUDM yang terbunuh dalam tragedi helikopter Nuri terhempas.

Saya teringatkan lagu burung nuri sebenarnya. Nyanyian siapa ya?. "Burung nuri terbang tinggi, hati rindu tak terperi..."

Mengenangkan betapa sukarnya usaha mencari dan menyelamat mangsa tersebut, kita harus sedar realiti sebenar kekuatan dan kelemahan serta kelebihan dan kekurangan negara kita. Jika mengikut fiksyen, tidak ada apa yang payah. Misalnya diceritakan bagaimana dalam setiap telefon bimbit Nokia telah tersedia cip yang dapat mengesan di mana telefon itu berada. Samada ada liputan atau tidak, tidak ada yang mustahil baginya. Namun barangkali ia hanyalah sekadar fiksyen dan hakikatnya jauh berbeda.

Peristiwa ini juga menunjukkan bahawa lautan kita, ruang udara kita dan hutan belantara kita tidak terkawal rupanya. Pokok-pokok yang tinggal di alam hutan-hutan kita tidak bekerja untuk kita untuk memberikan isyarat yang diperlukan. Apatah lagi dengan ikan-ikan di laut dan burung di angkasa. Dulu, orang tua saya bercerita bahawa setiap inci hutan kita sentiasa diawasi, disenggara dan dipantau. Bayang komunispun dapat dihidu. Pokok-pokok akan memberitahu. Ya lah, itu di zaman darurat dan di zaman komunis masih menjadi musuh nombor satu negara. Kini dadah sudah mengambil alih tempat komunis, barangkali. Orang aslipun barangkali tidak lagi menghuni hutan belantara sebegini. Ia juga adalah merupakan fiksyen kini. Jika tidak, sudah tentu pembalakan haram dan pencerobohan hutan tidak dapat dibendung.

Burung nuri terbang tinggi .... helikopter nuri terbang rendah ...

Tuesday, July 17, 2007

BILA CIKGU MULA MELALUT

TERPANGGIL saya untuk menulis mengenai cikgu. Sesekali apabila murid mengulas mengenai cikgu apa salahnya kan?. Jika pepatah dulu ada mengatakan "guru kencing berdiri, murid kencing berlari", kini pepatah baru harus dicipta gamaknya...

Rata-rata akhbar harian dipenuhi dengan berita dan rencana mengenai guru yang mendakwa dianiaya. Guru DGA41 (berijazah) dikatakan teranianya kerana menerima gaji yang lebih rendah berbanding dengan guru DGA32 (diploma). Dalam hal ini berbandingan tidak dibuat secara adil dan jujur. Dakwaan bahawa 50,000 orang guru yang terlibat ini membandingkan gaji permula yang mereka perolehi (setelah berkhidmat 10 tahun dalam DGA29 dan kemudiannya cuti separuh gaji melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah) dibandingkan dengan cikgu DGA29 yang telah berkhidmat12 tahun dan telah dinaikkan pangkat ke gred DGA32. Sekali lagi ditekankan, perbandingan gaji mula di antara gred lantikan (DGA41) dengan gaji kenaikan pangkat (DGA32).

Mereka tidak membandingkan benefit lain yang bakal diperolehi sebagai guru berijazah, peluang kenaikan pangkat, peluang kenaikan gaji, naik gred, gaji akhir dan sebagainya. Di tempat saya bertugaspun ramai pegawai B yang gajinya lebih tinggi berbanding dengan pegawai A. Sebabnya ialah pegawai B lebih lama bertugas (bukan dikira dari tarikh melapor diri sahaja) dan telah dinaikkan pangkat, sedangkan pegawai A walaupun sama tarikh melapornya, tetap junior kerana telah bercuti separuh gaji.

Kerajaan tidak zalim rasanya dalam hal ini sebab tidak ada penganiayaan langsung. Mana mungkin seseorang pegawai menerima gaji yang lebih rendah dari yang sebelumnya setelah dia berijazah. Namun jangan bandingkan kita dengan orang lain. Orang lain naik pangkat, tidak semestinya kita juga mesti dapat. Apatah lagi untuk membandingkan skim kita dengan skim lain.

Namun cikgu ini biasanya power..... sekali dia bersuara, habis berombak samudera. Bilis berenang ke tepi, jerung menyelam dalam.

Sama-samalah kita tengok nanti.

Monday, July 16, 2007

JIBUNSYI SEJATI



JIBUNSYI atau "jibunshi" dalam bahasa Jepun ialah catatan mengenai kisah hidup seseorang. Ia sekadar cerita-cerita biasa dari orang biasa. Ada kalanya catatan ini dibukukan untuk bacaan umum, selebihnya sekadar disimpan untuk catatan peribadi dan saudara terdekat. Jibunsyi menjadi suatu khazanah sejarah yang amat berharga. Ia merupakan catatan daripada saksi mata terhadap peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh penulisnya.

Apakah perbezaannya di antara jibunsyi dengan bibiografi biografi?. Kedua-duanya adalah catatan mengenai kisah hidup. BibiografiBiografi lebih tertumpu kepada 'kisah orang besar', sedangkan jibunsyi adalah catatan mengenai 'sejarah diri sendiri'. Ia itu sesiapa sahaja dan sudah tentunya adalah orang-orang kecil seperti kita semua.

Novel jibunsyi agak berbeza sedikit daripada jibunsyi. Setelah ia dinamakan novel, makan ia adalah cereka. Walaupun cereka tersebut adalah berasaskan kepada kisah benar, ia adalah tetap cereka.

Semasa saya berada di Jepun pada musim bunga yang lepas, saya sempat membeli sebuah jibunsyi berjudul "Tiada Siapa Yang sempurna" (No One's Perfect). Ia mengisahkan mengenai kehidupan penulisnya, saudara Hirotada Ototake yang dilahirkan pada 1976 tanpa kaki dan tangan. Beliau menceritakan susah-payah kehidupan beliau semenjak lahir sehingga dewasa. Semasa beliau masih bayi, cerita dikutip daripada nenek dan orang tuanya dan cerita lain adalah merupakan catatan peribadi beliau sendiri.

Apa yang paling menarik mengenai jibunsyi beliau ialah, sebanyak 4,500,000 naskah telah terjual. Ia adalah merupakan buku yang kedua larisnya di Jepun. Cuba bayangkan, sekiranya beliau mendapat royalti sebanyak RM1 sahaja bagi sebuah buku, beliau telah menerima RM4.5juta bagi buku tersebut.

Siapa kata buku kisah orang kecil tidak laku?.

Sunday, July 15, 2007

SENJA DI HO CHI MINCH CITY




KAMI diraikan di beranda sebuah hotel terkemuka di sini. Dari beranda tersebut, jelas kelihatan kesesakan Ho Chi Minch City. Ia sibuk dengan basikal. Senja di Ho Chi Minch City ini begitu muram sekali.

KAD KREDIT PAGI MINGGU

BERJANJI dengan Akun untuk joging pagi ini. JAnji tersebut membuatkan AKun tidur awal supaya dapat bangun awal untuk berjoging. Bersemangat pula dia kali ini.

BAngun pagi-pagi, lihat peti surat. Sekeping envelop putih. Bil kad kredit. Bila posmen datang?. Semalam sudah dibuka. Tidak ada apa-apa. Barangkali surat telah tersalah masuk ke peti surat rumah lain dan ada hamba Allah yang telah memulangkannya. Bil tersebut menyatakan dalam bulan lepas saya berbelanja RM337.99 bagi mengisi minyak kereta sebanyak empat kali. Ini bermakna saya berbelanja lebih RM10 sehari untuk ulang alik ke tempat kerja.Tidaklah semahal mana agaknya. Barangkali jika saya berjimat sedikit, elaun COLA yang baru dinaikkan dapat dimenafaatkan sepenuhnya.

Bil tersebut juga melihatkan saya berbelanja RM685.70 untuk beli pakaian. Ya .... saya berbelanja sebanyak itu untuk hadir kursus selama sepuluh hari. Kursus peringkat tinggilah katakan!. Walau apapun sudah bertahun saya tidak membeli pakaian untuk diri sendiri. Mudah-mudahan ia tidak termasuk dalam kategori membazir.

Lepas tu joging.

Thursday, July 12, 2007

FEAR FACTOR - PENJAWAT AWAM


APAKAH faktor ketakutan (fear factor) bagi penjawat awam?.

1. Public Speaking
2. Dipanggil menghadap Menteri/PM
3. Dipanggil Bos (KP/KSU/KSN)
4. Mengetuai Delegasi
5. Menjadi Host Majlis
6. Karaoke
7. Baca Doa
8. Jadi Imam
9. Menjawab Soalan Audit/BPR
10.PTK

Sila buat pilihan.

Wednesday, July 11, 2007

MELAYU LARI ?

AMAT mengejutkan membaca berita bahawa 106,000 rakyat Malaysia telah melucutkan kerayaktannya semenjak 1996 yang lepas. Lebih mengejutkan lagi apabila 70% atau 79,000 adalah Melayu, 25,107 Cina, 1,347 India dan 350 bangsa lain.

Persoalan yang saya ingin sangat tahu jawapannya ialah:-

1. Negara mana mereka tuju? (US, Australia, Taiwan, Singapura & Indonesia)?
2. Jika dulu mereka makan nasi, kini makan gandum, jagung atau sushi?
3. Jika dulu minum teh tarik, adakah kini arak, teh hijau, teh arab atau?
4. Dulu makan dengan tangan, kini dengan sudu-grafu, chopstik atau?
5. Jika dulu ke masjid, kini masih ke masjid atau ke gereja, kuil atau?
6. Dulu cakap Melayu (oops B.Malaysia), kini English, Arab, Mandarin atau?

Yang sudah berpindah tetapi masih belum menyerahkan kerakyatan barangkali berlipat kali ganda lagikah?.

Saturday, July 07, 2007

07.07.07

Selamat
Ulang Tahun
Kelahiran
Kepada
Isteri

(yang tidak pernah baca blog ini)

Wednesday, July 04, 2007

CUTI KECEMASAN

Semua pembaca budiman;

Saya terpaksarela mengambil cuti kecemasan selama 10 hari dari menulis di sini. Insyaallah akan kembali semula selepas tamat cuti tersebut.


Saya sedang mencari keluarga angkat di Jepun untuk homestay pelajar Malaysia seramai 15 orang pada Nov. 2007. Sesiapa yang ada contact dengan persatuan2 di sana atau yang setaraf dengannya yang berminat dengan projek homestay 2-3 malam, bolehlah hubungi saya mba@myjica.net

terima kasih

Tuesday, July 03, 2007

IMAM ISAP ROKOK MAKMUM ISAP GANJA



SEJAK kecil kita telah diajar bahawa hisap rokok itu makruh hukumnya. Edar dan jual rokok itu kaya jadinya. Sudah besar kita diberitahu hisap dadah itu pusat serenti tempatnya. Jual dan edar dadah itu gantung sampai mati hukumnya.

Dari dulu juga lagi kita tengok cikgu hisap rokok, ustaz hisap rokok, DO hisap rokok, engineer hisap rokok dan yang paling mengesankan barangkali artis pujaan kita hisap rokok. Kawan saya yang mengadu sakit dada dan batuk-batuk pergi jumpa doktor. Doktor beri nasihat berhentilah hisap rokok. Doktor tersebut memberi nasihat sambil dia hisap rokok. Kawan saya balik rumah dengan bangganya menambah bilangan rokok setiap hari sebab dia kata doktorpun hisap rokok.

Kawan saya seorang doktor pun hisap rokok juga. Dia kata, I ni doktor, I tahulah hisap rokok tu bahaya. I hisap for social sahaja, bukan heavy smoker. Yang bahaya tu yang chain smokers.

Apa nak buat dengan orang hisap rokok?.

Tuan guru Nik Aziz kata imam masjid dan AJK masjid yang dilantik, tapi masih hisap rokok (terutamanya di tempat awam) hendaklah dicela. Kita boleh cela tok imam begini.

Lepas ini harap-harap Timbalan Menteri Pelajaran cela pulak cikgu yang hisap rokok. Tapi eh..eh... timbalan menteri hisap rokok ke?. Menteri kesihatan amat patut sekali mencela doktor yang hisap rokok. Rakyatpun boleh mencela menteri yang hisap rokok.

[jika tak silap]Celaan adalah tindakan disiplin paling ringan dalam perkhidmatan awam. Selepas itu potong gaji, gantung gaji dan buang kerja

Monday, July 02, 2007

E-MEL KERAJAAN

Mengapa Google boleh berikan e-mel percuma sehingga 3GB storan seorang?.
Mengapa e-mel Google, iaitu gmail laju?.

Diberitakan bahawa Hotmail mempunyai 60juta orang pengguna dan gmail dibangunkan untuk 100 juta manusia. Diberitakan juga bahawa kos bagi setiap GB cuma $2 sahaja. Oleh itu Gmail mampu berikan 3GB kepada setiap orang. Kos storan baru $600 juta.

Mesti besar server google kan?. Tidak. Gmail gunalkan server murah sahaja. Jika server rosak, dibiarkan sahaja dan diganti pada keesokan harinya. Hmmmmm Google mempunyai 100,000 server untuk gmail.

Padanlah!.

p.s Ingat nak outsource kat gmail ajalah e-mel yang ada 100,000 pengguna ni.

BERMALAS-MALAS

alangkah bahagianya
dapat
bermalas-malas
tatkala sibuk

[TEST]: MAIL TO BLOGGER

Saja nak test update blog menggunakan e-mel,
Jika berjaya, bolehlah dikemaskini blog ini menggunakan e-mel sahaja apabila berada di luar.

test 123.


--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

KEMUDAHAN KERJA: KAT RUMAH LAGI BANYAK

APABILA kita perlu membuat kerja, kita perlukan tools yang cukup. Misalnya jika jurutaip diminta buat kerja, perlulah ada mesin taip atau komputer. Bagi akauntan atau penolong akauntan, dia selalu bawa kalkulator yang besar tu... Bagi pekerja yang memerlukan data dan maklumat, mereka memerlukan pelbagai tools untuk memperolehi maklumat tersebut. dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya.

Umum berpendapat, samada di sektor swasta atau sektor awam, samada dalam atau luar negara, kemudahan di rumah adalah lebih baik berbanding dengan kemudahan di pejabat. Kat pejabat itu tak ada, ini tak ada. Itu kena ban, ini kena sekat. Di rumah semua ada. Laju pulak tu... Jadi ada sebahagian daripada pekerja, bila ingin lakukan pekerjaan yang sedemikian, dia perlu pulang ke rumah untuk melaku dan menyiapkannya.

Mengapa ofis kita selalu jadi begini ya?.