Labels

Wednesday, October 08, 2003

BANYAK DAN RAMAI

BANYAK DAN RAMAI

Banyak orang menyangka bahawa kata "banyak" hanyalah untuk benda sahaja. Jika orang, kata "ramai" hendaklah digunakan.Cuba lihat ayat tersebut dan ayat-ayat selanjutnya.

Banyak sungguh kereta di atas jalan. Kebanyakannya ialah kereta mewah belaka. Sudah pasti ia bukan dimiliki oleh orang kebanyakan. Untuk mengelakkan daripada kesesakan, orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam.

Banyak sungguh orang yang hadir di majlis keramaian tersebut. Kebanyakan daripada mereka ialah golongan muda belia.

Ramai sungguh orang yang datang .... kebanyakannya adalah kawan-kawan dia belaka.

---- apa komen anda? ------



No comments: