Labels

Thursday, May 31, 2007

PERKHIDMATAN KERAJAAN BAGUS?

"Sebenarnya perkhidmatan kerajaan adalah lebih baik daripada swasta. Walau bagaimanapun ada kalanya ia agak tersasar sedikit kerana bilangan pelanggan yang terlalu ramai. Inilah yang dipertikaikan ....." Petikan (lebih kurang) ruangan Bersama Ketua Pengarah MAMPU di radio.

PAGI tadi saya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)menemani anak saya yang kehilangan myKAD. 7.30am sampai. Belum sempat saya duduk di kerusi anak saya sudah datang dan dia sudah memperolehi myKAD barunya.

Sebenarnya semalam dah datang buat myKAD baru tu. Ia siap pada hari yang sama. Namun tidak mahu tunggu, datang sahaja pagi tadi.

TAMAT.

LEPAS balik dari JPN daya ke Hospital Selayang. JAm 9am. Buat pendaftaran. Serah GL. Ke kaunter klinik pakar. Buat pendaftaran. Dapat Nombor 16.

Tanya misi di kaunter. "Pukul berapa boleh jumpa doktor?".
Dia jawab. "Tak tahu. Doktor belum sampai. Duduk dulu, nanti kita panggil".

Kitapun duduklah. Tak panggil-panggil. Jam 12pm. pergi ke kaunter lagi. "Ini bila boleh jumpa doktor?".

Misi jawab. "Ini kena tanya bilik sana. Dekat pokok sana".
"OKlah"

Pergi dekat pokok dan tanya misi (bukan tanya pokok). Bila boleh jumpa doktor? (nak balik ofis sebab ada meeting jam 2pm).

"Entah. Tak ada nombor ini. Siapa ambil nombor ini ooii..." Dia berteriak pada kawan-kawan dia.

"Tak apalah, Encik Keluar dulu, nanti kita panggil".

Hati dah panasdah. Pergi ke kaunter tadi. "Kat sana kata nombor ni tak wujud".

"OK apa nama?. BAwa IC nak tengok".

"Nak IC saja?. Nah ini IC. Ini Kad Kementerian. Ini kad staff. Nak kad apa lagi?".

Gedegung gedegang gedegung gedegang.

Akhirnya dipanggil. Encik duduk sini dulu ya.

(Sambil tu mulut becok misi-misi ni mulalah mengumpat. Lain kali akan kubawa alat perakam untuk kuserahkan kepada pengarah korang). Ingat tu ya!.

Tunggu lagi.

Tunggu lagi.

Akhirnya dipanggil masuk jumpa doktor.

"Awak ada makan ubat ke tidak ni?. Hanya ada 2 kemungkinan sahaja. Pertama awak tak makan ubat, kedua penyakit awak semakin teruk".

"Oops yang kedua tu Doktor. Saya selalu lupa makan ubat".

"Dahlah yang ini semakin teruk. Tekanan darahpun semakin tinggi".

"Saya HOT doktor. Saya datang 9am. Sekarang dah 1pm. Sebab itu darah saya panas!!".

"Itu dah kira nasib baik. Ada orang jam 4pm baru dapat masuk bilik rawatan".

"Apa tidaknya. Sekarang jam 1pm. Belum ambil ubat lagi. Siap ambil ubat jam 3pm ni!"

"Doktor, macamana kalau saya mau pindah hospital?. Saya mau ke hospital xxx pulak".

"Oh itu senang saja. Aku sains ini surat, semua selesai. Mahu ke?".

"YA mahu. Sekarang juga".

"Baiklah".

.............

Mengapa doktor tidak berada di bilik pada waktu temujanji telah dijadualkan?.

A. Cuti sekolah. Doktor cuti
B. Doktor juga manusia, biasalah tu.
C. Doktor dekat wad. Round pesakit. Jangan tipu!
D. Doktor buat lokum kat hospital swasta.
E. Doktor stand-by. On-call mau tipu lagi?
F. ........... Isikan tempat kosong

Nota:
1.Oleh kerana nak balik cepat sebab ada meeting kat ofis. Ubatpun saya tak ambil. Pesan pada kawan saja. Ambil lain kali.

2. Saya ingat kes begini saya perlu buat kertas terperinci untuk tindakan orang atasan sana.

Wednesday, May 30, 2007

NAIK HARGA NAIK GAJI NAIK SEGALANYA

SATU naik semuanya naik.

gajah naik minyak. terlanggar keretapi. patah kaki. sudahpun mati
pekerja gomen naik gaji. tambah produktiviti. pekerja swasta menanti
gandum naik harga. roti canai kena uli. penggemar kena buli
minyak naik harga. semua benda naik. orang naik minyak.
maskahwin naik. anak dara meraung. dilari orang minyak
COLA naik 100%. pekerja lari. tinggalkan kuarters.
barang naik harga. penguatkuasa merana. cuti jadi beku
milo ais rm1.80. barangan disita. denda 22ribu.
semua naik. wap menyirap ke muka. sib baik hujan tak naik.

Mengapa kita perlu kawal harga?.
Kenapa mamak jual milo aid RM1.80 kena saman?.
Kenapa tak biar saja?.
Biarlah mamak jual milo air RM25 segelas
Kalau orang nak minum, minum sajalah
Kalau orang tahu minum kedai mamak mahal, lain kali bawak bekal.
Padan muka mamak. Lama-lama tutup kedai.

(Tapi rasanya kedai mamak tu akan glemer
semua orang nak kenal
mana kedai yang jual mahai.
ala... macam mokcik hok jual ikang aya nasi dagang tu dulu
dah gelemer sakang dah. laku giler).

Tuesday, May 29, 2007

AKU - HERO ANTARA KITA



SAYA menghabiskan buku ini dalam masa yang singkat sahaja. Saya amat gemarkan buku-buku bibiografi, kisah hidup ataupun Jibunsyi. Buku ini memperkenalkan saya kepada pengarangnya. Pahit maung dan liku-liku kehidupan beliau.

Saya tidak berhasrat untuk berkongsi cerita tersebut kerana anda boleh baca sendiri. Apa yang ingin saya perkatakan ialah tentang penggunaan "aku" dalam buku ini. Jika tidak salah hitungan saya, semua ganti nama penulis adalah dengan menggunakan "aku".

Secara peribadi, minda saya menganggap penggunaan aku adalah kasar, sombong, bongkak dan yang setara denagnnya. Semenjak kecil saya diasuh supaya jangan sekali-kali menggunakan perkataan aku. Namun aku adalah kata ganti nama yang paling lumrah. Paling senang. Kanak-kanak sebaya saya semuanya menggunakan perkataan aku. Nenek kata aku itu "hantu paku". Ustaz kata aku hanya Allah yang boleh gunakan. Emak kata aku itu untuk anak yang kurang ajar. Cikgu juga marah bila anak muridnya menggunakan perkataan aku.

Kata mereka. "gunakanlah ganti nama lain seperti saya, kita, hamba, kami, nama sendiri dan sebagainya. Ia lebih lembut. Lebih manja".

Walau bagaimanapun budaya kita berbeza. Tidak serupa. Barangkali di Melaka, penggunaan aku adalah biasa. Kata sahabat saya "jika orang Melaka tidak menyumpah-nyumpah sahabat lamanya, itu menandakan mereka bukan bersahabat".

"cis celaka engkau. Awau lahabau. Hidup lagi engkau. Aku ingat engkau dah mampus". Itu adalah kata puji-pujian orang Melaka bila bertemu sahabatnya, khususnya yang dal lama tidak berjumpa.

Betul ke?. Wallahualam.

Sunday, May 27, 2007

Saturday, May 26, 2007

ALUMNI Mt. FUJI

INI adalah perkembangan terkini Alumni Mt. Fuji untuk updates Sri Diah

OK nak tambah pasal perkembangan Alumni Mt. Fuji.

1. Yati dah buka restoran di Kajang. Restoran D'Ayu bersama J.Sham. Selain saya sekeluarga, Azhar, Zul dan Ismalia dah datang merasa.

2. Zamri dan joint Salehudin's company as GM

3. Azam dah joint Zul as Sales Manager. Dah resign dan dah joint IDS

4. Diana dah joint Muzaffar as sparring partner jual Avayar

5. Lia dah pregnant dan dah gugur. Dia dah resign dari Imatera utk jadi Chartered Secretary sepenuh masa

6. Micky dah berpecah kongsi dan dah buka company baru

7. Azdi masih cam gitu juga, masih mencari sales untuk cukupkan kuota

8. Azhar dah dapat 2 orang anak angkat Jepun (gadis comel lote). Dah buat lawatan balas di Disneyland masa lawatan kami Mac lepas.

9. Budin masih gitu-gitu juga.

10. Boy masih di Hospital Selayang.

11. Yang lain-lain tak dapat dikesan atau masih gitu-gitu juga.

* Sri Diah: Lia, Zamri, Muzafar, Azhar, Siti, Azam, Diana adalah di antara yang confirm untuk ekspedisi membalas dendam ini. Manan tidak ikut serta kerana dia akan round Europe percuma!.


TERKANDAS

Hujan lebat. Kereta terbabas. Tiba KLIA 2.40 utk flight 3.10. Gate closed. Standby utk 6.55pm & 8.40 juga penuh. Esok pagi juga penuh. Saya tak dpt hadir mtg K.B

msg utk bos
KLIA

NEW CASTLE, KELANTAN

SAYA bertugas di New Castle @ Kota Bharu, Kelantan:-

Darilah Tumpat ke Kota Bharu
Niat di hati nak beli udang
Sungguh menarik tari Melayu
Seni asli indah di pandang

Lenggang lenggok rancaknya tari
Joget Kelatan nama diberi
Pusing kanan dan pusing kiri
Ramailah ramai kita menari

Sampai di pasar beli sutera
Hajat nak buat kain basahan
Memangnya tinggi budaya kita
Biarlah kekal mudah-mudahan

Lenggang lenggok rancaknya tari
Joget Kelantan nama diberi
Pusing kanan dan pusing kiri
Ramailah ramai kita menari

Kain sutera sudah dibeli
Bila menari buat selendang
Lemah dan lembut tangan dan kaki
Senyum meleret badan melenggang

Lenggang lenggok rancaknya tari
Joget Kelantan nama diberi
Pusing kanan dan pusing kiri
Ramailah ramai kita menari

Thursday, May 24, 2007

BAHASA TULIS BAHASA CAKAP

SEORANG pemimpin berucap:

"bla bla bla bla"

"itu adalah seperti di atas ...."

Pemimpin tersebut sebenarnya bukan berucap, tetapi membaca.
Penulis ucapan tersebut bukan tulis ucapan, tapi tulis laporan.

Adakah apabila kita bercakap (samalah dengan berucap), kita akan sebut "hujah itu aku sudah sebut di atas". (Atas kepala hotak engkau!). Kita biasanya cakap "... itulah yang aku cakapkan tadi (bukan di atas!).

Apadah jadi dengan penulis upahan ni.
Apa nak jadi dengan pemimpin ku ini.

KLIK SINI

Wednesday, May 23, 2007

KERJA RUMAH

KLIK SINI


Sifu;

Cita-cita biar tinggi menggunung
Angan-angan tidak digalak
Kadang-kadang saya termenung
Inikah tajuk yang tidak ditolak?


1. Sedesawarsa Di Okinawa
2. Suka Duka Leeds United
3. Jalan Pintas Menulis HAIKU Melayu
4. Kaedah Lengkap Menghasilkan HAIKU Melayu
5. Gunung Suci Fujiyama
6. Kerjaya Sebagai PTM
7. Dari Singapura Ke Bangkok Melalui Rel
8. 6Sigma: Dari Konsep Ke Realiti
9. Cara Selamat Mendapat ISO
10. Jibunsyi "Aling".

Monday, May 21, 2007

PAYUNG BERDIRI

KLIK SINI




PERNAHKAH anda melihat payung berdiri sendiri?. Ini ialah satu inovatif dari Jepun. Katanya sebahagian besar dari masa sebuah payung adalah berdiri sedemikian. Apabila hujan barulah ia dijunjung. Namun hujan tidak kerap. Jadi direkalah payung berkaki tiga ini.

Apakah penjodoh bilangan kepada payung?. Sekaki payung. Sekarang, oleh kerana payung dah ada tiga kaki, penjodoh tersebut sudah tidak wajar lagi kot.

Sunday, May 20, 2007

SAKIT KEPALA (LAGI)

KLIK SINI


SAYA sedang sakit kepala yang amat sekarang. Ramai orang kata saya banyak sangat guna komputer. Sebab itu saya sakit kepala. Saya sudah cuba untuk tidak guna komputer buat beberapa ketika. Namun apabila tiba masanya, saya sakit kepala juga. Oleh itu saya tidak terpengaruh dengan anggapan bahawa banyak guna komputer aalah penyebab kepada sakit kepala. Lainlah jika anda boleh berikan saya fakta dari kajian pakar dan yang seerti dengannya.

ADA juga yang kata saya tension, sebab itu saya sakit kepala. Saya juga meneliti dan mengkaji bila ketika dan masanya saya sakit kepala.
-Adakah selepas kena marah oleh (bos, isteri, rakan samseng jalanan dll).
-Adakah ketika saya lapar @ tak sempat sarapan atau makan
-Adakah ketika cuaca panas
-Adakah ketika saya memang tension giler.

NAMUN ada ketikanya saya sakit kepala sebaik sahaja saya bangkit dari tidur di pagi hari. Tension jenis apa itu?. Barangkali juga semasa tidur saya telah bermimpi dikejar harimau dan saya lari dan lari dan berasa takut yang amat menyebabkan saya tension dan sakit kepala? Saya ni orang yang jenis tidak ingat akan mimpi yang berlaku malam tadi. Jarang sangat yang saya ingat. Adakah saya ini normal?

SAYA sudah:
-Jumpa doktor GP (general practisioner): Dia beri ubat panadol, kemudioan ponstan dan kemudian entah apa nama ubat itu. Jalan kejap, kini tidak lagi. Dia juga bagi minyak sapu untuk diurut.
-Jumpa doktor pakar. Saya telah buat ultrasound, ct-scan dan beberapa ujian lagi.
-Bekam darah & bekam angin
-Urut reflexologi, urut badan, urut belakang, urut bahu & kepala
-Minum air akar kayu.

Semua yang di atas saya dah buat, tapi masih datang lagi sakit ini. Yang saya belum buat lagi yang disyorkan oleh rakan ialah mandi ais dan akupuntur.

BERSENAM?. YA saya memang jarang bersenam, cuma sekali sekala bila ada masa yang sesuai dan ada mood.

p.s Adakah kanak-kanak juga sakit kepala?. Sebabnya saya tidak ingat, adakah saya sakit kepala semasa saya masih kanak-kanak. Rasanya tidak. Namun anak bongsu saya yang darjah 1 pernah komplen katanya sakit kepala. Tak tahulah samada ianya alasan atau memang benar. Saya dah bawa dia jumpa doktor dan dr. kata kanak-kanak juga boleh diserang sakit kepala. Waduh waduh waduh sakit deh.

p.s 2: Dah habis baca ni, tolonglah jawab survey di sebelah kanan tu ya!. TERIMA KASIH.

Saturday, May 19, 2007

Advertlets Review!

KLIK SINI



SAYA telah menulis blog semenjak tahun Ogos 2002. Maknanya sudah hampir 5 tahun. Mula-mula jarang-jarang menulis, kemudiannya sehari satu entri.
Apa yang saya dapat?.
Tidak dapat apa-apa.
Adakah saya seronok menulis?.
Kadang-kadang saya kena marah, kena ugut. Kecut!.

Blog sudah banyak berubah, begitu juga dengan blogger. Ada blogger yang sudah dapat duit hasil menulis dalam blog. Sayapun nak mencuba juga, tapi siapa yang nak bagi?. Kebanyakan pengiklan adalah dari Barat dan biasanya mereka tidak layan blogger yang menulis dalam bahasa Melayu. Saya tidak mahu susahkan diri sendiri menulis dalam bahasa Inggeris (lebih baik saya menulis dalam bahasa Jepun!. Tapi takut tidak ada yang akan baca. Ha ha ha).

Kini sudah ada pengiklan dari Malaysia. Syarikat Malaysia yang memahami Malaysia. Faham Asia. Advertlet.com.

Advertlet.com memberi peluang kepada pembaca, kepada blogger dan juga kepada pengiklan untuk mengambil bahagian dalam urusniaga mereka (bukan skim cepat kaya). Malahan Advertlet.com memberikan RM15,000 kepada 300 blogger sebagai imbuhan.

Jika anda blogger cubalah Advertlet.com

Jika anda pembaca, cubalah sertai survey kita di sebelah atas kanan ni.


Malaysia Boleh! Majulah Bloggers Untuk Negara!

Friday, May 18, 2007

MERDEKA DI PUNCAK FUJIYAMA

SEMPENA ulangtahun ke-50 Persahabatan Jepun-Malaysia 2007, myJICA akan mengadakan satu ekspedisi mendaki gunung Fuji pada hari merdeka. Semua dijemput turut serta. 28 Ogos - 2 Sept


Aturcara:

28/8 (Selasa): .

11:30pm Berlepas dari KLIA
29/8 (Rabu) . :

7:00am: Tiba di Narita
Bertolak ke Tokyo
Check-in hotel
Acara bebas di Tokyo

30/8 (Khamis) .
7:00am Check-out hotel
Bertolak ke Shinjuku
11:30am Tiba di Stesen 5 Fuji
12:30 PM Mula Mendaki
8:00pm: Tiba di stesen 8
11:00pm: Mendaki

31/8 (Jumaat) .

4:00am Tiba di Puncak
5:30am Turun
9:30am Tiba di Stesen 5
1:00pm Meninggalkan Fuji
Check-in hotel

1/9 (Sabtu) . .

Acara Bebas

2/9 (Ahad) .
8:00am: Check-out dan ke Narita
11:30am Berlepas Pulang

Kos: RM2995
Sila hubungi En. Azhar 019-2739390 untuk tempahan dan pertanyaan.


* Kos meliputi tambang kapalterbang, cukai lapangan terbang, insuran perjalanan, pengangkutan di Jepun dan Penginapan di Jepun (twin-sharing)

Thursday, May 17, 2007

JAM MELAYU


“Di Malaysia saya dengar ada istilah Jam Melayu. Boleh saudara terangkan kepada kami?”. Tiba-tiba sahaja Yamamoto meminta saya memberi penerangan mengenai apa yang dikatanya sebagai ”Jam Melayu”.

”Jam Melayu atau janji Melayu adalah satu peribahasa yang memberi makna seseorang yang berjanji, tetapi selalu datang lewat daripada waktu yang dijanjikannya”. Saya cuba memberikan penjelasan yang diminta.

”Di Indonesia ada jam karat sensei. Ia lebih hebat daripada jam Melayu”. Atas memberikan penjelasan yang tanpa diminta.

”Ha ha ha. Barangkali kerana karatnya yang tebal menyebabkan jarum jamnya lagi lambat bergerak. Sebab itulah janjinya semakin terlewat”. Gelak Yamamoto.

"kami tidak menggunakan jam untuk menentukan waktu. Kami gunakan matahari. Temujanji kami buat samada lepas Asar, lepas Isya dan sebagainya. Jika kami lewatpun ia tidak akan melampaui waktu sembahyang yang lagi satu. Kami tidak pernah mungkir janji. Lewat itu biasalah". Abdallah dari Saudi mencelah.

petikan dari buku MBA yang sedang ditulis.

Ingatkan peristiwa tersebut yang berlaku 20 tahun lalu tidak lagi diamalkan kini. Namun nampaknya ia akan menjadi dulu, kini dan selamanya.

Jika agensi terulung di Malayapun buat kerja macam itu, macamana pula nak suruh agensi tercirik lakukan yang betul?. Atau orang besar buat semuaq betul, orang kecil buat semua salah?.

Wednesday, May 16, 2007

NAK PAKAI APA?

BARANGKALI sebahagian besar daripada kita cukup particular mengenai pakaian. Ia itu memakai pakaian yang bersesuaian dengan majlis yang dihadiri.

BIASANYA kita orang Melayu, tidak akan menetapkan sebarang pakaian untuk dipakai apabila membuat jemputan ke majlis-majlis seperti kenduri kahwin, doa selamat, tahlil, baca Yassin atau yang bersamaan dengannya. Walau bagaimanapun biasanya orang kita telah arif menganai pakaian ke majlis sebegini. Bila masa nak pakai songkok. Bila ketika nak berketayap, bila pulak nak pakai kain pulikat dan seterusnya.

NAMUN bila dijemput ke majlis rasmi yang tidak rasmi, ini yang akan menimbulkan masalah bila yang menjemput tidak menetapkan etika pakaian. Katakan majlis jamuan makan. Jika rasmi nak pakai apa. Jika tak rasmi nak pakai macamana. Jika tidak tahu rasmi atau tidak rasmi pula bagaimana?. Jika ia sudah termaktub dalam kad atau surat jemputan senanglah. Tapi biasanya orang kita yang menjemput buat tak kisah saja pasal perkara ini. Lagi sulit apabila ada orang asing yang dijemput sama dan meminta advice kita.



p.s Nak pergi diner ni ..... :)

Tuesday, May 15, 2007

KJ-METHOD

ANDA mahu jadi seorang penulis?.
Anda mahu selesaikan kerja tanpa tertangguh?.
Anda mahu tahu salah satu teknik orang Jepun mengurus Kualiti?


Anda boleh datang & daftar ke kursus percuma KJ-Method. KJ-Method diasaskan oleh Jiro Kawakita. Ia adalah telah menjadi satu daripada 'Seven Management (New) tools' dalam pengurusan kualiti Jepun moden.

Jom daftar, datang kursus dan kita berjumpa dinung





The KJ-Method is fundamentally similar to the Snowball Technique. Introduced by the Japanese, it has become one of the ‘Seven management (New) tools’ of modern Japanese quality management and uses values of Buddhism intended as structured meditation.

The Basic Cycle, similar to mind-mapping, except it uses nested clusters rather than a tree structure

1. Card making: all relevant facts and information are written on individual cards and collated (Post-its would do). In a group-work version, this step could be adapted to use BrainStorming or Constrained Brainwriting, to generate a supply of ideas on cards. The KJ-Method tends to place emphasis on the ideas being relevant, verifiable and important.
2. Grouping and naming: The cards are shuffled, spread out and read carefully. Cards that look as though they belong together should be grouped, ignoring any ‘oddities’. For each group write an apt title and place it on top of its group of cards. Repeat the group making, using new titles and any ‘oddities’ to create higher-level groups. If you have more than about 10 groups, repeat this iterative process at yet higher levels.
3. Redistribution: At this stage in the group-work version, the cards are collected and reallocated in order than no one is given their own cards. One card is read out, and all contributors look through the cards in their own ‘hand’ of cards, and find any that seem to go with the one read out, so building a ‘group’. A name is selected for the set that clearly portrays the contents of the cards in the set, but is neither too broad nor a simple aggregation of the cards in the group
4. Chart making: Now that you have less than 10 groups, some of which may contain sub-groups, sub-sub-groups, etc arrange them carefully on a large sheet of paper in a spatial pattern that helps you to appreciate the overall picture.
5. Explanation: Now try to express what the chart means to you, writing notes as you go and being careful to differentiate personal interpretations from the facts contained in the chart. Ideas for the solution are often developed whilst explaining the structure of the problem.

Multiple Cycles, The basic cycle can be used to build up a problem-solving method through repetition.

A simple two-cycle version will do it once for problem definition and once for problem solution.

A more complex six cycle version will do it for:

1. Problem identification
2. Defining the circumstances
3. Diagnosis and problem-formulation
4. Solutions and working hypotheses
5. Activation of solutions
6. Programmed application of solutions.

Monday, May 14, 2007

MENGAPA PROJEK LAMBAT?


DI NEGARA kita yang tercinta ini. Acap kali projek-projek dijalankan untuk menyusahkan banyak orang di samping menyenangkan beberapa orang sahaja.

Ambil contoh mudah. Korek jalan untuk buat culvert (orang kampung panggil kalbod). Orang kampung boleh buat perkara ini paling lama seminggu. Tetapi kontraktor berwibawa yang dipilih oleh kerajaan kita memerlukan masa selama 60 hari. Mengapa begitu?.



Hari pertama korek jalan. Selesai.
Hari ke-30, hantar culvert.
Hari ke-31 hingga ke-45: tidak ada aktiviti.
Hari ke 46: Belum tentu lagi (esok ialah hari ke-46)

Mengapa begitu?. Jawapannya iyang pasti ialah semua dan keseluruhan penduduk tidak boleh gunakan jalan yang telah dikorek dan dibiarkan begitu sahaja.



Mengapa begitu?. Itu adalah hakikat. Memang dah begitu. Nak buat macamana?.
Barangkali ....

Kontraknya memang 60 hari.
Korek lubang dibayar 30%
Hantar culvert dibayar 30%
Cabut lari dan biarkan ia terbengkali, dah balik modal dan untung.
buat apa kerja lagi?.

atau barangkali ....
kontrak memang 60 hari.
korek lubang tanda jadi
dapat duit baru order culvert
hantar culvert. tunggu duit
dapat duit (belum dapat lagi ni) cari pekerja
sementara semua dapat
biarkanlah jalan begitu
bukan salah, baru 45 hari.

Inilah sistem kita
nak repot pada siapa?.

Sunday, May 13, 2007

(ISLAM) YANG MACAMANA?

DULU kita hanya ada satu sahaja Bank Islam
Begitu juga dengan Takaful Islam.
Kini dan lebih dari satu, dalam dan luar negara.
Dulu Takaful Islam A kata Takaful Islam B tidak betul.
Sebab Takaful Islam B pakai agen. Takaful Islam mana boleh ada agen. Mana boleh beri komisyen pada agen.

KINI Bank Islam B kata Bank ISlam A tak betul.
Mana boleh buat pinjaman peribadi tapi akad beli mesin taip.
Mesin taip itu tidak wujud. Akad tidak sah.
Bila beri pinjaman rumah. Akad jual beli tertangguh. Rumah belum bina. Mana boleh jual rumah belum wujud.

Itu kata Bank A kepada Bank B. Kata Takaful B kepada Takaful A.
Yang mana satu betul?.


Pengalaman sendiri dengan yang ini memang PEDIH. PERIT.

Saturday, May 12, 2007

NAIK ? JANGAN GUNA

ASTRO naik harga.
pengguna membantah
persatuan pengguna berkempen
menteri kata "jangan tengok Astro"
di mana logiknya?.

Harga air naik.
menteri sama berkata
"berjimat guna air"
Amat menasabah

Kadar tol naik
menteri tol kata
"sapa-sapa jadi menteripun, tol musti naik punya"
(betul: sebab itu menteritol)

Cukai jalan turun
itu menteri bilang
rakyat jelata banyak senang
minyak naik tiap-tiap hari isi
roadtax turun satu tahun satu kali bayar.

Friday, May 11, 2007

TAN SRI SUZUKI





Tan Sri Kazumasa Suzuki, 74 tinggal di Malaysia semenjak 1968 apabila beliau dihantar ke Malaysia untuk bertugas dengan cawangan syarikat Jepun di Kuala Lumpur, Mitsui & Co. Limited.Beliu pengasas dan Presiden JACTIM (Dewan Perniagaan, Perdagangan dan Perindustrian Jepun di Malaysia).

Meninggal dunia Sabtu lepas akibat tumor kelenjar prostat selamat disemadikan di Tsukiji Honganji, Tokyo, kelmarin. Semasa upacara persemadian, cucu beliau telah membacakan surat dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah. Antara lain “Malaysia akan sentiasa mengenang beliau yang telah banyak menabur jasa sepanjang mengemudi beberapa syarikat Jepun dan memimpin Jactim di Malaysia. Suzuki yang merupakan sahabat rakyat Malaysia akan sentiasa diingati sebagai ahli perniagaan yang telah banyak membantu negara ini dalam bidang perindustrian.”

Thursday, May 10, 2007

HANYA ORANG SIBUK YANG ADA MASA

ADA kalanya kini saya terlalu sibuk.
Dulu saya percaya orang yang kata dia sibuk ialah kerana dia tidak tahu urus masa sendiri. Kini sudah kena atas batang hidung sendiri.

Namun saya rasa, semasa sibuklah kebanyakan manusia lebih produktif. Nah jika ada tidak berasa begitu, maknanya anda bukan manusia kebanyakan. Anda insan istimewa!.

Semasa sibuk saya lebih banyak dapat baca buku. Masa tidak sibuk biasanya tidak dapat, sebab janji-temu telah dirancang. Masa sibuk, saya banyak masa menunggu. Banyak masa mengejar-ngejar. Dalam masa menunggu dan mengejar ini ada kalanya saya boleh habiskan sebuah buku.

Sekarang saya ingin habiskan pembacaan sebuah buku semasa sibuk dari Kajang-Selayang-Putrajaya-KLIA-KT dan kembali.

Salam dari KT.

Wednesday, May 09, 2007

JALAN SENDAT

dek kerana hujan yang lebat
jalanpun menjadi sendat
aku korbankan diri
bertapa di ofis
menyiapkan tugas yang
tidak pernah habis
terperap di sini
lebih elok dari
terperangkap
dalam kereta
yang pendingin hawanya
tidak lagi bekerja
tidak sanggup aku
berkorban nyawa
demi mengejar
secubit ilmu
dunia

HUJAN LEBAT


hujan nan lebat
kita bersabung nyawa
cari rezeki


PERJALANAN dari rumah ke pejabat pagi ini amat menyiksakan. Jika silap pedal minyak dan brek, bisa saja mengundang nahas. Bahaya bah. Hujan terlalu lebat. Namun apakan daya, kita perlu juga ke kantor, sekadar untuk mencari setitis rejeki.

SOALAN DIJAWAB DENGAN SOALAN

BIASANYA apabila kita bertanya, adalahlah yang menjawab. Seorang kawan bertanya kepada sahabatnya, jawapan yang diterima bukanlah sebuah jawapan, tetapi satu soalan. Itulah jawapannya.


SOALAN: Adakah semua orang Jepun makan ikan mentah?



JAWAPAN: Adakah semua orang Melayu makan sambal belacan?.



Pemerhatian: Ikan mentah cicah sambal belacanpun sodap!

Tuesday, May 08, 2007

TOKYO TAHUN 1968

Kemalangan jalanraya berlaku pada setuap hari di Tokyo. Dalam seminggu, pernag seramai 286 orang meninggal dunia. Pemandu di sini memecut dengan laju dan potong memotong di jalan raya. Ia bagaikan perang trafik. Polis trafik terpaksa memburu penunggang kamekaze yang tidak pernah endah terhadap undang-undang. Kemalangan kian bertambah. Bagi pejalan kaki juga, berjalan di Tokyo adalah merbahaya. Nyawa tidak berharga di sini.

- Adaptasi dari Kumpulan Cerpen Malam di Ginza.

Barangkali penunggang kamekaze tersebut adalah lebih rendah sedikit tarafnya dengan Mat Rempit di Malaya pada waktu ini. Sebabnya kamekaze setakat tidak takut mati sahaja, sedangkan Mat Rempit habis balai polis diserangnya dan polispun mereka belasah (selain dari membelasah sesama sendiri).

Barangkali juga Tokyo 1968 adalah setaraf dengan Kuala Lumpur 2008 kot.

Monday, May 07, 2007

SIARAN TERTUNDA DARI PWTC

RAMAI daripada kenalan saya, khususnya yang ada kaitan dengan PTS membuat lintas langsung dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC yang telah diadakan dari 27 April sehingga 6 Mei, yakni semalam. Maka saya berhasrat nak buat siaran tertunda pula.

Kali pertama saya pergi bersama isteri pada hari Selasa 1 Mei. Tiba di PWTC sekitar 11 pagi. Nasib baik masih ada tempat letak kereta yang masih kosong di Hentian Bas di sebelah PWTC tu. Ia adalah tempat parking favourite saya. (Teringat semasa bekerja di bangunan PERKIM pada akhir tahun 1980an dulu. Ada seorang kawan yang setiap hari meletak keretanya di situ dan kemudian berjalan kaki ke bangunan PERKIM. Apabila ditanya mengapa tidak meletak kereta di sekitar bangunan PERKIM sahaja?. Beliau menjawab "Duit aku tak mahu bagi kepada Mamak. Lebih baik bagi kepada DBKL dan mereka boleh bayar gaji Fandi Ahmad untuk main bola dengan lebih baik". Ha ha ha beliau adalah peminat Fandi).

Memasuki pesta buku kali ini, masyaallah ramainya orang.... ramainya peminat buku!. Kami terus naik ke tingkat dua dan tiga. Saja jalan-jalan dan singgah di berai PTS. Ya gerai yang paling sibuk sekali sepanjang pesta buku ini. Memang ramai pengunjung di sini. Banyak wajah-wajah yang familiar di booth ini. Jumpa beberapa orang editor dan staf di sini. Tegur menegur. Bertukar senyum. Bersalam (lelaki). Yang saya tak tegur (bila bertembung) adalah yang saya tidak kenal. Bila ditegur "MBA". Saya jawab "ya" dan senyum. Tapi memang confirm saya tak kenal. (Jangan marah. Yang saya kenalpun tak mahu sebut nama, takut salah)

Ia adalah simpton biasa orang tua. Dulu saya juga muda. Saya kenal dan ingat hampir semua wajah yang pernah saya jumpa. Kini, jika setakat jumpa gitu-gitu sahaja, confirm lupa. Sekali lagi jangan marah. Anda masih muda. Saya sudah ada simpton tua.

Di PTS beli juga buku, tetapi tidak banyak sebab susah nak pilih. Pergi bayar dan kemudian kami keluar dan buat urusan lain di Medan MARA.

"Dapat diskaun bang?".
"Dapat kot"
"Berapa?".
"Biasalah".

(Bila balik rumah tengok Alang Kelana dapat diskaun 35%, jelesnya... sebab saya cuma dapat diskaun 20% sahaja, macam orang lain).

Kali kedua kami pergi lagi semalam. 6 Mei. Sampai tepat 10am. Orang belum ramai. Pergi Alaf 21 dulu. Wow satu dewan dia punya sahaja. Mem beli beberapa buku. Saya beli satu. Intai-intai Sri Diah, confirm dia tak ada. Masih sibuk dengan Harian Sinar barangkali. Jika dia ada, dapatlah diskaun 35% barangkali. Mem jumpa pengarang pujaannya. Terus tangkap minta autograf. Saya tangkap gambarnya.

Kemudian kami naik ke atas. PTS lagi. Memang banyak lagi wajah familiar. Jumpa pengarang. Sahabat lama. Tak minat nak beli (jika dapat free memang nak). Mem kata "belilah bang, bagi kat anak kita". Sayapun ambil. Minta autograf. Kali ini beli banyak buku. Bayar. Dapat diskaun 30%. Macam orang lain juga. Dalam hati berkata "Mengapa orang lain yang kukenal boleh dapat 35%?". Lepas itu hati memujuk "Sabor aje ler".

Dialog suami isteri:-
"Puan Ainon tak datang hari ini?"
"Tidak agaknya. Yang kenal ke dengan dia?"
"Saya dah jumpa puan Ainon tahun 1980an lagi. Masih ingat lagi dia datang ke UiTM dulu bagi syarahan kat kami. Masa tu sibuk pasal profesionalisma ni lah. Pn. Ainon kata 'profesionalism' dan ism ism itu tidak ada maknanya".
"Oh ya ke.".


nota kaki:
Apakah perbezaan antara penulis wanita dan penulis lelaki?
- Penulis wanita akan cuba melayan peminatnya. Jika minta autograf tu, mesti tulis nama dan kata-kata semangat/hikmatnya.
- Penulis lelaki akan buat dono sahaja. Minta autografpun akan tandatangan buta sahaja, tanpa apa-apa iringan kata.

nota tangan:
Nota kaki di atas tu tidak semestinya benar untuk semua penulis.

Sunday, May 06, 2007



testing from btm kl sentral

OTAK HIJAU

OTAK saya berwarna hijau. Apa warna otak anda?. Cubalah....


Your Brain is Green

Of all the brain types, yours has the most balance.
You are able to see all sides to most problems and are a good problem solver.
You need time to work out your thoughts, but you don't get stuck in bad thinking patterns.

You tend to spend a lot of time thinking about the future, philosophy, and relationships (both personal and intellectual).

Saturday, May 05, 2007

HUKUMAN MATI KEPADA BLOG

Kerajaan US telah melarang semua anggota tenteranya yang berada di Iraq dari menulis blog.

Sebelum ini memang ramai anggota tenteranya yang menulis blog dalam pelbagai tema. Sesetengahnya menceritakan keadaan sebenar yang mereka hadapi di Iraq. Ia merupakan first hand information kepada pembaca. Mulai sekarang mereka telah dilarang dari menulis blog. Ia adalah suatu hukuman mati kepada blog di kalangan mereka.

p.s. Rasanya hukuman mati ini juga boleh dikenakan oleh kerajaan lain kepada rakyatnya yang lain :-(

Can I Run A Business ?


NerdTests.com User Test: The Can I Run A Business Test.

Friday, May 04, 2007

SALAH FAHAM TERHADAP JEJAKA KESUKAAN RAMAI (JKR)

KAMI bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur semasa cuti hari pekerja dan hari vesak yang lepas.

"Alahai teruknya jalan-jalan di sini. Berlobang-lobang. Teruk betullah JKR ni. Jangankan jalan yang jauh, yang dekat bangunan diapun teruk".

"Yang.... kat negara kita ni ada tiga jenis jalan. Ia itu Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Perbandaran. Itu tak masuk lagi jalan kampung. Jalan yang berlopak-lopak ini bukan tanggungjawab JKR, tetapi DBKL. Sebabnya ini adalah Jalan Bandaran".

"Oooo gitu. Ingatkan DBKL tugas pungut sampah aja".

"Yang ..... pungut sampah tu dah jadi tugas Alam Flora Yang ooiii".

"Tu... yang bangunan kat Putrajaya paip pecah tu, siapa pulak yang jaga kalau bukan JKR?".

"Itupun setaraf dengan DBKL juga, tapi oleh kerana ia di Putrajaya, maka ia adalah PJH atau Putrajaya Holding".

"Habis tu JKR buat apa?".

"Patutnya JKR kena asingkan antara kerja operasi dengan kerja polisi. Barulah ada governance namanya".

Jangan Jejaka Kesukaan ramai jadi Jejaka Kebencian Ramai dahlah....

Thursday, May 03, 2007

KURSUS KARAOKE UNTUK PEGAWAI AWAM

PENGERUSI membacakan keputusan mesyuarat seperti berikut:

"Kerajaan telah menetapkan supaya 1% daripada emolumen diperuntukkan untuk latihan. Setiap pegawai dikehendaki menghadiri minima 7 hari kursus alam setahun".

"Bagi jabatan kita, saya telah putuskan supaya pegawai gred 54 dan JUSA perlu hadir kursus kewangan strategik, pemikiran strategik, pengurusan strategik, bla bla bla".

"Ada apa-apa bantahan?".

+"Tuan pengerusi. BOlehkah saya hadir kursus lain?"

-"kursus apa?".

+"Kursus karaoke. Saua nak pergi kursus karaoke selama 2 minggu, samada dalam atau luar negara".

-"Apa kena mengena karaoke dengan kerja dan bidang tugas awak?"

+"Ia berkaitan secara langsung dengan bidang tugas saya tuan. Hampir setiap bulan saya tuan hantar saya wakili tuan untuk hadir ke majlis dan jamuan rasmi samada dalam atau luar pejabat. Setiap kali ada jamuan makan, ia mesti dihidangkan dengan pakej karaoke. Saya gagal melaksanakan tugas saya tuan. Saya perlu hadir kursus".

-"Ah. Karaoke tak perlu kursus. Awak berlatih sendiri dalam bilik air. Nanti naik pentas awak baca saja senikata lagu. Cukup".

+"Bagi saya kursus kewangan tak perlu tuan. Saya dah 6 tahun kat kementerian kewangan, dah faham dah. Tuan memang tak perlu hadir kursus karaoke sebab tuan adalah seorang penyanyi, tetapi saya bukan. Saya perlu hadir kursus tuan".


ha ha ha. Kat mana ada kursus karaoke?.


Nota Kaki
Seorang menteri Republik Singapura pernah memuji-muji pegawai awam Malaysia kerana pandai bekerja. Yakni masa kerja mereka bekerja dan masa berhibur mereka berhibur. Pegawai2 Malaysia pandai menyanyi.... Sambil itu dia menyela pegawai awam negaranya yang hanya rajin bekerja dengan serius tetapi tidak pandai menyanyi.

Nah siapa kata kursus karaoke tidak boleh?

Wednesday, May 02, 2007

Tuesday, May 01, 2007

SELAMAT HARI PEKERJA

SELAMAT Hari Pekerja.
Apakah yang dinanti-nantikan oleh para pekerja sempena dengan hari pekerja pada tahun ini?.

1. Pengumuman kenaikan gaji seperti yang diperjuangkan oleh CEUPACS. Ada ke tak ada?. Kalau ada berapa banyak?. Jika ada apa petandanya?. Rasa-rasanya macam ada!.

2. Pengumuman mengenai umur persaraan yang baru. Hmmmm.... 58?. 60?. Alamak?. Ya ke tidak?. Jika ya berapa?. Jika ya bila?. Ramai yang tunggu nak naik pangkat bila bos bersara ni..... Jika umur persaraan dilanjutkan, maknanya tidak ada peluanglah, kata depa. Mengapa?. Jika bos sekarang 56 bersara, maka lepas ni bos bersara 58. Sabar sajalah!. Tetapi tidak begitu sebenarnya, banyak formula lain yang akan digunakan bila umur persaraan naik dari 56 ke 58 dan ke 60.

3. Ada satu lagi pengumuman .... Yang ini kena ikut cuaca. Nampak gaya dah banyak jalan kiri-kanan dah kena sodok untuk "pembesaran" jalan setelah hampir 5 tahun tidak dijengok. :)


Entahlah labu....