Labels

Friday, May 27, 2011

PENTING-SEGERA

DALAM hidup kita, terdapat empat pilihan dalam melaksanakan sesuatu. Ia terletak dalam kuadrant mudah seperti berikut:


1. Penting dan segera
2. Penting tetapi tidak segera
3. Tidak penting tetapi segera
4. Tidak penting dan tidak segera.

Barangkali dalam Islam ia boleh diumpamakan sebagai wajib atau rukun, sunat muakat, sunat dan harus.

Semenjak awal minggu, saya telah memaklumkan bahawa kad Touch-n-Go saya sudah susut dan perlu ditambah nilai. Ia biasa sahaja, iaitu penting tapi tak segera.

Semalam Pesanan Tempatan (LO) baru siap, dan kad saya diminta untuk urusan tambah nilai. Berapa lama kad ini boleh disimpan oleh mereka? Tentunya sebelum saya pulang kerana memerlukan kad tersebut untuk bayaran tol. Sebelum saya pulang, kad dikembalikan dan tambah nilai masih belum dibuat kerana mereka sibuk.

Hari ini, setelah tengahari, tidak adapun satu usaha untuk meminta kad tersebut. Maknanya proses tambah nilai tidak akan dibuat hari ini. Jadi bila?. Nilai kad semakin susut.

Apa yang boleh saya buat?
1. Marah. Apa gunanya? Tambah nilai tidak dibuat juga
2. Senyum saja. Ini kerja orang bodoh yang tidak ada perasaan, atau kerja Wali sahaja

Akhirnya saya minta LO untuk buat tambah nilai sendiri. Itulah saya. Walaupun sangat kecil hati dengan mereka, saya pendamkan sahajalah. Bagi saya penting-segera, bagi mereka tak penting-tak segera.

Thursday, May 19, 2011

rahsia pengurusan WARREN BUFFET


WARREN BUFFET mempunyai banyak syarikat dan 99 orang CEO. Bagaimana dia menguruskan syarikatnya?.

1. Pilih bisnes yang betul
2. Turunkan kuasa sepenuhnya kepada CEO
3. Pilih pengurus yang betul
4. Memotivasi tenaga kerja

-WB jarang berkomunikasi lebih dari sekali setahun dengan CEOnya. Pengurus digalak buat kerja yang mereka suka dan pakar dalam bidangnya. Integriti yang tinggi sepanjang masa adalah penting.

-WB mencari pengurus dari dalam organisasi. Jika tidak ada, dia akan cari yang dia kenal atau dikenali oleh orang kepercayaannya.

- Setiap pekerja perlu dipuji bila ada peluang, mereka perlukan reputasi yang baik.

-Membuat kritikan untuk memotivasi kerja adalah kerja sia-sia.

-Jika perlu mengkritik, pujilah dahulu...... puji individu, kritik kategori.

-Bertanya soalan adalah lebih baik berbanding dengan memebri arahan.

-Mengaku kesilapan

-Idea yang baik kadangkala membawa banyak masalah berbanding dengan idea yang buruk

Sunday, May 15, 2011

KESERONOKAN BEKERJA

Pada masa awal perkhidmatan, sememangnya saya rasa agak liat untuk bekerja. Walau bagaimanapun saya idak pernah ponteng, ambil MC atcaupun EL. Semua tugas dilakukan dengan sesempurna mungkin. Entahkan bos suka atau tidak berkenan saya tidaklah tahu. Sebagai pegawaiprofesioal dan ikhtisas, bos saya pada masa itu menetapkan kami tidak boleh menerima khidmat cemerlang. Sebabnya kami mesti cemerlang.

Setelah saya senior, saya rasakan kerja amat seronok. Bukan sahaja unyuk mencai reeki yang halal untuk diri dan ahli keluaga, juga kerja sebagai ibadah, namun saya seronok bekerja. Saya pernah dapat MC selama 6 minggu kerana kaki terkehel. Semasa MC saya datang ke pejabat bertongkat untuk hadir ke mesyuarat kemajuan projek. Mesyuarat mingguan ini saya tcidak pernah ponteng. Seronok sangat, sentiasa menungu.

Kini posting saya yang ke-8. Saya masih seronok bekerja. Saya tidak pernah tidak hadir walapun satu, mesyuarat wajib. Saya tidak wakilkan. Sebabnya pengerusi maah-marah jika hantar wakil. Orang lain ada yang hantar wakil juga sebab bercuti, tugas ke luar negara, melawatkawasan dan sebagainya. Saya tidak kerana anda tahulah sebabnya kannnn (tidak cuti, tidak ada peluang ke luar negara dan sewaktu dengannya). Kini ada juga sedikit terkilan (bukan menyesal) sebab staf tidak ada peluang hadir mesyvuarat tersebut. Tidak ada pelapis. Esok saya akan bertukar keluar.

Ada orang tidak seronok bekerja, dia minta tukar dan dapat tukar. Apakah dia bawa? Keseronokan atau tidak seronok?
Ada orang tidak seronok bekerja, minta tukar dan tidak dapat. Apa yang tinggal?
Saya seronok bekerja dan saya bertukar. Saya akan bawa keseronokan bekerja tersebut ke tempat baru.

Tuesday, May 10, 2011

ACT LIKE A LADY, THINK LIKE A MAN


MEMBACA tajuk buku di atas, saya fikirkan ia adalah sebuah buku pengurusan. Ia itu bagaimana wanita boleh berjaya menjadi CEO dan sebagainya.

Setelah membacanya, barulah saya tahu bahawasanya buku ini adalah berkaitan dengan hubungan, cinta, perasaan, komitmen dan yang setaraf dengannya.

Jarang sekali saya seronok membaca buku pada awal-awal bab, apatah lagi hingga ke akhirnya. Namun, membaca buku ini (edisi Bahasa Melayu) sungguh menyeronokkan, tidak membosankan. Barangkali kerana penulisnya adalah seorang pelawak. barangkali.

Penulis (dan penterjemah) telah berjaya melakukan tugas mereka dengan baik dan berkesan sekali.

Jika kita lihat kepada judul asal dan judul Edisi Bahasa Melayu, kita akan dapati rekabentuk kulitnya begitu kontra sekali. Edisi asal, bagi saya ditujukan kepada lelaki dan Edidi BM kepada wanita. Itu pesepsi saya.

Sunday, May 08, 2011

BAGAIMANA BUKU "50 JAWATAN" DITERBITKAN


SETELAH buku pertama saya dengan PTS "Kerjaya dalam Bidang ICT" diterbitkan, editor menemui saya supaya menulis beberapa buah buku lagi. Beberapa buah tajuk dikemukakan. Akhirnya kami bersetuju supaya saya menulis dan PTS menerbitkan dua buah buku lagi. Pertama "50 Jawatan Terpilih dalam Kerajaan". Kedua "50 Jawatan Terlaris Dalam ICT".

Kedua-dua buku tersebut saya tulis dan siapkan dalam masa satu bulan. Ini bermakna, secara matematiknya satu buku berjaya saya tulis dalam masa dua minggu. Bukan kerana saya hebat, tetapi saya sudah 30 tahun bekerja dalam kerajaan, dan 30 tahun juga dalam ICT. Maknanya saya tidak perlu mencari banyak rujukan untuk menulis buku sedemikian.

Setelah manuskrip disiapkan, ia diserahkan kepada editor untuk dinilai, diedit dan seterusnya diterbitkan. Agak lama juga saya menunggu berita yang tidak pernah muncul. Editor terlalu malu untuk memberi tahu saya berita dan cerita mengenai manuskrip saya. Akhirnya saya dengar dari salah seorang penulis yang mengatakan bukunya tidak akan diterbitkan pada masa ini kerana 'gawat'. Dia juga berkata, "PTS tidak akan memberi penekanan kepada buku-buku kerjaya lagi, kerana kegawatan dan akan memberi tumpuan kepada siri buku buat duit'. Saya bertanya perkara ini kepada pengerusi syarikat, dan sekiranya benar mohon manuskrip saya dikembalikan.

Kedua-dua manuskrip tersebut dikembalikan dalam keadaan baik dengan diiringi sepujuk surat memohon maaf dari editor kerana 'gagal menerbitkan buku saya'. Saya tidak kisah, tidak ambil hati dan buat macam biasa sahaja. Manuskrip disimpan.

Oleh kerana PTS ingin tumpukan kepada penerbitan buku siri buat duit, sayapun menulis buku tersebut. Tidak sampai sebulan, manuskrip "Buat Duit Dengan Foto" siap dan diterbitkan. Alhamdulillah.

Sudah dua buah buku saya diterbitkan. Pada masa itu saya adalah seorang 'timbalan' di pejabat. Kebenaran menulis dan menerbitkan buku memadai hanya dengan memberitahu 'bos' sahaja. Kebetulan bos juga adalah seorang penulis, kerana beliau adalah seorang profesor. Tidak ada masalah.

Suatu hari, orang besar Oasis Buku bertanyakan tentang ,manuskrip saya. Saya hulurkan lima dan dipilih dua. Ia dilakukan setelah beliau diyakini bahawa kedua-duanya telah ditolak secara rasmi oleh PTS. Ada hitam-putihnya. Oasis Buku bersetuju untuk menerbitkannya dan saya juga telah memberi persetujuan. Perjanjian telah ditandatangani.

Saya terlupa bahawa bos saya sudah berpindah dan saya sudah menjadi bos di tempat kerja. Peraturan menghendaki saya mendapat kelulusan daripada KSU. Ini adalah kerana menulis dan menerbitkan buku boleh dikategorikan sebagai membuat kerja luar. Saya tulis memo kepada KSU dan perkara suspen berlaku apabila KSU keberatan untuk meluluskannya.

1001 macam idea datang supaya saya tidak melanggar peraturan dan buku saya tetap diterbitkan. Terlintas mahu jual sahaja manuskrip tersebut kepada sahabat, atau berikan secara percuma sahaja, atau gunakan nama orang lain sahaja sebagai penulis. macam-macam idea datang. Akhirnya KSU panggil berbincang setelah kesemua manuskrip saya dilihat secara sepintas lalu. Beliau memberikan kelulusan dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Alhamdulillah.