Labels

Tuesday, March 31, 2009

PERAK PERTAMA

Monday, March 30, 2009

NASIHAT BUAT NORI ABDULLAH



KATA orang, kejayaan seorang lelaki adalah kerana bantuan seorang isteri.
Khairi sudah berjaya sebagai ketua pemuda umno.


Apa nasihat anda kepada Nori?.

Sunday, March 29, 2009

HERO BASIKAL




Rizal Tisin Raih Gangsa Di Kejohanan Basikal Dunia di Poland

Friday, March 27, 2009

JANDA BAIK



Empat hari tiga malam berkampung di tengah-tengah hutan belantara Janda Baik, Bentong, Pahang. Selesai sudah bengkel yang dihadiri. Siap sudah deraf manuskrip. Kini tiba untuk menyudahkan manuskrip sendiri pula.

Semasa bengkel penulisan tersebut, saya sempat berbasikal keliling Janda Baik dan sempat meninjau rumah Sifu Puan Hajah Ainon Mohammad dari luar. Sempat juga ke rumah SH Alattas.

Selamat tinggal Janda Baik.

Thursday, March 26, 2009

KEMAJUAN PENULISAN BUKU



PENULISAN buku "Buat Duit Dengan Foto" bermula setelah menghadiri bengkel Buku Siri Buat Duit pada Sabtu, 28 Jun 2008. Buku ini dijadualkan diterbitkan pada 1 April 2009. Ini bermakna ia mengambil masa selama 8 bulan untuk menjadi kenyataan. Ya, bukan senang untuk menghasilkan sebuah buku.

Apa yang ingin kongsikan ialah sebenarnya saya sangat bersyukur kerana buku yang dirancang akhirnya dapat direalisasikan. Hingga kini terdapat hanya 10 buku Siri Buat Duit telah dikeluarkan. Ia adalah daripada lebih dari 30 tajuk yang telah dikenalpasti. Maknanya laju jugalah saya menulis ;-)

Buku-buku lain ialah:-
1.Buat duit dengan ikan keli 19/11
2.Buat duit dengan cendawan 1/12
3.Buat duit dengan cenderamata 7/1
4.Buat duit dengan blog 18/3
5.Buat duit dengan tuisyen 23/3
6.Buat duit dengan cacing tanah 23/3
7.Buat duit dengan jual pakaian 1/4
8.Buat duit dengan lembu 1/4
9.Buat duit dengan restoran 1/4
10.Buat duit dengan foto 1/4

Alhamdulillah.

Wednesday, March 25, 2009

LAGI FOTO PUTRAJAYA UNTUK BUAT DUIT



LAGI perkongsian foto Putrajaya oleh Sumardi Shukur untuk pembaca buku "Buat Duit Dengan Foto" yang bakal menemui pembeli pada 1 April 2009.

Tuesday, March 24, 2009

PUTRAJAYA: BUAT DUIT DENGAN BERBASIKAL


BANYAK sebab mengapa orang berbasikal. Kebanyakannya ingin bersenam untuk meningkatkan tahap kesihatan. Yang lain pula barangkali untuk menghilangkan stress, mencari kedamaian, mendapat rakan baru, bersosial dan bermacam-macam lagi.

Adakah anda percaya bahawa berbasikal juga boleh buat duit?.

Bacalah buku "Buat Duit Dengan Foto" yang akan berada di pasaran pada 1April 2009.

978-967-5226-22-9;
Tarikh Terbit: 1 April 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 160 halaman
Harga: RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak),

Monday, March 23, 2009

PUTRAJAYA: FOTO BOLEH JUAL



KHUSUS kepada pembaca buku "Buat Duit Dengan Foto" oleh MBA, saudara Sumardi ingin berkongsi beberapa keping foto yang dirakam di Putrajaya. Para pembaca boleh melihat dan menilai sendiri, foto bagaimanakah yang "boleh dijual" dan biasanya dibeli oleh agensi stok foto.

Semoga bermenafaat.

Sunday, March 22, 2009

SUSAHNYA MENULIS

Saqya ditugaskan untuk menulis satu tajuk dalam sebuah buku. Sudah sebulan lebih minda saya berputar-putar menulis. Ya, saya menulis dalam minda. Saya menulis semasa sibuk, semasa lapang, semasa sedar dan semasa tidur sayapun. Menulis satu bab bukannya susah sangat. Namun ia bukanlah kerja mudah, malahan sangat menyiksakan. Sudah hampir` sebulan, satu bab sahaja yang diperlukan dan saya masih belum dapat menyiapkannya walaupun setiap hari saya menulis. Saya pernah menyiapkan sebuah buku dalam masa sebulan. Ini hanyalah satu bab sahaja...

Apakah sebabnya?. Sebulan sebuah buku itu adalah buku saya. Sebenarnya saya sudah menulis dalam minda sudah berbulan-bulan. Sebulan satu bab yang ini ialah buku orang, itulah bezanya.

Menulis dan mencoret ada bezanya
Menconteng dan melukis tidak sama

Saya sedang `menulis sambil membuat coretan ini.

Saturday, March 21, 2009

PCM KE-12 (GERENTI 119 ORANG DATANG)

Putrajaya Critical Mass - 27 March 2009

Hei, datang-lah beramai-ramai ke Putrajaya Critical Mass.

Date: 27 March 2009
Venue: Palace of Justice (Jabatan Kehakiman), Putrajaya
Meeting time: 9.00 PM
Ride time: 9.30 PM
Distance: About 20km
Ride speed: 15-25km/h

Boleh? Jumpa di sana!

Kepada penganjur PCM yang rasa was-was, usah risau. Jika PCM ke-11 terdapat 120 orang peserta, PCM kali ini cuma seorang sahaja yang tidak datang. Putrajaya akan dikunjungi oleh 119 orang minima. Jika lebih, ia bonus

Janji, tepati waktu.

p.s Adakah syarat no.6 terpakai untuk kayuhan ini?

Friday, March 20, 2009

penerangan tentang penulis

lewat membalas emel tuan kerana kesukaran mendapat pc berinternet
di bintulu. Saya reply guna handphone shj.

Disertakan penerangan penulis, harap dpt diedit utk kesesuaian



Saya terlibat dalam bidang fotografi secara sambilan semenjak di
sekolah rendah lagi, iaitu di tahun 1960an. Dengan menggunakan kamera
filem hitam putih saya merakam foto rakan dan ahli keluarga. Sampel
dicetak utk ditunjuk untuk tempahan mereka.

Hobi ini diteruskan tanpa menghadiri sebarang kursus formal. Pada
tahun 1989 saya dihantar berkursus Jurutera Sistem di Jepun. Secara
kebetulan Okinawa intenational center (oic) adalah pusat pengajian ICT
dan audio visual JICA. Saya mengambil kursus fotografi secara sambilan
di OIC.

Secara kebetulan juga saya menemui stok foto pada 2007. Dari sini saya
banyak belajar mengenai fotografi apabila banyak foto saya ditolak
oleh agensi, tetapi diberikan alasan dan syor penambahbaikan.

Buku ini adalah hasil daripada pengalaman tersebut dan juga sedikit
kajian mengenai stok foto. Saya juga masih perlu banyak mempelajari
dunia senifoto.

Thursday, March 19, 2009

MISKIN: ROTI ATAU NASI?



MANUSIA dari seluruh Malaya membicarakan tentang pelajar cemerlang SPM 20A yang datangnya daripada sebuah keluarga miskin.

Pelbagai bantuan datang mencurah-curah.
Bermacam teori dikeluarkan.
Ehwal pemakanan. Puasa. Kesihatan. Taat kepada ibu bapa. Hormat guru
dan pelbagai.

Beliau dikatakan tidak mampu mampu makan nasi, cuma makan roti. Makan roti banyak-banyak. Suka sangat dengan roti dan akhirnya bercita-cita untuk buat roti.
Barangkali jika jenama roti terkenal seantero Malaya datang buat advertisement, sudah tentu jenama rotinya akan laku keras. Roti pintar...

Saya juga datangnya daripada keluarga susah, dari sebuah daerah yang sangat miskin. Apa yang berbeza ialah, saya tidak pandai. Orang di daerah saya juga tidak ada yang dapat A. Itu sahaja. Jika tidak sudah tentu rumah buruk kami akan terpamer seluruh dunia. Sudah tentu daerah usang kami jadi sesak dengan kenderaan yang bertalu-talu datang.

Bercakap soal kemiskinan, saya teringat zaman saya bersekolah. Anak-anak miskin sezaman dengan saya tidak mampu makan roti. Mereka hanya makan nasi. Hanya makan nasi kosong sahaja yang dibungkus dalam upih dan dibawa ke sekolah. Zaman itu belum ada tupperware ataupun apa-apa plasticware. Semua kami tidak mampu makan roti sebab roti kena beli. Beli perlukan pitis (duit). Kami tidak ada duit. Kami boleh makan nasi sebab emak-bapak kami tanam padi huma. Padi ditui lalu dihirik dan ditumbuk jadi beras. Beras ditanak menjadi nasi. nasi dibungkus bawa bekal ke sekolah. Tidak ada lauk. Tidak ada ikan. Tidak ada ayam. Bilis jauh sekali. Hanya nasi kosong sahaja. Ikan kena beli. Ayam hanya beberapamkali setahun. Ayam yang dipelihara untuk diambil telurnya. Ayampun tidak mahu bertelur, mungkin tidak cukup makan juga. Daging hanya dimakan setahun sekali, musim raya.

Berbalik kepada budak pintar 20A anak nelayan, dia mampu beli roti. Maknanya dia ada pitis untuk beli roti. Jika begitu dia memang mampu makan nasi. Boleh beli beras. Boleh bawa bekal ikan segar dari laut yang ayahnya tangkap. Barangkali..... barangkali, dia sudah dengar yang Profesor Diraja Ungku Aziz kata 'nasi itu racun' (bagi dia). Makan roti otak jadi bagus. Makan nasi jadi bodoh. Barangkali...

Wallahualam.

Wednesday, March 18, 2009

BINTULU: HERE I COME

Malam tadi kayuhan PNR terakhir minggu ini. Hari ini bertolak ke Bintulu.

Tuesday, March 17, 2009

MBA DISENARAI HITAM

Sebelum kawan-kawan MBA buat pengumuman, lebih baik MBA umumkan dahulu:-

KAYUHAN PUCHONG-PUTRAJAYA-PORT D***SON


Syarat penyertaan :

1- Akil Baligh
2- Mempunyai basikal sendiri (MTB di galakkan)
3- Anda tidak pernah berkayuh sejauh ini
4- Ada RM50.00 (ini penting)
5- Saja ingin berseronok
6- Anda bukan enche MBA
7- Tidak emosional
8- Waras
9- Tak Poyo
10- Wanita di galakkan

Ulasan MBA
MBA pernah dan sedang disenaraihitam daripada memasuki sebuah negara merdeka di Asia Pacifik. Jika setakat sebuah "republik" tidak berdaftar menyenaraihitamkan, apa hendak dihairankan.

MBA ingin cadangkan ditambah satu lagi syarat:-
6a. Sekiranya anda diterima menyertai kayuhan ini, ada juga wajib menyenaraihitamkan enche MBA dalam mana-mana program kayuhan anda sehingga suatu masa yang belum diputuskan.

Alamak.... kesiannya kat enche MBA, kayuh sorang-soranglah nampaknya ;-).

Saturday, March 14, 2009

iPHONE 3G: TIBA JUGA AKHIRNYA


SETELAH diperkenalkan pada 2007, akhirnya iPhone 3G tiba juga di Malaysia secara sah. Maxis secara rasminya telah terpilih (atau memilih?) untuk membawa masuk pakej iPhone.

Adakah Maxis-iPhone ini dengan kontrak 24 bulan atau 6 bulan berbaloi ataupun tidak?. Harga termurah iPhone dalam pakej ini ialah RM0 dengan komitmen bulanan RM375 bagi kontrak 24 bulan. Ini bermakna anda perlu berbelanja RM9000 selama 2 tahun.

Jika anda bayar RM1510 bagi harga iPhone, anda perlu membayar RM100 sebulan selama 24 bulan kontrak. Ini bermakna anda perlukan RM3910 bagi 8MB dan RM4290 bagi 16MB.

Memandangkan iPhone 3G di pasaran kelabu ialah di sekitar RM3500, maka berbelanja RM4290 (beserta dengan caj panggilan) barangkali sangat berbaloi ....

Friday, March 13, 2009

SALAM FOTO DARIPADA NAZLEY



Mohd Nazley Fadhley memulakan hobi merakam foto selepas bekerja dan mampu membeli kamera sendiri. Hobi ini ternyata bagus sebagai terapi stress kerana ia memberikan ketenangan dan memberikan ilham kreatif. Setelah fotonya yang dipaparkan di laman web dibeli oleh agensi di New Zealand, kini hobi beliau telah banyak buat duit untuk dirinya.

Khusus untuk pembaca buku "Buat Duit Dengan Foto" yang akan dipasarkan akhir Mar ini, Nazley menghadiahkan sekeping fotonya untuk tatapan.

Thursday, March 12, 2009

SICOMEL DARI SUMARDI



mata merenung
malu-malu sang kucing
tikus menari


SUMARDI menghadiahkan sekeping foto "aksi sicomel" untuk tatapan pembaca buku terbaru saya "Buat Duit Dengan Foto" yang akan berada di pasaran akhr Mac 2009 ini.

Wednesday, March 11, 2009

SALAM FOTO NORSALINA



Daun nan hijau
seekor semut hitam
gula di mana?

Norsalina Harun menghadiahkan sekeping foto hasil garapan seninya untuk tatapan khusus pembaca buku terbaru saya "Buat Duit Dengan Foto". Buku ini akan berada di pasaran sebelum April 2009. Buku ini menemuramah Norsalina berkaitan dengan dunia fotografi.

Tuesday, March 10, 2009

PCM TERAKHIR : ANDA PERLUKAN JAWAPAN?.


ENTRI saya "Kayuhan Gaza: PCM Terakhir" adalah berkaitan dengan hasrat saya untuk tidak lagi menyertai PCM sekiranya pihak penganjur masih tidak menepati waktu yang dijanjikan. Saya tidak bermaksud ia perlu tepat "on the dot", tetapi jika dahulu ditetapkan 9.30pm jadi 10pm, mengapa kini ditetapkan 9pm pula dan hakikatnya masih 10pm.

Entri ini mengundang 11 komen yang secara keseluruhannya bersetuju dengan pendapat saya. Cuma ada satu komen sahaja yang saya kira yang agak lain macam sedikit.

Pada PCM tersebut saya dan PERs diminta untuk menjadi sweepers. Sebab itulah kami meneruskan kayuhan bagi mempastikan semua peserta, khususnya yang terakhir selamat tiba ke destinasi. Kami cuba pastikan basikalis berbaju merah berada di mana-mana sahaja mereka diperlukan pada malam tersebut. Barangkali ia boleh menyejukkan sedikit yang bertanya

Pihak PCM sendiri membuat satu entri khusus mengenai entri saya atas nama Rida Gaza Picsa Beska Jalanda, Apada... yang saya sendiri tidak faham dari bahasa apa dan apa yang dimaksudkan. Ia menarik 23 komen yang ada pro dan kontranya.

Saya fikir entri saya adalah berjaya dan saya sengaja tidak mahu menjawab setiap komen yang ditulis. Saya mahu PCM yang jernih. Walau bagaimanapun jawapan telah saya sediakan jika anda mahu, bolehlah saya 'publish' di sini.

Sekian, wassalam.

Monday, March 09, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN RASUL

HARI ini 12 Rabiulawal bersamaan dengan 9 Mac adalah hari ulangtahun keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini juga adalah merupakan cuti umum di negara kita.

Selain daripada bercuti, apakah aktiviti yang kita lakukan?. Apakah yang sepatutnya kita lakukan?. Sudah bertahun-tahun kita 'menyambut' birthday Nabi ini, namun setiap tahun jugalah kita lupa. Saya ambil satu contoh di tempat saya. Kira-kira dua minggu lepas, kami dipanggil mesyuarat untuk menyambut 'birthday' ini. Tarikh sambutan yang dicadangkan dalam agenda ialah 21 Mac. Apabila ditanya mengapa sambut birthday 2 minggu terlewat daripada tarikh, pengerusi memberi jawapan bahawa 21 Mac masih lagi dalam bulan Rabiulawal.

+ "Tuan, kita nak sambut hari lahir ataupun bulan lahir?"

- "Tiap-tiap tahunpun kita buat macam ini, asalkan dalam bulan Rabiulawal masih OK lagi"

+ "Apa nasnya yang tuan pegang?"

- "Apa pula nas-nas. Jika tak mahu sambut sudahlah. Kami bukan paksa. Kami tidak minta dermapun".

+ "Apa kata tahun depan kita sambut 1 Rabiulawal?. Cepat sikit ....."

hahhahahahhaa

Sunday, March 08, 2009

KAYUHAN SAWAH PADI (KSP) MENGEMBALIKAN NOSTALGIA





SEAWAL jam 4 pagi saya sudah bersiap untuk tiba 5am d TWP dan seterusnyab 6am di R&R Elmina. Kayuhan Sawah Padi yang melibatkan 30 orang peserta ini telah mengembalikan beberapa nostalgia dan menghidupkan kembali beberapa istilah yang telah lama tenggelam.

Cedung padi - tanam padi
Kini benih padi ditabur sahaja dalam bendang. Tempat saya dahulu jika benih padi ditabur, alamak ia akan dimakan oleh burung dan hampa sahajalah para petani. Oleh itu benih padi disemai terlebih dahulu sebelum dicedung.
+ Cedung pakai kuku kambing ke?
- Tidak, guna tangan sahaja.

Ketam padi
Padi diketam di tangkainya dan bukan dituai dengan batang-batangnya. Kini mesin digunakan.

Kepok padi
Selepas padi diketam, ia disimpan dalam kepok. Ia itu rumah atau bangsal yang khusus untuk padi. Di sinilah peribahasa "ayam di kepok mati kelaparan" muncul.

Ngirek padi
JIka padi dituai pada batangnya, ia dipukul atau dibanting untuk merelaikan padi daripada tangkainya. Jika padi diketam, bagaimana prosesnya pula?. Ia dipijak-pijak atau lebih dikenali sebagai irek

Tumbuk Padi
Beras dihasilkan daripada padi. Kini padi dihantar untuk dimesin. Dulu padi ditumbuk atau dikisar menggunakan lesung ataupun pengisar.

Oh nostalgia!.

Saya juga pertama kali melihat dan mengetahui bahawa orang CVina dan orang India juga bertanam padi!.

Saturday, March 07, 2009

MESYUARAT AGUNG myJICA

Tarikh: 7 Mac 2009 (Sabtu) Hari Ini
Masa: 2.30pm
Tempat: Perpustakaan KL (sebelah Dataran Merdeka)

Semua ahli dijemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis.

Wednesday, March 04, 2009

ANTARA DUA PILIHAN

SAYA ada dua pilihan:-

PERTAMA - lakukan dan dapat keputusan dan kena marah @ kutuk

KEDUA - Berdiam diri dan tiada keputusan dan mungkin kena marah juga

Saya ambil pilihan yang PERTAMA.


p.s on the way to KayTee

Tuesday, March 03, 2009

PUTRAJAYA E RIDERS (PERs) : VOL 3


[Ini adalah foto PCM Feb 2009 - Kayuhan PCM terakhir saya seandainya pihak penganjur masih mengutamakan bilangan basikalis berbanding dengan ketepatan waktu]

Bagaimana PERs ditubuhkan?. Ini versi Dr.Taufik:-

Kenapa saya berbasikal?

Ia bermula dengan keinginan saya untuk bersenam, tak kiralah senaman apa pun.

Kenapa saya nak sangat bersenam?

Semenjak 4 tahun lepas, hobi saya adalah bermain golf. Sampai sekarang pun saya kira saya masih bermain golf, cuma tidak sekerap dulu.

Sejak 4 tahun lepas, berat badan saya telah meningkat dengan mendadak, dari 72kg ke 82kg. Selain itu, tekanan daah saya juga tinggi, sekitar 140/90. Bacaan itu sebenarnya adalah indikasi untuk saya memakan ubat darah tinggi.

Itu sebenarnya menguatkan semangat saya untuk mula bersenam, dan mengurangkan bermain golf.

Pada Sept 2008, berlaku perbincangan di palmx yahoogroups berkenaan Putrajaya Critical Mass, yang mana ada satu kayuhan yang akan dibuat dalam bulan puasa. Dalam perbincanan itu, MBA telah mencadangakan agar sesiapa yang berminat untuk berkayuh, untuk membeli MTB Proton T-bolt.

Maka pencarian saya bermula dengan mula bertanya-tanya kepada rakan-rakan, di mana nak beli satu Proton T-bolt. akhirnya, kami telah ditunjukkan ke sebuah kedai di Batu Caves dan seterusnya di Selayang. Saya masih ingat lagi saya & Dr. Azmi, sama-sama ke kedai itu membeli 2 buah proton T-bolt dgn harga RM850.00 sebuah.

Disitulah bermulanya saya berbasikal. Kayuhah keliling taman. Kayuhan pertama saya adalah sekitar 3km. Saya call Dr. Azmi dgn begitu excited sekali yang saya boleh kayuh 3km!. Itupun sebenarnya sudah mengah. Dr. Azmi kata dia boleh kayuh 5km. Kesokan harinya, saya try 5km, macam nak mampos saya dibuatnya. Almaklumlah, masa tuh bulan puasa. Jadi saya juga berkayuh ke surau, 500meter dari rumah saya untuk solat terawih.

Kayuhan beramai-ramai pertama adalah pada 24 oktober 2008. MBA lah yg telah organize kayuhan ini bersama beberapa rakan lain, seperti Muhaimi, Dr. Rapi, Azmi Hasim, Dr. Azrin, Won di Wetland Putrajaya. Lihat gambar: http://www.facebook.com/album.php?aid=45154&id=742535171&l=919f5

Pada keesokan harinya (25 oktober 2008), saya berkayuh pula dengan geng SDAR, again MBA juga yang organize kayuhan ini. Masa itu, ada abedib, saifudin, nadim shah, ghazali, aliff dll.

Barangkali benar, saya yang organize, tapi bukan saya yang lead

Dari situ, bermulalah sesi kayuhan, demi kayuhan dan akhirnya group PERs telah ditubuhkan.

Alhamdulillah, dengan adanya kumpulan ini, telah memberikan lebih semangat untuk terus berkayuh dan berkayuh dan berkayuh, tak kira PMR, PNR, PER, PCM, PAR, sendirian, berkumpulan dan sebagainya.

Alhamdulilah, tekanan darah saya dapat saya kawal dan sehingga kini saya telah menurunkan berat badan saya sebanyak 8kg.

Saya akan terus berkayuh untuk kesihatan. Saya akan berkayuh untuk menikmati alam ciptaan tuhan. Saya akan berkayuh bersama keluarga. Jika saya ingin freedom, saya suka berkayuh berseorangan. Dan sepanjang saya berkayuh, saya pernah berkayuh dari rumah saya ke bagan lalang sejauh 65km guna MTB. Saya pernah berkayuh dari sg besar-->tg. karang-->sg. besar sejauh 80km, naik MTB sendirian. Walaupun saya lebih suka berkayuh sendirian, tapi nikmatnya tidak sama jika berkayuh dengan kawan-kawan.

Kawan-kawan banyak memberi semangat. kawan-kawan banyak memberi maklumat. kawan-kawan banyak membuka minda. Saya mohon maaf kepada semua kawan-kawan jika saya terkasar bahasa dalam tempoh berbasikal bersama anda.

Wassalam

Monday, March 02, 2009

PUTRAJAYA E RIDERS (PERs) : VOL 2



[Ini peserta PCM Feb - Kayuhan Gaza: Penyertaan PCM terakhir saya jika pihak penganjur masih gagal menepati waktu yang dijanjikan]


Bagaimana PERs bermula?. www.kayuh.co.cc


Ini Versi Won:-

It was all started sometime last year (I do not remember the exact
date) when we had a JICA meeting in MBA's home to kick-start a Mt Fuji
program and handing over of flag for the event. We had our food and
sharing of experiences and presentation of the last Mt Fuji climbs for
the new batch of climbers. After the event, we chit-chat, enjoy our
good food, nice friendly people and saw the nice T-Bolt (with full of
mud) just outside his home entrance. We talk about the T-Bolt and it
happen that Muzaffar just came back from a ride in FRIM with the bike.
MBA took our his T-Bolt from his store to show it to us.

Coincidently, Muzaffar had another 2 T-Bolts for sale in his home.
Muhaimy and me decided to get the T-Bolt too so that we can start
cycling together. Later, MBA, Muhaimy and me went to Muzaffar's house
to collect the bike.


Inilah foto perjumpaan di dalam dan di luar rumah saya itu...


MBA, Muhaimy and me had our first ride together in Putrajaya in a
morning. (MBA took a photo of the plague there will show the exact
date) It is also my first ride after I last ride a bicycle when still
in High School (30 years ago). I had a fall right in front of
Ministry of Finance. (too shy to tell the story behind). I thought I
had broken my leg and arm but nothing serious and we continue to
cycle. We cycle round Putrajaya and through the forbidden bridge and
enjoyed our ride very much.

The rest of the story could be found in MBA blog. It is nothing
serious at the beginning but with the leadership of MBA and many
seniors, and of course the blogsite, it slowly evolved into a serious
group now. The story could be short but it is very meaningful for all
especially myself.

Sunday, March 01, 2009

PUTRAJAYA E RIDERS (PERs) : VOL 1


[Ini foto PCM 28 Feb. Ramainya basikalis .... Saya bagai melukut di tepi gantang, masuk tidak menambah, keluar tidak mengurang. Saya akan tinggalkan PCM kerana penganjur terpaksa menunggu gantang penuh sebelum berkayuh, mungkin diniharipun masih belum sampai ke rumah]

PERs ( http://www.kayuh.co.cc )dulunya adalah Putrajaya Rasy Riders, kini tidak lagi "Easy". Sudah ramai yang tukar (tambah) mountain bike(MB) dengan road bike (RB). Maka "Easy" ditukar kepada "E" sahaja yang boleh membawa pelbagai maksud.

Ini Versi Dr. Azmi:

> How PERs began?

The group started long ago under the leadership of MBA. You can read
the history at MBA's blog. The name of the group was T-Bolt IIANM.

> Who started getting the group together?

My first big ride with them was on Deepavali 2008. MBA came with with
his IT & JICA gang. Abedib came with fan of his blog (Aliff), fellow
alumnus (SDAR) and PalmX members. Later Dr Taufik brought in the
doctors from HUKM.

I can't remember who led the group that day. Was it Shahrin?

Later MBA was instrumental in setting up PERS website.

> What made you start cycling?

Ntah

> Why Putrajaya was chosen as the place to cycle?

Sebab MBA yang cadangkan for the first ride.

> What is the main attraction in joining this cycling group?
> How come Proton T-Bolt was chosen as the prefeered bike?.

I blame MBA for that. Dia yang beritahu kat PalmX pasal rega basikal
T-Bolt yang murah and gave us the necessary contacts.

> When did GEDEBE came in the picture?

Cerita Wan Sabri jumpa aku kayuh sorang-sorang kat GCE.

> What about PCM?

First ride Abedib ikut sebelum bulan Puasa 08.

> And also Rubbermen?
Kolonel yg introduce.