MALAM ini saya teringat ketika saat-saat kami menjadi "orang kaya" dan tinggal di kawasan mewah di UK dulu. Dulu-dulu. Pada masa itu di rumah kami ada empat buah mercedes. Setiap hari gilir-gilir bawa.
Ini cerita pasal orang kita nak beli Mercedes.
A: Aku nak beli 190E saja, sebab tak cukup duit
B: 190E tak ada nilai jualan balik. Belilah 200E. Body sama macam 230, 260 dll. Mahal sikit saja. Balik Malaysia boleh jual. Mahal ooo.
C: Aku tak suka model 124. Kawan aku kata ia underpower. Aku nak beli model 123.
B: Siapa yang kata Mercedes under power?
C: Kawan aku. Dia mekanik. Dia banyak baiki kereta.
B: Engkau ni percaya sangat pada kawan. Dia certified mercedes engineer ke?. Au nak gelaklah bila kata Mercedes underpower... Mercedes antara kereta terbaik seluruh dunia tau!. Kita toooot under power mungkinlah. Ini mercedes woo.
A: OKlah aku beli 200E lah.
B: inilah orang kita, buat andaian tanpa fakta. Macamana nak dapat PhD?.
Nota:
A dan B ialah calon sarjana
C ialah calon doktor falsafah
Showing posts with label UK. Show all posts
Showing posts with label UK. Show all posts
Friday, May 27, 2016
Wednesday, September 16, 2015
LOKE KIM HUNG
SAMBIL berkemas-kemas, saya temui sebuah buku besar. Sebuah kamus sebenarnya. Inilah buku paling tebal yang ada dalam simpanan saya. Hampir 2,000 muka surat.
Kamus terbitan 1998 ini dihadiahkan (secara rahsia) pada hari terakhir kami sekeluarga berada di Leeds, UK.

[Petikan mengenai Uncle Sim, ia itu Loke Kim Hung].
“Dulu-dulu, dalam masa senggang semasa di kampus dan
anak-anak ke sekolah, aku duduklah melepak buat-buat sibuk di kedai Alhalal
atau jalan-jalan menyusur pekan kecil Harehill.
Suatu hari aku bertemu dengan seseorang yang saling tak tumpah seperti
sasterawan negara, A.Samad Said dari segi putih dan panjangnya rambut serta
janggutnya.
Dalam hati terdetik, adakah ini Pak Samad atau kembarnya? Dari Malaysia?
Apa Khabar? ucapnya. Oh, pandai cakap Melayu rupa-rupanya dia!
“Ya dari Malaysia, khabar baik balas ku. Uncle dari Malaysia juga?”
Sejak hari itu hampir setiap hari
aku berjumpa dan bersembang dengannya. Uncle Sim nama yang diberikan. Dia
pernah tinggal di Malaya suatu masa dulu dan kini telah berhijrah ke UK beberapa
bulan sebelum Malaya mencapai kemerdekaan.
Ada yang mengatakan Uncle Sim ini tidak betul orangnya. Ada yang mengatakan
dia adalah bekas anggota PKM yang melarikan diri ke UK dan macam-macam lagi
mengenainya.
Kehidupan Uncle Sim sekeluarga terlalu privacy. Dia tidak akan memberitahu
di mana rumahnya dan cukup pantang jika fotonya dirakam.
Namun dari cakap-cakapnya menampakkan yang dia adalah seorang yang
berpengetahuan dan banyak membaca. Seperti biasa aku menjadi pendengar setia
kepada setiap hujah dan pidato berfalsafahnya dalam pelbagai topik dunia.
Khayalanku terhenti sejenak apabila teringatkan sekeping surat dari Leeds
yang belum habis kubaca. Pengirimnya ialah Suraya, yang katanya ialah anak
kepada Uncle Sim.
Beliau menulis surat memberitahu sesuatu mengenai ayahnya dan beliau
memperolehi alamatku daripada buku nota bapanya. Hanya itu yang beliau ada dan
bukan telefon, faks ataupun alamat e-mel ku.
Suraya. Cantik nama itu.
Suraya Sim barangkali.”
Friday, January 10, 2014
SAMBIL MELANCONG BUAT DUIT
TAHUN lepas kawan saya buat RM20,000 semasa saya sama-sama melancong dengan beliau. Saya hanya melihat sahaja dengan penuh takjub. Itu cerita di Jepun.
Bagaimana caranya?. Dia ambil order siapa yang mahu beli bag berjenama (original). Kemudian dia belikan dengan setengah harga di sini. Balik Malaysia dia jualkan dua kali ganda, tetapi masih murah lagi berbanding harga di Malaysia. Ini cerita benar, berlaku depan mata saya. Malahan saya yang temani dia pergi shopping.
Itu cerita di Jepun.
Akhir tahun lepas, saya dan keluarga ke UK. Tanpa disangka-sangka, saya terjumpa sesuatu yang "boleh buat duit". Saya beli. Ambil foto dan upload ke facebook. Ramai yang berminat mahu beli. Akhirnya saya beli 70 px dan habis dalam masa seminggu sahaja. Tidaklah kaya, tetapi sangat berbaloi.
Ia cerita di UK.
Kini saya akan bawa rombongan ke Jepun seramai 16 orang. Salah satu itinerarinya ialah pergi shopping ke tempat "itu". Saya pasti jika berminat untuk buat duit, memang banyak boleh buat duit.... Tidak perlu bawa cash, kad kredit boleh tenyeh dulu..
Di manakah tempat itu?. Ikut saya di Jepun dan saya akan bawa. Bag berjenama (original). Ia lebih murah dari UK walaupun ia adalah UK dan US Brand. (Di USA mungkin lagi murah... orang katalah).
Berminat?.
Berminat?.
Thursday, September 01, 2011
OAKWOOD PRIMARY SCHOOL
1997-1997, Empat anak saya bersekolah di Oakwood Primary School, Yorkshire, UK. Seorang lagi menghadiri tadika di sekolah yang sama. Saya belajar separuh masa (sepenuh masa, tetapi kelas cuma Isnin dan Khamis sahaja). Isteri saya pula bekerja sepenuh masa.
2009 saya kembali semula ke UK dan mengambil kesempatan untuk ke Leeds. Sempat ke rumah sewa lama, namun tersesat semasa mencari Oakwood Primary School.
2009 saya kembali semula ke UK dan mengambil kesempatan untuk ke Leeds. Sempat ke rumah sewa lama, namun tersesat semasa mencari Oakwood Primary School.
Sunday, August 09, 2009
LEEDS METROPOLITAN UNIVERSITY (LMU)
Wednesday, August 05, 2009
KERETA IMPOT LEBIH BAIK
kereta sewa di Bradford, UK
RAMAI orang percaya bahawa barangan impot, seperti kereta buatan luar negara adalah lebih baik daripada kereta buatan dalam negara.
Orang Malaysia memandu kereta proton mungkin ia lebih murah berbanding dengan kereta impot ataupun mungkin mereka berjiwa patriotik yang lebih tinggi. Mengapa orang Singapura memandu Proton?. Sebabnya semua kereta yang dijual di Singapura adalah kereta impot. Singapura tidak membuat kereta. Sebab kedua ialah kereta Proton di Sinngapura adalah lebih murah.
Mengapa orang UK memandu kereta Proton?. Dalam lawatan saya ke UK baru-baru ini dan semasa belajar di sana belasan tahun dahulu, saya menemui sebab yang sama, iaiatu Proton adalah kereta impot. Ia adalah setaraf dengan Mercedes yang juga impot. Perlu diingat bahawa harga Proton di UK tidaklah terlalu murah. Faktor lain yang amat memeranjatkan saya ialah kerata Proton dikatakan sebagai "Muslim Car" oleh pemilik dan pemandu kereta yang saya temui. Katanya mana ada negara Islam lain yang mengeluarkan kereta selain Malaysia?. Ya tak ya juga, kata saya. Namun saya difahamkan Iran juga menghasilkan kereta, namun barangkali untuk kegunaan domestik sahaja.
Saya sengajalah tidak mahu bertanya, 'Mengapa naik MAS?', takut jawapannya nanti ialah sebab "dapat minum arak percuma".
Tuesday, August 04, 2009
MANDI : BERSIRAM ATAU BERENDAM?
BAGI diri saya sendiri, mandi adalah mandi. Tidak timbul lagi soalan lain mengenai mandi, samada menyelam, berendam ataupun bersiram. Cuma kadang-kala ibu ada juga bersungut "jangan mandi kerbau". Ia bermaksud mandi yang tidak bersungguh-sungguh, hinggakan ada bahagian badan, khususnya kepala yang tidak basah.
Semasa tinggal di 44 Easterly Avenue, rumah sewa kami, seperti mana rumah-rumah Inggeris yang lain juga, mempunyai bilik mandi yang berkarpet. Permaidani dalam bilik mandi, bagaimana mahu mandi?. Di sinilah konsep mandi berendam atau bersiram timbul.
Semasa tetamu kami tiba untuk tinggal beberapa malam di rumah kami, seluruh bilik mandi basah. Bahkan airnya melimpah hingga dalam mentol lampu di tingkat bawah. Kami sebenarnya terlupa untuk memberitahu cara-cara mandi ala-ala orang Inggeris. Akibatnya, orang Malaysia mandi secara menjirus dan habislah segala apa yang ada dijirusnya.
Semasa di Cloth Hall Cottage, saya baru faham akan konsep mandi: bersiram atau berendam ini. Dalam bilik mandi cottage ini sudah dilabelkan dengan shower ataupun bath.
Monday, August 03, 2009
Friday, July 31, 2009
CLOTH HALL VOL. 2
Pandangan daripada luar Cloth Hall ini, jika diambil fotonya dari jarak jauh, cantik menawanlah juga.
Cath;
Nawi mencadangkan saya kenc*** sahaja dekat kubur tu, mana ada hantu di negeri Mat Salleh katanya. Saya kata hantu memang tidak ada, yang ada ialah ghost di sini. Saya tidak berani pecahkan empangan. Tahan juga. Sehingga penjaga rumah ini Patricia Charles-Hunt balik.
p.s Vol.3 akan berikan gambaran Cloth Hall dari dalam.




Cath;
Nawi mencadangkan saya kenc*** sahaja dekat kubur tu, mana ada hantu di negeri Mat Salleh katanya. Saya kata hantu memang tidak ada, yang ada ialah ghost di sini. Saya tidak berani pecahkan empangan. Tahan juga. Sehingga penjaga rumah ini Patricia Charles-Hunt balik.
p.s Vol.3 akan berikan gambaran Cloth Hall dari dalam.
Thursday, July 30, 2009
LEPAK DI HEATHROW
bilik sembahyang pelbagai ugama
adegan filem
ambulan berbasikal di sebelah van ambulan
gelagat orang tunggu orang
Setelah berehat seketika (tidur sebab tiada manusia dan tidak ada kenderaan untuk ke mana-mana) di Cloth Hall, Pat datang dan ajak bersembang mengenai rancangan saya tinggal di sini. Beliau beri beberapa cadangan dan syor. Pertama saya minta hantarkan saya ke stesen keretapi pada jam 7 hari Ahad untuk ke London. Kedua saya minta tempah teksi untuk ke lapanganterbang Heathrow pada jam 7 pagi Isnin.
Pada hari Isnin, saya bangun seawal jam 4 pagi. Soalt Subuh, mandi, bersiap, makan pagi dan menunggu teksi. Cuaca di luar terang, tetapi hari hujan. Pemandu teksi lambat tiba. Katanya dia tidak biasa dengan Cloth Hall, barangjkali Tom-tom dia juga tidak dapat mengesan kawasan ini dan memang liputan telefon bimbit sangat sedikit sekali.
Setelah teksi tiba, Pat ambil gambar saya (dia akan abadikan foto setiap penghuni di sini dalam album untuk diceritakan kepada pengunjung seterusnya). Perjalanan ke Heathrow pada awalnya lancar namun setelah tiba di lebuhraya, ia menjadi perlahan akibat kesesakan lalulintas. Akhirnya tiba juga pada jam 9.30 pagi setelah beberapa kali saya tersengguk kerana mengantuk. Pemandu teksi ini menghentikan saya di sebuah perhentian dan meletakkan beg-beg saya atas troli dalam hujan. Bagi saya, seorang pemandu yang baik seharusnya menghantar penumpangnya ke pintu terminal. Terminal 3 lapangan terbang Heathrow ini mempunyai 7 pintu, iaiatu A hingga G untuk penerbangan yang berlainan. Setelah membuat bayaran UKP80 dan meminta resit, saya terpaksalah menolak troli dalam hujan mencari perlindungan yang terdekat, ia iatu pintu A. Kemudiannya dari satu pintu ke satu pintu mencari penerbangan Malaysia dan akhirnya bertemu kaunter tiket di Pintu F.
Penerbangan ke Malaysia ada pada jam 12pm dan 10pm. Saya masih bertkesempatan untuk daftar masuk penerbangan 12pm. Berikut adalah pertimbangan saya. Penerbangan 12pm dari Heathrow akan tiba di KLIA pada jam 7am. Ini bermakna saya perlu solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya dan Subuh dalam penerbangan. Penerbangan 10pm dari Heathrow akan tiba pada jam 5pm di KLIA. Ini bermakna saya hanya Subuh dalam penerbangan dan Zohor-Asar boleh jamak setelah tiba di KLIA. Saya membuat perkiraan untuk menaiki penerbvangan 10pm (memang tiket saya pada 10pm). Selama 12 Jam di Heathrow apa yang perlu saya buat?.
Pertamanya saya simpan bag dengan bayaran UKP8 sebuah. Tanpa bag ditangan, pergerakan saya agak bebas sedikit. Saya cuma bawa notebook bersama. Pilihan yang ada kini ialah samada duduk di Heathrow ataupun ke London lagi. Lapan ke sepuluh jam masa yang ada boleh dimenafaatkan di LOndon. Pat kata pergilah ke Malaysia Hall ataupun naik Eye of London. Memandangkan penat berjalan di London semalam masih belum hilang, saya mengambil keputusan untuk lepak di Heathrow sahaja.
Sesi lepak 12 jam di Heathrow bermula:
Saya dari satu pintu ke satu pintu. Dari satu kaunter ke satu kaunter. Di kaunter Penerbangan Malaysia (MAS) ada poster yang sangat jelas mengenai 'hand luggage' hanya satu setiap orang kerana atas dasar keselamatan lapanganterbang oleh BAA. Saya yang membawa 2 bag termasuk notebook terpaksalah menjadikannya satu sahaja.
Saya kemudiannya ke balai ketibaan. Saya sempatlah menyambut ketibaan penerbangan MH003 dari Malaysia yang tiba pada jam 3:30pm (tercepat 45 minit). Di perhatikan mereka yang sampai di balai ketibaan nampaknya terpinga-pinga mencari orang yang dikenali ataupun agen yang memegang tanda nama mereka. Seterusnya saya pergi dari satu kedai ke kedai yang lain. Mengintai kalau-kalau nasi atau makanan halal ada dijual. Hampa. Di Heathrow terdapat bilik sembahyang rupanya. Ia adalah bilik sembahyang pelbagai ugama. Siap dengan arah kiblat sekali. Di sini saya solat Zohor dan Asar. Pendek kata Terminal 3 Heathrow ini kecil sahaja, tidak banyak kedai walaupun orangnya sangat ramai.
Di sini tidak ada wifi atau hotspot percuma. Penat sahaja kelek notebook ke sana ke mari. Jika tidak ada akaun dengan t-mobile, bayar sahaja UKP1 bagi 10 minit surfing. Sangat mahal. Pandangan yang menarik di sini ialah polis berbasikal. Mereka masuk bangunan lapanganterbang, keluar masuk lif dengan basikal. Mereka gunakan basikal jenama POLICE. Kemudian pasukan ambulan juga berbasikal. Dia kayuh di celah-elah orang ramai dengan basikal. Unik.
Di luar pula adalah kawasan merokok. Duduk di luar adalah lebih segar. Kurang mengantuk. Di sini saya sempat lihat krew filem sedang buat penggambaran filem. Adegan pelakon wanita dengan orang gaji dan pemandunya keluar dari lapangan terbang menuju ke kereta. Ia diulang-ulang sebanyak tiga kali shoot. Tiga kali shoot, tiga kali make-up.
Orang yang lalu lalang, orang yang duduk menunggu, penumpang yang menanti dan pekerja yang keluar merokok di sini cukup ramai. Saya lihat di mana bas berhenti, di mana teksi berlesen, di mana teksi preber sapu dan sudah tentunga tren untuk ke London. Berjam-jam di luar sini, sudah boleh jadi pemandu pelancong kepada orang yang pertama kali tiba di Heathrow. Jika setakat di mana untuk ambil teksi haram, bolehlah tunjukkan di mana. Saya di sini seolah-olah watak dalam satu filem "The Airport" yang bertahun tinggal di airpot kerana ia tidak dibenarkan memasuki negara. Tinggallah dia di bahagian dalam airport.
Haji Salleh ada bekalkan air zamzam. Bagaimana mahu dibawa pulang?. Air dilarang dibawa masuk. Minum habis.
Kaunter MAS sudah berganti dengan PIA. Inilah nasib di lapanganterbang yang penerbangannya cuma 2 kali sehari. Jika dua atau tiga hari seminggu lagilah teruk. Ia ahanya akan dibuka pada jam 6 petang, iaiatu empat jam sebelum penerbangan. Jika ia dibuka awal, bolehlah saya daftar-masuk dan duduk dalam MAS Golden Lounge.
Sebaik sahaja kaunter dibuka, terus daftar-masuk dan terus memasuki balai berlepas untuk ke lounge. Lounge MAS di sini terasa lebih besar daripada di KLIA. Saiznya jauh lebih kecil, tetapi oleh kerana ia lengang, tidak berorang maka ia kelihatan lebih besar. Walau bagaimanapun boleh dikatakan tidak ada makanan. Mesin minuman panas disediakan. Kuih langsung tidak ada. Air sejuk cuma air tin dan mineral sahaja. Air buah-buahan langsung tidak ada. Apa yang ada semuanya minuman keras pelbagai jenama. Akhirnya saya dapatkan katalaluan wifi daripada staf di sini dan surfing sehingga Maghrib. Selepas solat Maghrib dan Isya, ada sedikit masa untuk meninjau ke adaan di luar. Wah ... ia adalah jauh lebih besar, berkali ganda berbanding dengan di luar. Namun memandangkan masa terlalu suntuk, satu habukpun tidak sempat dibeli.
Wednesday, July 29, 2009
CLOTH HALL VOL.1
pemandu teksi ternampak tanda ini di pagar
dan tanda ini di bangsal
inilah bangsalnya
saya letakkan beg di sini. Tengoklah tangganya.
Saya meninggalkan hotel The Kingsway pada jam 9.30 pagi dengan teksi menuju Cloth Hall, Kent. Pemandu teksi tidak mengetahui di mana Cloth Hall ini. Dia memandu berpandukan Tom-tom . Saya rasakan perjalanan daripada Worthing ke Kent melalui lebuhraya ini terlalu jauh. Lebih dari satu jam, papan tanda masih menunjukkan Dover, London dan beberapa tempat yang saya kurang tahu.
Akhirnya perjalanan memasuki jalan-jalan kampung. Jalan semakin sempit. Kemudiannya memasuki desa, belukar, hutan jalan hanya satu lorong. Hati sudah berbisik, macamana aku mahu tinggal di sini bagi tempoh dua malam ini?. Menyesal ada, risau pun ada. Alangkah baiknya jika mencari hotel murah di London sahaja?
Teksi tiba ke destinasinya, Tom-tom tidak dapat mengesan Cloth Hall. Saya ingatkan tentu ia berada di pekan. Pemandu teksi cuba mencari dari satu lorong ke lorong . Akhirnya ternampak perkataan cloth hall tertulis di dahan pokok, di tepi pagar. Teksi menyusur masuk. Kelihatan seperti rumah terbiar tanpa penghuni. Bagitu teruk sekali tempat ini. Terdapat empat atau lima rumah buruk di sini. Bangsal pertama dipenuhi kayu api. Bangsal-bangsal lain semuanya terkunci. Rumah yang paling besar, juga berkunci.
“Inilah Cloth Hall. Kamu mahu jumpa kawan di sini?”. Pemandu teksi bersuara.
“Ya, jumpa kawan”. Saya menjawab antara yakin dengan tidak. Dalam hati sudah cuak.
Tidak ada seorangpun di sini. Ia seolah-olah rumah tinggal. Akhirnya kami menemui tukan kebun yang sedang membersihkan kawasan. Pemandu teksi terus bertanya mengenai tempat ini.
“Ini ada orang mahu jumpa kawannya di sini. Mana orangnya?”
‘Oh. Dia baru sahaja keluar 20 minit yang lalu. Dia akan tiba dalam masa seminit lagi” Jawabnya.
“OK jika begitu, inilah tempatnya. Kerja saya sudah selesai” Ujar pemandu teksi.
Saya menghulurkan duit tambang sebanyak UKP50 dan meminta resit.
‘resit?” Pemandu teksi ini seolah-olah terkejut
“Untuk 100 pound?” Beliau kelihatan bersungguh-sungguh.
“Bagikan saya resit kosong sahaja”. Akhirnya pemandu memberikan saya sekeping resit kosong dan berlalu.
Saya kebingungan Ke sana dan ke mari memikirkan nasib badan. Hati sudah menyesal. Jikalah aku bayar 50 pound lagi kepada pemandu teksi tadi dan suruh dia bawa aku semula ke Worthing, selesai segala masalah aku rasanya. Tempat apakah ini?. Tukan kebun masih menjalankan tugasnya tanpa mahu diganggu. Begitu menyeramkan tempat ini.
Satu jam setengah dalam teksi, empangan sudah mahu pecah rasanya. Tandas tidak ada. Bolehkah aku melepas dalam semak-semak ini? Alamak…. Susahnya…. Di sekitar kawasan ini semuanya semak dan terdapat beberapa buah rumah. Saya berjalan ke hulu dan kehilir. Beg ditinggalkan di luar rumah. Jika hujan, tentu basah kuyup.
Saya cuba meninjau kawasan sekitar. Semuanya rumah-rumah yang bertutup rapat. Di bangunan sebelah kerap berbunyi loceng. Adakah ia gereja?. Mengapa loceng berbunyi pada hari Sabtu?. Tinjauan seterusnya mendapati ia adalah perkuburan. Kawasan sekitar yang paling besar ialah sebuah pejabat pos mini dan dihadapannya ialah perhentian bas. Itu sahaja.
Pulang semula ke Cloth Hall, penjaga masih belum tiba. Tukang kebun sudah selesai menjalankan kerjanya.
“Biasanya dia sudah balik pada waktu ini” Dia menyapa dengan acuh tidak acuh.
“Kamu tinggal berdekatan sini?”. Saya sekadar bertanya.
“Ya. Saya buat kerja sambilan. Saya adalah penjaga kubur di kawasan gereja di sebelah ini”. Beliau member tahu.
Saya diam dia juga diam. Akhirnya dia berkata. “Aku belum pernah sekalipun bertemu hantu sepanjang kerjaya aku”.
Saya senyum diam dia juga diam. Dalam hati seribu penyesalan sudah berkunjung. Penantian berterusan. Jika begitu teruk keadaan di luar, di dalam bagaimana agaknya? Signal telefon bimbit Cuma 1 bar sahaja di kawasan ini, internet atau WiFi memang tidak ada.
Monday, July 27, 2009
MAKAN PAGI TERAKHIR DI WORTHING
SETIAP pagi, makan pagi di hotel The Kingsway ini saya bersendirian. Ia sepatutnya untuk 10 orang. Orang lain semua lewat dan saya tepat 7.30am sudah duduk di sini, memulakan makan separa buffet. Lepas makan 8am terus mengangkat langkah menuju ke kelas beberapa batu (bukan km) jauhnya.
Makanan bufet yang disediakan cuma air buahan, air kopi dan teh, cereal, susu, prun dan yogurt. Banyak bunyinya, tetapi ia bukan makanan, lebih kepada minuman. Selebihnya kena order dan menu dalam order yang boleh dimakan cuma toast dan telor sahaja. Makan setiap hari saya makan 2 keping toast dan telor setengah masak.
Ini ialah rupa telor 'setengah masak' di sini. Ia sangat masak hinggakan kulit telorpun naik retak. Sudahlah begitu, lambat pulak ia disiapkan. Tidak kurang 30 minit saya perlu menunggu. Saya jangkakan mesti ada alat tertentu untuk rebus telor ini seperti di tempat kita. Hari ini tukang masak (chef) cuti dan telor setengah masak tidak dapat disediakan. Hebat sungguh nasib telor di sini, ia perlu direbus oleh chef.
Thursday, July 23, 2009
44 EASTERLY AVENUE
Inilah rumah sewaan saya sesa di Leeds. Saya tiba semula di rumah ini setelah 12 tahun meninggalkannya dengan pelbagai kenangan. Rumah ini sudah mempunyai pagar, namun tetap tidak berkunci seperti dahulu juga. Di bahagian belakang rumah ini sudah dibina garaj kereta. Dahulunya di situ tempat anak-anak bermain salji di musim sejuk dan kami membakar lemang di musim raya. Semasa kami tiba di sini, tidak ada sesiapa di rumah. Jiran saya Mr. Morris juga tidak ada. Entahkan dia masih hidup ataupun sudah meninggal. Anjingnya Morisson juga tidak kelihatan.
Banyak sekali kenangan di rumah ini. Di rumah inilah kami buat jamuan rumah terbuka yang pertama dalam sejarah hidup kami. Di sinilah kami sekeluarga bergaduh dengan plumber yang enggan membuka kasut apabila ingin membaiki tangki air yang bocor. Di rumah inilah aya dipaksa bermaaf-maafan dan berpeluk arab oleh Iqbal dengan adiknya Iqbal. Lucu bunyinya. Adiknya adalah pemilik rumah yang saya sewa. Saya ugut ingin keluar rumah kerana dia tidak menyenggara rumah dengan baik. Akibatnya pintu rumah terkunci dengan sendirinya. Kami berbalah. Kami bertengkar. Abangnya datang mendamaikan. Kedua-duanya adalah Iqbal. Mereka gunakan nama keluarga.
Di rumah inilah Uncle Sim datang menghantar sayur dan buah-buahan beberapa hari dalam seminggu. Ramai orang beranggapan Uncle Sim adalah orang yang tidak siuman, tidak betul. Dia berjalan berbatu-batu dari rumahnya untuk menghantar sayur dan buah ke rumah ini dan berlalu pergi. Cerita mengenai Uncle Sim ada saya tuliskan dalam novel “Mahligai Cinta” oleh Sri Diah.
Di hadapan rumah ini jugalah kereta kawan saya dipecahkan pencuri. Sekampung Easterly Avenue kecoh dan berkumpul di halaman rumah saya. Bermasyarakat juga penduduk di sini. Dari tingkap rumah ini jugalah kami sekeluarga melihat salji pertama. Kami bermain salji di laman rumah. Dari tingkap rumah inilah setiap pagi di musim sejuk kami menunggu salji turun. Kami rindukan salji. Di sini jugalah kami anak-beranak terpaksa menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan kerana ditimbuni salji. Kami pernah memandu dan memiliki beberapa buah Mercedes di rumah ini.
Dalam rumah inilah saya dengan segala susah payahnya menyiapkan thesis. Kadang-kadang berpuluh kali naik turun tangga hanya untuk membentuk setengah ayat. Aduh peritnya.
Friday, July 17, 2009
CACATAN HARI KE-4
Seperti hari-hari sebelumnya, saya tidak tidur semenjak pukul 12 tengah malam hinggalah selesai solat Subuh pada jam 3.30 pagi. Selepas Subuh saya menulis dan membaca. Jam 7 pagi mandi dan bersedia untuk sarapan pagi pada jam 7.30 pagi. Seperti pagi-pagi sebelumnya juga, sarapan hari ini juga adalah dua keping roti bakar yang dipotong empat. Mengikut menu harganya ialah UKP7.99 yang bersamaan dengan lebih kurang RM48 duit kita. Selesai bersarapan pada jam 8 pagi, aku berjalan longlai ke tempat kursus. Cuaca hari ini hujan renyai. Awan hitam pekat di langit. Suhunyaq entah berapa, sangat sejuk dirasakan walaupun ini adalah musim panas.
Perjalanan menyusur Bandar pada kali ini menemui bazaar pagi yang menjual pelbagai jenis barang. Bazar ini diadakan pada setiap hari Rabu. Masih terlalu awal untuk singgah dan membeli belah. Akhirnya tiba di Wilkinson dan singgah sebentar untuk membeli dua jenis krim Scholl bagi rawatan kaki dan ketuat.
Semalam penyelaras kursus berjanji untuk bertemu bagi membincangkan mengenai ekspektasi kursus. Sehingga ke petang batang hidungnya pun tidak kelihatan.
Hari ini tidak ada sebarang kelas diadakan. Pensyarah sudah bosan agaknya. Pagi-pagi lagi pensyarah perempuan mengadakan sesi team-building. Ia sungguh fun katanya. Sesi ini ialah berkenalan sesame peserta kursus. Tujuan perkenalan ini adalah untuk membina satu pangkalan data yang sama bagi setiap peserta. Entah di mana fun nya belum kutemui lagi.
Bagi memenuhkan masa, aku rakam gambar-gambar peserta kursus untk tatapan semua.
Jam 3 petang kelas sudah tamat. Pensyarah perempuan ini ingin pulang cepat kerana mahu packing kerana ingin pindah ke rumah baru. Isnin nanti baru dia aakan datang semula.
Perjalanan pulang ke hotel menyusuri jalan lain. Berjumpa dengan tiga buah kedai charity sederet. Tidak ada apa-apa yang menarik. Barangkali esok akan singgah lagi untuk membeli sepasang kot.
Cheers!
Sunday, July 12, 2009
UK; KL-AMSTERDAM
“Jika boleh, cuba elakkan mendarat di lapatnagnterbang Heathrow, London. Ia sangat sibuk. Imigresen di situ sangat tegas. Apatah lagi kamu dating sekeluarga dengan anak-anak kecil. Beg-beg kamu yang berisi bermacam-macam bekalan itu mungkin akan diperiksa 100% oleh pihak imigresen dan kastam”
Berdasarkan pesanan ini, saya meminta kepada pihak JPA supaya mencari penerbangan kami terus ke Leeds. Kerani bertugas di Bahagian Latihan JPA tidak banyak karenah. Kami diberikan tiket penerbangan Kuala Lumpur ke Amsterdam dan Amsterdam ke Leeds.
Penerbangan ini adalah merupakan perjalanan pertama kami sekeluarga ke luar negara. Hari Sabtu jam 8.30 pagi kami telah tiba di lapangan terbang untuk penerbangan jam 11.55 pagi. Di sana kami menemui Ahmad Hussin daripada SUK Johor sekeluarga dan Wan Roshidah daripada SUK Terengganu. Kesemua kami dalam penerbangan yang sama dan menuju ke destinasi yang serupa, iaitu Leeds.
Saya bertujuh, Ahmad berlima dan Cik Wan. 13 orang semuanya. Saya sendiri membawa barangan seberat 210kg. Ia itu maksima untuk 30kg seorang bagi penerbangan kelas bisnes.
Apa yang dibawa?. [bersambung]
Monday, July 06, 2009
CEKLIS KE LUAR NEGARA
TUGASAN pada kali ini telah mendapat notis beberapa bulan lebih awal. Sebelum ini ada kalanya notis hanya seminggu, malahan ada yang hanya sehari sahaja diberikan. Berdasarkan kepada logik akal, semua persiapan telah dibuat sebelum keberangkatan. Namun oleh kerana kealpaan diri, ia masih lagi dalam proses:-
1. Penginapan
Memandangkan musim panas sekarang, tempat penginapan dikatakan telah penuh semuanya. Apatah lagi bagi tempoh menginap yang lama. Saya akur sahajalah dengan saranan pihak penganjur. Wangpun telah dihantar sebagai bayaran 100%.
2. Pakaian.
Musim panas, tetapi suhunya adalah 19C. Lebih dingin berbanding musim hujan di Malaysia. Tidak memerlukan pakaian panas. Memadai dengan pakaian biasa sahaja dan sehelai jaket. Juga diperlukan suite untuk majlis penutupan. Sudah terima sepasang suite Piere Cardin dari Parkson tadi.
Pihak penganjur juga tidak memaklumkan (walaupun telah ditanya) akan etika berpakaian semasa berkursus. Belasah sahajalah dengan pakaian santai yang ada.
losyen dan lip gloss masih tetap diperlukan.
3. Makanan
Makan pagi disediakan oleh hotel. Pakan tengahari oleh penganjur. Soalnya: halal?.
Brahim, Maggi dan yang sewaktu dengannya perlu ikut serta.
4. Ubat
Panandol dan yang berkaitan dengannya
5. Duit
MAsih belum tukar lagi ke UKP
6. Bag
Telah disediakan oleh agen. Alamak, 5 pasang baju sudah penuh!. Tidak mengapalah, lima sudah cukup. Nanti kita claim dobi.
7. Passpot
Esok atau lusa akan diuruskan. Sibuk!!!
8. Peta.
Masih gagal dapatkan peta UK versi Garmin. Nampaknya terpaksa guna googlemap sahajalah, atau beli peta kertas.
9. London ke Worthing
bercadang untuk menaiki teksi walaupun mahal. Sebabnya jika naik 3 keretapipun, dapat penat sahaja, tuntutan sama sahaja.
10. Worthing Leeds
Masih belum buat keputusan untuk ke Leeds/Sheffields samada dengan keretapi, bas atau sewa kereta. Kemungkinan besar gunakan keretapi dan sampai di Sheffields jam 1 pagi.
11. Eropah?
???
12. Kajian kes
Masih belum difikirkan lagi.
13. Buku
Bercadang untuk habiskan sebuah novel dan sebuah travelog.
Bercadang untuk siapkan penulisan Travelog UK.
14. Selsema Babi
Sudah dapat suntikan pencegahan dan tadi telah terima mask dari hospital. Terima kasih!
15. APA LAGI EK?.
1. Penginapan
Memandangkan musim panas sekarang, tempat penginapan dikatakan telah penuh semuanya. Apatah lagi bagi tempoh menginap yang lama. Saya akur sahajalah dengan saranan pihak penganjur. Wangpun telah dihantar sebagai bayaran 100%.
2. Pakaian.
Musim panas, tetapi suhunya adalah 19C. Lebih dingin berbanding musim hujan di Malaysia. Tidak memerlukan pakaian panas. Memadai dengan pakaian biasa sahaja dan sehelai jaket. Juga diperlukan suite untuk majlis penutupan. Sudah terima sepasang suite Piere Cardin dari Parkson tadi.
Pihak penganjur juga tidak memaklumkan (walaupun telah ditanya) akan etika berpakaian semasa berkursus. Belasah sahajalah dengan pakaian santai yang ada.
losyen dan lip gloss masih tetap diperlukan.
3. Makanan
Makan pagi disediakan oleh hotel. Pakan tengahari oleh penganjur. Soalnya: halal?.
Brahim, Maggi dan yang sewaktu dengannya perlu ikut serta.
4. Ubat
Panandol dan yang berkaitan dengannya
5. Duit
MAsih belum tukar lagi ke UKP
6. Bag
Telah disediakan oleh agen. Alamak, 5 pasang baju sudah penuh!. Tidak mengapalah, lima sudah cukup. Nanti kita claim dobi.
7. Passpot
Esok atau lusa akan diuruskan. Sibuk!!!
8. Peta.
Masih gagal dapatkan peta UK versi Garmin. Nampaknya terpaksa guna googlemap sahajalah, atau beli peta kertas.
9. London ke Worthing
bercadang untuk menaiki teksi walaupun mahal. Sebabnya jika naik 3 keretapipun, dapat penat sahaja, tuntutan sama sahaja.
10. Worthing Leeds
Masih belum buat keputusan untuk ke Leeds/Sheffields samada dengan keretapi, bas atau sewa kereta. Kemungkinan besar gunakan keretapi dan sampai di Sheffields jam 1 pagi.
11. Eropah?
???
12. Kajian kes
Masih belum difikirkan lagi.
13. Buku
Bercadang untuk habiskan sebuah novel dan sebuah travelog.
Bercadang untuk siapkan penulisan Travelog UK.
14. Selsema Babi
Sudah dapat suntikan pencegahan dan tadi telah terima mask dari hospital. Terima kasih!
15. APA LAGI EK?.
Saturday, July 04, 2009
SABTU TERAKHIR
HARI ini adalah merupakan Sabtu terakhir dalam siri Travelog UK saya. Sabtu lagi satu saya akan terbang ke UK sekiranya semuanya berjalan lancar.
Tiket penerbangan sudah lama di tangan. Beg sudah dihantar oleh agen penerbangan. Yuran pengajian sudah dibayar oleh penaja. Hotel penginapan telah ditempah dan bayaran penuh telah dibuat. Apa lagi yang bakal menghalang?. H1N1. Beberapa kementerian telah membatalkan semua program ke luar negara. Jika saya dikenakan sekatan tersebut, saya akur.
Sebenarnya masih banyak lagi persiapan yang belum saya buat. Paspot masih belum diperbaharui. Mungkin esok (Ahad) ataupun paling lewat Isnin. Nasib baik visa tidak diperlukan. Melihat-lihat suhu di sana, hmmmm 19C. Sejuk jugalah, walaupun dalam musim panas sekarang. Ramalan cuaca dan waktu sembahyang telah dimuat turun.
Sesampainya di London, belum pasti lagi mod pengangkutan untuk ke Worthing. Teksi, bas atau keretapi. Barangkali nak teksi sahaja, walaupun mahal pendahulaun diri mesti dihabiskan juga. Telah meminta penganjur di sana uruskan pengangkutan, tetapi belum mendapat maklumbalas.
Aktiviti hujung minggu nanti ialah untuk ke Leeds dan Sheffields. Beratus batu ke utara. Mod pengangkutan yang ada ialah bas (UKP50), keretapi (UKP100) atau sewa kereta (UKP50 sehari). Kemungkinan besar naik keretapi dan akan tiba di Sheffield atau Leeds jam 1am. Masa inilah kita perlu susahkan kawan di sana. Harap-harap Manan dapat menunggu seawal jam 1am Sabtu itu. Program hujung minggu ialah ke Leeds untuk bertemu kisal silam.
Pakaian yang sesuai, bekalan makanan dan banyak lagi masih belum disediakan. OK ya .... saya hendak ke kedai mencari dua helai seluar.
Jumpa lagi!.
Tiket penerbangan sudah lama di tangan. Beg sudah dihantar oleh agen penerbangan. Yuran pengajian sudah dibayar oleh penaja. Hotel penginapan telah ditempah dan bayaran penuh telah dibuat. Apa lagi yang bakal menghalang?. H1N1. Beberapa kementerian telah membatalkan semua program ke luar negara. Jika saya dikenakan sekatan tersebut, saya akur.
Sebenarnya masih banyak lagi persiapan yang belum saya buat. Paspot masih belum diperbaharui. Mungkin esok (Ahad) ataupun paling lewat Isnin. Nasib baik visa tidak diperlukan. Melihat-lihat suhu di sana, hmmmm 19C. Sejuk jugalah, walaupun dalam musim panas sekarang. Ramalan cuaca dan waktu sembahyang telah dimuat turun.
Sesampainya di London, belum pasti lagi mod pengangkutan untuk ke Worthing. Teksi, bas atau keretapi. Barangkali nak teksi sahaja, walaupun mahal pendahulaun diri mesti dihabiskan juga. Telah meminta penganjur di sana uruskan pengangkutan, tetapi belum mendapat maklumbalas.
Aktiviti hujung minggu nanti ialah untuk ke Leeds dan Sheffields. Beratus batu ke utara. Mod pengangkutan yang ada ialah bas (UKP50), keretapi (UKP100) atau sewa kereta (UKP50 sehari). Kemungkinan besar naik keretapi dan akan tiba di Sheffield atau Leeds jam 1am. Masa inilah kita perlu susahkan kawan di sana. Harap-harap Manan dapat menunggu seawal jam 1am Sabtu itu. Program hujung minggu ialah ke Leeds untuk bertemu kisal silam.
Pakaian yang sesuai, bekalan makanan dan banyak lagi masih belum disediakan. OK ya .... saya hendak ke kedai mencari dua helai seluar.
Jumpa lagi!.
Monday, June 15, 2009
TRAVELOG UK

SAYA suka berangan-angan sambil berharap. Saya pernah berangan-angan supaya dihantar ke UK. Tujuan saya ialah untuk melihat semula rumah sewa lama saya di Easterly Avenue, Leeds. Saya ingin temui Uncle Sim yang menjadi salah satu watak dalam novel Mahligai Cinta. Saya ingin melihat sekolah anak-anak saya di Oakwood. Saya juga sudah tentunya ingin ke universiti saya Leeds Metropolitan University yang kini khabarnya telah menjadi Carnegie Melon University. Saya ingin temui jiran saya En. Moris bersama anjingnya Morisson. Saya ingin melihat semula kemeriahan car boot sale. Saya ingin melihat semula kehidupan di UK dan saya akan menyiapkan buku sata Travelog UK.
Angan-angan saya disertakan dengan sedikit usaha tanpa lobi. Saya serahkan sekeping perspektif seminar dan menulis catatan "Tuan, seminar ini sangat bagus. Elok kita hantar wakil". Maka dihantarnya wakil dan dia ialah staf saya. Tidak ada rezeki.
Bulan lepas saya menerima sekeping surat mencalonkan saya untuk ke Worthing, UK. Itulah pertama kali saya mendengar "worthing". Dipendekkan cerita, semua urusan telah dibereskan. Yuran kursus berharga UKP3,500 telah dibayar oleh penaja. Tiket bernilai RM18k telah berada di atas meja. Bayaran hotel bernilai RM4k telah diuruskan sendiri. Perancangan lawatan telah diatur untuk ke Leeds dan Sheffields di hujung minggu. Kini hanya H1N1 sahaja lagi yang mungkin menjadi penghalang.
Sekiranya semua perkara berjalan lancar, saya akan siapkan buku Travelog UK di UK juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)