Labels

Saturday, December 09, 2017

PASAR BUKU BANGI (PABUBA)

HARI ini kami semua seisi pejabat sertai PABUBA. Sebenarnya penganjur telah hubungi kami supaya buat aktiviti di PABUBA ini. Mula-mula saya terfikir untuk bawa Uneh, Raja Pensil Warna. Lepas itu dia sudah ada komitmen lain, maka saya tukar pelan. Beri cadangan Blind Date With A Book kepada penganjur. Mereka setuju dan sanggup dermakan 200 buku bagi tujuan tersebut. Kami caj RM1 untuk seorang peserta untuk maksima 200 penyertaan. Selepas itu eSastera pula bersetuju untyuk sumbangkan beberapa lagu dari GLP (Grup Lagu Puisi).

Beberapa hari jugalah kami buat persediaan. Budak-budaj intern kat sini semua boleh diharap. Beri arahan ringkaskan mereka boleh buat. Hendak seribu daya kan!. Mereka balut buku, buat poster, sediakan hadiah, bahagi-bahagi tugas dan lain-lain lagilah.

Bila tiba masa nak pergi, Hmmmm kereta Dayah meragam. Jadi 6 orang kena naik satu kereta. Macamana ekk?. Jika jauh naya juga,  nasib baik Kajang-Bangi itu berjiran. Dengan tidak semena-mena Azreen tawarkan diri untuk duduk belakang. "Sebenarnya saya suka duduk belakang". Memang powerlah anak askar ni. Adik askar juga dan anggota wata (wataniah) juga. Power !.

Tiba di PABUBA, En. Halim sudah ada di sana. Penjual tidak berapa ramai hari ini. Sebelah atas agak ramai juga di pesta buku lelong. Intern dibantu boleh Faiz siapakan meja jualan, susun buku dan apa-apa kerja yang patut. Selepas itu pakai maskot untuk menarik pengunjung. Is juga tiba untuk menjayakan Blind Date.

Penjual tidak banyak. Pengunjung tidak ramai, maka Blind Date juga tidak dapat sambutan seperti mana persediaan yang dibuat. Penulis yang janji nak datang ambil buku sendiripun tidak muncul. Hijas dari GLP menyanyikan tiga buah lagu puisi. Bagus suaranya. Selepas Hijas selesai menyanyi, kerusi-kerusi disusun untuk forum pula. Hajatnya selepas berakhir forum, hendak diteruskan dengan Blind Date pula. Walau bagaimanapun sampai ke sudah, forum tidak ada. Sebenarnya ia dibuat di atas. Maka kami teruskan Blind Date di bawah. Adalah satu famili yang ambil bahagian.

Jikalah (saya rezabkan yang inilah).

maskot

intern semua






Poster-poster yang kami buat dan war-war kan

"Ini adalah sebahagian daripada buku yg akan diberikan dengan bayaran hanya RM1 sahaja. Hanya pada 9 Disember 2017 (Sabtu). Cara nya? Pergi ke Pasar Buku Bangi (PABUBA). Dari jam 10-11am, MBC akan adakah aktiviti Blind Date With A Book. Dengan bayaran RM1, peserta akan dapat buku2 ini secara PERCUMA. Terhad 200 peserta pertama.

Blind Date ini sesuai untuk seisi keluarga. Kami akan pilih buku yg bersesuaian dengan usia peserta."

Hijas dari GLP sedang menyanyi

En. halim tekun di MBC




Thursday, December 07, 2017

BLOK KEMBALI


KINI hampir setiap hari saya baca blog. Sebabnya empat (4) intern di bawah seliaan saya akan tulis apa yang mereka rasa, apa yang mereka mahu, apa yang mereka harap dalam blog mereka. Sekurang-kurangnya mereka dokumenkan apa yabg mereka buat. Apa yang mereka ingin buat. Apa yang mereka harapkan, tapi tidak buat. Tidak sempat atau tidak tahu nak buat.



AZREEN  AKU BUDAK INTERN

Reen sudah diperkenalkan dengan blog sejak hari pertama sertai Tomodachi & MBC. IA itu pada 23 Oktober 2017. Dia menulis blog mengikut kerja dan peristiwa harian. Day 0 hingga sekarang. Pendek-pendek dan ringkas serta straight to the point.

AIN - HIDUP DITOMODACHI SEBAGAI BUDAH PRAKTIKAL

Ain menulis agak panjang, tetapi menarik. Tulisannya mengikut tajuk. HAnya dia yang tahu apa tajuk yang bakal ditulisnya

ATUL - LITTLEDREAM TOMODACHI

Tulisan Atul juga menarik. banyak perkara baru. Banyak cerita menarik yang diceritakan.

DAYAH - PENGALAMAN DI MOBILEBOOKCAFE

Tulisan Dayah sederhana panjang. Agak sukar sikit nak baca bila dia guna latarbelakang hitam.



Thursday, September 14, 2017

PENGALAMAN PERTAMA PERNIAGAAN KERETA SEWA

[Semasa entri ini ditulis, saya masih menunggu kereta sewa dipulangkan oleh penyewa]

Saya telah mengenali jutawan sewa kereta, Tuan Wahi Abd Rashid di internat sudah agak lama. Saya follow beliau di alam maya. Minat untuk menyertai bisnes kereta sewa ini memang ada, namun sekadar minat dan tidak disertakan dengan usaha.

Langkah pertama yang saya ambil ialah memajak dua buah Produa Axia kepada tuan Wahi melalui Green Matrix Car Rental. Mula-mula saya berminat untuk memajak Mercedes, namun prosesnya agak lambat. Maka Axia menjadi ganti.

Langkah kedua ialah hadir ke kelas coaching car rental yang diadakan oleh tuan Wahi diKota Warisan (KW). Dari sesi coaching tersebut, maka wujudlah:



http://www.greenmatrixcarrental.com/kajangsentral
http://www.greenmatrixcarrental.com/kajangsentral
http://www.greenmatrixcarrental.com/kajangsentral







Walau bagaimanapun, kami (saya dan anak-anak) masih belum membeli kereta lagi. Ingin lihat market terlebih dahulu.

Akhirnya ada orang tempah kereta Axia dalam talian menggunakan link di atas. Mengikut SOP, saya ada masa 24 jam untuk terima atau tolak tempahan. Saya hubungi Rakan Niaga (RN) yang hadir coaching, tetapi belum ada tempahan. Beliau sedia bekalkan kereta. Maka tempahan tersebut disahkan dan bakal penyewa buat bayaran secara online. Confirm.

Pada hari yang dijanjikan, RN hantar Axia. Kemudian penyewa datang untuk ambil kereta. Saya terangkan lebih kurang Do & Don't mana-mana yang teringat dan lepaskan Axia bersama penyewa. Selepas empat (4) hari, tunggu punya tunggu punya tunggu ... suspen!.

Dalam kepala terfikir:-
- Apa akan jadi jika kereta kemalangan
- Apa nak buat jika kereta hilang dan tidak dipulangkan
- Macam-macam lagi.

Macam-macam cerita daripada otai sewa kereta sudah didengari mengenai perangai penyewa. Fikir punya fikir punya fikir .... bisnes sekarang (jual buku) jauh lebih kecil risiko dan modalnya berbanding dengan sewa kereta. Macam-macam fikir.

Akhirnya, saya telafon penyewa. Nasib baik berangkat !. Beliau dalam perjalanan untuk hantar kereta. Alhamdulillah. Kereta selamat dihantar dalam keadaan sempurna.


Mahu tempah kereta?.

http://www.greenmatrixcarrental.com/bookingboxAf.php/?afID=1685
http://www.greenmatrixcarrental.com/bookingboxAf.php/?afID=1685
http://www.greenmatrixcarrental.com/bookingboxAf.php/?afID=1685



Selepas itu saya hantar Axia kepada RN dan tamatlah satu cycle sewaan.  Selepas ini ada beberapa lagi job menunggu. Maknanya sudah boleh beli kereta kan!.


Jemput Like FB Page kami ya...

https://www.facebook.com/GMkajangsentral/
https://www.facebook.com/GMkajangsentral/
https://www.facebook.com/GMkajangsentral/


Sunday, September 10, 2017

GREENMATRIX CARRENTAL KAJANG SENTRAL

HARI ini adalah hari bersejarah bagi http://GreenMatrixCarRental/KajangSentral
Ia itu syarikat Sewa Kereta yang kami akan-beranak usahakan.

Bermula 5 Ogos 2017 yang lepas, hari ini kami akan deliver kereta pertama untuk penyewa pertama


Mohon LIKE Page facebookkami di: https://www.facebook.com/GMkajangsentral/

Jika mahu buat tempahan, boleh sahaja gunakan URL ini:-

http://www.greenmatrixcarrental.com/kajangsentral
http://www.greenmatrixcarrental.com/kajangsentral
http://www.greenmatrixcarrental.com/kajangsentral


atau jika mahu banyak lagi pilihan kereta boleh ke:-

http://www.greenmatrixcarrental.com/bookingboxAf.php/?afID=1685
http://www.greenmatrixcarrental.com/bookingboxAf.php/?afID=1685
http://www.greenmatrixcarrental.com/bookingboxAf.php/?afID=1685




P.s Nanti saya kemaskini ya...

Sunday, August 06, 2017

BENGKEL MENULIS SELEPAS UPSR & PT3

SELEPAS peperiksaan UPSR dan PT3 nanti, MobileBookCafe (MBC) akan mengadakan bengkel menulis buku untuk pelajar-pelajar yang baru selesai peperiksaan UPSR dan PT3 ini. Kami sediakan pakej yang berbeza:-

1. UPSR - Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak
2.PTS - Menuylis Memoir

Hasil karya murid-murid ini akan kami bukukan dan terbitkan untuk pasaran MBC di seluruh Malaysia.

Guru-guru yang berminat bolehlah kumpulkan pelajar dan berikan tarikh untuk kami datang ke sekolah cikgu-cikgu untuk mengadakan bengkel tersebut.

Bayaran hanya RM10 seorang pelajar dan minima 40 peserta.

Jika minat boleh whatsapp: 019.3887659

Terima kasih!.

Saturday, July 01, 2017

JANJI JUMA

JANJI JUMA ialah sebuah novel remaja hasil karya Ana Balqis. Novel ini diterbitkan oleh Tomodachi Sdn Bhd. Ia itu syarikat yang memiliki kedai buku bergerak yang pertama di Malaysia, MobileBookCafe.

Juma Arni anak tunggal. Bijak dan rajin. Namun, gadis 11 tahun ini agak manja tetapi patuh kepada orang tua. Tidak mahu bersendirian di rumah dan asyik dengan gajet-gajet moden, ayah dan ibunya sepakat menghantar Juma ke kem musim cuti.

Pada mulanya, Juma berdalih macam-macam untuk tidak ke kem Nek Imah. Pacat, nyamuk dan unggas itulah alasanya tetapi setelah dipujuk, Juma mengikut.

Di kem Nek Imah, Juma menjadi pelajar popular. Dia menang beberapa pertandingan menyebabkan ramai yang cemburu kepadanya termasuk beberapa orang peserta lelaki.

Suatu hari, Juma telah dikhianati. Siapa yang mengkhianati Juma? Mengapa Juma dikhianati? Adakah disebabkan dikhianati  itu Juma terpaksa berjanji? Dengan Juma berjanji? Dan, apakah janji Juma?


Janji Juma


Thursday, June 29, 2017

ADIK-BERADIK



INI adalah adik-beradik lelaki saya. Saya yang sulung. Fauzi yang keempat. Ruzllan kelima, Ruzitam keenam dan Azemi ketujuh. Dua lagi adik-beradik perempuan tiada semasa foto dirakam. Mereka beraya di rumah suami masing-masing.

INI adalah Rosnani. Adik selepas saya. Sementara Fatimah, selepas Rosnani tidak ada dalam foto. Terlupa rakam foto walaupun kami semua ke rumah beliau pada Raya kedua untuk makan nasi dagang.

Sunday, May 07, 2017

ORIGAMI



TANPA dirancang, saya masuk ke bengkel orogami yang didakan di Sofa Putih ITBM sempena PBAKL 2017 tadi.

Sebenarnya secara tanpa sedar juga, saya telah terlibat dengan origami lebih 50 tahun yang lalu. Ketika zaman kanak-kanak seni lipat-melipat kertas ini sudah menjadi lumrah. Lipatan kegemaran budak lelaki ialah kapalterbang atau jet dan juga sampan atau kapal layar.

Jumpa sahaja kertas, kita lipat-lipat jadi jet pejuang dan terus menerbangkannya. Jet yang kami buat siap dengan penerbangan aerobatik lagi, sebelum mendarat dengan sempurna. Pemenang dikira berdasarkan kecantikan aerobatik dan jauh jarak penerbangan yang sempurna. Jika jet itu mendarat tidak sempurna seperti terbalik atau tersangkut di atas pokok, ia dikira crashed.

Kapal laut pula kami uji pada air seperti parit, longkang ataupun dalam besen. Ia mesti boleh belayar dengan sempurna dan tidak karam dirempuh gelombang.

Kadangkala jet kami ditambah ekor dan sayap yang menjadikannya sebuah kapalterbang. Untuk memastikan jet kami laju, kami potong bahagian tertentu supaya lipatannya lebih kemas dan badannya lebih ringan. Bakat jurutera penerbangan sudah terserlah semenjak kecil lagi.

Pada masa ini, hanya MBC Perak yang mempopularkan origami di sekolah-sekolah. Selepas ini, MBC Sentral dan Terengganu pula akan mengikut jejak langkah MBC Perak. Berdasarkan beberapa buah buku origami saya saya temui, tidak ada teknik membuat jet atau kapal layar seperti mana yang kami buat puluhan tahun lalu. Barangkali saya perlu mendokumenkannya supaya terperlihara.



* Foto dari FB Lynn Rahman.


Sunday, February 12, 2017

KENDURI KAHWIN ANAK KE-2 DAN KE-3

SEMALAM, selesai sudah majlis kenduri kesyukuran perkahwinan anakanda Syazwan dan pasangannya Intan serta Syakir dan pasangannya Atikah. Dua pasang mempelai kita langsungkan dalam satu majlis. Jima masa, jimat belanja dan berkongsi rasa.

Syukur kerana majlis telah sempurna dan sebahagian besar jemputan telah dapat hadir. Ini termasuklah kawan-kawan lama sekelas, sama sekolah, sama universiti dan sama-sama mengembara ke Eropah. Tidak lupa kepada sahabat handai dan sanak saudara.

Rakan Penulis - MBC

Geng berkemah di Eropah

Geng PTM Pencen

UKM mates

Vendor

Set Bos-bos PTM

Leeds United. We're graduated from Leeds Metro Univ

Cheers!

Rakan sekelas/setingkatan SPM 1976 @Terengganu 

friends.