Labels

Friday, December 31, 2004

TAWAR MENAWAR




kebaya batik
merah kuning dan biru
pitis beribu


SEMASA menemani isteri membeli belah di Pasar Kedai Payang, teringat saya kepada cikgu Colin. Apa tidaknya, sebagai orang Melayu di negara sendiri dan bercakap dalam sleng tempatanpun masih terasa diri tertipu apabila membeli. Baju batik serupa yang dibeli setelah jenuh ditawar rupa-rupanya diletakkan harga yang jauh lebih murah di kedai sebelah. itupun ia bukanlah harga mati dan masih boleh ditawar.

Kembali kepada cikgu Colin, beliau berasal dari USA dan mengajar subjek biologi di Sekolah Menengah Sains, Gong Badak, Kuala Terengganu. (Sekarang SESMA - Sekolah Sains Sultan Mahmud). Pada masa itu, di tahun 70an gula dijual kati dan beras disukat cupak dan gantang. Cikgu Colin rasa dirinya sentiasa ditipu apabila membeli apa sahaja termasuk bahan-bahan dapur begini. Kami murid-muridnya menyuruhnya menawar bagi setiap barang yang ingin dibelinya. Buat-buat tak mahu dan keluar dari kedai itu jika pekedai tidak memberikan harga yang ditawar. Kesian kat cikgu Colin, yang terpaksa menjadi sukarelawan dan mengajar kami kerana beliau enggan menjadi tentera kerahan tenaga di Vietnam. Usaha beliau menawar tidak pernah berhasil. "Saya orang putih, orang Melayu benci sama orang putih, mereka suka tipu orang putih. Tapi tipu ini berdosa, nanti boleh masuk neraka". Itulah antara kata-katanya yang masih saya ingat. Pada masa itu kami cuma gelakkan dia sahaja. Masakan orang Islam yang sembahyang boleh masuk neraka kerana tipu orang kafir yang tidak sembahyang. Itulah pegangan kami budak-budak. Namun perbuatan 'tipu' dalam jual beli ini begitu menjadi-jadi. Ia telah sebati dengan peniaga. Walau bagaimanapun peniaga Melayu cukup takut untuk menipu sukatan dan timbangan. Barangkali kerana terdapat ayat dalam kitab yang secara terang melarangnya.

Begitu juga halnya dengan peniaga Arab di Mekah. Walaupun kebanyakan mereka boleh berbahasa Melayu, namun harga yang ditawar dalam bahasa Arab adalah lebih murah dari harga yang ditawar dalam bahasa Melayu.

Adakah menjual harga berbeza kepada orang yang berlainan ini tidak dinamakan menipu?. Aku menjual, jika dia mahu beli, kita adakan aqad dan sahlah jual beli itu. Apa pulak dosanya?. Dari sudut lain pula, ada kalanya pembeli terpaksa membeli kerana ia suatu keperluan, suatu kewajipan. Jika barang keperluanpun boleh dijual dengan harga yang berbeza-beza mengikut kasta, bahasa adakah ia bukannya menipu?. Bukankah peniaga yang "jujur" adalah bakal penghuni syurga?. Jika dijual berbeza harga kerana pembeli lebih pandai menawar, mungkin ada juga munasabahnya. Wallahualam.

- dari Treo600.

Thursday, December 30, 2004

MASIH BERCUTI

MASIH bercuti.
Hanya boleh menghantar entri tanpa boleh membacanya.

Hujan renyai-renyai
Matahari masih segan menunjukkan diri
Langit mendung
Awan kelabu
Tsunami masih bersisa.

dari Treo600



Tuesday, December 28, 2004

CUTI DILULUSKAN

SAYA sedang bercuti di Terengganu. Sedang berada di Kedai Payang. Sambil lihat-lihat kain batik. Nampaknya harga sehelai baju batik di sini sudah menjangkau ratusan ringgit. Jika bawa RM100 rasanya akan pulang dengan tangan kosong sahaja.

Batik Terengganu @ Malaysia sudah naik harga sebab banyak permintaan. Setipa Sabtu kerja. Batik Malaysia juga mahal kerana material yang diimport, iaitu kainnya.

Batik Malaysia juga mahal kerana designnya telah berubah. Jika kita baju batik Indonesia, sejak azali lagi materialnya dan designnya sama sahaja. Harga juga tidak banyak berubah. Ia adalah identiti batik Indonesia.

Kini di sini muncul pula batik Siam. Design menarik dan harganya amat murah. Begitu juga dengan songket Siam.

MBA pulang dengan 4 helai batik RM100 :-)

Monday, December 27, 2004

WEBLOG: PENULIS JUGA ADALAH PEMBACA

MBA - Suara Hati

DALAM menulis blog, saya juga adalah pembaca setia blog, terutamanya blog kawan-kawan, samada yang dikenali ataupun tidak dikenali. Sebagai pembaca, kadang kala saya merasa kecewa apabila semasa saya mempunyai kelapangan untuk membaca, blog yang dicapai masih belum dikemaskini. Bila saya sibuk pula, beberapa siri entri baru telah dimasukkan. Sebagai penulis pula, saya menulis bila saya ada masa, bila saya ada bahan. Tidak kiralah bila berkelapangan itu waktu malam, dinihari, pagi mahupun petang. Ini sudah tentu tidak bertepatan pula dengan masa lapang pembaca. Saya rasa perkara ini adalah menjadi lumrah bagi weblog.

Sehubungan dengan itu saya fikir, sesuatu alternatif lain perlu dicari untuk mendekatkan di antara penulis dan pembaca. Tidak semua pembaca mempunyai kelapangan semasa kelapangan penulis. Ada pembaca yang hanya mempunyai kelapangan di rumah sahaja. Ada yang hanya mempunyai kemudahan internet di pejabat sahaja. Ada pembaca yang kerap ke luar stesen dan tidak mempunyai kemudahan internet. Ada juga pembaca yang kemudahan internetnya terhad dan akses foto yang besar adalah membebankan.

Kemungkinan besar kemudahan PDA atau handphone boleh dijadikan satu alternatif untuk menghantarkan maklumat mengenai blog. Siapa tahu?. Sekarang sudah ada teknologi XML dan RSS yang membolehkan maklumat dihantar terus kepada pembaca. Beberapa pembaca bertaraf sifu seperti MD mungkin boleh membantu...

Buat sementara waktu, anda yang mempunyai laman atau blog sendiri boleh membuat link kepada laman saya untuk menentukan samada saya sudah mengemaskini blog ataupun kandungannya masih lagi yang lama. Link akan muncul seperti banner di atas.

Kod yang perlu dimasukkan adalah seperti berikut [sila gantikan ( dengan < dan ) dengan > :-

(a href="http://mba2u.blogspot.com")(img src="http://feeds.feedburner.com/mba2u.gif" height="67" width="200" style="border:0" alt="MBA - Suara Hati"/)(/a)

Sunday, December 26, 2004

KEDAI MAMAK


HARI Ahad begini, ramai di kalangan kita bermalas-malas untuk bangun pagi. Apatah lagi untuk joging dan beriadah. Untuk ke dapur membuat sarapan juga terasakan liat. Jalan ringkas ialah bersarapan di kedai mamak.

Kedai mamak ni sudah wujud di negara kita semenjak puluhan tahun dulu, mungkin sebelum merdeka lagi. Kewujudan kedai mamak bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Operasi kedai mamak biasanya sama sahaja (seperti yang [pernah didengari). Arwah ayah saya dulu kata, mamak tidak pernah basuh kuali/periuk gulai mereka dari hari pertama berniaga hinggalah ia bangkrap (teramat jarang kedai mamak yang tutup kerana bangkrap). Kuah gulai asyik ditambah dari hari ke hari yang menjadikannya semakin laris. Tadak basuh ma!. Ini cerita ayah saya puluhan tahun lalu.

Kini (dan selamanya?) pelbagai cerita boleh didengar fasal kedai mamak. Ada yang kata jumpa seluar dalam dalam kawah, ada yang kata ada najis manusia dalam kari ada yang kata alahai... macam-macam ada. Ada juga mandram dok pusing-pusing nak melariskan kedai.

Kalaulah benar semua (atau sebahagian) cerita-cerita ini, alahai serammmmmm dan tobat tak nak ke kedai mamak lagi.

Anda ada pengalaman kedai mamak?

Saturday, December 25, 2004

ATAS KRISMAS BAWAH RAYA: APAKAH DIA?



PAGI ini kami mengadakan kelas masakan Jepun. Kelas diselenggarakan oleh isteri pegawai-pegawai JICA dalam bahasa Jepun dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh penterjemah. Begitu meriah, begitu gumbira, begitu menyelerakan.

Cuma sambil makan-makan hasil masakan dan demonstrasi tersebut, timbul satu teka-teki. "Atas Krismas, bawah Raya" Apakah dia?. Foto di atas adalah jawapannya :-)

Foto-foto lain boleh dilihat di jica fotopages

Friday, December 24, 2004

AKU VERSI ENGLISH, JAWA & BELANDA



Versi English
If my time should come
I'd like no one to entice me
Not even you

No need for those sobs and cries

I am but a wild animal
Cut from its kind

Though bullets should pierce my skin
I shall still strike and march forth

Wounds and poison shall I take aflee
Aflee
'Til the pain and pang should dissapear

And I should care even less

I want to live for another thousand years

(vert. Urip Hudiono

Versi Jawa:
angger sampe wayahe
nyong mok wong siji pun taren
riko yo ojo
orak payah getar getor
aku ni carane koyo binatang
seko kumpulanne sing keguang
embok peluru nyisip kulitte
aku yo isek kenenag nendangi
ngasek mentu getih yo isek iso tak pelayoni
melayu
ngasek ilang perine
aku meneh orak gelem nyampur
aku arep idup sewu taun maneh
by mysery

Versi Belanda:
Als mijn tijd gekomen is
wil ik van niemand rouw
Ook niet van jou

Niks geen gesnik en gesnotter

Ik ben een eenling geworden
Uitgestoten uit de horde

Laat kogels mijn huid doorboren
Ik blijf tekeergaan en schoppen

Wonden en gif voer ik mee op mijn vlucht
Vlucht
Tot de schrijnende pijn zal verdwijnen

En ik zal er nog minder om geven

Ik wil nog duizend jaar leven

(vert.A. Teeuw
Uit: Ik wil nog duizend jaar leven
Uitgeverij Meulenhoff Amsterdam 1979)

Thursday, December 23, 2004

TUNJUK PUSAT: FESYEN BARU


SAYA tetarik dengan sebuah berita yang menyetakan Presiden Indonesia menyelar rakyatnya yang berpakaian tidak senonoh, Ia itu berpakaian dengan fesyen menunjukkan perut. Indonesia, sebagai sebuah negara Islam terbesar di dunia tidak sepatutnya mempunyai rakyat yang berperangai sedemikian. Banyak lagi kecantikan lain yang boleh diperagakan, ujar beliau. Beliau juga menyelar TV Republik itu yang banyak sekali menyiarkan program-program tidak senonoh, terutamanya yang menunjukkan kaum perempuan yang berfesyen menunjukkan perut ini...

Yang menariknya ialah, kita tidak pernah dengar pula teguran atau apa-apa ulasan daripada orang-orang besar kita, walaupun fesyen di Malaysia bukan lagi tujuk perut, malahan tunjuk pusat...

Wednesday, December 22, 2004

PUTUS TUNANG: WAJAR SAMAN?




cincin di jari
SMS di telefon
pemutus tunang

BERITA yang jarang-jarang kita dengar, tetapi agak hangat pada masa ini ialah mengenai seorang bakal pengantin perempuan duduk seorang di pelamin kerana tunangnya tidak hadir di majlis perkahwinan mereka. Pertunangan diputuskan hanya melalui SMS sahaja.

Berita begini jarang keluar, namun ia bukanlah jarang berlaku. Biasanya jika berlaku, pihak keluarga perempuan tak mahu heboh-heboh, takut malu. Mereka sanggup tanggung derita berbanding dengan tanggung malu. Namun apa yang terjadi di selatan tanah air ini, berita disiarkan secara meluas sekali. Alang-alang dah tanggung rugi kerana kenduri tetap berjalan, apa salahnya diberitakan sekali. Seluruh dunia boleh akses berita ini.

Apa yang lebih hebat lagi ialah pihak pengantin perempuan menyaman pula bekas tunangnya. Mungkin ini adalah kes yang pertama di Malaya...

Saya pernah pergi meminang bagi pihak adik saya. Pihak keluarga perempuan siapkan 'perjanjian' lagi. Ia itu jika pihak lelaki mungkir, begini-begini. Jika pihak perempuan mungkin begini-begini. Bila syarat-syarat ini dipersetujui, maka termeterailah pertunangan tersebut, walaupun kontraknya tidak perlu ditandatangani, Namun ia disaksikan oleh ramai orang. Begitulah lebih kurang adat atau hukum dalam bertunang...

Dalam kes di atas, pihak keluarga lelaki agak terkejut kerana keluarga perempuan telah memfailkan saman walaupun mereka (keluarga perempuan) telah menghantar rombongan memohon maaf. Adakah wajar maaf dan saman?.

Saya rasa ia adalah patut sekali. Maaf perkara lain dan saman perkara yang berasingan. Jika tiada maaf bagimu lagilah parah...






Tuesday, December 21, 2004

KUALA KANGSAR



masjid tersergam
lambang ugama rasmi
bandar di raja


PAGI-pagi tadi berlepas dari ofis ke Kuala Kangsar. Ada kerja sikit. Kembali semula lewat petang. Tak sempat nak buat entri. Terima sajalah serangkap haiku.

Monday, December 20, 2004

MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI, MENANG BERUNDING MARUAH TEGADAI



menang bertarung
bersorak hingga serak
kampung tergadai


CERITA dulu-dulu mengenai Pak Kadok memang dah ramai yang tahu. Ayamnya menang bersabung, bersorak sakan dia, namun kampungnya tergadai.

CERITA terbaru ialah mengenai Pak Andak. Dia ni memang pakar berunding. Apa-apa sahaja isu yang timbul, orang kampung akan memanggilnya untuk berunding. Pak Andak tinggal di kampung Pinang Sebatang yang kebanyakan penduduknya bekerja kontrak di sebuah kepulauan Rimau Pendek. Taukey negeri Pulau Rimau Pendek ini amat liat dan amat mahir menipu. Macam-macam helah dibuat yang menyebabkan bayaran gaji dan elaun pekerja dari kampung Pinang Sebatang ini tidak dibayar seadanya.

Maka Pak Andakpun dipanggil untuk menjadi juru runding mengenai kesusahan orang kampung tersebut. Dipendekkan cerita, dengan kebijaksanaan Pak Andak, taukey telah berjanji untuk melunaskan semua hutangnya. Maka bersorak gumbiralah sekelian penduduk Pinang Sebatang akan kehebatan Pak Andan ini.

Adapun syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak perunding ialah dengan membenarkan itik-itik dari pulau Rimau Pendek menyudu dan berkubang di kampung Pinang Sebatang. Ia telah dipersetujui oleh Pak Andak sebagai membalas budi baik taukey membayar hutangnya.

Pak Andak tahu tindakannya itu memang kurang cerdik, namun jika dia tidak bersetuju, maka tembelangnya selama ini keluar dengan amoi-amoi taukey akan didedahkan kepada penduduk Pinang Sebatang. Begitulah adanya.

Sunday, December 19, 2004

AKU - AMBE, KAWE, ME

Chiril Anwar

AKU biasanya adalah ganti diri pertama yang mungkin agak kasar sesetengah orang. Yang lebih lembut ialah saya. Namun aku lebih selesa diucap bagi kawan-kawan atau kenalan rapat. Selain dari itu, pelbagai sebutan yang membawa maksud aku. Di antaranya ialah ambe, ambo, kawe, cek, kita, orang dan sebagainya.

Oleh kerana ada di antara pembaca yang ingin tahu di antara AKU oleh Chiril Anwar dengan Ambew oleh POkku serta Kawe oleh Atok, di sini diperturunkan. Semoga lepas ni ada pula versi N.Sembilan, Kedah dan sebagainya:-


AKU

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

AMBE (versi Pokku )

Bile kene glerang ambe weh
Ambo takmboh sorrang pong takweh
Mung pong jangan jugok
Dok payoh nnangih eso'-eso'
Ambe ning menatang bujang
Kene tohok keluo kupolang
Bedil lah ambe dung dang dung dang
Ambe terajang maroh mmanjang
Ambe hungga gi wala saket ketet ketet
Hungga
Sapa dok rase sikit tuit
Ambe kohor dok cakna sikkit
Ambe nok iduk tokkat langit.


KAWE (Versi Atok )
Kalu tibo gleghae kawe
Kawe toksae sesapo takwel
Demo pong jangae
Toksoh jjeghik lah
Kawe menatae gedebe
Puok toksae d'oghe
Bala keno bede aco
Kawe teghuh ngamok beghona
Nnelah biso kawe ungga
Ungga
Sapa tok segho
Kawe koho meto
Kawe nok idok pah k'bilo-bilo


Sila-silakanlah berikan versi lain pulak,




Saturday, December 18, 2004

RUGI WOO

[gambar-gambar lain ada di sini]

MUZIUM NEGARA 17 Disember:

KAMI sampai ke dataran muzium jam lapan lebih dan di antara yang terawal. Namun penganjur majlis, sdr Sutung Umar R.S dan Dinsman memang dah lama bersedia dan pentas juga telah dilengkapkan dengan segala peralatan yang diperlukan. Di antara yang datang awal juga ialah Rudy Bluehikari dan Insyirah. Rudy pada malam tersebut mendeklamasikan sajak jepun dan terjemahan Melayunya. Kemudian ahli-ahli esastera.com yang lain seperti drirwan & cikgu Hasimah serta anaknya muslim4life tiba dengan membuka gerai jualan buku-buku esastera.com.

Ucapan alu-aluan oleh Sutung dalam sajak memulakan acara dan diikuti dengan pelbagai persembahan. Seorang penyair dari Denmark mendeklamasi beberapa puisi, antaranya ialah aku binatang jalang oleh Chiril Anwar yang ditertjemahnya. Kalaulah pada malam itu ada Pakku Bustaman dengan Aku versi Terengganunya dan Atok dengan versi Kelantannya, rasa-rasanya pecah perut semua penontong dibuatnya. Hanya kalau…

Dr.Victor dari Rusia membaca puisi Rusia dan terjemahannya dalam bahasa Melayu serta puisi Melayu dan terjemahannya dalam bahasa Rusia dalam bentuk lagu. Ia cukup mengkagumkan. Penulis dari Tak Bai, sdr Nawawee juga tampil ke pentas dengan beberapa sajak dalam sajaknya. Pak Arisel dari Raub dengan sajen (sajak jenakanya). Pak Salleh (bekas setiausaha kepada Parlimen) dari Ipoh dengan sajak Muziumnya.

Dr. Wan Zawawi dengan geng-gengnya yang popular sedikit masa lalu muncul dengan beberapa buah lagu baru yang cukup menghiburkan. Dia mencari AMERIKA dan Amerika di mana-mana. Kemudian muncul sekumpulan pemuzik jalanan diketuai Maslina dengan muzik-muzik unik dan pelik mereka. Penyanyi lagu ouisi Sakura Salam dengan lagu puisinya Sakura juga amat menghiburkan.

Rasa-rasanya seramai 11 orang semuanya ahli esastera.com yang baik ke pentas dan selebihnya adalah jemputan dari teater alam.

Hmmmm….. rugi woo tak pergi. Mana mau cari pertunjukan percuma yang memang berbaloi begini?. Yang paling rugi ialah Tipah sebab dia miss pertunjukan dan juga the tarik istimewa!.




Friday, December 17, 2004

TELEFON BIMBIT



BERITA melaporkan bahawa pengguna telefon bimbit di Malaysia ialah 12.3 juta orang
4.1 juta orang adalah mereka yang berpendapatan rendah (kurang RM1000 sebulan).
Pengguna mengikut bangsa ialah Melayu (47.5%), Cina (32.4%), India (6.9%), Bumiputera Sabah/Sarawak (5.4%) dan lain-lain kaum (7.8%).

Kaum lelaki adalah 61.1% pemilik telefon bimbit berbanding wanita.
57.5% pengguna telefon bimbit tidak mempunyai telefon talian tetap.
Lebih 50% pengguna telefon bimbit adalah untuk membuat panggilan.

BIASANYA bagi anak-anak yang diberikan telefon pra-bayar, mereka hanya akan menggunakan telefon ini untuk menerima panggilan atau untuk SMS sahaja. Bagi membuat panggilan, biasanya telefon talian tetap di rumah akan digunakan. Ini bermakna dengan adanya telefon bimbit, bil telefon talian tetap tetap akan meningkat tinggi.

Thursday, December 16, 2004

ORANG NOMBOR SATU



SIAPAKAH orang (atau orang-orang) nombor satu?.
Di sekolah, orang nombor satu ialah murid yang paling pandai.
Dalam negara, orang nombor satu ialah kepala negara.
Dalam organisasi, orang nombor satu ialah orang yang paling berkuasa.

Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan plat kenderaan nombor satu. Bila saya tanya mengapa, dia memberitahu saya bahawa nombor satu atau angka satu digit bagi nombor plat sesebuah kenderaan mempunyai "kuasa". Jadi dia ingin membeli 'kuasa' tersebut. Katanya, andai kata kereta dia buat kesalahan kecil, seperti parking melebihi tempoh, atau laju sikit-sikit, gerenti tak kena saman punya katanya. Sebabnya yang nak menyamanpun tak mahu hidup susah. Umpamanya kena tarik balik saman dan seumpamanya sebab tuan punya kereta tersebut ada 'kuasa'. Jika kereta sahaja besar dan nombornya tidak hebat, tidak ada kuasa juga. Tapi, andai kata sebuah motor kapcai burukpun, jika memperagakan nombor satu, itu BESAR kuasanya. Mungkin orang itu tukang kebun istana ke, tukang pegang tobak kat istana ke, atau yang seumpama dengannya katanya.

Seorang lagi kawan berkata yang semua antara kita adalah orang nombor satu. Mungkin di jabatan, di bahagian, di unit dan jika tidakpun dalam rumah sendiri atau dalam bilik sendiri. Jadi semua orang ada kuasa.

Masuk akal juga fikir saya...

Wednesday, December 15, 2004

KUASA



Puas sudah ku tanam padi
Nenas juga dimakan orang
Puas sudah ku tanam budi
Emas juga dipandang orang


DI MANAKAH terletaknya kuasa?. Dulu-dulu pada kekuatan tubuh badan. Siapa yang kuat dialah yang berkuasa. Dulu-sikit pada harta kekayaan, siapa kaya dialah yang berkuasa. Dulu-kini pada pengetahuan, siapa cerdik, siapa pandai maka dialah yang ada kuasa. Pusing balik, pusing balik biasanya kuasa terletak kepada wang atau harta juga dan tidak lebih dari itu.

Saya teringat dengan sebuah dialog dengan seorang orang besar.

DIA: Saya tidak ada kuasa walaupun jadi orang nombor satu.

SAYA: bukankah jabatan anda paling berkuasa?

DIA: Itu jabatan, bukan saya.

SAYA: Orang nombor satu tidak ada kuasa di jabatan paling berkuasa, ke mana kuasa itu pergi?. Bila kuasa itu menjelma?

DIA: Saya lebih suka jadi orang berkuasa di jabatan yang tidak ada kuasa berbanding dengan orang yang tidak ada kuasa di jabatan paling berkuasa.

SAYA: Fening saya boss....

Tuesday, December 14, 2004

MUZIUM



SEBUT saja muzium, saya terbayangkan benda-benda lama, bahan-bahan pra-sejarah. Namun muzium tidak semestinya begitu. Tanggapan saya mengenai muzium berubah apabila kereta proton saga dipamerkan secara tetap di muzium negara. Kemudian di zaman Shahrom Yeop menjadi pengarah muzium, diadakan pameran tengkorak, pameran kucing malahan pameran hantu juga!. Terkini JICA mengadakan pameran foto bertemakan kerjasama antarabangsa.

Pada Jumaat 17 Disember ini, pihak Muzium Negara akan mengadakan majlis baca puisi. Jom kita datang ke Muzium Negara untuk dengar deklamasi sajak!. Saya bercadang nak datang juga...

Berikut adalah berita mengenai deklamasi puisi tersebut:-

eSastera.com Terajui Baca Puisi Muzium Negara

KUALA LUMPUR, 7 Disember : eSastera.com akan menerajui program Baca Puisi Muzium Negara pada Jumaat 17 Disember ini apabila ditawarkan untuk mengisi slot majlis berkenaan.

Baca Puisi Muzium Negara merupakan acara tetap bulanan yang dianjurkan oleh Grup Teater Elit dengan kerjasama Muzium Negara dan diadakan pada setiap Jumaat ketiga setiap bulan bertempat di perkarangan Muzium Negara.

Menurut pengasas laman berkenaan, Irwan Abu Bakar, eSastera.com akan mengisi slot pertama acara berkenaan yang dijangka memakan masa selama satu jam lebih dengan menampilkan beberapa orang penyair yang aktif di laman berkenaan. Antaranya Hashimah Harun, Dr. Victor Pogadev, Anip, Rudy Bluehikari, Airmas dan beberapa orang lagi. Mereka ini akan mendeklamasi sajak dan membuat persembahan lagu puisi.

Majlis berkenaan akan bermula pada jam 8.30 malam dan terbuka kepada orang ramai. (Laporan oleh Wartawan eSastera.com, Mohd Dahri Zakaria)

Jumpa anda di sana....

Monday, December 13, 2004

BANJIR


hujan menderu
bumi disimbah banjir
kemarau hati


[sekeping gambar menceritakan 1000 perkataan: gambar dari utusan]

Sunday, December 12, 2004

PENYANYI NOMBOR SATU


SEMALAM myJICA mengadakan mesyuarat EXCO sambil makan-makan ala rumah terbuka dengan staf baru@pelatih JICA yang baru tiba dari Jepun. Sambil makan, sambil berbual. Salah seorang dari pemuda Jepun ini bertanyakan tentang siapakah penyanyi Malaysia yang paling popular:

+ Siapa penyanyi Malaysia yang paling popular?
- Agak susah juga saya nak jawab. Tapi adakah Hikaru Utada penyanyi paling popular di Jepun?
+ Oh ya... anda tahu dia?. Muzik dia memang hebat, lain dari yang lain. Suatu pembaharuan. Jika ada peluang, belilah satu CD Utada dan anda akan faham apa yang saya maksudkan.
- Jika Hikaru Utada adalah penyanyi paling popular di Jepun, maka saya rasa Siti Nurhaliza adalah penyanyi paling popular di Malaysia.
+ Siti Nurhaliza?. Apa muzik dia? R&B? Jazz?
- POP
+ Ooo saya nak beli CD dia.
-Ya, saya rasa dia penyanyi paling popular di Malaysia. Tapi jika anda mahu penyanyi Malaysia paling popular di Jepun, mungkin Shiela Majid.
+ OK saya mahu penyanyi Malaysia paling popular di Malaysia.

Friday, December 10, 2004

SURAT KHABAR LAMA

Tujuh negeri `hampir muflis'
[PETIKAN SURAT KHABATR SEMALAM]


akhbar yang lama
berita sudah basi
masih berguna


KUALA LUMPUR 8 Dis. - Tujuh negeri dikategorikan sebagai `hampir muflis' dan memerlukan sokongan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan sama ada dalam bentuk pendahuluan ataupun penerimaan geran bagi melicinkan pengurusan negeri.

Negeri-negeri berkenaan ialah Johor yang ketika ini menanggung tunggakan bayaran balik pinjaman sebanyak RM512.24 juta, diikuti Kedah (RM491.83 juta); Pahang (RM312.29 juta); Kelantan (RM153.62 juta); Sabah (RM49.15 juta); Perlis (RM48.18 juta); Terengganu (RM190.77 juta) dan Negeri Sembilan (RM79.66 juta).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, maklumat itu diperoleh daripada Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2003 dan daripada laporan itu, jumlah tunggakan bayaran balik kesemua kerajaan negeri terbabit adalah RM2.17 bilion.

Thursday, December 09, 2004

KANAK-KANAK DALAM ALAM DEWASA



kembar seiras
mata tidak berkaca
tipah tertipu


PAGI-PAGI semalam bertolak ke Pusat Pentadbiran Kerajaan di luar kota. Sekitar jam tujuh dah tiba dan ke kaunter untuk mengambil nombor pada jam 7:30. Dua minit, urusan selesai. Masa senggang untuk menunggu mesyuarat jam sembilan terasakan terlalu panjang. Dalam pemerhatian di sekeliling terasa suatu kedamaian di kompleks pejabat di sini. Ramainya kanak-kanak beriringan dengan ibu bapa yang datang bekerja. Suasana nampak damai sekali. Wajah ceria kanak-kanak menuju ke taska yang disediakan dalam bangunan yang sama dengan bangunan pejabat ibu-bapa mereka tidak sedikitpun mengganggu prestasi kerja orang tua mereka. Malahan rasanya prestasi kerja akan bertambah tinggi.

Apa lagi yang perlu dirisaukan oleh seorang ibu bekerja jika anak kecil mereka berada dalam jagaan dalam jarak yang berhampiran?. Apa perlunya bergegas pulang tepat jam empat semata-mata untuk mengejar masa untuk mengambil anak?. Nampaknya susunan kerja yang dibuat di sini penuh teratur.

Namun bagi sesetangah pejabat, ada yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan kehadiran anak-anak. Ia mengganggu prestasi kerja. Ia menjatuhkan imej korporat. Ia memalukan. Keriuhan kanak-kanak adalah suatu kebisingan melampau.

- lain padang lain belalang, lain pejabat lain polisi

Tuesday, December 07, 2004

WAJAH OKT DI MAHKAMAH


[selambanya dia...]
BIASA kita tengok Orang Kena Tuduh (OKT) di mahkamah dalam pelbagai ragam. Kebanyakannya glamor semacam semam pemberita dan jurugambar serta paparazi berebut-rebut ingin merakamkan cerita dan wajah mereka. Anda juga mahu glamor?. Bolehlah cuba...

Keadaan pertama ialah bila OKT cuba menyembunyikan wajah mereka samada berselindung, menutup muka atau dengan apa cara sekalipun, suipaya wajah tidak dirakamkan. Mereka ini baru dituduh dan belum tentu lagi bersalah. Namun bila dah wajah terpampang, biasanya masyarakat terus menghukum mereka sebagai bersalah. Lihatlah macam kisah Han** Bas** dulu tu. Mahkamah bebaskan dia, tapi di mata masyarakat tidak begitu.

Keadaan kedua ialah bila OKT dengan bangga dan penuh gaya glamor memperagakan diri untuk dirakam oleh jurukamera. Sedikitpun tidak tahu berasa malu. Agaknya jika dia memang buat kesalahan itu, memang dia banggalah dengan buat salah tersebut sambil melaung-laungkan "aku tidak bersalah".

Keadaan ketiga, iaiatu yang jarang-jarang kita lihat ialah wajah selamba @ muka sardin. Yang ini sukar untuk diramal samada dia malu ataupun dia insaf.

Yang mana satu pilihan anda?

Monday, December 06, 2004

MATEMATIK MUDAH



AKHIRNYA kemelut dunia niaga bagi merebut 15.8% saham DRB-HICOM telah selesai dengan keputusan muktamad. Dengan bida RM3.60 sesaham Tan Sri Syed Mokhtar telah memperolehi saham tersebut berbanding dengan bida Tan Sri Nasimuddin RM3.50 sesaham. Sumber-sumber menyebut, pemilihan ini bardasarkan hanya kepada tawaran tertinggi dan tidak ada yang lain selain daripada itu. Pada asalnya pengurusan DRB-HICOM tidak dapat membuat keputusan dalam urusniaga ini dan menyerahkannya kepada kerajaan untuk membuat kata putus.

Memang terlalu sukar agaknya untuk menentukan siapa yang layak agaknya kerana perbezaan 10 sen tersebut adalah terlalu kecil dari segi peratusannya. Formula apakah yang diguna pakai dalam matematik mudah begini?

Sunday, December 05, 2004

INDERA KAYANGAN BERGEMERLAPAN

PERLIS Indera Kayangan jadi juara Piala Malaysia semenjak 83 tahun menunggu. Khabarnya habuan mewah menungu setiap pemain yang berjaya membawa pulang piala kebanggaan dunia bola sepak di Malaysia ini.

Sebelum ini kita mendapat tahu bahawa Perlis dalam kegelapan setelah TNB, yang juga menjadi penaja utama siaran langsung Piala Malaysia, memadamkan lampu jalan kerana Perlis tidak menjelaskan berjuta tunggakan bil elektrik. Kini setelah Indera Kayangan bergemerlapan dengan tepuk sorak kegembiraan, ditambah lagi dengan habuan mewah kepada para pemain, maka lampu jalan agaknya tidak lagi diperlukan untuk mencerah dan menceriakan Perlis.

p.s Ada orang kata, Juara Piala Malaysia ialah negeri yang Sultan/Rajanya menjadi Agong. Cuba ingat-ingati.

Syabas Perlis.


Saturday, December 04, 2004

BOTAK


gambar hiasan dari geocities:

MALAM ini Kedah akan berentap dengan Perlis dalam menentukan Piala Malaysia. Walau pasukan manapun yang menang, juara tetap milik utara. Ini adalah kali pertama dalam sejarah bolasepak tanah air, dua negeri berjiran ini memasuki final.

Diberitakan ramai peminat dan penyokong Kedah mahupun Perlis yang telah bercukur botak. Ada yang bercukur kerana nazar atau melepas niat. Ada pula kerana sangat gembira dan ada pula disebabkan oleh perkara-perkara tertentu. Mengapa mesti botakkan kepala?. Umum mengetahui bahawa rambut adalah mahkota bagi seseorang, tidak kira lelaki ataupun perempuan. Dengan membotakkan kepala, maknanya mereka telah membuang mahkota tersebut. Mengapa begitu?. Jawapannya ialah kerana botak merupakan sebuah pengorbanan. Mereka sanggup buang mahkota, mereka sanggup kelihatan hodoh (ada juga yang botak tapi tetap hensem), kerana niat dan nazar atau menunjukkan sokongan mereka.

Ada juga yang berpuasa kerana bersyukur atas sesuatu perkara. Mengapa berpuasa dan tidak sembahyang sunat syukur sahaja?. Mereka ada jawapan sendiri.

Friday, December 03, 2004

ANUGERAH HAIKU MELAYU ALAM SIBER (AHMAS) 2004



PERKARA:AHMAS
TARIKH: 25 Disember 2004 (Sabtu 8pm)
TEMPAT: Hotel Singgahsana, PJ
KEHADIRAN: Terbuka kepada umum (RM45 - Makan Malam)

Finalis AHMAS 2004

Rudy Blue Hikari

Tasik chini
Kembang Teratai
Gelombang Tasik Chini
Dongeng Puteri

Jerangau II
Sawit menggamit
Kerbau ditenggek bangau
Bukit Jerangau

Cahaya bulan dan kejora
Cahaya Bulan
Kilau Bintang Kejora
Irwan Hasimah

Dipinggiran

Mentari muram
Mentari muram
Semalam nan kelabu
Hati terluka

Bila senjapun tiba
Senja nan jingga
camar berebut dahan
malampun sunyi

Setenang tasik
Setenang tasik
di dasarnya bergelora
tidak terlihat

Abdullatip

Rezeki
Dedaun rendang
Getah melambung harga
Jangan ketawa

Tomohiko
Jauh merantau
Haiku pengubat rindu
Darah Tun Teja.

Desaku
Desa nan hijau
Bulan di balik awan
Lama menunggu

Airmaz_sz

Suasana kampung
Burung berkicau
Bayu lembut bertiup
Nyaman selalu

Hijau
Taman nan hijau
Sejuk mata memandang
Unggas berkicau

Semut
Di dapur ini
semut mencari gula
salam-salaman.

Arisel

Gunung dan pohon
Gunung dan pohon
Padang hilang pintunya
Ratap belalang

Kuala sat
Mengekor kerbau
Makan pekasam kelah
Sungai yang tohor

Aspal berliku
Aspal berliku
Langit berkabus salju
Maut menunggu

Thursday, December 02, 2004

APA MACAM? ===> MACAM-MACAM!


gambar hiasan: "Mr. Beruk"

ZAMAN persekolahan saya di pertengahan tahun 70-an, ramai cikgu di sekolah kami ialah dari luar negara. Di antaranya yang saya ingat ialah cikgu biologi, Mr. Colins dari US dan cikgu bahasa Inggeris dari UK. Sepatutnya saya memang pandailah berbahasa Inggeris, sebaliknya depa yang lebih pandai berbahasa Melayu. Guru bahasa Inggeris kami, Mr. Brooke adalah lulusan biologi. Namun dia ni jenis yang malas nak mengajar subjek itu dan macam-macam alasan diberikannya. Akhirnya pengetua beri dia ajar bahasa ibundanya sahaja. Sudah tentu dia fasih berbahasa Inggeris, namun tidak terlatih untuk mengajarnya. Bagi dia ia adalah kacang sahaja, sebab ajar bahasa Inggeris kepada budak Melayu dari aliran Melayu yang berasal dari kampung. Lagipun bahasa Inggeris Khas tidak akan membawa apa-apa gred dalam SPM, kecuali 7,8 atau 9 sahaja walau setinggi manapun markah yang diperolehi.

Malahan Mr. Brooke ini seolah-olah mencabar kami. Bagi sesiapa yang dapat melanjutkan pelajaran ke UK, dia akan tunggu ditangga kapalterbang di London. Selepas keputusan SPM, memang semua murid kelas kami dapat Gred 1. Tidak ada Gred 3, kecuali seorang sahaja dari kelas 5 Sains 2 yang dapat Gred 4. Ini tidak melayakkan sekolah kami dapat keputusan 100% dalam SPM pada tahun tersebut. Oleh kerana sekolah dalam aliran Melayu, dan ambil bahasa Inggeris khas, maka tidak seorangpun yang layak menyambung pelajaran ke luar negara. Namun 15 tahun kemudian, saya dan seorang lagi classmate berjaya juga ke UK untuk pengajian ke peringkat Masters. Kami berpakat nak cari Mr. Brooke yang tinggal di Liverpool (jika tak silap), namun tidak berjumpa.

Apa yang menarik minat saya terhadap Mr. Brooke ini ialah keupayaannya menguasai bahasa Melayu. Indah sungguh bahasa kamu katanya. Di antara yang saya ingat ialah:-
Bila ditanya apa khabar jawabnya khabar baik.
Jika ditanya apa macam jawabnya macam-macam.
Benda yang banyak rambut, namanya rambutan.

Sehingga sekarang saya masih mengamalkan kata-katanya. Ia itu
Apa macam? Macam-macam (ada baik, ada kurang baik).

Wednesday, December 01, 2004

BUAT BAIK BERPADA-PADA



KITA memang disuruh sangat berbuat baik. Kita diharuskan berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Kita juga disuruh berbuat baik kepada orang yang membuat jahat kepada kita. Kita juga diminta supaya berbuat baik kepada semua makhluk, termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan mahupun alam sekitar. Namun ungkapan "buat baik berpada-pada" memberi peringatan kepada kita supaya buat baik biarlah bertempat. Jangan buat baik sembarangan. Buat baik ala kadar. Dulu guru kimia saya membuat peribahasanya sendiri dengan ungkapan "buat baik berpada-pada, buat jahat sekali sekala".

Satu berita menarik hari ini ialah bila mana dua orang kakak telah dikenakan waran tangkap kerana cuba berbuat "baik" kepada adiknya yang mengandung. Adiknya mengandung lima bulan hasil perbuatan sumbang di luar nikah. Kedua-dua orang kakak ini telah mendorong supaya si adik menggugurkan kandungannya kerana 'berniat baik' untuk menjaga nama baik keluarga. Akhirnya kedua-dua kakak ini telah ditangkap kerana kesalahan mendorong seseorang menggugurkan kandungan. Apa yang diberitakan seolah-olahnya perbuatan kakak ini amat terkutuk (memang terkutukpun). Namun ia diberitakan seolah-olah perbuatan si adik berzina tidaklah terlalu besar sangat kesalahannya (walaupun berdosa besar). Begitu juga dengan si jantan yang menjadi teman lelaki budak tersebut, tidaklah besar mana kesalahannya dan tidak ada apa yang hendak dimalukan. Apatah lagi perbuatan zina tersebut berlaku di rumah dan ibu bapa perempuan juga memberikan green-light terhadap perbuatan seumpama itu.

Dunia oh dunia.

Tuesday, November 30, 2004

NOMBOR DUA


DALAM banyak hal, saya meminati nombor 2.
1. Semasa Q kat lampu isyarat: No.2 best (sebab bila hijau saja dapat potong keter no. 1)
2. Kat opis: No.2 best sebab biasanya no.1 kena (marah) dulu.
3. Anak no.2: Best gak sebab anak sulung selalu saja kena macam2. Anak bongsu dah kena buli sebab junior.

Dulu masa saya jadi orang tak ada nombor, ada orang nombor 2 datang jumpa saya. Dia cerita susahlah jadi orang nombor 2. Macam-macamlah kesusahannya. Saya tak beranilah nak lawan cakap dia, sebab dia superscale dan saya timescale. Cuma lawan dalam hati sajalah, "ala kamu jenis gila kuasa, sebab tu tak pernah puas". Sekarang saya dah jadi orang nombor 2. Perkara yang sama telah sebijik berlaku kepada senior saya dulu tu. Itulah tak elok mengata orang...

Menjadi orang nombor dua dalam sesetengah organisasi, sudah dikira powerful (malahan nombor 4 atau 5 pun sudah dikira powerfull juga). Namun ia mungkin merbahaya bagi sesetengah organisasi lain. Saya teringat pesanan Tan Sri Musa Hitam (melalui media) yang diberikan kepada orang nombor dua dalam negara @ dalam parti. Katanya "orang nombor dua, adalah tetap nombor dua. Dia adalah tetap timbalan. Jangan jadi orang nombor dua yang pertama atau orang pertama selepas ketua" No.2 mana boleh menonjol melebihi nombor 1.

Monday, November 29, 2004

GAJAH SAMA GAJAH BERPAKAT



gajah berjuang
kancil mati tersepit
siapa cerdik?


BIASANYA bila gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Entahlah apa pula yang akan terjadi bila gajah sama gajah berpakat?. Adakah ia akan membawa malapetaka lebih besar umpamanya seluruh belukar akan jadi padang jarak padang terkukur? atau kesannya akan lebih baik hinggakan segala unggas masih dapat hidup riang?.

Berita perebutan saham DRB-Hicom oleh dua orang tokoh perniagaan Melayu nampaknya telah menjadi berita utama yang diutamakan dalam kebanyakan akhbar dan juga stesen TV. Entah apa yang pentingnya sehingga ia perlu diutamakan tidak tahulah hamba. Malahan ada juga akhbar yang mengeluarkan berita sensasi mengatakan perebutan telah berakhir dan sianu telah menang dan dianugerahkan sahamnya sebagai berita muka depan. Sekelip mata sahaja berita tersebut telah disangkal kesahihannya oleh pejabat YAB Perdana Menteri. Kemudian timbul berita mengenai kompromi pulak dan sebagainya lagi.

Berita-berita yang tidak pasti begini yang dijadikan berita utama (dan kemudiannya disangkal oleh pihak terbabit) menampakkan betapa lemahnya agensi yang melaporkan berita tersebut. Sebagai pembaca rasanya kita tidak perlu lagi mempercayai @ membeli berita dari agensi seperti itu. Namun.... oleh kerana kita semua ini adalah "mudah lupa" maka kita juga turut seronok dengan berita-berita karut yang dilaporkan.

Gajah sama gajah berjuang, berita juga yang dibaca orang.

Saturday, November 27, 2004

WARNA-WARNA LAMPU ISYARAT DI KL

BAGI penghuni Kuala Lumpur, biasanya berulang alik dari rumah ke pejabat dan dari pejabat pulang ke rumah sudah tidak menjadi apa-apa masalah. Mereka tahu selok-belok jalan, lampu isyarat, simpang, kat mana boleh potong Q, kat mana ada polis dan sebagainya. Tapi bagi "orang KL", biasanya akan sesat kalau ke Petaling Jaya (PJ) ataupun Shah Alam (SA). Di KL ada 3 warna lampu isyarat, iaitu merah, kuning dan hijau. Di mana-manapun itulah warnanya. Apa yang merisaukan saya bila memandu ialah bila melihat lampu merah (kita paling depan). Samada nak berhenti atau meneruskan perjalanan?. Biasanya dalam waktu-waktu tertentu (pagi terutamanya) lampu isyarat tidak digunakan dan polis juga tidak ada. Mereka hanya letakkan kon sahaja yang membolehkan pemandu tidak perlu berhenti pada lampu merah. Bagi pemandu biasa ia tidak lagi ada masalah. Bagi teksi yang sekala-sekali memasuki ke 'luar kawasan' atau memang 'orang luar', kena hon sajalah jawabnya jika berhenti di lampu merah.

Joke dulu-dulu orang kata lampu hijau tu untuk askar, yang kuning tu untuk raja, maka tinggal yang merahlah untuk kita (rakyat jelata). Jika diperhatikan betul-betul, di KL ini ada 2 lagi warna lampu isyarat yang jauh lebih power dari 3 warna tadi. Perasan tak?. Ia adalah warna putih yang menguit-nguit dan juga warna biru yang menyala (juga berbunyi) :)

Friday, November 26, 2004

KITA BUKANNYA WALI


imej ihsan dari Library of Islamic Web Sites

seorang wali
dua saksi yang adil
susahkah kita?


SEMASA saya budak-budak, saya cukup setia kepada arahan orang tua saya. Perangai kesetiaan saya ini kadang-kadang memberikan masalah kepada mereka. Sampaikan ada kalanya mereka menggelarkan saya sebagai wali atau tok wali. Pokoknya adakah kehidupan seorang wali akan menyusahkan orang lain?.

Misal kata ayah saya menyuruh saya ke kedai untuk membeli rokok "playar goli" (players gold leaf). Sebagai anak yang patuh, jika rokok segeret (cigrate) yang ada kat kedai ialah Pall Mall atau 555 (tiga-lima), saya akan pulang dengan tangan kosong dan tidak akan membeli rokok yang disuruh. Sudah tentu ini betul kan?. Tapi bagi ayah saya yang kecanduan rokok, sudah tentu dia akan hisap sahaja apa rokok yang ada, wat ema rokok daunpun. Jadi kesetiaan saya yang lurus bendul atau tiada alternatif ini memang menyusahkan mereka.

Sebenarnya entri ini saya nak kenen kepada orang-orang tertentu yang merungut kerana gagal menghubungi saya melalui telefon. Mereka komplen telefon saya selalu bertunang (engage) dan mesin sahaja yang menjawab. Saya rasa mereka ini sudah naik ke tahap wali agaknya!. Sebab jika manusia biasa, jika h/phone bertunang, bolehlah hantar SMS, atau e-mel atau guna talian tetap atau talian rumah atau fax atau Instant Messenger atau ICQ dan banyak lagi saluran perhubungan. Sekarang barulah saya tahu betapa susahnya berurusan dengan orang yang bertaraf 'wali' ini.

Saya cumalah manusia biasa dan berharap entri ini tidak bermaksud untuk menghina wali Allah atau yang seerti dengannya.

Thursday, November 25, 2004

JALAN-JALAN CARI JUMPA LUBANG



jalan berlubang
lopak di sana sini
cari peluang

JALAN-jalan di jalan raya di KL pada masa ini amat menyiksakan. Hampir keseluruhan jalan di KL telah rosak. Lubang sana lopak sini. Keadaan ini berlaku mungkin kerana hujan yang melanda hampir setiap hari dan jalan dilalui oleh kenderaan berat serta mutu turapan jalan yang bermutu rendah. Walau bagaimanapun pada tahun-tahun yang sudah, hujan lebat juga, tetapi rasanya jalan tidaklah jadi teruk begini. Mungkin tempoh hayat jalan-jalan tersebut dah sampai masa agaknya. Begitu juga dengan tahun-tahun lepas hujan lebat juga, tapi bukit di tepi lebuh raya tidak pulak 'berpakat' nak runtuh. Sungguhpun begitu lubang-lubang sana, runtuh-runtuh sini, kecoh-kecoh semua telah memberi keuntungan juga kepada beberapa pihak. Yang nyata JKR dah dapat semula fungsi asal mereka dalam projek infrastruktur kerajaan yang dulunya 'dirampas' oleh PMC.

Lubang juga ada makna yang lain. "Engkau berilah aku sedikit lubang" bermakna beri peluang atau jalan. Maknanya lubang dan jalan adalah sinonim. :)

Wednesday, November 24, 2004

MENCURI DI SIANG HARI



pungguk menunggu
bulan berganti bintang
pencuri siang



SAYA ingin menyambung topik semalam kerana telah menemui beberapa perkara baru mengenainya.

1. Prinsip pertama: Ambil barang orang lain (bukan hak kita) adalah berdosa:-
Barang saya berada dalam rumah saya (atas lantai) dengan rumah tidak berkunci dan pagar tidak berkunci. Ada orang datang ambil dan ia bukan mencuri?.

2. Cerita benar semasa di UK: Seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah untuk mencuri. Penghuni rumah telah memukul pencuri tersebut. Pencuri melapor kepada polis dan penghuni rumah didakwa kerana memukul. Pencuri bebas. Adakah UK telah lama mengamalkan undang2 Islam seperti fatwa Syaidina Omar?

3. Jika anda beli (atau curi )sekeping CD (lagu, cerita, software dll) anda dengan amat senang boleh duplicate CD tersebut dan memberi atau menjual kepada orang lain. Ia bukan mencuri kerana CD asal tidak ada sebarang protection untuk disalin?? Cuba teliti terma CD/VCD Haram.

4. Anda ke supermarket dan melihat-lihat barang yang dipamerkan. Lepas tu anda ambil dan buat-buat 'terlupa' untuk bayar. Ia bukan mencuri sebab barang tidak dikunci?

* Dalam kes mencuri imej grafik dari laman web yang diutarakan semalam, saya telah menemui satu artikel berjudul Daylight Robbery! The Legal and Illegal use of Web Graphics. Kebetulan pulak ia ada satu topik bertajuk Bandwidth Piracy dan ia sebijik macam yang telah saya alami. Tidak syak lagi perbuatan tersebut adalah mencuri namanya.

** Ungkapan daylight robbery (mencuri di siang hari) adalah sebuah ungkapan bukan bermaksud mencuri dalam ertikata sebenar. Ia dirujuk kepada komplen atau rasa tidak puas hati mengenai bayaran yang dikenakan (mahal, tidak berbaloi dii.)

Tuesday, November 23, 2004

AWAS! … ANDA MUNGKIN SEORANG PENCURI


mendaki bukit
jalur lebar nan tinggi
terasa perit

KATA orang, tidak ada satupun dalam dunia ini boleh didapati secara percuma. Jika begitu bagaimana dengan blog anda yang pada zahirnya anda tidak perlu bayar apa-apa, bukankah itu percuma?. Entahlah, agak susah untuk menerangkannya. Walau bagaimanapun, jika anda diberikan weblog percuma, pernahkah anda terfikir apa yang diperolehi oleh pemberi?. Dari mana dia akan dapat duit untuk menyediakan segala kemudahan untuk anda nikmati secara percuma tersebut?. Adakah anda berfikir yang anda telah mendapat keuntungan kerana dapat barang percuma dan mereka telah rugi kerana memberi barang yang ada harga secara percuma?.

KATA orang juga, biasanya barang percuma ini tidak elok. Barang yang berbayar adalah lebih baik. Mungkin ada benarnya kata-kata ini.

DIPENDEKKAN cerita, saya ada menyewa ruang server (webhosting) untuk meletakkan data dan maklumat saya yang kebanyakannya adalah imej. Blogger hanya benarkan masukkan teks sahaja secara percuma kan?. Imej tidak dibenarkan. Imej dalam blogger hanya boleh dimasukkan secara link dari tempat lain. Mengapa Blogger kedekut sangat tak beri ruang untuk imej?. Jawapannya ialah imej ambil ruang yang besar dan sudah tentu mahal kos storannya. Setiap kali akses, sejumlah bandwidth yang besar diperlukan. Setiap syarikat webhosting memberikan limit kepada bandwidth ini. Maknanya selain dari storan, bandwidth juga adalah mahal harganya.

Saya membayar sejumlah wang dan diberikan storan sebanyak 50MB dan limit bandwidth cuma 1.5GB sahaja sebulan. Ia lebih dari mencukupi untuk keperluan saya (dan kroni) kerana weblog kami bukanlah popular sangat. Bukan macam blog Mat Jan, Sultan Muzzafar ataupun Tok Rimau. Biasanya tidak sampai suku dari limit bandwidth tersebut digunapakai setiap bulan. Namun pada bulan Oktober limit telah mencecah 1.5GB dan akses telah ditamatkan. Saya mengadu kepada company dan mereka naikkan ke 3GB. Bulan November 3GB juga sudah tidak mencukupi (sekarang sudah ada 2.9GB digunakan sedangkan bulan Nov. ada lagi 10 hari). Apakah sebabnya?. Bandwidth saya telah DICURI!.

Adakah anda salah seorang daripada pencurinya?. Mungkin tidak, sebab saya telah mengenalpasti siapa yang mencurinya. Oleh kerana perbuatan beliau telah menimbulkan kesusahan kepada saya dan telah memaksa saya mengeluarkan wang tambahan untuk mengatasinya, maka saya takrifkan perbuatan ini sebagai mencuri. Saya yakin dia tidak sengaja. Jika dia tidak sengaja, anda (dan saya juga) mungkin juga tidak sengaja. Adakah perbuatan tidak sengaja yang telah menyusahkan orang lain tidak dikira berdosa?. Dalam mahkamah dunia, saya boleh sabitkan kesalahan tersebut kepada beliau kerana menggunakan kepunyaan saya tanpa meminta keizinan. Tapi saya tidak mahu berbuat begitu. Jika saya halalkan, (dan jika saya ikhlas) mungkin saya dapat pahala yang lebih besar dari wang ringgit.

Ceritanya begini: saya masukkan sekeping grafik kad raya dalam laman berbayar saya. Kemudian dia ni telah link ke kad raya tersebut ke lamannya. Lamannya begitu popular dan audit yang saya buat menunjukkan sebahagian besar dari bandwidth adalah kerana kad raya tersebut. Grafik tersebut bernama raya.gif. Mungkin juga ada telah terambilnya?. Saya telah delete dari server saya. Kesilapan saya ialah kerana tidak meletakkan copyright dalam laman dan tiada trademark pada grafik. Jika tidak, rasanya dia akan berfikir banyak kali sebelum menggunakannya.

Pengajaran dari cerita: Berhati-hati nak buat link terhadap hak orang lain. Tengok copyright dulu. Minta izin dulu. Jika tidak anda mungkin berdosa jika ia tidak halalkan.


Monday, November 22, 2004

PENGURUSAN MASJID: CERITA HARI RAYA



masjid yang besar
takbir tidak bergema
makmum khuatir

BIASANYA sembahyang Aidilfitri adalah lebih lewat daripada sembahyang Aidiladha. Mungkin disebabkan oleh disunatkan makan dulu sebelum Aidilfitri berbanding Aidiladha. Seingat aku, Aidiladha yang lalu sembahyang jam 9am, jadi ingatkan kali ini Aidilfitri ialah 9:30am. Rupa-rupanya depa nak sembahyang 8:30am. Tergopoh-gopoh bersiap kemudian nak ke surau atau masjid?. Oleh kerana anak-anak malas nak berjalan ke surau, jadi kami ke masjid dengan memandu.

Tiba di masjid, semua sudut sudah penuh dengan makmum, Cuma boleh bertenggek atas tangga bersama-sama dengan Paki dan Bangla. Takbir bergema dan bersahut-sahutan. Tiba-tiba suasana masjid jadi hening dan kedengaran “suara senyap”. Sebabnya alat pembesar suara rosak. Mula dari saat itu semua makmum jadi gelisah. Akhirnya bila tiba waktunya, sembahyang diteruskan juga. Namun entah apa yang dibaca imam, entah takbir keberapa dan entah apa-apa yang dibuat makmum. Selepas salam, ada yang mengaminkan doa, ada yang berbisik-bisik dan ramai yang terpinga-pinga. Bila tiba imam naik ke mimbar nak baca khutbah, ramailah makmum yang keluar dari masjid. Ada yang balik ke rumah dengar khutbah dalam TV, ada yang duduk dalam kereta dengar khutbah dari masjid Shah Alam melalui radio.

Inilah keadaannya masjid di tanah air ku. Ia berlaku di masjid besar di kampung mertua. Perkara ini mungkin tidak akan berlaku di masjid kampung aku. Sebabnya masjid kat kampung aku kecil sahaja, tak payah pakai pembesar suarapun masih boleh didengari. Lagipun masih ada pembesar suara back-up yang pakai bateri kat masjid kampung aku tu.

Andai katalah ada cadangan supaya semua pengurusan dan penyelenggaraan masjid dilakukan oleh sebuah syarikat yang akan menjaga semua benda seperti lampu, kipas, tandas, karpet, atap, dinding, sampah dan semuanya, tentu ramai yang akan menentang sebab mungkin katanya kerajaan nak masuk campur urusan masjid. Jika dibiarkan, beginilah jadinya.

Sunday, November 21, 2004

BAHARUI LESEN SETIAP TAHUN KURANGKAN KEMALANGAN?



memandu laju
perangkap di hadapan
berhati hati

POLIS hari ini mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan cadangan supaya lesen memandu hanya boleh diperbaharui setiap tahun, bukan lagi 5 tahun (ataupun 10 tahun) seperti yang diamalkan sekarang. Dengan cara ini pemandu yang melakukan kesalahan lalulintas boleh dikenakan tindakan semasa memperbaharui lesen. Secara tidak langsung kemalangan boleh dikurangkan.

Mungkin ya, mungkin juga tidak. Sekiranya cadangan ini mahu diterima, maka kemudahan untuk memperbaharui lesen hendaklah ditambah dan dipelbagaikan. Cuba bayangkan bagaimana kesesakan di kaunter JPJ akan berlaku sekiranya setiap pemandu memperbaharui lesen mereka pada setiap tahun?.

Di Singapura, lesen memandu diperbaharui oleh kerajaan dan bukannya oleh pemandu. Pemandu yang "bersih" akan menerima notis supaya memungut lesen memandu mereka di pejabat pos atau jpj (bawa duit sekali, tentunya dan gambar tidak diperlukan). Pemandu "nakal" perlu menghadapi satu proses lain untuk baharui lesen mereka.

Di Jepun, pemandu yang didapati "minum" arak sebelum memandu akan ditarik balik lesen mereka selama 5 tahun dan tidak dibenarkan mengambil ujian memandu semula selepas 3 tahun dari tarikh penarikan lesen (maknanya minima 8 tahun tanpa lesen).

Saya pernah ditahan polis semasa memandu di UK kerana tidak mempunyau lesen yang sah (gunakan lesen Malaysia). Polis tak saman, cuma beri amaran sahaja. Saya juga ditahan polis kerana anak-anak yang duduk di seat belakang tidak mengenakan tali pinggang keledar, juga tiada saman, cuma polis beri peringatan akan keselamatan anak-anak. Saya juga pernah ditahan polis yang memaklumkan bahawa kat depan sana ada speed trap, pandu ikut had laju jika tidak mahu kena saman. Oh seronoknya! [baca: tidak perlu hulur apa-apa].

Cuba perhatikan kadar kemalangan dan kematian di negara2 tersebut.


Saturday, November 20, 2004

SERVIS KERETA


SEMALAM hantar kereta untuk servis buat kesekian kalinya seawal 7:30am. Ingat kan awal, tapi dapat nombor 22. Kemudian terjumpa kawan lama yang memang dah lama tak jumpa.
"engkau dah berapa lama pakai kereta ni"
"ntah 3 tahun kot"
"woit! apasal kau hantar keter sini, tak mahal ke?. waranty dah habis dah kalau 3 tahun. Aku first time saja antor, lepas tu bawah pokoklah jawabnya"
"a'a mahal, sekali antor dekat setengah ribu. Ntah ngapa aku hantar sini, bodohnya aku"

Entah mengapa aku jadi bodo begitu, aku ingat aku dah cerdik...
Lepas tu aku jadi 2X bodo bila janji siap 4:30 tapi bila datang 5:30 baru siap. Haprak punya servis. Tempat servis berjenama ni, macam2 poster khidmat pelanggan ada. Tapi ngko sebagai pelanggan mati kehausanlah tunggu ngko punya kereta nak siap. Taim nak beli dulu, 5 minit siap bagi 2 kotak air lagi. Lepas tu kan, jika ngko beli kereta jenama yang sama dari oversea, atau keta recond, mampus dia tak akan terima servis. Kali ini siapa pulak yang bodo?

Memang sudah menjadi resam rakyat malaysia, servis pertama saja akan dibuat di tempat/ agen asal, lepas tu kat pomen bawah pokoklah jawabnya dan aku juga akan jadi rakyat biasa malaysia selepas ini... Moga-moga jimat duit aku setengah ribu setiap kali servis.

Friday, November 19, 2004

CERITA SAYA


CERITA SAYA adalah sebuah 'riwayat hidup' Tan Sri Lim Goh Tong. Kisah beliau memulakan perniagaan dari meminjam $2 kepada jutawan Genting. Buku ini simple dan orangnya juga simple. Menarik kerana beliau hidup dan berkawan dengan lima orang perdana menteri, dari Tunku hingga Pak Lah.

Thursday, November 18, 2004

SMS PENGGANTI KAD RAYA


SYAWAL pada kali ini, ketara sekali penggunaan SMS yang diterima sebagai ucapan menggantikan kad raya. Berikut adalah beberapa SMS terpilih yang agak menarik kandungannya. Terima kasih kepada semua yang mengirimkan SMS:-

Biskut tawar biskut marie
Celup dalam air kopi
Salam raya aidilfitri
Dengan setulus ingatan hati
MAAF ZAHIR BATIN
(amran)

semoga syawal membawa sinar iman kepada kita
mohon maaf lahir batin
(aziz)

wishing you and all at home selamat hari raya &
maaf zahir batin
(yati)

Sedih pergi Ramadan,
Diganti hari kemenangan
Salam eidul fitri
Semoga bahagia menyambut bersama yg sersayang.
Pohon maaf dan halalkan makan minum
(rohaida)

Selamat eid mubarak maaf zahir dan batin.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah
(usop)

Semoga ibadat Ramadan berkekalan di bulan mendatang.
EID FITR
(shahir)

Now its time 4 holy reverance.
May U n ur family receive Allah’s blessing n forgiveness.
(Anne)

Anak Pak Dolah memakan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak kirim kad raqya dah x sempat
Kirim sms pun ok what!
Selamat hari raya maaf zahir batin
(nizam)

Make ike cicoh budu
Jange lupo ule peta
Bowok kreto jange laju
Nati rayo dale spita
Selamat memandu balik kampung/KL &
Selamat hari raya maafkan kami sekeluarga
(WZWJ)

Selamat hari raya diiringi salam kemaafan
Semoga berbahagia di hari lebaran ini.
Maaf zahir batin
(nawi)

Ketupat Msia cepat direndam
Cicah kibas masak kari
Seronok puasa di mesjidil haram
Rindu raya di tempat sendiri
Maaf zahir batin
(Amir)t,


kad raya $4.50 setem $0.30 total $4.80
sms Cuma 5 sen
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin
cut cost

kadang mata salah melihat
telinga salah mendengar,
mulut salah berucap,
hati salah menduga,
ampun maaf dipinta
(wkdin)

hari raya menjelang tiba
lemang ketupat jadi hidangan
sms pengganti kad raya kita
ampun maaf segala kesalahan
(hashim)

ketupat pulut di atas para
hendak direbus di tepi perigi
sms dihantar pengganti kad raya
tanda ingatan di aidilfitri
selamat hari raya
(rauf)


Wednesday, November 17, 2004

CATATAN RAYA 1405

29 Ramadan (Jumaat(:
KAMI bertolak pulang ke kampung selepas menunaikan fardhu Jumaat. Lebuh raya PLUS begitu lengang sekali. Tidak pernah rasanya jalan ke utara selengang ini walaupun bukan di musim perayaan.

30 Ramadan (Sabtu)
Ke pasar untuk membeli ayam dan lauk pauk untuk juadah raya. Suasana pasar begitu padat, tempat letak kereta terlalu sesak. Orang Islam nak beraya, yang hindu masih sibuk membeli belah, yang Cina juga sama meramaikan lagi suasana kesesakan.

1 Syawal (Ahad)
Sembahyang raya di masjid al-ansar, tetapi mendengar khutbah dari masjid Shah Alam dalam kereta. Puncanya?. Entri kemudian.

2 Syawal (Isnin)
Macam biasa, setiap raka ke-2, surat khabar mesti tidak diterbitkan. Mengapa surat khabar tak boleh diterbitkan 365 hari setahun?

3 Syawal (Selasa)
MAsih lepak di rumah

4 Syawal (Rabu)
Pulang ke KL. Jalan raya juga lengang dan tiba di KL dengan selamatnya. Alhamdulillah.

Friday, November 12, 2004

HARI KERJA GOMEN - HARI CUTI SWASTA



hari jumaat
bulan ramadan ini
menunggu raya

HARI ini, adalah merupakan Jumaat terakhir Ramadan kali ini. Esok kerajaan telah mengistiharkan cuti Sabtu kerana ia telah diganti. Semalam pula ialah cuti am sempena Deepavali. Walaupun hari ini adalah merupakan hari bekerja bagi kerajaan, namun beberapa syarikat swasta telah mengistiharkan hari ini sebagai hari cuti. Ia itu staf mereka diwajibkan mengambil cuti pada hari ini dan pejabat ditutup. Dengan ini mereka boleh menjimatkan perbelanjaan pejabat seperti air, elektrik, telefon dan sebagainya.

Di pihak kerajaan pula, walaupun ia adalah hari kerja, namun sebahagian besar daripada staf sudah diluluskan cuti rehat mereka. Yang ada bekerja mungkin cuma di sekitar 10% sahaja. Ia mewakili setiap bahagian di kementerian atau setiap unit di jabatan. Biasanya yang tidak dibenarkan bercuti ialah staf yang bukan Islam yang tidak menyambut Aidilfitri ataupun staf Islam yang tinggal berdekatan. Dari segi perbelanjaan, sama sahaja seperti hari kerja biasa agaknya. Dari segi produktiviti pula rasanya sudah tentu menurun. Mengapa tidak ditutup sahaja?.

Di negara-negara maju yang lain, biasanya seminggu dalam setahun semua perkhidmatan, samada kerajaan atau swasta tidak diberikan. Semua pejabat, bank, gudang perniagaan dan sebagainya ditutup. Satu negara tidak bergerak langsung. Semuanya bercuti. Bila agaknya kita juga akan ikut jejak langkah begini?


Thursday, November 11, 2004

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca.
Terlanjur kata, terlajak keyboard, terasa hati mohon dimaafkan.

Jika ada cerita, jika ada masa, kalau ada couverage saya akan update lagi.
Semoga berjumpa lagi.

MAAF ZAHIR BATIN.

Wednesday, November 10, 2004

PTPTN


duit pinjaman
bayaran serta merta
alongkah ini?

HEBOH satu Malaya membicarakan mengenai cadangan PTPTN untuk memungut hutang pinjaman daripada pelajar dua bulan selepas pinjaman dikeluarkan. Semua tidak bersetuju dan menentang cadangan PTPTN tersebut. Alasan kukuh PTPTN ialah bank juga memungut hutang dua bulan selepas pinjaman diluluskan. Lagi pula tempoh sehingga 20 tahun untuk membayar balik pinjaman adalah terlalu lama dan merugikan.

PTPTN patut sedar bahawa suatu masa dulu kerajaan mengeluarkan biasiswa, lepas itu dermasiswa dan akhir sekali ialah pinjaman. Sudah berapa banyak kerajaan dapat menjimatkan duit hasil dari pelaksanaan sistem sekarang?. Jika PTPTN nak buat macam bank, maka lebih baik kerajaan tidak mewujudkan PTPTN dan wang tidak dihabiskan dengan membayar gaji pekerjanya, menyewa bangunannya dan menguruskan operasinya. Adalah lebih baik, kerajaan menyalurkan sahaja dana pinjaman tersebut kepada bank yang jauh lebih profesional untuk menguruskan pinjaman dan memungutnya semula.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara rasanya, suatu dasar atau cadangan yang dihebohkan hari ini dan esoknya Perdana Menteri sendiri terpaksa membatalkannya. Tidakkah ia sesuatu yang mengaibkan?. Mengapa ia tidak dibawa ke pihak atasan terlebih dahulu untuk dibincang dan diumumkan, mesyuarat kabinet misalnya?. Mengapa tidak menteri sahaja yang mengumumkannya?. 1001 soalan ...

Tuesday, November 09, 2004

GANTUNG LESEN GANTUNG SEMUA!



sekeping myKAD
dalam macam-macam ada!
gantung semua...

APABILA Pak Lah mencadangkan supaya lesen memandu mana-mana pemandu yang terlibat dengan kemalangan jalanraya digantung dan disimpan di balai polis selama 14 hari, saya mula risau. Penggantungan ini mungkin baik supaya pemandu terbabit tidak lagi dibenarkan memandu secara sah dalam tempoh tersebut. Malahan adalah lebih baik jika lesen tersebut terus digantung sehingga kes mereka dibicara dan diselesaikan oleh mahkamah. Ini macam orang yang didakwa di mahkamah yang mana gelaran Dato' mereka digantung sehingga kes mereka selesai.

Namun penggantungan secara fizikal lesen memandu akan membawa banyak implikasi lain. Pada masa ini lesen memandu telah dimasukkan ke dalam myKAD. Malahan banyak lagi kemudahan telah disimpan dalam myKAD seperti rekod kesihatan, Touch&Go, MEPS Cash dan banyak lagi. Penggantungan myKAD bermakna semuanya terpaksa diserahkan ke balai polis. Boleh anda bayangkan apa yang akan terjadi bila penggantungan dilakukan secara fizikal?. Selamatkan nilai Touch&Go anda?. Apakah nasibnya dengan MEPS Cash anda?. Bagi hospital yang memerlukan myKAD untuk rekod kesihatan, apa halnya?. myKAD yang digunakan untuk akses pintu keselamatan pula bagaimana?.

Penggantungan yang lebih wajar perlu dibuat secara elektronik dan perlu direkodkan dalam myKAD itu sendiri (sampai bila-bila) tentang rekod kemalangan tersebut.

Monday, November 08, 2004

ORANG KURANG UPAYA (OKU)



kerusi roda
jelitawan ternama
kelas kedua

SEMALAM ada temuramah oleh 3R dengar Ras Adiba Radzi. Beliau berkata: Malaysia sudah 47 tahun merdeka. Namun bagi OKU, kemerdekaan masih belum dicapai lagi. Masih banyak kemudahan asas yang tidak disediakan, sikap masyarakat yang memandang rendah terhadap OKU dan OKU dianggap sebagai rakyat kelas kedua.

Renungkanlah.

Sunday, November 07, 2004

TOP 10 MUST-HAVE

TOP 10 MUST-HAVES

1. Apple iPod (20GB, fourth generation)

2. Treo 600

3. Archos Gmini400

4. PalmOne Tungsten T5

5. Harmony H659

6. Sony Ericsson P900

7. Canon EOS-1D Mark II

8. Sony DCR-PC330

9. iRiver H320 (20GB)

10. Dell Axim X30 (64MB, 312MHz processor)

source: znet