Labels

Thursday, September 30, 2004

LOGO HALAL PADA MAKANAN HARAM



penanda halal
ayam tanpa sembelih
tinggalah logo

HEBOH satu Malaya mengenai berita perbuatan biadab sebuah kilang penyembelihan kepunyaan orang kafir yang mempunyai logo halal, tetapi menyimpan ayam 'halal' bersama-sama dengan daging babi. Ia berlaku semalam. Serbuan hari ini pula mendapati babi-babi tersebut telah tidak lagi kelihatan, namun pemeriksaan mendapati ayam 'halal' tersebut tidak disembelih mengikut kehendak Islam. Ia hanya ditoreh sedikit pada lehernya sahaja. Semoga Allah mengampuni dosa kita yang mungkin telah termakan ayam 'halal' tersebut yang dibuat dalam pelbagai bentuk dan jenama.

Khabarnya Malaysia berpotensi menjadi hub produk halal untuk seluruh dunia. Namun jika sijil halal dijual kepada orang kafir begini, setakat manakah keyakinan kita bahawa produk tersebut adalah halal?. Halalkah orang kafir yang menyediakan makanan dan produk 'halal' untuk umat Islam?. Jika di zaman dulu, orang Islam boleh memakan sembelihan ahli kitab, namun sekarang si kafir ini telah menggunakan kitab lain. Patutkan sijil halal 'dijual' kepada orang kafir?. Samada patut atau tidak, ia menunjukkan kelemahan orang Islam sendiri dari pelbagai lapisan, samada yang mengeluarkan sijil, yang menguatkuasa, yang membeli dan yang menggunakan.

Saya ingin menyeru kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia supaya mendesak kerajaan Malaysia hanya mengeluarkan sijil dan logo halal kepada produk makanan, khususnya penyembelihan kepada orang Islam sahaja. Bagi produk halal lain, sepatutnya orang Islam menggunakan tanda halal dengan perkataan tambahan, seperti 'Produk Orang Islam'.

Wednesday, September 29, 2004

PROMOSI HARI RAYA



promosi raya
Ramadan belum tiba
hebatnya kita

SEJAK akhir-akhir ini peti surat di rumah saya sentiasa berisi dengan pelbagai jenis surat berita, pamplet, broser dan sutay-surat tidak berstem. Kebanyakannya ialah mengenai pelbagai jenis tawaran dan promosi hari raya. Hebat sungguh hari raya di negara kita, belum lagi puasa para peniaga sudah bersedia untuk hari raya. Sememangnya para peniaga ini adalah golongan yang cekap. Mereka mesti peka dan pantas mencari dan mencuri peluang.

Kebanyakan dari kandungan promosi ini ialah untuk menukar kereta baru, perabot baru, langsir baru dan serba serbi baru sempena dengan hari raya ini. Juga tidak ketinggalan kad-kad promosi dari Along yang mempromosikan pinjaman duit raya cara mudah dan senang.

Tidak ketinggalan juga promosi Ramadan dari pihak surau dan masjid yang meminta umat Islam yang ingin bersedekah untuk berbuka puasa, morey dan kenduri arwah di surau dan masjid. Promosi pertama datangnya dari peniaga bangsa asing yang ingin peluang berniaga dan promosi kedua datangnya dari AJK surau dan masjid untuk memberi peluang dan mengingatkan umat tentang ibadah puasa. Di antara kedua-dua promosi ini saya nampak satu lagi promosi tidak dilakukan, iaiatu dari peniaga Islam sendiri. Misalnya promosi untuk menjual/menempah buah tamar, kad raya, kuih raya, batu nisan dan yang seumpama dengannya. Walau bagaimanapun promosi kuih raya ada dilakukan di pejabat-pejabat....

p.s Ada sesiapa tahu di mana boleh kita beli buah tamar yang baik dengan harga yang murah (berpatutan) di sekitar KL?. Mungkin boleh kita beri hadiah buah tamar kepada pembaca blog kita sempena Ramadan ini!.


Tuesday, September 28, 2004

ALONG


anak pertama
hidup memakan bunga
timangnya along

ENTAH apalah yang nak jadi kepada negara kita ni. Lepas satu, satu lagi yang datang. Dulu perogol, lepas tu pembunuh, kemudian peragut, kini along pula. Along ataupun Ah Long ini ialah merupakan peminjam wang tidak berlesen yang memberi perkhidmatan kepada orang awam dan mengenakan faedah atau bunga yang amat tinggi. Bayangkanlah, meminjam RM1000 akan dikenakan yuran proses sebanyak RM300 dan bayaran ansuran RM40 sehari akan dikenakan selama 40 hari. Ini bermakna kadar faedah yang dikenakan ialah sebanyak 62.5%.

Along menggunakan pendekatan yang ganas kepada sesiapa yang gagal membayar hutang yang diberikan. Ia termasuklah ugutan, deraan malahan bunuh bukan sahaja kepada peminjam, malahan juga kepada ahli keluarga terdekat.Umum mengetahui akan keganasan along ini. Along mengenakan kadar faedah yang tinggi. Nyawa sendiri dan ahli keluarga mingkin terancam. Bayaran perlu dilakukan pada setiap hari. Namun yang peliknya ialah perniagaan along ini mendapat sambutan. Ramai orang awam yang terpaksa menggunakan perkhidmatan along kerana kesempitan wang. Inilah merupakan suatu penyakit kepada masyarakat kita yang barangkali memerlukan kajian dan tindakan yang serius.

Rasanya membenteras keganasan along tidaklah begitu berkesan. Yang lebih elok ialah mengkaji punca mengapa perkhidmatan along ini amat diperlukan dan berikan perkhidmatan alternatif. Sepatutnya juga perniagaan along perlu dibenteras di peringkat awal lagi, iaitu menghalang pemberian pinjaman wang ini dan bukannya bertindak setelah keganasan dilakukan terhadap mangsa.

Monday, September 27, 2004

SARI BERITA



membaca akhbar
catatan peristiwa
berita usang

JEMPUTAN kepada PlumX (istilah PalmX bagi mereka yang mempunyai BMI melebihi 25) untuk sesi joging di pagi Ahad di KLCC hanya menarik minat empat ahli PalmX. Buat pertama kalinya menghabiskan sesi berjalan (termasuk sedikit lari-lari bapak) sebanyak enam (6) pusingan. Hinggakan terasa pedih di tapak kaki (alasan: kasut tidak bagus @ murah). Selepas sesi berjalan, diikuti dengan sesi makan-makan dan kemudiannya menghadiri sesi bercerita.

Selesai tiga acara tersebut, singgah di pasar untuk rutin biasa. Lewat petang melihat blog dan alhamdulillah sudah ada sahabat yang tolong memasukkan entri @ mengemaskini blog. Terima kasih daun keladi.

Di sebelah malamnya menghadiri sesi myJICA Get Together Dinner dan gambar-gambar diner tersebut boleh dilihat di jica.fotopages.com dan juga di laman baru myJICA .

Jamata.





Sunday, September 26, 2004

MBA; SELAMAT HARI LAHIR



pelangi hari
warna warni hidupmu
kek lemak manis


- Kuala Lumpur
26 Sept 2004

Saturday, September 25, 2004

LAGI DIALOG YANG BIASA KITA DENGAR



nota tercatat
temujanji nan palsu
hidup berdosa

TEMUJANJI yang tercatat pada kad ialah pada jam 9:30am dan pendaftaran hendaklah dibuat sejam sebelum masa temujanji. Sesudah nombor giliran dipanggil, inilah dialog yang sudah biasa kita dengar:

staf: Encik pergilah minum dulu sebab XXXX belum datang lagi.

pelanggan: Tak apalah, saya dah minum. Lagipun temujanji jam 9:30am, sekarang baru 9am. Tunggu setengah jam tu biasalah.

staf: Baiklah encik. Tiba giliran nanti kita akan panggil. Ada sembilan orang lagi di depan encik.

Setelah dua jam menunggu, pelanggan yang pertamapun belum dipanggil. Apa akan jadi dengan yang bernombor 40?. Mengapa sampai 40 orang dibuatnya temujanji?. Mengapa datang lambat jika ada temujanji?. Alahai ... XXXX manusia juga. Dia mungkin sakit. Dia mungkin ada masalah. Dia kan manusia biasa macam kita juga. Aki cuba memujuk Aku.
Setelah tiga jam menunggu, staf datang dan beritahu XXXX pergi kursus dan boleh tak jumpa YYYY?.

Itulah mutu perkhidmatan pelanggan awam di negara kita.

Friday, September 24, 2004

AIR KELAPA



air kelapa
penawar yang beracun
usah berlebih

SEMALAM saya ke hospital kerana pemeriksaan rutin dan keputusannya alhamdulillah semuanya OK, kecuali kandungan potasium dalam darah adalah tinggi. Doktor berpendapat ini mungkin suatu kesilapan (silap komputer ha ha haa...) dan ujian darah perlu dibuat semula. Jika ia masih begitu we have to do something, jika tidak semuanya OK dan jumpa lagi tahun depan.

Selepas selesai ambil sampel darah, saya memberitahu sister mengenai perkara ini dan secara spontan beliau meneka:
sister: U memang suka minum air kelapa ya?.

saya:Ya suka, dalam seminggu sekali saya minum air kelapa

sister:ooooo..... banyak tu.... tak boleh... tak boleh. Air kelapa memang banyak potasium, tak elok. Seminggu sekali tu banyak sangat tu.... Satu lagi coke juga banyak potasium. Hentikan....

saya:Orang kata air kelapa ni bagus... boleh buat penawar, macam2 khasiat.

sister: Itu cakap orang kampung. Dari segi kesihatan tidak begitu. Penawar tu jika ada penyakit, jika ada keracunan. Tapi jika minum saja-saja, penawar boleh jadi racun. Orang kampung juga berpendapat air kelapa boleh menyebabkan sakit urat dan lenguh. Kajian menunjukkan air kelapa mengandungi potasium yang tinggi di samping karbohiderat dan sodium. Kehadiran potasium dapat membantu simpanan isipadu darah berlaku dengan cepat. Kandungan ini ada sedikit persamaan dengan minuman sukan.

saya: oooo, saya ingat sekali seminggu tu tak banyak. Saya juga bali KFC sekali seminggu untuk anak-anak dan ari tu doktor cakap KFC hanya untuk anak2 saja, bapak budak tak payahlah. Jadi sekarang semua aktiviti sekali seminggu dikira banyak dan tak bolehlah?. "itu-itu" ****** sekali seminggu tak kan dikira kerap juga, matilah macam ni ha ha ha....

sister: ha ha ha dah nak mula melalut dah tu.... "itu-itu" tu saya no komen. Tetapi kalau senaman sekali seminggu dikira sedikit dan tidak memadai. Senaman kena dilakukan 3X seminggu. Tak perlu lama, "20 minit setiap sesi, 3X seminggu" sudah memadai.

saya: OKlah.... dapat result nanti jangan lupa call saya, atau saya call sisterlah nanti.

sister: OK.. Dengar cerita kata U nak tulis novel, betul ke?. Dah siap ke?. Bawaklah kat sini. Kalau belum, saya ada cerita, real life rasa2nya elok untuk novel ni. Nak dengar tak?

saya: Tak adalah...... tentang cerita tu memang nak dengar...


p.s saya bukan peramah (sangat) dan nurse juga tidak peramah begini, melainkan sudah kenal.

[sekian].



Thursday, September 23, 2004

DIALOG YANG JARANG KITA DENGAR

HARI ini saya bercuti, saja untuk berehat dan nak bercuti tidaklah mudah:-



cuti dan rehat
batu besar digalas
minda berputar

BOS: Engkau mintak cuti esok nak kemana, banyak kerja ni lagi tau?

AKU: Saya nak ke hospital, ada temujanji dengan doktor. Ia dah dibuat enam bulan yang lalu. Pemeriksaan rutin. Paling cepatpun ia perlukan dua jam kerana masa menunggu yang lama. Jika kena ambil ubat lagilah lama. Saya rasa ini urusan persendirian dan bukan urusan rasmi. Jadi kalau lebih dua jam saya rasa bersalah jika tak cuti. Lagipun cuti saya masih banyak lagi. Sejak kerja sini, ini baru kali kedua saya mintak cuti. Tapi kalau cuti tidak diluluskanpun saya tak kisah, saya perlu pergi juga hospital dan saya boleh balik kerja selepas selesai urusan.

BOS: Engkau ni dulu kerja hospital, tak kan lah pemeriksaan rutin begitupun ambil masa lama sangat.

AKU: Dulu saya kerja hospital. Sebab itu saya tahu ramai pesakit yang susah. Ramai yang datang dari jauh. Ada yang kena bertolak malam supaya sampai pagi-pagi. Ada yang kena tidur di surau atau tidur di wakaf dan dalam kenderaan saja. Mereka ni ada yang sakit lagi serius, orang susah pulak tu. Jika orang senang mereka tak datang hospital kerajaan. Saya rasa amat bersalah jika saya guna kelebihan kena staf dan saya potong Q untuk dapat cepat dan melambatkan pesakit lain. Perbuatan itu mungkin berdosa jika pesakit tak redha. Doa orang yang sakit atau teraniaya itu makhbul. Jika kita berdosa dengan Allah, kita boleh bertaubat dan mintak ampun. Jika berdosa sesama manusia, kita kena pergi minta maaf dengan mereka, baru Allah terima. JAdi apa salahnya saya sabar sikit, ikut saja giliran macam biasa saja. Lagipun saya rasa saya sihat ...

BOS: Dah kau kata begitu, OKlah. Cuti-cuti jugak, kerja yang perlu dibuat tu, siapkanlah. Tak kisahlah cuti ke, sakit ke apa ke.

AKU: Terima kasih.

Wednesday, September 22, 2004

KEMAHIRAN DI TEMPAT KERJA




gajah nan kerdil
raja semut perkasa
gading bertuah

cuba bilang berapa kaki gajah ini?


ORANG bijak pandai berpesan bahawa kemahiran teknikal tidaklah penting sangat bagi pegawai awam, walaupun bagi seseorang pegawai teknikal. Apa yang paling penting mengikut hiraki ialah Keupayaan mendorong diri sendiri, Keupayaan mendorong individu lain dan Kemahiran berkomunikasi. Selepas tiga perkara tersebut barulah kepakaran teknikal diambil kira.

Tanpa keupayaan mendorong diri sendiri akan membuatkan anda terasa suatu penyiksaan untuk datang ke pejabat dan cuti, rehat, kursus dan yang seumpamanya amat melegakan. Walau sehebat manapun anda boleh mendorong diri sendiri, anda tidak mungkin dapat menyelesaikan semua kerja organisasi anda. Lantara itu rakan sejawat, anak buah dan bos anda juga perlu seiring jalan. Anda perlu berupaya memberi dorongan kepada mereka juga. Kemahiran berkomunikasi atau networking sememangnya amat penting dalam sesebuah organisasi.

Kemahiran terakhir yang diperlukan ialah kepakaran teknikal. Tanpa tiga kemahiran sebelumnya mungkin menjadikan anda ‘cerdik tidak boleh diikut’, kalaupun bukan “bodoh sombong”.

Namun selalukah perkara ini berlaku di organisasi anda?. Biasanya soalan pertama yang ditanya semasa melapor diri ialah tentang kemahiran yang keempat tersebut…


Tuesday, September 21, 2004

NETWORKING




minum bersama
borak kisah semasa
ingat sahabat

SAYA kurang pasti siapakah yang paling tinggi status, kedudukan serta kuasanya dalam sebuah syarikat swasta. Saya agak dia ialah pengerusi eksekutif (PE). Andaikata saya berkhidmat di sektor swasta, semalam (Isnin) saya mempunyai temujanji dengan PE. Ia adalah temujanji wajib bagi setiap staf, sekali sepanjang berkhidmat dengan syarikat. Namun semalam juga saya mendapat panggilan dari adik saya yang meminta bantuan untuk menghantar anaknya ke IJN. Saya boleh sahaja memberi alasan ada mesyuarat penting atau meminta pemandu teksi sahaja menghantar mereka ke situ. Namun saya membatalkan temujanji saya (dan sanggup menerima apa sahaja akibatnya) untuk satu temujanji lain.

Saya yakin tindakan saya adalah tepat walaupun ramai orang lain kurang bersetuju. Keyakinan saya kebetulan tepat apabila bukan mudah untuk berurusan jika kita tidak tahu ke mana hendak dituju. Secara kebetulan saya mempunyai rakan alumni JICA di situ dan segala-galanya berjalan lancar sekali. Adik saya juga cukup mengkagumi abangnya apabila gilirannya adalah lebih cepat dan perjalanan lebih lancar dari orang lain walaupun diiringi oleh doktor dan jururawat dari hospital lain. Tengok tu... networking tu penting! (berani kata begitu selepas terjadi, jika sebelum hmmmm seram!).

Alhamdulillah dah selamat...

Monday, September 20, 2004

JANTUNG BERLUBANG




jantung berdenyut
darah merah mengalir
pengisi jiwa

DOKTOR telah mengesahkan yang anak anda menghidap penyakit jantung berlubang dan memerlukan rawatan pakar. Apa perasaan anda sebagai ibu bapa?. Di mana akan dicari duit puluhan ribu untuk rawatan?. Selamatkah anak anda jika dirawat? Apa akan jadi jika tidak sempat mendapat rawatan?.

Jika dulu-dulu, penyakit jantung berlubang ini merupakan suatu penyakit serius yang sukar untuk diubati dan banyak membawa maut. Namun kini sejajar dengan perkembangan teknologi, doktor hanya tersenyum sahaja jika mendapati pesakitnya menghidapi penyakit sedemikian. Ini simple sahaja, tidak perlukan pembedahan, kita cuma potong sikit saja, kemudian masukkan tiub dalam jantung untuk tutup lubang tersebut dan biarkan dia di situ. Senang saja, tidak banyak masalah dan insyaallah selamat.

Pengalaman ke IJN kerana menemani anak saudara berusia 4 tahun hari ini telah memperlihatkan betapa ramainya kanak-kanak sebayanya yang berpenyakit sedemikian. Namun IJN telah menemui kaedah baru rawatan tanpa pembedahan. Kini satu kaedah yang canggih telah diperkenalkan bagi merawat pesakit jantung berlubang terutamanya di kalangan kanak-kanak. Kaedah yang dikenali sebagai transcatheter technique atau rawatan secara transkateter (tiub) adalah rawatan jantung berlubang tanpa perlu melakukan pembedahan. Institut Jantung Negara (IJN) telah mempraktikkan kaedah ini sejak tahun 1997 lagi dan sehingga kini lebih 230 kes telah berjaya dirawat....

Sunday, September 19, 2004

MARHABAN DAN BERZANJI


duduk berhimpun
marhaban dan berzanji
adakah sunah?



PULANG ke kampung kerana menghadiri kenduri cukur jambul dan naik buai serta marhaban dan berzanji untuk anak saudara termuda dalam famili.

Barzanji ertinya rawi atau riwayat dan marhaban pula bermaksud puji-pujian. Dalam majlis berzanji dan marhaban ini maksudnya ialah membaca riwayat Nabi sambil memuji-muji Baginda. Marhaban juga bermakna "selamat datang" (ahlan walsahlan) khusus kepada bulan Ramadhan - Marhaban ya Ramadhan (Selamat datang Ramadhan)


Berzanji dan Marhaban biasanya dibaca dalam bahasa Arab, namun ia bukanlah bacaan Al-Quran. Namun ada juga versi atau surah Berzanji/Marhaban ini dalam versi Melayu...

Sesekali terfikir, ada ke dijual album dalam bentuk kaset atau CD atau VCD lagu-lagu Marhaban?. Jika belum ada jom.... kita keluarkan satu!.





Saturday, September 18, 2004

BACA PUISI TENGOK KERTAS




tegak berdiri
kertas nota di sisi
baca puisi


SAYA tak pernah baca puisi di khalayak ramai. Saya terlalu jarang tengok orang baca puisi di pentas. Cuma sesekali ada juga terserempak dengan majlis baca puisi di kaca TV. Mungkin baca puisi dan deklamasi tak sama. Mungkin deklamasi puisi lebih sukar dari baca puisi. Namun saya rasa dalam banyak-banyak seni (suara), baca puisi adalah yang paling mudah jika tidakpun ia mungkin jatuh nombor dua selepas baca pantun. Selain daripada itu seperti syair dan nyanyian tentulah lebih susah lagi.

Mengapa kebanyakan pemuisi yang tersohor apabila tampil ke pentas untuk baca puisi (sendiri) terpaksa melihat kertas?. Adakah mereka tidak hafal atau ada sebab lain?. Biasanya juga, penyair muda atau orang biasa boleh mendeklamasi puisi dengan hafalan sahaja.

Menurut Dr. Victor, seorang penyair dan juga pensyarah bahasa Rusia di UM (yang pernah saya jujmpa & dengar deklamasi puisinya), seseorang pendaklamator yang tidak hafal puisi yang dibaca adalah mereka yang tidak dapat menghayati puisi tersebut. Saya dengar Dr. Victor tersekat-sekat cuba mengingat bait-bait puisi "pokok Binjai Itu" karya Prof Hashim Yaacob di atas pentas...

Friday, September 17, 2004

MERAPU





ikan kerapu
laut berair masin
aku merapu


HARI ni saja-saja nak merapu saja. Sebabnya sudah kehilangan mood. Cerita pasal mood ni, teringat kepada seorang kawan saya di Sekolah Alam Shah dulu. Katanya dalam Malaysia ni tidak ramai orang yang ada mood, kecuali dia sahaja yang sentiasa ada mood. Sebabnya?. Nama dia memang mood, iaiatu Che Mood. Lepas sekolah tak pernah jumpa-jumpa lagi, entah ke mana kini agaknya.

Di sekolah yang sama juga ada kawan saya yang namanya ialah Sayang. Dia kurang selesa apabila murid-murid lain asyik melaung-laungkan nama SAYANG!. Cikgu ada mengesyorkan supaya nama tersebut ditukar, namun katanya dia malaslah nak berurusan dengan pihak-pihak tertentu, apatah lagi nama tu diberikan oleh orang tuanya.

Masa saya tinggal di asrama kat YPM (belajar kat UKM, tapi tinggal di asrama bersama pelajar UM), ada lagi penuntut yang namanya ialah Manja. Nama ini juga unik, namun ada beberapa orang lagi yang mempunyai nama sedemikian kan?.

Thursday, September 16, 2004

INILAH KEHIDUPAN HARIANKU

SEJAK akhir-akhir ni, beginilah jadinya ....

Wednesday, September 15, 2004

MENANGIS


PERBUATAN pertama yang dilakukan oleh manusia bila dilahirkan ke dunia ialah menangis. Mengapa manusia/bayi tersebut menangis?. Anda semua telah menangis semasa dilahirkan dulu, mengapa anda menangis?.

-Ada yang menangis kerana kesedihan
-Ada yang menangis kerana kegembiraan
-Ada anak buah menangis sebab kena marah
-Ada bos menangis lepas memarahi anak buah
-Ada orang menangis berjemaah (tompang menangis sama)
-Ada yang menangis sebab dia adalah perempuan
-Ada yang menangis sebab dia budak-budak

Apa sebab menangis?. Lelaki (dewasa) menangis ke? atau ia hak ekslusif wanita sahaja?.

Diriwayatkan Syaidina Umar juga menangis:
Umar pernah meminta izin menemui rasulullah. Ia mendapatkan
beliau sedang berbaring di atas tikar yang sangat kasar.
Sebagian tubuh beliau berada di atas tanah. Beliau hanya
berbantal pelepah kurma yang keras. Aku ucapkan salam
kepadanya dan duduk di dekatnya. Aku tidak sanggup
menahan tangisku.

Rasul yang mulia bertanya, "mengapa engkau menangis ya Umar?"
Umar menjawab, "bagaimana aku tidak menangis. Tikar ini
telah menimbulkan bekas pada tubuh engkau, padahal Engkau
ini Nabi Allah dan kekasih-Nya. Kekayaanmu hanya yang
aku lihat sekarang ini. Sedangkan Kisra dan kaisar duduk
di singgasana emas dan berbantalkan sutera".

Nabi bersabda, "mereka telah menyegerakan kesenangannya
sekarang juga; sebuah kesenangan yang akan cepat berakhir.
Kita adalah kaum yang menangguhkan kesenangan kita untuk
hari akhirat.

Wallahualam.

Tuesday, September 14, 2004

MINUM TEH


Saya dihidangkan teh jepun oleh Tanaka semasa mesyuarat Sabtu lepas

JOM minum teh.
Mari kita pekena teh tarik.
Apalah engko ni asyik mengeteh (slanga Jawa) ajer.
OK tea time!.
Awak ni asyik ke kedai kopi aja... nak minum tehpun ke kedai kopi, kat rumah kan ada teh?
Teh kat coffe house tu bestlah...

Budaya minum teh ada di merata dunia.

Monday, September 13, 2004

TELOR PENYU


Ini gambar penyu...


Telur penyu sebelum direbus


Selepas direbus dan sebiji telah dikupas


Sedia untuk dimakan

Saturday, September 11, 2004

10 PERKARA YANG DISUKAI DARI BAJET 2005


1.Bonus 1 1/2 bulan gaji kepada kakitangan berpendapatan RM1,000 dan sebulan gaji bagi yang berpendapatan lebih RM1,000.
---> Bolehlah buat bayar hutang

2.Duti eksais rokok daripada RM58 kepada RM81 bagi setiap 1,000 batang.
---> Moga-moga kuranglah sikit pencemaran asap kat ofis ni

3.Imbuhan tetap perumahan Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 hingga 44 naik kepada RM210 sebulan manakala bagi Kumpulan Sokongan gred 1 hingga 40 naik RM180 sebulan.
---> Legalah sikit isteri kat rumah

4.Bayaran imbuhan untuk imam RM450 sebulan.
---> Mudah2an imam fahamlah isi khutbah sebelum membacanya ;-)

5.Pelepas cukai pendapatan individu untuk caruman KWSP dan takaful serta bayaran premium insurans hayat naik kepada RM6,000.
---> Boleh beli insuran tambahan ni...

6.Persembahan kesenian dan kebudayaan oleh artis tempatan di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dikecualikan duti hiburan.
---> Ada sesiapa nak ajak tengok PGL?

7.Tambahan pengecualian cukai bagi pembelian buku dinaikkan kepada RM700 daripada RM500.
---> INgatkan RM1000, tapi tak apalah...

8.Rebat cukai kepada pembayar cukai individu bagi pembelian komputer peribadi dinaikkan kepada RM500 daripada RM400.
---> PDA termasuk tak?

9.Pengecualian cukai pendapatan sehingga RM6,000 setahun bagi pekerja bersara antara 50 hingga 55 tahun.
---> Peluang utk pencen awal ni...

10. Aik.... 9 jer!

Friday, September 10, 2004

HUKUM MENGENAI ALKOHOL

ASALNYA saya nak masukkan dalam comments entri terdahulu, tetapi ia tidak muat, jadi masukkan di sini sahajalah, semoga dapat dimenafaat bersama.

FAWTA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
---------------------------------------------------------------------------------
Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam.
Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada).
---------------------------------------------------------------------------------

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.
2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.

Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

· Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.

Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu
haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)

Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

*****************

HARAM ARAK KERANA ALKOHOL?


ARAK memang diharamkan dalam Islam. Ada hadis yang bermaksud lebih kurang "Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim). Maknanya di sini, minum sedikit walaupun tidak memabukkan juga adalah haram sebab hukumnya memang haram. Begitu jugalah dengan memasukkan arak ke dalam makanan, sebagai penyedap rasa atau sebagai ubat penahan, hukumnya sama sahajalah.

"Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Dalam arak tersebut pula ada alkohol. Persoalannya adakah alkohol adalah najis?.

Thursday, September 09, 2004

BLOGGER BUAT HAL

BLOGGER BUAT HAL

Sudah seharian cuba menulis dan menghantar entri dari PC, tetap gagal. Ini percubaan dari handphone pula.

Error yang didapati ialah 001 java.net.ConnectException: Connection timed out Ha ha ha Blogger dah merajuk dengan Java ....

Wednesday, September 08, 2004

KEDAI ISLAM JUAL ARAK

HARI ini saya berhasrat untuk melulis mengenai arak. Sambil belek-belek nak cari satu dua hadis mengenai pengharaman arak, saya jumpa laman ini yang saya rasa begitu bagus untuk dikongsi. Selapas dibaca, apa pandangan anda mengenainya?

Beberapa tahun lalu ... pada suatu malam .. jika tidak silap ingatan saya ianya adalah Sabtu malam Ahad kira-kira pukul 9:30 malam ... saya membeli akhbar Sunday Mail di Kedai Seven Eleven. Ketika saya keluar kedai ... di luar pintu saya lihat seorang pemuda bukan Melayu yang kemudiannya memberitahu bahawa dia adalah Australian dan Muslim .. saya lihat sedang merungut-rungut seorang diri.Apabila saya bertanya mengenai masalah yang dihadapinya ... dia dengan wajah sedih bercampur marah memberitahu ... bahawa dalam kedai Seven Eleven ini ada menjual Arak ... dia baru lihat seorang bukan Muslim membeli beberapa botol Arak ... apa yang disedihkannya dan menimbuklan kemarahannya adalah ... pekerja kaunter berkenaan adalah seorang Gadis Muslim!

Antaranya dia berkata ... bahawa sebagai Muallaf .. baru memelok Islam beberapa tahun ... pun dia tahu bahawa bekerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak ... kadang-kadang terpaksa pula menyusun botol-botol Arak ... kadang-kadang memasukkan botol-botol arak dalam bag plastik ... ini semua subahat ... dan pendapatannya adalah haram ... dia tidak faham mengapa seorang Gadis Muslim boleh bekerja dalam keadaan sedemikian ... takkan sebagai Gadis Muslim yang memang sudah Islam sejak lahir dan belajar Agama di Sekolah Rendah & SekolahMenengah tidak tahu hukum berkenaan ... di mana kawan-kawannya? Di mana ibu bapa dan sanak saudaranya? Di mana orang-orang Muslim .. tidak adakah sesiapa yang memberitahunya? Kemudian dia memberitahu .. bila dia memaklumkan kepada Gadis Muslim tersebut sebentar tadi ... Gadis tersebut hanya tersenyum sambil berkata "Asalkan saya tak minum tak apalah! Saya terpaksa kerja di Seven Eleven ini kerana terpaksa untuk bantu keluarga!" Ayat itulah yang menyebabkannya berasa begitu sedih dan kecewa ... dan merungut- rungut depan kedai!

Dengan nada sedih bercampur marah dia berkata kepada saya "Jika seorang Gadis Muslim dalam negara Muslim sanggup bekerja di Kedai yang menjual Arak .. bagaimana kalau dia berada di negara saya Australia .. sebuah negara Kafir ... penduduknya pun Kafir ... apakah dia akan sanggup pula menjual kehormatannya dengan alasan terpaksa?" Dia menyambung lagi "Saya fikir ada lebih baik dia beli kuali dan jual goreng pisang tepi jalan ... kerja itu jauh lebih mulia dari dia kerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak"! Dia menyambung lagi "Tidakkah dia tahu bahawa Allaah SWT itu ada! Bukankah Allaah SWT yang mengurniakan rezeki! Apakah dia masih belum yakin bahawa Allaah SWT akan sentiasa membantu hamba-hamba yang taat kepadaNya?" Di akhir perbualan kami saling berpesan untuk berdoa semoga Allaah SWT mengurniakan setiap Muslim dan Muslimah kefahaman Agama dan kekuatan untuk beramal dengan Ahkam Agama Islam yang murni ini. Semoga kisah yang pernah saya sendiri lalui ini sedikit sebanyaknya memberi manafaat kepada kita semua.

Tuesday, September 07, 2004

JAVA


DUNIA komputer atau IT atau ICT kini dilanda oleh demam Java. Di sana Java, di sini Java. Java boleh diperolehi dalam PC, telefon, PDA, myKAD dan apa sahaja benda yang mempunyai chip. Demam Java dalam dunia pengkomputeran ini ala-ala demam Akademi Fantasia dalam masyarakat yang baru sahaja berakhir.

Apakah sebenarnya Java?. Apa kelebihan Java?. Mengapa perlukan Java?. Adakah Java sama dengan Jawa?

Java (dengan J huruf besar) juga dikenali dengan Java Panas (HotJava)adalah satu bahasa pengaturcaraan komputer. Ia dikategorikan sebagai bahasa pengaturcaraan orientasi objek atau OO (Object Oriented). Asalnya Java ini dihasilkan oleh syarikat Sun Microsystem. Kini Java boleh digunakan di pelbagai platfom komputer. Nama Java ini bukanlah berasal dari Jawa (yang dieja Java oleh Inggeris). Konon ceritanya nama ini diambil daripada sejenis kopi, Java. Alunan asap kopi Java ini telah menarik minat sekumpulan programmer yang kononnya sedang berbincang mengenai kehebatan program baru tersebut, lantas diberi nama Java. Wallahualam.

Demam Java yang melanda ini membuatkan sebarang aplikasi baru yang ingin dibangunkan, maka Javalah pilihanya. Kadang-kadang tanpa memikirkan buruk-baik atau kelebihan atau kekurangannya, Java tetap menjadi pilihan. Walau apapun kehebatan Java ini, lagilah hebat untuk dikongsi bersama bahawasanya di Malaysia negara kita ini, boleh dikatakan tidak ada Java Programmer. Hampir kesemua programmer ini diimport dari India. Itulah hakikatnya.

Monday, September 06, 2004

H2O


AIR atau H2O adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan. Ia diperlukan oleh badan manusia untuk meneruskan kehidupan. Selain daripada teh dan kopi, minuman yang paling digemari suatu masa dulu ialah air mati atau dikenali juga sebagai air kosong. Harganya amat murah sekali ataupun hampir-hampir tiada harga langsung. Jika seseorang ke restoran atau kedai makan, jika memesan air kosong sahaja maka pelbagai pertanyaan terkumpul dalam kepala yang melihatnya seperti kedekut? sakit? tidak berduit? dan ...

Namun status air mati atau air kosong ini telah dinaiktaraf setelah timbulnya apa yang dikenali sebagai air mineral dan adik-beradiknya seperti air suling, air osmosis, air minuman dan banyak lagi. Malahan harga air mineral telah jauh lebih mahal daripada air-air minuman ringan yang lain. Harga air mineral ini memang terlalu mahal dan yang paling mahalnya ialah apabila menteri sudah menegur akan harganya yang lebih mahal dari minyak petrol. Harga air mineral di Malaysia juga adalah lebih mahal berbanding dengan harga yang dijual di Saudi, iaitu sebuah negara yang sukar untuk mendapatkan punca air. Di Jepun dikatakan harga susu lembu adalah lebih murah berbanding dengan air mineral. Begitu juga di beberapa negara lain lagi.

Apa lagi yang boleh dijual dengan harga mahal selepas ini?. Saya ramalkan ia adalah air tawar ...

Sunday, September 05, 2004

KHASIAT PETAI


JIKA disebut petai, rasa-rasanya semua orang Melayu tahu. Nama saitifik bagi petai ialah Parkia speciosa Hassk. Nama ini hanya saintis sahaja yang tahu. Agak-agaknya orang putih panggil petai ini apa agaknya?. .... pete!.

Pepagi semalam terpaksa membawa diri berjumpa dengan Dr. Asmah.
Dr: Eh kome lame tak maghi, ape ke hel nya pulak ni?

mba: biasalah Dr. penyakit lama.

Dr: Ape dimakannye sampe begini jadinya.

mba: Tak ada apa Dr. entahlah. Saya dah give-up rasanya, semua pantang saya ikut. Itu yg Dr. tulis dalam kertas, satu muka A4 tu saya dah ikut, kena jugak.

Dr: Sayapun ada gout ni, rasa sakit sikit saya telah ler ubat. Ni hah ada ubat baru, bagus ni, tak payah injection. Nama dia vioxx.

mba: Agaknya Dr. jika malam-mala kita bermimpi makan sedap-sedappun tak boleh ke?. Malam tadi saya mimpi makan petai banyak betul, tak kan ari ni terus sakit ni....

Dr: Ooooo.... ni pase makan pete lah ni ye?. Tahu tak pete tu banyak protin dan dengan senangnya generate uric asic. Tak usah makan dua tiga papan, makan satu dua matapun dah cukup.

mba: TApi petai tak ada tulis dalam kertas tu?

Dr: Pete tu makanan orang kampung.... kertas tu omputeh yang tulis. Yang awak dah mengaji omputeh, faham-faham jerlah. Orang kampung tak apa makan pete sebab depa banyak guna tenage.

mba (dalam hati): alaiah Dr. ni, leweh benor cakap Perok dia.... apa pete-pete ni? (rupa-rupanya Dr. cakap omputih).

Itulah khasiat pete yang mba dapat dan sedang menikmatinya kini....

Saturday, September 04, 2004

SINCHAN SUDAH AMPAT TAHUN


Selamat hari lahir Sinchan. Alahai anak merdeka, kek pun bermacam ragam sekarang ...

Friday, September 03, 2004

MEROKOK BUKAN LAGI MAKRUH


UMUM mengetahui bahawa hukum merokok adalah makruh. Iaitu jika dilakukan tidak mengapa dan jika ditinggalkan mendapat pahala. Walau bagaimanapun fatwa terbaru telah mengubah hukum makruh ini kepada haram. merokok adalah HARAM hukumnya. Persoalannya ialah banyak orang awam, khususnya perokok yang mempertikaikan hukum dan fatwa ini. Bagaimana hukum boleh pula berubah?.

Mengikut ustaz (yang saya dengar ceramahnya), asal makruh merokok ini adalah kerana diqiaskan kepada sebuah hadis yang lebih kurang bermaksud "bagi sesiapa yang memakan bawang (mentah), janganlah menghadiri majlisku". Orang Arab memang suka memakan bawah secara mentah dan meninggalkan kesan bau yang kurang enak. Nabi melarang mereka ini dari menghadiri majlisnya (majlis ilmu, ta'lim dll) jika seseorang makan bawang kerana baunya dikhuatiri mengganggu yang lain. Dari situ ia diqiaskan juga dengan merokok kerana ia juga meninggalkan kesan bau yang busuk juga. Dengan itu merokok dihukumkan sebagai makruh.

Banyak mufti hari ini seperti dari Mesir, AlAzhar, Malaysia dan banyak lagi telah bersepakat mengatakan merokok tidak lagi dikategorikan sebagai makruh, tetapi ia adalah haram. Di antara alasannya ialah merokok membahayakan kesihatan, terdapat pelbagai jenis racun dalam rokok, menimbulkan ketagihan, merosakkan ekonomi dan lazimnya taukeh syarikat rokok adalah golongan Yahudi yang menaja pelbagai perkara maksiat.

Wallahualam.

Thursday, September 02, 2004

ASTRO


PADA masa ini banyak pengguna stesen TV berbayar Astro berada dalam dilema dan marah-marah. Ia itu samada ingin menggunakan kad baru atau tidak. Jika mengambil kad baru bermakna secara automatik perlu melanggan Astro ini selama 12 bulan ataupun akan dikenakan bayaran RM500 jika menghentikan langganan. Tanpa kad baru maknanya tiada siaran Astro.

Isunya mungkin kecil sahaja, iaitu strategi perniagaan Astro untuk mempastikan pelanggan mereka tidak lari dan beralih kepada stesen TV berbayar yang lain, yang akan muncul tidak lama lagi, khususnya MiTV.

Alahai..... Astro tu kan setakat TV aje?. Apalah nak dikepoh-kepohkan?. Kalau iya pun, RM500 tu kan kecik aja, lantaklah kena saman dan ditutntut duit sebanyak tu...

Entahlah labu...

Wednesday, September 01, 2004

BELI ATAU BUAT SENDIRI?


HARI RAYA akan menjelang lagi. Dua perkara utama yang harus disediakan ialah kuih raya dan baju raya. Persoalan utama yang perlu dijawab ialah samada pakaian perlu dijahit sendiri atau ditempah dan kuih perlu dimasak sendiri atau dibeli. Sesungguhnya dalam kemajuan kehidupan kita hari ini, banyak benda dan perkhidmatan boleh kita perolehi dengan cara membeli atau mengupahnya sahaja berbanding dengan membuatnya sendiri. Membeli atau mengupah biasanya adalah lebih mudah, lebih sedap, lebih cepat dan lebih murah. Jadi buat apalah bersekang mata menjahit baju anak-anak sedangkan membelinya adalah lebih murah?. Apatah lagi anak-anak sekarang, bukannya inginkan pakaian berjenama sendiri. Buat apalah susah-susah di dapur hinggakan tinggalkan sembahyang terawih semata-mata untuk menyediakan berjenis-jenis kuih raya?. Bukankah dengan membeli atau menempahnya adalah lebih senang,lebih murah dan kadang-kadang juga lebih sedap dari yang dibuat sendiri?

Nanti ada pula yang menyoal, buat apa ada isteri jika tidak boleh memasaqk sendiri. Buat apa ada isteri jika pakaian ditempah?. Namun adakah itu sahaja kerja isteri?. apa pula kerja suami? Jika kuih rayapun hendak dibeli, nanti penjual sahaja yang kaya, kuih tak sesedap mana tetapi harganya cukup tinggi. Buatlah sendiri walaupun susah, walaupun tak sedap, walaupun kosnya tinggi, namun kepuasan buatan sendiri tidak sama dengan membeli. Jika semua hendak dibeli sampai bilapun kita tidak boleh berlajar, sampai bila-bilapun kita tetap terjajah.

Sebenarnya saya ingin kaitkan suasana baju raya dan kuih raya ini dengan alam pekerjaan. Segelintir orang berpendapat para pekerja ICT sepatutnya tidak menggunakan perisian dan perkakasan komputer sedia ada, buatlah sendiri. Jangan gunakan produk Microsoft, buatlah produk sendiri, gunalah Open Source. Jangan gunakan blogger yang servernya di luar negara, buatlah sendiri dalam negara, kita mampu, kita dah merdeka. Jawapannya ada pada anda semua.