Labels

Saturday, December 29, 2007

RUDINARA - IKON RUMAH MALAYSIA



Rumah ini diperbuat daripada tiga batang kayu cengal. Ia dipilih, ditebang dan diproses sendiri oleh tukangnya yang pakar. Rumah ini mengambil masa enam tahun untuk disiapkan. Rudinara ialah gabungan nama pemiliknya, iaiatu Dato' Dr. Rudin dan isterinya Munira. Rumah ini adalah satu-satunya rumah yang telah menerima Anugerah Aga Khan.

Ia menggunakan paling sedikit paku. Tukangnya Ibrahim Adam adalah seorang yang buta sebelah mata dan hanya mempunyai satu tangan.

Paling menarik, rumah ini tidak berapa jauh jaraknya daripada rumah saya.

Wednesday, December 26, 2007

TOKOK TAMBAH

SAYA pernah terbaca petikan daripada novel atau rencana yang tertulis lebih kurang begini:-

"En. Amir mengangkat ganggang telefon sambil merungut. Mengapalah pejabat di Kuala Lumpur membuat panggilan pada jam tiga pagi di musim dingin begini. mengapakan tidak ditunggu sahaja hari siang?". En. Amir adalah pegawai yang dihantar bertugas di London.

Mengapa jam tiga pagi yang dititik beratkan?. Jawapannya ialah kerana ia terlalu pagi. Sewaktu manusia sedang tidur. Ia tidak sepatutnya diganggu.

Apa yang tidak kena dengan cerita ini?.
Pada jam 3am di London, bersamaan dengan jam 8pm di Malaya. Biasanya ofis sudah tutup. Barangkali penulis tidak sempat untuk mengira perbedaan waktu antara dua negara.

Namun bukankah kita sudah biasa mendengar kata-kata "yang sejengkal jadi sedepa".Barangkali itulah yang sebenarnya yang ingin ditulis oleh penulisnya.

Barangkali.

Tuesday, December 25, 2007

SANTA CLAUS MELAYU


Gambar Hiasan & Tidak Ada Kena Mengena Dengan Entri

RAKYAT negara kita sudah lama menyambut perayaan Krismas. Ia adalah perayaan bagi penganut Kristian. Biasanya orang Islam tidak menyertai perayaan ini kerana ia berkaitan dengan ugama dan kepercayaan Kristian. Rumah terbuka Krismas rasanya jarang dihadiri oleh penganut Islam. Itu barangkali benar pada suatu waktu dahulu. Pada masa tersebut ISlam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Tetapi kini?.

Saya sudah bertahun-tahun melihat kehadiran Santa Claus di kompleks-kompleks membeli belah. Biasanya mereka adalah wanita ataupun lelaki dari bangsa Cina ataupun India. Mungkin Cina atau India ini berugama Kristian ataupun mungkin juga ugama Budha atau Hindu atau ugama-ugama lain. Inilah kelebihannya Malaysia sebagai negara majmuk pelbagai kaum. Jika pada hari Jumaat, polis yang menjaga trafik di masjid ialah samada polis India, Cina ataupun wanita. Polis lelaki boleh solat Jumaat. Jika semasa perarakan deepavali, polis India pula boleh berarak dan yang Melayu menjaga keamanan. Skuad anjing pula dibelai oleh orang bukan Islam yang biasa dengan anjung. Begitulah negara majmuk.

Namun semalam saya sudah berjumpa dengan Santa Claus wanita Melayu. Inilah Santa Claus pertama yang saya temui.

Melayu Boleh!.

KURISUMASU


Hoteiosho Santa Claus Jepun

HARI ini 25 Disember adalah hari Krismas yang disambut oleh penganut Kristian di seluruh dunia. Banyak negara yang bercuti pada hari ini. Di Jepun Krismas dipanggil Kurisumasu dalam ejaan dan jika disebut ia berbunyi Ku-ri-su-mas. Ia adalah perkataan Inggeris yang dijepunkan. Jepun tidak bercuti pada hari Krismas. Rakyat Jepun dianggarkan 1% berugama Kristian.

Walau bagaimanapun sambutan Krismas boleh dikatakan disambut meriah di Jepun. Kita boleh temui ramai sekali Santa Claus samada lelaki mahupun perempuan. Lebih sebulan daripada tarikhnya, hampir semua kedai dan gedung membeli belah telah dihias merah putih dengan segala perhiasan Krismas. Apabila ditanya, pokok pangkalnya adalah untuk melariskan perniagaan masing-masing.

Sunday, December 23, 2007

PSM TERSILAP SERVIS


Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah mengambil tindakan yang dikira wajar dengan menarik diri daripada menyertai sukan SEA di Korat, Thailand. Ini adalah sebagai tanda protes kepada tuan rumah, Thailand dan juga Persatuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) yang memperkenalkan bola takraw baru yang bersalut getah. PSM mendakwa bola ini membahayakan pemain. PSM mendakwa bola ini belum sempat diuji sepenuhnya, iaitu minima enam bulan mengikut peraturan. Pada awalnya banyak negara yang ingin mengikut jejak langkah PSM, tetapi akhirnya hanya PSM sahaja yang memulaukan sukan SEA. Ini adalah kekalahan pertama PSM.

Semasa sukan SEA berlangsung, menteri berkaitan telah membidas PSM kerana tidak bersemangat sukan dan memulaukan sukan SEA. Ini pukulan libas kali kedua kepada PSM. Walhal bola tanggung yang dilontarkan oleh tekong PSM sebelum bermulanya temasya sukan tersebut tidakpun dilipat oleh sesiapa.

Setelah berakhirnya temasya sukan SEA, ISTAF dan ASTAF (Persatuan Sepaktakraw Asia) khabarnya akan mengambil tindakan terhadap PSM. Ini adalah merupakan lipat maut hasil bola tanggung yang diservis oleh tekong dan dalang-dalang mereka.

PSM oh PSM.

Wednesday, December 19, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

KL BANDAR TANPA WAYAR

Kuala Lumpur akan menjejaki beberapa bandaraya di dunia yang akan menyediakan perkhidmatan jalurlebar tanpawayar percuma. Sebanyak 600 hotspots akan dipasang di seluruh KL. Syabas.

Tuesday, December 18, 2007

NASI KEPAL


ADALAH dipercayai bahawa masih ramai lagi warga Malaya yang mengingati akan nasi kepal. Adapun begitu, di manakah kita boleh menikmati akan nasi kepal ini. Maksudnya kedai mana dan restoran mana yang ada menjual nasi kepal. Tidak mungkin ada rasanya.

Jika di negara matahari terbit, nasi kepal atau onigiri memang banyak sekali dijual di mana-mana sahaja.

Hmmmmm..... sedapnya.....

Saturday, December 15, 2007

KAPALTERBANG POKEMON


SEMASA mendarat di lapanganterbang Okinawa, saya berhenti sebentar untuk mengambil gambar sebuah kapalterbang yang dicat kuning dan berkartun Pokemon. Ah entah apa-apalah Jepun ini, bisik hati saya sendiri. Namun saya tidak sendirian, ramai lagi rupa-rupanya orang Jepun yang turut mengambil gambar kapalterbang tersebut.

Semasa penerbangan dari Okinawa ke Tokyo, hujan lebat dan taufan hampir melanda OKinawa. Beberapa kapalterbang berpatah balik dan hampir semua jadual penerbangan terlewat daripada jadual. Tanpa disangka, penerbangan saya dari Okinawa ke Tokyo adalah kapalterbang Doremon !. Kapalterbang kuning ini bukan hanya di luar, di bahagian dalam juga dihias dengan karektor Doremon. Begitu juga dengan pramugarinya, berkarektor Doremon juga.

Friday, December 14, 2007

SAKIT JANTUNG

KINI sana sini ada orang mati kerana sakit jantung.
Semalam sihat-sihat sahaja,hari ini sudah meninggal.
Dulu OK sahaja, kini sudah tiada lagi.
Dunia kian canggih, penyakit bertambah banyak.

Walau apapun, rasa-rasanya penyakit-penyakit begini memang sudah wujud.
Logiknya, ramai juga orang kita di kampung-kampung yang meninggal dengan tiba-tiba sahaja. Kita istilahkan sebagai mati mengejut. Mungkin mereka meninggal kerana sakit jantung. Cumanya kepakaran perubatan belum diperolehi pada masa tersebut. Maka mati mengejut adalah jawapannya.

Apakah simpton sakit jantung?. Adakah ia bermula dengan sakit dada ataupun sesak nafas atau yang seerti dengannya?. Kawan saya rasa pening bila bangun tidur dan muntah. Bila dibawa ke hospital, dia disahkan sakit jantung. Kawan anda bagaimana pula tanda-tandanya?.

Monday, December 10, 2007

LAJU BUAIKU OFISKU LAJU



BERDASARKAN fakta di atas, sambungan Internet di ofis teramatlah lajunya. Tidak disangka-sangka sebenarnya. 7.8Mbps muatnaik dan 21.2Mbps muatturun adalah satu angka yang magik. Ia laju. Memang laju. Jika fakta ini benar dan tidak menipu, maknanya selama ini ia perlahan adalah kerana perasaan sebenarnya. Kita perasan dan berperasaan ia tidak laju. Sebenarnya ia memang laju. Betulkah begitu?.

TAMAN JEPUN


Taman di Dalam Laman Lapanganterbang Okinawa
[Petikan tangkap ingat daripada buku Travelog Jepun]

NEGARA Jepun dihuni oleh lebih daripada 120 juta penduduk. Kawasan lapang amat terhad. Walau bagaimanapun kita boleh temui di mana-mana sahaja taman di Jepun. Sekiranya ada kawasan lapang, di situ akan ada taman Jepun. Taman-taman ini boleh dilihat di beranda rumah, hotel, lapangan terbang, pejabat atau di mana-mana sahaja.

Taman Jepun menggambarkan alam semesta. Namun ia bukanlah replika sebuah dunia. Kesemuanya penuh makna. Batu melambangkan gunung ganang. Pokok mewakili hutan rimba. Kolam melambangkan tasik. Kesemua unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan membentuk sumber alam semesta yang harmoni.

Sunday, December 09, 2007

JALUR LEBAR DI MALAYA


KINI saya adalah pengguna jalur lebar tanpa wayar Maxis. Apa boleh buat, hanya itu sahaja pilihan yang ada di rumah saya dalam kawasan eKL ini. Kawasan ini adalah kawasan super bagi Maxis Broadband dan dijamin dapat kelajuan 2MB. Wah seronoknya!. Bagi Jalur lebar Jaring, saya dapat hanya 5% perkhidmatan (hijau) dan yang selebihnya merah. Bagi TM Streamyx, yilek! tak ada signal langsung.

Namun hakikatnya kelajuan yang diperolehi hanyalah seperti dalam gambarajah. Ia ity 35k & 77K bagi muatnaik dan muatturun masing-masing. Ia adalah 10% daripada apa yang dibayar (3.5MB). Inilah hakikatnya di Malaya kita. Jika dulu saya terpaksa buat kerja di rumah jika inginkan Internet yang lebih laju dan stabil, maka kini tiada lagi. Sebabnya di pejabat ia adalah lebih teruk lagi keadaannya.

Dengar kawan-kawan dapat sehingga 400MB di negara mereka, memang tidak dapat dibayangkan langsung!. Malaya oh Malaya.

Saturday, December 08, 2007

PINDAH RUMAH: TIADA INTERNET

SUDAH seminggu pindah rumah baru dan di sini tiada telefon, tiada Internet. Hmmmm kawasan MSC dan eKL lagi...

Saya ke TM Points minta pindahkan telefon dan Streamyx dari rumah lama ke rumah baru. Ambil nombor, isi borang dan tunggu dan diberitahu jalan rumah saya tiada Streamyx. Jalan depan ada, jalan belakang ada. Pelik. Walau bagaimanapun telefon bolehlah pindah. Nanti pihak teknikal kami siasat, mengapa jalan ini tidak ada Streamyx. Ada atau tidak saya tetap akan hubungi encik semula.

Haprak sungguh, seminggu tunggu tidak ada call tidak ada apa. Telefon 100 dia kata TM Points masih belum released order. Pergi TM Points semula, dia kata memang tidak ada telefon pun, jangankan Streamyx. Dia cadangkan potong saja line kat rumah lama dan balik.

Kirim pesanan ini kepada CEO TM dan masih belum terima perkhabaran. Call pengurus TM dan janji akan siasat dan masih tinggal janji.

Contact GM Maxis dan "kami boleh beri full servis kat rumah tuan. Sila maklum kepada saya jika mahu".

Ni nak pergi ke PC Fair untuk daftar Maxis Broadband for famili.

p.s Sekarang guna Jaring Broadband yang 95% daripada masanya tidak ada coverage.

Saturday, December 01, 2007

TANDAS HOTEL TADAS KITA

KHABARNYA kerajaan kita akan menguatkuasakan undang-undang supaya setiap hotel mempunyai paip air dalam tandasnya untuk membolehkan orang Islam bersuci. Tindakan ini [akan] dibuat setelah menerima rungutan daripada pelancong ISlam dari negara-negara Arab yang hairan, mengapa Malaysia negara Islam yang tandas hotel berbintang-bintangnya tidak mempunyai paip air untuk bersuci dan membersih diri. Walhal hotel-hotel di Jepun, Korea dan Singapura mempunyai paip air.

Apakah maksudnya daripada kennyataan di atas?.

1. Kita akan dengar jika rungutan datangnya daripada orang luar
2. Negara asing akan berbuat apa sahaja untuk kepentingan busines
3. Hotel asing akan dibina bulat-bulat ikut spesifikasi asing di negara kita, dan kita takut untuk meminta mereka mengubahnya
4. Hotel asing akan bina hotel mereka mengikut spesidikasi negara(dalam kes Jepun, Korea, Singapura) dan Hilton masih tetap Hiltin juga ...
5. Kita lebih jaga spesifikasi hotel asing berbanding keperluan penghuninya
6.
7.

* Nanti bila pelancong asing buat rungutan, mengapa hotel sepuluh bintang dalam negara Islam Malaysia menjual arak dalam premis Halal mereka, sudah pastinya kita akan gabrah. Sebabnya? Kita tidak ikut spesidikasi Islam.


[NOTA]: Saya baru balik dari Jepun dan tidak ada masalah nak basuh berak sebab jamban mereka disediakan dengan alat pembasuh berak dan kencing walaupun tidak ada paip. Airpun tidak meleleh dan tepercik merata-rata.

Tuesday, November 27, 2007

HUJAN LAGI

Okinawa dilanda hujan lagi
ada khabar taufan akan melanda
semoga penerbangan tidak tergendala

semalam sesi meronda
jumpa kawan lama
ketemu kordinator
makan malam di shukudo

semalam juga ada acara
homestay menutup tabir

hari ini akan ke tokyo
ketemu para pelajar
yang bersekali datang sekapal

Monday, November 26, 2007

OKINAWA

hari ini hujan renyai renyai
okinawa di landa hujan.
program hari ini.
jalan-jalan
dan
ke oic utk sesi foto
dan
homestay party



kans

klia chubu oki

penerbangan malaysia daripada klia terlewat tiga jam. penerbangan sebelas empat puluh lima hanya berlepas jam tiga pagi. akibatnya semua jadual yang telah diatur oleh gifu world youth GWY tergendala. kami tiba di dewan persidangan setelah semua acara selesai. yang menunggu ialah keluarga angkat untuk menemui dan mengambil anak angkat mereka dan makan tengahari dihidangkan

selesai acara utama kami para kordinator ke hotel APA untuk membersih diri, solat dan jalan jalan. hajat hati nak tengok tugu peringatan HAIKU dan Basho. Hari dah gelap. Saya ke Nagoya untuk makan malam dan seterusnya menaiki train ke nagoya airport. Bermalam di airport lebih selamat berbanding di gifu. sebabnya perjalanan ke airport mengambil masa dua jam sedangkan penerbangan ke oki ialah jam lapan pagi.

tiba di oki jam sepuluh empat puluh dan terus ke hotel tamaki. check in tetapi hanya dapat masuk hotel jam tiga petang. So jalan jalan dulu keliling kokusai dori menanti waktu . sakit kepala. sakit kaki. jam dua diberikan checkin dan terus zzzzzzzzv.

surprise. surprise. surprise. budak budak students tunggu di airport jam lima sedangkan tuan punya diri sudah lama zzzzzz. siapa surprisekan siapa ....

terima kasih halela kerana datang ziarah

KUL-CHUBU-OKI

ペ根r版ガンまぁy氏ぁダリパダkリア手rぇ和t瀬ラマ地がじゃm

Friday, November 23, 2007

TRAVELOG JEPUN II



INSYAALLAH Travelog Jepun II akan bermula pada malam ini.
Kami (sekumpulan 28 orang pelajar dan kordinator) akan berlepas daripada KLIA menuju Nagoya. Dari Nagoya kami akan menuju ke daerah Gifu bagi menyertai sambutan ulangtahun ke-20 Gifu World Youth (GWY). Gifu adalah tempat di mana Matsuo Basho seorang pengasas Haiku (sajak Jepun) menghasilkan karya-karya agungnya.

Para pelajar akan diserahkan kepada keluarga angkat mereka di Gifu. Saya akan bermalam di Gifu sementara menunggu penerbangan ke Okinawa pada pagi-pagi keesokan harinya. Di Okinawa saya akan bermalam di tempat yang telah disediakan oleh JICA untuk membuat sedikit penyelidikan mengenai Travelog Jepun.

Saya akan menemui semula para pelajar ini di Tokyo sebelum sama-sama berlepas pulang ke Malaysia. Di Tokyo saya dijangka akan bertemu dengan beberapa orang kawan yang merupakan guru-guru yang telah mengajar saya lama dahulu. Juga kawan baru yang baru dikenali.

* Barangkali blog tidak dapat dikemaskini dan bergantung kepada kebolehcapaian kepada Internet di sana.

Thursday, November 22, 2007

PENYAPU KERAMAT



Inilah wajah penyapu keramat
yang menjadi perbualan hangat
pemberi sorang MB
penerima seorang presiden PBT
kata orang
MB tak boleh beri penyapu kerana PBT
bawah kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri
Penyapu, jika nak beri juga Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, bukan MB
MB jaga negeri saja
pusat perlu kasi tutup
penyapu itu mengaibkan penerima
penyapu diberi sebab prestasi 2006 tak capai
tahap minima
tapi prestasi 2007 dah lebih
tak patut
tak patut
(ayam) tak patuk

lepas ini tentu ada arca penyapu gergasi di mana-mana
tidakpun
penyapu terbesar di dunia

lepas ini
sama-sama kita tengok
apa jadi kepada pemberi
apa jadi kepada penerima
apa jadi kepada penyapu.

penyapu keramat

Wednesday, November 21, 2007

ANTOLOGI HAIKU 2006




INI adalah rupa buku Antologi Haiku 2006 yang diminta oleh Haijin mempromosikannya. Cantik kulitnya. Menarik foto landskapnya. Isinya saya tidak boleh beri ulasan sebab belum baca.

LABUAN



SAYA di Labuan beberapa hari, sebab itu blog tidak dikemaskini.

Friday, November 16, 2007

PULAU BATU PUTIH - MANA DOA NEGARA?



MEMBACA hujah-hujah tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu Putih, kecut juga perut dibuatnya. Bersungguh benar depa berusaha untuk mendapatkannya. Hujah dari Malaysia pula entahlah boleh makan ataupun tidak.

Adakah pemilikan pulau sebesar padang bola ini penting kepada Malaysia?. Jika tidak penting mengapa sanggup pergi mahkamah antarabangsa?. Jika penting, sepenting mana?. Mana lebih penting di antara program angkasawan ataupun hak pemilikan Batu Putih?.

Jika kita masih ingat, seluruh negara berdoa untuk kejayaan program angkasawan kita. Seluruh negara buat sembahyang hajat. Mengapa kita tidak buat hadhari perkara yang sama terhadap Pulau Batu Putih?. Barangkali program angkasawan tidak ada siapa yang boleh tolong lagi sebab sudah tidak ada graviti, maka kita bergantung dan berdoalah kepada Allah. Barangkali Pulau Batu Putih ada 16 orang hakim yang boleh menentukannya. Ia adalah urusan manusia. Maka kita tidak perlu berdoa lagi? Masyaallah.

Patutnya kita perlu berdoa juga .... setiap masa, setiap perkara.

Thursday, November 15, 2007

FOTO TAHUNAN TERBAIK



INI adalah tanda kesetiaan.
Ini adalah tanda kebanggaan
Ahli myJICA ini naik gajahpun masih megah dengan logo mereka.

Wednesday, November 14, 2007

BERITA BAIK BUAT FU-YOH!

DiGi telah memohon untuk membeli spektrum 3G TimeDotCom. Ia merupakan berita baik bagi semua pengguna setia DiGi yang ditinggalkan oleh Celcom dan Maxis bagi perkhidmatan 3G.

Monday, November 12, 2007

PINDAH RUMAH - BELANJA BESAR


Ini sketch landscape rumah saya (kononnya)



DULU saya tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebabnya saya dan isteri bekerja di KL. Kini saya tinggal di Selangor, sebabnya saya dan isteri bekerja di WP Putrajaya. Mengikut jangkaannya hujung bulan ini kami sekeluarga akan berpindah rumah. Ia itu ke Puncak Mutiara.

Walaupun ini bukanlah kali pertama berpindah rumah, namun puncak mutiara seakan-akan rumah kami yang pertama. Maklumlah, rumah dahulu dibeli dari tuan rumah setelah menyewa di situ. Tiada proses pindah rumah berlaku. Rumah kini pula siap dibina semasa kami berada di luar negara. Kesemua urusan rumah baru seperti ambil kunci, bayar deposit itu ini, pasang gril dan sebagainya diuruskan oleh adik ipar yang menjadi penghuni pertama rumah tersebut. Kini... puncak mutiara adalah bagaikan anak kami yang pertama... Segala urusan bagaikan pertama kali dilakukan...

Rupa-rupanya kos berpindah ke rumah baru amatlah mahal sekali. Kos perlatan dan perkhidmatan yang diperlukan seperti jeriji, lampu, siling, kabinet dapur, kipas, aircond, perabot, landscape dll. dll boleh dikatakan sepertiga daripada harga rumah.

--> Sekarang saya tengah pening fikirkan pasal landscape. Jika gunakan khidmat arkitek landscape, RM12 ribu terbang. Jika beli dan buat sendiri, barangkali setengah sahaja daripada kos tersebut. Namun consultant ini tawarkan warranty untuk gantikan semua pokok jika ia mati ataupun tidak disukai. Shopping di Sungai Buluh semalam tudak banyak membantu sebab harga yang ditawarkan oleh consultant pokok demi pokok juga tidak mahal sangat berbanding dengan Sungai Buluh!. Anda ada idea?.

Sunday, November 11, 2007

SALMA - ANAK PATUNG BERTUDUNG



HARI ini 11.11.07 anak patung bertudung atau Muslimah Dolls dilancarkan bersempena dengan ulangtahun kelahiran pengasasnya Lynn dari Kobe. Tahniah Lynn.

Biasanya, dulu-dulu anak patung memang memakai pakaian barat atau pakaian moden. Nak cari yang pakai kebaya atau baju kurung adalah tidak mungkin rasanya. Kemudian muncul pula anak patung yang lagi ekslusif, di bawa h jenama Barbie. Itu lagilah parah poket mak bapak untuk melayan kehendak anak-anak perempuan mereka (anak lelaki main ke patung?)

Kini sudah ada Muslimah Dolls dan anda boleh lihat dan beli di sini:

www.muslimahdolls.com


Selamat mencuba

Friday, November 09, 2007

TRAVELOG JEPUN

Entri ini saya petik daripada UNIKA yang mana mel asalnya saya yang tulis kepada Puan Sifu.



Surat Pilihan: Bagaimana Tuan MBA Mendapatkan Sponsor Projek Travelog

Assalamualaikum wrk Puan Sifu-san!

Semoga puan sentiasa berada dalam lindungan Allah dan sentiasa gigih dalam perjuangan Bahasa Melayu dan visi memandaikan bangsa. Semoga bangsa kita tidak akan menjadi bangsa angkasa.

Pertama-tamanya saya memohon ampun-maaf kerana sudah agak lama tidak menyerahkan kerja rumah buku Travelog Jepun. Walau bagaimanapun buku Kerjaya Dalam Bidang ICT sedang diedit oleh PTS PROFESSIONAL dan Strategi Blue Ocean tinggal lagi dua bab.

Berkenaan dengan buku Travelog Jepun ini, insyaallah saya akan siapkan pada tahun ini juga.

Saya maklumkan kepada JICA bahawasanya saya sedang menulis Travelog Jepun dan kebanyakannya berkaitan dengan Okinawa. Saya mohon untuk ke Okinawa. JICA meminta sinopsis buku saya, tujuan, sasaran pembaca dan sebagainya.

Hasilnya pihak JICA telah mengaturkan lawatan saya ke Okinawa. Mereka menyediakan penginapan, makanan dan juga kemudahan jika saya ingin menemuramah sesiapa di OKinawa bagi bahan buku saya.

Pegawai JICA tersebut berkata, dia akan pastikan bahawa dia adalah pembeli buku saya yang pertama!

Saya akan ke Jepun dari 23-29 November. Sepanjang di Okinawa nanti, saya akan mengambil gambar-gambar yang dikira sesuai dengan jalan cerita buku Travelog Jepun tersebut dan akan berbual-bual dengan orang-orang Jepun yang saya temui untuk menokok tambah isi buku tersebut.

Moga-moga segalanya dipermudahkan.

MBA

Thursday, November 08, 2007

PINDAH RUMAH - 1001 PERKARA

JIKA semua perkara selesai, saya akan berpindah ke rumah baharu pada awal bulan hadapan. Dalam blok rumah saya, hanya kami sekeluarga sahaja yang masih belum berpindah. Jiran-jiran yang lain berpindah sebelum hari raya lagi, sedangkan saya hanya mendapat kunci dua minggu selepas hari raya. Ya baru dua minggu mendapat kunci dan rumah saya masih lagi belum dppasang jeriji. Masih belum berlampu & kipas. Masih belum mempunyai kabinet dapur. Mudah-mudahan semuanya boleh disiapkan dengan cepat dan kami boleh menyambut hari raya haji di rumah baru.

Mengapa kami lambat mendapat kunci rumah?. Semua penghuni lain mendapat pinjaman bank dan kami pinjaman kerajaan. Orang kata bank cepat bayar dan kerajaan lambat bayar. Walau bagaimanapun Ketua Setiuasaha Negara (KSN) sudah lama memberi arahan supaya semua jenis bayaran hendaklah diselesaikan dalam tempoh maksima 14 hari daripada tarikh invois diterima. Bahagian Pinjaman Perumahan tidak terkecuali. Namun pemaju kata mereka terima bayaran lebih dua bulan lewat dan akibatnya saya dikenakan interest. Saya berkeras tidak mahu bayar interest ini kerana ia bukan salah saya dan tidak adil jika saya dikenakan interest. Lagi pula interest @ bunga itu kan haram? Apa yang patut saya buat?. Perlukah saya tulis e-mel kepada KSN memaklumkan mengenai perkara kelewatan pembayaran oleh agensi kerajaan yang mengakibatkan kakitangan kerajaan menjadi mangsa bayaran bunga ini?.

Saya telah menulis surat merayu supaya interest ini tidak dikenakan. Pemaju buat dono sahaja. Saya sudah berjumpa (kebetulan) dengan bekas penasihat undang-undang bahagian pinjaman perumahan dan dia kata, pemaju tidak sepatutnya mengenakan interest kerana persefahaman sudah diadakan di antara Treasury dengan REIDA (Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia). Saya ke pejabat pemaju untuk meminta kunci setelah semua bayaran dilangsaikan oleh Treasury. Mereka minta duit interest. Saya tak mahu bayar. Mereka tidak mahu beri kunci. Akhirnya oleh kerana saya hendak juga kunci, maka saya sanggup bayar interest tetapi saya kata "ini bukan bayaran interest, tetapi bayaran untuk dapatkan kunci sahaja dan perkara ini tidak selesai di sini. Saya tetap akan tetap membuat tuntutan. Saya akan bawa kes ini ke mana sahaja. Jika saya gagal di dunia ini, saya tidak redha duit saya ini dan saya tetap akan tuntut di akhirat kelak". Pegawai pemaju tersebut yang berbangsa Melayu dan berugama Islam agak terkejut dan berkata "Encik seorang sahaja macam ini, orang lain semua bayar interest. OK lah saya beri diskaun 50%". Saya jawab "saya bukan tidak ada duit sangat untuk minta diskaun, 200% pun saya sanggup bayar, tetapi saya tidak boleh terima bayaran interest ini walaupun 1%. Ini prinsip saya".

Dipendekkan cerita, kami dapatlah kunci tersebut dan mereka menolak bayaran yang perlu dibayar. Walau bagaimanapun kes ini belum ditutup lagi. Itulah ceritanya yang menyebabkan orang lain beraya puasa di rumah baru dan kami hanya boleh target raya haji di rumah baru.

* Banyak lagi entri pindah rumah baru ini saya akan tulis di lain kali. Sesiapa yang mempunyai tips pindah rumah baru, bolehlah berkongsi...

Tuesday, November 06, 2007

BANGSA ANGKASA

WARTA hari ini heboh pasai mengangkasakan bangsa. Apa itu mengangkasakan bangsa?. Bangsa di angkasa?. Bangsa menjadi angkasa?. atau bangsa angkasa?. Entahlah. Apakah itu ANGKASA?. Ia adalah ANGKA + KASA. Angka ialah nombor-nombor dan kasa ialah kuat. Perkasa maknanya kuat. Kain kasa maknanya kain kuat (kain kasar yang dibuat pembalut luka). JAdi apa jadi dengan nombor-nombor kuat ini?.

Bangsa angkasa itu apa pula?. Barangkali bangsa yang tidak perpijak pada bumi. Bangsa yang tidak ada tanah (dan air). Bangsa yang jalannya perlahan-lahan sekali. Bangsa yang tidak ada arah tuju. Sebabnya di angkasa manusia berjalan perlahan sebab tidak ada tarikan graviti. Tidak ada paksi.

Itulah bangsa angkasa!.

KEK LAPIS SARAWAK



Saya di Bumi Kenyalang
Makan mee sanggul
Cari kek lapis.

Saturday, November 03, 2007

TRAVELOG HAJI



SEMENJAK menemui blog Prof. MKI, boleh dikatakan setiap hari saya mengunjunginya, mengikuti perkembangannya. Hasrat untuk mengadiri majlis buku beliau tidak terlaksana kerana pada tarikh dan masa yang sama ada mesyuarat lain di pejabat. Banyak kedai yang saya pergi untuk mencari buku ini, namun hampa. Akhirnya setelah pulang cuti hari raya, 20 Oktober saya bank-in duit dan mel kepada MKI. Lama juga menunggu, akhirnya saya SMS dan akhirnya 2 buah buku tersebut saya pergi ambil di Pos yang tidak berapa Laju Bangi. Sebuah dihadiahkan kepada bos @ sahabat yang akan naik haji tidak lama lagi dan sebuah untuk dibaca.

Sudah banyak entri mengenai buku ini yang saya baca. Ada yang sebak. Ada yang menangis dan macam-macam lagi. Saya hanya mengambil masa semalam sahaja untuk menghabiskan pembacaannya. Diringkaskan cerita, buku ini sangat menarik. Sangat informatif. Perlu dijadikan teks wajib untuk bakal jemaah. Perlu dibaca oleh semua. Seperti mana entri orang lain yang terdahulu, memang ditemui bab-bab yang boleh bergenang air mata, sebak, suspen dan sebagainya. Hati juga tertanya-tanya luluskah aku untuk ke sana?. Bila lagi kad jemputan untuk saya akan diterima?. Macam-macam. Pengalaman dan pertimbangan yang dicatatkan hamnpir sama dengan yang difikir dan dialami oleh ramai orang. Siapa nak jaga anak sepanjang tempoh haji memang memeningkan. Apatah lagi jika anak-anak masih kecil. Selain daripada kad jemputan yang masih ditunggu, persediaan, persediaan dan persediaan juga tidak kurang pentingnya.

Bacalah ....

Tuesday, October 30, 2007

NEW CASTLE (MALAYSIA)

SAYA kini berada di New Castle (Kota Bharu), Kelantan. - Kedatangan di New Castle ini adalah sebagai penceramah ganti. Menaiki penerbangan jam 6.55pm, tiba dan keluar dari lapangan terbang jam 8pm. Menaiki kenderaan ke hotel dan terus menaiki pentas untuk memberikan ucap utama. Memang tidak ada masa langsung untuk menarik nafas.

Tertarik dengan gelaran New Castle untuk Kota Bharu, saya kira banyak lagi tempat lain di negara kita yang dikaitkan dengan nama-nama tempat di luar negara. Di antaranya ialah:-

Paris (Parit - Perak)
Boston (Bota - Perak)
Jerman (Jerangau - Terengganu)
Kalamanjero (Kelang – Selangor)
Kulaifornia (Kulai + California)


Banyak lagi rasanya. Sila sambung ....

Monday, October 29, 2007

PELUANG NIAGA

myJICA akan mengadakan beberapa aktiviti seperti berikut (kebanyakannya akan diadakan serentak yang akan dinamakan sebagai Hari Terbuka myJICA. Ia mesti dilaksanakan sebelum tamat tahun fiskal 2007 (31.3.2008)

1.Workshop/demo massage
2.Workshop Haiku
3.Workshop Ikebana
4.Masakan Jepun
5.Penjagaan Kecantikan Cara Jepun
6.Seni taman Jepun
7.Lawatan ke Sekolah Jepun
8.Empat Lawatan JOCV (selatan, Utara, Timur, Sabah/Sarawak)
9. Multimedia Untuk Taklimat pre-departure.

* Ada cadangan supaya ia diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras ataupun dengan menompang aktiviti dari penganjur lain dengan cara menyewa beberapa booth. (Dulu Balai Seni Lukis Negara ada buat Laman Seni, setiap Sabtu pertama, khabarnya ia telah tiada lagi dan diambil alih oleh Perbadanan Putrajaya). Jika universiti ada majlis konvo, boleh juga sewa booth.

Sesiapa yang mempunyai idea/cadangan bolehlah berhubung dengan kami untuk perbincangan. Sesiapa yang berniaga sebagai orang tengah atau ejen atau yang berkaitan dengannya boleh juga buat bisnes ni.

p.s Saya akan berada di New Castle (Malaysia) sehingga akhir bulan.

Wednesday, October 24, 2007

ECER itu LECEH ?

ECER (East Coast Economic Region) atau Kawasan Ekonomi Pantai Timur. ECER ini meliputi Terengganu, Kelantan dan Pahang. Ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM112 bilion dari RMK9-RMK11 (hingga 2020).

Ecer dalam loghat Terengganu (mungkin juga Kelantan) dan dalam bahasa Melayu amnya bermaksud menabur, memberi ataupun mencicirkan. Lebih kurang maksudnya ialah RM112 laksa itu (banyak mana tu?) akan ditabur-tabur, diagih-agih, diberi-beri. Kepada siapa?. Ia meliputi pengangkutan dan infrastruktor (43%), Pelancungan (15%), Pendidikan dan Kemudahan Awam (15%) dan pembuatan, downstrean petrokimia (9%) dan pertanian (4%).

Tidakkah ecer itu lecer (leceh) bunyinya?.

Tuesday, October 23, 2007

PROGRAM ANGKASAWAN MEMBAZIR?



Dr. SMS dah selamat pulang ke bumi. Banyak puji-pijian diterima. Tidak kurang juga yang mengutuk dan mengatakan RM95juta yang digunakan adalah suatu pembaziran.

Namun Dato' Nik Aziz (MB Kelantan) khabarnya mempertahankan program ini. Ia tidak membazir. Ia adalah proses menuntut ilmu. Ilmu bumi dan ilmu langit dituntut oleh Allah supaya dipelajari. Sudah tentu beliau bercakap bercakap berdasarkan ilmu dan bukannya bercakap ikut rasa atau ikut sedap mulut sahaja.

Alhamdulillah, dalam proses menuntut ilmu ini, tiang agama tidak diruntuhkan.

Wallahualam.

Monday, October 22, 2007

MYTEAM PASUKAN ESTET



TENGOK myteam2 lawan pilihan Indonesia malam tadi. Hampeh. Permainan amat teruk semenjak dari sepak mula hingga wisel penamat. Mengapa teruk sangat permainannya?. Bukankah semua pemain adalah pemain yang terpilih dari kalangan beribu-ribu pemain lain dari seluruh negara? Asalas yang diberikan iala mereka pemain amatur.

Ah jika myteam nak jadi profesional, ambillah 9 orang pemain dari Brazil (atau yang setaraf dengannya) dan cuma 2 orang sahaja pemain Malaysia. Bolehlah mereka jadi pro...

Pada pandangan kita, myteam bukan main bola, tetapi cuma main-main. Bola yang dah bulat masih nak digelek-gelak lagi supaya bertambah bulat. Barangkali jika pasukan Selangor yang main, mungkin lebih baik lagi. Jika benar begitu, mengapa ya?. Latihan dan permainan berpasukan.

Sunday, October 21, 2007

MEGAT TOKYO

 
Posted by Picasa


DI SEBUAH kedai buku di New York, ternampak sebuah buku (komik) berjudul Megat Tokyo. Eh... eh Megat dari mana pula boleh terlepas di New York ni?. Bila diamat-amati, oh rupa-rupanya MegaTokyo !.

Saturday, October 20, 2007

TERIMA HAMPER RAYA RASUAH?

Ini kata BPR

BPR nasihat penjawat awam pulangkan pemberian kerana menyalahi pekeliling

KUALA LUMPUR: Kira-kira 80 peratus daripada 103 pertanyaan yang dikemukakan ke Pusat Khidmat Nasihat Pemberian dan Penerimaan Hadiah Badan Pencegah Rasuah (BPR), dinasihatkan supaya tidak memberi atau menerima hadiah kerana didapati menjurus kepada perlakuan rasuah.

Ibu Pejabat BPR, berkata pihaknya juga menasihatkan pemanggil supaya memulangkan semula hadiah yang diterima selepas mendapati perbuatan itu menyalahi Pekeliling kepada penjawat awam pada 1993.

Kata badan berkenaan, jumlah pertanyaan itu diterima sama ada menerusi panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau emel dalam tempoh seminggu selepas pusat khidmat nasihat itu ditubuhkan BPR pada awal bulan ini.

"Ada yang menghubungi kami sebelum, ketika dan selepas memberi atau menerima hadiah sempena musim perayaan kerana mereka bimbang perbuatan itu boleh menyebabkan mereka disabitkan kesalahan rasuah.

"Bagaimanapun, ada pengadu yang sudah menerima hadiah keliru dan bimbang dengan perbuatan mereka dan dinasihatkan supaya memulangkan hadiah itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, BPR mengumumkan mengenai penubuhan Pusat Khidmat Nasihat Pemberian dan Penerimaan Hadiah untuk memberi khidmat nasihat kepada orang ramai mengenai sama ada sesuatu hadiah atau cenderamata yang diberi pada musim perayaan, dikategorikan sebagai rasuah.

Pusat yang akan dikendalikan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Ibu Pejabat BPR itu boleh dihubungi menerusi panggilan atau SMS ke dua talian khas iaitu 019-6000103 dan 019-6000104, selain laman web BPR, www.bpr.gov.my dan e-mel, hadiah@bpr.gov.my.

Pusat itu ditubuhkan berikutan pihaknya menerima banyak pertanyaan dan kemusykilan daripada orang ramai berhubung status sesuatu pemberian atau hadiah yang mereka terima sepanjang musim perayaan.

Mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Seksyen 11 (a) Akta Pencegah Rasuah 1997 dengan jelas melarang pegawai awam atau swasta menerima hadiah yang bertujuan mendapat balasan atau keistimewaan membabitkan tugas dan kuasanya.

Selain itu, penjawat awam tertakluk kepada Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang melarang mereka menerima atau memberi hadiah jika berkaitan tugas awam.

Susulan itu juga, Pekeliling Bil 3 Tahun 1998 iaitu Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam dikeluarkan sebagai panduan.

Ibu Pejabat BPR berkata, selain penjawat awam, kakitangan dan pegawai sektor swasta juga mengemukakan pertanyaan dan petugas pusat berkenaan cuba sebaik mungkin untuk menjelaskan status pemberian dan penerimaan hadiah.



Ini kata CUEPACS
Cuepacs mahu BPR perjelas isu hadiah

KUALA LUMPUR: Cuepacs mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberi takrifan lebih jelas mengenai kategori yang boleh dianggap menjurus kepada rasuah berhubung pemberian dan penerimaan hadiah pada musim perayaan.

Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs berpendapat penerimaan dan pemberian hadiah atau hamper secara terbuka pada musim perayaan tidak boleh dikaitkan dengan unsur rasuah.

Katanya, pelbagai cara lebih halus sama ada secara langsung atau tidak boleh dilakukan seperti berbentuk penajaan makan minum untuk sesuatu kumpulan atau program.

“Kalau pemberian atau penerimaan hadiah itu dibuat secara berselindung seperti hantar terus ke rumah, ke dalam kereta, dalam bilik ketua jabatan atau di tempat tidak diketahui umum, itu kita tidak setuju kerana boleh dipertikaikan maksudnya.

“BPR perlu teliti dalam hal ini (mengaitkan dengan rasuah) dan jangan melihat kepada penjawat awam saja. Masih banyak bentuk rasuah lain perlu diberi perhatian untuk dibanteras,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Berita Harian melaporkan kira-kira 80 peratus daripada 103 pertanyaan yang dikemukakan ke Pusat Khidmat Nasihat Pemberian dan Penerimaan Hadiah BPR, dinasihatkan supaya tidak memberi atau menerima hadiah kerana didapati menjurus kepada perlakuan rasuah.

Ibu Pejabat BPR juga menasihat mereka terbabit memulangkan semula hadiah yang diterima selepas mendapati perbuatan itu menyalahi Pekeliling Perkhidmatan 1993.

Pusat itu ditubuhkan berikutan BPR menerima banyak pertanyaan dan kemusykilan daripada orang ramai berhubung status sesuatu pemberian atau hadiah yang mereka terima sepanjang musim perayaan.

Pusat itu dikendalikan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Ibu Pejabat yang boleh dihubungi menerusi panggilan atau SMS ke dua talian khas iaitu 019 6000103 dan 019 6000104, selain laman web BPR, www.bpr.gov.my dan e-mel, hadiah@bpr.gov.my.

Friday, October 19, 2007

JEMPUTAN BERBUKA DI BULAN SYAWAL

DALAM bulan Ramadhan yang lepas, memang banyak sekali jemputan untuk berbuka puasa. Namun majoritinya saya terpaksa tolak kerana ingin berbuka bersama dengan ahli keluarga di rumah. Namun ada juga yang menjemput saya seisi keluara untuk berbuka. Adalah sekali saya hadir sekeluarga kerana ia memang dekat benar dengan rumah saya. Dalam kelab golf di taman perumahan saya ini.

Hari ini, lain dari yang lain, saya menerima jemputan untuk berbuka puasa di bulan Syawal. Secara kebetulan hari ini ialah hari keenam saya berpuasa Syawal dan esok akan berhari raya enam. Biasa-biasanya saya tidak pernahpun terus berpuasa pada hari raya kedua, walaupun ia memang menjadi amalan orang-orang tua di kampung saya ini. Cuma tahun ini saya cuma ingin ikut-ikut sahaja. Alhamdulillah ianya menjadi.

Selamat HAri Raya Nang.

Thursday, October 18, 2007

MEMILIH MASA UNTUK MEMANDU PULANG

SEMASA perjaklanan pulang dari Kajang ke kampung, kami sekeluarga bertolak jam 12 malam dan sampai ke kampung jam 7.30pagi. Semasa dari kampung ke Kajang, saya memilih untuk bertolak jam 9 malam dan sampai ke Kajang jam 3 pagi.

Dua jam pertama memang jalam penuh sesak. Lagi pula suasana malam yang dingin penuh berkabus. Selepas tiba di jalan bertol, semuanya aman bahagia ...

Wednesday, October 17, 2007

KLIA DAN KISHO KUROKAWA


MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui (atau sudah lupa), bahawa arkitek yang merekabentuk KLIA ialah Kisho Kurukawa. Ia dilahirkan di Nagoya pada 1934 dan telah meninggal pada 12 Oktober 2007 kerana sakit jantung.

Tuesday, October 16, 2007

BILA PAK LAH TAKBIR RAYA



PAGI raya, TV menyiarkan pelbagai takbir raya. Di antaranya YAB PM kita, Pak Lah mengetuai takbir yang diikuti oleh menteri-menteri kabinet dan YAB MB-MB.

Kita sudah ramai PM. Rasa-rasanya PM inilah yang pertama kali menjadi imam dan mengimamkan solat dan yang sewaktu dengannya. Rasa-rasanya juga saham Pak Lah di kacamata rakyat semakin meningkat. Inilah baru betul jadi PM!.

Selamat Hari Raya.

Sunday, October 14, 2007

FERI TERBAKAR: SAMANLAH JABATAN LAUT!

FERI ke Mersing terbakar hari ini. Penumpang terpaksa terjun ke laut.

Dan dan itu jugalah jurucakap Jabatan Laut memberi tahu bahawasanya feri tersebut sudah tamat lesennya pada bulan empat tahun lepas. Maknanya sudah hampir dua tahun lesen feri tersebut tamat. Salah siapa?.

Bagi saya, pengusaha feri tersebut tidak patut dipersalahkan. Dia orang berniaga. Orang berniaga sudah tentu mahu untung berlipat-lipat kali ganda. Lagipun kita berniaga di Malaysia. Sama kesnya dengan bas ekspres yang terbalik. Apa gunanya JPJ atau LPKP cepat-cepat beritahu bahawasanya bas tersebut sudah luput tarikh sah lesennya?. Pemandunya tidak ada lesen memandu?. Logik akal akan berkata, awaklah yang patut dipersalahkan kerana sudah hampir dua tahun berlalu, apa tindakan yang diambil?. Mahu tunggu terbakar dahulu baru mahu buat kenyataan akhbar bahawa feri tidak ada lesen?. Tidak logik sama sekali.

Lepas ini kita nak dengar satu surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada mereka yang berkuasa, mengapa tindakan tatatertib tidak dapat diambil kepada anda kerana membiarkan (dalam keadaan sedar dan mengetahui) feri yang tidak berlesen beroperasi mengangkut nyawa manusia selama lebih daripada setahun.

Malaysia oh Malaysia. Mengapa jadi begini?.

Saturday, October 13, 2007

ELAUN IMAM DAN SOLAT RAYA

SEPERTI biasa, aktiviti utama di pagi raya ialah solat sunat Aidilfitri. Solat Jumaat semalam berimamkan imam muda. Barangkali masih belum layak untuk menerima gaji atau elaun imam daripada kerajaan. Namun bacaannya amat bagus. Sebutannya cukup kena. Tanda bacaannya betul, iaiatu ada beza antara koma dan nokhtah.

Hari ini solat Aidilfitri berimamkan imam veteran. Seingat saya, sudah berpuluh tahun dia menjadi imam (kecuali semasa kerajaan yang satu lagi memerintah negeri). Masyaallah bacaannya. Tonggang langgang. Macam orang Melayu baca buku Jepun guna huruf Romanji. Atau lebih tepat lagi baca Quran tulisan Rumi. Mengeja huruf demi huruf. Tak tahu mana perlu berhenti. Pakai belasah saja lampu merah. Bukan seorang, bukan dua malah hampir semua merasakan ia tidak betul. Ramai yang tidak mengamimkan doa sebab tidak tahu apa yang dieja oleh imam ini. Makhbulkah doa jika salah minta?. Jika tak tahu apa yang diminta?. Masyaallah. Ya Allah ampunilah kami...

Salah siapa sebenarnya?. Kerajaan beri elaun. Beri gaji supaya imam dapat duit. Bila dapat duit, tak perlulah hari Jumaatpun kena pergi sawah, kena masuk ladang. Ambillah masa sehari untuk baca khutbah yang diberi supaya tidak gagap. Bukannya pertama kali tengok teks khutbah dan terus baca depan makmum. Nampak gayanya, lagi banyak elaun imam, lagi haru jadinya... Sebabnya mudah sahaja, orang tua sahaja yang layak jadi imam berbayar ini sebab dia lebih dulu makan garam. Yang muda-muda ini, masih mentah, masih kuat untuk buat kerja lain, jadi jangan beri elaun, tunggu dia tua dulu. Tunggu bahasa dah berubah jadi moden, barulah orang muda yang dah tua itu boleh baca khutbah dan akan jadi turun temurun tidak boleh membaca. Pelik jugalah... semasa kerajaan yang satu lagi itu memerintah, elaun tidak ada (barangkali) tetapi imam mereka semua ada kelas.

Maknanya wang kadangkala boleh menghancurkan.

Friday, October 12, 2007

GILIRAN PULANG BERAYA

PADA musim raya tahun ini, PLUS telah membuat satu pelan cadangan baru. Selain daripada membuka laluan kontra dan kopi percuma, tahun ini PLUS telah menyediakan cadangan pelan untuk penghuni kota untuk pulang beraya. Mengikut teorinya, sekiranya pelan cadangan ini diikuti, kemungkinan kesesakan dapat diatasi atau dikurangkan. Pelan tersebut agak simple sahaja, iaiatu pulang mengikut giliran jam yang ditentukan. Mula-mula orang yang akan pulang ke Penang & Perlis keluar dahulu. Ia diikuti dengan orang Kedah dan utara Perak. Begitulah seterusnya. Di sebelah selatan juga begitu. Orang Johor keluar dahulu, diikuti dengan orang N.Sembilan dan Melaka.

Namun, orang Kita tetap orang kita. Siapa mahu ikut jadual?. Mentaliti "kita saja ikut peraturan, orang lain tidak ikut. Tentu tidak jadi apa juga". Memang tepat sekalilah, kesesakan lebuhraya macam biasa juga. Setahun sekali!. Lagipun bagaimana hendak ditentukan kereta mana akan ke Penang dan yang mana hendak ke Perak?. Mungkin PLUS memerlukan lebih teknologi dan masa akan menentukannya. Walau bagaimanapun syabas untuk PLUS.

KAmi sekeluarga pulang ke pantai timur. Bertolak jam 12 tengah malam dan tiba di rumah jam 7.30 pagi. Boleh dikatakan rekod jugalah. Tiga jam masa diambil hanya untuk tiba ke tol karak. Selepas itu apabila trafik berpecah dua, satu puak ke Kelantan dan satu puak lagi ke Pahang/Terengganu, baharulah perjalanan menjadi lancar.

Bersahur dan solat Subuh di perjalanan moga-moga menjadi kenangan buat anak-anak.

Thursday, October 11, 2007

SELAMAT HARI RAYA



Seperti tahun-tahun lalu
Ramadhan datang dan pergi
Syawal akan menjelma
sahur, puasa, berbuka
tarawikh, witir, tadarus, qiamulai

seperti tahun-tahun lalu
bertimbun kad ucapan diterima
bertalu SMS diterima
terima kasih kepada semua

selamat hari raya
maaf zahir batin

selamat memandu pulang ke kampung
hati hati di jalanraya

p.s jika ada umur panjang
kad akan dibalas pada raya haji.

Wednesday, October 10, 2007

ANGKASAWAN





Kita sudah ada angkasawan negara,
menompang roket orang
Kita sudah ada pemandu negara
mula-mula F1 kini tergelincir ke A1
Kita sudah ada pelaut negara
naik kapal layar keliling dunia
Kita sudah ada perenang negara
berenang menyeberani selat Inggeris
Kita sudah ada pendakli negara
Memanjat gunung tertinggi di dunia

Apa lagi yang kita belum ada?
putar alam?
cakera alam
ilmu alam

ha ha ha ha







Tuesday, October 09, 2007

ILHAM DALAM SOLAT: SUARA SIAPA?






CERITA 1
SAYA pernah dengar satu cerita mengenai seorang kawan yang kehilangan motorsikal. Dia pergi berjumpa dengan seorang imam mengadu akan hal ini. Imam tersebut kemudiannya belek-belek kitab dan bertanya beberapa soalan, di antaranya: 'bila beli motor'. 'bila tarikh hilang', 'hilang hari apa', 'berapa harga motor' dan macam-macam soalan lagi. Imam tersebut ambil pen dan melakar-lakar sesuatu pada kertas kosong.

Lepas tu imam tu cakap .......








"Nak ..... memang setakat itu sahajalah rezeki anak. Memang dah hilang. Memang dah tertulis dah dalam kitab kat atas sana tu, hari ini motor itu akan hilang. Memang anak tak ada rezeki".

Bila balik ke pejabat semula, semua rakan-rakan mentertawakan dia. Ha ha ha ha.

CERITA 2
Seseorang kehilangan barang dan berjumpa dengan seorang tua meminta nasihat. Orang tua itu memberikan nasihat supaya ambil wudhu dan solat sunat dua rokaat. Nanti dalam sembahyang tu, kamu ingatlah di mana kamu tercicir barang itu.

"betul ke begitu tok"?
'Insyaallah.... sebab kamu sembahyang tak pernah khusyuk, asyik teringat benda yang hilang itu sahaja'.

Hmmmm.... pernahkah cerita 2 berlaku kepada anda?.
[saja nak tanya]: Bisikan apakah semasa dalam solat begitu?. Kadang-kadang bagus punya ilham datang. Kadang-kadang memang best. Hmmmm bukankah syaitan ditambat dalam bulan puasa ni :)

Monday, October 08, 2007

KATAK LUTSINAR




Seekor katak lutsinar telah dihasilkan oleh Prof. Masayuki Sumida dari university Hiroshima, Jepun. Penghasilan katak secara mutasi ini akan membolehkan kajian-kajian terhadap kehidupan dapat dibuat tanpa membelah katak. Jika dulu, kita pernah membedah katak semasa di sekolah, kini dengan katak jenis ini ia tidak lagi perlu dibedah. Segala-gala yang ingin dilihat telah dapat dilihat dari luar sahaja, secara hidup-hidup. Ia adalah lut sinar, ia adalah transparen.

Hmmmm katak transparen, manusia bila lagi?.



Sunday, October 07, 2007

PAC cadang henti sistem runding terus


Rasa-rasanya semua orang, khususnya penjawat awam tahu apa itu PAC. Jika telah dipanggil oleh PAC, alamak banyaklah yang tidak kena.

Dalam kes di bawah ini, sama-samalah kita tunggu pelaksanaannya:-


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang tidak berpuas hati dengan sistem rundingan terus untuk projek kerajaan mahu mekanisme itu dihentikan serta-merta, kecuali bagi projek yang memerlukan kepakaran atau spesifikasi khas.

PAC juga meminta Kementerian Kewangan menyenaraikan semua projek kerajaan secara rundingan terus di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), manakala Bahagian Pemantauan dan Kawalan kementerian itu dan Jabatan Audit Negara diminta segera menubuhkan Jawatankuasa Audit Dalaman untuk setiap projek berkenaan bagi mengelak berlaku sebarang masalah.

Pengerusi PAC, Datuk Shahrir Samad, berkata pihaknya menganggap sistem rundingan terus gagal dikawal dan dipantau dengan baik hingga menyebabkan kerajaan menanggung perbelanjaan tambahan yang tidak munasabah.

Beliau berkata, kaedah tender terbuka adalah yang paling berkesan untuk mengelak berlaku masalah.

Malah, katanya, langkah mengurangkan sistem rundingan terus untuk projek kerajaan boleh menjadikan kontraktor, pembekal dan ahli perniagaan tempatan lebih profesional, selain meningkatkan daya saing negara.

"Setiap kali ada projek rundingan terus dan siap bina, pelbagai masalah timbul. Sepatutnya rundingan terus hanya sesuai jika pihak yang melaksanakan projek itu terhad kerana membabitkan kepakaran atau spesifikasi tertentu," katanya pada sidang media di Parlimen, semalam.


Thursday, October 04, 2007

JR PASS





InsyaAllah saya akan bertour backpacking ke JPN pd 29/3 - 12/4, 2008 turun di Osaka. Rasanya bab makan, x de hal. Saya plan nak explore Jepang end-to-end thru major prefectures. Saya perlukan guide ttg TRAVEL PASS:-

JR PASS dijual di JALPAK Malaysia, Tingkat 20, Menara Citibank, Jalan AMpang, KL.

i) mula2 dr Osaka, apakah cara/pass terbaik sy perlu beli? yang RM1000 tu ke? Kalau 2 minggu lepak Jepun, double pass dapat diskaun ke? hihii

Beli JR PASS lebih ekonomik sebab dia boleh cover dari selatan ke utara, samada keretapi, bas mahupun feri, asalkan daripada company JR (Japan Railway) dan sekutunya. Saya pernah beli tiket bas dari Nagoya ke Tokyo untuk 15 orang dengan harga Y6000 seorang. Oleh kerana barang/beg banyak sangat, mereka suggest naik keretapi dan dapat discount lagi.

JR PASS bagi 2 minggu memang ada discount, tetapi tidak banyak, sekitar 10-15% sahaja. Walau bagaiamanpun ia lebih murah. Contohnya bullet train dari Nagoya ke Tojyo ialah Y12,000 (~RM360) sehala. Dengan JR PASS (RM1000), kita boleh naik 7 hari pergi balik.



ii) kalau saya lompat bas ke bas dari selatan ke utara, possible x? Ke.. tren ke tren? ke.. camne?

Possible, tetapi lebih mahal. Orang Jepun suka merancang perjalanan mereka. Jika ad-hos begitu, kena bayaran yg jauh lebih mahal.


iii) pastu, nak akhiri trip, dari utara ke osaka, apa cara terbaik?

Naik bullet train, boleh gunakan JR PASS


iv) ataupun en MBA ada cadangan lain spt Osaka>utara>selatan>osaka? camne pulak passnya tuh?

Untuk perjalanan jauh begitu, jalan darat yang terbaik ialah train/bullet train dan ia boleh gunakan JR PASS



Harap2 en MBA ada dijadualkan ke sana pada masa saya kat situ, bolehla guide me around d place :))

kalau x dan end-2-end, Honshu & Hokkaido aje pung jadilaa..

satu lagi, ryokan mana yg RM50 tu? Selain Tokyo ada ryokan camtu gak ke?? Sbb youth hostel paling murah pun ~rm70...

cuba site ini ...
following web sites, which (and more) is also available at the web (
http://www.libertyhouse.gr.jp/travellinks.htm ).

=> http://www.tokyoryokan.com
http://www.mytrip.net/en/index.html
http://www.itcj.or.jp/search/pref/tokyo.html
http://www.tcvb.or.jp/en/lodging/index.html

saya tinggal di sini, harga biasa Y1900, harag Internet Y1700 (book in advance)
We recommend "JAPAN NATIONAL TOURIST ORGANIZATION ".
Please access.
http://www.jnto.go.jp/eng/PS/

SAWANOYA RYOKAN



TQ wassalam

Tuesday, October 02, 2007

LAWAT JEPUN CARA MURAH II








Bagi melawat Jepun atau mana-mana negara sekalipun, di antara kos yang terlibat ialah:-

1. Tambang kapalterbang ke destinasi
2. Penginapan
3. Makan
4. Tambang semasa di sana
5. Membeli belah.

1. Jika nak ke Jepun dengan tiket penerbangan murah, apa yang perlu kita buat ialah kena tunggu AirAsia buat penerbangan ke Jepun. Tapi rasanya memang tidak ada harapan buat masa terdekat ini. Cara lain ialah kena tunggu tawaran jualan murah dari MAS atau JAL (atau lain-lain penerbangan). Tambang biasa dari Malaysia ke Jepun ialah sekitar RM2700 (termasuk cukai lapangan terbang). Semasa tawaran murah, kita boleh dapat RM900 sahaja (tidak termasuk cukai lapangan terbang yang kosnya lebih kurang RM700).

Jika kita ingin terbang seorang atau sekeluarga untuk ke Tokyo sahaja, naik MAS atau JAL sama sahaja dan tidak ada kos tersembunyi. Walau bagaimanapun jika naik JAL yang singgah di SIngapura, kos akan bertambah kerana ada tambahan cukai lapangan terbang. Jika kita terbang pada hari Jumaat dan Sabtu, ada lagi caj tambahan yang dipanggil penalti sebanyak RM50. Jika boleh terbanglah pada hari biasa.

Jika kita ingin melawat beberapa bandar lain di Jepun dengan kapalterbang, lebih baik naik JAL, sebab tambang domestik JAL cuma Y10,000 (lebih kurang RM300) sahaja sekiranya kita ambil penerbangan antarabangsa KL-Japan dari JAL juga.

Oh ya.... jika pergi secara kumpulan, MAS dan JAL boleh berikan tambang istimewa dan ditambah pula dengan 1 tiket percuma bagi setiap 15 tiket yg berbayar bagi JALN dan setiap 20 bagi MAS. Jika ramai yang ingin pergi, walaupun lain-lain destinasi & tujuan, ada cara ia boleh dikumpulkan asalkan pergi dan balik sepenerbangan.


2. Penginapan.
Hotel di Jepun, khususnya di Tokyo memang tersangat mahal. Sewa hotel hotel biasanya RM300 ke atas. Saya pernah bertemu orang Malaysia yang selalu berulang alik dari Malaysia ke Jepun kerana tugas, ia memilih untuk tinggal di hotel sekitar airport (bukan hotel dalam airport), ia adalah murah. Saya pula suka tinggal di ryokan, iaiatu hotel tradisional Jepun. Harganya cuma RM50 semalam seorang sebilik. Jika berkongsi bilik perlu bayar RM80. Sistem hotel di Jepun tidak sama maca hotel di Malaysia. Ada kalanya berkongsi bilik adalah lebih mahal dari seorang sebilik. Pernah saya dan anak saya ke Tokyo dan kami tinggal seorang sebilik, kerana ia lebih murah.

Ryokan ialah hotel tradisional Jepun yang tidak menyediakan katil. Bilik cuma dilengkapi dengan tatami (tikar), futon (macam Toto tu...), bantal, selimut, TV dan ada ryokan yang mempunyai bilik air dalam bilik dan ada juga bilik air yang perlu berkongsi. Biasanya tidak perlulah ambil makan pagi di ryokan, sebab makanan yang disediakan, entah halal entah tidak, entah lalu telah entah tidak. Kebanyakan ryokan sediakan dapur untuk memasak dan PC berinternet untuk digunakan.

Selain daripada Ryokan, IYH (International Youth Hostel) juga murah. Walau bagaimanapun di IYH, kita terpaksa tinggal dalam dorm samada ber-4, ber-6, ber-8 ataupun ber-belas-belas. Sewa IYH lebih kurang sahaja dengan ryokan, mungkin sedikit lebih murah. Secara peribadi, saya lebih suka tinggal di Ryokan lagi.

3.Makan.
Makan di Jepun memang mahal. Apatah lagi jika makan di restoran. Walau bagaimanapun tidak semuanya mahal. Biasanya makan pagi Y500, tengahari Y1500 dan makan malam Y2000-Y2500. Jika anda rasa ianya sangat mahal, maka anda tidak boleh makan di Jepun. Anda perlu bawa maggi dan Brahim dan bawa rice-cooker dan masak nasi.

Sebagai perbandingan, harga Coke (350ml) ialah Y120, air mineral (500ml) Y110, secawa kopi Y180. Makanan di restoran Jepun yang murah ialah sushi (1 dish) Y105 dan Gyudon (beef bowl) Y350. Tapi rasa2nya tak halal ni dan sayapun tak pernah makan.

4. Tambang di Jepun.
Jika nak ronda-ronda Tokyo, lebih baik beli 1-day pass (Tokyo Metro) dengan harga Y710 (Tokyo Metro) atau Y1000 (Tokyo Metro & Toei-line) anda boleh round sebahagian besar daripada Tokyo naik-turun-naik-turun keretapi bawah tanah.

Jika anda nak round bandar2 di Jepun, cara yang paling afdhal ialah dengan membeli JR Pass dengan harga RM1000. Anda boleh naik bullet train, train biasa, bas dan feri dari syarikat JR bagi seluruh Jepun bagi tempoh seminggu. Ia amat menjimatkan. Ia memang berbaloi. Pas untuk 2 minggu dan sebulan juga ada. Pass ini perlu dibeli di Malaysia dan tidak dijual di Jepun. Nak beli kat mana?. Jika nak tahu, kena tanya. Kat KL ada 3 company yang authorise jual JR Pass ini.

5. Shopping
Orang kata mana ada barang di Jepun yang murah. Semuanya mahal belaka dan memang tidak ada yang murah melainkan mahal belaka adanya. Jika nak juga shoping dan anda tidak banyak duit, pergilah ke kedai 100 Yen. Semua barang di situ dijual dengan harga Y100 (RM3). Ada kedai sampai 5 tingkat, jual semua barang dengan RM3 sahaja, Boleh beli ....

Penutup.
Katakan kita nak pergi ke Jepun (Tokyo) untuk seminggu:
1.Tambang RM2700
2.makan (Y500+Y1500+Y2500)X5 = RM775
3.Metro pass (Y1000X5) = RM150
4.Penginapan (RM50x5)= RM250
Jumlah (tak masuk shopping) RM3,875
Ditambah dengan insuran perjalanan RM40
Ditambah dengan pengangkutan dari airport ke Tokyo pergi-balik (Y1500X2) = RM90
JUMLAH RM4005.

RM4005 adalah kos lebih kurang untuk seorang melancong ke Jepun. Jika dapat tambang murah, bolehlah jimat lagi dan biasanya myJICA boleh buat dalam RM2,995 bagi perjalanan lasak menginap di Ryokan dan RM3900 bagi penginapan di hotel bagi perjalanan berkumpulan (minima 15 orang) dengan seorang pemandu pelancong.



Monday, October 01, 2007

MELAWAT JEPUN CARA MURAH I






BEBERAPA pembaca blog ini bertanyakan dan meminta tips untuk melawat Jepun dengan bajet murah @ rendah. Saya bukanlah expert sangat dalam bab ini. Namun sekadar untuk melepaskan diri sendiri itu bolehlah rasanya. Saya juga tidak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Jepun mahupun orang Jepun, cuma saya respek Jepun kerana beberapa perkara:-

1. Jepun adalah negara pertama di luar Malaysia yang saya lawati. Ia ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Jepun melalui JICA. Enam bulan saya belajar kejuruteraan sistem di sana.

2. Dengan menyertai alumni JICA, setiap bulan saya bermesyuarat di pejabat JICA, orang Jepun juga hadir.

3. Dengan kejayaan Alumni JICA (myJICA), Jepun telah menaja saya ke beberapa negara ASEAN untuk bertemu dan berbincang dengan rakan sealumni.

4.Melalui myJICA juga saya dijemput bermesyuarat di kedutaan Jepun pada setiap bulan, sudah tentu dengan orang-orang Jepun.

5.Untuk mendapat visa melawat Jepun, tidaklah mudah (bukan susah sangat), namun dengan membawa sekeping surat yang saya tandatangan dengan letter head myJICA, sudah dapat membantu rakan-rakan untuk dapatkan visa.

6.Dalam dunia ini memang banyak negara. Banyak juga kedutaannya. Dalam banyak-banyak negara tersebut, dalam ramainya duta-duta tersebut, hanya duta Jepun sahaja yang pernah jemput saya secara peribadi ke rumah untuk datang bertemu, berbincang, makan-makan bagi salam perkenalan dan perpisahan.

Bagi melawat Jepun atau mana-mana negara sekalipun, di antara kos yang terlibat ialah:-

1. Tambang kapalterbang ke destinasi
2. Penginapan
3. Makan
4. Tambang semasa di sana
5. Membeli belah.

Itu sahajalah rasanya kos yang terlibat kan?.


Nantilah kita ke bahagian II untuk itu ...




Sunday, September 30, 2007

AIR ASIA





Beli hari ini.
Baca hari ini
Habiskan hari ini.
ini sejarah.



saya
Tidak pernah naik AirAsia
taPI dapat
kad kredit AirAsia

pandainya pemasaran

Thursday, September 27, 2007

HADIAH HARI LAHIR





David Allen, yang terkenal dengan buku dan kaedag GTD (Getting Things Done) telah mengeluarkan satu lagi produk baru yang dikenali sebagai GTD Trifold Notetaker Wallet.

Sungguh mengancam sekali.... Amat sesuai untuk dijadikan hadiah hari lahir (terutamanya yang sambutan hari lahirnya adalah semalam :).

Harganya tidak mahal, cuma US$99 sahaja. Cumanya ..... barangkali belum terdapat dalam pasaran Malaysia (samada pasaran terang atau pasaran gelap).



Wednesday, September 26, 2007

HAPPY BIRTHDAY TO ME

KELAB PLATINUM









Dengan penuh riaknya mba melangkah masuk ke bank untuk menerima kad platinumnya yang pertama. Platinumlah katakan. Jika emaspun layanannya sudah berbeza, platinum apatah lagi. Semua bank dan institusi kewangan yang mengeluarkan kad platinum dikehendaki untuk mematuhi beberapa tatacara operasi piawai (SOP). Ia bertujuan untuk menampakkan gahnya platinum itu. Bank biasa akan menyediakan kaunter khas bagi pemegang kad emas berurusniaga. Jika platinum kalu, jangan cakaplah... Tapi bank yang ini, platinum ke, plastik ke tidak ada bezanya bagi mereka. Engkau hendak engkau mari, dah sampai engkau cari, tak kuasa aku nak melayannya (bulan-bulan puasa ni agaknya).

Jika bank lain tu, di luar bangunan dah ditunggu (berdok'oh tu). Maksudnya di luar pintu ler. Bank yang ini dah duduk kat kerusipun lum ada pegawai datang memberi layanan perkhidmatan. Itu pasal ada berlonggok-longgok kad yang tidak dikutip kat bank ini, siapa rugi? (jawablah sendiri).

Sesekali fikir, bagus juga bank tu buat macam itu. Hilang riak timbul zuhud. Lagipun itukan kad hutang!.



* logo baru, servis tetap lama (macam dulu-dulu jugak).




Monday, September 24, 2007

Friday, September 21, 2007

IFTAR myJICA





ESOK, Sabtu 22 September, majlis berbuka puasa myJICA akan berlangsung di Hotel Corus, Jalan Ampang. Semua ahli myJICA dijemput hadir. Bayaran RM49++.

Satu majlis pemberian sijil kepada pendaki Mt. Fuji juga akan disempurnakan

TIPAH TERTIPU II



April lepas tipah beli kamera ini di Tokyo dengan harga RM1550. Time tu kat Malaya belum ada jual lagi. Hari ini kamera ini cuma berharga RM800 jer kat Malaya kita.

Pengajaran dari cerita:
1. Harap bersabar
2. Barang2 elektronik cam gini, kat Malaya lagi murah

Thursday, September 20, 2007

PERSAINGAN AWAM-SWASTA

PADA asalnya saya ingin berikan tajuk "perseteruan awam-swasta", namun setelah berfikir banyak kali, ia semacam provokasi pula. Sebenarnya sektor awam dan sektor swasta saling perlu memerlukan, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Tujuannya ialah untuk memajukan & nenakmurkan negara dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Namun ada kalanya jika tersilap pakai cermin mata, kita boleh dapati seolah-olah sektor awam dan sektor swasta berseteru. Bukan orangnya. Bukan bosnya. Bukan pemimpinnya. Bukan sektornya. Cuma kadang-kadang barangkali ada perasaan dan sentimennya. Rata-rata orang swasta melihat orang kerajaan adalah penjawat yang (agak) malas, melakukan kerja dengan perlahan, banyak birokrasi, pandai mencari alasan dan tidak mesra pelanggan. Jika boleh memang mereka (dan rakyat jelata juga) tidak mahu berurusan dengan sektor awam. Namun oleh kerana terpaksa dan tidak ada pilihan, maka terpaksa jugalah kena berurusan.

Umumnya sektor swasta adalah berobjektifkan keuntungan. Oleh itu mereka akan memberi fokus kepada keuntungan dalam apa sahaja tidakan. Ramai juga yang berpendapat, (khususnya peniaga) berurusan dengan sektor aam adalah tidak menguntungkan dan membuang masa (kecuali yang mengharapkan kontrak kerajaan). Kata mereka "kerajaan bukan melihat kepada prestasi saya. Saya perlu melayan individu (tertentu) lebih daripada menunjukkan kompetensi saya dalam bidang saya. Kontrak yang diberikan bukan berdasarkan kepada prestasi, tetapi kepada perkara-perkara lain".

Sesetengah penjawat awam pula berpendapat sektor swasta ini asyik mengganggu pegawai kerajaan kerana hendakkan projek. Mereka akan menelefon, datang, berjumpa dan sebagainya untuk menjual dan mempromosi pelbagai produk atau perkhidmatan untuk emndapatkan projek. Masa orang kerajaan banyak terbuang kerana terpaksa melayan mereka. Entah benar entah tidak, perlulah dibuat ukuran. Berapa banyak masa melayan jurujual. Berapa banyak masa melayan rakyat @ pelanggan. Berapa banyak masa meeting. Berapa banyak masa sembang @ minum. Berapa banyak masa buat kerja (?). Sebabnya barangkali objektifnya kurang jelas. Adakah meeting itu kerja?. Adakah melayan itu kerja?. Adakah minum itu kerja?. Adakah kerja itu ibadat?

Bagi sektor swasta, barangkali ia tidak kisah apa yang dibuat sebab objektifnya ialah ungtung dan boleh buat duit.

Akhir sekali, kakitangan kerajaan dikenali sebagai government servant. Tujuannya untuk mmeberi perkhidmatan kepada rakyat. Siapa rakyat?.

Wednesday, September 19, 2007

DALAM PERJALANAN INI


segala-galanya ternyata di sini

Sunday, September 16, 2007

VEGETARIAN


DALAM bulan Ramadhan ini, kita bercakap sedikit soal makanan, iaiatu Vegetarian. Semasa saya diminta datang bertugas di US baru-baru ini, pihak tuan rumah bertanya adakah saya a).Vegetarian atau b).Tidak. Oleh kerana yang ada cuma Ya atau Tidak sahaja, maka saya terpaksalah menumpang Vegetarian dan memberikan jawapan Ya. Saya percaya orang lain juga berada dalam situasi yang sama. Ia itu apabila berada di luar negara yang mana makanan halal tidak ditemui, maka mereka akan menjadi Vegetarian.

Vegetarian dimaksudkan didefinisikan sebagai suatu amalan tidak makan daging, unggas, ikan, ataupun produk sampingannya, dengan ataupun tanpa penggunaan dairy atau telur.

Saya kira ia adalah pilihan yang lebih selamat berbanding non-vegetarian kerana dengan ketiadaan unsur daging, bermakna taraf halal adalah lebih terjamin. Makanan dalam vegetarian tidak perlu disembelih kerana tidak ada unsur binatang. Namun dalam ISlam, semua makanan laut juga tidak perlu disembelih dan ia adalah halal. Sungguhpun begitu, dunia antarabangsa seolah-olah tidak mengiktiraf wujudnya kategori makanan dalam Islam, iaiatu makanan Halal. Mengapa?. Jawapannya berada pada kita sendiri, orang Islam.

Vegetarian ini ada beberapa peringkat dan melangkaui pelbagai agama dan ada persatuan tersendiri yang memperjuangkan Vegetarian. Barangkaliperlu ada juga suatu persatuan yang mempromosi dan memperjuangkan "Halal Food". Barangkali.

Berikut adalah takrif Islam mengikut Wikipedia:

Islam membenarkan pemakanan daging, jika ia adalah "halal". Ia itu disembelih mengikut standard Islam. Selain daripada itu daging adalah "haram" dan tidak dibenarkan untuk dimakan. Vegetarian dalam Islam adalah jarang-jarang berlaku kerana pemakanan daging dalam Islam berkait rapat dengan ugama, iaiatu ibadat kurban semasa Eid ul-Adha. Lagi pula Islam melarang umatnya mengharamkan apa yang dihalalkan. Apabila berpergian di tempat yang sukar untuk memperolehi daging halal, Muslim akan memakan ikan atau sayuran tetapi dengan mempastikan ia tidak dicampur dengan wine atau alkohol. Walau bagaimanapun memakan daging tidak dimestikan dan ia bergantung kepada selera dan keadaan kesihatan seseorang.

Tepat sekali rasanya takrifan Wikipedia, cuma ia tertinggal anjing dan babi sahaja.

Namun, walaupun sudah menjawab Vegetarian, saya masih juga tidak disedia/dihidangkan dengan makanan vegetarian. Maggi dan Brahim jugalah yang jadi penyelamat. Alahai susahnya nak cari makanan halal bila keluar dari negara sendiri.

Saturday, September 15, 2007

Friday, September 14, 2007

KEPALA BUDAK SEKOLAH SIAM

ADA satu usul telah dibuat supaya budak-budak sekolah di Malaysia diwajibkan berfesen rambut macam budak-budak sekolah Siam (Thailand). Ini adalah supaya mereka dapat dikenali oleh masyarakat walaupun mereka telah menukar pakaian seragam sekolah ke pakaian biasa @ ponteng sekolah dan sebagainya.

Berikut adalah foto rambut seragam budak lelaki Siam:



pandangan sisi:


Apa pendapat anda?

Thursday, September 13, 2007

UPLOAD & DOWNLOAD

BANYAK sekali ucapan-ucapan Salam Ramadhan berlegar-legar melalui SMS. Di antara yang menarik minat saya ialah:

Sentiasalah setting NIAT
upgrade IMAN
download SABAR
upload USAHA
delete DOSA
update DOA
dan
topup ILMU
agar kita sama-sama
lebih hampir pada Ilahi Rabbi
Selamat Menyambut
Kedatangan Ramadhan

Wednesday, September 12, 2007

SALAM RAMADHAN


SALAM RAMADHAN

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu
lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Semoga Ramadhan Tahun Ini Lebih Baik Daripada Ramadhan Yang Lepas
Sedlamat Berpuasa.

Tuesday, September 11, 2007

MALAYSIA AIRLINES HADHARI


SEMBILAN jam berada di lapangan terbang Newark, New York macam orang bodoh rasanya. Mremang bodoh yang dicari sendiri. Ya, lah. Hotel kena check-out paling lewat jam 1pm. Flight pukul 10pm. Nak ke mana-mana dulu sebelum ke airport takut nanti ada yang hilang pulak, termasuk diri sendiri. Kaunter check-in penerbangan Malaysia hanya dibuka jam 7pm. Memang logiklah tu. Masakan kaunter perlu dibuka subuh-subuh hari hanya untuk satu penerbangan sahaja. Tapi yang bengang sikitnya, lepas dah check-in, diberi kupon $20 suruh pergi makan kat mana-mana. "Kita tidak ada lounge di sini".

Dalam masa 9 jam di Newark ini, banyaklah peristiwa yang boleh ditengok. Satu peristiwa menarik ialah sesi pertukaran krew yang baru tiba (dari Stockhom) dengan krew baru dari New York. Walaupun mereka bertemu dan hanya dipisahkan melalui cermin, mereka macam buat dek saja. Adalah sorang dua yang sekadar lambai-lambai kawan mereka. Yang lain buat hal masing-masing.

Saya pernah tengok krew shinkansen (keretapi laju) Jepun bertukar syif. Tabik gilerlah kat depa ni. Berikut adalah skrip rekaan saya terhadap pertukaran krew Malaysia Airlines jika krew dan pengurusan diberi kepada Jepun.

Ketua Krew lama:
Ah. Maafkan saya kerana terlambat sedikit. Semuanya berjalan dengan baik. Semoga anda dan semua krew akan bawa kapalterbang ini dengan lebih baik lagi. Maafkan saya.

Ketua Krew baru:
Ah... Maafkan saya jika membuat anda rasa bersalah. Anda tidak lewat. Anda memang tepat pada masanya. Anda memang hebat. Tahniah kepada semua krew kerana anda telah mendarat dengan selamat. Semuanya selamat.

Ketua Krew Lama:
Terima kasih. Terima kasih. Sekarang saya serahkan kapalterbang ini kepada anda. Saya yakin ia akan lebih baik daripada kami. Selamat menjalankan tugas.

Ketua Krew baru:
Terima kasih. Terima kasih. Kami akan uruskan dengan baik. Tahniah untuk anda. Jaga diri baik-baik. jaga kesihatan. New York ini abunai.

HA ha ha itulah dialog yang dibaca dan dihafal oleh krew MAS. Kemudian doa dibacakan untuk menyerah dan menerima kapalterbang.

**** Agenda dalam kapalterbang

Kesian anak-anak dara yang tidak berapa comel dan anak-anak bujang yang agak handsome dalam penerbangan ini. Sepanjang kerjaya, mereka perlu tuang arak kepada penumpang. Arak itu haram dan semua perkara yang berkaitan dengan industri arak adalah haram. Tuang orang minum arak memang haram. Tapi itulah yang galaknya pramugari dan pramugara kita lakukan. Arak dalam MAS adalah melebihi dari mana-mana kapalterbang dalam dunia. Kawan saya orang Jepun akan balik terus ke Jepun hujung bulan ini. Dia tidak mahu naik JAL, tapi mahu naik MAS kerana dapat minum arak free. Itukah sebuah syarikat penerbangan Malaysia Hadhari?. Tidak mungkin!. Jika MAS bukan syarikat penerbangan negara, lantak pii lah. tapi bila susah, minta duit rakyat. Minta duit rakyat untuk belanja arak kepada penumpangnya. Terbang 20 jam boleh pulak tak bagi orang hisap rokok, ,mengapa minum arak tidak boleh tidak?.

Adegan yang ingin kita dengar. "Ini adalah penerbangan Malaysia. Penerbangan ini adalah bebas merokok. Meminum arak dalam penerbangan ini adalah diharamkan. Memang arak itu haram".

Adakah MAS akan tutup kedai semata-mata kerana tidak ada arak?. Belum cuba belum tentu. Dalam dunia ini bukan semua penerbangan hidang arak. Saudi Air, Brunei Airlines mana ada hidang arak. Tidak tutuppun mereka. MAS yang galak hidang arak, dapatlah anugerah "the best cabin ler, the best itu ler, D best ini ler", tapi buat duit ke buang duit?. Kumpul award menimbun, flight delay memanjang, rugi memanjang.

Tidak berkat.

Monday, September 10, 2007

OKINAWA DI NEW YORK



SEHABIS mesyuarat di Boston, saya singgah di New York sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia. Penganjur mesyuarat mentediakan saya sebuah limosin mewah dari hotel Royal Sonesta ke lapanganterbang Boston. Terkejut beruk dibuatnya. Pertama kali tengok limosin enam pintu begitu. Macam-macam kemudahan ada kat dalam. Mewah rupanya limo begini. Jika dibawanya dari Boston ke New York OK juga tu... dalam 4 jam boleh sampai.

Oh ya sepanjang dua hari mesyuarat, saya berkawan dengan orang Jepun sahaja. Saya hanya seorang dari Malaysia dan beliau hanya seorang dari Jepun. Kelebihan Jepun ini ialah, beliau datang bersama 30 anggota rombongan lain. 29 daripadanya pergi entah ke mana, atas urusan perniagaan barangkali. Kelebihan lagi Masa (nama dia Masa), ialah dia bawa 2 orang penterjemah, khusus untuk dia seorang. Mewahnya dia. Sembang punya sembang punya sembang, rupa-rupanya dia adalah pengarah Tokyo Disneyland. Jika pergi Disneyland, jangan lupa call saya, pesannya. Diapun respek juga dengan limosin tu agaknya, sebab dia ambil gambar sya naik limosin tu (perasan sayalah tu).

Dua malam di New York sementara menunggu penerbangan balik ke Malaysia agak memenatkan juga. Hari pertama jalan-jalan sendirian di Times Square dan ambil pakej keliling New York. Nak cari masjid, bila terjumpa dah lepas solat Jumaat. Solat Zohor/Asar sajalah. JAlan-jalan lagi jumpa dengan restoran Okinawa. Hebat sungguh Jepun ni...