Labels

Showing posts with label BISNES. Show all posts
Showing posts with label BISNES. Show all posts

Sunday, August 02, 2020

BAGAIMANA IA BERMULA ... AIRBNB, ALIBABA, IINSTAGRAM, LINKEDIN, PINTEREST, UBER

Diletakkan di sini bagaimana bermulanya sesuatu produk/servis yang lejen itu. Ia untuk tatapan sendiri di kemudian hari.







Thursday, July 23, 2020

PASCA PKP

1. Semenjak kerajaan mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020 yang lalu, saya sudah ubah bisnes saya jadi 180 darjah. Dulu jual buku di sekolah, kini jual buku online sahaja adanya.

2. Semua staf sudah berhenti kerja dengan dibayar dua bulan gaji.

3. Semua trukbuku sudah dijual untuk dijadikan perpustakaan bergerak. Alhamdulillah.

4. Kini hari-hari saya datang ke kedai. Menmabil dan membalut buku yang dibeli secara online. Biasanya pembeli akan beli pada sebelah malam hingga awal pagi. Selepas dibalut, parcel akan dihantar ke Pos Laju atau courier pada setiap hari. Kini baru nak mulakan courier datang ambil di kedai setelah PKP mula dilonggarkan sedikit.

5. Hasil jualan buku sepanjang PKP ini bolehlah untuk menampung diri sendiri tanpa staf dan tanpa komitmen lain. Alhamdulillah. Happy.

Hari ini rasa sakit belakang dan kepala sikit. Nak rehat jap. Buku pun semua sudah siap dibungkus.

Cheers!.

Wednesday, June 27, 2018

BUAT BISNES

HARI ini, seperti biasanya, saya seorang sahaja di ofis.

Dua orang staf membawa truk buku ke sekolah di KL.
Seorang staf pergi berniaga di Johor. Selepas itu terus ke Raub.

Di ofis, saya uruskan jualan online. Di samping itu melayan pertanyaan dan permintaan guru-guru yang berminat untuk menjemput MBC ke sekolah mereka.

Sesekali rasa mengantuk. Sesekali rasa lapar. NAk balik rumah pun, sebenarnya saya tunggu posmen dari Pos Laju yang sejak semalam tidak datang ambil parcel. Susah juga ON dan OFF petugas Pos Laju ini. Kita nak laju, dia buat dono saja.

OK.... saya nak kongsi rangkap menarik mengenai bisnes daripada rakan FB, tuan Norizan Bin Sharif

Bisnes ni mudah saja.
1. Tingkatkan pendapatan.
2. Kalau tak dapat tingkatkan pendapatan, kurangkan perbelanjaan.
3. Kalau perlu potong, potong. Kalau perlu buang, buang.
4. Ada benda cepat dapat hasil, ada benda lambat dapat hasil.
5. Kalau lambat dapat hasil, sediakan modal banyak sikit.
6. Kalau cepat dapat hasil, usah boros. Simpan untuk musim kemarau.
7. Kita buat bisnes, kita tahu sakit-demam sendiri. Cakap orang lain kita dengar sajalah.
8. Orang pandai cakap bisnes belum tentu pandai buat bisnes.
9. Dengar cakap semua orang. Nak buat, pilih-pilih.
10. Apabila berjaya, kongsilah di Facebook. Kalau gagal, rawatlah luka sendiri.
11. Kalau jatuh, bangun.