Labels

Tuesday, February 27, 2007

BOWLING ITU KEBUDAYAAN JEPUN?


SAYA telah mencadangkan pertandingan bowling antara Alumni sebagai salah satu daripada acara untuk ulang tahun ke-50 persahabatan Jepun-Malaysia. Namun Kedutaan Jepun menolaknya kerana mereka hanya akan membiayai acara kebudayaan Jepun sahaja.

Maka sayapun buatlah acara ini bersendirian.

Ahad lepas tamatlah sudah acara tersebut dengan kejayaan yang gilang gemilang. Setiap pemain dikenakan RM100 ringgit bagi menyertai pertandingan ini dan 78 peserta dari 26 pasukan telah mengambil bahagian. Nak dikatakan mahal penyertaan RM300 sepasukan itu, memanglah mahal. Namun semuanya sold out, malah saya terpaksa menolak beberapa pasukan lagi kerana ingin memberi keselesaan kepada pasukan yang bertanding untuk menggunakan 1 lane bagi 1 pasukan.

Bagi menyelitkan unsur kebudayaan Jepun dalam temasya ini, semua krew yang bertugas telah memakai happycoat dan setiap peserta mendapat sebuah haiku berkaitan dengan bowling dalam jadual aturcara mereka. Canggih tak idea dan pelaksanaan saya?.

Acara berikutnya ialah treasure hunt dari Putrajaya ke Fukuoka (destinasi di Malaysia yang merupakan bandar kembarnya). Pihak kedutaan masih berfikir mengenai konsep kebudayaan Jepun dalam acara ini.

Monday, February 26, 2007

NYANYI MASA SEDIH ATAU GUMBIRA?

MENGAPA manusia menyanyi?.
Adakah menyanyi untuk menghiburkan hati sendiri atau untuk menghiburkan pendengar?
Nyanyi waktu gumbira atau
Nyanyi wakti bersedih?
Penyanyi itu riang, sunyi ataupun sedih?.

Di negara kita ada lagu:

Jika rasa gumbira petit jari
Jika rasa gumbira tepuk tangan
Jika rasa gumbira hentak kaki
Jika rasa gumbira tepuk semua....

Kat Jepun ada lagu:

tsurai toki (saat sukar)...

di waktu sedih
andanglah ke langit
pasti mentari menyinarkan cahayanya

di waktu suny
pandanglah ke langit
pasti anak burung akan terbang ke mari

kita punyai perbagai masalah
kesukaran yang dihadapi dlm menjalani kehidupan

jangan mengalah
jangan lari

teruskan langkah pada jln yg dipilih

Sunday, February 25, 2007

SEDERHANA

MANTAN PM kata "tiada istilan penganut Islam sederhana, sebab agama Islam itu sememangnya sederhana".

Ada kalanya kita akan bertemu dengan ungkapan "You are good Muslim aaa, tadak minum, tadak main itu pelempuan, selalu semayang". Patutnya kita jawab begini kot:-

A. Yang buat itu semua bukan Muslim, sebab Muslim tak buat semua tu.
B. Saya sederhana saja (tadak baik, tadak jahat maa). Islam itu sederhana
C. Lu pun baik apa kawan, minumpun sikit saja, tadak mabuk punya.

ha ha

Saturday, February 24, 2007

TUA (L) & MUDA (P)

KAJIAN dari sebuah universiti tempatan menunjukkan:

kira-kira 65 peratus pelajar IPT berusia antara 21 hingga 28 tahun memilih lelaki kaya berusia 40 hingga 50 tahun untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.

TAPI rasa-rasanya jika kajian tersebut diterbalikkan, jawapannya mungkin 99%. Ia itu 99% lelaki 'tua' memilih wanita @ gadis muda sebagai pasangan hidup.

Apa pandangan anda?.

Friday, February 23, 2007

MAKAN ATAU HISAP?

"Fatwa" terbaru yang berlegar di negara kita sekarang ialah "Memakan makanan segera adalah lebih merbahaya daripada menghisap rokod".

Jadi apakah lagi pilihan yang kita ada?:-

A. Makan (segera) : Bahaya
B. Hisap (rokok) : Makruh
C. Hidu (asap) : 10X bahaya dari hisap
D: Minum (yg itulah): Haram
E: Cium (gam) : ketagih

Jadi di antara makan 'mee maggi' dengan hisap 'Benson & Hedges' lebih baiklah hisap ...

Wednesday, February 21, 2007

GULUNG TIKAR

APABILA kerajaan membuka peluang kepada pasaraya, pasaraya mega dan pasaraya super dari negara asing membuka perniagaan di negara kita, apakah kesannya?

Pertama: Kita sebagai pengguna dapat membeli barangan dengan harga murah
Kedua: Kita dapat layanan kelas pertama
Ketiga: Peruncit kita kerugian dan akhirnya tutup kedai
Keempat: Ringgit kita mengalir ke luar

Di manakah anda selalunya berbelanja?

A - Tesco
B - Giant
C - Carefour
D - Makro (akan jadi Tesco lepas ini)
E - Mydin
F - Lain-lain

Tuesday, February 20, 2007

JENAB

JENAB ialah seorang janda. Anak Jenab dua orang. Seorang nama Junid yang tua setahun dari aku. Seorang lagi aku dah lupa namanya, lebih muda dari aku. Jenab meninggalkan kedua-dua anaknya dengan ibu-bapanya untuk bekerja di Singapura. Entah apa kerja Jenab, tidak ada yang tahu. Ada yang kata Jenab kerja di kelab malam. Ada yang kata Jenab kerja di hotel. Adapun kerja di hotel adalah haram pada masa itu. Ataupun sekurang-kurangnya ia tersangatlah aib.

Setelah bertahun-tahun di Singapura, Jenab pulang ke kampung kami. Kata orang sekarang Jenab pulang for good. Seisi kampung gempar. Jenab yang rekod persekolahannya entah di mana, tiba-tiba bila balik dari Singapura dia sudah boleh bercakap Orang Putih.

"Dah soheh Jenab minum arak. Air kencing syaitan itulah yang membuatkan lidah Jenab jadi boleh cakap orang Putih. Maklumlah, dia kerja kat hotel, sudah tentu dia minum. JIka tidakpun sudah tentu dia sudah masuk ugama Kristian, sebab itu dia boleh cakap orang Putih". Itulah suara-suara yang aku dengar dari orang kampung.

Sekian.

Anak anda lemah dalam sains dan matematik?
Petua Jenab mujarab?.

Monday, February 19, 2007

GONG XI FA CAI LAGI

JIKA dulu dikatakan orang Cina berkurung dan bermain mahjong semasa raya, kini pada hari raya pertamapun, sudah ramai orang Cin kompleks membeli-belah:-

Dua ekor singa berehat sambil menanti habuan.

Budak-budak yang membawa singa.

Sunday, February 18, 2007

GONG XI FA CAI

DULU ia disebut Kong Hi Fatt Choy, kini dengan sistem ejaan baru, ia dipanggil Gong Xi Fa Cai pula.

Hari ini bertepatan dengan Hari Raya Cina ini, hujan lebat mencurah-curah di tempat saya. Ia mengingatkan saya semasa zaman kanak-kanak dulu. Jika di musim Raya Cina, mesti hujan lebat. Mengapa begitu?. Makcik saya kata ini adalah kerana orang-orang Cina suka berkurung semasa hari raya mereka. Mereka berkurung dalam rumah untuk main judi atau mahjong. Itu cerita dulu-dulu. Kini hujan ribut, kemarau dan sebaginya tidak lagi mengikut perayaan sedemikian.

Namun sejak dulu-dulu juga, di musim tahun baru Cina ini memang tidak lekang dengan buah limau dan kuih bakul. Orang Cina berdekatan dengan kampung saya akan mengupah makcik-makcik Melayu untuk membuat kuih bakul. Ia bertujuan untuk mempastikan halalnya kerana kuih bakul ini akan dibahagi-bahagikan kepada orang Melayu yang merupakan pelanggan kedai mereka.

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru Cina kepada semua pembaca berbangsa Cina. Ucapan khusus buat saudara Fang yang berada di Xi'an China. Beliau adalah orang kuat partai di Xi'an dan moga-moga anda akan menjadi orang besar di negara anda suatu hari nanti.

Saturday, February 17, 2007

PENGALAMAN BARU

SEMALAM berlangsunglah mesyuarat agung ke-18 PERJASA. Sebagai Timbalan Presiden, saya telah membuat kerja yang di luar kebiasaan. Di luar batas protokol. Di luar dari pemikiran biasa orang biasa.

Semalam saya telah menjaja sebanyak dua puluh buah buku dengan dua judul yang berbeza. Ia itu Information Systems and Executives' role dan Managing ICT Organization. Saya bukannya menjual, tetapi menjaja.

Pada asalnya buku-buku tersebut dipamerkan sahaja untuk dijual, namun tiada yang berminat untuk memberikan perhatian terhadapnya. Lagipun buku-buku tersebut saya yang punya (saya bukan penulisnya).

Apa strategi yang boleh digunapakai untuk melariskan buku?. Pujuk rayu. Godaan. Paksaan. Menangguk di air keruh. Pengaruhi orang lain. Macam-macam kaedah saya lakukan sehingga kesemua buku tersebut bahis terjual. Oh ya, tidak lupa juga saya berdoa di dalam hati semoga semuanya laku.

"Cik adik ni dah lulus PTK ke?"
"Belu lagi, mengapa?".
"Ini ada sebuah buku yang baru diterbitkan. Ia dapat membantu adik untuk menjawab soalan PTK. Semua jawapan ada dalam buku ini (jika ditanya). Betul dik, semua jawapan memang ada di sini, cuma soalannya saja yang tidak ada dan kita tak tahu. Buku ini harganya RM20 sahaja:".
"OK saya beli satu. Ini RM20".
"Terima kasih, saya jual buku ini ya. Mudah-mudahan lulus PTK".

"Cik Puan dah lulus PTK kan?. Ini ada sebuah buku yang bagus untuk bacaan kita, untuk meningkatkan profesyen".
"alaa... saya dah lama lulus PTK, tak payah baca buku-buku macam ni"
"Cik Puan dah lulus PTK 6, tetapi buku ini sesuai untuk PTK 7 dan PTK 8. Belilah satu, cuma RM20 saja". (Sebenarnya PTK 7 dan 8 memang tak wujud)
"oh ya ke?. Tapi saya tak ada duit kecillah, kad kredit boleh?".
"Kad kreditpun boleh, tapi puan kena beli sehingga RM100 jika ingin guna kad kredit" (saja melawak).

"Tuan Haji, ini ada sebuah buku terbaru. Masakan Haji tak mahu beli, HAji kenal siapa penulisnya bukan?".
"Oh inilah bukunya ya?. Ok ini RM20 saya memang dah lama nak beli".

"Bang!, nak beli buku?. Harganya cuma RM20 sahaja. Kandungannya bagus. Lihat percuma".

Akhirnya kesemua buku tersebut habis dijual sebelum Mesyuarat Agung bermula. Saya lega. Alhamdulillah. Namun, saya amat yakin bahawa kerja sebagai seorang jurujual teramatlah susah. Jurujual perlu muka tebal, tahan diejek, boleh terima kritikan dan cemuhan dan segala macam cabaran.

Friday, February 16, 2007

IKUT-IKUTAN

ORANG nombor satu kata modal insan.
Bersahut-sahutan modal insan, modal insan, modal insan
di seluruh pelusuk negara.

Orang nombor satu kata
hapuskan rasuah!
rasuah hapus rasuah hapus rasuah
segenap pelusuk negara
dari kota ke desa
dari hutan ke rimba
berukpun terpinga

Orang nombor satu sebut
sistem penyampaian
maka gegak gempita
perkataan sama bergema

Faham ke apa yang dikata
Ingat ke apa yang diucap

modal apa? modal teroka
hapus apa? hapus modal
sistem apa? sistem ikut-ikutan

Tuesday, February 13, 2007

ALAMAT BARU

http://pfeeds.com/17d5


Monday, February 12, 2007

GONAMO RIMA

TAK RETI BAHASA

KITA (sayalah) cukup marah apabila dikatakan tak reti bahasa. Namun adakah kita ni sebenarnya memang reti bahasa?.

Ada seorang staf merungut kepada penyelianya mengatakan dia banyak kerja. Penyelia ni pulak hantar mel memberitahu staf dia merungut kepada bos dia.

Bos dia terus melenting dan suruh buat laporan polis!. Apa hal?. Jika staf mengugut sila lapor kepada polis.

Inilah kes benar yang benar-benar tidak reti bahasa. RUNGUTAN difaham sebagai UGUTAN. Entahhla bos ini sekolah sampai darjah berapa tak tahulah. Memang confirm tak reti bahasa.

Sunday, February 11, 2007

CORAT-CORET HOMESTAY


BERDASARKAN tinjauan pendapat dari blog seperti ditunjukkan di atas, orang Malaysia tidak gemar menerima orang asing dalam program homestay kerana "Tidak Biasa - Bukan Amalan". Alasan lain ialah "Rumah Kecil".

RABU lepas saya bertemu pembantu khas konsolat Kyushu/Okinawa. Beliau memberitahu bahawa orang Jepun tidak suka menerima orang asing untuk tinggal di rumah mereka bagi homestay kerana "orang Jepun perlu melakukan segala-galanya dengan perfect. Mereka khuatir tidak dapat melakukannya secara perfect terhadap orang asing dan memutuskan untuk tidak menerima orang asing".

SABTU lepas saya bertemu dengan penyelaras homestay JOCV dan dia mengucapkan terima kasih atas kerjasama kami menerima ahli mereka untuk homestay. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Lepas tu dia menyampaikan 'rasa tidak puas hati' anak angkat terhadap keluarga angkat mereka. "Kita tidak mengharapkan dan tidak memerlukan setiap kali makan malam di luar (restoran, warung dll). Kami nak makan kat rumah, nak berehat nak santai. Jika makan kat luar kena bersedia, kena bersolek, kena order, kena tunggu dan kita tak cukup masa untuk tidur Zzzzzz". Alahai kuatnya kamu tidur!. Inilah yang membuatkan kami terpaksa fikir banyak kali lagi sebelum sanggup menerima kelompok seterusnya, Julai ini untuk homestay.

Nak ke tak nak? Nak? Tak nak? Nak? TAK NAK!.

TREO WINDOWS Vs TREO PALM



SUDAH lebih dua bulan saya menggunakan Treo 680. Ia adalah Treo terkini yang menggunakan PalmOS. Semalam saya diberi peluang untuk mengguna-cuba sebuah Treo 750, yang menggunakan WindowsMobile5 (WM5). Dari segi perkakasan, kesemuanya sama. Saya boleh tukar-tukar bateri, boleh menggunakan charger yang sama dan semua aksesori boleh bertukar antara satu sama lain. Apa yang membezakan kedua-dua PDA ini ialah Sistem Pengoperasian (OS)nya sahaja dan sudah tentulah aplikasinya juga.

Versi yang saya gunakan hanya berbeza dari segi warna sahaja. Yang di sebelah kiri itu berwarna hitam adalam WM5 sementara yang di sebelah kanan berwarna putih adalah PalmOS.

Andai kata saya letakkan mercedes ini, adakah sesiapa yang boleh membezakannya (tanpa memandu) samada ia adalah Mercedes Petrol atau Diesel?.

Friday, February 09, 2007

KUCING & FRIESKIES

IKLAN INI TIDAK BERBAYAR



Kepada pembaca blog yang mempunyai kucing dan hanya memakan Friskies Whiskas, sila letakkan nama & kontaks di laman ini sekiranya anda mahu bekalan Frieskies Whiskas sepanjang tahun secara percuma. Pihak mereka akan menghubungi anda dan menguruskannya dengan anda secara langsung.



Penulis blog ini tidak ada kena mengena dengan jenama yang diiklankan dan tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadapnya.

Wednesday, February 07, 2007

MENULIS

Kemahiran Menulis


ADAKAH menulis itu senang?. Semua manusia yang celik huruf boleh menulis, namun apakah yang ditulis?. Adakah tulisan mereka akan dibaca?. Apakah kesannya pula?.

Pada saya, menulis adalah susah. Saya pernah hanya berjaya menulis setengah ayat sahaja dalam masa seminggu, walaupun kerja saya pada masa tersebut hanyalah menulis. Semasa saya menyiapkan disertasi sarjana, menulis adalah amat membebankan. Siang malam terkebil-kebil mencari idea yang tidak turun-turun juga entah dari mana. Naik tangga, turun tangga untuk mencarai perkataan yang sesuai untuk ditulis. Hampehhh. Itulah yang menjadikan hanya setengah ayat dalam masa seminggu. Bingung!!!.

Adakah anda inginkan kemahiran menulis sehingga dikagumi rakan-rakan dan disayangi bos anda?. Cubalah baca buku ini dan cuba praktikkan. Klik di ikon di bawah.

Kemahiran Menulis

Tuesday, February 06, 2007

PENCEN

KHABARNYA kerajaan sedang menimbang untuk melanjutkan usia pencen kakitangan awam dari 56 sekarang ke 60 tahun. Alasannya di suia 56 tahun, pegawai kerajaan masih lagi sihat, masih produktif dan masih banyak sumbangan yang boleh diberikan kepada negara.

Jika tidak silap perhitungan, purata hayat rakyat negara ini ialah 67 tahun. Ini bermakna ada lagi 7 tahun untuk hidup selepas pencen secara puratanya. Ia juga bermakna pekerja awam hanya dapat menikmati 7 tahun wang pencen dalam hidupnya secara purata.

Pencen 60 atau 56 ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oh ya, khabarnya juga orang pencen tidak suka disebut pencen, tetapi bersara. Betul kan?. Sebabnya pencen hanyalah bagi yang memilih skim pencen, sedangkan bersara adalah yang telah tamat perkhidmatan, tidak kira samada skim pencen atau skim KWSP. OLeh itu orang pencen ada persatuan tersendiri, iaitu POP (Persatuan Orang Pencen)dan banyak lagilah.

57 atau 60?.

Monday, February 05, 2007

JALURLEBAR

APAKAH yang dikatakan sebagai jalurlebar (broadband)?.

Sekali imbas apa yang terbayang kepada kita ialah tentang kelajuannya, mungkin.
Namun di manakah di negara kita ini kita dapat gunakan Internet dengan laju?. Biasanya di pejabat adalah lebih perlahan berbanding dengan di rumah. Di cybercafe bagaimana?. Saya rasa ia juga tidak laju.

Mungkinkah di negara luar ia lebih laju?. Saya pernah gunakan broadband di Jakarta, ia macet macam jalan rayanya juga. Minggu lepas saya menghadiri seminar CxO di Singapura dan menggunakan broadband di sana dengan bayaran S$28 untuk 24 jam. Masyaallah punyalah lembab lagi lembam dia punya broadband!. Perlahan yang amat sangat, streamyx jauh lebih laju. BArangkali itulah sebabnya dalam seminar tersebut pihak berkuasa Kota Singa itu sudah ingin meninggalkan broadband dan akan menuju kepada Ultra-Broadband.

Buatlah apa saja, namun Internet semakin hari semakin perlahan. Sebab utamanya ialah kerana ekspektasi kita sebagai pengguna.

* Semasa menggunakan broadband di New York dan Tokyo rasa-rasanya (mungkin perasaan) ia adalah laju.

Sunday, February 04, 2007

JOM MELAWAT JEPUN

SEMASA cuti sekolah nanti, jom bawa keluarga dan anak-anak anda melawat Universal Studion (Osaka) dan Disneyland/Disneysea (Tokyo).



Cuma RM2,678 sahaja untuk anak anda dan RM4,368 untuk anda selama 7HARI/ 5MALAM di Jepun. Ia termasuk tambang, penginapan dan makan-minum.

Tarikh: 11 Mac (Ahad) - 17 Mac (Sabtu)
Inilah itinarinya:-

Day 01 Bertolak KUL / Kansai

Day 02
Tiba di Kansai airport. Berhenti utk membeli kopi/teh + roti. Bertolak ke Kobe.
Melawat Masjid Kobe. Makan tengahari. Shopping di daerah Kobe Harborland.
Naik bullet train (Shinkansen) dari Kobe ke Osaka. Check in hotel. ( Makan malam ) ( D )

Day 03
Sarapan di hotel. Terus ke Universal Studio Japan. Makan malam. Balik ke hotel. (B,D)

Day 04
Sarapan di hotel. Terus ke airport Itami utk penerbangan ke Haneda. Tiba di Haneda, terus ke Mt Fuji 5th Station. Melawat hot spring. Makan tengahari. Check in Ryokan. Makan Malam. ( B,L,D)

Day 05
Sarapan di hotel. Bergerak ke Tokyo - shopping. Makan tengahari. Lawatan sekitar Tokyo dan shopping di Tama City*** ( lebih kurang macam tu la bunyinya). Makan malam. Check in hotel. ( B,L,D)

Day 06
Sarapan di hotel. Disneyland. Makan malam. Check in hotel. ( B,D)

Day 07
Sarapan di hotel. Bertolak ke airport. (B) Narita / KUL

* Hanya untuk 20 orang sahaja. Berminat?. Hubungilah saya.

Friday, February 02, 2007

SIM LIM SQUARE

DALAM masa senggang tadi, saya sempat ke Sim Lim Square.



+ Apa hebatnya Sim Lim Square?
- Pernah ke Low Yat tak?
+ Pernah.
- Low Yat to nothing jika dibandingkan dengan Sim Lim Square.
+ Ooooo.... saya nak pergi nanti.

x

SAYA sekarang berada di seberang tambak, menghadiri persidangan CxO. Ia itu Ketua Pegawai .


CEO - Ketua Pegawai Eksekutif
CFO - Ketua Pegawai Kewangan
COO - Ketua Pegawai Operasi
CTO - Ketua Pegawai Teknikal
CSO - Ketua Pegawai Keselamatan
CIO - Ketua Pegawai Maklumat
CxO - Ketua Pegawai <>

Kesian kat x, semua boleh jadi.
Dulu ada pemproses Intel x86, di mana x mewakili 2,3,4. Kemudian bila Pentium timbul, x dibersarakan.

Thursday, February 01, 2007

TANGKAP GAMBAR CURI



tangkap gambar curi = curi-curi tangkap gambar
Test posting dari PDA

KONGSICUTI

BIASA kita merayakan kongsi raya
Hari ini Selangor menyambut Thaipusam
Hari ini Wilayah menyambut Hari Jadi
Jika Selangor cuti dan Wilayah Kerja
maka KL akan sesak
Jika Wilayah cuti dan Selangor kerja
itu biasa sahaja
Tetapi hari ini
Wilayah + Selangor = cuti
abah + Mak = cuti
anak-anak = cuti
Selamat kongsi cuti