Labels

Thursday, April 09, 2015

BAGAIMANA MENARIK MURID BELI BUKU?


DALAM entri yang terdahulu, saya tekankan betapa pentingnya flyers atau senarai buku. Ia perlu diedarkan kepada murid untuk ditunjukkan kepada ibu bapa. Ibu bapa kemudiannya melihat senarai buku tersebut dan jika berkenan, mereka akan berikan duit kepada anak mereka untuk membeli buku.

Saya fikir flyers masih lagi releven.

Walau bagaimanapun ada juga sekolah yang tidak mahu flyers. Pihak sekolah tidak mahu dilihat oleh ibu-bapa sebagai bersekongkol dengan pihak penjual dalam menjual buku. Di sini, kos penghasilan flyers dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun bagaimana dengan jualan?. Ada yang OK. Maknanya ada faktor lain selain flyers.

Mungkin harga?.


Sekali-sekala Puan Ainon tercuit dan mencuit, ha... itu dia ratusan pembaca dapat dikumpulkan.



Saturday, April 04, 2015

PEJABAT ATAU RUMAH ?

SEKARANG saya tercari-cari ruang pejabat untuk dibeli. Beberapa buah pejabat dilihat dan kebanyakannya tidak berkenan sebab ruangnya sempit. Harganya pula boleh tahan.

Kemudian saya terfikir, lebih baik saya beli rumah dan buat pejabat dari rumah tersebut. Saya bukan ingin jual barang. Saya bukan perlu orang ramai datang ke pejabat/kedai tersebut. Ia sekadar sebuah tempat pertemuan para pekerja, rakan bisnes dan juga rakan-rakan. Ia tidak akan mengganggu jiran-jiran dengan aktiviti sedemikian. Rasa-rasanya ia tidak menyalahi peraturan pihak berkuasa tempatan (rasanyalah).

Setelah pulang dari Dusun Buku, ia itu sebuah perpustakaan persendirian di Kuala Terengganu, saya berpendapat rumah yang bakal saya beli itu boleh juga dijadikan perpustakaan. Ia boleh digunakan oleh penduduk taman tersebut untuk memenefaatkannya.

Setelah pulang dari Studio Cenderawasih di Kuantan, saya terfikir, mengapa tidak rumah atau pejabat atau perpustakaan yang akan saya buat itu nanti menjadi tempat karyawan bertemu dan bertamu?.

Cool rasanya ...

Selfie di Studio Cenderawasih, Kuantan

Tempat pelukis berkarya di Studio Cenderawasih. 
Sepuluh ekar terlalu mewah dan tidak mungkin dapat saya sediakan.

Pekan Buku. Perpustakaan persendirian di Kuala Terengganu.