Labels

Thursday, October 02, 2003

BERCUTI

BERCUTI

MBA bercuti hari ini. Cuti kerana hantar kereta untuk diservis setelah lebih tiga minggu mencuba-cuba untuk buat temujanji. Punyalah susah nak buat temujanji!. Setiap kali telefon, samada ‘bertunang’ ataupun tidak berjawab. Sekiranya kita buat dono saja dan pergi hantar, nanti tak pasal-pasal kena marah… bukan senang rupanya pakai kereta Toyota ni, mengalahkan mercedes lagi. Bagi kereta merc. cukup senang nak untuk dihantar servis (setakat inilah). Tak perlu buat temujanji dan servis yang diberikan memang memuaskan, harga berpatutan dan cepat disiapkan. Jadi sudah tentu tak perlu ambil cuti kerana biasanya ia boleh dihantar pada hari Sabtu yang cuti. Faktor ini mungkin disebabkan tak ramai orang pakai kereta jenis ini kot ataupun memang pusat servis ini memang kelas….

No comments: