Labels

Wednesday, June 30, 2010

NILAI KORPORAT: DI MANA NILAINYA?


PELBAGAI nilai korporat diwar-warkan di merata tempat dan waktu. Di manakah terletaknya nilai korporat di kalangan penjawatnya?.

Tahap 1: Menyanyi lagu korporat, pakai lencana, pasang banner, ceramah, kursus,cogankata. Misalnya "kerja berpasukan", "pelanggan didahulukan".

Tahap 2: Terpaksa melakukan 'nilai' korporat kerana arahan. Misalnya terpaksa melakukan kerja secara berpasukan, walaupun tetap percaya bahawa kerja secara individu lebih cepat, lebih bagus daripada kerja berpasukan.

Tahap 3: Nilai korporat adalah sebahagian daripada budaya. Samada di pejabat atau di luar, penjawat akan berpegang teguh kepada nilai korporat. Berapa ramai penjawat yang bersedia memberikan parkir mereka kepada pelanggan dan mereka meletak kereta di bawah pokok atau di tengah panas?.

Wednesday, June 16, 2010

RMK10 : BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA


1.Minyak dan gas
2.Minyak sawit dan produk berkaitan
3.Perkhidmatan kewangan
4.Pemborongan dan peruncitan
5.Pelancongan
6.Teknologi maklumat dan komunikasi
7.Pendidikan
8.Elektrik dan eklektronik
9.Perkhidmatan perniagaan
10.Penjagaan kesihatan swasta
11.Pertanian
12.Greater Kuala Lumpur

Tuesday, June 15, 2010

MANDARIN & TAMIL DIAJAR DI SEKOLAH

BARANGKALI ramai orang akan berasa senak perut membaca berita mengenai ura-ura Kerajaan untuk mewajibkan bahasa Mandarin dan Tamil diajar di sekolah-sekolah. Memang tak patut, memang tak patut.

Semasa saya di Jepun, saya bergaul dengan orang Cina dari negeri China, orang India dari negara India dan Sri Langka. Mereka tahu bahawa ramai orang Cina dan ramai orang India di Malaysia. Mereka tanya, mengapa saya tidak tahu bercakap Mandarin dan/atau Tamil? Terasa ralat sungguh ...

Saya juga berkawan dengan ramai orang Arab. Orang Arab ini sangat hairan bagaimana orang Malaysia boleh mengamalkan ajaran Islam padahal mereka tidak faham bahasa Arab, iaitu bahasa Al-Quran. Saya beri sebiji kepada mereka "saya lagi hairan, bahasa Arab/ bahasa al-Quran adalah bahasa kamu, tetapi kamu tidak ikutpun al-Quran".

Jadi,tidak rugi jika kita tahu banyak bahasa. Tidak rugi kita belajar banyak bahasa ...

Monday, June 14, 2010

BOWLING SHIRT

myJICA akan mengadakan pertandingan bowling pada 24 Julai 2010. Kami masih mencari rekabentuk baju yang sesuai...









Friday, June 11, 2010

TOLONG ATAU TIDAK


PADA tahun lepas, saya membantu sebuah organisasi dalam satu projek. Ia tidaklah seteruk mana. Tidaklah terlalu sukar, tetapi tidaklah juga suka. Tidaklah payah mana, namun tidak juga senang. Suam-suam kuku atau manis-manis buah kata orang.

Selepas selesai buat kerja, organisasi ini mengadakan majlis makan malam yang agak besar dan dihadiri oleh pemimpin negara. Ada upacara bagi-bagi hadiah. Ada ucap-ucapan. Saya juga hadir ke majlis makan malam tersebut. Dalam hati, teringin juga naik ke pentas jika dipanggil untuk menerima cenderamata, atau sijil atau yang seumpama dengannya. Rupa-rupanya, jauh panggang dari api. Jangan harap. Datang makan, duduklah mana-mana kau nak duduk, mana-mana yang ada kosong duduklah. jangankan cenderahati, namapun tidak disebut dalam ucapan, juga dalam mana-mana buku aturcara. Sekelumit ucapan terima kasihpun tidak ada. Tidak siapapun endah.

Tahun ini, mereka jemput lagi. Hmmmmm..... tawar hati untuk menabur keringat bagi organisasi begini.

Thursday, June 10, 2010

KERETA MALAYSIA


KERETA buatan Malaysia, ia itu Proton dibuat, dilancarkan dan berada di pasaran semasa saya masih di universiti. Kini sudah lebih 27 tahun saya bekerja. Pada tahun ini, saya buat pertama kalinya memandu kereta buatan Malaysia. Kereta ini dipinjamkan oleh majikan kepada saya. Sebelum ini saya menggunakan kereta sendiri buatan luar negara.

Sebelum 'memiliki' kereta ini, pelbagai cerita saya dengar mengenainya. Hampir kesemuanya adalah negatif belaka. Mereka yang bercakap pula, bukanlah alang-alang insan, semuanya hebat-hebat orangnya. Namun kereta itu tetap begitu juga. Kereta yang itu juga yang mereka dapat. Selagi 'ada bulan dan bintang'.

Kini kereta tersebut telah saya pandu hampir 2,000km. Sudah terlajak untuk servis pertama. Komen saya .... not that bad (free dan kereta baru).

Tuesday, June 08, 2010

GARMIN


MINGGU lepas saya ke LCCT dari pejabat. Memang saja-saja pasang Garmin GPS.
Terbentang papan tanda jalan, KLIA adalah ke kanan, garmin kata ke kiri.
Dengan sengaja saya mengikut arahan Garmin dan bukannya papan tanda.
Akhirnya selamat sampai ke destinasi mengikut masa yang ditetapkan (oleh Garmin).

Bagi perjalanan pulang (ingin pulang ke rumah), sekali lagi saya sengaja mengikut
arahan Garmin. Diarahnya saya melalui jalan-jalan gelap yang entah ke mana. Menakutkan.
Akhirnya tiba di rumah tanpa membayar satu senpun tol dan jarak yang lebih dekat berbanding dengan perjalanan pergi.

Terima kasih.

Monday, June 07, 2010

KUALA SEPETANG


Dulu Port Weld
Kini Kuala Sepetang

Sunday, June 06, 2010

TRAVELOG CINTA ABADI



SAYA habiskan membaca Travelog Cinta Abadi oleh Roza Roslan ini dalam penerbangan pergi-balik KL-KK pada minggu lepas.

Semua orang mempunyai cerita.
Ramai orang boleh bercerita
Banyak cerita yang menarik
Namun
Tidak ramai yang boleh menulis (dengan baik)
Tidak banyak hasil tulisan yang diterbitkan
Tidak semua buku yang diterbitkan laku di pasaran.

Travelog Cinta Abadi adalah menarik kerana:
Bab pendek-pendek, senang membacanya
Ceritanya banyak
Ceritanya menarik
Penulisnya sudah terkenal sebelum menulis.

Sekian.

Thursday, June 03, 2010

BM ITU SENANG

SEMASA di sekolah menengah, guru-guru saya adalah dari Amerika Syarikat dan England. Mereka adalah kumpulan peacecorp, yang terpaksa membuat kerja amal kerana tidak mahu menjadi tentera kerahan ke Vietnam. Cikgu-cikgu ini semuanya fasih berbahasa Melayu. bahasa Melayu sangat senang kata mereka...

Di antara patah-patah yang saya ingati daripada mereka:

1. Jika ditanya "apa khabar", jawabnya ialah "khabar baik". Mudah bukan?
2. Jika buah yang ada "duri", namanya "durian"
3. Bagi buah yang ada "rambut", namanya "rambutan"
4. Jika ditanya "apa macam", kita jawab "macam-macam"

Oleh kerana saya tidak tahu UK dan US itu di ceruk mana, maka saya tidak pernah kisah untuk mengambil alamat mereka. Mereka beriya-iya ingin menyambut kami di tangga kapalterbang sekiranya kami berjaya belajar di negara mereka. Saya tidak jangka yang saya akan sampai ke Tanah Orang Putih ini walaupun seketika. Namun hakikatnya lama saya di sana bersama keluarga lagi.

Kini barangkali mereka semua sudah menjadi arwah.

Wednesday, June 02, 2010

BENTO

HARI ini, hidangan makan tengahari kami ialah bento...

Tuesday, June 01, 2010

AIR KELAPA TIDAK BAGUS UNTUK KESIHATAN?


ORANG tua-tua kata, air kelapa ini bagus untuk dibuat ubat. Sekiranya keracunan, minumlah air kelapa. Sekiranya lenguh-lenguh badan, minumlah air kelapa. Air kelapa adalah penawar. Jika kita demam dan sudah memakan ubat, dilarang sama sekali minum air kelapa kerana katanya ia boleh menawarkan ubat, dan ubat tidak akan mujarab. Itu dulu.

Kini air kelapa sudah dikomersilkan. Ia sudah dijual dalam restoran berjenama. Sudah dijual dalam hotel berbintang.

Benarkan air kelapa tidak elok untuk kesihatan?.