Labels

Tuesday, October 07, 2003

OIC di Jepun

OIC di Jepun

Saya telah hadir ke OIC sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1989 dan 1999. Kedua-duanya di negara Jepun.


Pada sangkaan kebanyakan daripada kita, OIC adalah Organisation oi Islamic Country, namun apa pula kena mengenanya dengan Jepun?. Sebenarnya OIC yang saya maksudkan ialah Okinawa International Centre. Pada 1989 saya hadir kursus System Engineer dan pada 1999 kursus DP Manager. Selain daripada OIC, terdapat 14 lagi International Centre di Jepun yang dikelolakan oleh JICA (Japan International Cooperation Agency).

OIC ini lebih kurang macam INTAN di Malaysia, namun OIC (dan semua IC lain) tidak mempunyai penuntut warga Jepun (penuntut bangsa Jepun warganegara lain mungkin ada), sebaliknya penuntutnya adalah dari seluruh dunia. Setiap kelas pula adalah sekitar 12-14 pelajar sahaja dan biasanya hanya seorang dari satu negara. Kelas bagi matapelajaran teras diadakan dari 9:30am hingga 5pm lima hari seminggu dan di sebelah malamnya kelas bahasa Jepun diadakan. Di OIC, penuntut dari seluruh dunia tinggal, berkumpul dan belajar pelbagai aspek kehidupan, bukan sahaja soal akademik malahan juga budaya, sukan, bahasa dan juga seni. Pelbagai kursus ko-kurikulum diadakan di OIC dan di Okinawa. Hinggakan ada peserta kursus yang tak tahu berenang semasa sampai di OIC, sebelum pulang dah jadi jagoan air!. Yang tak tahu menyanyi dah jadi hantu karaoke. Yang tak pernah ke disko dah tahu menarik ala kadar. Lagu-lagu evergreen tanahair sudah hafal semuanya. Pun begitu … ada yang agak liat ke surau atau masjid, dah boleh baca khutbah dengan lancar, bukan dalam BM, tetapi Arab dan BI.

Selain daripada OIC, saya juga berpeluang ke TIC (Tokyo International Centre). Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang agak ketara di antara Tokyo dan Okinawa, begitu juga TIC dan OIC.

------ belajar bahasa ---------
Polis telah memberkas seorang penagih dadah di sebuah lorong ...
saya berpendapat ayat ini tidak tepat dan sepatutnta:
Polis telah menggari seorang penagih dadah ...
sebabnya ialah:-
Berkas/memberkas bermaksud mengikat dengan tali bagi sekelompok barang/orang. Walhal dalam hal ini bukan memberkas, oleh itu gari lebih sesuai.
Tetapi jika sekiranya:
Orang-orang kampung telah memberkas tiga orang pencuri .... Ayat ini *mungkin* betul!

No comments: