Labels

Saturday, October 11, 2003

Berniaga di Pejabat

Berniaga Di Pejabat

Dua minggu lagi umat Islam akan berpuasa Ramadhan. Sekarang ni sampel kuih raya telahpun beredar di pejabat. Walau bagaimanapun kuih-kuih raya ini akan banyak pada bulan puasa ini menanti untuk ditempah. Ini ialah kerana jika sampel dipamer sekarang, ramai bakal pembeli nak merasa terlebih dahulu, namun jika di bulan puasa, terlihat sahaja akan sampel yang menarik, nampak lazat saja rasanya dan nak dirasa tidak boleh, lantas dibuat saja pesanan...

Di jalan Tunku Abdul Rahman sudah penuh dengan penjual kaian dan bunga. Di bulan puasa nanti sesaklah dengan orang yang mencari rezeki. Yalah, berniaga itu adalah 9 dari 10 punca rezeki. Bagi yang makan gaji ni asyik nak berebut yang satu per sepuluh itulah. Hinggakan sanggup pijak kepala kawan, mengadu domba, berpura-pura, mengampu dan sebagainya.

Berbalik kepada berniaga ni, jika di bulan puasa biasanya staf bawahan sahaja yang menjual kuih raya ni. Bos-bospun tak kisah sangat dan turut memberi sokongan dengan menempah satu dua jenis kuih. Masa stafpun tidak terbuang kerana biasanya kuih sampel ni 'berjalan' sendiri dari meja ke meja, dari bilik ke bilik dan tahu balik semula kepada tuan dia. Namun perbiagaan di pejabat yang saya maksudkan di sini yang agak berleluasa ialah jualan langsung. Bukan hanya staf bawahan sahaja yang terlibat, yang kadang-kala memerlukan 'permit' untuk membuat demo dan 'parti'. Malahan bos-bos juga pergi 'meeting' dari ofis ke ofis untuk menjaja produk mereka. Bayangkanlah jika pengarah sebuah jabatan kerajaan dah jadi RD (regional director) untuk satu produk jualan langsung, maka banyaklah 'meeting' yang perlu dihadirinya. Downline dia berkeliling menjadi network yang teguh dan staf bawahan ni semacam terpaksa beli produk atau jadi ahli produk mereka.

Apa hukumnya berniaga macam ni bagi seseorang penjawat awam?.

No comments: