DULU masa saya lepas grad dan dapat kerja di jabatan Telekom. Kemudian berhenti untuk sambung belajar. Kemudian kerja di JKR. Lepas itu JPA. Lepas itu di JPJ. Kemudian sambung belajar lagi di UK. Balik UK saya kerja di AG. Lepas itu di Hospital Selayang. Kemudian di MITI. Lepas itu di KKM dan akhirnya di MAMPU sebelum bersara pilihan.
Dalam banyak-banyak tempat kerja saya, arwah ayah hanya ingat saya kerja di JPJ sahaja. Barangkali JPJ agak glamor di kalangan orang kampung berbanding dengan yang lain. Oh ya, ayah meninggal semasa saya kerja di XYBASE, ia itu sebuah syarikat ICT yang mana saya dipinjamkan oleh MOF selama dua tahun di situ.
Ada satu ketika itu, ayah bawa bos dia jumpa saya. Sebabnya pegawai itu minta kerja dengan JPJ, sebagai penguatkuasa. Dia mahu saya rekomen supaya dia dapat kerja itu. Saya tanya, sudah jadi pegawai di MARDI, mengapa mahu kerja JPJ?. Ting-tong-ting-tong dia kata tempat kerja sekarang tidak ada sumber pendapatan luar. Jika di JPJ banyak boleh buat income. Saya kata baiklah dan minta dia balik. Saya buang semua surat-surat dia dan delete semua dari memori. Awal-awal lagi sudah mahu rasuah.
KINI anak-anak saya sudah kerja. Sejujurnya saya tidak tahupun apa naka pekerjaan mereka dan tempat kerja mereka. Bidang kerja sekarang terlalu canggih untuk diketahui bagi "baby boomer" seperti saya.
Showing posts with label ALING. Show all posts
Showing posts with label ALING. Show all posts
Monday, May 21, 2018
Thursday, June 29, 2017
ADIK-BERADIK
INI adalah adik-beradik lelaki saya. Saya yang sulung. Fauzi yang keempat. Ruzllan kelima, Ruzitam keenam dan Azemi ketujuh. Dua lagi adik-beradik perempuan tiada semasa foto dirakam. Mereka beraya di rumah suami masing-masing.
INI adalah Rosnani. Adik selepas saya. Sementara Fatimah, selepas Rosnani tidak ada dalam foto. Terlupa rakam foto walaupun kami semua ke rumah beliau pada Raya kedua untuk makan nasi dagang.
Tuesday, September 13, 2016
CERITA KURBAN
1. Saya jarang buat qurban di kampung sendiri, khususnya di surau atau tempat awam. Jika adapun, kami sembelih seekor lembu secara berkongsi adik-beradik.
2. Raya Haji tahun ini, kami pulang ke Terengganu. Sertai qurban bersama orang kampung. Empat ekor di hari raya pertama dan tiga ekor di hari raya kedua. Ia amat memeranjatkan saya. Di kampung saya sendiri sudah ada pusat sembelihan yang sangat lengkap. Jauh lebih lengkap berbanding dengan surau dan masjid di bandar tempat saya tinggal. Lengkap di sini dalam erti kata standard kampung, bukan mahu dibandingkan dengan pusat sembelihan berhawa dingin di luar negara. Setiap kali selesai sembelihan, darah dan kotoran terus dibersihkan. Tidak ada kotoran, tidak ada bau yang kadangkala hingga sebulan masih ada jika di surau tempat saya tinggal.
3. Orang kampung lebih suka menyertai qurban di pusat ternakan dan sembelihan ini berbanding di masjid sebab harga lembu yang lebih murah dan prasarana yang lebih lengkap.
4. Saya pernah berangan-angan untuk memiliki kediaman begitu. Sebuah rumah dan sebuah ladang. Sebenarnya saya ada sebidang tanah bersebelahan dengan pusat ternakan/rumah sembelih ini. Masih belum berusik, hanya dipenuhi kelapa sawit yang diusahakan oleh emak yang sudah sakit-sakit badan dimamah usia.
5. Setelah melihat proses sembelihan, di mana majoriti orang kampung datang dan betapa padunya tenaga yang diperlukan untuk menundukkan lembu-lembu itu, angan-angan saya mati begitu sahaja. Tidak mampu berangan lagi.
6. Pada ketika yang sama kami melapah daging, anak saya hantar whatsap mengatakan daging qurban bahagian kami di kota telah habis setelah beliau menghulurkan kupon dengan alasan lewat datang. Sebenarnya beliau ke surau sekitar jam 1pm berbanding dengan waktu tutup, ia itu 2.30pm. Tahun lepas saya langsung tidak jenguk daging qurban kerana tidak mendapat kupon. Nampaknya memang tidak ada harapan langsung untuk merasa daging qurban dari Surau al-Hidayah Kajang ini. Jika mahu makan daging, beli sahajalah. Tidak ada seorangpun AJK yang mahu memberi jawapan kepada soalan saya.
QURBAN.

Wednesday, July 27, 2016
BAGAIMANA SAYA DIKERJAKAN SEMASA BEKERJA
TIBA-TIBA saya teringat, sewaktu bekerja dahulu, saya pernah dikerjakan. Siapa punya kerja?. Tidak lain tidak bukan, melainkan bos sendirilah...
Pada suatu ketika, jabatan saya mengadakan satu pesta. Memang kerja jabatan saya pun buat pesta-pesta begini. Pada kali ini tetamu kehormat ialah YAB Perdana Menteri dan isteri dan beberapa menteri.
Memandangkan pesta ini berskala besar dan melibatkan orang besar, maka saya tidak dilibatkan. Mungkin bos fikir, saya ini jenis yang kurang PR agaknya, maka saya tidak terlibat langsung dalam pesta itu. Namun saya dijemput oleh tuan rumah sebagai peserta. Maka saya, seorang yang reti bahasa, pergilah ke pesta tersebut sebagai tetamu biasa, bukannya sebagai krew.
Tiba-tiba... bos sudah bising. Ya, bising kepada yang hadirlah. Saya masih buat kerja di ofis kerana tetamu patut datang jam 10am. Maka saya dapat panggilan telefon supaya segera ke tapak pesta kerana bos mahu saya menjadi penyambut kepada seorang menteri. Saya OK sahaja dengan tugasan tersebut. Sungguh pun begitu, oleh kerana saya tidak dilibatkan dalam raptai dan taklimat, maka manalah saya tahu tempat duduk, tempat makan, tempat rehat dan sebagainya akan menteri itu. Dipendekkan cerita, saya pun sampaiulah ke tapak pesta dengan seorang pemandu pejabat yang memandu kereta saya dan seorang staf saya. Bila sampai di tapak pesta, bos dan krew lain sudah berbaris menunggu VIP tiba. Saya yang tiba lewat ini seolah-olah VIP lah. Makan pukulan pertama yang saya dapat ialah kata sindiran pedas "nah kita mengalu-alukan ketibaan Tan Sri (nama saya ) dan Datuk Seri (nama staf saya) ke majlis". Pedas beb!.
Saya bergegas mencari dan meminta penerangan daripada staf asal yang ditugas menjaga menteri berkenaan. Beliau telah dipecat dari jawatan itu dan saya menggantikan beliau. Nasib saya baik, sebab beliau berikan kerjasama penuh. Agaknya beliaupun tidak gemar sangat dengan tugas tersebut.
Apabila menteri yang dimaksudkan tiba, saya sambut beliau. Saya dipeluknya. Ini membuatkan krew lain kehairanan. Kami berbual seketika sebelum saya bawa beliau ke tempat rehat beliau sambil menunggu ketibaan YAB PM dan isteri. Bila PM dan istefri tiba, saya macam biasa sahajalah, seperti krew lain juga. Salam dan senyum-senyum hormat.
Majlis berjalan lancar. Saya iringin menteri saya untuk jamuan. Setiausaha Akhbar dan pegawai khas menteri datang jumpa saya dan ucapkan terima kasih. Agaknya menteri berpuas hati. Saya juga cuba aturkan bersama pegawai khas supaya YB Menteri datang bersalam dengan beberapa jemputan yang ingin sangat berjumpa YB.
Tugas saya berakhir setelah YB Menteri meninggalkan majlis. Bagi saya, tugas saya sudah selesai dengan jayanya. Namun bagi boas saya?.

Monday, July 11, 2016
KENANGAN BERSAMA LAN MARAS
[Saya terpanggil untuk menulis kenangan ini setelah menerima WhatsApp bahawasanya sahabat saya, Lan Maras dimasukkan ke wad hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu kerana sakit. Semoga beliau cepat sembuh].
Saya belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu pada 1975-76. Sebagai budak kampung, masuk sekolah berasrama begitupun sudah rasa gah semacam, macam rusa masuk kampung.
Di sana semua kawan yang ditemui ialah kawan baru. Sebabnya kawan lama saya tinggalkan semuanya di sekolah lama. Hanya saya seorang terpilih ke SESMA. Berbalik kepada Lan Maras, beliau seorang yang cepat mesra, mudah berkawan dan senang dibuat kawan. Orang pendiam macam saya ini, mana boleh buat kawan jika kawan juga pendiam...
Saya tidak pernah tengok wayang gambar di pawagam. Saya hanya tengok wayang gambar di padang dekat masjid yang dibawa oleh Jabatan Penerangan. Paling-palingpun wayang pacak yang ditayangkan dekat kedai yang didirikan khemah keliling sebagai panggung. Di kampung saya memang tidak ada panggung wayang. Saya tidak pernah pergi ke bandar untuk tengok wayang. Tidak pernah.
Apabila berkawan dengan Lan Maras, pertama dia ajak saya jalan-jalan di bandar Kuala terengganu pada hari Sabtu. Saya ikut. Lepas itu dia beli tiket wayang dan ajak saya masuk panggung wayang. Saya sudah lupa, panggung Cathay aray Rex. Ceritanya masih saya ingat, ia itu Bobby.
Lan kata itu sudah kali ke-7 (jika tidak silap) dia tengok Bobby. Dia pernah tengok wayang pada waktu persekolahan. Caranya?. Dia beriyahu cikgu dia sakit dan nak pergi hospital. Lepas itu dia pergi tengok Bobby !!!.
Cepat sembuh Lan Maras !!!. Ameen.

Friday, May 27, 2016
MERCEDES KURANG KUASA (UNDERPOWER MERCEDES)
MALAM ini saya teringat ketika saat-saat kami menjadi "orang kaya" dan tinggal di kawasan mewah di UK dulu. Dulu-dulu. Pada masa itu di rumah kami ada empat buah mercedes. Setiap hari gilir-gilir bawa.
Ini cerita pasal orang kita nak beli Mercedes.
A: Aku nak beli 190E saja, sebab tak cukup duit
B: 190E tak ada nilai jualan balik. Belilah 200E. Body sama macam 230, 260 dll. Mahal sikit saja. Balik Malaysia boleh jual. Mahal ooo.
C: Aku tak suka model 124. Kawan aku kata ia underpower. Aku nak beli model 123.
B: Siapa yang kata Mercedes under power?
C: Kawan aku. Dia mekanik. Dia banyak baiki kereta.
B: Engkau ni percaya sangat pada kawan. Dia certified mercedes engineer ke?. Au nak gelaklah bila kata Mercedes underpower... Mercedes antara kereta terbaik seluruh dunia tau!. Kita toooot under power mungkinlah. Ini mercedes woo.
A: OKlah aku beli 200E lah.
B: inilah orang kita, buat andaian tanpa fakta. Macamana nak dapat PhD?.
Nota:
A dan B ialah calon sarjana
C ialah calon doktor falsafah

Thursday, May 26, 2016
CASH IS KING
SIAPA yang mempopularkan (istilah sekarang viral) "cash is king?".
Cuba tengok duit kita, Ringgit. Ada king tak?. Raja atau sultan itu kinglah.
Tengok duit Yen jepun. Ada king?. Emperor itu king ...
Seingat saya .... hanya duit Jepun cap pokok pisang sahaja yang tidak ada king. Ia ada pokok pisang. Tak ada King. Dan ia tak lakupun...
Sunday, April 10, 2016
JABATAN KERJA RAJIN (JKR)
SEDARI kecil lagi, JKR sentiasa di dalam minda saya. Apa tidaknya, lboleh dikatakan setiap hari saya melihat lori JKR. Saya bertanya ayah "JKR itu apa?". Ayah menjawab "Jabatan Kerja Raya. Saya bertanya lagi "jabatan itu apa?. Mana ada jabatan, jika jambatan adalah, mungkin salah eja?". Tambahan pula, lori-lori JKR ini sedang buat jambatan di kampung saya. Maka saya yakin ayah salah dan JKR itu ertinya Jambatan Kerja Raya bagi saya.
Tanpa disangka, JKR adalah merupakan tempat kerja saya yang pertama secara rasminya. Saya katakan yang rasmi kerana sebelum itu saya ditempatkan di Jabatan Telekom Malaysia, secara sangkut.
Di JKR, bos besar saya, ia itu Jurutera Penguasa ialah Ir. Cheng Ming. Beliau sangat rajin bekerja. Beliau juga seorang yang tegas, jujur dan berhemah pada pandangan saya. Beliau tinggal di Petaling Jaya. Sekiranya ada kerja luar di Kelang atau Shah Alam, beliau akan datang ke pejabat, di Jalan Mahameru (sekarang Jalan Sultan Salahuddin) terlebih dahulu sebelum ke Shah Alam atau Kelang. Logik perbuatan beliau ialah, dia buat tuntutan perbatuan dari pejabat, bukan dari rumah. Walaupun rumahnya lebih dekat, beliau tetap datang ke pejabat terlebih dahulu. Lama-lama kelamaan peraturan ini dimansuhkan. Tuntutan boleh dibuat mengikut lokasi yang terdekat.
Friday, December 04, 2015
MEMOIR : BAGAIMANA MBA MENDAPAT NAMA
Front-B 1989
Front-B, 1999
SEMASA di Okinawa International Center (OIC), selain dari kelas bahasa Jepun dan kelas formal, kami dapat praktis bahasa Jepun di shukudo (kefeteria) dan juga di fronto (meja penyambut tetamu) di hostel. Oleh kerana fronto dibuka 24 jam, maka banyaklah masa dihabiskan di situ dengan berbual-bual dengan mereka. Mereka ingin tahu pasal Malaysia dan saya ingin tahun pasal Jepun.
Mereka sangat pelik apabila orang Malaysia (Melayu) tidak mempunyai sirname atau nama keluarga. Pelik sungguh mereka. Lama-kelamaan, saya pun pelik juga adanya...
+: Apa nama kamu?
-: Muhamad Bin Ali
-: Muhamad Bin Ali
+: Boleh saya panggil kamu Ali san? (Mr. Ali)
-: Oh Ali ialah ayah saya. Itu bukan saya.
+:Bukankah Ali itu nama keluarga kamu?.
-: Oh tidak. Kami tidak guna dan tidak bawa nama keluarga. Ayah saya Ali bin Abu Bakar. Datuk saya Abu Bakar bin Abdullah. Selepas itu saya sudah tidak tahu...
+-: Jika begitu saya panggil awan Bin san
-: Oh tidak.... Bin maksudnya anak lelaki kepada...
+:Jika begitu saya panggil awak Bin Ali san
-: Oh sangat ganjil nama itu.
+: Betullah, kamu adalah anak lelaki kepada Ali
-: Tetapi saya tidak suka nama itu.... sangat ganjil.
+ Jika begitu, mulai hari ini kami semua panggil kamu mba san
-: OK..... saya setuju.
Dari situlah bermulanya MBA San.
MENULIS MEMOIR : BAGAIMANA menamatkan BUKU ANDA
MANAKAH yang lebih susah, samada ingin memulakan penulisan buku atau menamatkan penulisan buku?
Saya fikir menamatkan penulisan adalah lebih sukar. Sebabnya jika kita tidak memulakan penulisan, bagaimana boleh kita menamatkannya?.
Oleh itu, kita perlu buat yang mudah dan senang terlebih dahulu, ia itu MEMULAKAN penulisan.
Jom tulis!.
Wednesday, December 02, 2015
MENULIS MEMOIR HARI KEDUA
HARI ini saya tiba di ofis jam 7am. Memang seronok datang Awal Ke ofis. Selain tidak Ada jem, tempat letak kereta juga banyak. Tapi ofis saya dengan rumah Cuma beberapa ratus meter sahaja jaraknya. Ofis sendiri.
Semasa melakukan kerja di JPJ Perlis, saya terlihat satu ungkapan tertulis di sebelah kad perakam waktu. Sebuah hadis bermaksud "Berpagi-pagi dalam mencari waktu itu adalah berkat". Kata-kata ini sangat saya suka dan saya amalkan.
suasana di hadapan ofis saya ketika pagi.
Semasa bekerja dengan kerajaan dahulu, saya pernah dipinjamkan ke syarikat swasta. Pada masa itu, swasta tidak bekerja hari Sabtu sedangkan kerajaan Sabtu adalah merupakan hari bekerja separuh hari. Itulah masa paling nikmat apabila melihat orang lain pergi kerja dan kita masih bebas melakukan apa yang ingin kita lakukan.
Sunday, November 29, 2015
MENULIS MEMOIR HARI PERTAMA
TERDAPAT beberapa kategori memoir, antaranya ialah:-
Memoir Perhubungan - Tunjuk kepada pembaca hubungan anda dengan seseorang dari semasa ke semasa. Hubungan ini biasanya ialah ibu-bapa, adik-beradik atau cikgu.
Memoir Haiwan - Menceritakan mengenai haiwan peliharaan/kesayangan anda
Memoir Penyakit - Menceritakan mengenai penyakit atau penderitaan yang dialami hingga berakhir dengan kesembuhan ataupun dengan tragedi.
Memoir Ugama - Samada kepercayaan anda hilang atau menjumpai sesuatu yang baharu
Memoir Bisnes - Mengenai dunia perniagaan atau pekerjaan. Khususnya mengenai jatuh bangun, kegagalan dan kejayaan di dalamnya
Memoir Travel - Perjalanan anda ialah travelog dan juga pengembaraan dalaman menunjukkan kepada pembaca bagaimana travel itu mengubah diri anda.
Memoir Romantik - Memoir berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, percintaan, ibu tunggal dan perkahwinan semula.
Memoir Pecah Rahsia - Menceritakan mengenai rahsia yang tidak diketahui sebelum ini
Memoir Bencana - Menceritakan pengalaman mengenai rompakan, dicolek, gempa bumi, banjir dan sebagainya
Memoir Remaja - Kanak-kanak atau remaja yang mempelajari dunia kehidupan orang dewasa
Memoir Jom Bertindak ! - Pembaca digalakkan untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan sosial untuk mencapai sesuatu tujuan.

Tuesday, October 06, 2015
PLUMBER BANGI
TULUS 019-3964669
Saya KECEWA dengan water proofing yang berasaskan foam atau bubble atau buih.
Kerja mudah, cepat, tidak juga murah, tetapi sangat tidak berbaloi.
Sebabnya tiga bulan sahaja, air datang lagi dan menitik lagi.
Lantas saya terjumpa dengan Tulus Plumbing. Nama pemiliknya ialah Tulus. Cantik nama itu. Kerjanya juga OK. Saya buat waterproofing, lepas itu loloskan paip yang terseumbat, kemudian pasang DB Elektrik sebab power tak cukup, kemudiannya pasang lampu pagar.
Ada lagi.....

Atap pun dia buat....
Monday, October 05, 2015
PLUMBER KAJANG
019-3964669
BILA rumah kita ada masalah paip bocor, tandas tersumbat dan yang seerti dengannya, maka kita akan panggil plumber. Kadang-kala caj yang dikenakan sangatlah tinggi dan tidak munasabah.
Dulu, bilik tingkat bawah rumah saya menitik air dari bumbung. Bilik air kelihatan biasa-biasa sahaja dan bilik pun bukan di bawah bilik air.
Plumber dipanggil dan mereka kata kena buat water proofing. Jika buat yang biasa, ia itu lantai bilik air perlu dipecahkan dan semen water proofing dimasukkan dan tiles dipasang semula maka kosnya mencecah RM3,000 bagi satu bilik air. Hmmmm.... memang sangat mahal.
Plumber ini mencadangkan kaedah pantas, ringkas dan murah. Tidak perlu pecah-memecah dan kerja hanya ambil masa 2 jam sahaja dan rumah tidak kotor. Apakah teknik yang digunakan?. Saya pun sudah lupa, tapi ia bunyi macam semburan/pancutan bubble ke lantai yang bermasalah. Form atau bubble ini akan meresap masuk ke lantai dan menutup mana-mana lubang atau rongga yang membolehkan air melaluinya dan membuat bocor. Kosnya hanya RM1700 bagi sebuah bilik air yang bermasalah.
Saya pun buat dan bilik airpun selamatlah dari kebocoran..... tetapi hanya 3 bulan sahaja. Selepas iti ia bocor lagi. Kali ini di tempat lain pula. Aduh....
Akhirnya saya cari plumber biasa yang buat kerja secara tradisional. DAri situ saya jumpa TULUS PLUMBING.
Bersambung ...
Wednesday, September 16, 2015
LOKE KIM HUNG
SAMBIL berkemas-kemas, saya temui sebuah buku besar. Sebuah kamus sebenarnya. Inilah buku paling tebal yang ada dalam simpanan saya. Hampir 2,000 muka surat.
Kamus terbitan 1998 ini dihadiahkan (secara rahsia) pada hari terakhir kami sekeluarga berada di Leeds, UK.

[Petikan mengenai Uncle Sim, ia itu Loke Kim Hung].
“Dulu-dulu, dalam masa senggang semasa di kampus dan
anak-anak ke sekolah, aku duduklah melepak buat-buat sibuk di kedai Alhalal
atau jalan-jalan menyusur pekan kecil Harehill.
Suatu hari aku bertemu dengan seseorang yang saling tak tumpah seperti
sasterawan negara, A.Samad Said dari segi putih dan panjangnya rambut serta
janggutnya.
Dalam hati terdetik, adakah ini Pak Samad atau kembarnya? Dari Malaysia?
Apa Khabar? ucapnya. Oh, pandai cakap Melayu rupa-rupanya dia!
“Ya dari Malaysia, khabar baik balas ku. Uncle dari Malaysia juga?”
Sejak hari itu hampir setiap hari
aku berjumpa dan bersembang dengannya. Uncle Sim nama yang diberikan. Dia
pernah tinggal di Malaya suatu masa dulu dan kini telah berhijrah ke UK beberapa
bulan sebelum Malaya mencapai kemerdekaan.
Ada yang mengatakan Uncle Sim ini tidak betul orangnya. Ada yang mengatakan
dia adalah bekas anggota PKM yang melarikan diri ke UK dan macam-macam lagi
mengenainya.
Kehidupan Uncle Sim sekeluarga terlalu privacy. Dia tidak akan memberitahu
di mana rumahnya dan cukup pantang jika fotonya dirakam.
Namun dari cakap-cakapnya menampakkan yang dia adalah seorang yang
berpengetahuan dan banyak membaca. Seperti biasa aku menjadi pendengar setia
kepada setiap hujah dan pidato berfalsafahnya dalam pelbagai topik dunia.
Khayalanku terhenti sejenak apabila teringatkan sekeping surat dari Leeds
yang belum habis kubaca. Pengirimnya ialah Suraya, yang katanya ialah anak
kepada Uncle Sim.
Beliau menulis surat memberitahu sesuatu mengenai ayahnya dan beliau
memperolehi alamatku daripada buku nota bapanya. Hanya itu yang beliau ada dan
bukan telefon, faks ataupun alamat e-mel ku.
Suraya. Cantik nama itu.
Suraya Sim barangkali.”
Tuesday, September 15, 2015
PARIS 1996

ZAMAN dulu-dulu, jika kita berpergian, kita akan mengirim poskad kepada rakan di Tanah Air. Sekarang kita "check-in" di Facebook.
Poskad ini saya terima pada bulan Februari tahun 1996. Pada masa itu Paris memang tidak ada dalam kamus saya. Tiba-tiba pada September 1996 saya mendapat tawaran belajar di UK. Bawa famili. Sedangkan saya memohon untuk belajar di UK(M). Itulah rezeki. Namun Paris tetap juga tidak saya jejaki walaupun sudah dekat kerana faktor kewangan. Kami suami-isteri bersama lima orang anak. Jumlah tujuh (7) orang memerlukan sebuah MPV jika saya ingin ke Paris cara paling murah.
Oh ya.... selang tidak berapa lama selepas saya menerima poskad ini, saya menerima satu emel dari alamat emel Encik Khalid atau alkisa. Penulis emel tersebut ialah isteri beliau yang memberitahu saya bahawa alkisa sudah meninggal dunia. Beliau baca emel-emel saya kepada alkisa dan memutuskan untuk membalasnya dengan memaklumkan perkara tersebut.
Semoga roh alkisa ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
TELUR REBUS
PAGI ini sarapan dengan roti dan dimasukkan sebiji telur. Ya, telur putih sahaja.
Teringat pada hujung 1960an. Guru Besar, Cikgu Latif bertanya murid dalam perhimpunan pagi. "Siapa makan telur hari ini?".
Maka ada beberapa orang angkat tangan termasuk saya. "Maksud saya telur setengah masak". Maka sayapun letak tangan semula. Beberapa orang murid lagi juga turut letak tangan.
"Kita hendaklah makan telur separuh masak, baru ada zat. Bukan telur masak, buat busuk kentut saja...".
hahahahah.
Tuesday, September 08, 2015
UPSR SAYA 1970
HARI ini adalah hari pertama peperiksaan UPSR yang terakhir di Malaysia. Mengikut perancangannya mulai tahun hadapan tidak ada lagi UPSR. Ia sudah ditukar kepada nama lain. Namun siapa tahu, ia akan kembali semula.
Pada tahun 1970, saya mengambil peperiksaan. penilaian. Ia setaraf dengan UPSR sekarang. Sekarang satu Malaya sudah tahu bahawa anak atau cucu atau khariah taman perumahan kita akan ambil UPSR. Macam-macam aktiviti sebelum UPSR dilakukan. Umpamanya latih tubi. soalan ramalan, tuisyen dan solat hajat. Dulu mana ada ...
Bukan hanya ibu bapa, malahan saya sendiri pun tidak sedar yang saya perlu ambil ujian penilaian. Saya hadir ke sekolah seperti biasa. Cikgu semak kelengkapan dan saya tidak ada dan tidak bawa pensil 2B. Duit pula tidak ada. Cikgu itu (lupa nama) berikan saya 20 sen dan minta saya ke kantin untuk belikan pensil 2B. Makcik kantin hadiahkan saya dengan satu pemadam. Semoga Allah berkati kalian.
Akhirnya saya berjaya menduduki peperiksaan penilaian dan sejujurnya hingga hari ini saya tidak tahu akan keputusan peperiksaan tersebut. Sudah pastinya daya tidak mendapat satu pun A.
Begitulah saya menghabiskan persekolahan rendah saya,
Monday, September 07, 2015
TOMODACHI
Tomodachi adalah perkataan Jepun ( 友達 ) yang bermaksud Kawan (Kawan-Kawan) atau friend (s). Saya memilih Tomodachi Sdn. Bhd. sebagai nama syarikat saya. Syarikat ini saya tubuhkan setelah saya hampir bersara. Saya berazam untuk menjadikannya sebagai landasan untuk anak-beranak saya bergerak dalam bisnes. Ia juga memberi peluang kepada sahabat-handai ( tomodachi ) untuk mendapat perkhidmatan dan tompang berteduh.
Saya telah bekerja makan gaji dengan Kerajaan selama 30 tahun. Saya tidak ada darah bisnes. Tidak ada seorangpun ahli keluarga di sebelah ibu-bapa saya orang bisnes. Saya memang tidak ada bakat menjual. Tidak ada kebolehan mempengaruhi orang. Sangat malu untuk meminta hutang. Lembut hati terhadap orang lain. Kesemuanya adalah bukan sifat orang bisnes.
Lantaran itu mengapa saya buka syarikat Sdn. Bhd?. Mengapa tidak buka enterprise sahaja?. Jawapannya mudah, saya dinasihatkan oleh kawan-kawan supaya buka syarikat sdn bhd. Saya yang tidak tahu apa-apa pasal bisnes ini pun bukalah Tomodachi Sdn Bhd. Wah...... penyelenggaraan tahunannya mahal!!!!. Jika tidak ada hasil yang masuk, tidak perlulah syarikat Sdn Bhd. Memandangkan syarikat sudah ditubuhkan, saya teruskan jugalah.
Semasa bertugas dahulu, saya sangat tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar yang memberi pesanan kepada CEO nya. "Dalam bisnes jangan aniaya orang. Jangan ambil untung terlalu banyak, tetapi dalam bisnes jangan sampai rugi".
Seterusnya Tan Sri sangat berminat dengan beberapa bisnes yang berkait rapat dengan pekerjaan saya, ia itu dalam bidang kesihatan. Katanya "saya mahu berbakti kepada orang sakit, saya mahu tolong pesakit. Saya tahu doa orang sakit itu sangat makhbul. Dalam bisnes ini saya mahu pahala sebagai balasannya".
OK lah. Kembali kepada Tomodachi Sdn Bhd.
1. Seorang kawan dari Jepun sangat teruja dengan nama Tomodachi. Saya khabarkan kepada beliau, jika dia atau rakan-rakannya mahu beli Tomodachi, saya sedia menjualnya.
2. Tan Sri Syed Mokhtar kata "buat bisnes jangan sampai rugi". Dalam Tomodachi, "rugi tidak mengapa asalkan senang hati". Dalam beberapa transaksi bisnes, saya memang rugi. Ia itu harga jual lebih rendah dari harga beli. Perkara ini terjadi apabila harga jual telah ditetapkan dan dijanjikan setelah mengambil kira sedikit untung. Tiba-tiba bekalan datang dengan harga yang lebih tinggi. Saya tetap jual juga dengan harga yg telah dijanjikan. Rugi sedikit-sedikit tidak mengapalah. Asalkan hati pelanggan saya senang dan saya senang hati.
Monday, November 03, 2014
SESMA 76
SAYA berada di Sekolah Menengah Sains (SMS) Terengganu pada 1975-76. Kini ia dinamakan sebagai Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA). Selepas SPM 1976 saya ke Sekolah Alam Shah (SAS) untuk matrikulasi. Seterusnya ke UKM untuk BSc. Kemudian ke INTAN untuk Diploma Lanjutan. Selepas itu ke Jepun untuk Sijil Kejuruteraan. Kemudian ke Leeds, UK untuk MSc. Selapas itu ke Jepun lagi dan USA untuk beberapa jenis kursus lagi.
Semenjak 1976, semalam 2 Nov 2014, ia itu setelah 38 tahun, baru saya datang semula ke SESMA. Wah banyak sekali yang sudah berubah. Kenangan lalu sudah sayup-sayup ditelah pembangunan..
Semenjak 1976, semalam 2 Nov 2014, ia itu setelah 38 tahun, baru saya datang semula ke SESMA. Wah banyak sekali yang sudah berubah. Kenangan lalu sudah sayup-sayup ditelah pembangunan..
Batch 1976 bersama Puan Pengetua(tengah) yang juga dari batch kami.
Mendengar tazkirah di Surau SESMA sempena dengan Majlis wakaf al-Quran dari Alumni 76
Penyerahan Quran
Acara makan ...
Subscribe to:
Posts (Atom)