Labels

Wednesday, December 29, 2010

KALENDAR KELIRUKAN UMAT


SEPINTAS lalu setelah mendapat kalendar rasmi ini, saya terlopong. Wah.... 1 Januari 2011 bersamaan dengan 1 Muharram 1432 rupanya!. Jarang berlaku sedemikian. Seketika kemudian saya terkedu. Rasa-rasanya doa akhir tahun dan awal tahun sudah dibaca semasa di New Zealand dulu. Bagaimana mungkin 1 Muharram adalah pada tahun 2011?.

Sememangnya bukan. Namun rekabentuk kalendar ini sangat mengelirukan. Barangkali tidak sengaja.

Monday, December 27, 2010

NEW ZEALAND - NEW THINKING


SEMASA saya ke New Zealand baru-baru ini, penerbangan dan penginapan ditanggung oleh sebuah GLC. Selainnya ditanggung sendiri (oleh Kerajaan maksudnya). Biasalah, saya belanja dahulu dan buat tuntutan kemudian.

Punyalah sibuk dan suntuk, saya bawa Dolar NZ bersamaan dengan RM3k. Bawa balik semula duit NZ itu (bukan semua, tapi banyak jugalah).

Apabila tiba masa untuk membuat tuntutan, kita tuntutlah apa yang layak dan apa yang telah kita belanjakan. Misalnya tambang dari rumah ke lapangan terbang pergi dan balik. Tambang dari hotel ke lapangan terbang semasa di sana yang telah kita bayar. Elaun-elaun makan yang layak dibayar.

Memandangkan sudah akhir tahun, maka banyaklah songenya ...

S: Surat ini kata Kerajaan tak bayar satu senpun

J: Itu Kerajaan yang kata, bukan penaja. Penaja kata dia taja tambang dan penginapan saja

S: Kita ambil yang terkini. Kerajaan terkini.

J: Tapi saya dah belanja, perlulah buat tuntutan.

S: Tak apa, nanti saya tulis surat kepada penaja suruh mereka bayar sebab kita tak ada duit.

J: Ohhh tak payah. tak payah. Bukan mereka tak ada duit, tapi mereka sudah tulis kata taja tambang dan penginapan saja.

S: Jika kita nak bayar, kena minta kebenaran Treasury. Itupun tahun depan.

J: Beginilah. Saya tidak miskin jika tak dapat duit tuntutan ini. Saya kira halal sahajalah. Jika perlu apa-apa, ada bahagian saya, saya tuntut di akhirat sahajalah.

Terima kasih.



New Thinking...

Sunday, December 26, 2010

FOTO-FORO KKP2010 SIRI 1

klik DI SINI untuk lihat foto-foto KKP2010 siri 1. Siri 2 dan 3 akan menyusul kemudian.

Q: Apakah yang merisaukan adan dalam penganjuran KKP2010?

A: Banyak.... antaranya ialah:-

1. Tidak cukup 100 orang yang mendaftar

2. Tidak ramai yang datang berkayuh walaupun pendaftaran 100 orang

3. Hari hujan

4. Peserta datang lewat. Hmmmm 6.30am adalah awal sangat, tapi itulah masa yang YBMK ada...

5. Berlaku kemalangan kepada peserta.

6. RUGI ..... apabila penaja tidak bayar duit tajaan.

Q: Ada lagi?

A: Barangkali itu sahaja.

Q: ...... dan pada hari kayuhan, apa yang terjadi?

A: Kesemuanya OK, kecuali satu, di luar jangka.

Terima kasih.

Friday, December 24, 2010

BASIKAL BUDAK SEKOLAH

MINGGU lepas saya ke selatan tanah air. Tujuan utama ialah menghadiri kenduri kahwin. Kemudian ada seorang kawan ni, minat sangat nak beli basikal. Sangat minat. Minat sesangat. Selepas makan kenduri secara tergesa-gesa, kamipun ke kedai basikal.

Ingatkan bagaimanalah rupa basika idaman beliau itu. Katanya "touring bike". Apabila nampak sahaja akan basikal tersebut, kami semua gelak kerana pada kami, ia adalah basikal budak sekolah. hehehehe.


Thursday, December 23, 2010

AIR MENCARUT



@New Aealand, kami jalan-jalan. Singgah minum @Organic Coffee. Pesanan tiga jenis kopi untuk tiga orang. Alamak.... dapat cuma beberapa titik kopi sahaja seorang dalam 3 cawan. Pahitnya bagaikan air bakawali.

Juga dijual beberapa jenis air seperti dalam foto. Mendengar namanya sudah takut ...

Tuesday, December 21, 2010

KEDAI MAKAN : MALAYSIA ATAU HALAL ?


SEMASA di Wellington, New Zealand kami diperkenalkan dengan sebuah restoran Malaysia yang terkenal. Namanya Istana Malaysia. Ramai orang tempatan yang makan di sini. Pelancong dari Malaysia juga ada. Biasanya bas pelancong akan singgah di Istana Malaysia. Pelbagai makanan Malaysia disediakan, termasuklah arak. Ya, setiap meja ada sahaja orang meminum air kencing syaitan itu.

Oh ya, di luar restoran memang ada tertulis perkataan "halal". Barangkali jika JAKIM boleh datang dan ada kuasa, sudah tentu restoran ini akan diarahkan memadamkan perkataan tersebut.

Semasa di Auckland pula, orang tempatan memperkenalkan kami dengan medan selera antarabangsa. Pelbagai negara ada. Ada Malaysia, ada Indonesia, ada Thailand. Nampaknya makanan Malaysia sungguh menyelerakan. Begitu juga dengan makanan Indonesia. Namun pekerja dan pemilik restoran Malaysia bukanlah rakyat Malaysia, tetapi dari Sri Langka. Saya tidak mahu bertanya di mana beliau belajar memasak masakan Malaysia. Saya tidak jadi makan di sini.

Sebaliknya ke sebuah gerai lain yang mempamerkan bendera Malaysia. Di situ tertulis dalam bahasa Melayu "kami adalah satu-satunya peniaga Islam di sini. Semua makanan adalah halal". Bila tiba, siap kami diberikan salam, bertanya khabar dan beliau bercakap Melayu dengan kami. Pemilik dan pekerjanya bukan orang Malaysia, tetapi dari Iran. Seleranya adalah 'nasi Arab', bukan selera Malaysia. Namun tidak ada dijual makanan-minuman tidak halal seperti arak dan yang seerti dengannya. Harga pula cukup murah. Walaupun makan dengan $5, dia terima kad kredit. Makan beriani ayam, diberi percuma salad dan kentang goreng. Harga cuma $9 sahaja. Jika ada kad pelajar, cuma bayar $7 sahaja.

Kami makan di sini. Berulang.

p.s Di laman web Istana Malaysia, terpampang dengan megahnya "wine list".

Monday, December 20, 2010

NASI LEMAK DUTA


NASI lemak ini bukan sebarang nasi lemak. Ia tidak apat diperolehi di Jalan Duta. Nasi lemak ini disediakan oleh Duta Malaysia di New Zealand. Kami dijemput ke rumah beliau untuk makan pagi. Beliau sendiri yang datang menjemput dengan memandu sendiri keretanya dan sebuah lagi kenderaan kedutaan. Istimewa bukan?. Sangat istimewa.


Dewan jamuan di rumah Duta Malaysia di New Zealand menerima kami dalam hujan renyai dengan sarapan nasi lemak. enak sekali....


Kelihatan ketua delegasi menandatangani buku pelawat. Saya juga tandatangan, tapi entah ke mana fotonya. Entah siapa yang snap kamera. Oh ya..... itu Profesor, bila nak beri foto?.

Sunday, December 19, 2010

KKP 2010: SIRI 3


... ada yang menang bidaan basikal, tapi tak mahu ambil. Bukan budak ini, tapi orang tua.

Ken uruskan sweeper. Terima kasih Ken, Azman dan semua.

Erna sediakan kek KKP... sangat istimewa. Terima kasih banyak.


SEMINGGU sebelum tarikh kayuhan saya ditugaskan ke New Zealand. Tugasan ini boleh sahaja dielakkan, namun ia adalah peluang keemasan. Saya tidak pernah ke sana. Lagi pula saya yakin tim saya sangat mantap dan mampu menguruskan KKP 2010 ini.

Punyalah sibuk. Saya berangkat ke NZ pada Sabtu, selepas solat asar bertolak ke KLIA. Paginya baru saya ada peluang untuk menukar Dolar NZ, mengemas baju dan membawa kelengkapan seminggu di sana. Sangat mudah aturan perjalanan saya. Semua rakan serombongan gelak apabila tiba di KLIA kerana saya hanya bawa satu bag kecil yang muat untuk hand luggage sahaja. Saya tidak perlu bawa banyak-banyak, namun sebab sebenarnya ialah tidak jumpa bag yang sesuai untuk perjalanan seminggu. Belasah sahajalah mana-mana beg yang ada.

Sehingga hari berlepas, kami hanya berjaya mengumpul 64 orang pengayuh termasuk AJK. Sungguh malang, sungguh sedih jika angka 100 tidak dapat dicapai. Di antara senarai pengayuh ialah Anuar Manan (Pemenang pingat emas Sukan Asia)dan Wahid Senario (Pengacara Melodi TV3). Waduh-waduh hebatnya. Saya tidak war-warkan pendaftaran mereka kerana takut ia tidak menjadi dan ada yang akan menuduh kami berbohong pula. Lagi pula terima mesej Anuar yang akan hadir dengan syarat "domestic, I manage, I speak". Hmmm.... apa yang anda faham?. TV3 akan datang membuat liputan. Syukur.Dalam masa yang sangat singkat, NTV7 pula cuba untuk menemuramah di studio. Tidak mungkin.

Saya bercadang untuk juga menjemput Dato' Hassan Nawawi, yang berkayuh ke seluruh dunia, namun tidak kesampaian.

Dari New Zealand saya berkomunikasi dengan Pengurus Projek (PM) dan semua AJK. Memohon kemaskini dan nmelakukan itu dan ini. Paling perit apabila Polis Putrajaya, Perbadanan Putrajaya dan PICC serta pihak ambulan serta paramedik masih belum memberi kata putus. Barangkali itukah sebabnya VVIP tidak hadir pada masa pelepasan?. Saya tidak tahu. Deraf ucapan YBMK telah saya sediakan dan serahkan sebelum saya ke NZ. Nampaknya dibaca tanpa sebarang pindaan atau tokok tambah.

Paling perit apabila berada di luar negara ini ialah perbezaan waktu (5 jam) dan isu utama yang dibangkitkan ialah agihan jersey. Saya pulang sehari lebih awal dari NZ semata-mata untuk mempastikan raptai pada pagi Sabtu berjalan lancar dan jika ada apa-apa masih ada waktu untuk diperbaiki. Ternyata di minit-minit terakhir ini masih banyak perkara yang perlu dilakukan atas karenah birokrasi dan sebagainya. Peserta mula meningkat dan sehingga penyertaan ditutup pada jam6petang Sabtu, ia telah mencecah 200 orang. Sangat merisaukan ialah tentang persediaan makanan dan juga door-gift. Kami terpaksa buat apa-apa yang patut. Wang tidak menjadi masalah pada saat ini dan saya berikan kebebasan penuh kepada PM untuk meluluskan perbelanjaan.

Dan akhirnya saya mendapat tahu beberapa orang AJK tidak tidur langsung mulai pagu sabtu sehinggalah habis acara pada petang Ahad. Sangat komited. Terharu.

Akhirnya..... KKP 2010 berjalan lancar dan saya tidak menerima sebarang komplen. Namun ada juga pihak yang cuba menipu dan mempermain-mainkan kami. Terutamanya yang menang bidaan basikal dan tidak mahu membayarnya setelah menang. Oleh kerana kami bukannya pelahap sangat dengan duit dia, saya tidak ambil peduli dan arahkan AJK supaya jangan ambil port. Namun mereka-mereka ini haruslah kami haramkan daripada menyertai program kami di masa hadapan.

Sekian.

Thursday, December 16, 2010

KKP 2010: SIRI 2


SETELAH mendapat mandat kayuhan Putrajaya ke Port Dickson, kami mula ,merangka strategi.

1. Mencari penaja untuk tempahan jersey
2. Mencarai kawan-kawan untuk menjadi urus setia
3. Mencari laluan (route) yang terbaik
4. Mencari pengurus acara

Oleh kerana saya pernah berkayuh dari Putrajaya ke PD sebanyak 3 kali, maka route ini dapatlah diimiginasikan. Namun berkayuh sebagai peserta dan sebagai penganjur, jauh bezanya. Kami mesti pastikan tidak ada pengayuh yang mendapat kesusahan seperti cedera, pensang, sakit, kemalangan dan sebagainya. Bagi tujuan itu paramedik dan ambulan diperlukan. Polis trafik mesti ada.

Kami menaiki kenderaan dan mengambil route menggunakan GPS. Namun memandu dan mengayuh jauh bezanya. Tiap kali kami berlatih dan ingin berkayuh untuk ke PD, setiap kali terdapat halangan. Tidak cukup korum dan sebagainya. Terfikir juga, mengapa tidak kayuh di Putrajaya sahaja?.

Kami jangkakan ramai orang boleh berkayuh ke PD. Ia cuma 65km sahaja. Namun semasa pulang ada sedikit masalah. Sebabnya cuaca yang panas akan membawa banyak masalah. Oleh itu kami jangkakan semasa pulang sebahagian pengayuh perlukan kenderaan, bas dan lori. Kos sudah tentu tinggi.

Sebuah syarikat telah mengemukakan sebutharga untuk menguruskan acara ini dengan kos sebanyak RM8,000. Sangat berbaloi pada pendapat kami.

Orang mengantuk disorongkan bantal. YBMK memaklumkan beliau tidak mempunyai masa untuk ke PD. Oleh itu saya terus tukarkan route dalam Putrajaya sahaja. Dari situlah KKP mendapat nama. Kami kemudiannya mula mencari route yang sesuai bagi 50km. Sangat memenatkan. Rasa-rasanya ke PD lagi senang berbanding 50km dalam Putrajaya. Sungguh komplikated. Sebelum pergi haji, Muhaimy telah bawakan kami ke suatu route sejauh 50km dan kami telah mono-mondokan route tersebut. Akhirnya selepas puas berbalah, route itulah yang kami pakai. Kami namakan ia sebagai route Muhaimy.

Saya menulis surat kepada Perbadanan Putrajaya untuk memohon kebenaran dan pemakluman. Hmmmmmm..... route ini sangat komplikates, PuJ meminta kami adakan mesyuarat dan panggil pihak polis, PICC, PERS dan banyak lagi.

Penajaan. Kami perolehi banyak janji penajaan. Cukup banyak. Namun ..... adakah anda ingat bahawa tarikh kayuhan belum diperolehi?. Janji tetap janji. Sesungguhnya sehingga kini (seminggu selepas kayuhan), saya masih lagi menagih janji. Masih ada penaja yang masih belum membuat bayaran. Logo sudah terpampang di jersey. Majlis sudah berakhir lama.

Akhirnya tarikh diperolehi dan kami hanya da masa dalam 3 minggu untuk uruskan semua. Setelah tarikh diperolehi, barulah jemputan kepada peserta boleh dilakukan. Peritnya untuk mendapatkan 100 peserta, Tuhan sahaja yang tahu. Dua minggu sebelum acara kami hanya ada 64 peserta yang berdaftar. Cuma 64?. Jika datang cuma separuh apa akan jadi?.

Satu mesyuarat teknikal diadakan. Ken menjanjikan 20 orang sweepers. Aniz tidak menampakkan minat untuk menjadi pengurus. Agaknya kerana kayuhan dalam Putrajaya tidak begitu mencabar. Peserta juga ada yang tidak lagi berminat untuk berkayuh dalam Putrajaya, bukan ke PD.

Mesyuarat AJK kerap dilakukan di kedai mamak Ali Bistro dan setiap masa kemaskini dalam blackberry.

Akhir sekali, cabaran paling getir berlaku apabila saya ditawar dan dicalonkan untuk menghadiri mesyuarat di New Zealand selama seminggu. Mengikut jadual saya hanya pulang pada malam sebelum acara kayuhan.

[bersambung].

Tuesday, December 14, 2010

KAYUHAN KESIHATAN PUTRAJAYA 2010 : SEBALIK TABIR 1



[SAYA akan buat beberapa catatan berkaitan KKP 2010 sebagai tujuan rekod. Mana-mana yang boleh diceritakan untuk tujuan diambil iktibar bagi program akan datang, jika ada]

YBMK tahu saya berkayuh basikal. Suatu hari saya dipanggil ke bilik beliau bertanyakan soal-soal kerja. Kemudian beliau mahukan saya organise satu program kayuhan. Memandangkan beliau tahu saya pernah berkayuh daripada Putrajaya ke Port Dickson, maka beliau bercadang untuk melawat sebuah hospital di Port Dickson sempena majlis kayuhan tersebut.

Bagi saya, perkara itu tidak sukar untuk dilakukan. Maka saya mula berangan-angan untuk menganjurkan program kayuhan Putrajaya ke Port Dickson. Angannya begini... YBMK melepaskan peserta di perkarangan KKM. Beliau berkayuh beberapa ratus meter. Seterusnya kami akan bertemu semula dengan beliau dalam 500 meter dari hospital Port Dickson dan kami sama-sama berkayuh mesuk ke hospital.

Langkah pertama ialah memberitahu kawan-kawan akan idea ini untuk pelaksanaan. Sambutan menggalakkan. Tiba-tiba....

Tiba-tiba YBMK membuat pengumuman mengenai acara ini dalam perhimpunan pagi yang dihadiri oleh seluruh warga KKM. KSU dan KPK juga ada bersama. Oleh kerana saya belum memaklumkan perkara ini kepada KSU, maka saya berjumpa KSU untuk memberi makluman. Beliau menyokong penuh usaha ini dan mencadangkan supaya memohon dana dari pihak KKM. Namun saya maklumkan kepada beliau, saya lebih selesa untuk melaksanakannya melalui NGO yang saya sendiri anggotai dan terajui. Beliau setuju.

Mulai dari saat itu, saya ligat berfikir untuk melaksana program ini dan mencari dana. Paling sukar ialah untuk mendapatkan tarikh daripada YBMK. Setelah dana untuk menempat jersey selesai, tarikh masih belum pasti.

Setelah tarikh diperolehi, ia terlalu suntuk dan dalam kesuntukan itulah segala program diatur yang akan bersambung dalam entri berikutnya...

Sunday, December 12, 2010

R0EWY0 - PENGGODA & PENGGODAM


TRAVELOG New Zealand siri 1 telah habis dibaca. Siri 2 berjudul "Penggoda & Penggodam r0eWy0" sangat istimewa bagi saya. Sebabnya ia mula dibaca dan dihabiskan bacaannya di New Zealand. Ia itu tempat di mana novel travelog ini diceritakan.

Saya berpeluang mengunjungi New Zealand atas jemputan untuk bermesyuarat dengan beberapa buah jabatan dan kementerian di sana. Lawatan selama seminggu ini saya singkatkan sehari kerana ada tugasan *sangat penting* pada hari berikutnya. Tugasan penting tersebut ialah kayuhan basikal yang merupakan Indeks Prestasi Utama (KPI) tahun ini. Lucu?.

r0eWy0 mula dibaca setibanya di Auckland dan dalam masa selang menunggu penerbangan ke Wellington. Termasuk juga dalam penerbangan. Kemudiannya disambung di Wellington di mana ada masa senggang. Sesibuk manapun semasa di Wellington, saya masih mencuri-curi menulis dua bab daripada buku saya 'Kaedah Berkesan Memenangi Tender Kerajaan". Menarik?. Ingin tahu?. Barangkali lambat lagi disunting oleh penerbit. Kali ini saya tidak mahu terhegeh-hegeh mencari penerbit. Saya tahu kandungan buku ini amat ditunggu-tunggu oleh banyak pihak. Biarlah mereka yang serius sahaja berurusan.

Hampir tiga suku buku ini dibaca di Wellington. Ia kemudiannya disambung di Auckland. Juga tidak sempat dihabiskan. Akhirnya ia dibaca secara serius dalam penerbangan pulang ke Malaysia dan berjaya dihabiskan di ruang udara New Zealand juga. Sungguh unik. Sungguh istimewa.

Ahmad pula semakin rancak. Penggoda dan juga penggodam. wataknya kian mencabar. Novelnya kian matang. Ingin tahu?. Baca sendiri.

Ingin ke New Zealand juga?. Ikuti laman ini http://1426.blogspot.com/



hmmm.... Barangkali siri 3 novel ini saya akan baca di Felda New Zealand, Pahang ataupun Felda Kratong, iaiatu kampung Ahmad. Barangkali.

Terima kasih.

Sunday, December 05, 2010

UMNO: AKHIR SEBUAH IMPIAN


SEKALI pandang, saya tidak berminat langsung untuk memiliki, apatah lagi untuk membaca buku ini. Namun setelah terbaca satu artikel berkaitan bagaimana Tun Mahathir 'mengenang jasa' Tok Mat, terus saya jadi berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Buku ini saya perolehi di Lapangan Terbang Senai, Johor. Negeri penulisnya, tan Sri Mohamed Rahmat yang lebih dikenali dengan nama Tok Mat. Lama juga buku ini berada dalam simpanan sehingga saya berpeluang untuk bekerja di luar pejabat, iiatu di Port Dickson. Ia mula dibaca dan dihabiskan bacaannya di sana.

Buku ini simple sahaja dan amat bersahaja. Ia bukanlah biografi Tok Mat, tetapi sekadar catatan pengalaman ringkasnya berpuluh-puluh tahun dalam UMNO. Kehidupan manusia ini bermacam ragam rupanya ya. Kita ingatkan kehidupan seorang menteri itu senang lenang. Dalam buku ini diceritakan bagaimana dia diperlekehkan dan diperkudakan oleh orang lain.

Seronok untuk dibaca bagi mereka yang ingin mengetahui hal orang lain. Saya juga tidak menyangka buku ini ada fanpage sendiri di Facebook.

http://www.facebook.com/pages/UMNO-Akhir-Sebuah-Impian/139067699820

Saturday, December 04, 2010

TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF


DALAM tahun 1982, saya berkursus di INTAN Jalan Elmu. Pada masa tersebut Tuan Haji Abdul Aziz Mohd Yusof adalah merupakan Ketua Program Latihan Komputer. Sesekali dia datang memberi ucapan, kata-kata semangat dan motivasi pagi dalam kelas kami. Jika ada acara pemberian sijil, maka dialah orangnya. Kami tertunggu untuk mendengar ucapan-ucapannya kerana banyak informasi yang boleh kami kutip.

Semasa saya bekerja di Bahagian latihan, JPA, beliau bekerja di Bahagian Perkhidmatan JPA menjaga hal-ehwal staf ICT. Kedua-dua bahagian ini berjauhan lokasi pejabatnya. Sesekali datang mesyuarat, beliau memanggil saya sebagai sahabatnya.

Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah di Hospital Putrajaya. Beliau menemui doktor pakar dan saya menemui doktor biasa. Bukan kerana beliau sakit kronik dan saya sakit biasa, tetapi atas alasan yang berlainan. Setelah bertahun-tahun tidak berjumpa dan berhubungan, beliau nampaknya masih mengenali saya. Kami bertegur sapa, bersembang dan macam-macam sementara menunggu nama kami dipanggil oleh misi.

Dalam usia sedemikian, dalam kesibukan begitu, dalam ratusan ribu manusia yang ditemui, saya pasti beliau tidak mengingati nama saya. Mungkin masih cam sedikit-sedikit, namun saya yakin beliau (seperti saya juga) tidak boleh mengingati nama-nama 'sahabat lama'. Namun perawakan beliau menunjukkan seolah-olah baru semalam kami berjumpa dan tidak menunjukkan sebarang kejanggalan.

Bagi saya pula, saya sentiasa "bertemu" dengan beliau samada dalam TV, radio ataupun akhbar...

Karaktor beginilah yang susah iingin dicari...

Friday, December 03, 2010

TANAH UNTUK DIJUAL DI KG LABOHAN DAGANG


SALAM;

Kawan minta tolong iklankan tanahnya untuk dijual. Jika berminat boleh hubungi beliau terus.

Lot 18275, Kampung Labohan Dagang, Off Jalan KLIA-Banting, Selangor Darul Ehsan.
PARTICULARS OF THE TITLE
According to a copy of title search provided to us by the client, the particulars of the title to the property are as follows:-
Title No. : GM 6302.
Lot No. : 18275.
Locality : Labohan Dagang.
Mukim : Tanjung Dua Belas.
District : Kuala Langat.
State : Selangor.
Tenure : Freehold
Category of Land Use : Bangunan.
Annual Rent : RM46.00.
Provisional Land Area : 650 square metres (6,996.6 square feet)..
Registered Owner : Fatimah Binti Abu Bakar – ½ share
Mokhtar Bin Mohd Yusof – ½ share
Charge/Encumbrance : Charged to Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Express Conditions : Nil.
Restriction in Interest : Nil.
Reservation : Tanah Simpanan Melayu

Contact: mokhtaryusof@gmail.com

50 JAWATAN TERPILIH DALAM KERAJAAN



TERDAPAT beribu jawatan dalam Kerajaan. Namun begitu buku ini hanya memilih 50 jawatan sahaja. Bagaimana pemilihan dibuat?. Apakah jawatan-jawatan yang terpilih?. Mengapa? Bagaimana?.

Thursday, December 02, 2010

JAWATAN: PENGARAH ATAU SETIAUSAHA ?


SETELAH tamat belajar, belumpun lagi keputusan peperiksaan diterima, saya telah ditawarkan bekerja dengan kerajaan.

Apabila pulang ke kampung, seorang jiran, namanya Mek Tok (sekarang arwah, alFatihah untuk beliau) cuba meneka. "Kamu pegang jawatan Penolong Pengarah Pembangunan kan"?. Saya amat terkejut kerana beliau tidak pernah bersekolah dan tidakpun tahu membaca-menulis boleh meneka dengan hampir tepat sekali jawatan yang saya sandang dalam kerajaan.

"Semua orang yang keluar universiti, bila kerja dengan kerajaan mesti jadi Penolong Pengarah", jawab Mek Tok dengan selamba.

"Tidaklah Tok, itu untuk pentadbir sahaja. Aling orang teknikal, bukan Penolong Pengarah". Saya cuba membetulkan sangka beliau.

Sekiranya saya bekerja di sebuah kementerian dan diberi jawatan sebagai Penolong Setiausaha, sudah tentu Mek Tok (dan anda juga, barangkali) akan beranggapan bahawa jawatan Penolong Setiausaha adalah amat rendah berbanding dengan Penolong Pengarah.

Itulah antara inti pati yang cuba saya ceritakan dalam buku "50 Jawatan Terpilih Dalam Kerajaan".

Ia akan berada dalam pasaran sedikit masa lagi. Ingin tempah?. Cuma RM18.00 termasuk belanja pos dan tandatangan penulis.

Wednesday, December 01, 2010

KOMPLEN ATAU FITNAH


SEORANG sahabat penjawat awam mengadu kepada saya bahawa ada seorang saudagar telah mengadu kepada bos besarnya bahawa beliau tidak membalas surat saudagar tersebut setelah setahun surat dihantar.

Saya sangat kenal dengan sahabat ini. Beliau baru beberapa bulan sahaja menjadi bos. Itupun bos kecil (macam saya). Setahun yang lepas, dia ada bos. Semua surat yang dialamatkan, ditujukan atau diarahkan kepada beliau (juga staf lain) wajib dijawab dalam masa tujuh hari. Beliau sangat akur kepada perintah ini.

Apa yang saudagar tersebut tidak mahu ambil tahu ialah mengenai proses yang perlu dilalui oleh kawan saya ini. Dalam masa tujuh hari, dia telah mengkaji, menganalisa dan memberi deraf jawapan kepada bosnya. Tertakluk kepada persetujuan dan restu bos, surat itu boleh keluar, dipinda atau dipendamkan sahaja.

Jadinya .... mengapalah saudagar tersebut berbuat sedemikian?. Komplen atau fitnah?.