Labels

Showing posts with label GOV. Show all posts
Showing posts with label GOV. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

ABANG ZUL

Abang Ahmad Zulkifli dari Kuching, Sarawak bersama buku saya "50 Jawatan Terpilih dalam Kerajaan". Terima kasih.

Tuesday, September 20, 2011

DATO' DR. RAJA MALIK

DATO' sedang asyik membelek buku saya.
Buku ini telah ditandatangani pada Januari 2011 dan cuma pada malam ini
(20 September 2011) kami dapat bertemu...

Ini pula buku beliau yang menjadi inspirasi kepada saya untuk menulis buku ICTSO Guide.


Sunday, May 08, 2011

BAGAIMANA BUKU "50 JAWATAN" DITERBITKAN


SETELAH buku pertama saya dengan PTS "Kerjaya dalam Bidang ICT" diterbitkan, editor menemui saya supaya menulis beberapa buah buku lagi. Beberapa buah tajuk dikemukakan. Akhirnya kami bersetuju supaya saya menulis dan PTS menerbitkan dua buah buku lagi. Pertama "50 Jawatan Terpilih dalam Kerajaan". Kedua "50 Jawatan Terlaris Dalam ICT".

Kedua-dua buku tersebut saya tulis dan siapkan dalam masa satu bulan. Ini bermakna, secara matematiknya satu buku berjaya saya tulis dalam masa dua minggu. Bukan kerana saya hebat, tetapi saya sudah 30 tahun bekerja dalam kerajaan, dan 30 tahun juga dalam ICT. Maknanya saya tidak perlu mencari banyak rujukan untuk menulis buku sedemikian.

Setelah manuskrip disiapkan, ia diserahkan kepada editor untuk dinilai, diedit dan seterusnya diterbitkan. Agak lama juga saya menunggu berita yang tidak pernah muncul. Editor terlalu malu untuk memberi tahu saya berita dan cerita mengenai manuskrip saya. Akhirnya saya dengar dari salah seorang penulis yang mengatakan bukunya tidak akan diterbitkan pada masa ini kerana 'gawat'. Dia juga berkata, "PTS tidak akan memberi penekanan kepada buku-buku kerjaya lagi, kerana kegawatan dan akan memberi tumpuan kepada siri buku buat duit'. Saya bertanya perkara ini kepada pengerusi syarikat, dan sekiranya benar mohon manuskrip saya dikembalikan.

Kedua-dua manuskrip tersebut dikembalikan dalam keadaan baik dengan diiringi sepujuk surat memohon maaf dari editor kerana 'gagal menerbitkan buku saya'. Saya tidak kisah, tidak ambil hati dan buat macam biasa sahaja. Manuskrip disimpan.

Oleh kerana PTS ingin tumpukan kepada penerbitan buku siri buat duit, sayapun menulis buku tersebut. Tidak sampai sebulan, manuskrip "Buat Duit Dengan Foto" siap dan diterbitkan. Alhamdulillah.

Sudah dua buah buku saya diterbitkan. Pada masa itu saya adalah seorang 'timbalan' di pejabat. Kebenaran menulis dan menerbitkan buku memadai hanya dengan memberitahu 'bos' sahaja. Kebetulan bos juga adalah seorang penulis, kerana beliau adalah seorang profesor. Tidak ada masalah.

Suatu hari, orang besar Oasis Buku bertanyakan tentang ,manuskrip saya. Saya hulurkan lima dan dipilih dua. Ia dilakukan setelah beliau diyakini bahawa kedua-duanya telah ditolak secara rasmi oleh PTS. Ada hitam-putihnya. Oasis Buku bersetuju untuk menerbitkannya dan saya juga telah memberi persetujuan. Perjanjian telah ditandatangani.

Saya terlupa bahawa bos saya sudah berpindah dan saya sudah menjadi bos di tempat kerja. Peraturan menghendaki saya mendapat kelulusan daripada KSU. Ini adalah kerana menulis dan menerbitkan buku boleh dikategorikan sebagai membuat kerja luar. Saya tulis memo kepada KSU dan perkara suspen berlaku apabila KSU keberatan untuk meluluskannya.

1001 macam idea datang supaya saya tidak melanggar peraturan dan buku saya tetap diterbitkan. Terlintas mahu jual sahaja manuskrip tersebut kepada sahabat, atau berikan secara percuma sahaja, atau gunakan nama orang lain sahaja sebagai penulis. macam-macam idea datang. Akhirnya KSU panggil berbincang setelah kesemua manuskrip saya dilihat secara sepintas lalu. Beliau memberikan kelulusan dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Alhamdulillah.

Tuesday, March 15, 2011

TUMIN YUNUS



Sdr Tumin adalah rakan saya semasa di UKM pada tahun 1978-1981. Selapas keluar dari universiti, kami bawa haluan masing-masing. Dia bekerja di Johor dan saya di KL. Selepas makan gaji dengan kerajaan, dia makan gaji dengan swasta dan kini menjadi taukeh sendiri. Saya masih lagi makan gaji.

Ini kali kedua kami bertemu selepas keluar universiti.

Monday, February 14, 2011

TANDATANGAN BUKU


FOTO ini dirakam di tempat letak kerata Hotel Shangrila, Putrajaya.
Sudah kesuntukan masa, di bonet keretapun kira jadi ...

Sunday, February 13, 2011

SAYA SUDAH BELI ! - RENI



TERIMA KASIH Reni Diana Sulaiman :)

Saturday, February 12, 2011

KEDAI BUKU


ADA kawan ke kedai buku, dia ternampak buku "50 JAWATAN TERPILIH DALAM KERAJAAN" dipamer sebagai buku "best seller" katanya. Alhamdulillah.

Friday, February 11, 2011

PESTA BUKU KARANGKRAF


KARNIVAL KARANGKRAF yang telahpun berlangsung dengan jayanya pada 28 - 30 Januari 2011. Sayang sekali saya tidak dapat menikutinya kerana bertugas di luar kawasan.

Tahniah atas kejayaan penganjuran karnival. Terima kasih para pembeli.

Thursday, February 10, 2011

ROBERT CHOY


ROBERT adalah seorang usahawan Malaysia yang bertapak di Beijing, China. Beliau sekala sekali berkunjung ke Malaysia dan Singapura melihat-lihat operasi bisnes dan keluarga di sini.

Dulu beliau adalah kakitangan Kerajaan dalam bidang farmasi dan kini sudah lupa sepenuhnya jawatan-jawatan dalam Kerajaan.

Tuesday, January 25, 2011

YUSMAR



Yusmar - WorldCare.

Monday, January 24, 2011

BUDIN



Sabaruddin Mohamed - Naib Presiden myJICA.

Sunday, January 23, 2011

ERNA FEZURA



Erna Fezura - Huawei

Saturday, January 22, 2011

AMRI



Amri - KometSoft.

Friday, January 21, 2011

BUKU WAJIB BACA



Sri Diah Shaharuddin Sem. Malaysia RM18.00 Sabah/Sarawak RM21.00

Tuan dan puan boleh juga beli dengan penulisnya secara online. Sila add Mba San di Fb - mana tahu jika tuan penulis mahu hadiahkan sesuatu kepada setiap pembeli buku ini melaluinya :)

Thursday, January 20, 2011

POSTER



Terima kasih Oasis Buku

Wednesday, January 19, 2011

HAFIZA ANOM



"TQ MBA for the book"

Saturday, December 04, 2010

TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF


DALAM tahun 1982, saya berkursus di INTAN Jalan Elmu. Pada masa tersebut Tuan Haji Abdul Aziz Mohd Yusof adalah merupakan Ketua Program Latihan Komputer. Sesekali dia datang memberi ucapan, kata-kata semangat dan motivasi pagi dalam kelas kami. Jika ada acara pemberian sijil, maka dialah orangnya. Kami tertunggu untuk mendengar ucapan-ucapannya kerana banyak informasi yang boleh kami kutip.

Semasa saya bekerja di Bahagian latihan, JPA, beliau bekerja di Bahagian Perkhidmatan JPA menjaga hal-ehwal staf ICT. Kedua-dua bahagian ini berjauhan lokasi pejabatnya. Sesekali datang mesyuarat, beliau memanggil saya sebagai sahabatnya.

Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah di Hospital Putrajaya. Beliau menemui doktor pakar dan saya menemui doktor biasa. Bukan kerana beliau sakit kronik dan saya sakit biasa, tetapi atas alasan yang berlainan. Setelah bertahun-tahun tidak berjumpa dan berhubungan, beliau nampaknya masih mengenali saya. Kami bertegur sapa, bersembang dan macam-macam sementara menunggu nama kami dipanggil oleh misi.

Dalam usia sedemikian, dalam kesibukan begitu, dalam ratusan ribu manusia yang ditemui, saya pasti beliau tidak mengingati nama saya. Mungkin masih cam sedikit-sedikit, namun saya yakin beliau (seperti saya juga) tidak boleh mengingati nama-nama 'sahabat lama'. Namun perawakan beliau menunjukkan seolah-olah baru semalam kami berjumpa dan tidak menunjukkan sebarang kejanggalan.

Bagi saya pula, saya sentiasa "bertemu" dengan beliau samada dalam TV, radio ataupun akhbar...

Karaktor beginilah yang susah iingin dicari...

Friday, December 03, 2010

50 JAWATAN TERPILIH DALAM KERAJAAN



TERDAPAT beribu jawatan dalam Kerajaan. Namun begitu buku ini hanya memilih 50 jawatan sahaja. Bagaimana pemilihan dibuat?. Apakah jawatan-jawatan yang terpilih?. Mengapa? Bagaimana?.

Thursday, December 02, 2010

JAWATAN: PENGARAH ATAU SETIAUSAHA ?


SETELAH tamat belajar, belumpun lagi keputusan peperiksaan diterima, saya telah ditawarkan bekerja dengan kerajaan.

Apabila pulang ke kampung, seorang jiran, namanya Mek Tok (sekarang arwah, alFatihah untuk beliau) cuba meneka. "Kamu pegang jawatan Penolong Pengarah Pembangunan kan"?. Saya amat terkejut kerana beliau tidak pernah bersekolah dan tidakpun tahu membaca-menulis boleh meneka dengan hampir tepat sekali jawatan yang saya sandang dalam kerajaan.

"Semua orang yang keluar universiti, bila kerja dengan kerajaan mesti jadi Penolong Pengarah", jawab Mek Tok dengan selamba.

"Tidaklah Tok, itu untuk pentadbir sahaja. Aling orang teknikal, bukan Penolong Pengarah". Saya cuba membetulkan sangka beliau.

Sekiranya saya bekerja di sebuah kementerian dan diberi jawatan sebagai Penolong Setiausaha, sudah tentu Mek Tok (dan anda juga, barangkali) akan beranggapan bahawa jawatan Penolong Setiausaha adalah amat rendah berbanding dengan Penolong Pengarah.

Itulah antara inti pati yang cuba saya ceritakan dalam buku "50 Jawatan Terpilih Dalam Kerajaan".

Ia akan berada dalam pasaran sedikit masa lagi. Ingin tempah?. Cuma RM18.00 termasuk belanja pos dan tandatangan penulis.

Wednesday, November 24, 2010

SALAH FAHAM TERHADAP (PENTADBIRAN) KERAJAAN


RAMAI orang berpegang bahawa kerajaan memang sinonim dengan lambat, tidak cekap dan penuh birokrasi. Barangkali benar, apatah lagi jika mereka mengalami sendiri peristiwa tersebut dan bukan dengar-dengar sahaja.

Ada orang yang mengadu kepada saya bahawa dia telah mengemukakan permohonan (nak projeklah tu..) di tempat kerja saya dan masih menunggu dan menunggu dan menunggu tanpa ada sebarang jawapan. Saya naik pelik, naik hairan. Apa yang saya tahu, semua permohonan yang diterima akan dinilai dan dibuat keputusan.

Lantaran itu saya bertanya kepada siapa dihantar permohonan, bila tarikh hantar, apa rujukan surat dan banyaklagilah dengan niat ingin menolong. Tidak satupun daripada soalan tersebut yang boleh dijawab. Bos ini hanya mendapat laporan daripada anak-buahnya mengatakan permohonan telah dihantar dan masih menunggu jawapan tanpa usul periksa lagi.

Selepas siasatan dalaman dibuat, didapati 'permohonan' yang dimaksudkan hanyalah berupa anggaran harga pasaran bagi sebuah projek. Tanpa surat iringan (sudah tentu tanpa tandatangan) dan dikemukakan dalam pendrive. Itulah yang dikatakan sebagai permohonan.

Andaikata dihantar permohonan melalui e-melpun kita wajib jawab. Inikan pula permohonan yang 'betul'.

Saya terangkan hasil penemuan saya kepada bos tersebut dan diapun diamlah (buat seketika, kemudian akan kata kerajaan lambat lagi).

Inilah rakyat...