Labels

Sunday, November 28, 2010

OKU : ORANG KELAINAN UPAYA


DULU kita panggil mereka ini sebagai "orang cacat". Kini kita panggil mereka sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Persoalannya, benarkan OKU ini "kurang upaya"?. Cuba kita perhatikan, bagi orang yang buta atau cacat penglihatan, upaya pendengaran mereka sangat baik sekali. Mereka boleh cam orang atau makhluk lain melalui deria dengar. Kita tidak boleh buat begitu. dalam kes ini barangkali mereka bukannya kurang upaya (dengar), tetapi kita yang kurang. Begitulah seterusnya dengan OKU yang lain. Mereka kurang satu upaya, tetapi mempunyai kelebihan upaya yang lain.

Bagi tujuan ini, OKU adalah tidak wajar dipanggil sebagai Orang Kurang Upaya. Sebaliknya OKU adalah "Orang Kelainan Upaya". Mereka mempunyai keupayaan yang berlainan. Jika kurang melihat, lebih mendengar. Jika tidak boleh bercakap, tangkas melihat. Begitulah seterusnya dan seterusnya. Pokoknya mereka bukannya "kurang upaya", tetapi "kelainan upaya".

Saturday, November 27, 2010

SERIK BERURUSAN DALAM TALIAN DENGAN MAS


HARI ini saya menempah dua tiket penerbangan. Satu dengan Penerbangan Malaysia (MAS) dan satu lagi dengan AirAsia. Kedua-dua tempahan dibayar menggunakan Maybank2u.

AirAsia sudah dapat tiket, malahan sudah boleh check-in. MAS punya masih terawang-awang, dengan status "payment pending", sedangkan transaksi duit telah keluar daripoada Maybank.

Ini bukan kali pertama MAS buat begini...

Apakah sebabnya perkhidmatan MAS jadi seteruk ini berbanding AirAsia?.

Wednesday, November 24, 2010

SALAH FAHAM TERHADAP (PENTADBIRAN) KERAJAAN


RAMAI orang berpegang bahawa kerajaan memang sinonim dengan lambat, tidak cekap dan penuh birokrasi. Barangkali benar, apatah lagi jika mereka mengalami sendiri peristiwa tersebut dan bukan dengar-dengar sahaja.

Ada orang yang mengadu kepada saya bahawa dia telah mengemukakan permohonan (nak projeklah tu..) di tempat kerja saya dan masih menunggu dan menunggu dan menunggu tanpa ada sebarang jawapan. Saya naik pelik, naik hairan. Apa yang saya tahu, semua permohonan yang diterima akan dinilai dan dibuat keputusan.

Lantaran itu saya bertanya kepada siapa dihantar permohonan, bila tarikh hantar, apa rujukan surat dan banyaklagilah dengan niat ingin menolong. Tidak satupun daripada soalan tersebut yang boleh dijawab. Bos ini hanya mendapat laporan daripada anak-buahnya mengatakan permohonan telah dihantar dan masih menunggu jawapan tanpa usul periksa lagi.

Selepas siasatan dalaman dibuat, didapati 'permohonan' yang dimaksudkan hanyalah berupa anggaran harga pasaran bagi sebuah projek. Tanpa surat iringan (sudah tentu tanpa tandatangan) dan dikemukakan dalam pendrive. Itulah yang dikatakan sebagai permohonan.

Andaikata dihantar permohonan melalui e-melpun kita wajib jawab. Inikan pula permohonan yang 'betul'.

Saya terangkan hasil penemuan saya kepada bos tersebut dan diapun diamlah (buat seketika, kemudian akan kata kerajaan lambat lagi).

Inilah rakyat...

Saturday, November 20, 2010

3 JPA (JPA1, JPA2 dan JPA3)



RAMAI orang, khususnya orang Kerajaan mengenali JPA sebagai Jabatan Perkhidmatan Awam. Satu lagi JPA dikenali sebagai JPA3. Mengapa JPA3?. JPA3 ini adalah singkatan kepada Jabatan Pertahanan Awam.

Sekiranya Jabatan Perkhidmatan Awam adalah JPA1 dan Jabatan Pertahanan Awam adalah JPA3, maka di mana pula JPA2?. Barangkali ramai orang yang tidak tahu.

JPA2 adalah Jabatan Penerbangan Awam, yang lebih dikenali sebagai DCA (Department of Civil Aviation).

Friday, November 19, 2010

3 AG


DALAM tahun-tahun awal bekerja dengan kerajaan, saya sering mendengar perkataan "AG". Ramai kawan-kawan seangkatan saya bekerja dengan "AG". Saya tertanya-tanya dalam hati, "apakah AG?".

Rupa-rupanya AG adalah merupakan jawatan atau jabatan yang sangat penting dalam kerajaan. Bukan satu AG, tetapi terdapat 3 AG yang sangat hebat. Ada yang menyebut mereka sebagai AG tiga serangkai:-

AG - Akauntan Negara (Accountant General)
AG - Peguam Negara (Artoney General)
AG - Ketua Audit Negara (Auditor General)

Wednesday, November 10, 2010

iPAD DAN BLACKBERRY



iPad tidak dapat dibandingkan dengan Blackberry (BB), sebabnya Blackberry adalah telefon pintar sedangkan iPad adalah sebuah 'komputer'. Blackberry sepatutnya dibandingkan dengan iPhone. Walau bagaimanapun saya ingin bandingkan juga iPad dengan BB bagi fungsi yang sama.

Pagi tadi saya terperangkap dalam majlis yang memerlukan masa menunggu yang lama. Saya bawa iPad dan sudah tentunya sebuah BB. Fungsi yang sama yang saya ingin bandingkan ialah mengakses, membaca dan membalas e-mel. Pengalaman pagi tadi menjadikan markah iPad adalah 1/10 dan markah BB adalah 9/10. Sepanjang masa terperangkap tersebut, saya langsung gagal untuk membuka dan membaca e-mel. iPad 3G saya ini gagal mengakses e-mel mengikut kelajuan yang diperlukan. Sebaliknya, BB yang juga menggunbakan kemudahan 3G daripada penyedia perkhidmatan yang sama (Celcom) telah menjalankan semua tugasnya dengan jayanya. Saya boleh baca, tulis dan balas e-mel dengan cepat.

Peristiwa pagi tadi cuma memperaga iPad untuk tunjuk-tunjuk sahaja, tanpa menyelesaikan sebarang tugasan.

Tuesday, November 09, 2010

PEGAWAI SAINS @ SAINTIS

PEGAWAI SAINS adalah salah satu daripada skim perkhidmatan dalam Kerajaan. Pegawai Sains ini pula dibahagikan kepada beberapa bidang seperti berikut:


1.Pegawai Sains Kimiahayat
2.Pegawai Sains Kajikuman
3.Pegawai Sains Fizik
4.Pegawai Sains Genetik
5.Pegawai Sains Embriologi
6.Pegawai Zat Makanan
7.Pegawai Sains Kaji Serangga

Di antara kompetensi khusus Pegawai Sains di makmal termasuklah:

i. Kebolehan menjalankan ujian makmal,
ii. Kebolehan mengesan kebarangkalian berlakunya kesilapan ujian makmal
iii. Kebolehan menentukan tindakan pembaikan kesilapan ujian yang berlaku
iv. Kebolehan membuat laporan kerja makmal
v. Kebolehan membuat skop kerja dan spesifikasi
vi. Kemahiran menguruskan masa
vii. Kebolehan membaca literasi
viii. Kebolehan menggunakan perisian asas ICT
ix. Kebolehan menolong dalam amali dan penyelidikan
x. Kebolehan membantu menyediakan bahan pengajaran makmal
xi. Kebolehan berkomunikasi secara berkesan

Sunday, November 07, 2010

YANG DIPERTUAN AGONG



Senarai Yang di-Pertuan Agong
Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong sejak Hari Merdeka Malaysia hingga sekarang.

1.Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
31 Ogos 1957 - 1 April 1960
Negeri Sembilan

2.Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
14 April 1960 - 1 September 1960
Selangor

3.Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
21 September 1960 - 20 September 1965
Perlis

4.Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III
21 September 1965 - 20 September 1970
Terengganu

5.Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
21 September 1970 - 20 September 1975
Kedah

6.Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra
21 September 1975 - 30 Mac 1979
Kelantan

7.Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
26 April 1979 - 25 April 1984
Pahang

8.Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail
26 April 1984 - 25 April 1989
Johor

9.Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu
26 April 1989 - 25 April 1994
Perak

10.Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
26 April 1994 - 25 April 1999
Negeri Sembilan

11.Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
26 April 1999 - 21 November 2001
Selangor

12.Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
13 Disember 2001 - 12 Disember 2006
Perlis

13.Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
13 Disember 2006 - Sekarang
Terengganu

Saturday, November 06, 2010

KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN)




KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN) atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Chief Secretary to the government adalah jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam.

Senarai KSN daru dulu hingga sekarang adalah seperti berikut:-

1.Tun Dr. Hj. Abdul Aziz bin Hj. Majid (1 Aug 1957 - 31 Aug 1964)

2.Tan Sri Dato’ Seri Abdul Jamil bin Abdul Rais (1 Sep 1964 - 6 Nov 1967)

3. Tunku Tan Sri Dato’ Seri Mohamad bin Tunku Burhanuddin (7 Nov 1967 - 31 Dec 1969)

4. Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin (1 Jan 1970 - 30 Sep 1976)

5. Tun Abdullah bin Mohd Salleh (1 Oct 1976 - 31 Dec 1978)

6. Tan Sri Dato’ Seri Abdullah bin Ayub (1 Jan 1979 - 30 Nov 1980)

7. Tan Sri Dato’ Hashim bin Aman (1 Dec 1980 - 14 Jun 1984)

8. Tan Sri Dato’ Paduka Salehuddin bin Mohamed (15 Jun 1984 - 31 Jan 1990)

9. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (1 Feb 1990 - 16 Sep 1996)

10. Tan Sri Abdul Halim bin Ali (17 Sep 1996 - 31 Jan 2001)

11. Tan Sri Samsudin b. Osman (1 Feb 2001 - 2 Sep 2006)

12. Tan Sri Mohd. Sidek b. Hj. Hassan (03 Sep 2006 - sekarang).

Tuesday, November 02, 2010

RUTIN PAGI


SETIAP pagi, apabila bangkit dari tidur, saya akan menjenguk tingkap. Apa yang diharapkan?. Tidak lain tidak bukan melainkan putihnya salji. Indahnya melihat laman dan jalan dipenuhi salji yang memutih. Hampir setiap pagi, itulah rutin harian di sebelah pagi.

Oh ... tersasul nampaknya. Kita tinggal di negara tropika, mana ada salji. Itu dulu ... kini tiada lagi. Setiap pagi sebelum masuk ke ofis, saya singgah di kafe. Mata menerkam ke deretan juadah, mencari nasi dagang. Jika tida, laksam pun jadilah. Dan ... hari ini nasi dagang ikan aya tersedia. Wah sedapnya....

Monday, November 01, 2010

RESEPI KEJAYAAN BOS


SEORANG bos saya memberitahu kami pegangannya dalam bekerja.

"sekiranya 70% daripada masa, saya tidak berada di pejabat dan pejabat berjalan lancar, itu adalah kejayaan saya yang sebenarnya".

Bos saya ini jarang berada di pejabat. banyak urusan dia di luar pejabat. Maklumlah pejabat kami bukan di ibu pejabat. Banyak masanya bermesyuarat di ib pejabat. Sayalah sebenarnya yang berada di pejabat menguruskan kerja-kerja pejabat. Pada masa tersebut, tidak ada apa-apa masalah yang berlaku dan itulah kejayaan beliau.

Semasa saya jadi timbalan, saya hadir semua mesyuarat Persidfangan WHO ini. Selepas saya ada timbalan, saya serahkan kepada beliau untuk hadir. Persidangan WHO ini berjalan lancar dan tim kami yang menjaga perkara-perkara teknikal mendapat pujian. Oleh kerana kesibukan dan kesuntukan masa, saya tidak ada peluang langsung untuk menjenguk persidangan ini. Kesemuanya saya serahkan kepada tim. Walau bagaimanapun saya sentiasa dimaklumkan akan perkembangannya dan mereka meminta nasihat bagi membuat keputusan-keputusan penting.

Walaupun terasa berat hati dan ada sedikit rasa bersalah kerana tidak dapat bersama mereka, namun ini bolehlah dikatakan sebagai kejayaan saya ...