Labels

Friday, August 15, 2003

PELAJAR SASTERA JADI DOKTOR

PELAJAR SASTERA JADI DOKTOR

Tajuk muka depan akhbar tempatan hari ini ialah mengenai pelajar sastera jadi doktor. Ia didedahkan oleh Kementerian Pendidikan di mana terdapat pelajar aliran sastera atau yang tidak lulus matapelajaran sains di Malaysia yang diterima masuk ke universiti di Ukraine dalam jurusan perubatan. Ini berlaku kerana salah faham mengenai sistem pendidikan di kedua-dua negara. Kononnya gred "9" di Ukraine adalah yang paling tinggi walhal di Malaysia ia adalah gagal.

Adakah perkara itu yang harus menjadi isu?. Salahkah jika pelajar aliran sastera diterima masuk dalam fakulti perubatan dan jika beliau berjaya dalam semua peperiksaannya akan dilantik sebagai doktor (pegawai perubatan)?. Salah atau tidak?. Saya percaya ramai juga di kalangan Pegawai Sistem Maklumat (PSM) sendiri yang bukan hanya dari aliran sastera semasa di sekolah, malahan juga belajar dalam aliran bukan sains di universiti dan akhirnya diterima sebagai PSM.

Bagaimana pula jika seorang jurutera?. Saya mempunyai seorang kawan yang bersekolah dalam aliran sastera, tetapi diterima masuk dalam fakulti kejuruteraan dalam universiti tempatan dan kini menjadi seorang jurutera. Salah ke?. Kawan saya itu memang seorang pelajar yang cerdas. Kami sama-sama belajar dari sekolah rendah hingga ke tingkatan 3. Selepas SRP, saya dipilih ke sekolah berasrama penuh dalam aliran sains. Beliau tidak terpilih dan cikgu kami menasihati beliau dengan katanya "gred 1 SPM sastera adalah lebih baik dari gred 3 sains". Berbekalkan kata-kata tersebut, beliau masuk aliran sastera dan ambil matapelajaran sastera di samping sains am beserta matematik (Pelajar aliran sains akan ambil biologi, kimia, fizik, matematik dan matematik tambahan). Akhirnya beliau dapat gred 1 (saya juga) dan diterima masuk ke universiti (program diploma dan seterusnya ijazah kejuruteraan). Kini beliau sebagai seorang jurutera "sastera" yang berbahagia.

10 comments:

Xaira Syakirah said...
This comment has been removed by the author.
Xaira Syakirah said...

Assalamualaikum, Saya Syakirah.. Saya adalah pelajar aliran akaun.. Saya berniat untuk menukar haluan saya dr akaun menjadi doktor..Boleh x Tolong terangkan Kat Saya cara2 utk Saya jadi doktor.. Means Saya kene buat ape slps dpt result spm?

muhamadbinali san said...

waalaikumsalam
1. pastikan dapat keputusan cemerlang dalam spm
2. cemerlang SPM hingga boleh ke luar negara
3. lepas SPM search MEDICAL School luar negara

Beebee Mountain said...

Saya pekajar sastera.. boleh ke nak jadi doktor? Saya pernah tanya cikgu saya boleh lagi ke nak menjadi seorang doktor. Taoi cikgu saya cakap "awak kuburkan je lah impian awak tu".

enterpreneur traveller said...

Assalam.. saya pelajar sastera dan saya ingin jadi pakar bedah... apa yang saya perlu lakukan setelah habis spm ? nk minta pendapat .

Unknown said...

Assalam , nk tnya kalau jdi pelajar dri aliran kejuruteraan macam mana nk tukar bidang ke kedoktoran ? ape yg kena bt after spm

Unknown said...

Saya spm2017,dan saya dapat 1A 4B 3C,,anak2 kwn mak dn ayah semua letopp..dn mulalah isu bawang di keluarkn...kepada yang berkurangan bajet boleh amik STPM..macam saya amik diploma di MSU....

siapa yg minat nak jadi doktor but korang dari aliran sastera..korang boleh follow this step but korang akan menua di dalam university dan umo nak masuk 30 baru buat housementship

(Diploma medical laboratory 3 years> Bachelor (hons) Biomedical Science 4 years cgpa (3.5 or 3.8 xingt) MUET band 3 or 4 n above > MBBS 5 years (kalau tak masuk repeat lagi) )

And siapa yang dari aliran sains stream (sains stream jimat masa sikit lah) but spm macam kureng sikit but nak jadi doktor...korang boleh cuba (Diploma medical laboratory 3years MuET band 3 or 4,CGPA for diploma mustbe 3.8(tak silap,klo x maybe 3.5)

Unknown said...



siapa yg minat nak jadi doktor but korang dari aliran sastera..korang boleh follow this step but korang akan menua di dalam university dan umo nak masuk 30 baru buat housementship

(Diploma medical laboratory 3 years> Bachelor (hons) Biomedical Science 4 years cgpa (3.5 or 3.8 xingt) MUET band 3 or 4 n above > MBBS 5 years (kalau tak masuk repeat lagi) )

And siapa yang dari aliran sains stream (sains stream jimat masa sikit lah) but spm macam kureng sikit but nak jadi doktor...korang boleh cuba (Diploma medical laboratory 3years MuET band 3 or 4,CGPA for diploma mustbe 3.8(tak silap,klo x maybe 3.5)

Unknown said...

Aslmkm. Sya nak tanya klau pelajar dri aliran sains sukan boleh jadi doktor kah? Sebab saya amat berminat nak jdi doktor perubatan.

Anonymous said...

Assalam. Saya nak tanya . saya mengambil subjek elektif sains tambahan & keputusan saya A. Dapat tak jadi doktor? Or medical assistant? Boleh tolong recommend subjek elektif apa yg sya harus ambil kalau msuk ting6?

Harap jawab :(