Labels

Thursday, September 29, 2011

36 TAHUN DAHULU @ SESMA

Wednesday, September 28, 2011

BUAH ATAU SUPLIMEN ?

"susu ibu adalah yang terbaik, namun susu XXX adalah sebagai alternatif terbaik sekiranya ..." "buah-buahan adalah yang terbaik, namun makanlah pil ABC kerana lebih mudah, lebih ringkas dan ... "
UNTUK memakan suplimen, kira-kira RM200 sebulan diperlukan. MAna yang lebih baik, suplimen atau RM200 itu dibeli buah dan sayur untuk makanan iringan harian? Sudah ada banyak pro dan kontra, saya pilih buah dan sayur. Anda bagaimana?

Tuesday, September 27, 2011

MyJICA: past, present and future

Hari ini saya berbelanja hampir lapan ratus ringgit kerana membeli scanner dan printer. Tujuannya ialah untuk membuat dan menyiapkan projek myJICA - past, present and future. Ia itu dokumentasi 25 tahun alumni JiCA di Malaysia. Mengapa belanja sendiri ? Sebab saya nak siapkan dokumentasi ini. Jika upah scanning mungkin kosnya lebih mahal. Oleh itu buat sendiri sahajalah.

Monday, September 26, 2011

HADIAH HARILAHIR @ 26 SEPTEMBER

PADA hari ini tahun lepas, buku saya diterbitkan. Ia merupakan hadiah hari lahir yang sangat bermakna untuk diri sendiri.
Pada tahun ini, ia itu setahun kemudian, saya telah menerima sekeping cek royalti. Sekali lagi ia merupakan hadiah hari lahir yang tidak terhingga nilainya. Ini bukanlah royalti yang pertama, kerana sebaik sahaja manuskrip mula dicetak, royalti pertama ataupun pendahuluan sudahpun dibayar.
Sedang berkira-kira, apakah barangan bermakna untuk ditukar dengan cek ini.

Sunday, September 25, 2011

SAYA INGIN JADI PENERBIT BUKU

SAYA ingin jadi penerbit buku. Apa yang perlu saya lakukan?. Seorang pakar dalam bidang ini menggariskan empat langkah utama.

1. Cari Pasaran. Adakah mana-mana pihak yang ingin memasarkan buku yang anda terbitkan.

2. Cari Pencetak Ada atau tidak pihak yang ingin mencetak buku yang akan anda terbitkan. Mencetak buku perlukan duit, lantas itu ada atau tidak pencetak yang mahu mencetak dahulu dan dibayar kemudian. Ia itu setelah buku laku dijual.

3. Cari Perekabentuk Buku Manuskrip buku yang diterima perlu dibuat design dan layout. Ada atau tidak orang persaorangan atau pihak yang sanggup melakukan kerja ini untuk anda?. Jika anda ada duit, sudah tentu ia tidak menjadi persoalan. Maksudnya adalah orang yang mahu membuat kerja dahulu dan menerima upahnya kemudian.

4. Setelah kesemua tiga perkara tersebut diperolehi, barulah dicari manuskrip atau pengarang yang mahu bukunya diterbitkan.

KERJA penerbit adalah mengusahakan manuskrip daripada penulis sehingga menjadi buku dan dapat dijual di pasaran. Segala modal dan risiko perlu ditanggung oleh penerbit. Oleh itu biasanya penerbit hanya memberi royalti sekitar 10% sahaja kepada penulis. Penulis pula hanya menulis sahaja modalnya. Jika buku langsung tidak laku, penulis tidak rugi apa-apa, malahan telah untung kerana bukunya telah diterbitkan. Jika bukunya laku sedikit, maka sedikitlah royaltinya. Jika bukunya laku banyak, maka banyaklah royaltinya. Jika bukunya laku terlalu banyak, maka terlalu banyaklah royaltinya. Namun tertakluk kepada hak maksima 10%. Dengan itu ada penulis yang ingin menerbitkan sendiri bukunya. Dia perlu menanggung rugi 100% ataupun mendapat untung 100%. Kini penulis ada dua pilihan untuk menerbitkan buku:

1. Guna Penerbit - Tidak perlu modal - Dapat royalti sekitar 10%

2. Terbit buku sendiri - modal 100% - urus sendiri (pemasaran, kutip hutang dll) - Royalti 100%

KINI saya ingin menjadi penerbit antara kaedah 1 dengan kaedah 2. Ia itu melalui KOPERASI PENULIS. Kaedah penerbit yang akan saya pelop[ori adalah begini: - Modal 50-50 antara penulis dan koperasi - Untung 50-50 - Rugi 50-50 - Urusan kerja: koperasi Di samping memodali buku sendiri, penulis juga boleh menjadi pemodal (50%) kepada buku-buku penulis lain. Ada apa-apa komen?

Friday, September 23, 2011

BUKU-BUKU MBA

DIAM tak diam, rupa-rupanya saya sudah mempunyai lima (5) buah buku: 1. Change Management 2. Information Architecture 3. Kerjaya Dalam Bidang ICT 4. Buat Duit Dengan Foto 5. 50 Jawatan Terpilih Dalam Kerajaan
OK juga kan? ....

Thursday, September 22, 2011

TANDA RUMAH ORANG ISLAM

SAYA tinggal di taman perumahan 1Malaysia, iaiatu masyarakatnya majmuk.
Malam tadi saya berjalan kaki ke setiap rumah di taman perumahan saya kerana telah diamanahkan oleh pengerusi surau untuk menghantar jemputan ke surau bagi satu aktiviti pada hari esok (Khamis malam Jumaat).

Cukup seksa saya nak menghantar 30 kad jemputan kerana saya tidak kenal atau boleh membeza-bezakan yang mana satu adalah ahli qariah surau. Bagi rumah yang ada tanda Bismillah, atau Allah-Muhammad, senanglah bagi saya. Bagi rumah yang bertanda salib, ada tokong atau tanda-tanda ugama lain, ia juga senang bagi saya. Bagi rumah yang tidak ada apa-apa tanda (seperti rumah saya, teramatlah sukarnya).

Pengajaran dari kisah ini, saya akan letak suatu tanda sebagai identiti tuan rumah di dinding sebelah luar rumah saya supaya mudah dikenalpasti.

sekian adanya.

Wednesday, September 21, 2011

BUKU RAKAN-RAKAN PTM


Dato' Dr. Raja Malik Raja Mohamed
Prof Dr. Mokhtar Mohd Yusof
Muhamad Bin Ali

Tuesday, September 20, 2011

DATO' DR. RAJA MALIK

DATO' sedang asyik membelek buku saya.
Buku ini telah ditandatangani pada Januari 2011 dan cuma pada malam ini
(20 September 2011) kami dapat bertemu...

Ini pula buku beliau yang menjadi inspirasi kepada saya untuk menulis buku ICTSO Guide.


Monday, September 19, 2011

KERTAS TISU PERCUMA

[IDEA DARI JEPUN]

PERTAMA kali tiba di Jepun, terasa cuak juga dengan ramainya orang (muda dan tua)berdiri di persimpangan jalan. Mereka menghulurkan kertas tisu. Ingatkan mereka adalah pemungut derma. Rupa-rupanya tisu ini diberi secara percuma @ free. (Perkataan percuma bermakna sia-sia di Indonesia. Gratis ialaf free). Akhirnya setelah mengetahui akan perkara ini, seminggu di Tokyo bermakna berkotak-kotaklah tisu yang boleh dibawa balik....



Mengapa tisu percuma?. Tidak lain tidak bukan adalah untuk menarik perhatian. Sekiranya mereka sekadar memberi kertas atau broucer, sudah tentu ia tidak diambil ataupun terus dibuang. Tisu yang diberi, ada juga kegunaannya. Tujuan pemberi adalah pengiklanan. Mereka mengiklankan servis atau produk mereka pada pembalut tisu. Misalnya restoran, hotel, promosi bank, malahan hotel-hotel cinta dan servis yang lain juga.

Thursday, September 15, 2011

HOTEL KAPSUL

[IDEA DARI JEPUN]

HOTEL kapsul dikhususkan untuk orang lelaki yang ketinggalan bas, sudah kehabisan trip keretapi, ada urusan awal pagi esok dan yang sewaktu denagnnya. Waktu operasi hotel kapsul ialah 5pm hingga 9am untuk check-in dan check-out. Harganya adalah dari 20 hingga 50a% lebih murah daripada bilik hotel biasa. Semua kemudahan seperti sabun, syampoo, pencukur dan apa sahaja memang ada disediakan di mesin vending.

Kapsul untuk tifur ini ada dalam 2 hingga 3 tingkat. Setiap kapsul mempunyai TV sendiri. Oh ya..... hanya seorang sahaja boleh bermalam dalam satu kapsul. Jangan nakal ya....

Setakat ini hanya lelaki sahaja yang diterima.

Wednesday, September 14, 2011

KELIRU LAGI MENGELIRUKAN


PADA pemahaman saya, hanya Kerajaan yang berhak mengenakan cukai. Agensi lain hanyalah bertindak sebagai agen sahaja. Misalnya Kerajaan mengenakan cukai pendapatan dan LHDN bertindak sebagai agen kerajaan mengira, memungut dan menguatkuasa akan cukai tersebut.

Kastam pula memungut cukai bagi pihak kerajaan. JPJ memungut cukai jalan @ road tax bagi pihak kerajaan. Adakah agensi ini yang memandai-mandai untuk naikkan cukai atau minta cukai? OK, lupakanlah, sebab LHDN, Kastam dan JPJ adalah agensi kerajaan.

Kita ambil contoh restoran yang memungut cukai perkhidmatan daripada pelanggan. PAnggung wayang yang memungut cukai hiburan melalui jualan tiket wayang dan sebaginya. Adakah mereka sewenang-wenangnya mahukan cukai atau naikkan ckai?

Peliknya apabila syarikat telco (Celcom, Digi, Maxis dan U-Mobile) dikatakan ingin mengenakan cukai 6% kepada pelanggan pra-bayar. Boleh ke?. Mana boleh!!!.

Jika tidak boleh, siapa yang bermain silap mata di sini?.

Tuesday, September 13, 2011

BAYAR UNTUK TIDUR




[IDEA DARI JEPUN]
DI KOTA maju seperti Tokyo dan New York, terdapat perkhidmatan tidur di siang hari. Pada waktu-waktu kerja (siang hari), ada kalanya staf sangat-sangat memerlukan tidur. Walau bagaimanapun ruang sangat terhad ataupun langsung tidak ada. Jika adapun ruang, ia tidak sesuai kerana bising dan gangguan lain. Oleh itu diadakan servis tidur atau lena sebentar.

MAlahan tidur sebentar sebelum waktu Zohor itu sunat rasanya (atau harus?). Ia boleh menguatkan badan untuk berjaga malam (untuk qiamulai).

Hmmmmmm..... kita di sini juga sangat patut menyediakan servis tidur ini kerana ramai staf yang (ter)tidur semasa kerja!.

Caj yang dikenakan adalah dalam RM45 bagi 20 minit dan ke atas. Bayangkan berapa banyak duit Kerajaan dapat pungut bagi staf yang tidur di pejabat.

hahahhaahha.

Monday, September 12, 2011

KEDAI KOPI KONSEP

[IDEA DARI JEPUN]



RUANG privasi sememangnya terlalu sempit samada di rumah ataupun di pejabat di negara Jepun. Oleh itu Nihonjin (orang Jepun) pergi ke kedai kopi untuk menemui rakan-rakan dan bagi urusan perniagaan. Di Tokyo sahaja terdapat lebih daripada 40,000 kissasten. Kopi memang mahal, iaiaut sekitar Y150-Y600 (RM4.50 - RM180) secawan. Walau bagaimanapun kita boleh duduk selama mana yang kita mahu. Makanan yang disediakan termasuklah kek, gula-gula, kacang merah, cokolat, mini-piza dan juga sandwis mentimun. Kadangkala kissasten sedikit menyimpang daripada konsep dan tema ini. Kissasten di Kabutocho, Yokohama misalnya, mempamerkan akhbar, majalah dan video. Beli secawak kopi dan anda boleh menggunakan Quotron.

Ada juga kedai yang menyediakan kemudahan untuk pasangan merpati dua sejoli. Kerusi yang disediakan hanya sebelah (tidak berhadapan)

Kedia kopi di Tokyo ada juga yang menyediakan kemudahan untuk para pekerja untuk tidur sebentar.

Sunday, September 11, 2011

AGENSI TUKANG (HANDYMAN AGENCY)

[IDEA DARI JEPUN]




Di Tokyo sahaja terdapat lebih dari 10 ribu benriya-san ataupun agensi-tukang. Mereka mengenakan caj dari Y1500 ke Y3000 satu jam untuk melakukan apa sahaja tugas yang diperlukan. Misalnya membaiki rumah, membawa anjing berjalan-jalan dan sebagainya.

Tukang ini akan melakukan tugas untuk pelanggannya seperti:

- Membeli belah untuk anda
- Menjaga anda jika anda sakit
- menjaga harta/barang kemas anda semasa dinilai oleh pakar
- menjalankan kerja detektif
- mengambil gambar/video andadan partner di ranjang
- menyambapian ucapan bagi pihak anda ataupun berdiri menggantikan anda di tanah perkuburan atau majlis perkahwinan
- mengisi borang pertandingan dan permohonan paten
- bermain bola bersama anak anda.

Macam-macam lagi.

Hmmmmmm..... bila kita nak buka agensi tukang ini di Malaya?

Saturday, September 10, 2011

ARANAB ATAU KURA-KURA YANG LAJU?



KELAJUAN INternet di rumah (unify) ialah 8.7MB/s. Kelajuan INternet di pejabat ialah 9.94MB/s. Tetapi mengapa di rumah lagi laju walaupun meter menunjukkan di ofis yang laju?. Adakah ia hanyalah perasaan sahaja?.

Dalam perlumbaan di antara Arnab dengan kura-kura, didapati kura-kura yang menang (sampai dahulu) walaupun umum mengetahui bahawa arnab adalah lebih laju daripada kura-kura...

Friday, September 09, 2011

TEKSI PERKHIDMATAN PENUH

[IDEA DARI JEPUN]

HARI kedua saya berada di Jepun, saya memberanikan diri keluar berseorangan dan pulang dengan menaiki teksi. Cuba bayangkan tangan kiri dan kanan penuh dengan bag plastik. Teksi berhenti dan pintu terbuka sendiri. Masuk ke dalam teksi dan pintu tertutup sendiri. Tidak ada tip yang perlu dibayar.

Pemandu memakai seragam, bertopi, sarung tangan putih. Dalam teksi disediakan set karaoke mini yang boleh digunakan secara percuma. Pemandu lebih suka penumpang menyanyi berbanding dengan berborak dan bertanya itu dan ini. Sebabnya pemandu tidak begitu mahir bercakap dalam bahasa lain, selain Nihongo. TV berbayar juga turut disediakan dalam teksi. Sesetengah teksi juga disediakan dengan kusyen urutan.

Suara mengucapkan selamat datang, terima kasih dan sebagainya turut kedengaran.Semasa ingin keluar teksi, suara sila semak barangan anda, jangan tinggalkan apa-apa. Semuanya adalah suara rakaman yang dimainkan oleh pemandu.

Satu perkara lucu yang tidak saya lupakan ialah.... saya cuba bercakap Nihongo dengan pemandu teksi dan pemandu suruh saya bercakap Inggeris. Katanya "my Ingelish is betar then your Japanese".

Thursday, September 08, 2011

MAN TOK GURU

SEMASA zaman kanak-kanak, saya berkubang di kampung Tokdor. Kampung di pinggir jalan ini tidaklah begitu sempurna dari segi infrastrukturnya. Ia ada sebuah masjid. Sebuah surau pula di kampung Peroh. Sebuah sekolah rendah di kampung Pela, walaupun sekolah ini bernama Sekolah Kebangsaan Peroh. Ia mempunyai seorang ketua kampung yang berkongsi dengan Kampung Peroh.

Dari Kampung Tokdor ke Sekolah Kebangsaan Peroh, saya berjalan kaki dengan kawan-kawan. Jaraknya ialah dua batu (masa itu belum guna km). Tambang bas cuma 5 sen sahaja. Saya bukan tidak ada duit 10 sen (5 sen pergi dan 5 sen balik), tetapi bas yang tidak lalu. Dalam lain perkataan, bas jarang-jarang sahaja lalu di kampung saya. Oleh kerana mak beri 20 sen sehari, maka duit tambang bas 10 sen saya simpan dan 10 sen lagi digunakan untuk membeli makanan. Biasanya saya beli mee goreng dengan harga 5 sen. Jika saya ingin makan lebih mewah, saya beli mee goreng 5 sen dan keropok goreng 5 sen. Seingat saya, saya tidak pernah beli air yang harganya juga 5 sen segelas. Sebaliknya saya minum air paip yang kami namakan sebagai air paipsi kola. Ia percuma dan sangat sedap. Ia sedap kerana di rumah dan dikampung hanya ada air telaga sahaja.

Kampung saya cuma ada elektrik pada lewat tahun 1980an. Semasa saya berkahwin pada tahun 1985, kampung ini masih bergelap dan cuma diterangi dengan lampu pelita minyak tanah atau lampu gasolin bagi keluarga yang mampu. Oleh itu makanan dan minuman dalam peti ais, tidak pernah saya rasai.

Din kampung saya (Kampung Peroh sebenarnya) ada seorang alim, namanya Man Tok Guru. BArangkali ia adalah guru mengaji Quran. Saya tidak mengaji dengan dia, mungkin kerana dia hanya mengajar anak murid yang sudah mahir dengan mengaji berlagu. Sedangkan saya belum khatam Muqadam lagi. Saya mengaji dengan beberapa orang guru Quran yang lain. Seingat saya ialah Wan Embun, Pakwil Perih dan Pakcik Ali Ketua Kampung.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kampung saya ini sangat jarang dilalui oleh bas. Begitu juga dengan kereta. Lori balak banyaklah yang mengangkut balak untuk dibawa ke kilang papan.

Pada suatu hari ada satu kemalangan kereta. Beberapa orang dalam kereta tersebut telah cedera dan dibawa ke hospital. Orang-orang kampung datanglah memberi bantuan, melihat, bercerita dan macam-macamlah. Bagaikan satu pesta di kampung ini melihat kemalangan. Sebenarnya kereta ini terlanggar sesuatu dengan sendirinya. Maknanya ia bukan melanggar lembu yang banyak di atas jalan ataupun melanggar orang ataupun melanggar kenderaan lain.

Jadi .... ramailah orang kampung yang berpendapat, tempat itu "keras" dan sebuah busut di situ yang menyebabkan kemalangan etrsebut berlaku. Masih sayab ingat, bagaimana Man Tok Guru menasihati dan mengingati orang kampung supaya jangan percaya kepada perkara tahyul. Jangan percaya kepada busut. Sebagai orang Islam kita hendaklah jangan syirik kepada Allah dan sebagainya. Namun orang kampung tetap berdegil juga.

Dalam hati saya berkata, betapa susah dan mencabarnya menjadi orang alim pada masa tersebut. Sehingga kinipun saya masih ingat dan masih kagum dengan kegigihan Man Tok Guru. Semoga rohnya diberkati.

Amin.

Wednesday, September 07, 2011

KOMBINASI SINKI DAN JAMBAN

[IDEA DARI JEPUN]

SEMASA saya berada di Jepun pada tahun 1989, saya ke rumah bapa angkat di perkampungan nelayan Ittoman, Okinawa. Saya sangat terpegun dengan sistem sinki-toilet yang digabungkan.

Air dari paip yang digunakan untuk membasuh tangan, basuh muka dan sebagainya masuk dan disimpan dalam tangki jamban. Air simpanan ini akan digunakan untuk pam (flush) najis dari jamban. Sangat menjimatkan bukan?...

Memang sangat geliga idea ini. Di mana boleh diperolehi sinki-jamban di Malaya kita?

Tuesday, September 06, 2011

GARAJ KERETA BERTINGKAT

[IDEA DARI JEPUN]: Di beberapa tempat di Jepun, kereta tidak boleh dibeli sekiranya orang itu tidak ada tempat meletak kereta. Oleh itu timbul idea bagi membuat tempat letak kereta bertingkat di kawasan rumah.


Kos pembinaan garaj bertingkat ini agak mahal, iai

tu sekitar 2.4juta Yen. Harganya sudah menyemai harga sebuah kereta. Namun ia sangat praktikal dan bernas idea serta pelaksanaannya.

Monday, September 05, 2011

DEKORASI BUAH

[IDEA DARI JEPUN]:

PARA petani menerima tempahan bagi buah epal dengan pesanan peribadi yang 'tumbuh' pada kulit buah. Biasanya pesanan ini adalah bagi upacara perkahwinan dan hari-hari istimewa.

Sunday, September 04, 2011

REKABENTUK BUAH

[IDEAB DARI JEPUN] TEMBIKAI secara semulajadi bentuknya memang bulat. Walau bagaimanapun orang Jepun telah menghasilkan tembikai empatsegi, tigasegi dan bermacam segi lagi. Tembikai ini diletakkan dalam bekas atau acuan bentuknya. Buah tembikai ini besar mengikut acuannya, samada empat segi, tiga segi atau bersegi-segi.

Tembikai bukan bulat ini telah menjadi hadiah atau presento yang menarik dan sangat digemari di Jepun.

Saturday, September 03, 2011

SUKA-DUKA RAYA DI KAMPUNG

HARI raya sudah berlalu, bulan raya masih panjang. Mereka yang pulang ke kampung sudah berangsur kembali ke kota.

Rata-rata kawan saya dari kota tidak bertahan lama beraya di kampung, ya walaupun kampung sendiri. Jika kampung mertua apatah lagi.

Pada zaman budak-budak, seingat sayalah, kampung saya sangat meriah, terutamanya pada musim raya. Rumah-rumah di kampung dihias indah semampu tuan punya. Halaman disapu, sampah sarap dibakar. pada sebelah malam, ia diterangi lampu pelita.

Kini? sebuah demi sebuah rumah sudah hilang. Ia bertepatan dengan tuan punya yang sudah meninggal dunia. Ada kalanya anak yang mewarisi hartanya juga sudah pergi. Yang tinggal hanya cucu yang tidak pernah menjejakkan kaki di kampung.

Di sebelah kiri, Tok Ayah sudah berpuluh tahun tapak rumahnya menjadi semak belukar. Di sebelah kanan, Tokki, Rani, Pak Embung semuanya sudah jadiu hutan dara. Begitu juga dengan Tok Mek Tok, Paklong Awang, Tuan Seng dan Pak Wil. Jika ditanam balak pada tanah mereka, ia sudah boleh ditebang.

Sesekali terfikir, elok jika kerajaan buatkan satu akta atau undang-undang supaya tanah terbiar begini boleh dirampas. Teringat saya akan satu negara di Eropah, anak rajanya tinggal di kampung kerana undang-undang tanah menetapkan tuan tanah mesti tinggal atas tanah milik mereka, jika tidak tanah akan dirampas.

Bilalah negara kita akan mempunyai undang-undang begini?.

Thursday, September 01, 2011

OAKWOOD PRIMARY SCHOOL

1997-1997, Empat anak saya bersekolah di Oakwood Primary School, Yorkshire, UK. Seorang lagi menghadiri tadika di sekolah yang sama. Saya belajar separuh masa (sepenuh masa, tetapi kelas cuma Isnin dan Khamis sahaja). Isteri saya pula bekerja sepenuh masa.

2009 saya kembali semula ke UK dan mengambil kesempatan untuk ke Leeds. Sempat ke rumah sewa lama, namun tersesat semasa mencari Oakwood Primary School.