Labels

Saturday, December 30, 2006

KALIGRAFI







Friday, December 29, 2006

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

SELAMAT hari raya korban
Selamat tahun 2007

Thursday, December 28, 2006

JIBUNSYI



JIBUNSYI (diari sebuah kehidupan) ialah kisah @ cerita mengenai diri sendiri.

Wednesday, December 27, 2006

AWAY TAKE



I'm Away to take.

ANAK PATUNG BARU

Ini anak patung baru
(orang sekarang kata toy)
dibeli oleh kawanku di pulau temasek
dah dua hari mata asyik kuyu
kerana seronoknya bukan sedikit.

Tuesday, December 26, 2006

HOMESTAY DAN BUDAYA MALAYSIA

ADUH!.... Penatnya mencari lima (5) keluarga angkat untuk program homestay JICA (Japan International Cooperation Agency). Sehingga kini saya hanya berjaya menemukan 3 keluarga sahaja, dua orang lagi calon homestay masih tidak mempunyai sesiapa yang ingin mengambil mereka sebagai "anak angkat".

Lagi pula program kali ini adalah lain dari yang lain. Jika dulu-dulu, yang datang 'menyerah diri' sebagai anak angkat ialah budak-budak sekolah umur belasan tahun dan tinggal dengan keluarga angkat cuma untuk 2 malam sahaja. Kini yang datang ialah orang dewasa berumur 26 -36 tahun dan ingin tinggal selama 2 minggu. Walaupun programnya agak berlainan, namun kesukaran untuk mendapatkan keluarga adalah hampir sama, khususnya bagi peserta lelaki. Mengapa ekk?.

Rasa-rasanya dah habis semua kawan-kawan yang saya kenali yang dipujuk untuk mengambil anak angkat ini, namun masih belum berjaya.

ini dari entri terdahulu:

KAMI dari myJICA mempunyai lima orang warga Jepun yang ingin tinggal dengan keluarga angkat selama 2 minggu dengan keluarga Malaysia di Kuala Lumpur. Mereka akan tiba di Malaysia pada 9 Januari 2007 dan akan terus berada di Malaysia selama dua tahun. Pada bulan pertama mereka di sini adalah merupakan masa orientasi dan perlu tinggal di rumah keluarga angkat selama 2 minggu dan alam proses mempelajari bahasa Malaysia.

Mereka terdiri daripada 4 gadis berusia 29 tahun dan seorang jejaka 36 tahun dan bekerja sebagai Social Worker, Environmental Education, Rural Community Development dan
Special Education. Mereka akan menjadi sukarelawan JICA di serata Malaysia setelah tamatsebulan orientasi.

Sesiapa yang berminat nak ambil mana-mana seorang daripada mereka, sila hubungi saya. Ia akan bermula dari 15 - 26 JAnuari 2007 dan bayaran sebanyak RM50 sehari akan kami buat. Satu lagi syarat ialah, rumah keluarga angkat harus dalam lingkungan 1 jam perjalanan dengan pengangkutan awam ke pejabat JICA di Menara Citibank, Jalan Ampang (Stesen LRT Ampang Park).


Barangkali saya patut mengadakan pool atau database untuk menjadi keluarga angkat ini terlebih dahulu 5-6 bulan lebih awal (barangkali).

Mengapa orang Malaysia tida begitu gemar untuk mengambil orang luar (Jepun dalam kes ini), (walaupun berbayar) sebagai 'anak angkat'?. Kemungkinannya banyak, sdra/i boleh bantu saya dengan menjawab pool di sebelah atau menyatakannya dalam komen.

Terima kasih!.


BTW jika ada yang ingin mengambil mereka (lelaki 36 tahun - Environment Education atau wanita 28 tahun - Special Education) bolehlah hubungi saya di 019-3887659

Monday, December 25, 2006

SISA


ayam dimamah tinggal tulang
nasi dimakan tinggal baki
buah dikunyah tinggal tangkal
ulam dicicah tinggal perdu
lauk dimakan tinggal kuah
makanan tinggal sisa.

habis makan, perut kenyang, mata mengantuk

(Eh eh sudu, di mana garfu?)

HESCOM 06


Ahli myJICA bersama SN Datuk A.Samad Said

HESCOM (Hadiah E-Sastera.COM) 2006 telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 24/12/2006. Pelbagai anugerah sastera dalam dunia siber telah diberikan kepada pemenang-pemenangnya.

Sunday, December 24, 2006

PUJI-PUJIAN



FOTO di atas adalah biasa-biasa sahaja. Ia diambil di rembang senja di pinggir Tokyo. Tidak ada apa-apa makna di sebalik foto tersebut.

Namun, foto ini telah menjadi pilihan editor (Editor Picks - EP) www.textamerica.com. Dengan itu bertalu-talulah pujian yang saya terima. Terima kasih kepada yang memuji (semuanya dari negara lua).

Sekarang saya buka ruangan ini untuk sdra/i pula menulis puji-pujian sdra/i (ha ha ha).

Wednesday, December 20, 2006

ENGLISH

Perlukah guru sains mahir sains?

Perlukah guru matematik mahir matematik?

Perlukah guru sains mahir English?

Perlukah guru matematik mahir English?

Wajarkah guru sains mahir matematik?

Wajarkah guru matematik mahir sains?

Bukankah guru English wajib mahir English?.

Monday, December 18, 2006

Monday, December 11, 2006

ANAK ANGKAT JEPUN

KAMI dari myJICA mempunyai lima orang warga Jepun yang ingin tinggal dengan keluarga angkat selama 2 minggu dengan keluarga Malaysia di Kuala Lumpur. Mereka akan tiba di Malaysia pada 9 Januari 2007 dan akan terus berada di Malaysia selama dua tahun. Pada bulan pertama mereka di sini adalah merupakan masa orientasi dan perlu tinggal di rumah keluarga angkat selama 2 minggu dan alam proses mempelajari bahasa Malaysia.

Mereka terdiri daripada 4 gadis berusia 29 tahun dan seorang jejaka 36 tahun dan bekerja sebagai Social Worker, Environmental Education, Rural Community Development dan
Special Education. Mereka akan menjadi sukarelawan JICA di serata Malaysia setelah tamatsebulan orientasi.

Sesiapa yang berminat nak ambil mana-mana seorang daripada mereka, sila hubungi saya. Ia akan bermula dari 15 - 26 JAnuari 2007 dan bayaran sebanyak RM50 sehari akan kami buat. Satu lagi syarat ialah, rumah keluarga angkat harus dalam lingkungan 1 jam perjalanan dengan pengangkutan awam ke pejabat JICA di Menara Citibank, Jalan Ampang (Stesen LRT Ampang Park).

Sunday, December 10, 2006

SAYA, BOS SAYA DAN BOS DIA

SAYA
Saya akan pastikan semua kerja saya sebagaimana yang terkadung dalam senarai tugas dan sasaran kerja tercapai. Saya perlu ada know how dan juga know who untuk menjamin tugas saya berjalan lancar. Komitmen dan kerjasama dari staf saya juga amat penting dalam menjayakan tugasan ini. Saya faham bahawa kegagalan staf bawahan saya adalah merupakan kegalalan saya dalam apa cara dan bentuk sekalipun.

BOS SAYA
Buat apa yang disuruh, apa yang tercatat dalam senarai dan sasaran adalah minima. Kita di sini bukan hanya untuk menjalankan tugas. Tetapi perlu ada nilai tambah, perlu ada strategi. Pemikiran dan tindakan strategis diperlukan. Hasilkan dan tengok at the BIG picture.

BOS DIA
Semua pegawai boleh buat kerja. Penilaian dibuat atas kesilapan yang dilakukan, bukan atas kerja yang dibuat. Yang lebih penting bukanlah core function yang boleh dilakukan oleh semua pegawai, tetapi extra things contohnya golf dan karaoke, tetapi tidak tertakluk kepada itu sahaja.

INTEGRASI

MINGGU lepas kami semua berkampung di mukim luar kerana mengadakan persidangan. Bos besar membentangkan kertas di atas dan berikut adalah intipatinya (untuk rujukan diri sendiri)

1.Hormati fungsi teras masaing-masing (skim)
2. Memudahkan dan tidan kecewa
3. Jadi profesional, bukan emosional
4. Lihat kepada BIG picture
5. Argumen yang kuat dan meyakinkan
6. Pendekatan yang ada bukti & fakta
7. Padamkan syak wasangka, hidupkan kerjasama
8. Kuasa & Komunikasi yang jelas

SEMINGGU TANPA BERITA

SUDAH seminggu rupanya blog ini tanpa entri. Alhamdulillah saya sihat, cuma sedikit kalut dan ada beberapa tugasan di luar.

Saturday, December 02, 2006

DARI BUMI KENYALANG


MELAWAT projek "Kek Lapis" myJICA Sarawak

Friday, December 01, 2006

JAWATANKUASA

Jika anda tidak mahu melaksanakan (b acamenggagalkan) sesuatu tugas, tubuhlah sebuah jawatankuasa. Panggillah mesyuarat demi mesyuarat untuk tidak melaksanakan tugas tersebut. --- bekas seorang pembesar negara

Sebuah jawatankuasa ialah sekumpulan manusia yang secara individunya tidak berupaya untuk melakukan sesuatupun, namun mereka boleh bertemu dan memutuskan secara kolektif bahawa sesuatu tidak boleh dilakukan -- Alfred E. Smith

Thursday, November 30, 2006

LAWAK

KALAULAH benar perkara ini, alangkah lawaknya. Agaknya sama lawaklah bila bebudak Melayu belajar sains dan matematik dalam bahasa ini:


The European Commission (EC) has just announced an agreement whereby English will be the official language of the European Union rather than German, which was the other possibility.

As part of the negotiations, the British Government conceded that English spelling had some room for improvement and has accepted a 5- year phase-in plan that would become known as "Euro-English".

In the first year, "s" will replace the soft "c". Sertainly, this will make the sivil servants jump with joy. The hard "c" will be dropped in favour of "k". This should klear up konfusion, and keyboards kan have one less letter. There will be growing publik enthusiasm in the sekond year when the troublesome "ph" will be replaced with "f". This will make words like fotograf 20% shorter.

In the 3rd year, publik akseptanse of the new spelling kan be expekted to reach the stage where! more komplikated changes are possible.

Governments will enkourage the removal of double letters which have always ben a deterent to akurate speling.

Also, al wil agre that the horibl mes of the silent "e" in the languag is disgrasful and it should go away.

By the 4th yer people wil be reseptiv to steps such as
replasing "th" with "z" and "w" with "v".

During ze fifz yer, ze unesesary "o" kan be dropd from vords kontaining "ou" and after ziz fifz yer, ve vil hav a reil sensi bl riten styl.

Zer vil be no mor trubl or difikultis and evrivun vil find it ezi tu understand ech oza. Ze drem of a united urop vil finali kum tru.

Und efter ze fifz yer, ve vil al be speking German like zey vunted in ze forst plas.

If zis mad you smil, pleas pas on to oza pepl.

Wednesday, November 29, 2006

WASIAT

ASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t .

Tuesday, November 28, 2006

TOL

Kampung Pinang Sebatang (KPS) sentiasa tak cukup duit, namun sebahagian besar daripada penduduknya adalah terdiri daripada kontraktor. Semua kontraktor inilah yang menjadi pendokong dan penyokong kuat kepada ketua kampung yang berasal dari Kampung Pasir Berdengung.

Untuk memodenkan kampung, tok ketua memperkenalkan konsep pengswastaan. Balai raya dibina oleh pihak swasta a.k.a kontraktor pendokong. Jadi dapatlah penduduk kampung berbangga dengan adanya sebuah balai raya canggih yang perbelanjaannya semuanya disediakan oleh para kontraktor.

Namun bagi sesiapa yang ingin menggunakan balai raya ini, ia dikenakan tol. Mula-mula seringgit seorang. Setiap tahun ia dinaikkan lagi hingga kini dah mencecah sepuluh ringgit. Jika tidak dinaikkan, tok ketua terpaksa membayar sejumlah duit yang banyak kepada kontraktor ini. Jika hendak dicongakkan, duitnya dah boleh bina tiga buah balai raya lain lagi.

Semua penduduk kampung (yang bukan kontraktor) dah mengeluh. Mulai 1 Januari ini tol naik lagi.

Monday, November 27, 2006

LEGA

LEGA biasanya berlaku selepas sesuatu kejadian.
Jarang sangat (atau tidak ada langsung) lega berlaku sebelum sesuatu kejadian.

Sekarang saya legaaa.....


Salam dari Pulau Mutiara.

foto dari drchan
lega terlepas dari jam atas jambatan ;-)

Sunday, November 26, 2006

MODEL

Ini adalah model dalam bengkel pemakaian kimono:




Kimono yang kiri sekali tu harganya 1 juta Yen (RM33,000 lebih kurang) dan "obi" (tali pengikatnya) juga berharga 1 juta Yen. Jadinya satu set tu berharga RM66,000.00. Ia adalah koleksi sensei yang sangat disayangi.

BENGKEL KIMONO



Sebahagian dari peserta bengkel bersama sensei.

SEMALAM

AKTIVITI semalam kedua-duanya OK. Bengkel kimono menarik kehadiran lebih 50 orang. Sensei cukup bertauliah ditambah dengan kepetahan jurubahasa yang bukan sahaja mahir dalam Nihonggo, tetapi juga betah dengan kimono. Wakil Kedutaan Jepun (EOJ) yang hadir menyatakan rasa puas hati terhadap acara tersebut. [Sekiranya EOJ tidak berpuas hati, maka ia adalah penutup segala-galanya, kerana acara yang nampaknya amat mudah untuk dilaksanakan telah memakan belanja sebanyak lapan ribu ringgit yang semuanya disumbangkan oleh EOJ.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi datang.

Makan Malam

Acara makan malam juga telah mendapat pujian dari pihak penaja. Ia ringkas tetapi menarik. Semoga boleh berjumpa lagi tahun hadapan. Cukup bermakna sekali. Sekali lagi terima kasih kepada rakan-rakan yang datang samada sebagai tetamu atau yang menyumbang.

Terima kasih.

Friday, November 24, 2006

ESOK

ESOK ada dua aktiviti penting @ penentu.
Sebelah petang ada bengkel kimono dan sebelah malam dinner berkimono.
Jika sukses, berbaloilah penat-lelah dan keringat yang tertumpah.
Jika tidak, alamak setakat itu sahajalah perjuangannya.
Lepas ni tak akan ada lagi acara sebegini :-(

LEMBAB

AKU cukup bengang dengan staf yang lembab.
Kini aku pula yang dah jadi semakin lembab.
Tapi aku tak seronok jadi lembab
Tapi mengapa staf-staf aku suka melembabkan diri?
Kat mana seronoknya?

Arahan yang senangpun aku dah jadi liat nak buat:-
- Arahan menteri: 1 hari
- Arahan KSU: 3 hari
- Arahan SUB: Sila bincang = SEGERA

Kini aku tengah mengumpulkan bebertapa arahan dan nota "sila layan" yang entah bila akan dilayan (atau dilayang).

ENTAH

ENTAHLAH apa nak jadi.
Sejak akhir-akhir ini dah semakin menjadi-jadi pulak.

Semalam kena buat persembahan, tak prepare langsung. Main maca ikut sedap mulut jer.

Isnin ni kena buat presentation lain pulak kat Pulau Mutiara.
Bukan saja tak prepare, malahan bahan (power point) masih belum lagi dibuat.
Bila nak buat?. Malam ni lah nampak gayanya. Adus..... apa nak jadi?.

Monday, November 20, 2006

WOKSYOP KIMONO

Artikel Ini Akan Tetap Di sini Sehingga 21.11. Entri baru ada di Bawah
SATU bengkel/worksyop mengenai kimono akan diadakan seperti berikut. Ia adalah terbuka kepada semua:-

Tarikh: 25 November 2006 (Sabtu)
Masa: 2:45pm - 5:30pm
Tempat: Bilik Tatami, Japan Foundation, Tingkat 30, Menara Citibank, Jln Ampang, KL
Pengajar: Ms. Nakatogawa Shizuko
(Tukang jahit kimono dari Jepun dan sekarang mengajarnya untuk orang Jepun di Japan Club, KL).
Penganjur: myJICA

Bayaran: Bayaran bengkel adalah PERCUMA, namun myJICA akan kutip RM10 sebagai pengeras @ tanda jadi (akan dipulangkan semula dalam bentuk cenderamata)

* Pada sebelah malamnya (mulai 7:30pm), myJICA akan menganjurkan majlis makan malam dengan tema pertemuan budaya Jepun-Malaysia. Peserta yang ingin memperagakan pakaian kimono pada malam tersebut akan dapat mengadiri jamuan makan malam tersebut secara percuma.

** Bagi peserta yang telah mempunyai kimono/yukata, boleh bawa & guna kimono sendiri. Bagi pesrta yang tidak mempunyai kimono/yukata, myJICA ada menyewa 30 pasang dari Kedutaan Jepun bagi tujuan bengkel & makan malam. Bayarannya cuma harga untuk dry cleaning sahaja.

Semua pembaca adalah dijemput hadir: Sila e-mel ke mba4ever@gmail.com atau SMS 019-2832813 (Zalinda), 019-2274624 (Yati)


*** Taukeh dry cleaning juga boleh hubungi saya ... ;-)

Wednesday, November 15, 2006

TATAMI ROOM



Inilah "Tatami Room" di Japan Foundation, Menara Citibank yang akan menjadi lokasi bengkel kimono pada 25 November nanti.

Jumpa di sana!

SELAMAT ULANGTAHUN KE-25

PERSONAL Computer (PC) pertama kali diperkenalkan pada tahun 1981. Kini 2006, bermakna PC sudah menyambut Jubli Emas. Rasa-rasanya MBA mula kenal PC pada tahun 1983. Ia dikenali dengan IBM PC yang menggunakan PCDOS. Mula-mula gunakan pemproses 8088, kemudian 8086 dan bermulalah era 86 (286, 386, 486) sebelum Pentium (586) mengambil tempat hingga sekarang. Jika tak silap harga sebuah IBM PC pada masa tersebut ialah sekitar RM5,500. Walau bagaimanapun, jika tak silap, Apple Computer sudahpun wujud pada masa tersebut.

Setelah 25 tahun, kini Intel mengeluarkan cip baru v-pro untuk tempoh 25 tahun lagi (katanya). Microsoft pula telah melancarkan OS baru, Vista dan Office-2007.

Selamat menyambut ulangtahun ke-25 "Perempuan Cantik".

Tuesday, November 14, 2006

HEBATNYA CABARAN....

HEBAT benar rasanya cabaran untuk melaksanakan program bengkel kimono pada kali ini. Ia adalah program yang julung-julung kalinya dianjurkan. Tak disangka-sangka pihak Kedutaan Jepun cukup berminat. Mereka sanggup meminjamkan 30 pasang kimono, dengan syarat ia hendaklah di dry-clean sebelum dihantar. Juga beberapa pasang kimono untuk dipamerkan. Kemudian pihak Japan Club of KL juga ingin menghulur bantuan memberikan sensei. Lepas tu Japan Foundation pula yang datang mempelawa dengan memberikan bilik tatami. Tidak lupa yang paling sibuk membuat urusan ialah pihak JICA sendiri. Kesemua organisasi ini telah mewar-warkan kepada ahli dan pihak media mereka mengenai program ini. Gah sekali...

Namun pada malam tadi, sekitar 8pm, terima panggilan mengatakan ayah kepada sensei yang telah confirm untuk memberi tunjuk ajar pemakaian kimono ini telah meninggal dunia dan beliau akan pulang ke Jepun pagi-pagi esoknya dan akan berada agak lama di sana. Fuh... habis!!!. Dalam saat genting begini, di mana kan ku cari ganti sensei yang berkebolehan?

Mula-mula dulu kami diberikan seorang sensei oleh JICA, namun dia sibuk pada tarikh tersebut. Kemudian SU kami janjikan seorang "guru" kimono dari Jepun (wah hebatnya), namun dia juga ada hal. Lepas tu ada seorang makcik usulkan kawannya, namun dia juga ada urusan lain. Dan akhirnya.... Japan Club telah mendapatkan seorang bukan sekadar sensei, tetapi juga adalah tailor kimono. Namun.... takdir tidak menyebelahi kami juga bila ayahnya meninggal.

Jika diikutkan hati, program ini akan dibataklan saja. Namun.... demi menjaga nama baik myJICA, apatah lagi sepanjang Pesta Jepun di Malaysia (JFM 2006) inilah program pertama yang dianjurkan. LAin-lain persatuan seperti PAMAJA, ALEPS, AOTS, dan JAGAM ada program mereka sendiri bagi JFM 2006. Malu kan?. Namun bagaimana nak diatasi?

Berbekalkan semangat Malaysia Boleh Tiada Rotan Akar Berguna saya kuatkan juga semangat. Mula-mula sediakan bahan ceramah, kemudian ingin tangkap siapa sahaja untuk mengajarnya. Namun.... Alhamdulillah dalam mesyuarat tergempar di pejabat JICA tengahari tadi, akar telah ditemui. Alhamdulillah.

Friday, November 10, 2006

Memoirs of a Geisha - Trailer

Menonton VCD Memoirs of a Geisha - amat mengecewakan berbanding dengan membaca Kenang-Kenangan Seorang Geisha. Banyak yang tertulis dalam buku tidak dapat digambarkan dalam filem. Malahan banyak fakta yang ditiadakan atau tersalah.

Ah membaca lebih indah dari menonton

Tuesday, November 07, 2006

KENANG-KENANGAN SEORANG GEISHA



BARANGKALI inilah rekod kepada diri saya sendiri. Saya berjaya menghabiskan buku setebal melebihi 700 muka surat hanya dalam masa 2-3 minggu sahaja.

Mungkin ramai di antara pembaca, seperti saya juga yang beranggapan bahawa geisha adalah seorang pelacur. Setelah berada di Jepun saya mula memahami bahawa geisha bukanlah seorang pelacur, tetapi adalah merupakan seorang artis profesional ataupun seorang penghibur. Martabatnya jauh lebih tinggi berbanding dengan seorang GRO di Malaysia.

Namun selepas selesai membaca buku ini (saya belum menonton VCDnya), anggapan saya adalah di sebaliknya. Sesungguhnya sebarang pekerjaan di Jepun adalah profesional dan ada piawaiannya. Seorang geisha adalah profesional. Ahli sumo adalah profesional. Pelayan adalah profesional. Pelacur juga adalah profesional.

Daerah Gion yang menjadi lokasi latar bagi kisah geisha ini adalah begitu asing, dan tidak pernah saya dengari sebelum ini. Kini timbul angan-angan untuk saya singgah di Gion bila saya berkesempatan ke Jepun suatu masa nantyi.

Adakah geisha seorang pelacur?.
- Kacamata Jepun: TIDAK
- Kacamata Melayu: ENTAH (ya kot)
- Kacamata Islam: HARAM

Seorang geisha bukan seorang pelacur dari kacamata Jepun. Pelacur memakai kimono dengan obi (tali ikatan) yang ribennya di depan (supaya mudah dibuka ketika menjual perkhidmatannya), sedangkan geisha mengenakan obi dengan ribennya di belakang. Itu satu perbezaan yang nyata. Pelacur menerima imbuhan dengan perkhidmatan sex. Geisha menerima imbuhan dengan melayan tetamu.

Walau bagaimanapun:-

Seorang geisha pelatih atau perantis biasanya tidak akan melakukan persetubuhan demi untuk menjaga keperawanannya (bahasa canggih bagi dara). Mengapa?. Tidak lain tidak bukan kerana keperawanan (dipanggil mizuage) akan ditender untuk dinikmati oleh orang kaya yang mampu dan berkehendakkannya. Wow hebatnya sistem di Jepun!.

Di samping itu, setiap geisha mesti ditaja oleh seorang lelaki kaya yang menjadikannya sebagai seorang perempuan simpanan. Kehidupan seorang geisha dan lelaki ini adalah bagaikan seorang suami isteri, namun tidak terikat dengan ikatan perkahwinan.

Jadi, saya simpulkan seorang geisha adalah .......... (isi tempat kosong).


p.s Membaca buku ini paling seronok, kerana ia tidak berbelit-belit, tidak ada imbasan (flashback) yang bukan-bukan, tidak ada khayalan dan yang seiras dengannya yang banyak didapati dalam novel Melayu mutakhir. Barangkali kerana ia adalah merupakan sebuah memoir (kenang-kenangan) dan bukannya sebuah novel.

Monday, November 06, 2006

SAJAK JENAKA (SAJEN) - SMS



sajen & deklamasi oleh Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar
Program: Majlis Jamuan Makan Malam myJICA
Lokasi: Hotel Istana, KL

Sunday, November 05, 2006

SONY E-BOOK READER


adakah alat ini akan menghilangkan buku cetakan kertas?


sayapun dah lama sebenarnya mendengar sambil membaca Al-Quran dari PenMan Digital.

Saturday, November 04, 2006

RUMAH TERBUKA HARI RAYA

RUMAH terbuka hari raya myJICA:

Tarikh: 4 Nov. 2006 (Sabtu - Hari ini)
Masa: 7:30pm - 10:30pm
Tempat: NO.4 Jalan P10C/2, Precint 10, Putrajaya

Semua ahli myJICA dijemput hadir.


antara tetamu dan tuan rumah

Thursday, November 02, 2006

KISAH KELMARIN

SEMASA MBA tinggal di kampung dulu, perkataan "kelmarin" adalah yang paling lumrah digunakan untuk menceritakan mengenai "yesterday". Namun setelah berpindah ke KL, orang sini selalu gunakan "semalam". Jadi, MBA ikutlah stail orang sini dengan 'semalam'nya. Rupa-rupanya, mengikut DBP, kelmarin bermakna yesterday dan semalam bermakna 'last night', yang biasanya disebut oleh orang sini sebagai "malam tadi". Rupa-rupanya "malam tadi" dan "siang tadi", "pagi tadi", "petang tado" hanyalah sekadar untuk menceritakan tentang waktu peristiwa.

OK ... kelmarin MBA bercuti. Pagi-pagi lagi, sebelum 7am memandu ke H.Selayang. Sampai di sana jam 7:45am (sangkanya dah awal). Dapat nombor 58, alamak!. Tunggu-punya tunggu punya tunggu selesai ambil darah dah jam 9:15am. Lajulah juga misi-misi ni buat kerja, sebab dalam masa 1jam 30minit dapat selesaikan urusan 58 orang pelanggan mereka. Namun yang sakitnya.... temujanji dengan doktor ialah jam 9am untuk ultrasound. Lepas tu temujanji seterusnya ialah 10am, 12am dan 2pm.

Sakit yang kedua ialah, adakah misi tu tak jumpa cari urat untuk ambil darah... Dua kali dengan dua tempat dicucuknya, darah tak juga keluar. Sakitnya tak terkiralah lagi sebab dicucuk salah tempat. Hinggakan dia terpaksa minta pertolongan dari misi lain, barulah darah tu nak keluar. Rupa-rupanya ramai orang yang macan tu hari ni. Hmmm... kena komplen ni.

9:20am dah siap-siap dalam bilik ultra-sound sebab XXX tolong uruskan (sebab ada meeting jam 10). Alahai, macam nak semak bayi dalam kandunganlah rasanya. Nasib baik tak ditemui sebarang bayi. Jika tidak jenuhlah kena buat DNA pula untuk tentukan siapa bapaknya pulak. Ha ha ha.

10am: meeting jap dengan ketua jabatan IT h.selayang pasal masalah IT. Lepas tu meeting dengan dua vendor pasal masalah masing-masing. Ia berlarutan hingga 12pm. Masalah mereka boleh dikatakan selesai.

12:30pm ke pejabat tanah gombak untuk bayar cukai tanah yang tertunggak. Alahai, kaunter tutup untuk makan tengahari. Sepatutnya kaunter bayaran tak tutup (rasanyalah).

Temujanji untuk majlis hari raya dengan ex-JKR tak dapat ditunaikan. Dulu jamuan pra-puasa juga miss. LEpas tu terus memandu ke Shah Alam untuk ambil majalah-majalah dan buku yang dijanjikan dari KarangKraf. Terima kasih Sri Diah kerana berikan majalah-majalah percuma hingga ratusan ringgit. Lain kali bolehlah berjanji lagi ekkk. :)

Memandu pulang dan buat perancangan baru. Singgah kat Keramat untuk solat zohor. Lepas tu gunting rambut. Lepas tu terpergi ke kedai cermin mata (yang dalam entri yang lepas-lepas tu). Buat cermin baru (bingkai sedia ada). Fuh.... RM1800.00 untuk kanta sahaja.

Dia: Harga dia mahal sikit, RM1800 ni
Aku: Mahalnya. Jika tahan 5 tahun tak apalah, tapi jika dua tahun parah gak tu.
Dia: Hmmmm jika 2 tahun, dalam RM2.30 seharu
Aku: RM2.30 sehari.... ah tak apalah, untuk melihatkan!, Jika hisap rokok, mau RM5 sehari. OK jadi.... diskaunlah sikit.
Dia: OK RM1700. Set.

Lepas tu pergilah pulak ke kedai ikan. Niatnya nak beli cacing untuk dua ekor ikan laga kat rumah. Tapi tergoda pulak dengan anak-anak ikan dan akuariumnya sekali. Terbang lagi RM...... Balik ke rumah dah lewat senja. Lepas solat, pasangkan akuarium. Lepas Isya' keluar untuk jumpa client lagi hingga 11pm.

Itulah kisah kelmarin, mengalahkan orang yang tak bercuti.

Wednesday, November 01, 2006

APA SAYA BOLEH BUAT DENGAN PDA?



1. MENGATUR KEHIDUPAN
- Organizer
- Temujanji
- Buku alamat (dari diri sendiri ke cucu cicit)
- No. telefon
- Tugas harian/ TODO
- Kewangan diri
- Diet sendiri
- lain-lain
(handyshoppers, senarai semak, FamilyTree, Train Schedules, Project Management, Staff Record/KPI etc etc)

2. PERHUBUNGAN
- bercakap
- e-mel
- SMS
- berutusan (IM)

3. MULTIMEDIA
- Foto
- Video
- Muzik

4. KERJA PEJABAT
- Word
- Excell
- MotePad
- Powerpoint

5. GAMEs








Tuesday, October 31, 2006

HARI RAYA NANG

HARI ini, Selasa bersamaan  8 Syawal adalah Hari raya Nang (Hari Raya Enam), yang lazimnya disambut dengan meriah sekali di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu, Semenanjung Malaysia. Pada lazimnya, orang Islam di negeri berkenaan akan menyambut kedatangan 1 Syawal seperti orang lain juga, iaitu bersembahyang raya, berziarah, bermaf-maafan dan sebagainya. Pada keesokan harinya, iaitu hari raya ke-2, mereka terus berpuasa Sunat 6 Hari bulan Syawal, selama enam hari berturut-turut. Jadi, pada hari ini, 8 Syawal adalah hari raya buat mereka yang berpuasa enam hari selepas hari raya yang pertama.

Adakah keadaan ini berlaku di negeri anda? (samada negeri Melayu Bersekutu ataupun Negeri Melayu Tak Bersekutu?).



--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

Monday, October 30, 2006

KERJA KERJA KERJA (MAKAN GAJI)

HARI ini kat ofis masih lagi sunyi. Dah ramai yang pulang semula ke pejabat, namun masih ramai yang menyambung cuti lagi. Ah biasalah tu, yang datang bekerjapun masih dalam mood raya lagi. Dan, macam biasa jugalah kerja memang dah menimbun menunggu tuan dia datang bereskan saja. Mengapa kerja bertimbun-timbun untuk dibereskan?. Entahlah labu....

A. Memang banyak kerja
B. Tidak ada orang lain nak buat kerja
C. Awak tak reti kata "NO"
D. Kerja tu memang suka kat awak, nak buat macamana

SEBULAN berpuasa, kononnya nak ambil cuti sehari pada setiap minggu. Namun dalam bulan puasa lagi banyak kerja yang tiba. Ada kalanya sampai lima kali meeting (kerja?) dalam sehari. Mentang-mentanglah tak makan....

INILAH nasib orang yang kerja makan gaji. (Ada kerja ada gaji). NAmun ramai juga orang yang walaupun kerjanya makan gaji, tapi asyik curi tulang (itu anjing namanya) atau asyik goyang kaki saja (tak percaya? cuba tanya tukan jahit).

RAMAI yang tak faham bahawa kerja ini adalah suatu amanah. Dulu pak sedara saya ialah seorang serviceman. Salah satu daripada tugasnya ialah membuka (memasang?) lampu jalan apabila hari gelap (malam) dan menutupnya kembali setelah hari cerah (siang). Dulu di Cabang Tiga, Kuala Terengganu tidak ada lampu jalan yang menyala secara automatik. Walau kemanapun dia pergi, time hari nak gelap dia akan kembali untuk pasang lampu dan menutupnya bila hari siang. Jika ada darurat dan keuzuran, dia akan amanahkan kepada orang lain yang dipercayainya untuk tugas tersebut.

Orang muda sekarang macamana?. Pagi tadi berkobar-kobar nak datang bekerja subuh-subuh hari. Tengok-tengok bilik dikunci dengan kunci yang luarbiasa (untuk keselamatan konon). Dan yang paling bestnya ialah pemegang kuncilah yang datang paling lewat ke pejabat. Di manakah amanah?.

Sunday, October 29, 2006

TAHUN PERSAHABATAN JEPUN MALAYSIA 2007

MENGAPA 2? (BUKAN 3 ATAU 4)

KAHWINLAH kamu 2,3 atau 4. Tetapi jika khawatir  kamu tidak boleh berlaku adil, memadailah dengan SATU sahaja.

Mengapa ada Majlis Perbandaran yang membuat polisi 2 ORANG dari satu keluarga boleh menjadi ahli majlis? Jika dah ada polisi, macamana ada juga 3 sekeluarga yang jadi ahli majlis? (Buat polisi dulu atau lantik dulu dan polisi dibuat kemudian?).

Lepas ini patutnya kena ada polisi pula, tidak boleh lebih dari 2 orang ahli keluarga yang boleh menjadi ahli kabinet.
ha ha ha ha.

-- posting dari e-mel.


--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

AIDILFITRI JUGA ADA KORBAN

BERATUS orang pengguna jalan raya telah meninggal dunia akibat kemalangan sempena dengan OPS SIKAP yang masih lagi berjalan. Setiap tahun, setiap kali ada perayaan, maka akan adalah (bukan sikit, malahan berkali ganda) kes kemalangan maut di negara kita. Inilah korban perayaan,

nak buat macamana?.

-- posting melalui e-mel.


--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

Saturday, October 28, 2006

KEMASKINI BLOG GUNA E-MEL

1. Compose Mail
2. Send mail
3. SELESAI

--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

TREO 750V DAH TIBA


PALM Inc (Palm), Celcom (Malaysia) Bhd (Celcom) dan Microsoft mengumumkan telefon pintar Palm Treo 750v kini boleh didapati di Malaysia, sekali gus membolehkan pengguna merasai pengalaman pertama Palm pada Windows Mobile 5.0 Windows melalui sistem rangkaian tanpa wayar 3G/UMTS.

Produk berkenaan boleh didapati November ini melalui rakan niaga Vodafone di Malaysia iaitu Celcom.

Treo 750v membolehkan Palm mensasarkan pengguna di sektor perniagaan dengan platform e-mel push sperti MSFP Microsoft yang merangkumi teknologi penolakan terus dan ciri sekuriti yang dipertingkatkan.

Produk tersedia untuk perniagaan itu memenuhi keperluan platform push-email yang lasak yang boleh digunakan secara mudah oleh perniagaan kecil hingga ke enterpris global.

Treo 750v menggabungkan pengalaman Palm hallmark pelbagai ciri telefon mudah alih dengan e-mel, mesej, brouser web dan perisian organisasi dalam semua konsep reka bentuk baru.

Naib Presiden Kanan, Pembangunan dan Strategi Korporat Celcom, Azwan Khan Osman Khan, berkata Treo 750v sesuai untuk pengguna perniagaan dan korporat.

Katanya, produk itu melambangkan komitmen Celcom dalam menyediakan rumusan mudah alih komprehensif dalam memenuhi keperluan komunikasi rakyat Malaysia.

Palm 750v dengan harga runcit RM2,988 ini menambahkan lagi portfolio produk dan perkhidmatan inovatif hasil kerjasama dengan Vodafone.

Perkhidmatan lain yang sudah diperkenalkan Celcom melalui pakatan Vodafone termasuk akses selari ke perayauan antarabangsa Vodafone dan perkhidmatan HSDPA seragam.

Telefon pintar Treo berasaskan Windows Mobile daripada Palm ini menyediakan kepada pengguna dengan kombinasi perisian yang hebat dan penggunaan edisi Windows Mobile 5.0 Pocket PC Phone ini memberikan banyak manfaat kepada pengguna.

Antara ciri itu ialah peningkatan produktiviti dengan Outlook Mobile, penyeragaman menggunakan maklumat Outlook, pejabat mudah alih yang membolehkan pengguna melihat dan menyunting fail Microsoft Word dan Excel.

Ia juga kaya dengan keupayaan multimedia terutama terdapatnya Windows Media Player 10 Mobile untuk muzik dan video di samping A2DP yang menyokong stereo Bluetooth.

Treo 750v mengintegrasikan SMS/MMS, digital kamera dengan 1.3 mega piksel, tersedia dengan teknologi tanpa wayar Bluetooth, skrin sesentuh yang menjadikan mengakses Internet lebih seronok dan slot pengembangan mini-SD.

Friday, October 27, 2006

GADO-GADO HARI RAYA



BIASANYA pada hari raya tidak dihidangkan gado-gado, tetapi sebelum raya ada gaduh-gaduh ke mana nak balik raya.

Wednesday, October 25, 2006

PERJALANAN

Dari utara singgah sebentar di Kajang
Dari Kajang terus ke Timur.

Selamat hari raya, hati-hati di jalanraya.

Tuesday, October 24, 2006

YA ALLAH

YA ALLAH. Rahmatilah pembacaku ini dan keluarganya. Sihatkan ia, panjangkan umurnya dan murahkan rezekinya. Ampuni dosanya dan berkatilah amalannya, semoga bertemu Ramadhan yang akan datang, Insyaallah. Salam Idulfitri. Maaf Zahir Batin.

Monday, October 23, 2006

YA ALLAH

ya Allah, kau ampunilah pembacaku dan keluarganya. Kau panjangkan usia mereka dalam keberkatan, kau murahkan rezeki baginya, kau permudahkan segala urusan bagi mereka. kau rahmatilah hidup mereka, semoga dapat menikmati ramadhan yang akn datang.

slmat hari raya, maaf zahir batin.

Sunday, October 22, 2006

BALIK KAMPUNG

PERJALANAN dari KL utara mengambil masa 2X ganda daripada biasa.
Kesesakan lalulintas macam tahun-tahun lepas juga.

Balik kampung....

BALIK KAMPUNG

ahad: kesesakan lalulintas dari kl ke utara

Saturday, October 21, 2006

KENANGAN RAMADHAN

LIMA tahun di Seri Petaling, lima belas tahun di Keramat dan kali ini Ramadhan di Kajang. Ada sesuatu yang istimewa di sini. HIngga malam-malam terakhir, jemaah terawih masih memenuhi surau. Tidak seperti biasa di lain-lain tempat yang terdahulu, jika di hujung-hujung Ramadhan ini, mungkin tinggal beberapa saf sahaja jemaah.

selamat tinggal Ramadhan

Friday, October 20, 2006

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua pembaca.
kepada yang akan pulang (atau sedang dalam perjalanan)
berhati-hati memandu
Ingat..... hampir semua barang NAIK harga menjelang hari perayaan ini,
kecuali SPEED LIMIT saja yang TURUN
Ingat!..... speed limit di musim perayaan ini ialah 80kmj.


Hari ini MBA masih kerja lagi, sure ofis dah lengang ni.

Semalam bercuti. Pergi mesyuarat kat kedutaan. Meeting pasal "The 50th Anniversary of the Establishment of Diplomatic Relations Between Japan and Malaysia". Meeting ini dihadiri oleh myJICA, PAMAJA, ALEPS, AOTS, KABESA, JLSM dan Fukuoka Consolate.

Selamat hari raya again, maaf zahir batin.

Thursday, October 19, 2006

HATI dan HATI-HATI




SEMUA orang ada hati dan perasaan (ada hati tuuu...)
Jika kita sakit hati orang lain juga begitu. (hati-hatilah sikit kawan...)
Bila bergurau tu berpadalah, nanti ada yg kecil hati
Kalau dah terkena tu janganlah ambil hati
Relaks, cuma senyum..... jangan makan hati


Inilah suara hati saya:-
Saya cuba hati-hati menulis kat sini.
(sampai hati Anynomous komen saya ni busuk hati)
Jika ikut hati, saya delete saja ruang komen tu. Tapi saya tak sampai hati.
Jadi, dengan berat hati saya terpaksa moderate ruangan komen blog Suara Hati ini.

Selamat Hari Raya
Raikan dengan ikhlas hati
Maafkan saya. Jangan simpan di hati
Jangan ambil hati
Hati-hati memandu

Wednesday, October 18, 2006

"TIADA APA YANG PERLU DIRAGUKAN LAGI" TAMBAH MERAGUKAN

SAYA menerima komen bagi entri yang terdahulu yang berbunyi begini "Tiada apa yang perlu diragukan lagi".

SYUKUR Alhamdulillah ia tida lagi meragukan. Kelmarin dulu ia halal, kelmarin ia haram, hari ini tidak meragukan lagi, ia halal semula. Malahan dengan gahnya ia menegaskan bahawa ia memang suci-bersih semenjak dulu-dulu lagi dan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihannya. Markahpun dapat A+. Jaminan "tiada apa yang perlu diragukan lagi" diberikan oleh seorang 'ustaz' yang khabarnya menjadi pengguna setianya. Malahan menambah lagi bahawa momokan terdahulu adalah dibuat oleh syarikat pesaing yang iri hati dengan kejayaannya.

Pernyataan sebegitu tambah meragukan saya. Jika ustaz yang terkenal kat kampung saya kata ini halal, ini haram, ia hanya berdasar kepada ilmunya dari Quran dan Hadis yang dia berlajar sahaja. Hukum itu kekal, iaitu yang halal itu jelas yang haram itu jelas, yang syubhah itu mesti ditinggalkan. Selain daripada itu hendaklah diserahkan kepada pakarnya. Jika nak mengatakan bahawa hi-fi itu halal atau haram mestilah setelah diperiksa oleh pakarnya dan pernyataan dikeluarkan oleh majlis atau lembaganya. Masakan orang persaorangan, seperti tok guru kat kampung saya yang ditaja oleh taukehnya boleh beri terus hukumnya. Apatah lagi jika menuduh pesaing yang buat hal pulak. Ia memang meragukan saya.

Saya tak mahu dengar hi-fi lagi. Cukup dengan siaran mono saja.

Tuesday, October 17, 2006

PalmOS


Treo 680 akan dilancarkan pada pertengahan Oktober ini di US dan menjelang Disember dah terjual di Malaysia. Entri-level, tanpa wifi, tanpa 3G. Namun PalmOS adalah segala-galanya.


"Tidak ada mobile OS yang lebih baik dari PalmOS. WindowsMobile5.0 nak jadi macam PC, ah mengarutlah. Symbian hanya sesuai untuk handphone, bukan PDA. Linux? belum pernah cuba".

Seorang kawan telah diberi amaran oleh kawannya setelah dia beli Treo 650. "Kamu tidak akan beralih lagi kepada phone lain setelah menggunakan Palm, melainkan kepada Palm juga".

"PalmOS adalah segala-galanya bagi PDA-Phone. Bukan Phone-PDA"

Monday, October 16, 2006

UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG

DALAM perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, rasanya enam buah kenderaan terlibat dalam kemalangan. Akibatnya jalan raya sesak beberapa kilometer dan beratus-ratus(jika tak beribu) yang tiba lambat ke pejabat. Mengapa kemalangan tersebut berlaku? Sebabnya mudah: pengguna jalan raya tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Undang-undang menyebut, jika kenderaan dipandu 70kmj, pemandu hendaklah menjarakkan 7 kenderaan daripada kenderaan di hadapan. Kalau-kalau kenderaan di hadapan brek secara mengejut, ada masa untuk kenderaan di belakangnya berhenti dengan selamat sebelum melanggar kenderaan di hadapannya. Namun pemandu manakah di Malaya ini yang sanggup mematuhi undang-undang sedemikian?. Saya rasa tidak ada, kecuali pelajar memandu yang belum tahu lagi nak masukkan gear. Namun undang-undang tetap undang-undang.

Begitu jugalah dengan urus tadbir. Kerajaan kata buat bayaran kepada kontraktor dengan cepat. Ini tidak bermakna untuk melanggar peraturan atau potong Q. Urus tadbir tetap perlu dipatuhi, jika tidak tidak siapa yang dapat menolong anda jika terkena.

Thursday, October 12, 2006

APA KATA SURVEY


SURVEY merumuskan bahawa 50% daripada pembaca blog saya memiliki telefon biasa. 17% menggunakan smartphone Windows, 17% lagi menggunaka smartphone Symbian, 6% menggunakan smartphone Palm dan 6% lagi tidak menggunakan handphone. Wow!

Bagi yang menggunakan sebarang handphone, blog saya boleh dilayari menggunakan handphone saya di alamat http://wap.mba4ever.com

Syaratnya cuma handphone anda perlu wap-enable. Mudah bukan?. Jadi bila balik raya nanti, anda masih lagi boleh bertandang ke sini walaupun tanpa Internet. Memadai dengan handphone sahaja.

Wednesday, October 11, 2006

URUSNIAGA MELALUI INTERNET

SEMALAM saya menerima dua bungkusan pos. Pertama dari Hong Kong, pembelian aksesori telefon dari ebay dan satu lagi dari N.Sembilan, pembelian buku dari Ujanailmu.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah mengenai pembelian melalui ebay. Saya membeli sebuah smartphone baru (terbaru) yang masih belum dijual aksesorinya di Malaysia. Lantas saya ke ebay dan menemui beberapa aksesori. Saya klik dan berjaya mendapatkannya dengan harga cuma UKP0.01 Ya dengan 1 pence saya berjaya mendapatkan 2 casing dan diberikan 1 car charger dan 1 holder. Jikan 1 UKP bersamaan dengan RM6, maka saya hanya berbelanja 60 sen untuk membeli aksesori tersebut. Dalam perkiraan saya, car charger yang dihadiahkan tersebut sudah bernilai sekitar RM60. Beruntung sangatkah saya? Tidak juga, sebab saya perlu berbelanja UKP4.95 lagi untuk bayaran pos. Rugikah penjual? Rasanya tidak juga, sebab penjual ini banyak lagi barang untuk dijual dan strategi pemasarannya memang bagus. Walau bagaimanapun setelah dikira dicongak tolak campur, keempat-empat barangan tersebut adalah terlalu murah saya perolehi. Untung!!!.



NAMUN saya juga pernah ditipu semasa membida dan membeli di ebay. Saya telah kehilangan charger bagi kamera digital Sony Cybershot P8. Lantas saya mengitainya di ebay dan bertemu dengan 2 Unit yang dibida dengan UKP0.01. Ya 1 unit charger dan 2 bateri dengan hanya UKP0.01. Setelah membuat bayaran termasuk UKP13 sebagai belanja pos, barang tidak kunjung tiba. Hantar dan berbalas mel dengan penjual dan akhirnya saya give-up. Komplen pada ebay. Akhirnya saya beritahu penjual "saya tidak akan miskin hanya dengan kehilangan UKP13 dan saya doakan anda akan kaya dan berjaya setelah mendapat UKP13 dari saya. Saya benar-benar berdoa supaya anda kaya dan cukup segalanya di dunia ini supaya cukup untuk saya menuntut semula wang saya itu di akhirat kelak". Memang saya betul-betul putus harap. Kemudian penjual minta maaf dan memulangkan semula wang saya.

Itulah kisahnya.

UJANA ILMU



HARI Sabtu saya klik tetikus untuk melanggan empat buat buku dari Ujana Ilmu dan pada hari Isnin buku tersebut telah tiba di rumah. Sungguh pantas!.

Sesiapa yang ingin membeli buku saya ingin syorkan pergi saja ke Ujana Ilmu (www.ujanailmu.com.my)

Apa buku-buku yang saya beli?
1. Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi - Shahnon Ahmad
- Nak baca autobiografi Shahnon
2. A Samad Said Kehidupan Seorang Seniman Malaysia
- Nak baca kisah hidup Samad Said
3. Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus - Nisah Haron
- Nak baca kata pengantar A Samad Said
4. Mencari Locus Standi - Nisah Haron
- Nak baca karya Nisah Haron

Tuesday, October 10, 2006

HARI-HARI TUA MBA

MEMBACA blog Pokku perihal dia bersarapan pagi (breakfast) dengan bekas rakan-rakan sekerjanya, yang kini dah jadi rakan sepersaraan, maka MBA tak dapat bayangkan bagaimana agaknya hari-hari pencen yang bakan MBA tempuhi.

Seronokkah hidup sebagai seorang pesara?. Itu terpulang kepada individu rasanya. Seronok atau tidak itu terletak dalam diri individu sendiri. Jika tidak seronok di tempat kerja, boleh diminta tukar kerja. Namun oleh kerana rasa seronok atau tidak seronok tersebut berada dalam diri, ia akan ikut kemana diri tersebut pergi. Samada ke tempat kerja baru atau hatta pencen sekalipun. Ayuh!... seronok bekerja! supaya pencen juga seronok.

Ada seorang rakan MBA yang telah pencen (oops! bersara), memberi tahu ia berasa sungguh seronok hidup di alam pencen, kerana bangun pagi tidak lagi dibebani dengan perlu menghadap bos, perlu pergi meeting, perlu siapkan pelbagai kerja dan deadline. Namun..... keseronokan beliau hanya bertahan setakat 3 bulan sahaja. Selepas itu kebosanan yang menunggu di segenap penjuru kehidupannya. Bak kata SN A.Samad Said "segala perkara yang dihajat tapi tak dapat adalah kenikmatan yang paling padat".

Kembali kepada kehidupan semasa pencen, rasa-rasanya peluang untuk MBA menikmati breakfast seperti Pokku agak tipis..... Kat ofis ini lelakinya memang tak cukup korum :-)

Monday, October 09, 2006

PENARAFAN KEMENTERIAN

IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) di seluruh dunia ditarafkan melalui THES (Times Higher Education Supplement), iaitu sisipan akhbar The Times, UK. Bagi penarafan terbaru (2006), UKM telah melonjak naik dalam penarafan tersebut meninggalkan UM bagi 200 universiti terbaik di dunia.

Penarafan atau ranking ini adalah berdasarkan kepada:

iPenilaian keserakanan (peer review) - 40 peratus
ii. Kekerapan kajian dirujuk (research citation) - 20 peratus
iii. Nisbah staf akademik dan pelajar (staff to student ratio) - 20 peratus
iv. Penilaian bakal majikan (recruiter review) - 10 peratus
v. Peratus staf akademik antarabangsa (international faculty) - 5 peratus
vi. Nisbah pelajar antarabangsa (international students ratio) - 5 peratus

Khabarnya KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) akan membuat penarafan dengan memasukkan ciri-ciri Malaysia bagi memberi ranking kepada IPTA.

Hmmmmm semua orang tahu bahawa hotel ditaraf melalui bintang. Syarikat penerbangan ditarafkan dengan pelbagai hadiah dan anugerah. Restoran juga ada kelas penarafannya.

Tidak lama lagi, mungkin akan ada penafaran terhadap kementerian-kementerian kerajaan pula agaknya.







p.s dulu semasa program Mawi-Ina (RTM & Astro) bersaing dengan Siti-Dato'K (TV3) ditarafkan dan TV3 menang, ada juga ura-ura pihak tertentu untuk menaraf semula dengan cara lain. :)

Thursday, October 05, 2006

LAMBAT BAYAR: KERJA SIAP(A)?

KENAPA bayaran lewat dibayar kepada kontraktor?. Bukankah kita sudah ada pelbagai sistem ICT bagi mengatasi pelbagai kelewatan ini?


18,000 kontraktor dan kontraktor kecil menghadapi masalah lewat atau belum menerima bayaran bagi pelbagai kerja bernilai RM23.7 bilion yang mereka laksanakan sejak 2000.

- Kerja 2000, sekarang 2006: Jika belum bayar, mungkin sebab kerja belum siap, projek sakit, kontrak dah tamat atau sebab apa?. Perlu kaji.


Daripada 330 kontraktor itu, 273 menghadapi masalah pembayaran, sama ada lewat atau tidak dibayar langsung membabitkan RM877.8 juta.
-273 dari 330 lewat: perlu kaji profail kontraktor yang lewat dan yang tak lewat tu
-tak bayar langsung? kena semak kontrak, kerja dan main-contractor mereka


Waduh-waduh-waduh syusah itu dong!



PM arah percepat bayaran kontraktor
Oleh Kadir Dikoh

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) di Jabatan Perdana Menteri memastikan setiap jabatan dan agensi kerajaan menyegerakan bayaran kepada kontraktor dan pembekal perkhidmatan.


Perdana Menteri berkata, agensi pusat itu harus sedar bahawa kelewatan membuat pembayaran akan menimbulkan pelbagai masalah serta memberi kesan domino kepada ramai orang termasuk kerajaan serta ekonomi negara.

Abdullah berkata, beliau tidak mahu sebarang kelewatan melunaskan bayaran itu nanti boleh menjurus kepada perasaan marah mereka terbabit kepada kerajaan.

"Bila kontraktor sudah menyediakan perkhidmatan dan bekalan dengan sewajarnya mengikut kontrak, saya tidak nampak sebab mengapa kita harus melengahkan bayaran. Janji seperti dalam kontrak sudah dipenuhi dan jika kerja sudah siap, kita harus bayar.

"Jika kontraktor tidak mendapat bayaran pada masa ditetapkan, dia mungkin menghadapi masalah membayar gaji pekerja, pinjaman bank atau urusan lain," katanya pada perhimpunan bulanan bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Ia bukan kali pertama, Abdullah membuat teguran itu dan kali terakhir ialah ketika melancarkan pelan induk Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Nasional di Sik, Kedah 17 Ogos lalu, apabila menyatakan beliau menerima rungutan daripada kontraktor mengenai kelewatan bayaran walaupun tuntutan lengkap sudah dikemukakan.

Ketika itu, Perdana Menteri mengarahkan sistem pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dipermudahkan dengan menggunakan satu borang berkomputer.

Laporan baru-baru ini pula memetik Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu sebagai berkata sejumlah 18,000 kontraktor dan kontraktor kecil menghadapi masalah lewat atau belum menerima bayaran bagi pelbagai kerja bernilai RM23.7 bilion yang mereka laksanakan sejak 2000.

Anggaran itu berdasarkan kajian yang dibuat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) terhadap sekumpulan 330 kontraktor yang beroperasi di negara ini.

Daripada 330 kontraktor itu, 273 menghadapi masalah pembayaran, sama ada lewat atau tidak dibayar langsung membabitkan RM877.8 juta.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran perlu dibuat bagi segala perkhidmatan dan bekalan yang diberikan kepada kerajaan kerana wujud kontrak antara pihak berkaitan.

“Berilah bayaran seperti yang mana mereka harapkan. Jangan lengahkan. Kita tidak mahu nanti banyak sangat bil yang kita tak bayar.

“Pihak pembekal yang membekalkan barang keperluan pembangunan pun tentu juga lambat mendapat bayaran. Jadi ia berkait-kait dan ini boleh menyebabkan timbul rasa tak senang hati, mungkin kemarahan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada selepas majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kangar, semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata Kabinet memutuskan semua kementerian menghantar laporan mingguan berhubung tuntutan bayaran yang dikemukakan oleh kontraktor dan pembekal yang membabitkan projek kerajaan.

Beliau berkata, arahan mengenai perkara itu dikeluarkan Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet, baru-baru ini.

"Kabinet memutuskan bahawa semua tuntutan bayaran oleh kontraktor dan pembekal itu dijelaskan dalam tempoh dua minggu. Kita mendengar rungutan daripada kontraktor dan pembekal yang mendakwa sukar mendapat bayaran daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kangar, semalam.

BLOGGERS BLOCK

Do you suffer from blogger block? Are there just some days where it’s near impossible to post because there is little or nothing happening on your particular subject or niche? Share your thoughts.

Tuesday, October 03, 2006

GULA

RAKYAT Malaysia pada tahun ini dianggarkan sekitar 26 juta orang. Ia bukanlah pertambahan mendadak berbanding tahun lepas. Bilangan pesakit kencing manis (akibat gula?) juga tidaklah berganda-ganda banyaknya. Penghasilan gula oleh kilang-kilang yang beroperasi tidaklah merosot. Namun rakyat Malaysia menghadapi krisis kekurangan gula. Kemana gula menghilang?. Adakah gula dicurahkan ke laut untuk memaniskan air laut?. Sia-sia, ibarat mencurahkan garam ke laut.

Bagaimana nak atasi masalah kekurangan gula?

A: RM20juta tambah anggota penguatkuasa anti sorok
B: RM10juta kempen kurangkan penggunaan gula
C: RM100juta impot gula dari seberang laut
D: RM5juta guna lori askar untuk hantar gula
E: RM0.20 beri subsidi gula-gula kepada budak-budak

Entahlah labu....

Monday, October 02, 2006

MEMUJI DIRI SENDIRI

ENTRI kali ini ialah untuk memuji blog sendiri. Saya mula menulis entri pada Ogos 2002, tetapi cuma satu entri sahaja dan berhenti sehingga April 2004 barulah entrinya berterusan hari demi hari. Kini kaunter sudah menunjukkan lebih dari 200 ribu kunjungan ke sini. Saya telah menulis sebanyak 1013 entri kesemuanya.

BLOG saya biasanya dikunjungi pada hari bekerja dan hari Rabu adalah yang paling tinggi kunjungannya.



SEAWAL jam 7am blog saya sudah mula dikunjungi. Waktu puncak ialah sekitar 11-12 pagi dan kemudian memuncak lagi sekitar 3-4 petang. Maknanya saya harus menyediakan entri di awal pagi untuk menyediakan juadah kepada pengunjung pagi dan eloklah sekali lagi kemaskini pada waktu rehat tengahari untuk pengunjung sebelah petang. Mampukah saya?.

SEBENARNYA kunjungan ke blog saya telah menjunam turun dari tahun ke tahun. Pada 2004 catatan menunjukkan 83,158 pengunjung dan jatuh 25% pada 2005 ke 62,155 kunjungan dan pada tahun ini, jatuh lagi 12.3% kepada 54,498 kunjungan sahaja.



SUKACITA diumumkan bahawa blog saya ditempatkan di tangga 73 dalam 1000 blog di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan webstats4u . Sebelumnya ia adalah di tangga ke 58. Kira-kiranya masih dalam lingkungan top 100 gitu.

Sunday, October 01, 2006

Treo 680


mula-mula keluar 700w
lepas tu 700p pula
namun 700p gsm yang dinanti
kini 750v sudahpun dipasarkan
semuanya windows

yang palmOS
yang ada cuma 680p
apa sudah jadi?

Saturday, September 30, 2006

IKLAN GULA

ini ialah iklan yang tidak dibayar tajaannya:

kurangkan gula dalam kopi
hidup pasti happy

kurangkan gula dalam makanan
lebihkan senaman

kurangkan gula dalam kehidupan
maniskan senyuman

Thursday, September 28, 2006

RASUAH RAMADHAN

BERBUKA dengan tamar adalah sunnah Nabi. Memberi makan orang berpuasa, pahalanya bagaikan orang yangf berpuasa itu. Nak bagi apa ya, di bulan Ramadhan ini?. Sebungkus tamar?. Oh.... ia adalah rasuah. Nak hadir ke majlis berbuka puasa? Hati-hati... nanti terjebak. Majlis hari raya? 2X5 saja.

[petikan berita harian hari ini]

Hamper, angpau dianggap suapan

SEREMBAN: Penjawat awam diingatkan jangan menerima barangan berharga, termasuk dalam bentuk hamper dan angpau daripada syarikat atau individu pada musim perayaan ini yang boleh dianggap sebagai bentuk suapan.

Tindakan menerima barangan itu sama ada untuk diri sendiri atau ahli keluarga daripada mana-mana pihak yang mempunyai kaitan dengan tugas dan bidang kuasa mereka adalah menyalahi peraturan.

Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Sembilan, Md Yusoff Md Zain, berkata kerajaan menyediakan garis panduan jelas mengenai pemberian dan penerimaan hadiah yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 3 Tahun 1998.

Beliau mengulas tindakan sesetengah pihak cenderung memberi barangan hamper kepada pegawai kerajaan pada musim perayaan termasuk Aidilfitri.

Katanya, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, pegawai awam yang menerima atau cuba mendapatkan sesuatu daripada orang lain untuk dirinya atau orang lain boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Md Yusoff berkata, mereka yang didapati menerima sebarang hadiah juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10(a) dan 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Beliau juga menasihatkan syarikat yang mempunyai urusan dengan jabatan kerajaan tidak memberi hadiah atau barang berharga kepada pegawai kerajaan.

"Pemberian seumpama itu akan menimbulkan rasa serba salah dan dilema pegawai awam serta mengakibatkan kedua-dua pihak dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya nasihatkan jika syarikat atau individu mahu memberi hadiah kepada penjawat awam, lebih baik diberikan kepada anak yatim kerana pahalanya lebih besar dan memberi manfaat kepada mereka," katanya.

PRODUKTIVITI DI BULAN RAMADHAN

RASA-rasanya ramai di antara kita yang percaya bahawa di bulan Ramadhan al-mubarak ini, produktiviti kerja semakin meningkat. Biasanya banyak kerja dapat dibereskan pada bulan mulia ini. Semalam sahaja saya mempengerusikan empat mesyuarat dan sempat hadir sebahagian dari mesyuarat yang kelima (dibuat hampir serentak dengan mesyuarat keempat). Bukan bilangan mesyuarat yang dikira sebagai produktiviti, tetapi bilangan penyelesaian yang dapat dihasilkan.

Walau bagaimanapun sebahagian besar daripada kita juga hanya berpuasa di bulan Ramadhan sahaja (termasuk tuan rumah). Itulah kita.

Tuesday, September 26, 2006

KAD RAYA



JIKA anda sudi menerima kad raya dari saya, sila berikan nama dan alamat.

UNTUKMU SAYANG

Sayangku...
Kehadiranmu sememangnya
mencuit perasaan ini...
Senyumanmu penawar dukaku,
gelak tawamu penyeri hidupku...
Sesungguhnya aku tidak sanggup
kehilangan dirimu...
Doaku semoga kegembiraan hari ini
akan berkekalan buat selamanya



Selamat Berbahagia
Di Hari Jadimu

Monday, September 25, 2006

RUMAH BARU PERABOT BARU

SUDAH lama saya mengidamkan rumah baru. Ya rumah baru dengan perabot baru dan serba serbi baru. Saya mahu setiap kali tetamu datang berkunjung ke rumah baru saya, ia dihidangkan dengan semua benda baru. Jika sebelum ini kunjungan anda hanya dihidangkan dengan masakan panas (walaupun sekadar mee segera) sahaja, kini anda akan dapat menikmati langsir baru, kusyen baru dan rumah bercat baru setiap kali anda berkunjung ke rumah ini.

Ya.... alamat rumah tetap sama, cuma gayanya yang berbeza.

Hingga kini saya baru mencuba dengan sepuluh jenis rekabentuk. Nanti setelah ada lekok-lekok yang senget tu dapat saya betulkan, bilangan reka dan bentuknya akan ditambah lagi. Mungkin hingga menjangkau 100 jika saya percuma (free, kata orang Putih).

Selamat bertandang.

Sunday, September 24, 2006

Friday, September 22, 2006

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut
Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk
hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan
bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat
Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah
baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah
Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga
satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV
yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti
majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api
atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh
secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah
setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar
khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan
penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan
Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya
di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang
berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan
selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr
:

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah
Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun,
Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat,
Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah
tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa
semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Tuesday, September 19, 2006

TREO650 -- DOPOD900 --iPaq hw6965 -- SE P990i


SAYA cukup berpuas hati menggunakan smartphone atau PDA-Phone ini. Semua ada. Namun dari segi telefon, tidaklah boleh lawan Nokia atau yang sewaktu dengannya. Dari segi PDA pula, tidaklah boleh lawan Palm.

Walau bagaimanapun Treo 650 ini boleh buat semua yang phone boleh dan yang PDA boleh buat.


DOPOD 900 ni paling canggih. Harga dia mengalahkan notebook berjenama. Ia boleh buat semua perkara asas yang boleh dibuat oleh notebook termasuk panggilan telefon dan SMS yang tidak mampu dilakukan menggunakan notebook.

Namun banyak orang yang saya temui, tidak begitu berpuas hati dengan dopod kerana:
- saiz besar
- berat
- bateri tak tahan lama (maklumlah 3G)
- cra$h selalu (biasalah, ia adalah Windows! - WM5).

Saya juga tidak begitu selesa dengan dopod900 ini kerana prestasi yang perlahan dan operasinya tidak boleh dilakukan dengan sebelah tangan.

HP iPAQ hw6965

Dengan iPaq ini barulah saya boleh menghargai WM5. Ia agak laju, tidak mudah crash dan boleh tahanlah. Kelebihannya, ia ada GPS built-in. Tetapi pakai EGDE sajalah sebab 3G tidak ada.

SONY ERICSSON P990i

LEBIH setahun dok tunggu model ni, bila dah keluar, kitalah yang jadi antara penguji pertama. Ramai orang kata P990i ni tak bagus sebab signal telefon lemah dan kerap crash. Phone dengan OS Symbian baru ni adalah terlalu baru, tidak banyak aplikasi yang boleh didapati secara percuma atau berbayar. Dan lagi.... bagi saya ini adalah phone yang paling susah untuk digunakan. Setelah 2 minggu memandu uji, nak connect ke Internet masih belum berjaya, malahan nak connet ke BT headset juga masih gagal.

Apa lagi selepas ini?.
Saya nak memandu uji Treo 700p GSM. Walaupun ia tanpa 3G, rasanya PalmOS adalah yang terbaik. Setakat ini tidak ada phone/smartphone/PDA yang boleh melawan pengurusan SMS nya dan GUI yang begitu menarik dan mesra pengguna.

Monday, September 18, 2006

UJI PANDU

HAMPIR semua orang tahu bahawa dalam dunia ini ada dua jenis sistem pemanduan, iaitu pandu kiri dan pandu kanan.Namun tidak semua perasan bahawa model kereta juga ada dua jenis (yang utama), iaitu enjin diesel dan petrol.

Secara tanpa sedar, ramai antara kita hanya memilih model kereta sahaja seperti toyota, mazda dan sebagainya tanpa memperdulikan samada diesel atau petrol atau dengan harapan ia adalah petrol.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, saya agak bertuah kerana telah dapat memandu uji tidak kurang dari tiga jenis PDA dari enjin yang berlainan. Oh ya.... mungkin ramai yang tak perasan bahawa PDA (yang utama) ada 3 jenis, iaitu Palm, Windows dan Symbian. Pandu uji ketiga-tiga jenis ini begitu mengasyikkan.

Sunday, September 17, 2006

HOMESTAY ICHIRITSU UNIVERSITY, YOKOHAMA

BUTA HURUF

AKHBAR hari ini melaporkan 96% daripada 140 pelatih kumpulan 3 siri 3/2006 PLKN adalah buta huruf. Meraka adalah berumur dari 18 ke 20 tahun.

Peratusan ini amat memeranjatkan.

Andai kata PLKN sengaja memilih yang buta huruf untuk dimasukkan dalam kumpulan 3 ini, lainlah ceritanya.

Adakah ini kegagalan 3M?. (membaca, menulis, mengira).

Apa komen menteri?.

"bayangkan kita ada 5 juta murid sekolah, sukar untuk memastikan kesemuanya boleh membaca dan menulis mengikut apa yang kita harapkan".

Nota kaki:
Jika dibuat penilaian lain, mungkin kita akan dapati ianya begini:
- 99.9% tidak kenal huruf jawi
- 95% tak tahu baca Fatihah
- 98% tidak tahu sembahyang
- dan lagi dan lagi dan lagi.

Masyaallah....

Thursday, September 14, 2006

JEPUN: PLANET SEPI


Dah lama cari buku ini sekitar KL
akhirnya ketemu dan beli di Saigon, dengan harga US$7
(Amazon.com boleh didapati dengan US$8 + belanja pos).

Wednesday, September 13, 2006

VIETNAM

selamat siang Kuala Lumpur
mentari putih di langit
selamat sore Ho Chi Minh
bulan bertemu mentari

--KLIA

Tuesday, September 12, 2006

KIMONO

KAMI bercadang untuk mengadakan worksyop pemakaian kimono pada Sabtu 25 November siang dan diikuti dengan pertunjukan kimono pada sesi makan malamnya.



Aktiviti ini adalah bersempena dengan Japan Festival in Malaysia (JFM) 2006.

Jika ada sesiapa yang mempunyai sumber seperti:-

- Instruktur worksyop kimono
- kimono untuk disewa/pinjam
- model amatur
- translater nihongo-bm/bi
+ anda ingin sertai worksyop ini dan/atau makan malam berkimono

mohonlah hubungi kami di info@myjica.net atau tulis saja komen di sini.

domo arigato gozaimasu.

Sunday, September 10, 2006

ROTI HIGH-5


gambar hiasan

ROTI HIGH 5 HARAM?

MULA-MULA saya terima e-mel mengenai kekotoran di "kilang roti terkenal" di Nilai 3 diarah tutup kerana kilangnya kotor. Kemudian terima SMS yang tertulis lebih kurang begini: "jakim & ppim sahkan roti high 5 haram, harap sebarkan".

Macamana?. Nak percaya atau tak nak percaya?.

Mula-mula saya masuk ke laman jakim, tidak ada apa-apa. Sepatutnya jika berita ini benar, ia mesti disiarkan di laman rasmi ini. Laman ppim tidak dapat dimasuki kerana "busy" hingga saat ini. Cari-punya cari-punya cari, yang didapati ialah kilang jenama roti tersebut (di Shah Alam, bukan Nilai 3)telah tamat status halalnya pada 14 Ogos 2006. Itu sahajalah yang ada di laman jakim.

Nama :STANSON BAKERIES SDN BHD
Alamat :SILVER BIRD COMPLEX
LOT 72, PERSIARAN JUBLI PERAK SEKSYEN 21 40000 SHAH ALAM SELANGOR
Negeri :Selangor DarulEhsan
No. Telefon :03-51922888
No. Fax :03-51922266
e-mail :tiada
Laman Web :tiada
No. Rujukan :JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 145-04/2004
Pegawai Rujukan :YOU HUI YEN
Produk:
Bil Produk Tarikh Tamat
1.HIGH 5 SANDWICH BREAD (ROTI SANDWIC BERMUTU HIGH 5) 14 August 2006
2.HIGH 5 THE ORIGINAL SUPER SANDWICH (ROTI SANDWIC BERMUTU HIGH 5) 14 August 2006
3.HIGH 5 WHOLEMEAL BREAD (ROTI BERSERAT TINGGI HIGH 5) 14 August 2006


Persoalannya: Berlambak-lambak roti high-5 dijual di kedai-kedai.



Dari Berita HArian 7 September 2006:
Kilang roti terkenal diarah tutup

NILAI: Sebuah kilang memproses roti jenama terkenal di Nilai 3, dekat sini diarahkan menghentikan operasi selama dua minggu mulai petang semalam kerana didapati kotor serta menggunakan bahan yang disyaki tidak halal.


Arahan dikeluarkan selepas pihak berkuasa yang disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Jabatan Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan pemeriksaan di kilang berkenaan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata pihak berkuasa sudah menerima aduan mengenai keadaan kilang yang tidak bersih serta menggunakan bahan disyaki tidak halal sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, sebelum ini tindakan tidak dapat diambil terhadap syarikat itu kerana aduan tidak disertakan dengan bukti.

"Kira-kira tiga minggu lalu, kami menerima aduan orang ramai berserta gambar keadaan kilang itu serta minyak yang diragui halalnya," katanya pada sidang media di kilang itu petang semalam.

Dr Maamor berkata, melalui aduan itu pihaknya meminta kerjasama pihak berkuasa melakukan serbuan dan pemeriksaan.

"Serbuan berjaya mengesan tahap kebersihan yang terlalu rendah dan kilang roti berkenaan diarahkan tutup selama dua minggu," katanya.

Dalam pemeriksaan itu pihaknya menemui minyak yang disyaki tidak halal yang digunakan untuk membuat roti dan diserahkan kepada Jakim untuk ujian.

"Minyak yang diimport dari Jerman itu akan diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis kandungannya," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Penyelidikan dan Pembangunan/Jaminan Kualiti bahagian pengeluaran syarikat itu berkata syarikatnya akan memperbaiki mutu produk yang dikeluarkan syarikat itu.

Friday, September 08, 2006

PEREMPUAN KAKI CUKUR

SAYA berlegar-legar di pasar raya mencari pencukur. Terkejut beruk (jika binatang tu melihat saya) kehairanan. Sebahagian dari sudut cukur-mencukur telah diubah kepada sudut mencukur wanita. Alahai, perempuan, wanita, gadis, tak ada janggut, tak ada misai, tak ada sideburn (yang jadi kegilaan zaman kanak-kanak seangkatan dengan saya). Mereka juga tak cukur kepala. Lantas apa yang perempuan cukur?. Mereka cukur semua yang kaum lelaki cukur, tolak yang bulu-bulu yang tidak tumbuh (misai, janggut, sideburn) dan ditambah lagi dengan bulu kaki. Kini dah ada pencukur khusus untuk perempuan mencukur bulu kaki.

Tahu tak anda bahawa orang lelaki paling susah nak cari pencukur di pasaran?. Tiap kali nak pergi beli pencukur, setiap kali pulalah akan ditemui pencukur yang murah dan tidak ada bladenya atau murah tapi diberi dua keping saja blade. Ingat hati, esok-lusa blade ini akan sampai, tetapi yang sampai model baru pencukur lagi dengan harga murah lagi dan blade yang serasi belum juga tiba dan jika tibapun, harga blade berganda RM harganya. Itulah strategi bisnis.... mereka jual printer yang lebih murah dari harga toner (oops.... harga toner lebih mahal dari harga printer, walaupun semasa beli printer dapat dua toner percuma).

* Panduan untuk wanita yang belum pernah beli pencukur (lelaki): pencukur murah di sini bukan bermaksud 2-3 henggit, tapi 10-15 kali ganda dari itulah. Jika 2-3 henggit tu, habislah luka

** Tajuk di atas sepatutnya jadi perempuan cukur kaki.

Thursday, September 07, 2006

PEREMPUAN DAN SHOPPING

SEMUA orang tahu bahawa perempuan atau wanita memang suka berbelanja atau membeli belah ataupun shopping, kata orang sekarang. Apakah yang selalu dibeli oleh wanita?. Jawabnya ialah semua benda.

Namun tahukah anda apakah barangan yang suka dibeli oleh lelaki?. Sejujurnya, saya tak tahu. Namun sebulan lepas saya bertemu dengan seorang kawan, yang merupakan seorang usahawan. Beliau memang berwang (bukan beruang), jadi selalulah pergi shopping ke luar negara, menemani isteri atau client (untuk clientnya itu ya!). Katanya kepada saya, ah... kita orang lelaki ni, jika pergi shopping, apa lagi yang kita nak beli? Tentulah beg, katanya. Walaupun beg dah banyak, tapi orang lelaki ni memang suika beli beg.

Saya tak pasti, samada itu memang kesukaan lelaki, namun bila dikira-kira kat rumah tu... memang berlambak dengan beg!.

Tuesday, September 05, 2006

PAWANG BUAYA

Pawang atau bomoh buaya cukup sinonim dengan orang Melayu suatu kita dulu. Pawang memang hebat, pawang memang kuat. Bila Tok Pawang melintas sungai, semua buaya hingga cucu cicitnya tabik pada Tok Pawang. Jika ada yang melawan @ degil, Tok Pawang akan pulas kote buaya tersebut.

Namun pawang mungkin tak pernah menunjukkan kepakarannya di khalayak umum, ia cuma untuk kegunaan sendiri sahaja, bukan untuk perniagaan mahupun tajaan. Barang kali inilah kesilapan orang kita hingga kini.

Namun biasanya pawang yang hadal, akan maut akibat buaya juga. Jika tak dapat pawang, cucut cicit pawang tetap dicari buaya juga.



Selamat jalan 'crocodile hunter'@ Steve Irwin yang telah maut dilibas pari semalam.

Budi baik dikenang juga
Perangai jahat tidak dilupa
Buat baik berpada-pada
Buat jahat sekali-sekala

Sunday, September 03, 2006

CABARAN BERBASIKAL MENGELILINGI DUNIA



SAYA bercuti pada 1.9.06 dan sepatutnya pulang ke kampung menemui emak yang dah lama tak dilawati. Namun pada 30.8.06, isteri saya mendapat panggilan supaya bertugas pada 1.9.06 kerana hari bajet.

Jadi semasa cuti tersebut saya habiskan buku Cabaran Berbasikal Mengelilingi Dunia yang dihasilkan oleh Dato' Hassan Nawawi Abd. Rahman. Membaca buku pengembaraan setebal 310 muka ini membawa saya seolah-olah mengembara bersama dengan penulisnya. Entah mengapa, saya suka baca buku-buku pengembaraan agaknya. (Nak mengembara, rasanya banyak faktor yang tidak mengizinkan, terutamanya poket). Semasa saya kecil dahulu, saya cukup seronok mambaca buku Perjalanan Yang Tidak Direstui, Ia itu kisah pengembaraan Dato' Farid Ariffin sekeluarga dari London ke Malaysia dengan kereta Volksvagen (namun tidak kesampaian kerana kemalangan dan terkandas di Iran (rasanya). Buku tersebut sudah hilang dan sudah tidak ada lahi di kedai buku. Saya beli di Pustaka Antara, rasanya (dan Pustaka Antara juga sudah tidak wujud lagi).

Saya tulis catatan di atas karana Kungs sudah berasa hampeh dan meluat membaca cerita-cerita Siti-Dato; K. Semoga Kungs akan gemar membaca kisah ini pula.

Saturday, September 02, 2006

RATING SITI-DATO' K DIPERTIKAI

RTM mempertikaikan rating yang mengatakan TV3 meraih 6.3 juta penonton (Persandingan Siti-Dato' K) sementara TV1 bersama Astro memperolehi 4.3 juta penonton (rancangan Mawi - Ina). Tapi ukuran apa yang digunakan?.

MBA tak mempertikaikannya, tapi dari blog MBA2U menunjukkan bahawa Mawi-Ina memperolehi 15 juta penonton sementara Siti-Dato' K meraih 5 juta penonton. Seramai 10 juta lagi penonton menonton rangcangan lain. Ini adalah dengan adaian Malaysia mempunyai 30 juta penonton yang mengundi.



RTM pertikai rating AGB Nielsen

KUALA LUMPUR: RTM mempertikaikan rating yang dikeluarkan sebuah badan bebas yang menyediakan perkhidmatan pengumpulan jumlah penonton bagi program televisyen, AGB Nielsen Media Research berhubung jumlah penonton yang menyaksikan majlis persandingan Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang disiarkan secara langsung oleh TV3 pada 28 Ogos lalu.


Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Adilah Shaik Omar dalam satu kenyataan menyifatkan rating yang dikeluarkan agensi itu mengelirukan.

“Kami keliru terhadap rating yang dikeluarkan AGB Nielsen yang menunjukkan jumlah penonton program siaran TV3 lebih ramai daripada rancangan Mawi...Ina.

“Berdasarkan tinjauan yang kami buat malam itu di pelbagai tempat mendapati kebanyakan kedai makan menonton siaran RTM1 atau Astro Ria. Sebagai contoh di Kampung Baru, daripada 30 kedai makan yang dipantau, 28 daripadanya menyaksikan siaran RTM1 dan hanya dua yang mengikuti siaran TV3,” kata Adilah.

Semalam semua akhbar tempatan melaporkan majlis persandingan Siti Nurhaliza dan Khalid yang disiarkan secara langsung oleh TV3 berjaya menarik 6.3 juta penonton berbanding hanya 4.3 juta penonton rancangan Mawi...Ina yang disiarkan di RTM1 dan Astro Ria pada masa sama dengan majlis bersejarah itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan AGB Nielsen, Danyal Abdul Malik ketika dihubungi mempertahankan rating yang dikeluarkan pihaknya itu.

“Kaedah yang kami gunakan untuk mengumpul jumlah penonton sudah diguna pakai sejak dulu lagi. Jika benar RTM tidak puas hati dengan jumlah rating terbabit, kami bersedia untuk diaudit,” kata Danyal.