Labels

Friday, September 30, 2005

PUISI PENDEK TIGA KERAT



asap berkepul
kucing berlari anak
tikus bersorak

Thursday, September 29, 2005

PEJABAT TERBAKAR

Small fire at Health Ministry

PUTRAJAYA: A small fire broke out at the Health Ministry at Parcel E Thursday morning, causing alarm to some 400 staff, who were just about to start work for the day.

The fire at a room on the 10th floor, which housed the ministry’s Training and Human Resources department, destroyed several furniture.

Putrajaya Fire and Rescue Department chief Johari Ahmad said they received a distress call at 7.52am and 18 firemen rushed to the scene in two fire engines.

Firemen assessing the damage from outside the Health Ministry complex in Putrajaya which caught fire early yesterday morning. Inset is a picture of smoke coming out from a window on the 10th floor. - Starpic by Raja Faisal Hishan)
“When we arrived at the scene, thick smoke covered the lobby and corridor of the 10th floor. We managed to control the fire at 8.35pm and about 20 minutes later, the fire was completely put out,” said Johari.


Wednesday, September 28, 2005

HITAM-PUTIH LAGI MENAWAN

MEMBACA blog Abedib mengenai kamera baru beliau "black beuty", memberikan saya idea untuk menulis mengenai kamera digital terbaru saya pula he he he he.



Dulu saya beli Nikon (lupa model - warna hitam). Belum puas lagi pakai, saya dapat Sony Cybershoot P8 (warna putih)dari JICA. Jadi, Nikon tu tersadailah (sekarang dah beri pada SU untuk diguna pakai). Sony ni OKlah, banyak membantu sebab saiz dia kecil, tapi cuma 3.2MP sahaja (dah cukup dah).



Suatu hari bos suruh pergi seminar. Dengan gumbiranya saya pergilah (kat KL, tak yah pi Putrajaya). Aik... punyalah special seminar ni, cuma ada 11 peserta sahaja (jemputan VIP lah agaknya ni). Mula-mula penganjur nak buat lucky-draw, tapi at last tak jadi (sebab hadiah cukup untuk semua orang). You know what?. Depa bagi digital kamera dengan 5.1MP bagi setiap hadirin. Tak cukup dengan itu, siap diberinya pencetak foto lagi.

p.s Ini ada soalan:
Bos suruh pergi seminar. Penganjur beri kamera & printer. Mengikut "hukum", siapa yang berhak ke atas barangan tersebut?.
A - Bos
B - Saya
C - Gomen @ pejabat

Tuesday, September 27, 2005

40 TAHUN LALU (40 Years Ago)

RAMAI Blogers yang menulis mengenai 20 years ago. Kemudian Sis Yan menulis mengenai 30 years ago. Nah ini dia 40 years ago .... (bukanlah tua sangat, tapi sajalah.. hati masih muda).

S: Di mana anda 40 tahun yang lalu?

J: Oh... itu tahun 60an. Masa itu saya di sekolah rendah, dan alhamdulillah saya dah celik huruf pada masa itu.

S: Boleh diceritakan sedikit zaman persekolahan anda pada masa tersebut?

J: Pada hakikatnya ianya susah dan dikelilingi oleh segala kesusahan, namun saya tidak merasa dan menganggapnya susah. Ayah mempunyai sebuah basikal untuk berulang alik ke tempat kerjanya, juga untuk membawa saya bersiar-siar sekali sekala. (Dengar khabarnya, ayah mengorat emakpun menggunakan basikal inilah). ha ha ha.

Saya ke sekolah berbekalkan 20 sen (mewah tu... sebab kawan-kawan saya tidak membawa walau satu senpun). 5 sen untuk tambang bas pergi dan 5 sen untuk tambang balik. 10 sen untuk belanja. Tapi saya 'wajib' menyimpan 5 sen sehari untuk membeli akhbar Utusan Pelajar (20 sen) yang dijual pada setiap Khamis.

Walau bagaimanapun biasanya saya berjalan kaki sejauh 2 batu (bukan 2km) waktu pergi ke sekolah kerana cuaca masih sejuk dan ramai kawan-kawan yang sama-sama berjalan kaki (barangkali mereka tidak berduit untuk tambang). Sekali-sekala pernah juga kami ditompangkan oleh pengurus ladang berbangsa Inggeris menaiki jeep beliau. Mat Salleh ini mengangkut semua budak sepanjang perjalanan ke sekolah sehinggakan macam dalam tin sardin rupanya. Semasa pulang juga saya kerap berjalan kaki kerana mengikuti kawan-kawan yang lebih senior untuk mandi di sungai sebelum tiba di rumah. Hinggalah saya lemas pada suatu hari dan rahsia saya mandi sungai terbongkar dan saya dihadiahkan dengan beberapa das rotan. Adoi!!!

S: Bagaimana suasana persekolahan pada masa tersebut?

J: Oh.... bagi tujuan rekod, saya sentiasa mendapat nombor 1 sepanjang 6 tahun saya di sekolah rendah. Bukannya saya ni pandai, cuma murid-murid lain kurang cerdik dari saya. Di kampung saya kesedaran terhadap pelajaran belum ada pada masa tersebut. Guru besar terpaksa pergi dari rumah ke rumah untuk mencari, memujuk ibu bapa dan mendaftarkan murid yang telah 'cukup umur' untuk disekolahkan. Dalam tahun pertama persekolahan saya, kami cuma tiga (3) orang sahaja. Mengapa? tak percaya?. Kelas 1,2 dan 3 digabungkan sekali dan darjah 4,5,6 dalam satu lagi kelas. Di sekolah ini cuma ada 3 guru, iaitu guru besar, ustaz dan guru bahasa Inggeris. Selepas rancangan FELDA dibuka, barulah sekolah saya dibanjiri oleh ramai murid dan guru yang mula 'menggugat' kedudukan saya sebagai 'murid nombor satu' (masih unggul lagi tuuu).

S: Bagaimana anda menggambarkan kemiskinan?. Ramai tokoh kini menceritakan tentang menjual nasi lemak atau jual kuih di zaman kanak-kanak mereka sebagai simbol kemiskinan dan studi menggunakan cahaya lilin untuk menggambartkan keperitan hidup. Anda bagaimana?.

J: Jual nasi lemak? Jual kuih?. Saya tak pernah buat kerja tersebut.Bukan tak mampu untuk buat nasi lemak untuk dijual, tetapi tidak ada pembeli. Orang-orang kampung hidupnya susah, duit terlalu mahal untuk diperolehi, jual apapun memang tidak laku. Tidak ada pembeli. Saya berjalan kaki ke sekolah bukan semata-mata kerana tiada duit, tetapi tidak ada bas untuk dinaiki. Bas hanya 'turun' sekali waktu pagi dan 'naik' sekali lagi sebelah tengahari atau petang dan trip berikutnya adalah keesokan harinya.

Saya studi menggunakan pelita ayan. Cikgu sibuk menasihatkan saya supaya menggunakan lilin kerana cahayanya lebih putih dan tidak merosakkan mata berbanding cahaya pelita. Namun saya tidak pernah menggunakan lilin sebab bukan semata-mata tidak ada duit, tetapi tidak ada kedai yang menjual lilin yang berhampiran dengan tempat tinggal saya.

S: Anda 3 orang dalam satu kelas, ke mana 2 lagi kawan anda?

J: Kedua-duanya masih ada di kampung. Seorang daripadanya berhenti sekolah setakat darjah enam (kemiskinan keluarga adalah punca utamanya). Sekarang beliau menjadi peneroka FELDA. Seorang lagi tamat SPM dan dapat bekerja sebagai kerani kilang dan sekarang saya rasa sudah 'kaya-raya', telah bina rumah batu (orang kampung berumah kayu).

S: 3 orang guru dalam satu sekolah, apa yang anda pelajari?

J: Kami diajar mengenal huruf, mengenal nombor, kira-kira dan fardhu ain dan bersukan. Ujian dan peperiksaan kurang ditekankan, hinggakan saya hanya tahu tahu adanya peperiksaan penilaian (darjah 5) setelah cikgu pinjamkan saya duit 20 sen supaya membeli pensil 2B dan pemadam untuk mengambil peperiksaan. Dan..... hingga sekarang saya tidak tahu keputusan peperiksaan tersebut.

S: Lagi?

J: ah, lain kali sajalah kita sambung, saya penatlah sekarang ....

Monday, September 26, 2005

HAPPY BIRTHDAY

happy birthday m.b.a

Sunday, September 25, 2005

DUNIA GOOGLE

SATU perkhidmatan baru yang dinamakan 'google earth' mendapat pelbagai reaksi dari pengguna seantero dunia.

Bayangkanlah, imej di bawah boleh diperolehi dengan hanya memasukkan katakunci putrajaya sahaja:-


Tiada ulasan lanjut (tiada kata-kata untuk diucapkan)

Saturday, September 24, 2005

HOSTEL: DEBARAN KEDUA

LIMA hari berada di luar pejabat, saya berjaya habiskan novel Hostel: Debaran Kedua. Novel ini adalah merupakan e-novel pertama dari esastera.com yang dibukukan. Ia ditulis oleh 12 penulis dan mengambil masa 13 bulan untuk disiapkan.



bagus ke novel ini?
APA KATA PAKAR TENTANG NOVEL INI...

Sasterawan Negara S. Othman Kelantan:
Antara novel terbaik di alam Melayu yang pernah saya baca...
Karya kreatif yang membawa perubahan baru dalam kesusasteraan Melayu baru...

Prof. Madya Dr. Victor A. Pogadaev (Sarjana Rusia):
Eksperimen itu (penulisan novel Hostel: Debaran Kedua), pertama seumpama itu di Malaysia dan mungkin di dunia...
Saya yang sudah menghabiskan masa hampir empat tahun di Universiti Malaya, berkenalan lebih baik dengan kehidupan di kampus melalui novel ini...


APA KATA PEMBACA TENTANG NOVEL INI...

Amir Mukhriz (Pelajar IPT dan Penulis Muda)
Best! Penceritaan lancar dan terkawal. Banyak "cameo appearances" dari segi nama. Pengajaran diselitkan dengan kreatif.
Bagus untuk memikat remaja kepada karya sastera.

Zeno Dalius (Pelajar IPT dari Ranau, Sabah)
Ceritanya sedap. Saya habis baca dalam empat jam...

Oleh kerana banyak sangat ulasan bagus mengenai novel ini, maka saya tidak berani (bukan takut) untuk menulis sebarang ulasan

Friday, September 23, 2005

BUTA


buta huruf
buta IT
buta hati
buta Quran
buta kayu
ah macam-macam buta ada.



Abang Long dan Amin adalah dua orang kenalan. Kenal tidak begitu rapat, tetapi mereka cepat mesra. Almaklumlah mereka berdua dari daerah yang sama. Suatu hari Abang Long dan Amin telah diminta untuk hadir ke surau kerana ada program 'menghayati al-Quran'. Program ini adalah merupakan program wajib jabatan pada setiap Jumaat.

Dipendekkan cerita, sesampai di surau, ustaz meminta mereka semua (sekitar 30 orang semuanya) mengambil kita suci al-Quran dan membuka muka surat 325. Untuk membantu para hadirin, ustaz suruh cari surah 35 ayat 13 (contih sahaja, sebab dah lupa muka surat, surat & ayat sebenar). Nampaknya hadiri tidak ada masalah langsung dengan arahan tersebut kecuali 5-6 orang kawan-kawan Abang Long dan Amin.

Amin dapat jumpa ayat yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun Abang Long gagal, lantas diambilnya Quran Amin dan diminta Amin mencari ayat berkenaan dari Qurannya. Dipendekkan cerita sampai tamat 1 jam majlis penghayatan Quran tersebut, Amin masih gagal mencari ayat yang dimaksudkan dari Quran Abang Long.

Abang LOng menarik bafas lega kerana beliau bukanlah buta huruf jawi/Arab hinggakan tidak dapat baca muka surat dalam Quran. Amin juga berasa lega kerana telah terbukti dia berjaya cari dalam Qurannya (walaupun tidak jumpa dalam Quran Abang Long).

Dipendekkan lagi kisah ini:-
- Quran ustaz tak sama dengan Qurab orang lain (satu Quran dengan yang lain memang tak sama. Ada tulisan besar, ada tulisan kecil, ada tulis tangan, ada tulis mesin - tiada standard dalam penulisan dan penjilidan)

- Amin & Abang Long memang tak oleh baca huruf jawi (boleh baca Quran, cuma tak boleh baca nombor dalam tulisan jawi/Arab.

- MUka surat tersebut memang tak ada dalam Quran Abang Long

* Walau apapun alasannya, bolehkah anda membuka dan mencari dengan tepat jika diminta menuju kepada sesuatu ayat/surah/muka surat Quran?.
















p.s Salah seorang dari mereka berdua dalam majlis tersebut ialah m.b.a :-(

title1

Wednesday, September 21, 2005

KERJA BANYAK

Orang yang banyak bercakap,
banyak silap
Orang yang banyak buat silap,
banyak dosa
Orang yang banyak buat dosa,
masuk neraka

[kalau kerja orang itu ialah memang bercakap,
untuk mencarai rezeki, macamana pulak ekk?]

Orang yang banyak buat kerja,
banyak buat silap

Orang yang kurang buat kerja,
kurang buat silap

Orang yang langsung tak buat kerja,
memang silap
[sebab makan gaji buta - dosa]


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
[ada 3 menu berbuka puasa tahun ini]
1- Berbuka kat ofis- kurang tensen
2- Berbuka dalam kereta - kurang sempurna
3- Berbuka kat rumah - hampir mustahil

Walau apa-apa pun, kena sediakan makanan/minuman gak dalam
kereta & kain-baju kat ofis.

Tuesday, September 20, 2005

YANG MANA BETUL

YANG mana betul. Yang mana lebih betul?

A. Buat kerja dengan betul
B. Buat kerja yang betul
C. Buat kerja yang betul dengan betul

ha ha ha sudah terang lagi bersuluh. Namun masih ramai lagi yang buat kerja dengan betul (walaupun kerja tersebut adalah tak berapa betul). Macamana ekk?. Contohnya buat jamuan selamat datang kepada KP baru gitu... KP kata saya tak tau, depa yang buat. Depa ajak saya mai, saya mai lah. Kalau salah tangkaplah depa, saya tak tau, saya tak suruh (lagipun saya baru melapor diri ni ;-). [saya tak suruh juga boleh dibaca sebagai saya tak larang].

Sunday, September 18, 2005

LUAR PEJABAT

JADUAL ringkas perjalanan minggu ini

Ahad (beberapa minit lagi) - memandu ke selatan
Isnin - Kerja kat selatan
Selasa - kerja selatan. Tengahari pulang ke rumah
Rabu - Kerja Putrajaya (setenga hari). Memandu ke selatan tanah air
Khamis - kerja kat selatan
Jumaat - kerja kat selatan, memandu pulang ke KL

* Kalau ada peluang kemaskini blog, OK. Jika tidak, juga OK

Saturday, September 17, 2005

JOM KAHWIN ...!

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akhir-akhir ini melakukan pelbagai perkara (yang baik-baik belaka). Baru-baru ini depa memberi bantuan kepada penagih dadah, dan yang terbaru (lagi sensasi) ialah bantuan kepada pasangan yang ingin berkahwin.

Setiap pasangan akan diberikan wang tunai RM6000 (RM3000 seorang) di samping perbelanjaan kenduri-kendaranya diuruskan oleh MAIWP bertempat di masjid Wilayah Persekutuan.

Hmmmm.... jom kahwin!.

---- petikan akhbar ----
Setiausaha MAIWP, Che Mat Che Ali, berkata pihaknya membincang pelbagai aspek, terutama cadangan menambah skim agihan dan had kifayah daripada 17 kepada 30 kategori dinaikkan daripada RM1,024 yang diguna pakai kini.

“Had minimum peruntukan rumah untuk keluarga daripada RM20,000 misalnya mungkin dinaikkan kepada RM30,000, terutama di Labuan kerana mengambil kira kos bahan di sana yang mahal,” katanya.

MAIWP yang ditubuhkan pada 1974, kali terakhir membuat kajian serta mengemaskini dasar dan kaedah pengagihan wang zakat pada 2000 di Paradise Malacca Village Resort, Melaka.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan rumusan dan persetujuan mengenai penambahbaikan sistem agihan zakat secara profesional, sistematik, adil dan telus kepada lapan asnaf mengikut keperluan semasa sesuai ketetapan hukum syarak.

Che Mat yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), berkata antara skim yang diberi penekanan ialah membabitkan program menangani gejala sosial dan kecemerlangan akademik.

“Mengapa kita tidak perkenalkan skim kecemerlangan akademik di Wilayah Persekutuan? Jangan lihat yang kita hendak bantu ini orang miskin saja. Kalau (sesiapa) diluluskan ahli majlis kita luluskan.

“Kita ambil dua hingga tiga ribu pelajar dalam asnaf fisabilillah dalam bentuk kecemerlangan, untuk beri rangsangan bagi mengelakkan kemiskinan,” katanya.

Che Mat menggesa mereka yang layak menuntut hak mereka di MAIWP, termasuk sesiapa yang kesempitan wang untuk berkahwin, kerana pihaknya akan memberikan bantuan.

“Skim kahwin diwujudkan sejak 2000, tetapi setakat ini tak sampai 100 orang yang menerimanya. Kita tidak mahu mereka tidak berkahwin kerana tidak ada duit. Kalau kahwin dapat elak telatah sosial,” katanya.

Friday, September 16, 2005

PELUANG KERJA

PETANG tadi terjumpa seorang kawan. Sembang-sembang. Dia ceritakan dulu dia pernah kerja sementara dengan sebuah agensi antarabangsa di negara kita. Kerjanya selama 3 bulan sahaja. Namun pendapatannya cukup untuk hidup (secara sederhana) selama setahun.

Lanjutan dari situ, MBA teringat pesanan seorang kenalan dari agensi antarabangsa tersebut yang meminta dicarikan sesiapa yang inginkan pekerjaan. Syaratnya mudah sahaja, pendapatannya memang lumayan.

syarat-syarat yang diperlukan ialah:-
- Orang Malaysia
- Fasih berbahasa Jepun (bercakap, menulis membaca dll)
- Memahami dan meminati budaya Jepun
- Memerlukan pekerjaan

Jika ada sesiapa yang memenuhi syarat di atas, bolehlah hubungi di info@myjica.net untuk proses selanjutnya.

Thursday, September 15, 2005

NAK AMIK PITIS SENDIRIPUN SYUSYAH

TADI pergi ke bank sebab nak keluarkan duit sendir yang disimpan di situ. Cawangan bank ini ekslusif sikit rasanya sebab pelanggannya tak ramai. Mungkin busines cawangan ini tak perlukan ramai pelanggan sebab ia bergantung kepada pelanggan korporat yang 'pam' duit ke situ.

Masa masuk tu ada sorang jer pelanggan sedang berurusan dan ada dua lagi kaunter (meja saja, tak ada kaunter - bank ekslusiflah katakan). Ambil nombor dan duduk. Duduk punya duduk punya duduk sampai naik kematulah. Surf punya surf punya surf sampai habis mel yang belum dibaca (ha ha kat sini ada PC & internet percuma - wa cakap luu).

Ofiser yang dok layan pelanggan tu lum jugak habis-habis layanan istimewa dia. Ofiser yang lain dok buat-buat sibuk dengan belek-belek kertas, petik-petik sana, tengok-tengok sana. Alamak betapa hinanya aku menjadi seorang pelanggan kepada bank begini. Nak kata tak beruang, tak juga. Kalau takat nak keluarkan wang maksima yang kad ATM boleh beri tu, memang aku tak akan masuk ke bank. Aku sanggup pergi ulang alik ke ATM selamat 10 hari 3 kali sehari. Namun sebab nak banyak ler yang memaksa aku ke bank. Rasa-rasanya gaji sebulan ketiga-tiga mereka tu dicampur sekalipun tak sampai setengah dari wang yang aku nak (bukan wang aku, tapi duit bebudak yang nak gi Jepun 19 hab ni - tentulah banyuak kan?) Itupun mereka buat bolayan saja. Kalau orang kampung rasanya langsung tak dibenarkan masuk dalam bank mereka kot.

Aduhai susahnya nak amik duit sendiri.


gambar hiasan.

Wednesday, September 14, 2005

PERANAN ICT SEKTOR AWAM

MUNGKIN ramai yg tertanya-tanya, apa gunanya pegawai ICT dalam gomen jika kebanyakan aplikasinya outsouce?

Untuk menjawab soklan begini, berikut adalah 3 peranan ICT sektor awam:-

1. Memantapkan kemudahan ICT sedia ada

2. Bridging digital divide

3. Enhance service delivery

Itu jer? Ya itu jer. Jika nak perincikan, mau 3 hari 3 malam ni....

Monday, September 12, 2005

GOUT LAGI ...

Gout penyakit kuno boleh menyerang bila-bila masa
Oleh Hafizah Iszahanid [Berita Minggu 11 September 2005]


GOUT atau dirujuk sebagai “ancient disease” dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.

Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.

GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purine dan kawal berat badan anda. Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan

Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.

Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Harus anda ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin anda, sebaik ubat-ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali meningkat.



Antara makanan yang harus dielakkan:

# Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis
# Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam
# Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung
# Daging merah
# Cendawan
# Yis (roti putih, roti manis)

Alahai.... rotipun dah tak boleh makan?. Adoi.... apa lagi yang tinggal yg boleh dimakan ni?

FAKTA: Golongan berisiko

# Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.

# Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout

# Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat

# Wanita putus haid

# Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan

# Mereka yang bermasalah dengan buah pinggang, darah tinggi, sakit jantung dan tahap kolesterol tinggi.

Sunday, September 11, 2005

ROTI CANAI RM28 DAPAT SAMBUTAN DI JEPUN

NAGOYA 10 Sept - Walaupun terpaksa membayar 800 yen atau RM28 untuk mendapatkan sekeping roti canai, namun pengunjung warga Jepun ke Pameran 2005 World Expo di Aichi dekat sini masih tidak kisah. Malah mereka sanggup berbaris panjang sehingga lebih setengah jam di Restoran Malaysia Boleh di Pavilion Malaysia semata-mata bagi mendapatkan makanan tersebut.

Paling menarik, gerai Malaysia Boleh menjadi satu daripada gerai makanan paling popular, kalaupun bukan paling popular di ekspo tersebut yang menarik hampir 19 juta pengunjung sejak ia dibuka 25 Mac tahun ini. Malaysia Boleh diusahakan oleh Fine Co Ltd Japan, syarikat usaha sama Jepun-Malaysia yang juga mempunyai dua lagi restoran lain di Aichi Expo - European Table dan Omaimaniya Nippon - masing-masing menyediakan sajian Barat dan Jepun.

Rosdi Ahmad, 48 seorang daripada penggerak utama syarikat itu berkata, Malaysia Boleh menjadi popular kerana pengguna Jepun menganggap roti canai sebagai eksotik berdasarkan daripada cara ia disediakan.

[Petikan Mingguan Malaysia 11 September 205]

Roti canai sedang disediakan di Ekspo Aichi


Gerai Malaysia Boleh di Pavilion Malaysia


* Bukan sahaja orang Jepun yang Q di sini, orang Malaysia juga!. Kadang-kadang En. Rosdi tak sampai hati tengok sdra senegara dia bayar RM28 utk sekeping roti canai, so kekadang dia bagi free jer.

* Rasa roti canai ini memang sedap.... oishi desu ne!

Blogger for Word


Blogger for Word

Entri ini ditulis menggunakan MS Word dan terus publish. Sekadar nak try macamana gayanya.

Hmmmm tidaklah canggih sangat, sebab walau apapun, walau bagaimanapun, ia tetap memerlukan talian internet juga…. Kan?.



---
Alaaa tak canggihlah. Setakat bold, italic, underline bolehlah dia buat. Yang warna (patutnya huruf internet tu warna merah, tapi tak keluarpun....

Kalau nak download Blogger for word FREE! hmmm klik jer kat situ.

Saturday, September 10, 2005

BENGKEL PAKAIAN TRADISIONAL MALAYSIA

Hatim Thai dengan peserta setelah selesai solekan

Salikin Sidek dengan Model dan Penterjemah

semua peserta bergambar ramai

*Gambar lengkap ada di jica.fotopages.com

Wednesday, September 07, 2005

PERAGAAN BUSANA MELAYU UTK MEK JEPUN

TERBACA blog madulebah mengenai aktiviti di atas:

Aktiviti: Talk & Demo on Malaysian Traditional Dress
Tempat: Corus Hotel, Jalan Ampang
Masa: 9am - 1pm (jamuan teh disediakan)
Penganjur: myJICA (baca MBA) dengan kerjasama KarangKraf (baca SriDiah) dan disokong oleh Kementerian KKW(baca MaduLebah).

Aturcara:
9:00 - 9:30 Pendaftaran
9.30-10.30 - Persembahan & demo oleh Salikin Sidek
10.30-11 - Tea Break
11.00-12.00 - Make up tips & demonstration by Hatnim Thai
12.00-12.30 - Q&A
12.30-1.00: Fashion Show from Khaidani Collection & Hatnim Thai

Jumpa di sana!

2pm - 6pm: Pre-Departure Briefing utk peserta yang akan menyertai homestay di Nagoya, Jepun 19 September ni.

Tuesday, September 06, 2005

KITA DAH MERDEKA 48 ATAU 42 TAHUN?

SEMASA kat Kuching hujung minggu lepas, ada ler terbaca surat khabar di sana (di muka depan lagi...) mengenai pendapat dan pegangan orang sana. Dia mengatakan Malaya merdeka jadi semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1957. Kemudian Sabah dan Sarawak merdeka apabila bergabung dengan Semenanjung Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia pada tahun 1963. Jadinya, Malaysia merdeka pada tahun 1963, bukan pada tahun 1957. Jadi pada pendapat beliau, Malaysia baru merdeka 42 tahun, bukannya 48 tahun.

Itu saja.

Monday, September 05, 2005

SARAWAK REGATTA 2005



SABTU 8am dari KLIA menaiki pesawat MAS super-saver ke Kuching untuk majlis perasmian myJICA Sarawak Chapter. Kebetulan bandaraya Kuching sedang mengadakan Sarwak Regatta 2005 dari Sabtu-Ahad.

Friday, September 02, 2005

BAHASA MERDEKA

Penemuduga: Saya ingin awak jawab soalan ini dalam bahasa Inggeris.

Calon: Saya tidak bersetuju dengan dasar mengajar sains & matematik dalam b.Inggeris mulai dari darjah 1. Apa yang penting ialah kefahaman, bukan bahasa. Walau apapun bahasa yang digunakan, ia tidak penting asalkan persoalan pokoknya difahami.

Penemuduga: Sekarang awak faham tak soalan saya?

Calon: Saya faham, tetapi Ungku Aziz sendiri ada berkata yang perkara paling penting sekali ialah pemahaman, bukan bahasa. Dalam darjah satu, bila bahsa ibundanya ialah bahasa Melayu, masuk sekolah kena belajar sains & matematik dalam BI, murid bermasalah bukan kerana masalah sains atau matematik, tetapi masalah bahasa. Apa salahnya diajar subjek itu dalam bahasa yang mereka fahami. Memang tak patut.

Penemuduga: Ah dia sudah jumud sebenarnya. Kita bukan ajar semua subjek dalam BI, cuma dua subjek saja. Awak nak belajar sastera, sejarah dan segala subjek lain dalam BM tidak dilarang, cuma dua subjek ini sahaja dalam BI, takkan maruah BM boleh tercabar, dua subjek saja.

Calon: Encik kata jumud?. Mana boleh, dia masih releven. Dia adalah Melayu unggul. Dia masih belum ada pengganti, mungkin tidak akan ada pengganti.

Penemuduga: Awak dah jawab sendiri soalan yang awak tanya. Apa erti jumud? Persoalannya sekarang awak masih belum menjawab soalan. Saya kena uji kebolehan awak dalam BI.

Calon: BI saya OK, Saya boleh berBI. Dulu saya dari sekolah Melayu, bila buat master dalam BI, saya OK. Tapi kesian kepada pelajar lain yang kurang mahir dalam BI, mereka tu bijak sebenarnya.

Penemuduga: Itu dalam negara, jika di luar negara macamana?. Awak nak cakap Melayu kat PBB?.

Calon: Kita dah merdeka encik, mengapa kita masih guna bahasa penjajah, gunalah bahasa merdeka. Selamat hari merdeka encik ....

nota: Deruman enjin pesawat bergema di ruang angkasa kerana raptai hari merdeka.