Labels

Tuesday, April 29, 2008

PROGRAM MENGENANG BUDI



SEORANG juruperunding ICT telah membeli buku saya. Beliau tidak perlu membaca buku tersebut kerana jawatannya sudah memang hebat dalam ICT. Beliau tidak mempunyai anak remaja untuk membaca buku tersebut. Beliau membelinya untuk mengenang budi dan menebus rasa bersalah. Semasa bersekolah dahulu, beliau tidak mempunyai wang untuk membeli buku. Lantaran itu dia ambil buku perpustakaan untuk dijadikan hak miliknya sehingga dia lepas SPM. Tanpa buku-buku perpustakaan tersebut mungkin dia bukanlah dia yang sekarang. Lantaran itu dia beli buku ini untuk dihadiahkan kepada sekolahnya, supaya budak-budak sekolahnya dapat mengetahui apa itu kerjaya dalam bidang ICT.

Saya tahu, anda tidak mencuri buku-buku sekolah seperti dia. Namun apa salahnya beli sebuah buku ini dan berikan kepada perpustakaan sekolah anda sebagai tanda mengenang budi. Bagi program mengenang budi ini:-
1. Anda boleh memesan buku ini melalui e-mel (muhamadbinali@gmail.com)
2. Buat bayaran melalui Maybank2u dengan harga RM18.50 (no akaun 564155050253)
3. Melkan catatan/pesanan anda kepada sekolah.
4. Melkan alamat sekolah anda
5. Saya akan poskan buku tersebut bersama tandatangan penulis & kata-kata anda terus ke sekolah tersebut. Belanja pos saya tanggung.

Jom Kenang Budi Sekolah Kita.

[Kemaskini] Resit rasmi akan dikeluarkan ke atas setiap pembelian.

Monday, April 28, 2008

50 JAWATAN ICT TERLARIS



HARI ini (oops semalam, 27 April) saya mula menulis buku "50 Jawatan ICT Terlaris". TArikh akhir penyerahan manuskrip kepada penerbit ialah 15 Mei, iaitu kira-kira dua minggu lagi. Sebenarnya penerbit memberikan tugasan ini pada 24 Mac dan hanya sebulan kemudian baru saya menulis!. Alamak alpanya saya... Sebenarnya tidak juga. Sebaik sahaja mendapat tugasan tersebut, saya terus membuat kajian dan fokus utama saya ialah menyiapkan dahulu buku "50 Jawatan Pilihan Dalam Kerajaan" yang kini hampir 90% siap.

Semoga saya sukses dalam mengejar deadline ini.

Friday, April 25, 2008

KRISIS MAKANAN DUNIA



ADAKAH benar bahawa telah wujud "Krisis Makanan Dunia"?. Jika ya, mengapa tiba-tiba sahaja krisis ini berlaku selepas pilihanraya ke-12?. Tidak disengajakan barangkali.

Jika kita google "krisis makanan dunia", kita akan dapati semua cerita dan beritanya dari Malaysia sahaja. Mengapa begitu?. Adalah krisis ini ciptaan media-massa Malaysia?. Mengapa tidak Indonesia?. Barangkali bahasa Indonesia dan BM adalah berlainan. Cuba pula google dalam bahasa Inggeris, apa yang anda dapat?.

Bagi pembaca di luar Malaysia, saya ingin tahu adakah krisis ini wujud di negara anda?. Di Negara ini, krisis sudah mula terasa. Beras.... dikatakan berkurangan. Di tempat anda bagaimana?.

Wednesday, April 23, 2008

HUJAN


Hujan semalam membasahi bumi
Menyegarkan hati
Hujan berlalu tiada kembali
Menyirami lagi

Cinta semalam meninggalkan kesan
Luka dalam hati
Cinta berlalu bersama hujan
Kini tiada lagi

Sang mentari di pagi hari
Mengeringkan embun
Sang mentari di tengahari
Teriknya terasa di hati

Hujan semalam mungkinkah kembali
Pada esok hari
Dan membawakan cinta nan sejati
- Sudirman


AKHIR-akhir ini Lembah Kelang (mungkin seluruh Malaysia juga) dibasahi hujan lebat setiap hari. Saya suka hujan!. Hujan adalah punca rezeki. Hujan membasahi bumi. Hujan menyuburkan bumi. Hujan menyuburkan pokok.

Arwah ayah cukup suka bekerja semasa hujan turun. Macam-macam kerja (kampung) yang dia lakukan. Apabila hujan turun (lebat terutamanya) dia akan jadi aktif. Dia akan lakukan 1001 pekerjaan. Membersih. Menyapu. Menyodok dan banyak lagi.

Oh... saya juga suka lagu hujan, bukan sebab suka lagu, tetapi sebab suka hujan.

selebat hujan yang turun
mencurah membasahi bumi
tidak selebat hujan
di dalam jiwaku
sehebat halilintar
membelah langit yang kelabu
tidak sepanas petir
yang membakar jiwa ku
ohh hujan diantara air mataku
menitis laju bersama pilu-pilu
ku cuba menghapuskan
kenangan waktu silam
namun bertambah membara
rindu yang kusekamkan
*semakin aku mencuba
semakin terasa siksa
inikah yang kau tinggalkan
untuk diriku oooo kasih*

- Sudirman


Kini dia tiada lagi. Namun hujan tetap turun dan saya sukan hujan.

Tuesday, April 22, 2008

ARKITEK ICT



SEKIRANYA kita menghadapi masalah perundangan, sudah tentu kita jumpa peguam. Nasihat peguam (sudah tentu berbayar) boleh diterima pakai kerana mereka orang profesional. Jika kita sakit, sudah tentu kita ke klinik atau hospital dan bertemu doktor. Nasihat dan rawatan doktor kita percayai kerana mereka orang profesional. (Walaupun ada kalanya masyarakat kita lebih mempercayai bomoh - mungkin). Begitu jugalah dengan hutang-piutang dan yang berkaitan dengan kewangan, orang yang perlu dirujuk bukanlah Along, (dengan tag kami mahu tolong), tetapi para akauntan. Sebabnya mereka orang profesional.

Apa yang menjadikan doktor, peguam, arkitek, jurutera, akauntan dan seumpamanya profesional? Jawapannya ialah mereka mempunyai persatuan ikhtisas yang membela mereka. Ada akta profesion mereka.

Bagaimana pula dengan orang IT? (atau ICT?). Adakah mereka profesional?.
Jawapannya ialah TIDAK buat masa ini, sebabnya dua perkara di atas masih belum ada.

Monday, April 21, 2008

KAKITANGAN KERAJAAN TIDAK PROFESIONAL

AKHBAR hari ini melaporkan bawa mantan menteri kabinet yang juga seorang presiden parti dilaporkan sebagai berkata bahawa kakitangan awam bertindak secara tidak profesional. Mereka dengan sengaja mengenepikan kaum tertentu dalam menjalankan tugas. Keputusan kabinet adalah bagus, jentera kerajaan juga baik, namun kakitangan kerajaan (tidak semua barangkali) yang bertindak secara tidak profesional.

hu hu huuu ....

Sunday, April 20, 2008

CEUPACS SALAH TAFSIR ?


Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membuat tuntutan lima (5) perkara kepada kerajaan:
1.Kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar
2.Perlanjutan umur pencen dari 56 ke 60 tahun
3.Pengubahan kaedah peperiksaan Penilaian Tahan Kecekapan (PTK)
4. Elaun kritikal dan imbuhan perumahan
5. Saguhati RM2000 seorang sebagai ganti bonus

CUEPACS berkata bahawa PM tidak bersetuju dengan saguhati RM2000 seorang dengan alasan harga barang mungkin naik dan sebagainya. CUEPACS menerima pandangan kerajaan dan mentafsirkan bahawa empat (4) lagi tuntutan mereka dipenuhi oleh kerajaan @ PM.

Sekiranya semua tuntutan ini ditolak, CUEPACS akan memulaukan sambutan hari pekerja. Berdasarkan tafsiran tersebut, CUEPACS nampaknya tidak jadilah memulaukan majlis.

Tup.. tup PM kata CUEPACS salah tafsir. Dia tidak setuju dengan saguhati RM2000 dan tidak semestinya bersetuju dengan tuntutan yang lain. PM hanya kata dia terima secara
positif cadangan-cadangan tersebut dan bukannya telah bersetuju.

Ah fening kita memikirkannya.
1. Apa kata CUEPACS semula?
2. Mengapa terdapat salah tafsiran?. Mesti PM guna ayat power hinggakan CUEPACS salah faham ni.

"esok tidak bubar parlimen" hendaklah ditafsirkan sebagai "tunggulah esok"

Wednesday, April 16, 2008

HARI TERAKHIR PESTA BUKU


Tuan Fadzli - Editor PTS sedang mempromosi buku Kerjaya Dalam Bidang ICT bagi 30 minit terakhir

Orang ramai masih berpusu-pusu

Adik minat dengan buku ini?. Minta emak belikan ya!

Tuesday, April 15, 2008

NAK TAK DAPAT, DAPAT TAK NAK



OFIS menyediakan E61i kepada pegawai tinggi. Tujuannya supaya mereka boleh dihubungi melalui emel dan SMS di mana-mana sahaja, 24 jam sehari. Ramai di antara mereka tidak mahu menggunakannya dengan pelbagai alasan:-
1. Besar sangat (lebar, walaupun nipis)
2. Canggih sangat, mereka cuma perlu fungsi asas. phone & SMS sahaja
3. Tak mahu bayar bil (tuntutan semula sebenarnya) internet
4. Phone sedia ada lagi canggih
Ini ialah kumpulan yang dapt, tetapi tak nak.

Ramai juga pegawai sederhana tinggi yang lain yang memang sangat-sangat hendak (bukan perlu) e61i ini, tetapi tidak dapat. Alasan nak ialah:-
1. phone sekarang tak canggih
2. pegawai sederhana tinggi yg buat kerja, bukan pegawai tinggi
3. kita patut dapat
4. macam-macam lagila
ini ialah kumpulan nak tapi tak dapat.

kesimpulan:

'Nak tak dapat' adalah lebih baik daripada 'layak tak dapat'. Sebabnya yang nak belum tentu layak. Yang layak jika tak dapat, akan repot-sana-repot sini mengapa tak dapat.

Monday, April 14, 2008

68 SONETA POHON GINKGO


SUDAH banyak diperkatakan orang mengenai buku ini. Saya tidak mahu mengatakan apa-apa:

Termenung lama kewrtas di sisi
dedaun jatuh mula merimbun
gamamnya diri melayar seni
menjinak ribut seni bertahun

Di depan pohon ginkgo biloba
kenangan terang mengusir kelam
geletek dan ketawa sastera
merakamkan kehidupan gamam

Di sini kita bincang semeja
hujah menjernihkan masalah
dan debat sampai ke garis henti
semua bertepuk setulus hati

Puisi bermula depan khalayak
mencantumkan abjak berselerak

- A.Samad Said


Puisi berbentuk soneta
- Lazimya mengandungi empat larik bagi setiap rangkap yang disudahi dengan dua larik bagi rangkap akhirnya. Kesemuanya 14 baris. Selain itu, setiap larik mengandungi 10 suku kata dengan rima pada setiap selang pengakhir larik.

Sunday, April 13, 2008

SEBUAH NOTEBOOK BAGI PEMBELI BERTUAH

Ini Iklan. Untuk entri terbaru, sila ke bawah



SEBUAH notebook akan diberikan kepada pembeli bertuah buku "Kerjaya Dalam Bidang ICT" sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa KL 2008 ini. Silalah kunjungi booth PTS di dewan Tun Razak 2 (TR2) di aras 2 PWTC. Beli buku tersebut dan isikan borang yang disediakan. Borang-borang tersebut akan dicabut undi bagi menentukan pemenang.

Bagi yang tinggal jauh dan tidak berpeluang ke Pesta Buku, bolehlah membuat pesanan melalui e-mel dengan harga sebuah buku RM18.50 dan urusan pos adalah percuma. Berikan nama, alamat dan mel akan dibalas untuk memasukkan RM dalam akaun bank.

Tawaran ini hanya sah bagi pembeli di Malaysia sahaja kerana urusan penghantaran notebook tersebut tidak dapat dibuat di luar Malaysia.



Selamat membeli.

HALAL INN


BIASANYA pub adalah tempat orang minum-minum. Mabuk-mabuk. Tidak kiralah di mana atau di negara mana pub tersebut. Jika ia adalah pub atau kelab malam atau yang sejenis dengannya, maka ia adalah untuk orang minum dan mabuk-mabuk.

Memandangkan ramai di kalangan orang Islam adalah pengunjung pub, walaupun mereka tidak minum minuman keras, namun ia tetap juga menimbulkan fitnah. Oleh itu timbul idea bagi seorang pengusaha Muslin di UK untuk menjalankan perniagaan pub tanpa menjual minuman keras. Ia dinamakan Halal Inn.


Pub ini menyediakan minuman ringan, alunan muzik berunsur ISlam, permainan snuker dan dart. Katanya, orang ISlam boleh datang datang nerehat serta menenangkan fikiran di pub yang dinamakan Halal Inn ini.


Hmmmm.... bilalah dapat pergi UK, bolehlah ke pub ini di Oldham

Saturday, April 12, 2008

BREAKFAST



FOTO ini diambil menggunakan handphone. Ia adalah jamuan makan pagi yang paling glamor yang pernah saya hadiri. Entah mengapa, bos tidak mahu hadir ke majlis ini dan saya perlu menggantikan beliau. Di meja yang telah dikhaskan, saya dipersilakan duduk dan dijamu. Kiri-kanan saya semuanya orang asing, berjawatan tinggi yang amat gerun bagi saya mendengar nama-nama jawatan dan organisasi mereka. Semuanya adalah CEO pelbagai syarikat yang gah-gah semuanya.

Pagi itu dinginnya berembun
dalam hati badan berpeluh
tujuh anggota berjawatan anggun
dijamu buah berpuluh-puluh

ha ha ha saya cuba "bersoneta pohon ginkgo"

Friday, April 11, 2008

SONETA

TADI ketemu Pak Samad bersama Soneta

Tuesday, April 08, 2008

BELANDA - DAPAT BETIS HENDAK PAHA



KATA ORANG, negara Belanda ini cuma sebesar negeri Pahang sahaja saiznya. Sebuah negara yang kecil, tetapi mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Semenjak dari zaman dahulu lagi, orang Belanda atau Benggali Putih ini memang jahat. Jika tidak masakan orang Melayu mempunyai peribahasa Bagaikan Belanda Diberi Tanah, Dapat Betis Hendak Paha.

Kini terhangat adalah kisah orang Belanda yang menghina Islam pula. Wah.... jahatnya orang Belanda ini semenjak zaman Parameswara dahulu kala rupanya.

Tidak sangka pula, negara kecil begini mempunyai banyak produk di negara kita.


BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH - DON'T BUY!!

1. Dutch Lady - Susu

2. Ferrero Roche - Coklat

3. Wall's - Ais Krim

4. Ing -Insurans

5. Planta -Magerin

6. Lady's Choice -Magerin

7. Lipton -Teh

8. Shell -Minyak

9. Knorr -Perisa Makanan

10. Dove -Mandian

11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan

12. Radiant -Deodoran

13. Rexona -Deodoran

14. Ponds -Produk Kecantikan

15. Kieldsens -Coklat

16. Slimfast -Produk Pelangsing

17. Lego -Kismis

18. Philips -Barangan Elektrik

19. Duyvis -Makanan Ringan

20. Gouda -Keju

21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian

22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian

23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian

24. Labello -Lip Balm

25. Pickwick -Teh

26. Venz -Mentega Coklat

27. Kinder Bueno -Coklat

28. Unilever -Syarikat

29. Dumex -Susu Tepung

30. Nutricia -Susu Bayi

31. Sunsilk -Shampoo

32. Fair Lovely -Produk Kecantikan

33. Lux -Mandian

34. Vaseline -Lip Balm

35. Cif -Pencuci Lantai

36. Surf -Pencuci Kain

37. Wishbone -Pencuci Kain

38. Doriana - Keju Krim

39. Bertolli -Minyak Masak

40. Clear -Shampoo

41. Breeze -Pencuci Kain

42. Sun -Pencuci Kain

Sunday, April 06, 2008

PESTA BUKU, JICA DAN HOSPITAL


wah ramainya orang berkerumun untuk membeli buku saya ... (gambar hiasan) ehsan daripada flickr.com/photos/ibnu_ariff

Hajat hati hendak ke pesta buku (lagi) hari ini. Mengikut jadual, jam 10 ada mesyuarat pertama kerajaan exco JICA. namun maghrib semalam, anak dikejarkan ke hospital sebab sakit perut. Doktor di klinik suspek apendiks. Doktor jabatan kecemasan juga suspek apoendiks. Namun (lagi) selepas sampel darah dan kencing diambil, ia tidak menunjukkan tanda-tanda positif apendiks. Lalu tidak jadilah pembedahan dilakukan dan bermulalah ujian lain pula.

Lantaran itu, bye-bye exco. bye-bye pesta buku. Esok kena ke negeri Cik Siti Wang Kembang pula ....

Friday, April 04, 2008

SEKITAR PESTA BUKU





Entri ini diambil dari http://mba.fotopages.com

Tarikh: 4/4 - 13/4
Tempat: PWTC


Tahun lepas aku datang sebagai pembaca @ pembeli, tahun ini aku datang sebagai penulis @ penjual, tapi setakat penulis cabuk sajalah. Yg beli buku akupun kawan2 yg kesian kat aku, depa ni kawan sejati yg tolong beri semangat.

Yg paling best ramai yg sedekah t-shirt. Aku print t-shirt tu dan bagi-bagi untuk dipakai.
Lagi best bila kawan sedekah notebook utk dijadikan lucky draw.

Hmmmm..... lucky draw lagi mahal daripada keseluruhan harga buku aku!.

Terima kasihlah kawan.

DUNIA POLITIK

Dunia politik macam dunia budak-budak. Hari ini gaduh, gaduh, gaduh. Esok jadi kawan baik. Hari ini berkawan sangat rapat, esok gaduh gaduh gaduh. Budak-budak memang begitu. Baguskan jadi budak-budak?. Bagus ke jadi politikus?.

Dalam politik tidak ada istilah rakan baik atau musuh ketat yang berkekalan. Hari ini musuh, esok kawan, lusa musuh semula.

Cakap orang politik macamana?.
Barangkali ada teori 180 degree.

Semalam: Parlimen tidak dibubar
Hari ini: Parlimen dibubarkan!.

Semalam:


Hari ini:


Oops! ... itu di sana, bukan di sini.

Thursday, April 03, 2008

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2008



PESTA Buku KL ini sudah banyak kali diadakan. Acap kali juga saya menghadirinya. Namun kehadiran ke Pesta Buku tahun lepas membawa satu perubahan yang amat ketara sekali. Saya komen dalam blog saya kerana saya cuma diberikan diskaun 10% sahaja semasa membeli buku-buku di PTS. Sedangkan ada orang lain yang mendapat diskaun 20%, 30% malahan ada yang dapat 100%!.

Komen saya dijawab oleh Puan Ainon yang merupakan Sifu dan juga pengerusi PTS. Beliau menulis "rajin-rajinlah menulis. Tahun hadapan datanglah ke gerai PTS sebagai penulis dan saya mahu tengok buku tuan berada di rak buku-buku PTS. Nanti kita akan berikan diskaun 35% kepada semua buku PTS yang tuan beli".

Berdasarkan kata-kata tersebut, Alhamdulillah bersyukur kepadaNya. Insyaallah saya akan datang ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2008 ini sebagai penulis.

Semua pembaca adalah juga dijemput hadir untuk memeriahkan lagi pesta. Jumpa di sana!.