Labels

Sunday, January 10, 2016

ITTOMAN SHI, OKINAWA



BAPA angkat Jepun saya tinggal di Ittoman shi, sebuah kampung nelayan di utara Okinawa, Jepun.
Biasanya kami ke rumah beliau menaiki teksi dari OIC di Maeda ataupun dari bandar Naha.

Suatu hari pakcik Higa (Kyogi Higa) ini mengajak kami ke rumah beliau menaiki bas. Perkhidmatan bas dari Naha ke Ittoman tidak banyak. Barangkali beberapa jam sekali. Sebabnya kekurangan penumpang (kini saya tidak pasti samada sudah pulih atau sebaliknya).

Apabila menaiki bas di Okinawa, kita perlu masukkan duit siling dengan nilai tertentu dalam kotak bas. Tiket akan keluar dari kotak tersebut. Ada satu  paparan di hadaan bas menunjukkan berapa Yen duit yang dimasukkan sepanjang perjalanan. Ia bermaksud, jika kita bayar 100 Yen, maka kita boleh naik bas sehingga had 100 Yen sahaja.

Jika tidak silap saya, tambang ke Ittoman ialah 210 yen. Pakcik Higa ini selalu masukkan duit lebih. Saya tanya "mengapa pakcik masukkan duit lebih?". Pakcik jawab "Jika company dapat duit lebih, ia akan untung. Jika company untung, perkhidmatan bas ke kampung pakcik bertambah elok lagi. Jika banyak orang tipu, company rugi. Lama-lama bas tidak ada lagi".

Begitulah minda orang Jepun.



Friday, January 01, 2016

BUKU TERKINI


TERBITAN TERKINI ITBM:  Setiap buku harganya RM15.00. Tiga buku harganya RM45. Jika beli semua buku ini, kami berikan diskaun 30%. Hanya dari @mobilebookcafe secara POS. Boleh tempah melalui emel: info@mobilebookcafe.com




1. Kuasai Kemahiran Menulis: RM15.00
Apakah sumbang saran? Bacalah buku ini untuk mengetahui jawapannya!
Ketahui Tip Penting untuk mengatasi rakan sekelas kamu melalui buku ini. Setiap buku padat dengan mnemonik yang mudah, tip yang senang diingat dan kemahiran belajar yang hebat. Bacalah Kuasai Kemahiran Menulis untuk menjadi hebat di dalam kelas!
2. Kuasai Kemahiran Membaca: RM15
Apakah ciri-ciri teks yang membantu kamu membaca secara dalam talian? Bacalah buku ini untuk mengetahui jawapannya!
Tip Penting untuk mengatasi rakan sekelas kamu melalui buku ini. Setiap buku padat dengan mnemonik yang mudah, tip yang senang diingat dan kemahiran belajar yang hebat. Bacalah Kuasai Kemahiran Membaca untuk menjadi hebat di dalam kelas!
3. Kuasai Matematik: RM15Apakah helah pendaraban yang boleh kamu lakukan dengan jari? Bacalah buku ini untuk mengetahui jawapannya!
Ketahui Tip Penting untuk mengatasi rakan sekelas kamu melalui buku ini. Setiap buku padat dengan mnemonik yang mudah, tip yang senang diingat dan kemahiran belajar yang hebat. Bacalah Kuasai Matematik untuk menjadi hebat di dalam kelas!