Labels

Showing posts with label BUKU. Show all posts
Showing posts with label BUKU. Show all posts

Saturday, July 01, 2017

JANJI JUMA

JANJI JUMA ialah sebuah novel remaja hasil karya Ana Balqis. Novel ini diterbitkan oleh Tomodachi Sdn Bhd. Ia itu syarikat yang memiliki kedai buku bergerak yang pertama di Malaysia, MobileBookCafe.

Juma Arni anak tunggal. Bijak dan rajin. Namun, gadis 11 tahun ini agak manja tetapi patuh kepada orang tua. Tidak mahu bersendirian di rumah dan asyik dengan gajet-gajet moden, ayah dan ibunya sepakat menghantar Juma ke kem musim cuti.

Pada mulanya, Juma berdalih macam-macam untuk tidak ke kem Nek Imah. Pacat, nyamuk dan unggas itulah alasanya tetapi setelah dipujuk, Juma mengikut.

Di kem Nek Imah, Juma menjadi pelajar popular. Dia menang beberapa pertandingan menyebabkan ramai yang cemburu kepadanya termasuk beberapa orang peserta lelaki.

Suatu hari, Juma telah dikhianati. Siapa yang mengkhianati Juma? Mengapa Juma dikhianati? Adakah disebabkan dikhianati  itu Juma terpaksa berjanji? Dengan Juma berjanji? Dan, apakah janji Juma?


Janji Juma


Tuesday, May 24, 2016

BY CHANCE OR BY DESIGN ?

PAGI tadi seorang rakan berkongsi foto LIMAT (5) tahun lepas mengenai buku tulisan saya, "50 Kerjaya Terbaik Dalam Kerajaan" yang dibicarakan dalam TV.

Katanya "Before become founder of MobileBookCafe (MBC) Buku tulisan Muhamad Bin Ali telah dibicara di TV".

Sesungguhnya saya tidak merancang itu semua. Mana mungkin saya rancang 5 tahun selepas buku saya dibicarakan dalam TV, maka saya akan menubuhkan MobileBookCafe (MBC). Dari sebuah menjadi sebuah setiap negeri. Walau bagaimanapun setiap segala sesuatu yang berlaku adalah dalam pengetahuan dan perancangan Allah s.w.t. Kita boleh berusaha dan berdoa. Berdoa dan bertawakal.

Tiba-tiba saya teringat kepada seorang lagi rakan yang katanya segala yang dia buat dan berlaku ke atas dirinya adalah "by design" dan bukannya "by chance". Ya betul, semuanya "by design" Allah s.w.t. Katanya dia jadi pengarah adalah by design. Dia jadi "tooot" adalah by design. Katanya dia jadi "tooot" adalah kerana semasa belajar lagi dia sudah berkenalan dan berbaik-baik dengan "bakal ketuanya". Bila tamat belajar, dia dilantit menjadi "tooot". Oh begitu rupanya. Saya hanya angguk.

Walau bagaimanapun, saya tahu dia tidak (belum) berjaya dalam "design" dia. Katanya setelah dapat AMN, maka sekian tahun mesti dapat KMN. Selepas itu baru dapat gelaran "toooooottttt". Setahu saya, ia sudah expired dan dia masih lagi "tooot".

Sekian.


Monday, May 23, 2016

BUKU DUA TAN SRI MANTAN BOS


Saya memiliki dua buah buku, kedua-dua penulisnya bergelar Tan Sri. Kedua-dua mereka ialah mantan bos saya.


Buku oleh Tan Sri Dr. Ismail Merican mengandungi 62 ucapan terpilih beliau. Ia sempena usianya 62 tahun. Ditulis oleh staf beliau sebelum beliau bersara. Saya dimaklumkan masa yang diambil untuk menghasilkan buku ni cuma dua minggu sahaja.

Buku ini saya dapat percuma. Beliau ialah bos saya semasa saya di Kementerian Kesihatan.



Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal juga menulis. Tulisan ini ialah berkaitan dengan ucapa-ucapan terpilih beliau juga. Buku ini diterbitkan oleh DBP.

Buku ini saya beli. Beliau ialah bos saya semasa saya di MAMPU.


BUKU SAYA..... eh bila buku saya?. Barangkali kandungan buku saya ada menyentuh mengenai kedua-dua orang bos ini.

Saturday, May 21, 2016

LUMAN-LUMAN ZAIHASRA


Saya "mengenali" Zaihasra pada tahun 1973/74. Ini ialah  kerana Zaihasra adalah 'sahabat pena' kepada guru saya, Mamat Ibrahim. Pada masa itu kami dalam kelas siap bergaduh sebab cikgu kata sahabat pena itu ialah "pen pals" sedangkan kami kata ia sepantutnya 'pen friend'. Ha ha ha budak-budak.

LUMAN-LUMAN ZAIHASRA
Penyelenggara: Djamal TukiminISBN: 9789674602901Harga: RM 33.00Halaman: 284Bidang: Sastera - Kreatif
Melalui Luman-luman Zaihasra: Bingkisan Setulusnya kepada Sahabat yang diselenggarakan oleh Djamal Tukimin ini, Zaihasra bercerita tentang dirinya. Zaihasra bercerita tentang akar dirinya dan keluarganya (keluarga angkat, sebenarnya). Zaihasra juga bercerita tentang angan, tentang cita dan tentang masa depan. Zaihasra turut berbicara tentang malam, tentang bulan, tentang angin dan tentang  matahari.
#ITBM

* luman itu apa bendanya pula?.




Sunday, August 02, 2015

DUA KISAH SEBUAH BUKU


CUBA kita lihat kepada sebuah buku yang kita beli dari sebuah kedai buku. Adakah buku tersebut kepunyaan kita?.

Ya. Kita boleh baca, pinjamkan, jual, buang, bakar dan sebagainya buku tersebut.

Adakah kita boleh sewakan buku tersebut?. Saya fikir YA.

Bolehkah kita buah salinan terhadap buku tersebut?. Di sini ada dua kisah yang kami temui dalam kembara menjual buku.

Kisah 1:
Seorang guru membeli beberapa buah buku kerja. Beliau memberitahu saya "cikgu akan fotocopy kandungan dari buku ini dan berikan kepada murid-murid untuk buat kerja"

Saya bertanya balik, "bolehkah cikgu berbuat begitu?. Buku ini dilindungi oleh hakcipta, bolehkah cikgu buat salinan begitu?".

Beliau memberikan jawapan "Cikgu hanya buat  fotocopy satu atau dua muka sahaja setiap buku bagi tujuan pembelajaran. Bukan sebuah buku. Ia dibenarkan. Lagi pula Encik, mana murid-murid cikgu ini mampu beli buku".

Saya diam dan tersenyum.

Kisah 2:

Seorang imam beli sebuah buku agama dan buat berpuluh salinan. Saya bertanya, "mengapa Imam tidak beli buku yang original?".

Beliau menjawab. "huh buku ori mahal. Cekik darah punya".

Seterusnya saya berkata "Kesian penulisnya, penat-penat menulis kemudian orang lain ambil begitu sahaja".

Imam berkata "untuk makluman you, penulis buku ini telah halalkan ilmu dia dan benarkan kami fotostat. Sebab itu kami buat. Jika tidak, tentu berdosa".

Saya mempunyai pendapat lain dan saja provok imam. "pada pendapat saya, penulis buku itu tidak ada hak untuk membenarkan buku itu dibuat salinan. Ia adalah hak penerbit. Jika penerbit benarkan, mungkin boleh. Sungguhpun begitu, ia akan menganiayai penulis pula dari segi royalti. Penulis boleh beri dan halalkan ilmu beliau, bukannya buku itu yang dia sudah tidak ada hak lagi.

Imam: "U jangan pandai-pandai buat fatwa baru".

Sekian terima kasaih.




Saturday, December 13, 2014

CORAT-CORET PENJUAL BUKU


SEMASA saya mula menjual buku di gerai-gerai, seorang sahabat bertanya:

Dia:U tidak malu ke menjaja buku?
Saya: Tidak
Dia: U pegawai tinggi kerajaan, pangkat JUSA. Lebih baik U ambil projek kerajaan, juta-juta punya.
Saya: Yang itu saya malu, sebab macam minta sedekah. Pergi sana, pergi sini "minta" projek.


Saya meneruskan kerja saya menjual. Dulu angkat buku susun atas meja, kini gunakan van, tidak perlu lagi angkat-mengangkat.

Sebenarnya kawan saya itu tidak tahu cerita sebenar ketika dan semasa saya menjual buku di sekolah-sekolah. Jika dia tahu, agaknya dia menangis dalam hati agaknya...

1. Kami pernah tidak dibenarkan masuk ke sekolah oleh jaga sebab tidak ada surat. Kebenaran masuk secara verbal tidak dapat diterima oleh jaga.

2. Acap kali kami kena marah oleh cikgu. Biasanya GPM (Guru Perpustakaan dan Media) yang jemput kami, guru lain seperti guru disiplin, guru sukan (bukan semua) tidak begitu ngam. Pernah kami kena herdik. Acap kali kami kena perli. Banyak kes cikgu marah murid depan kami (memang sahih perli kami). Ada juga cikgu yang marah cikgu lain dengan lantang (macam orang sasau.... hahahah) depan kami. Maksudnya memang marah kamilah tu...

3. Sebenarnya pihak yang marah-marah ini tidak tahu akan kekebalan kami... Tiga puluh (30) tahun kerja, bukan sikit kena marah. Sudah lali.... Kadang-kadang bila sudah geram, timbul juga riak..

+ Pengetua sekolah ini gred apa? JUSA ke?
- Tidaklah Gred 54 saja. JUSA sudah tinggi oooo.
+ Habis tu siapa yang JUSA di sekolah ini?
- Mana ada encik.... peringkat daerah pun 52 atau 54 sahaja.
+ Oh ya ke?. Pengarah Negeri itu Encik XXX junior saya tau tak?.
- Eh jangan main-main Encik
+ Saya memang suka main-main Sebab itu saya jadi penjual buku saja. Tapi jika mahu, saya boleh panggil dia sekarang datang sini...



4. Suatu masa ada satu IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) jemput kami datang dengan surat. kami setuju datang dan balas surat mereka. Tiba masanya Inspektor bertugas tidak ada di pejabat dan tidak ada seorangpun hairaukan kami. Sesudah buat beberapa panggilan, ada seorang lagi inspektor datang dan minta maaf sebab berlaku "salah faham".

+Maaf ...
- OK
+ Datang lain kali boleh?
- Tak boleh. Tak berbaloi. Banyak lagi tempat lain yang boleh kami pergi.
+Jangan begitu....
-Memang begitu, kecuali ada gerenti jualan RM5,000 baru kami datang. Jika tidak pun, kami mahu Datuk YYY datang. Dia classmate saya.
+ ?!@@#$$%^^&*


5.  Bukan semua tempat laku. Ada juga yang tidak ada pembeli langsung. Ada juga yang minta hamper dan kos beli hamper lebih mahal dari buku yang dapat kami jual.

6. Banyak kes juga buku hilang atau dicuri.

7. Ada banyak lagi yang tidak manus, namun yang manis lagi banyak...










Monday, April 21, 2014

MENULIS CERITA MENGENAI DIRI SENDIRI - MEMOIR

HARI ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-29 rupanya. Rupa-rupanya juga sudah lebih 10 bulan saya meninggalkan perkhidmatan awam, ia itu bersara. Jika seorang perempuan yang hamil, sudah tentu ia sudah melahirkan bayi yang dikandungnya.

Namun saya masih lagi belum menghasilkan buku yang dijanjikan, ia itu mengenai diri sendiri dalam perkhidmatan awam. Saya berjanji untuk menulis mengenai suka duka selama 30 tahun dalam kerajaan. Bagaimana sepak terajang yang saya hadapi. Apakah sumpah seranah yang saya dapat yang akhirnya saya jadikan doa penguat semangat. Saya merangkak dari Tingkatan Biasa sehingga JUSA C, memotong dan memintas semua senior saya.

Buku tersebut saya namakan (judul sementara) Travelog Kerjaya: Dari Tingkatan Biasa ke JUSA C (30 Tahun Dalam Kerajaan) atau Travelog Kerjaya: Jadilah Seperti Sakura, Ia Guhur Sebelum Layu.

OK hari ini saya ingin menjual beberapa buah buku panduan menulis Memoir dalam bentuk eBook.






Kesemuanya dengan harga RM99    RM59. Jika mahu, sila hubungi saya.


Wednesday, February 06, 2013

Monday, December 24, 2012

BUKAN SENANG TERBIT BUKU

HARI ini saya bercuti hingga ke tahun hadapan.
Seawal pagi breakfast-meeting dengan rakan niaga.
Kemudian memandu ke KL berpandukan Waze. Boleh harap juga Waze ini. Dari lebuhraya Sungei Besi-KL, diarahkan saya ke laluan Shah Alam. Kemudian ambil MEX dan terus ke destinasi. Sebabnya ialah kerana hoghway sungai besi sesak katanya.

Hasrat saya mahu ke pencetak A. Harga yang ditawarkan adalah lebih murah 10 sen berbanding pencetak B. Apabila saya tiba, tidak ada orang di situ dan pekerja sedang sibuk melakukan tugasnya.

Akhirnya saya ke pencetak B. Dalam bilik berhawa dingin itu, saya disambut mesra oleh taukehnya. Setelah berkira-bicara, harganya tetap juga 10 sen lebih mahal berbanding Pencetak A.

Akhirnya saya setuju juga kerana ia lebih mudah berunding. Setelah itu fail-fail yang ingin dicetak diserahkan dalam bentuk PDF. Fail pertama OK. Fail kedua tidak begitu sesuai. Gambar warna tidak begitu terang. Fail ketiga reject terus. Fail PDF yang dikemukakan tidak mempunyai saiz dan tanda. Dia mahukan faul AI. Walhal dengan pencetak terdahulu, semua fail PDF sahaja. Susah juga jadi penerbit ini ya ...

Friday, May 29, 2009

Monday, April 20, 2009

TEMUDUGA SARJANA



MINGGU lepas saya menemuduga calon-calon untuk ijazah sarjana (masters). Saya dapati ramai juga muka-muka veteran yang ditemuduga semula. Maksudnya mereka telah hadir beberapa kali sesi temuduga dan masih juga belum berjaya.

Pertama kali saya ditemuduga untuk masters ialah 14 tahun lalu dan alhamdulillah saya berjaya dalam percubaan pertama ini. Setelah saya pulang dengan membawa ijazah sarjana, saya pula yang menyambung kerja-kerja menemuduga calon-calon sehingga sekarang. Ia merupakan kerja amal untuk membantu.

Kenapa agaknya mereka perlu hadir beberapa kali sesi temuduga sebelum berjaya?. Jawapan mudah kepada soalan ini ialah persediaan. Anda perlu bersedia sebelum bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Anda perlu meyakinkan penemuduga bahawa anda memang sudah bersedia. Bukan hanya anda perlu membuat persediaan, keluarga anda juga perlu bersedia. Kerja yang bakal ditinggalkan juga perlu mengetahui perancangan dan persediaan anda.



Saya sudah lama merancang untuk menulis "Travelog UK" yang bakal memberi tip-tip ke arah persediaan ini. Barangkali buku ini boleh disiapkan pada tahun ini juga. Ini adalah kerana keseluruhan sinopsis dan plot telahpun disiapkan. Sekarang saya sedang menunggu buku "Travelog Jepun" yang saya telah kemukakan manuskripnya diterbitykan dahulu sebelum menyiapkan "Travelog UK".

Walau bagaimanapun sedikit tip temuduga ada di dalam buku saya "Kerjaya dalam Bidang ICT".

Saturday, April 18, 2009

SATU ANUGERAH


DALAM penerbangan dari KLIA ke KK dan Lahad Datu, saya khatam sebuah buku berjudul "Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah" (KAWSA). Amat jarfang sekali saya boleh menghabiskan sebuah buku setebal 163 mukasurat sebegini dalam penerbangan yang tidak begitu panjang. Namun KAWSA sangat berlainan. Ia sangat seronok dibaca. Buku ini ditulis oleh seorang bapa kepada seorang anak istimewa. Ia menceritakan pengembaraan keluarga ini ke segenap pelusuk negara, malahan dunia untuk menyembuhkan penyakit yang dialami oleh Atiq Wazif semenjak lahir.

Terlalu banyak pengajaran yang disampaikan dalam buku yang sangat menarik dibaca ini. Gaya penceritaannya seolah-olah kita begitu rapat dengan Atiq dan keluarga ini. Bahasa yang digunakan sungguh mudah dan senang dibaca. Jikalah saya mampu menulis begini, alangkan seronoknya!.

Dalam penerbangan pulang, saya sedikitpun tidak ada mood untuk membaca walaupun bersama saya check-in ada lagi sebuah novel yang sudah lama ingin saya baca. Mood bukan sahaja penting untuk menulis, malahan untuk membaca juga.

Friday, April 10, 2009

PENULIS PTS PALING POPULAR

1. Ain Maisarah (43,917 naskhah)
2. Dr. Danial Zainal Abidin (23,812 naskhah)
3. Farihah Iskandar (19,538 naskhah)
4. Dr. Tengku Asmadi (18,182 naskhah)
5. Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim (16,914 naskhah)
6. Ezee Rahmani (13,070 naskhah)
7. Ann Wan Seng (9,443 naskhah)
8. Zaid Akhtar (8,835 naskhah)
9. Natasha Effyzal (5,523 naskhah)
10. Aizam Aiman (5,375 naskhah)