Labels

Monday, May 21, 2018

SEJARAH BERULANG DAN BERULANG DAN TERUS BERULANG

DULU masa saya lepas grad dan dapat kerja di jabatan Telekom. Kemudian berhenti untuk sambung belajar. Kemudian kerja di JKR. Lepas itu JPA. Lepas itu di JPJ. Kemudian sambung belajar lagi di UK. Balik UK saya kerja di AG. Lepas itu di Hospital Selayang. Kemudian di MITI. Lepas itu di KKM dan akhirnya di MAMPU sebelum bersara pilihan.

Dalam banyak-banyak tempat kerja saya, arwah ayah hanya ingat saya kerja di JPJ sahaja. Barangkali JPJ agak glamor di kalangan orang kampung berbanding dengan yang lain. Oh ya, ayah meninggal semasa saya kerja di XYBASE, ia itu sebuah syarikat ICT yang mana saya dipinjamkan oleh MOF selama dua tahun di situ.

Ada satu ketika itu, ayah bawa bos dia jumpa saya. Sebabnya pegawai itu minta kerja dengan JPJ, sebagai penguatkuasa. Dia mahu saya rekomen supaya dia dapat kerja itu. Saya tanya, sudah jadi pegawai di MARDI, mengapa mahu kerja JPJ?. Ting-tong-ting-tong dia kata tempat kerja sekarang tidak ada sumber pendapatan luar. Jika di JPJ banyak boleh buat income. Saya kata baiklah dan minta dia balik. Saya buang semua surat-surat dia dan delete semua dari memori. Awal-awal lagi sudah mahu rasuah.

KINI anak-anak saya sudah kerja. Sejujurnya saya tidak tahupun apa naka pekerjaan mereka dan tempat kerja mereka. Bidang kerja sekarang terlalu canggih untuk diketahui bagi "baby boomer" seperti saya.