Labels

Tuesday, October 14, 2003

APABILA BOS TIADA DI PEJABAT

APABILA BOS TIADA DI PEJABAT

Masuk hari ini sudah 14 hari bos besar tiada di pejabat kerana bercuti di luar negara. Satu sahaja pesanannya, semua TP tidak boleh bercuti. Nasib baik tak ada apa-apa perkara besar dan memerlukan kuasa magik yang berlaku di ofis sehingga kini. Aku pulak, oleh kerana sibuk dan tidak cakna serta maknga tidak buat satu apa bendapun di luar pejabat (selain meeting). Walhal banyak urusan yang perlu disegerakan seperti uruskan pencen terbitan untuk mak yang dah tamat tempohnya, ambil salinan surat beranak anak yang telah hilang dan sebagainya. Inilah contoh kuli yang baik agaknya :-)

Walau bagaimanapun hal begini tidak akan dipedulikan langsung oleh bos (bukan semua), sebaliknya bos lebih suka kepada anak buah yang ada di mana dia berada. Anakbuah juga (bukan semua) suka sangat menunjuk depan bos yang mereka ni rajin (belakang bos, kutuk dan kerja paksa orang lain buat). Oleh itu tidak hairanlah jika dalam MM semalam, awang selamat tulis perihal 40 buah kenderaan mengiringi PakLah melawat banjir sebab semuanya nak dinampak supaya mereka ni bekerja. Dari hal banjir ni, dulu sultan Pahang bertitah, semua dato' di pahang akan ditarik balik bintang tu jika tak nampak batang hidung menolong mangsa banjir...

Dulu arwah tan sri othman yeop abdullah (bekas pengerusi mdc) ada beritahu saya yang arwan tun razak ada beritahu dia masa dia mula-mula report duti " yeop, prinsip kerja kami di sini senang saja, yeop buatlah kerja baik-baik, kita tak pandang itu semua sebab semua orang buat kerja bagus. Tapi jangan yeop buat satupun salah, sebab kesalahan itu yang dipandang. Seribu kebaikan dan kejayaan tidak boleh mengatasi satu kesilapan yang yeop lakukan. kerja elok-elok yeop".

--- kata awang selamat ---
Prestasi sebenar seseorang pekerja hanya boleh dinilai ketika bos tiada di pejabat
---
BILA BOS BERMESYUARAT


Hari ini bukan Ahad
tapi aku tak perlu lorat
untuk ke pejabat

apa sebab?
hmmm bos bermesyuarat
di luar pejabat

dapatlah aku berehat
sambil minum air sarbat
membalas surat-surat
yang begitu sarat

seronoknya berehat
jadual kurang ketat
dapat bereskan hajat
yang dah lama tertunggak
menyelia staf di pejabat
yang jauh yang dekat

bila bos bermesyuarat
banyak kerja tertunggak
boleh siap

inilah caraku berehat


No comments: