Labels

Saturday, October 04, 2003

CATATAN HUJUNG MINGGU

CATATAN HUJUNG MINGGU

Antara M dan T

Pagi ini hantar M ke bengkel untuk servis rutin dan juga semak mengenai ABS yang kadangkala menyala dan padam sendiri. Jika sebelum ini terpaksa vercuti kerana hantar T ke bengkel, seperti biasa M tidak begitu dan memadai dengan hantar pada Sabtu tidak bekerja sahaja. Seperti dijangka juga, jangkamasa menunggu tidaklah lama, kira-kira sempatlah habiskan tosey dan the tarik di kedai mamak berhampiran dan khatam sebuah majalah yang dibeli dekat dengan kedai mamak tersebut. Bil yang diterima tidaklah mahal sangat, cuma lebih sikit dari setengah ribu aje L

Antara Bersembunyi dan Bersemuka

Minggu lepas mba terima dua panggilan yang signifikan mengenai blog. Kedua-duanya dari kenalan. Yang pertama memberi sedikit nasihat supaya jangan terlalu berterus terang dalam blog, nanti ada yang tak puashati dan macam-macam boleh jadi. Jaga tatatulisan orang gomen. Jangan nantyi sebab tulisan seayat rosak karangan senovel J. MBA sungguh-sunguh hormati nasihat tersebut, maklumlah dalam seronok menulis, kadang-kadang kita ikut perasaan, bukan lagi pertimbangan. Maka para sahabatlah yang perlu nasihat menasihati.

Panggilan kedua membuatkan mba sedang berfikir secara serius. Dia nasihatkan supaya mba jangan gunakan nama blog sekarang. Jika ingin blog dalam keadaan sekarang, gunaka sahaja nama lain yang tidak ada kena mengena langsung dengan “jenama mba”. Sememangnya jenama “mba” telah diketahui umum. Telah banyak kali bersua dengan orang besar pelbagai perkhidmatan yang telah membaca ‘macam-macam’ mengenai mba. Rasa-rasanya banyak yang negatif dari positif. Ini kena fikir betul-betul ni… mungkin blog ini ditutup atau lain jadinya nanti. Tunggu dan lihat sajalah. Jika nak beri cadangan, elok juga, masukkanlah dalam [comments]

Antara PAS dan UMNO

Mesej ini telah diterima sebelum dua mesej di atas. Namun ia sengaja tidak diendahkan oleh sebab-sebab yang tidak diketahui. Mesejnya lebih kurang begini. “Tulisan mba banyak yang berunsur negatif, menentang dan anti establishment, namun saya tahu, dia berjiwa UMNO, bukannya pembangkang”. Mengenang kembali mesej tersebut, saya tergelak besar. Ini bermakna, dari satu ayat tulisan kita, pembaca (atau pendengar – dia tak baca, cuna dengar orang lain bercakap mengenainya) akan membuat pelbagai andaian mengikut acuan mereka sendiri. Entahlah, tak tahu nak komen bagaimana, namun mba tidak berparti dan masih belum berhasrat untuk ke arah itu.


No comments: