Labels

Tuesday, June 30, 2009

KAYUHAN KELUARGA



HARI minggu yang lepas, buat pertama kalinya kami berkayuh sekeluarga di tepi tasik Putrajaya. Keliling tasik. Barangkali jika berkayuh 5-6 kali lagi, bolehlah kami masuk majlis.

Monday, June 29, 2009

SELAMAT PAGI TERENGGANU

SAYA kini berada di Terengganu, menghadiri kursus.
Berkursus di luar kota, dapatlah melarikan diri daripada kesesakan kota
Bunyi ombak di sini
Bau pantai di sini
Barangkali boleh memberi ilham untuk menulis
Namun kursus dari Subuh hingga tengah malam meletihkan segala.
Jangankan menulis, membacapun tidak sempat.

Jumpa lagi.

Friday, June 26, 2009

MICHAEL JACKSON MENINGGAL DUNIA ?


RAMAI orang mengenali Michael Jackson. Beliau sangat pelik atau dikatakan kontroversi dalam bahasa sekarang. Beliau dari bangsa kulit hitam telah mengubah lumrah alam dengan menjadikan dirinya berkulit putih. Oh ya, dia adalah seorang penyanyi pop.

Pelbagai kontroversi terhadap diri beliau berlaku sepanjang hidupnya yang sangat mewah. Pagi ini beliau dilaporkan meninggal dunia dalam usia 50 tahun kerana serangan jantung.

dulu dan kini

Thursday, June 25, 2009

FARAH FAWCET MENINGGAL DUNIA


Farah Fawcet ialah bintang utama dalam siri penyiasatan roda-roda kota Charlie's Angles.

Beliau telah meninggal dunia hari ini kerana barah usus.


Ingatlah: "semua yang akan hidup akan mati"

Wednesday, June 24, 2009

FOTO TERBAIK BULAN INI


FOTO terbaik iStockphoto bulan ini yang banyak buat duit nampaknya berasaskan "orang". Foto orang dalam pelbagai ragam. Siapakah orang yang boleh difotokan dan buat duit?. Sesiapa sahaja. Kawan, sanak saudara, ahli keluarga dan sesiapa sahaja. Tidak sukar untuk mendapatkan model bagi foto anda bukan?.

Tip daripada buku "Buat Duit Dengan Foto" : setiap foto "orang" perlulah disertakan dengan 'pelepasan model' ataupun 'model release'. Tanpa dokumen ini, foto anda tidak akan diterima untuk dijual.

Satu perkara lagi, jangan lupa menulis 'katakunci' atau 'keywords' bagi setiap foto anda.

Selamat buat duit dengan foto.

Tuesday, June 23, 2009

JAPAN GT


JAPAN GT adalah perlumbaan kereta seperti F1 bagi kereta-kereta keluarag Jepun. GT ini diadakan sebanyak 9 kali setahun. 8 daripadanya di litar Jepun dan 1 di luar Jepun, iaitu Malaysia. GT Jepun telah 4 kali diadakan di Malaysia.

Malam tadi saya dijemput ke kediaman rasmi duta Jepun di Malaysia dalam satu majlis meraikan pelumba-pelumba GT Jepun ini. Kediaman Duta Jepun ini tidak asing lagi bagi saya kerana kerap kali juga menerima jemputan. Ada kalanya apabila duta baru tiba dan ada juga bila duta menamatkan tugasnya di negara ini.

Dalam negara kita rasanya terdapat lebih daripada 100 duta negara asing. Setakat ini hanya duta Jepun sahaja (walaupun orangnya bertukar ganti) yang sering mempelawa ke kediaman rasminya. Terasa juga istimewanya negara Jepun ini. Malam tadi, tetamunya tidak ramai, adalah sekitar 40 orang.

Monday, June 22, 2009

10,000 LANGKAH



Akun selepas menghabiskan "10,000" langkahnya

SABTU lepas 4,000 orang daripada kami mendaftar diri untuk berjalan sejauh 10,000 langkah. 10,000 langkah perlu dilakukan pada setiap hari. Rupa-rupa berjalan kaki sejauh 10,000 langkah bukanlah perkara mudah. Tahukah anda 10,000 langkah itu berapa jauh?. Jaraknya cuma kira-kira satu kilometer sahaja, namun satu kilometer sehari dalam suasana kerja yang penuh dengan mesyuarat, mesyuarat dan mesyuarat memang sukar untuk mencapai 10,000 langkah sehari.

Thursday, June 18, 2009

IPHONE BARU 3GS SUDAH TIBA



ORANG kata iPhone 3G ini untuk suka-suka dan main-main. Jika mahu serius (guna telefon) perlu guna Nokia E71. Entahlah.

Minggu lepas teman sempat menguji cuba OS baru daripada Microsoft, iaitu Windows 7. Perasanya sebiji sebentuk seperti iPhone punya OS. MS tiru Apple?. Biasalah... Semasa MS masih menggunakan MSDOS, Apple keluarkan GUI dan dari situlah Windows 3.1 bermula. Hingga kini Windows telah berkembang maju. Semuanya bermula daripada Apple.

Kini apabila iPhone dengan bentuk dan gayanya yang menawan muncul, MS buat pula Windows7. Nampak gayanya Windows 7 ini akan menjadi ikutan pula. Asalnya daripada Apple juga.

Barangkali PDA atau smartphone daripada MS selepas ini akan menggunakan Windows 7 dan ia bermakna sebentuk macam iPhone.

Oleh itu: iPhone atau E71?. Poning den.

Wednesday, June 17, 2009

PERTAMA KALI (ESOK)

BANYAK perkara dalam hidup kita ini adalah merupakan "pertama kali" kita lakukan ataupun berlaku terhadap kita.

1. Pertama kali saya naik basikal ialah semasa saya berumur 4 tahun
2. Pertama kali saya kemalangan (basikal) ialah semasa saya berumur empat tahun
3. Saya pernah digigit anjing buat pertama kali (harap yang terakhir) semasa saya berumur 13 tahun
4. Pertama kali saya naik kapalterbang setelah lima tahun bekerja
5. Bukan Singapura, Bukan Thailand, tetapi Jepun adalah negara pertama yang saya sampai di luar Malaya.
6. Pertama kali saya dijemput ke istana negara adalah 5 tahun lepas
7. Pertama kali saya jadi penulis (buku) ialah pada 2008
8. Saya telah berkhidmat dengan 8 orang KSN, 2007 saya pertama kali dipanggil masuk ke bilik KSN.

Ya .... banyak kali pertama.

Saya sudah bekerja sebagai YB (Yang Berkhidmat) selama 26 tahun. Esok adalah kali pertama saya akan melakukan satu tugas yang tidak pernah saya lakukan sepanjang tempoh 26 tahun tersebut. Agak menghairankan sedikit sebab tiada sebarang debar di dada. Entah-entah saya tidak sempat menyempurnakan tugas yang pertama tersebut.

Apa-apapun malam ini saya akan berkayuh terlebih dahulu. Esok biarlah menjadi sejarah apabila tibanya lusa.

Sekian adanya.

Tuesday, June 16, 2009

BUAT DUIT DENGAN BASIKAL


AHAD lepas saya menghadiri bengkel penulisan PTS. Pengerusi PTS telah membuat saranan agar saya menulis buku "BUat Duit Dengan Basikal". Saya sekadar tersenyum mendengar cadangan yang tidak masuk akal ini. Barangkali Puan Sifu San ingin menyengkek saya yang gatal sangat berbasikal siang malam.

Setelah difikir-fikirkan semula, cadangan tersebut memang masuk akal. Saya telahpun menyiapkan proposal buku "Buat Duit Dengan Basikal" kurang 24 jam selepas pulang daripada bengkel tersebut. Proposal telah dikemukakan kepada editor PTS. Berikut adalah respon daripada editor:-

Pertama sekali, terima kasih kerana sudi menghantar proposal kepada kami.
Saya sudah pun meneliti segala maklumat yang tuan nukilkan di dalam proposal Buat Duit dengan Basikal.
Menarik dan teruja.

Proposal tuan ini akan diketengahkan dan diperbincangkan dengan pihak pengurusan. Biasanya proses ini memakan masa dua minggu.
Diharap Tuan dapat menunggu penuh sabar dan berdoa, moga-moga ia menambat hati pihak pengurusan pula


Alamak, dua minggu!. Lamanya. Ingatkan hendak siapkan buku dalam masa dua minggu sahaja ;-)

p.s Kepada adik saya yang duduk di sebelah semasa bengkel tersebut, sudahkah dihantar proposalnya?.

Monday, June 15, 2009

TRAVELOG UK


SAYA suka berangan-angan sambil berharap. Saya pernah berangan-angan supaya dihantar ke UK. Tujuan saya ialah untuk melihat semula rumah sewa lama saya di Easterly Avenue, Leeds. Saya ingin temui Uncle Sim yang menjadi salah satu watak dalam novel Mahligai Cinta. Saya ingin melihat sekolah anak-anak saya di Oakwood. Saya juga sudah tentunya ingin ke universiti saya Leeds Metropolitan University yang kini khabarnya telah menjadi Carnegie Melon University. Saya ingin temui jiran saya En. Moris bersama anjingnya Morisson. Saya ingin melihat semula kemeriahan car boot sale. Saya ingin melihat semula kehidupan di UK dan saya akan menyiapkan buku sata Travelog UK.

Angan-angan saya disertakan dengan sedikit usaha tanpa lobi. Saya serahkan sekeping perspektif seminar dan menulis catatan "Tuan, seminar ini sangat bagus. Elok kita hantar wakil". Maka dihantarnya wakil dan dia ialah staf saya. Tidak ada rezeki.

Bulan lepas saya menerima sekeping surat mencalonkan saya untuk ke Worthing, UK. Itulah pertama kali saya mendengar "worthing". Dipendekkan cerita, semua urusan telah dibereskan. Yuran kursus berharga UKP3,500 telah dibayar oleh penaja. Tiket bernilai RM18k telah berada di atas meja. Bayaran hotel bernilai RM4k telah diuruskan sendiri. Perancangan lawatan telah diatur untuk ke Leeds dan Sheffields di hujung minggu. Kini hanya H1N1 sahaja lagi yang mungkin menjadi penghalang.

Sekiranya semua perkara berjalan lancar, saya akan siapkan buku Travelog UK di UK juga.

Friday, June 12, 2009

KITA KEMBALI KE ZAMAN BATU?

DI ZAMAN batu tidak ada internet.
Di zaman batu tidak ada SMS, MMS atau yang setaraf denagnnya.
Di zaman batu juga tidak ada rumah batu.
Manusia di zaman batu berkomunikasi melalui simbol.
Mereka melukis simbol-simbol di gua-gua batu.

Rampingnya!. Ingatkan wanita ...

semalam saya diajak makan tengahari di sebuah kelab. Oleh kerana saya teringin sangat untuk melepaskan hajat, maka sayapun bertanyakan arah kiblat oops... arah ke tandas. Tiba di tandas, saya terdiam beberapa ketika kerana tidak tahu tandas mana yang sesuai untuk saya (saya seorang lelaki). Pintu tandas sebelah menyebelah. Tidak ada sebarang tulisan, melainkan simbol sahaja. Saya tidak faham yang mana simbol lelaki dan yang mana simbol wanita. Barangkali pelukisnya datang dari zaman batu kikir dan saya di zaman batu kapur!.

Saya tercegat di situ sehingga seorang wanita keluar daripada salah satu pintu dan saya pun bergegas menuju ke pintu yang satu lagi. Alangkah terperanjatnya saya kerana dalam tandas tersebut terdapat dua orang wanita!. Nasib baik kedua-duanya memakai pakaian yang serupa. Otak saya terus menterjemah bahawa mereka berdua adalah pelayan tandas tersebut.

Sekiranya saya ditangkap kerana dikatakan menceroboh tandas wanita, barangkali pengurusan kelab tersebut akan kalah. Sebabnya bukan semua orang datangnya dari zaman batu yang memahami simbol-simbol kuno yang digunakan. Mengapa tidak tulis sahaja?.

Wednesday, June 10, 2009

10 SEBAB MENGAPA MAKAN GAJI

[petikan daripada FB MBA]

"1. terjamin kewangan tiap bulan
2. boleh bajet perbelanjaan ikut gaji tu
3. ada office yg proper
4. ada ramai kwn2 sekerja, boleh bersosial
5. tak payah pk psl overhead company
6. ada org jaga kebajikan time bekerja
7. senang buat loan
8. malas nk berniaga sendiri
9. tak susah2 nk kerja keras mcm bisnes sendiri
10. hobi, kut?"

anda ada jawapan lebih?.

Monday, June 08, 2009

SORA PUN OK


Pasukan Sora riang gembira

DI KALANGAN rakan-rakan sepasukan daripada mazhab Shimano, penggunaan groupset Sora adalah untuk sementara, sebelum dinaiktaraf. Saya sendiri daripada mazhab Campagnolo ataupun dipanggil juga Campy.

Pada minggu lepas saya membeli sebuah basikal "janda berhias" yang menggunakan Sora. Kayuhan pertama di Putrajaya Night Ride langsung tiada canggung ataupun cacat celanya. Ya ... Sora pun boleh!. Barangkali kerana selama ini saya menggunakan Campy Mirage sahaja, yang bukannya tinggi sangat mertabatnya.

Shimano - 2009

* Dura-Ace Di2 (10, electronic)
* Dura-Ace (10)
* Ultegra SL (10)
* Ultegra (10)
* 105 (10)
* Tiagra (9)
* Sora (9)
* 2200 (8)

Campagnolo atau dikenali juga dengan Campy:

* Super Record (11)
* Record (11)
* Chorus (11)
* Centaur (10)
* Veloce (10)
* Mirage
* Xenon


SRAM -
* Red (10)
* Force (10)
* Rival (10)

Friday, June 05, 2009

TRAVELOG UK : BUAT DUIT DENGAN FOTO DI KOTA LONDON



menghitung hari
melayar e-dompet
sebuah kembara
travelog uk

London
Worthing
Sheffield
Leeds

tunggu!
aku datang

Thursday, June 04, 2009

TRAVELOG TARBIAH : RINDU BAU POHON TIN


BUKU ini saya temui di kedai mamak di Anjung semasa mencari Panadol sebagai teman sakit kepala. Ia mengingatkan saya kepada Travelog Jepun yang sudah sebulan dikemukakan kepada editor. Ia juga memberi inspirasi kepada buku Travelog UK yang seang dikarang. Buku ini habis dibaca pada hari yang sama, di pejabat, selepas waktu kerja.

Wednesday, June 03, 2009

AKU INGIN TERBANG


sesekali
aku ingin terbang
bebas seperti burung
dalam sangkar

tangan tak sampai

Tuesday, June 02, 2009

BUKU, FOTO DAN RUANG PAMERAN



sekeping foto menjadi seribu kata
seribu kata menjadi teman sahabat
sebuah buku menjadi duit

Monday, June 01, 2009

BUKU, FOTO DAN LUKISAN



Di antara
buku
foto
lukisan

aku
pilih
dia