Labels

Thursday, September 12, 2013

TAN SRI MBA DAN DATUK AZIZ

SAYA pernah tidak dilibatkan dalam majlis besar yang melibatkan Perdana Menteri. Apabila saya tidak dilibatkan, maka saya buatlah kerja saya dan tidaklah melibatkan diri. Perjalanan majlis bermula dari perancangan, raptai danseterusnya majlis sebenar. Saya tidak hadir sebarang mesyuarat dan juga raptai kerana memang saya tidak terlibat.

Ada orang memberitahu saya bahawa bos bertanya mengapa saya tidak datang semasa latihan dan raptai. Pengarah lain semuanya ada. Saya jawab bahawasanya saya tidak terlibat dan tidak ada peranan. Saya hanya dijemput hadir pada hari kejadian sebagai tetamu.

Pada hari kejadian, saya ke tempat perasmian bersama pemandu dan timbalan saya. Samapi dipertengahan jalan, saya mendapat panggilan daripada urusetia mengatakan saya ditugas untuk menyambut seorang Menteri Kabinet. Bos tidak berkenan dengan pegawai yang telah ditetapkan sebelum ini.

Jalan jem dan kami mengambil masa untuk sampai ke tempat kejadian. Akhirnya saya sampai 1 jam lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk tetamu. (Saya datang sebagai tetamu, bukan pegawai bertugas). Apabila saya tiba, bos dan pengarah-pengarah lain sedang beratur menunggu VVIP. Saya jadi serba salah dan meminta pemandu berhenti jauh sedikit dari lokasi. Walau bagaimanapun bos nampak dan keluar dari mulutnya bahawa tetamu kehormat Tan Sri MBA bersama pengawal peribadi, Datuk Aziz baru tiba.

So what?.

Saya pergi menemui urussetia dan mendapat sedikt penerangan dan tempat duduk menteri yang perlu saya sambut. Apabila menteri tiba, saya bawa beliau ke tempat duduknya dan seterusnya ke meja jamuan yang telah ditetapkan. YB Menteri sangat gembira dan saya telah berjaya melaksanakan tugas saya dengan jayanya walaupun diberi notis 30 minit sahaja.  Saya yakin, orang lain tidak akan berjaya melaksanaan tugas itu kerana mereka tidak tahu apa yang saya tahu mengenai YB tersebut.

Bukan takbur, tetapi tugasan dan notis yang diberikan adalah suatu penghinaan sebenarnya.


Tuesday, September 10, 2013

TIBA DI JEPUN TENGAH MALAM: TIDUR DI AIRPORT ATAU CHECK-IN HOTEL?

HANEDA AIRPORT

Bila kita naik AirAsia ke Jepun, kita akan mendarat di Haneda Airport lebih kurang 11.45 malam. DILEMAnya ialah kemana mahu pergi tengah malam begini?. Jika check-in hotel terasa sudah RUGI satu hari.

Cadangan saya ialah .... duduk sahaja di airport hingga pagi. Setakat pengetahuan dan pengalaman saya, pengurusan dan pihak keselamatan Haneda Airport memberi kebenaran dan kerjasama yg baik bagi penumpang yang tinggal/tidur di airport (saya pernah dihalau di Osaka airport (KIX) kerana airport ditutup pada tengah malam).

Apabila tiba, carilah tempat yg sesuai untuk duduk dan berehat. Insyaallah selamat. Untuk solat, boleh gunakan bilik pesalinan di tingkat bawah. Tidak ada gangguan, tetapi janganlah dibasahkan tempat itu. Laplah selepas digunakan. Kami siap berjemaah Maghrib+Isya di situ sementara menunggu hari siang.

Setelah siang, bolehlah ke hotel yg telah ditempah untuk SIMPAN BARANG dan mulakan lawatan anda. Sebabnya masa check-in rata2 hotel di Jepun ialah 3pm.

Semoga bermenafaat.
PANDANGAN/PENGALAMAN DIALU-ALUKAN.

Monday, September 09, 2013

KEDAI MUKABUKU

Ini Kedai sahabat saya. Namanya mukabuku. Dalam Kedai ada buku. Ia itu Buku tulis, bukan Buku Lima. Buku tiga Lima juga ada. Barang sampai di kaki lima. 

Sebenarnya ada cerita mengenai Kedai ini. 

Friday, September 06, 2013

PUASA SEBULAN - RAYA SEBULAN

SYAWAL sudah di penghujungnya. Namun jamuan raya masih belum reda. Hujung-hujung ini jamuan raya kian rancak. Rasa-rasanya selepas Syawal pun masih ada lagi jamuan raya. Itulah negara kita.

Ada pun jamuan raya yang dibuat oleh jabatan-jabatan kerajaan, saya lihat ia sangat membazir. Membazirkan wang dan membazirkan masa serta produktiviti kerja. Mengapa?. Paling kurang satu hari kerja semua staf terbuang kerana persediaan jamuan hari raya jabatan. Jika setakat jabatan sahaja, masih boleh maaf lagi. Ini.... setia bahagian dalam jabatan, pasti buat jamuan raya juga. Lepas itu tiap seksyen dan unit juga buat jamuan raya. Mengapa? tentulah untuk membazir ...

KIta kan suka berhibur dan berlibur?.

Thursday, September 05, 2013

KENANGAN MENUNGGU DURIAN


Sampai di dangau. Sebelum tidur sembang dulu. Sedang sembang ada yang terlena. terlentuk. Yang tidak tidur agaknya main terup. Tengah malam angin sejuk. Suara dengkuran bertali arus. Bersahut-sahutan hingga pagi.



Cari durian yang gugur.


Banyak juga yang dapat ....

dapat beberapa