Labels

Thursday, April 30, 2009

JANGAN BELI iPHONE


SEBELUM berkayuh malam tadi, saya telah nekad untuk memiliki iPhone. Maklumlah, ia serba canggih dan harganya juga tidaklah mahal sangat. Cuma bayar RM1500 dan kita telah boleh menggunakan iPhone dengan komitmen RM100 sebulan selama 12 atau 24 bulan. Saya bercadang untuk menggunakannya selama 12 bulan sahaja dan selepas itu iPhone akan digunakan menggunakan nombor lain.

Tiba di kedai:-

I: Ada jual iPhone?
X: Demo set tak ada
I: Jika booking berapa lama boleh dapat?
X: Jika tak ada stok seminggu. Jika ada stok 2 jam
I: OK saya nak booking satu. Berapa kena bayar, paling murah?.
X: Paling murah RM1500, komitmen RM100 sebulan dan advance RM400. Jadi encik perlu bayar RM1900 terus iPhone milik encik.
I: Baiklah
X: Encik ... iPhone tak bagus. Tak boleh MMS, tak boleh video call
I: Saya tahu, saya dah baca, saya nak jugak
X: Encik.... Julai nanti ada iPhone baru. Boleh MMS, boleh video call
I: Ah.... tentu harga mahal
X: HArga memang mahal, tapi encik tunggu saja JUlai, iPhone ini akan turun harga. Baru beli.
I: Ya tak ya juga. JUlai tak lama lagi, boleh tunggu. Terima kasih.
X: sama-sama

Ada juga pekedai yang jujur begini. Terima kasihlah.

Wednesday, April 29, 2009

HELMET BARU


SEMALAM terima helmet baru.
Setengah harga berbanding jika dibeli di Malaysia.
Amin.

Monday, April 27, 2009

PEN PARKER


PADA pendapat saya pen Parker adalah di antara pen yang paling kelas. Namanya hebat. Semasa zaman kecil, saya sangat berminat dan bercita-cita untuk memiliki sebatang pen Parker. Anda bagaimana?.

Itu dulu. Kini pen Parker telah sangat merosot jualannya. Adakah anda tahu jenama apakah yang menjadi pesaing Parker?.

A - Sheafer
B - Montblanc
C - Lamy
D - Pilot

Yang mana satu?





Semuanya salah. pen Parker tidak kalah dengan pen lain. Ia kalah dengan pemetik api. Ya .... pemetik api (lighter) adalah pesaing kepada pen Parker !

Sunday, April 26, 2009

BERBASIKAL DI CAMERON HIGHLAND












KAMI bertiga meninggalkan Hotel Rosa Passadena pada jam 4.30pm dan mula mengayuh pada jam 5pm. Kami berkayuh dalam kebun teh Boh, Cameron Highland. Kayuhan ini berakhir pada jam 7pm. Ini bermakna kami berkayuh pusing-pusing ladang teh, termasuk berhanti selama dua jam.

Bermula di tempat letak kereta, kami mengikuti trak di sebelah kiri sehingga tiba di tepi sungai dan agak sukar untuk direntasi. Perjalanan di sini lebih kurang dari Genting Sempah ke Janda Baik. Semasa pergi seronok menurun dan apabila pulang, sendiri mau ingat beb!.

Kemudian trak kedua ialah dalam kebun teh sendiri. Menaiki bukit semasa pergi dan menurun bukit semasa pulang. Bukit-bukitnya tidaklah begitu tinggi, cuma curam di sebelah gaung sepanjang perjalanan. Maknanya jika kurang berhati-hati akan terpelantinglah jauh ke bawah. Permandangan sungguh indah dan trak-berkembar adalah sangat baik untuk MTB. Paling menarik ialah cuaca sejuk yang amat nyaman.

Bagi saya, inilah kayuhan yang paling indah. Amat rugi bagi sesiapa yang tidak dapat merasai peluang berkayuh di sini. Pemandangan cantik. Cuaca nyaman. Lebih indah lagi sekiranya berkayuh di sebelah pagi.

Saturday, April 25, 2009

BERSEMINAR DI CAMERON HIGHLAND

BERTOLAK dari rumah ke Cameron Highland jam 10am untuk seminar yang bermula jam 3pm. Memandu mengikut Simpang Pulai dan tiba pada jam 2.30pm. Setelah check-in, terus ke bilik seminar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan kerana bos tidak dapat hadir. Terima teks ucapan kurang daripada lima minit sebelum ucapan dibuat. Kira OKlah.

Seminar hari pertama berakhir jam 10.30pm dan disambung lagi 8.30am pagi ini.

Cadangnya petang ini akan berkayuh keliling Cameron Highlsnd.

Friday, April 24, 2009

KPI

KINI satu Malaya memperkatakan tentang Indek Prestasi Utama ataupun Key Performance Indicator (KPI).

YAB Perdana Menteri dalam ucapan pembentukan kabinet menyebut

"these indicators will focus on impact, rather than inputs, outcome, rather than outputs, and ensure that public service deliver value for money".

Jika diterjemahkan barangkali ia jadi begini

"Indikator ini akan berfokus pada dampak daripada input, hasil, daripada output, dan memastikan bahwa layanan kepada orang awam memberikan nilai wang"

Apakah KPI?.
Bagaimana mengukur KPI?

Thursday, April 23, 2009

PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN

SEMALAM saya diminta ke satu majlis di Kuala Lumpur pada sebelah malam dengan 5 jam notis. Majlis ini dihadiri oleh VIP dan saya perlu berpakaian seperti mana yang ditetapkan dalam kad jemputan.

Komputer dalam minda saya terus membuat perkiraan:-

1. Saya perlu menjemput anak dari sekolah pada jam 6.10 petang. Ini bermakna saya hanya boleh tiba di rumah pada jam 6.30pm. Majlis di KL pada jam 7.45pm kelihatan terlalu suntuk.

2. Saya mempunyai beberapa pilihan pengangkutan:
- Memandu ke lokasi. Risiko kesesakan jalan amat tinggi
- Menaiki ERL dari Putrajaya
- Menaiki KTM Komuter dari Kajang yang lebih hampir dengan rumah. Namun jadual komuter selalu tidak tepat.
- Menggunakan pemandu pejabat. Masa sudah suntuk dan sukar untuk menyusahkan orang lain.

Saya berserah sahajalah. Keluar awal dari pejabat menuju ke sekolah anak. Bersesak-sesak dengan ibu-bapa yang lain. Alhamdulillah dia keluar awal. Tiba di rumah, saya uruskan makan malam anak-anak (isteri di luar kawasan). Solat Asar dan mengenakan pakaian yang ditetapkan. Memandu kereta tanpa apa-apa perancangan. Sedar-sedar saya sudah ke arah Putrajaya. Maka .... saya bertekad untuk menaiki ERL di stesen Putrajaya. Dipendekkan cerita saya tiba di lokasi pada jam 7.35pm dan sesudah solat Maghrib terus ke meja pendaftaran.

Alamak..... kena duduk di meja VIP. Kedudukan ini memang sangat-sangat dinantikan oleh orang lain. Namun bukan saya. Saya lebih selesa duduk di meja biasa (duduk di kerusi sebenarnya). Dengan beberapa ayat penggoda, penyambut tetamu membenarkan saya duduk di meja biasa. Hmmm..... barulah boleh makan.

Akhirnya tiba semula di rumah pada jam 11.30 malam. Beginilah kerja, keluar rumah jam 6.30am lagi.

Kesimpulan: Kadang-kadang keputusan penting dibuat di luar sedar.

Wednesday, April 22, 2009

SAYA PUN MELAYU


PERTAMA kali saya bertemu dengan "Saya Pun Melayu (SPM)" adalah di Pesta Buku Antarabangsa KL 2009. Namun kerana matlamatnya satu, iaiatu ke PTS saya hanya sempat menjeling sahaja. Tadi saya temuinya lagi di Lapangaterbang Pulau Pinang. Akhirnya SPM mengikut saya pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat MAS kelas pertama.

Kini saya sedang membelek-belek SPM di atas katil yang menjadi teman tidur saya pada malam ini. Isteri saya di luar stesen.

Tuesday, April 21, 2009

NASI LEMAK BONDA


SAYA meninggalkan rumah jam 5 pagi menuju Putrajaya Sentral untuk menaiki ERL ke KLIA. Dari KLIA berlepas ke Pulau Pinang. Dalam masa yang sama rakan semesyuarat meninggalkan rumah ke destinasi yang sama dengan memandu kereta. Mereka tiba di bilik mesyuarat jam 9am dan saya tiba jam 10.30am.

Apakah bezanya?. Saya sempat menghabiskan "Nasi Lemak Bonda" setebal 202 mukasurat. Novel cilik ini adalah merupakan sebahagian daripada pra-syarat untuk dibaca sebelum boleh menulis novel sejenis dengannya.

Monday, April 20, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2009

Buku saya ada dijual di PTS:-



TEMUDUGA SARJANA



MINGGU lepas saya menemuduga calon-calon untuk ijazah sarjana (masters). Saya dapati ramai juga muka-muka veteran yang ditemuduga semula. Maksudnya mereka telah hadir beberapa kali sesi temuduga dan masih juga belum berjaya.

Pertama kali saya ditemuduga untuk masters ialah 14 tahun lalu dan alhamdulillah saya berjaya dalam percubaan pertama ini. Setelah saya pulang dengan membawa ijazah sarjana, saya pula yang menyambung kerja-kerja menemuduga calon-calon sehingga sekarang. Ia merupakan kerja amal untuk membantu.

Kenapa agaknya mereka perlu hadir beberapa kali sesi temuduga sebelum berjaya?. Jawapan mudah kepada soalan ini ialah persediaan. Anda perlu bersedia sebelum bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Anda perlu meyakinkan penemuduga bahawa anda memang sudah bersedia. Bukan hanya anda perlu membuat persediaan, keluarga anda juga perlu bersedia. Kerja yang bakal ditinggalkan juga perlu mengetahui perancangan dan persediaan anda.



Saya sudah lama merancang untuk menulis "Travelog UK" yang bakal memberi tip-tip ke arah persediaan ini. Barangkali buku ini boleh disiapkan pada tahun ini juga. Ini adalah kerana keseluruhan sinopsis dan plot telahpun disiapkan. Sekarang saya sedang menunggu buku "Travelog Jepun" yang saya telah kemukakan manuskripnya diterbitykan dahulu sebelum menyiapkan "Travelog UK".

Walau bagaimanapun sedikit tip temuduga ada di dalam buku saya "Kerjaya dalam Bidang ICT".

Sunday, April 19, 2009

Saturday, April 18, 2009

SATU ANUGERAH


DALAM penerbangan dari KLIA ke KK dan Lahad Datu, saya khatam sebuah buku berjudul "Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah" (KAWSA). Amat jarfang sekali saya boleh menghabiskan sebuah buku setebal 163 mukasurat sebegini dalam penerbangan yang tidak begitu panjang. Namun KAWSA sangat berlainan. Ia sangat seronok dibaca. Buku ini ditulis oleh seorang bapa kepada seorang anak istimewa. Ia menceritakan pengembaraan keluarga ini ke segenap pelusuk negara, malahan dunia untuk menyembuhkan penyakit yang dialami oleh Atiq Wazif semenjak lahir.

Terlalu banyak pengajaran yang disampaikan dalam buku yang sangat menarik dibaca ini. Gaya penceritaannya seolah-olah kita begitu rapat dengan Atiq dan keluarga ini. Bahasa yang digunakan sungguh mudah dan senang dibaca. Jikalah saya mampu menulis begini, alangkan seronoknya!.

Dalam penerbangan pulang, saya sedikitpun tidak ada mood untuk membaca walaupun bersama saya check-in ada lagi sebuah novel yang sudah lama ingin saya baca. Mood bukan sahaja penting untuk menulis, malahan untuk membaca juga.

Friday, April 17, 2009

KE MANA MENGHILANG?

AHAD lepas adalah posting terakhir. Ke mana menghilang?.

Isnin-Rabu ada tugasan di INTAN. Apabila kita sudah biasa ke Putrajaya, untuk ke KL sekali-sekala memang seksa. Kesesakan jalanraya amat dirasakan.

Kemudian Khamis terima tugasan di Lahad Datu. Tiket penerbangan jam 12pm Rabu telah tersedia. Alamak!.

Uruskan dengan peserta supaya datang awal hari Rabu untuk menyiapkan tugasan awal. Itu rancangan kita. 6.15 pagi bertolak dari rumah ke pejabat. Menaiki kenderaan pejabat jam 6.55am. Dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya. Semua jalan sesak. Akhirnya hanya tiba jam 8.30am di INTAN dan terus bergegas melaksanakan tugasan setelah memesan kepada pemandu untuk ke KLX bagi urusan check-in.

Akhirnya jam 10.00 selesai tugasan dan meluru ke KL Sentral. Tiba di KLIA jam 11.00 dan barulah dapat makan pagi. Fuhh.... Seterusnya terbang ke Kota Kinabalu dan kemudiannya ke Lahad Datu.

Bergegas pulang sebaik sahaja selesai tugasan di Lahad Datu kerana besoknya (Jumaat) ada tugasan sepanjang hari di PICC pula.

Itulah kisah kehilangan.

Thursday, April 16, 2009

TENGGEK BURUNG



..nasi sudah masak,
ikan sepat goreng,
sambal belacan+tempoyak,
ulam tenggek burung.

dalam hati mereka,
"ya tak ya juga ya.. mmm.. sudah agak lama menghilang MBA... coretan segar sudah pasti nanti"

"jom!"


ha ha ha .... saya berada di luar wilayah Celcom.

Sunday, April 12, 2009

JADUAL KAYUHAN APRIL

Sepanjang April, PERs akan menganjurkan empat PAR: (Putrajaya Away Ride):-

Week 1: Pusing-pusing cari janda baik-baik

040409 (Saturday)

RV: R&R Genting Sempah(Tepi highway Karak), 8am

Tayar Golek: 830am

Laluan: R&R genting Sempah -------> Janda Baik------>Restoran Pak Anda (For Nasi Lemak) ------> R&R genting Sempah

Distance: 30km

Bike: MTB & RB

DONE

Week 2: Ais Kachang Bentong

110409 (Saturday)

RV: Bentong (Kow Po), 7.45am

Tayar Golek: 8.00am

Laluan: Bentong ---->R&R genting Sempah -------> Bentong ------>Ais Kachang
Distance: 60km

Bike: MTB & RB

DONE

Week 3: Puncak Genting Sempah

180409 (Saturday)

RV: Hospital Orang Asli, Gombak, 730am

Tayar Golek: 800am

Laluan: Hospital Orang Asli, Gombak ------->Puncak genting Sempah & return

Distance: 32km

Bike: MTB & RB

Tidak dapat hadir kerana mesyuarat JICA

Week 4: Broga

250409 (Saturday)
Bike: MTB only
Tidak dapat hadir kerana bertugas di Cameron Highland

Saturday, April 11, 2009

BENTONG DITAWAN



SAYA memiliki basikal (roadbike - RB)pertengahan Januari 2009. Belum sampai 3 bulan. Kayuhan pertama ialah ke Tekala. Lebih kurang 50km. Masyaallah teruknya, tapi kira bolehlah. Hari ini saya ke Bentong, DAri Bentong ke Genting Sempah dan kembali ke Bentong. 70km menaiki bukit-bukau. Sungguh memenatkan, tapi seronok. Lima belas orang semuanya.

Friday, April 10, 2009

PENULIS PTS PALING POPULAR

1. Ain Maisarah (43,917 naskhah)
2. Dr. Danial Zainal Abidin (23,812 naskhah)
3. Farihah Iskandar (19,538 naskhah)
4. Dr. Tengku Asmadi (18,182 naskhah)
5. Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim (16,914 naskhah)
6. Ezee Rahmani (13,070 naskhah)
7. Ann Wan Seng (9,443 naskhah)
8. Zaid Akhtar (8,835 naskhah)
9. Natasha Effyzal (5,523 naskhah)
10. Aizam Aiman (5,375 naskhah)

Wednesday, April 08, 2009

NASI LEMAK JANDA BAIK



RAMAI orang memperkatakan tentang Andak Place yg terletak di tengah-tengan Janda baik. menjadikannya tempat persingahan dan rehat yang strategik. Andak Place juga merupakan chekepoint untuk pengemar sukan barbasikal.

Oleh itu semasa persinggahan, kamipun cuba nasi lemaknya. Memang lemak!.

Tuesday, April 07, 2009

JOM PI JEPUN : MURAH


Pakej istimewa oleh JAL + Hotel Vintage:

Penerbangan dengan pesawat JAL*
(KUL / NRT / KUL )
* termasuk cukai / surcaj

Hotel penginapan di Shinjuku:
Vintage Hotel (Bilik sahaja)

Tawaran Istimewa:

a) Tiket penerbangan + 3 malam penginapan +
Bas pengangkutan dari Airport ke hotel pergi balik :

RM 2480.00** seorang dewasa (semi double)
RM 2750.00** seorang dewasa (twin sharing)

b) Tiket penerbangan + 4 malam penginapan +
Bas pengangkutan dari Airport ke hotel pergi balik :

RM 2650.00** seorang dewasa (semi double)
RM 2990.00** seorang dewasa (twin sharing)

**Promosi sehingga 15 April bagi perjalanan hingga 15 Julai & tertakluk kepada tempat duduk (JAL) dan penginapan.

Hubungi:
Azhar Abu Bakar
Sales Manager
Angkasa Travel Service Lufthansa City Center
First Floor, Bangunan ATS,
No.53-55, Jalan Kampung Pandan.
55100 Kuala Lumpur.
Tel: +6 03 9284 3808 ext 202
Fax: +6 03 9282 9875
Mobile:: +6 019 273 9390

Email: azhar@angkasa.travel

Monday, April 06, 2009

BERMAIN HUJAN F1


SEMALAM saya ke Sepang International Circuit (SIC) lagi menemani kawan yang belum pernah ke F1. Seperti biasalah, F1: laju dan bising. Walaupun langit mendung, kami tetap bertolak juga kerana tiket sudah di tangan. Apabila tiba di SIC, hujan mula turun dan tidak ada tempat letak kereta lagi yang berdekatan dengan lokasi Grandstand. Kami terpaksalah meletak kereta di hujung bukit dengan bayaran RM50 dan perlu menaiki bas pula untuk ke Grandstand. F1 kali ini terpaksa dihentikan separuh jalan kerana hujan lebat.

F1 ini sebenarnya sukan. Cuma penontonnya mungkin tidak bersifat kesukanan. Merokok bagaikan suatu pesta. Arak dijual dengan bebas. Masa inilah pemuda (dan pemudi) Melayu dengan bebas juga membeli dan minum arak. Pesta pakaian tunjuk pusat pula merupakan kemestian. Kawan saya kata, kawan dia yang suka sangat datang ke F1 adalah kerana ia berjudi. Entahlah labu.

Kawan saya pula tidak pernah mis F1. Sudah 9 kali F1, sudah 9X lah dia datang menonton. Secara berseloroh saya berkata kepadanya "kamu ni jika tidak ada penglihatanpun kamu boleh 'nampak' kereta mana yang melintas". Dari bunyi kereta sahajapun dia sudah tahu siapa pemandunya. Hebat dia.

Sunday, April 05, 2009

JANDA BAIK LAGI



SABTU 4 April kami ber-8 berkayuh lagi di Janda Baik. 2 RB dan 6 MB. Kayuhan bermula 8.30am dan berakhir 12.30pm. Jarak kayuhan cuma 33km sahaja. Namun oleh kerana berbukit-bukit, maka purata kelajuan cuma 18km sejam sahaja.

Kayuhan begini kira "doable"lah. Bak kata Grannits "Sapa tak mai rugi. The most challenging ride so far. Dr T saja je nak encourage kami gang2 MTB. Dia dan MBA kayuh selamba je. Kami yg tercungap2. Anyway, looking fwd to Gombak to Genting Sempah with my faithful MTB. Bentong - surrenderla. Tunggu cerita dgn Lan utk beli Bianchi Titanium. He.. he.."

Sebenarnya bukan sepanjang 33km itu kayuhan selamba. Ada juga tempat yang saya tercungap. Apabila naik bukit, RB dah tak boleh main perlahan, nanati jatuh. Oleh itu, yang perlahan saya kena potong. Sampai dah hujung-hujung, matahari tengah panas, saya nampak langit gelap sahaja. Namun bintang belum keluar. Tengok denyutan jantung baru 138. Yang mana satu nak percaya ni?.

Oh ya.... kami berhenti makan di Andak Place. Semasa ingin beredar, seorang pemuda datang menegur saya. "Encik ini penulis buku kan!". "Saya adalah anak tuan kedai ini". Alamak ......

Saturday, April 04, 2009

SATU MALAYSIA

Teori RAHMAN sudah ke penghujung.
(R) Tunku Abdul Rahman (A) Abdul Razak (H) Hussein Onn (M) Mahathir Mohamad (A) Abdullah Ahmad Badawi (N) Najib Razak. Selepas ini?.

Gagasan Najib ialah "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan".

Apakah kefahaman anda mengenai gagasan ini?.

SATU MALAYSIA - Malaysia adalah satu, sebuah negara (sahaja). Tidak ada negara dalam negara. Tidak ada Tanah Melayu. Tidak ada bangsa lain selain dari Bangsa Malaysia. Satu bahasa, Bahasa Malaysia. semuanya satu, hanya satu.

RAKYAT DIDAHULUKAN - Siapakah rakyat?. Kita semua!. Siapa lagi selain daripada rakyat?. Sudah tentu pemimpin. Dalam negara hanya ada dua warga: Rakyat dan Pemimpin. Dalam hal ini Rakyat didahulukan. Maknanya pemimpin dikemudiankan. Adakah dahulu maksudnya istimewa?. Adakah ungkapan ini akan berbeza sekiranya ditulis "Rakyat Diutamakan?".

PENCAPAIAN DIUTAMAKAN - Pencapaian bermaksud (Kamus Dewan) "Apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh).Apakah maksudnya?. Adakah ia bermaksud mengutamakan apa yang telah dicapai?. Untuk apa?.

Ulasan anda dialu-alukan.

Wednesday, April 01, 2009

BUAT DUIT DENGAN FOTO

HARI ini 1 April 2009, buku "Buat Duit Dengan Foto" dijadualkan berada di pasaran. Buku ke-2 ini kebetulan bersamaan dengan tarikh kelahiran Syahir, anak ke-4 saya. Buku pertama pula "Kerjaya dalam Bidang ICT" yang keluar 4 April 2009 adalah bersamaan dengan tarikh kelahiran Syakir, anak ke-3.


Berikut adalah bab-bab dalam buku 1 April ini:-


Bab 1: Pengenalan Bisnes

Pendahuluan
Bisnes
Buat Duir Dengan Kamera
Masa, Lokasi dan Persaingan

Bab 2: Kemahiran
Kemahiran Merakam Foto
* 10 Sebab Mengapa Foto Anda Ditolak
Kemahiran Menyunting Foto
Kemahiran Menulis Katakunci
Kemahiran Mencari Idea

50 Idea Buat Duit Dengan Kamera
Idea Buat Duit Dengan kamera Melalui Internet

+ Buat Duit Dengan Stok Foto
+ Buat Duit Dengan Flickr
+ Menjual Foto di eBay
+ Memasarkan Foto Anda di Amazon.com
+ Buat Duit Tanpa Menjual Sebarang Foto

Bab 3: Barang Mentah/ Sumber Bekalan

* Kamera
* Komputer
* Internet
* e-mel
* laman web
* Akaun Bank
* Kad Kredit/Kad Debit
* E-Dompet

Bab 4: Modal

Bab 5: Pelanggan/sasaran

Bab 6: Pendaftaran Bisnes

Agensi Stok Foto

* BigStockPhoto
* Dreamstime
* Fotolia
* iStockPhoto
* ShutterStock
* Istockphoto
* USPhotostock
* MicroStockPhoto
* Scoopt
* PhotoStockPlus
* CameraDollars
* CanStockPhoto
* Snapvillage

E-Dompet
* PayPal
* Moneybookers


Bab 7: Pengurusan
Rangkakerja
Faktor Kegagalan
Tanda-Tanda Anda Adalah Jurufoto Profesional
Apa Yang Menjadikan Anda Jurufoto Profesional?

Bab 8: Harga tawaran
Harga Foto Melalui Mikrostok
Royalti atau Komisyen Kepada Jurufoto
Penentuan Harga Jualan Foto Cara Tradisional


Bab 9: Promosi/pemasaran
Broucer, pamplet, poster, kad bisnes
Fotfolio
Membina Laman Web atau Blog Fotografi
Menyertai Forum Berkaitan Fotografi

Bab 10: Organisasi/badan berkaitan
Agensi Pembayar
Agendi-Agensi Stok Foto
Persatuan/Pertubuhan

Bab 11: Perkara-Perkara Berkaitan
Undang-Undang dan Peratutan
Etika Jurufoto
Kerjaya Sebagai Dalam Bidang Senifoto
Tip-Tip Untuk Berjaya Sebagai Seorang Jurufoto Bebas
Temubual Dengan Jurufoto Amatur
Tidak Ada Idea Untuk Mengambil Gambar?