Labels

Thursday, October 09, 2003

BAHAYA BERTERUS TERANG

BAHAYA BERTERUS TERANG

I
Hari ketiga ayah dimasukkan ke hospital kerana "sakit dada", seorang doktor muda telah memberitahu beliau lebih kurang (mengikut apa yang diceritakan oleh ayah) "penyakit pakcik memang dah teruk, dah tak boleh buat apa lagi, pak cik hanya boleh hidup dalam masa 2 minggu sahaja lagi". Pelbagai persoalan boleh ditimbulkan daripada "ungkapan" ini. Yang paling utama ialah apakah perasaan pesakit apabila mendengar penyataan "berterus terang" daripada doktor tersebut?. Mengapa doktor perlu berterus terang sebegitu kepada pesakit sendiri dan tidak kepada orang lain, umpamanya waris terdekat?. Pernyataan berterus terang begini membuat seluruh keluarga saya menjadi kelam kabut. Mak terus menelefon saya supaya balik dan secara berterus terang juga katanya "doktor kata ayah akan mati dalam masa 2 minggu lagi".

Dipendikkan cerita, ayah saya diserang penyakit barah baru-paru yang hanya dikesan di peringkat akhir. Mengikut ilmu perubatan memang ianya telah terlambat. Saya berjumpa dengan kawan saya yang merupakan doktor pakar di hospital berkenaan dan menerangkan serta bertanyakan tentang beberapa prosedur dan tatasusila doktor. Dipendikkan lagi cerita yang ingin dipendikkan ini, kawan saya itu telah memarahi doktor tersebut (juga secara berterus terang) di dalam wad yang boleh didengari dan difahami oleh semua staf perubatan yang lain.

Akibatnya ialah ... "banjirlah" wad tersebut dengan airmata. Inilah kali pertama doktor muda yang masih belum confirm itu diperlakukan sebegitu agaknya. Kemudian saya dipanggil oleh beliau untuk menonton lagi lakonan air mata dan permintaan maaf dari beliau.

Akhirnya setelah mendapat pandangan dari beberapa pihak, saya membawa ayah pulang dan sememangnya ajalnya sudah tiba, Allah mengambil nyawa beliau 2 minggu selepas peristiwa tersebut. Alfatihah untuk arwah ayah.

II
Arwah bapa mertua juga meninggal kerana menghidapi barah, kali ini barah perut. Kes ini diuruskan oleh doktor secara "lembut" di mana doktor memanggil waris terdekat dan memaklumkan yang beliau hanya ada harapan sekitar enam bulan sahaja. Pernyataan begini bolehlah diterima oleh waris, cuma bagaimana caranya untuk berterus terang kepada pesakit sendiri pula yang menjadi satu masalah.

III
Seorang "pegawai teknikal" telah berterus terang kepada ketua besar nya (KB) mengenai bagaimana pemasangan rangkaian komunikasi dibuat bagi menyambung 2 buah komputer yang berada di dalam bangunan yang sama. Ia itu komputer A dan B dihubungkan ke ibu pejabat terlebih dahulu sebelum kedua-duanya dapat berhubung. Ini telah menimbulkan rasa tidak puashati KB kerana katanya sepatutnya komputer A dan B patut disambung secara langsung sahaja.

Dalam mesyuarat, keputusan dibuat bahawa setiap komputer dalam jabatan tersebut mesti disambung terus, bukan ke ibi pejabat terlebih dahulu, sebab kata KB ia perlu untuk dapat masa capaian yang laju. Berdentum dentang bunyi guruh dalam air kopi bilik mesyuarat, tetapi keputusan adalah muktamad. Saya mencelah: tuan KB, dalam hal talian telefon, apabila tuan ingin bercakap dengan jiran sebelah rumah, tuan tidak boleh sambung terus ke rumah tersebut, talian tuan perlu pergi kepada xchange atau ibu sawat telekom dulu, kemudian baru balik semula ke rumah jiran tersebut. Ini perkara teknikal, tuan tak perlu tahu. Tuan patut komplen bila tak dapat bercakap atau suara tak jelas atau bila ia rosak dsb. Perkara-perkara teknikal ni serahkan sahajalah kepada pegawai teknikal untuk uruskannya sebab mereka lagi pakar dalam perkara ini.

Oh tidak... sekarang saya dah tahu macamana ia dipasang dan saya tak mahu cara demikian. STOP.

No comments: