Labels

Wednesday, May 31, 2006

BERCUTI GUNA DUIT RAKYAT

CUTI sekolah dah nak masuk seminggu. Tinggal lagi seminggu. Kini ofis dah lengang. Jalan dan kurang jem. Majlis nikah-kahwin merata-rata.

Kat ofis-ofis di Malaya ini biasanya nak buat meeting, memang tak cukup korum, alasannya ialah cuti sekolah. Jika ada kerja, gerenti tak siap dengan alasan yang serupa. Ini maknanya rakyat Malaysia amat perihatin. Ada keseimbangan antara kerja dan keluarga, antara bos dengan anak-anak, antara pejabat dengan kampung halaman.

Ada juga ofis yang buat bengkel, seminar, summit, kursus, mesyuarat di luar pejabat sempena dengan cuti sekolah ini. Tempat yang biasa di pilih ialah tempat yang bos penganjur suka atau negeri bos penganjur atau kampung halaman mertua bos. Tak salah kan?.

Kemudian anak buah pula sudah tentu akan bawa seisi keluarga untuk bercuti semasa mereka 'bekerja'. Ambil kesempatan keluarga bercanda bercuti sambil bekerja. Tak salah kan?.

Jadi apa yang salahnya?.

Pegawai diberikan kemudahan mengikut kelayakan masing-masing:-

- Jika hanya layak duduk bilik berkongsi, nak bawa keluarga bayarlah sendiri. Tak kan kena bayar pakai duit rakyat kot!
- Jika kena naik kapalterbang dan tak diluluskan naik kenderaan, nak bawa keluarga nak suruh rakyat bayar jugak?
- Dalam masa senggang, kalau nak main golf ke nak main apa ke, main sajalah... tapi janganlah guna duit rakyat

Banyak lagi ....

Tuesday, May 30, 2006

MENGAKU AYAH: DULU NASHA AZIZ KINI SITI NURHALIZA, LEPAS NI SIAPA PULAK?



DULU kecoh sekejap Malaya ni sebab Nasha Aziz disaman oleh bapa kandung sendiri (alamak, mana ada bapa yang mengandung?. Ini kesalahan bahasa yang amat ketara). Kunun cerita Nasya bilang ayah dia dah mati (alahai ini lagi satu, apa bilang-bilang? berapa kali mau bilang da!!!.. kalau cakap kan senang?). Sedangkan yang mati ialah ayah angkatnya (kawan saya marah sebut mati bagi orang, bagi dia mati hanya untuk binatang. Jika orang hendaklah disebut meninggal. Bagi saya mati untuk orang, mampus untuk binatang. ha ha ha). Jadi ayah dia saman sama dia. see U in court.


KINI Situ Nurhaliza ( betul ejaan tu? Siti Norhaliza kot ). Kunun cerita lagi, ada seorang hamba Allah mengaku berikan anak dia yang bernama Za (Norhaliza) kepada seorang polis bernama Din (Tarudin). INi sebenarnya kan.... rasa-rasanyalah, bukan hamba Allah tu yang mengaku, tetapi hamba Allah yang menulis aka buat cerita ni kot, sebab nak lariskan surat khabar dia (semoga blog ini juga akan laku bila kena search nanti .

Begitulah dunia ini, mengakulah apa saja bila seseorang tu dah fofular...

Monday, May 29, 2006

SAKIT

TIAP kali gosok gigi di waktu pagi, dia dapati giginya berdarah. Gigikah yang berdarah? Gusikah atau dari mana darah tersebut datang?. Dia buat acuh tak acuh sahaja dengan keadaan tersebut. Namun setelah tiga bulan perkara ini berlaku, dia mula risau. Lagipun dia pernah terbaca pamplet mengenai simpton begini. Ia tidak boleh dipandang remeh.

Lalu dia ke klinik untuk bertemu dengan doktor. Namun doktor tidak mengesyaki apa-apa yang berlaku, tidak perlu dirisaukan dan tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Dia tidak puas hati lalu ke hospital untuk berjumpa dengan doktor pakar pula. Doktor pakar juga tidak mengesyaki sebarang penyakit atau simpton penyakit.

Selepas itu.... beberapa minit kemudian dia meninggal.
















Ya..... Dia meninggalkan hospital dan pulang ke rumah dengan penuh rasa tidak puas hati. Lalu dia melayari Internet dan bertanyakan pakcik google. Daripada pemeriksaan oleh dr. google, dia berkemungkinan besar menghidapi suatu penyakit yang dinamakan portal hypertension.

Apakah hypertension? INilah jawapannya:-

What is Portal hypertension?
Raised blood pressure in the vein supplying the liver

Definitions of Portal hypertension:
Abnormally increased pressure in the portal venous system, frequently seen in cirrhosis of the liver and other conditions causing obstruction of the portal vein.


Jadi bagi anda yang mengalami apa-apa simpton yang meragukan, janganlah segan-segan untuk bertanya dengan pakcik google.

Sunday, May 28, 2006

RINDU

Sesekali rindu datang menyapa. Tika itu kesal tidak terhingga.
Mengapa dia ku tinggalkan
Mengapa aku sezalim ini.
Namun pada waktu itu, aku hanya da dua pilihan
engkau atau dia
dan tidak mungkin kamu berdua.
hanya satu
engkaukah
atau
dia

Setelah aku memilih dia
dan membiarkan engkau pergi
kini sunyi terasa.

Betapa lembabnya dia bekerja
Body yang tembam bukan lagi ukuran
degree berjela, otak geliga bukan lagi igauan


Duu aku tergila-gilakan dia sebab dia ada 3G
sebab body dia slim
sebab maskawinnya mahal

Engkaupun aku sayang
cuma body kau tu tak menggiurkan sangat
lagipun engkau ni fesyen lamalah
resepi zaman dulu

Kini baru aku sedar
yang lama itulah yg bagus
yang kuno itulah yang rajin
alahai.... menyesal...menyesal

(boleh rujuk tak?)



Aku merinduimu:













Treo:





Aku dah bosan dengan perangai mu:



dopod

Friday, May 26, 2006

INDEX PRESTASI UTAMA (IPU)



Indeks Prestasi Utama - IPU = Key Performance Indicator (KPI)


MBA baru balik dari bengkel kereta KPI. Nak betulkan target, nak kemaskan prestasi.

GERAF kat atas tu ialah prestasi mba2u dari 2003 - 2006

NAMPAK gayanya:-

2003 - Tahun percubaan, entri main-main sekali sekala. Tak adalah hit sangat
2004 - Bagus nampaknya, boleh dikatakan amat baik sekali
2005 - Prestasi menurun. BIlangan pelawat -25% lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
2006 - Tiga bulan pertama amat menggalakkan, namun April & Mei telah menjunam turun.

DALAM KPI dan Score Card, lampu dah merahlah tu....

hmmmmm kena buat sesuatu ;-)

Thursday, May 25, 2006

MALAYSIA TERBUKA



(Malaysia Terbuka = Open Malaysia)



Sebuah blog baru berjudul Open Malaysia telah dibangunkan. Ia adalah dari rakan-rakan yang merasakan "terbuka" dalam ICT dan inovasi adalah bagus untuk Malaysia.

Jemputlah bertandang ke OPen Malaysia http://www.openmalaysiablog.com/

Wednesday, May 24, 2006

PERTEMUAN BERSEJARAH

SELEPAS lebih 25 tahun meninggalkan kampus, semalam MBA bertemu semula, buat pertama kalinya dengan rakan sekampus, teman tempat mengadu, rakan bergurau dan kawan tempat meminta salinan nota kuliah.

Walaupun tidak pernah bertemu selepas meninggalkan kampus, tetapi MBA sentiasa keep-track tentang beliau. Sebabnya dia kerapkali muncul dalam media masa apabila ada isu-isu tertentu. Kini beliau menjadi orang penting di bandar bersejarah ini. Namun ini bukanlah suatu pertemuan bersejarah.

Pertemuan kedua ialah dengan seorang pensyarah semasa di universiti dulu. Dia tak sempat mengajar MBA kerana semasa MBA masuk universiti, dia baru dipinjamkan sebagai KP sebuah institusi penyelidikan. Kini selepas bersara, dia kembali menjadi profesor di sebuah IPTA lain. Dia dan isterinya ada di bandar bersejarah ini.

MBA kenal dengan isterinya sebab dalam sebuah NGO, mba adalah SU sementara isterinya ialah TP.

Pertemuan ini bersejarah, sebab .... selepas beri salam kepada kedua-duanya, dialog berikut diucapkan.

dia: lama tak nampak, mana pergi.
saya: eh ada Tok, tak ke mana-mana
saya: Datin apa khabar, masih mengajar di U.. lagi?
isterinya: oh dah setahun berehat...

kami berpisah.

cuba teka apa dialog mereka suami-isteri selepas itu?

tok: sapa mamat tu?
tin: entahlah yang, I tak ingatlah, student U kot
tok: I ingat dia student u, ataupun dia salah orang kot.

sambunglah lagi....

PERTEMUAN BERSEJARAH

SELEPAS lebih 25 tahun meninggalkan kampus, semalam MBA bertemu semula, buat pertama kalinya dengan rakan sekampus, teman tempat mengadu, rakan bergurau dan kawan tempat meminta salinan nota kuliah.

Walaupun tidak pernah bertemu selepas meninggalkan kampus, tetapi MBA sentiasa keep-track tentang beliau. Sebabnya dia kerapkali muncul dalam media masa apabila ada isu-isu tertentu. Kini beliau menjadi orang penting di bandar bersejarah ini. Namun ini bukanlah suatu pertemuan bersejarah.

Pertemuan kedua ialah dengan seorang pensyarah semasa di universiti dulu. Dia tak sempat mengajar MBA kerana semasa MBA masuk universiti, dia baru dipinjamkan sebagai KP sebuah institusi penyelidikan. Kini selepas bersara, dia kembali menjadi profesor di sebuah IPTA lain. Dia dan isterinya ada di bandar bersejarah ini.

MBA kenal dengan isterinya sebab dalam sebuah NGO, mba adalah SU sementara isterinya ialah TP.

Pertemuan ini bersejarah, sebab .... selepas beri salam kepada kedua-duanya, dialog berikut diucapkan.

dia: lama tak nampak, mana pergi.
saya: eh ada Tok, tak ke mana-mana
saya: Datin apa khabar, masih mengajar di U.. lagi?
isterinya: oh dah setahun berehat...

kami berpisah.

cuba teka apa dialog mereka suami-isteri selepas itu?

tok: sapa mamat tu?
tin: entahlah yang, I tak ingatlah, student U kot
tok: I ingat dia student u, ataupun dia salah orang kot.

sambunglah lagi....

Tuesday, May 23, 2006

DARI MELAKA PENUH SEJARAH

MBA kini di Melaka, tempat penuh sejarah. Sepanjang minggu penuh sejarah. Buat apa di sini?. Membangunkan Key Performance Indicator (KPI) untuk ISP. Apa itu ISP? Oh... ICT Strategic Planning. Apa dia ICT?. oh.... komputerlah, lebih kurang.

Bagaimana memilih lokasi yg bagus dalam situasi begini?. Bagi MBA, kemudahan internet spt hotspot, wifi broadband dll adalah wajib. tapi kat sini tak ada. Ah tak mengapalah... ia bukan sejarah.

Bila check-in malam semalam, bilik tak ada aircond (ada, tapi tak berfungsi). ini dah hampir dengan sejarah. Tapi kini... memang betul2 sejarah, nak solat air setitikpun tak ada. oh sejarah!

Lagi harunya ialah handphone punya receiption juga zero bar di hotel bandar penuh sejarah ini.

Hari ini dalam sejarah.

Friday, May 19, 2006

LAMPU JALAN



Adakah ini rupanya lampu jalan yang menjadi pertikaian dan perebutan hak cipta antara beberapa pihak baru-baru ini?.

Thursday, May 18, 2006

GURU OH GURU



Guru oh Guru



Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Usman Awang
1979

SELAMAT HARI GURU... CIKGU KATA SHINCHAN

SINCHAN saya kat rumah merengek ajak ke Tesco malam tadi sebab nak beri hadiah pada cikgu dia:

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Sila kuatkan speaker anda untuk mendengar Lagu Guru Malaysia di atas.
Selamat Hari Guru......Cikgu!

Wednesday, May 17, 2006

MANA MAU PIGI AAA?

SEMINGGU dua ni banyak caca merba.

I

Ada orang tak ada kerja, dia boring
Ada orang banyak kerja, dia give-up
Ada orang sikit kerja, dia relax lagi

Akhir sekali siapa yang kena buat semua kerja itu?
Siapa lagi jika bukan tuan orang-orang itu
Untungnya jadi orang-orang

Tapi sebenarnya tuan itu adalah kuli
Bos kuli kepada orang-orang

Aduhai lebai malang

II

Sabtu ni ada mesyuarat myJICA
Sabtu ni ada treasure-hunt PERJASA
Mana satu mau pigi?

JICA kena jadi kerusi
JICA penting sebab kita mau minta 2 juta
JICA mustahak sebab orang Tokyo turun mari
JICA kena pigi sebab presiden pigi obersi

PERJASA mustahak ini hunt saya bikin
PERJASA penting sebab ini hunt pertama kali
PERJASA kena pigi sebab presiden tak pigi

Ayo-yo mana mau pigi?
(rasa-rasanya dua-duapun tak pigi)
(padan muka aku)

III

Berani kerana benar
Takut kerana salah

Siapakah orang yang paling berani?
Tentulah orang yang buat salah!

(betul tak)?






ikan nynyok anak kerapu.
seronoknya merapu.

Tuesday, May 16, 2006

SUAMI SURI RUMAH

SEHARI dua ini surat khabar asyik cerita pasal suami membuat kerja rumah dan isteri keluar mencari rezeki. Mengapa cerita & berita begini begitu laris dalam newspaper kita?. Hmmmm... ini sudah tentu ada mee atas sanggul ni. Cuba tuan-puan buat kajian sikit.

Persatuan Orang Pompuan Kata - Apa salahnya, OK what....

Mufti kata - Tak patut suami duduk di rumah. Mana boleh biarkan isteri keluar rumah mencari rezeki. Tak boleh!!

Pak menteri kata - Itu pendapat mufti, ia bukan fatwa (kalau fatwapun apa peduli...). Pendapat mufti boleh dengar, tak perlu pakai. Ia bukan fatwa, ia bukan fatwa.

Mak menteri cakap - Suami jadi suri rumah dan isteri keluar bekerja adalah kes terpencil. Ia perkara biasa dalam kes terpencil. Tidak ada sebab untuk lelaki tidak bekerja kecuali malas. Ia adalah sesuatu yang memalukan tetapi kebanyakan lelaki yang menjaga anak-anak kepada saya mungkin itu adalah pilihan terakhir,'

Masyarakat umum kata - Kaedah ini bukan amalan dalam masyarakat kita. Ia di luar tabi'i.

MBA kata - Lelaki normal yang duduk rumah dan isterinya keluar mencari rezeki adalah lelaki tidak normal, ia memang di luar tabi'i.

Apa kata anda?.

Monday, May 15, 2006

MENDAKI GUNUNG FUJI



KATA orang Jepun, gunung Fuji, atau Fujiyama atau Fuji san hanya menampakkan dirinya hanya kepada orang-orang tertentu sahaja. Itupun hanya pada hari-hari tertentu sahaja. Dan orang-orang tertentu itu ialah yang bertuah. Pada kebiasaannya puncak Fuji san sentiasa dikelilingi awan, lantaran itu jaranglah ia kelihatan, samada di musim panas ataupun musim sejuk. Hanya sesekali sahaja awan terselak dan mata dapat memandang puncaknya. Hanya dua bulan sahaja dalam setahun puncak Fuji san tidak diliputi salji, iaitu Julai dan Ogos.

Pada 3 hingga 8 Ogos ini seramai 15 peserta dari myJICA akan memanjat Fuji san. Setakat ini masih ada beberapa kekosongan lagi. Hanya RM3xxx sahaja semua tanggung beres (pengangkutan udara, pengangkutan darat, hotel, makan, guide, dll).

------

+ Ada ke sesiapa yang nak taja aku nak mendaki Mt. Fuji?

- Berapa kau nak?

+ Belanja semua 20 juta, tak cukup lagi 8 juta saja

- Engkau sapa? Jika aku taja engkau apa aku dapat?

+ Aku ialah yang engkau kenal. Jika kau taja aku, aku iklankan jenama company kau kat puncak Fuji tu.

- Mana ada orang nak tengok jenama company aku kat puncak sana?

+ Aku boleh ambil gambar, boleh tunjuk pada dunia.

- Aku boleh buat gambar super impose Mt. Fuji, tak yah susah-susah mendaki. Lagipun boleh ke kau sampai ke puncak tu?

+ Aku nak pecahkan rekod dunia, sebagai orang pertama sampai ke puncak Mt. Fuji dengan kerusi roda.

- Apa???? kau nak berkerusi roda ke Mt. Fuji?. Eh... jika begini tentu banyak sponsor, aku boleh jadi pengurus engkau.... fuh terkenal aku nanti!.

+ Aku bukan kata nak naik kerusi roda ke puncak, aku bawalah kerusi tu (upah porter le) , dah sampai (kalau sampai le) aku duduklah atas kerusi roda tu. Itu jer..

- Ceh.... aku ingatkan betul tadi. Kensel!!.


Pengajaran: Buat apalah nak belanja 20 juta (ringgit ke, rupiah ke, Yen ke, sama sajalah) untuk buat kerja tak berfaedah?. Kalau ada ada duit banyak tu, buatlah benda lain yang lebih bermenafaat untuk manusia lain yang memerlukannya.

Sunday, May 14, 2006

PELAN PENGGANTIAN SEKTOR AWAM

KERAJAAN telah mengeluarkan satu pekeliling perkhidmatan 3/2006bagi menyediakan panduan bagi penubuhan search committee bagi pemilihan pegawai tinggi dalam kedudukan strategik.


Personaliti unggul duduki jawatan tinggi kerajaan
Oleh Shamshul Azree Samshir

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan kaedah pelan penggantian dengan menubuhkan jawatankuasa carian untuk memilih calon berpersonaliti unggul bagi mengisi jawatan tertinggi dan strategik dalam perkhidmatan awam.

Jawatankuasa carian bertanggungjawab mencadangkan pegawai cemerlang untuk disenarai pendek bagi mengisi jawatan strategik, melalui pelan penggantian yang mengenal pasti, menilai dan membangunkan keupayaan pegawai bagi memenuhi keperluan organisasi pada masa kini dan akan datang.

Pemilihan pegawai kompeten menduduki jawatan strategik antara lain perlu mengambil kira keperluan organisasi, kehendak rakyat dan persekitaran, berkuat kuasa dalam semua jentera kerajaan mulai 3 Mei lalu.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Hasniah Rashid, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman mengetuai jawatankuasa carian bagi mengenal pasti pemimpin yang berpotensi menduduki jawatan tertinggi termasuk ketua pengarah.

"Kerajaan dan JPA mahu memastikan hanya calon kompeten, pegawai kanan dan individu unggul mengisi kekosongan jawatan bagi mencapai matlamat jangka panjang dalam perkhidmatan awam serta pembangunan modal insan dalam semua organisasi.

"Melalui proses carian dan senarai pendek, JPA sekurang-kurangnya mampu meramal aliran dan jangkaan dalam pengurusan sumber manusia di kementerian, agensi dan jabatan kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

JPA menggariskan pelan penggantian serta proses memilih calon layak menduduki jawatan tertinggi dan strategik perlu mengambil kira tiga faktor iaitu, matlamat jangka panjang organisasi, keperluan pembangunan modal insan sesebuah organisasi serta haluan dan jangkaan dalam pengurusan modal insan.


- Berita Minggu

Saturday, May 13, 2006

BEBERAPA HARI TANPA INTERNET

AWAL minggu lepas hujan lebat kat Lembah Kelang. Ada tempat yang banjir. Ada kereta dihanyutkan air.

Pulang ke rumah... biasalah internet tak dapat. Ingatkan disebabkan kabel dihanyutkan air. Masa ni mulalah terfikirkan mengenai jaring wireless broadband. Kebetulan ada sesi pengenalan mengenai produk ini di ofis. Produk ini juga ada dijual di Tesco.

Rupa-rupanya kan ... alahai dah dua bulan yuran SXtreamyx tak dibayar. Hmmmm ini kes maknga.

Monday, May 08, 2006

Jangan berkawan dengan orang kaya

Di manakah silapnya nasihat ini?

Jangan berkawan dengan orang kaya - Ketua Pengarah Kastam

Wednesday, 19 April 2006, 07:41

©Utusan Malaysia
Oleh Arshad Khan

KUANTAN 18 April - Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid mengingatkan pegawai kastam supaya memisahkan diri daripada hidup penuh bergaya bersama kelompok yang dilihat terlalu kaya.

Beliau berkata, ini kerana tindakan mereka menjalin hubungan persahabatan dengan kumpulan atau individu `di luar kategori', boleh menimbulkan pelbagai tafsiran dan persoalan kepada masyarakat.

Menurutnya, beliau pernah melihat seorang pegawainya bermain golf dengan individu yang boleh `menimbulkan persoalan' dan pegawai itu diberi amaran terakhir supaya tidak mengulanginya.

"Jauhkan diri daripada berkawan dengan orang kaya untuk dilihat kaya. Hiduplah cara biasa kerana kita pegawai awam.

"Ramai lagi penjawat awam memiliki pendapatan jauh lebih kecil daripada pegawai kastam tetapi memiliki kehidupan lebih baik.

"Kita pemegang khazanah negara, memang banyak pihak berminat mendekati kita. Ini perlu ditangani dengan bijak,'' katanya.

Abdul Rahman menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pelan Integriti Nasional Kastam Diraja Malaysia di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dalam sidang akhbarnya, beliau berkata, pihaknya akan melakukan rombakan besar-besaran minggu depan termasuk bagi menggelakkan pertembungan kepentingan antara tugas dengan aktiviti lain.

"Yang mana isteri pegawai atau ahli keluarga berniaga, akan ditukarkan,'' tegas beliau.

Friday, May 05, 2006

MEK TOK

ENTAH mengapa saya ingin menulis entri mengenai dia. Dia adalah seorang tua dan mungkin yang paling tua di kampung saya. Namanya seperti tertulis di paspot (orang dulu panggil paspot, orang sekarang panggil myKAD, sebelum tu orang panggil kad pengenalan) ialah Mek Tok. Nama ini saya rasa adalah unik bagi orang Melayu dan saya tak jumpa lagi orang lain dengan nama sedemikian. Saya ni pangkat cicitlah dengan dia dan biasanya gelarkan dia sebagai tok atau Tok Mek Tok yang lengkap dengan gelaran dan namanya.

Semasa saya di sekolah rendah dalam tahun enam puluhan dulu, saya perhatikan dia sudahpun tua dan sudah berpangkat Tok. Pada masa tu bila ditanya berapa umur dia, dia akan tunjuk kepada sebatang pokok kelapa yang sudahpun tua. Pokok kelapa ini ditanam setelah yang asal telah mati. Pokok yang asal ditanam oleh ayahnya sebaik saja dia dilahirkan, katanya. Itulah ukuran umur dia. Berapakah umur hayat pokok kelapa?. Andaikan 40 tahun. Maka pada masa itu umur dia barangkali sudah 60 tahun. Itu 40 tahun yang lalu.

Saya tidak pernah mengenali suami beliau, sebab sejak saya lahir ke dunia ini, suami dia telah lama meninggal. Dialah yang membesarkan anak-anaknya bersendirian. Beberapa orang anak dia adalah kawan-kawan saya sebab umur kami dalam baya yang sama. Yang lain-lain semuanya peringkat abang dan pakcik. Oh ya.... umur yang saya maksudkan tersebut adalah ukuran saiz fizikal antara saya dan anak-anak dia dan juga berdasarkan ingatan orang tua kami. Masa mak nelahirkan kamu dulu, Kembor (merujuk kepada anak Mek Tok yang bernama Kembor) ni belum boleh berjalan lagi. Ha ha begitulah ukuran umur tersebut....

Setakat yang saya tahu, semua anak-anak Mek Tok ini tidak pernah didaftarkan kelahirannya, maknanya tidak ada surat beranak (orang sekarang panggil myKID). Jadi banyaklah masalah yang timbul. Budak-budak dulu kena cukil (tanam cacar). Nak cukil juga tak boleh. Nak sekolah tak boleh. Nak kahwin tak boleh (nak bersunat bolehlah), nak kerja lagilah susah sebab tak boleh nak buat paspot.

Masa Kembor nak kahwin (ha ha ha tak kan tak boleh kahwin kan?), adalah orang tolong dia dapatkan kad pengenalan dan dia diberikanlah dengan satu identiti, dengan nama lain. Jadi kami asyik selalu dok tanya ... Kembo.. Kembor mu kat sekolah nama apa?. Mana aku tahu, aku bukan sekolah. Oh kalu gitu dalam paspot apa nama mu?. Nama aku dalam paspot ialah gini-gini jawab Kembor.

Adik Kembor ialah Kasim. Dia ni cacat sebelah penglihatan dan rabit mukanya. Cakap diapun hanya keluarga dan kawan-kawan saja (macam saya) yang faham. Anak-anak saya amat takut dengan dia kerana kecacatan wajahnya. Rasa-rasanya dia ni ada surat beranak. Adik Kasim nama Mukhtar. Oleh kerana Mukhtar tak ada surat beranak, maka bila cukup umur nak buat gambar (myKAD), dia orang ambil saja surat beranak Kasim. Alasan paling logik ialah polis tak akan tangkap Kasim sebab tak ada myKAD sebab Kasim cacat. Akhirnya Kasim juga dapat myKAD setelah diusahakan cari 'kaki' surat beranak Mukhtar. Dalam kes ini Kasim jadi Mukhtar dan Mukhtar jadi Kasim.

Kembor dah masuk Felda, Mukhtar dah masuk Felda dan tinggallah Kasim yang belum kahwin yang buat macam-macam kerja untuk menjaga Mek Tok.

Tiap-tiap kali saya balik kampung, jika kesihatan mengizinkan Mek Tok akan ke rumah saya dan kadang-kadang bermalam terus. Dia hanya inginkan saya belikan Eye More untuk dia sebab mata Tok dah tak berapa nampak. Eye More kat KL bagus, ori, Eye More kat Terengganu sini ni semuanya tipu.... kata Mek Tok.

Dengar khabarnya Mek Tok dah uzur sekarang dan entah sempat entahkan tidak saya belikan lagi Eye More untuk dia.

Monday, May 01, 2006

KARENAH BIROKRASI

SEMPENA dengan hari pekerja ini, moh kita sembang-sembang pasal karenah birokrasi.

Apakah karenah birokrasi?. Adakah ia sama seperti red tape?



Mak saya selalu bercakap (pada sayalah), budak ni banyak sangat kerenah dia .... Jadi bila mendengar perkataan karenah, saya terbayangkan kerenah. Tapi mungkin juga karenah itu adalah bahasa standard atau bahasa 'orang luar' terhadap kerenah. Lantas menjengoj Kamus Dewan dan berikut adalah tafsirannya:

karenah bermaksud tanda atau alamat. Sedangkan kerenah bermakna ragam, tingkah laku, kemahuan.

birokrasi pula ialah 'sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Jadi ungkapan sebenar yang dimaksudkan ialah kerenah birokrasi dan bukannya kerenah birokrasi.

red tape berasal dari riben yang mengikat dokumen dalam pentadbiran kerajaan British. Jadi, bayangkanlah masa yang diambil untuk uraikan riben tersebut. Ada kalanya perlukan mesyuarat. Ada yang perlukan persidangan, seminar, brainstorming ataupun sampai kena upacara memotong riben!. Inilah dia red tape.

1. “Red tape is that part of my business you don’t know anything about.”

Paul H. Appleby: “Big Democracy.” Knopf, 1945, chapter 6.

2. “One man’s red tape is another man’s system.”

Dwight Waldo, “Government by Procedure,” in Fritz Morstein Marx, ed., Elements of Public Administration (Prentice-Hall, 1946).

3. “Red tape as a social problem cannot be explained unless the frame of reference employed by the individual who uses this label is understood.”


Jadi, red tape sudah tentu sahaja boleh dihanpuskan, namun bolehkah kerenah birokrasi dibuang?.

1000 soalan.

SELAMAT HARI PEKERJA

1 Mei 2006: Hari ini ialah hari pekerja. Apakah maknanya hari pekerja? Bagi pekerja, ia adalah hari cuti dari bekerja (bercuti kerja, tapi gaji masih berjalan).

Rupa-rupanya sambutan hari pekerja ini tekah bermula semenjak tahun 1856 lagi. Wah pekerja adalah satu profesyen yang telah lama rupa-rupanya (ah mengapa merepek?. mana ada profesyen sebagai pekerja?).

Selamat hari pekerja kepada semua para buruh, samada buruh kasar atau buruh halus (yang semestinya tak gunakan minyak masak cap buruh).