Labels

Monday, October 06, 2003

OUTSOURCING

OUTSOURCING

Berita atau rencana muka depan computimes hari ini ialah mengenai outsourcing. Saya masih belum tahu apakah istilahnya dalam BM. Outsourcing mungkin suatu perkara yang paling tidak mahu didengari oleh staf ICT, maksudnya yang makan gaji. Ini ialah kerana apabila organisasi mereka melaksanakan outsourcing, maka terdapat dua implikasi besar terhadap mereka. Pertama menggambarkan mereka tidak berkeupayaan melakukan kerja tersebut dengan berkesan. Jika berkeupayaan, masakan majikan terpaksa outsource. Kedua, dari segi moralnya sudah tentu terjejas teruk kerana sistem yang selama ini dibangun dan diselenggara terpaksa dioutsource. Lanjutan daripada implikasi berkenaan ialah peluang kerjaya yang akan terjejas.

Sebenarnya oursourcing telah dan kita amalkan semenjak turun temurun lagi. Contohnya dalam membesar dan membetri pendidikan kepada anak-anak kita. Jika kedua-dua ibu bapa bekerja, anak-anak dioutsource kepada pembantu rumah atau taman asuhan. Bila bersekolah kita outsource kepada guru (sekolah). Untuk berlajar mengaji, kita outsource kepada tok guru. Mengapa kita outsource?. Sebabnya mungkin kerana kita tidak mempunyai masa@sibuk, atau kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Dengan outsource, kita boleh mendapat jaminan yang anak kita mendapat ilmu yang betul dari sumber yang betul dan kita boleh membuat perkara lain yang lebih produktif. Inilah yang dinamakan win-win.

Jika dalam kehidupan seharian, malahan yang paling penting dalam hidup seperti membesar dan memberi pendidikan kepada anak-anak kita boleh outsource, mengapa tidak kerja kita (ICT contohnya).

-----nota hari ini---------
Sesebuah organisasi biasanya mempunyai 3 fungsi komponen ICT:-
1. Pengurusan
2. Pembangunan sistem baru
3. Penyelenggaraan

No comments: