Friday, October 22, 2004
LANGKAH MAYAT AKU DULU
mayat diusung
tinggal pangkat dan harta
menghimpun doa
MUNGKIN kita pernah dengar ungkapan "langkah mayat aku dulu". Ia diucapkan secara kasar dan mencabar untuk menolak sesuatu. Misalnya jika suami ingin berkahwin lagi satu atau girlfriend nak kena rampas atau anak dara nak dikahwini oleh pemuda yang tidak disukai. Akhirnya ungkapan ini boleh menjadi kenyataan, iaitu suatu pembunuhan.
Dulu di negara kita pernah diberitakan seorang ahli parlimen menyebut perkataan tersebut sebelum malaysia boleh diistiharkan sebagai negara Islam...
Walau apapun, saya cuma ingin kepada pembaca, apakah yang anda akan lakukan jika anda dikatakan begitu oleh tidak lain dari bos anda sendiri?.
Alkisahnya begini. Kami (saya dan rakan-rakan) membuat suatu cadangan mengenai suatu projek. Ia adalah bagus dari segi teknologi, selamat, menjimatkan kos dan tidak memerlukan ramai kakitangan untuk pelaksanaannya. Ia adalah suatu alternatif yang baik (perasan kami ler) kepada sistem yang sedang diamalkan. Cadangan ini dipersembahkan dengan baik dan profesional (perasan lagi...). Ia adalah logik dan tidak logiklah untuk ditolak. Hujahnya bernas dan semua soalan dapat dijawab dengan tepat dan menasabah. Oleh kerana bos tidak mahu ia dilaksanakan walaupun terpaksa bersetuju dengan hujah-hujahnya, maka ia mengucapkan kata-kata tersebut kepada kami. Pada masa itu hanya Allah sahajalah yang tahu apa perasaan saya dan rakan-rakan. Jika ia terjadi kepada anda, apakah yang anda akan lakukan?.
Selepas dari peristiwa tersebut, saya perasan yang bos tidak lagi meminta apa-apa cadangan dari saya, tidak lagi mengindahkan saya dan setiap kali saya membuka mulut dalam mesyuarat ia akan dicantas sebelum ayat dapat dihabiskan. Walaupun idea saya bagus, ia tidak akan mendengarnya. Memikirkan yang saya ini jenis yang tak reti bercakap, maka saya berikan idea yang sama kepada orang lain untuk diucapkan dan ia diterima dengan bangganya.
Akhirnya saya dapatlah signal yang diinginkan. (Syukur... kerana dalam perkhidmatan gunasama). Apabila orang lain mendengar apa yang saya telah lakukan dan telah tidak saya lakukan, kata mereka 'tingginya tahap kesabaran you.... jika I lah hmmmm..... ".
---- pengajaran -------
Kita makan gaji, jangan tunjuk pandai, jangan tunjuk terror dgn bos, tapi buat2 pandai seperti mana yg bos mahu. Jika memang awak pandai, resign saja kerja sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Bersurut air menghanyut arus. .
Air yang tenang jangan dipersenda. .
Wayang masa indah dentuman Leah lembut Bahasa. .
Infant se
Mana kan tidak cukup tempoh amukan parang kami. .
Jika itu tamparan bukan untuk kesedaran mereka usah bertangga Alasan. .fakta baik. .aut a kemana masa depan identitas bergurau gelak ketawa menyusuri tangga dilangkah. .titik peluh bukan ringan. .zahir tekun bertenun sabar. .santun berakhir dendam permainan tiga dunia ku seru ..third war. .
Post a Comment