Labels

Wednesday, October 01, 2003

BAHASA KITA

BAHASA KITA

Bahasa Tamil:
Siang tadi pejabat kami mengadakan jamuan perpisahan untuk seorang sahabat yang telah bertukar ke jabatan lain. Beliau belajar satu universiti dengan saya dan sama-sama berkursus di Jepun pada akhir tahun 1980an dulu. Beliau baru sahaja berkhidmat dengan jabatan ini dalam masa 3 tahun (saya sudah 5 tahun), tetapi beliau yang ditukarkan dulu. Rezeki masing-masing. Tidak pernah saya temui orang Melayu macam beliau, iaitu bersekolah rendah di sekolah Tamil. Bukan beliau sahaja, malah semua adik-beradik beliau. Dia masih boleh membaca, menulis dan bercakap Tamil, malahan jika balik ke kampung, beliau adik-beradik akan berkomunikasi dalam bahasa Tamil.

Beliau mendakwa yang dia tidak kenal dengan P.Ramlee dan bintang-bintang Melayu sehinggalah setelah remaja dan ke sekolah menengah. Bintang beliau ialah MGR dan yang sewaktu dengannya. Hingga sekarangpun beliau masih berfikir, seperti mengira dan sebagainya menggunakan ‘bahasa Tamil’ dan sudah tentu program TV yang paling diminati ialah filem Tamil. Beliau ialah pelajar terbaik selama 6 tahun di sekolah tersebut!.

Bahasa Cina
Orang Melayu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina, mungkin adalah suatu perkara biasa, namun yang menghantar anak ke sekolah Tamil adalah suatu pengecualian.

Bahasa Melayu
Dulu pernah saya coretkan mengenai pertemuan saya dengan Dr. Victor dari Rusia yang kini mengajar bahasa Rusia di UM. Beliau memberitahu saya yang beberapa buah buku teks sekolah kita mempunyai fakta yang silap. Saya sudah lupa buku-buku tersebut, namun fakta yang silap tersebut ialah mengenai “rabun dekat dan rabun jauh”. Orang kita telah menterjemahkan short sighted sebagai rabun dekat dan long sighted sebagai rabun jauh. Sedangkan sighted bermakna dapat melihat dengan jelas, bukannya rabun!. Takrifan rabun dekat ialah orang yang tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas. Takrifan tersebut adalah betul, tetapi apabila gambarajah dibuat, kita ambil gambarajah short sighted (sebenarnya rabun jauh), maka di sinilah berlaku kesilapan fakta yang tidak kecil kesannya.

Walaupun saya mempunyai anak yang masih bersekolah (rendah & menengah), namun semacam “tidak ada masa” untuk menyemak kandungan buku teks tersebut sedangkan orang asing yang melakukannya bagi pihak kita.


Poem dari seorang kawan:

Friends will come and friends will go,
The seasons change and it will show,
I will age and so will you,
But our friendship stays, strong and true


I will always be there for you, hope that you will also be there for me too

No comments: