Saturday, March 10, 2007

CARA MURAH MELANCONG KE JEPUN

ESOK saya akan ke Jepun atas satu dua urusan.

Ramai orang berpendapat dan percaya bahawa melancong ke Jepun adalah mahal. Ia mungkin benar sekiranya anda belum bertemu dengan pakej yang murah. Ia juga benar sekiranya anda memang ingin melancong dalam suasana lima bintang.

Bagi saya, melancong ke Jepun tidaklah semahal yang disangka. Bagi 'pakej' yang saya ikuti ini, tambang penerbangan pergi balik cuma RM1200 sahaja (boleh dapat RM699 sahaja semasa MAS fair). Adakah penginapan di Jepun mahal? Memang ya. Namun kita boleh tinggal di ryokan (hotel tradisional Jepun). Saya tinggal di ryokan dengan bayaran Yen1,900 sehari, iaitu sekitar RM60 sahaja sehari. Tinggal seorang sebilik, jika nak berkongsi bilik, dapat lagi murah. Selebihnya adalah tambang pengangkutan di sana. Saya beli sekeping pas yang dinamakan JR Pass bagi perjalanan seminggu yang sah digunakan bagi seluruh Jepun. Ia meliputi bas, keretapi, tren, LRT dan feri yang dipunyai oleh JR (Japan Railway). Saya boleh gunakan JR Pass ini untuk menaiki shinkansen (keretapi laju atau keretapi peluru) dari utara ke selatan dan sebaliknya bagi seluruh Jepun. JR Pass tidak dijual di Jepun, tetapi di Malaysia. Sekiranya anda hanya ingin melawat satu dua tempat sahaja, misalnya di Tokyo sahaja, JR Pass tidak diperlukan, tetapi belilah pas harian dengan harga Yen1000 (RM30).

Apa lagi yang diperlukan? Makan. Jika anda memang kuat makan, di Jepun (dan di mana jua) memanglah mahal. Namun jika anda boleh makan ala kadar sahaja ataupun tidak segan untuk masak (atau panaskan lauk) sendiri, sudah tentu anda boleh berjimat.

Bagaimana ingin dapatkan lebih maklumat mengenai pelancongan murah ke Jepun ini?. Hubungilah saya...... (seminggu tak kemaskini blog rasanya).

61 comments:

tanah liat said...

JR line banyak ke di kawasan tokyo....yang saya tidak faham ialah apakah nama tain yang boleh kita naik di sekitar tokyo jika naik JR line. Sebagai contohnya adakah Kieo line adalah JR group juga....boleh guna pass JR ke ....

Anonymous said...

salam, berminat untuk ke sana...cuma nak btya mudah ke nak dapatkan makanan halal? dan macam mana nak berkomunikasi dgn mereka? use english?
wani.

MBA said...

tanah liat: YA group JR juga

Anonymous:Makanan halal boleh diperolehi di Jepun. Ada restoran orang Islam yang boleh dipercayai halalnya. Ada restoran orang Jepun yang tidak ada tanda halal, tetapi boleh order makanan yang boleh dimakan.

Komunikasi terbaik ialah bahasa Jepun, namun bahasa Inggeris juga boleh digunakan sedikit-sedikit.

zulqarnain@kuntan said...

salam..saya dan 5 orang kawan saya akan ke jepun untuk membuat kajian tentang shinkansen. nk buat jurnol tentang pengalaman menaiki dan serba sedikit kajian yang boleh dimasukkan. kalau boleh saya nak mintak tolong macamana nk uruskan perjalanan di sana. dari segi hotel, tiket, makanan dan seumpamanya. dalam masa seminggu. dan yang paling pentingnya murah.terima kasih.harap dapat beri kerjasama. jadual pergi mungkin bln 6-8.x pasti lg.

zulqarnain@kuntan said...

sori luper bgtau..nie untuk taun 2012.bln 6 atau 7 atau 8. xpasti lagi tarikh sebenar.

MBA said...

Salam

Terima kasih kerana bertanya. Berikut adalah komen awal saya:

1. Bulan 6-8 adalah musim panas di Jepun dan bulan Puasa/Raya.

2. Untuk mendapat visa ke Jepun, sdra perlu menunjukkan bukti ada wang simpanan sebanyak RM10k dalam akaun. Boleh jadi akaun simpanan, tabung haji, ASB dll.

3. Untuk kajian shinkansen, sdra wajib naik shinkansen. Cara paling murah dan mudah ialah dgn beli JR Pass dari Malaysia. harga sekitar RM1200. Ia boleh digunakan selama 7, 14 atau 21 hari utk menaiki semua servis JR (Japan Railway) seperti shinkansen, MRT/LRT, bas dan ferri. Saya boleh beri details di mana boleh dibeli.

4. Saya fikir, sdra perlu bergerak dari satu destinasi ke destinasi yg lain dan penginapan sentiasa berubah. Saya cadangkan dari Tokyo ke Hiroshima. Berhenti di lima destinasi bagi 5 hari. Perlukan 5 tempat penginapan. Jika setuju, saya boleh cadangkan tempat2 penginapan. Atau paling murah ialah tidur dalam keretapi (tempah keretapi dgn tempat tidur).

5. Makan. Ada dijual makanan halal dan paling mudah masak sendiri.

OK, kita boleh sambung kemudian.

zulqarnain@kuntan said...

terima kasih unutk info nie. tentang penginapan dan JR pass tu, ape cadangan cik yer.klu bleh seminggu kami di sana tidak la memakan kos yg terlalu tinggi. kerana bajet kami tidak lah banyak. kerana pihak universiti yg akan menaja kami. dan yg kedua kalau dalam akaun tiada 10k macaname yer.

MBA said...

Salam,

1. Jika tidak ada RM10k dalam akaun, jika pergi atas sponsor drp universiti, perlu ada surat dari universiti/penaja. Jika ada surat jemputan drp pihak Jepun lagi senang.

2. Jika pilih tarikh yg lebih kauh, tambang adalah lebih murah. Sangat banyak perbezaannya.

3. Saya ingin tahu samada sdra hanya ingin berada di Tokyo sahaja atau di seluruh Jepun?. Kos akan berbeza ikut pilihan ini.

- Berada di Tokyo sahaja, kos lebih murah dan mungkin tidak perlukan JR Pass. Penginapan boleh pilih satu sahaja.

- Jika seluruh Jepun, ambil JR Pass dan mungkin boleh fikirkan tiba dari KL ke Tokyo dan pulang dari Osaka ke KL.

JIka sudah dapat tarikh, saya boleh cadangkan penginapan yg murah.

Thanks,

zulqarnain@kuntan said...

wsalm.

kami masih dalam proses proposal. jika berjaya pihak universiti akan menanggung sepenuhnya.

dari segi tarikh, mmg tidak pasti, kerana terdapat jumlah 20 buah kumpulan yang akan diluluskan untuk ke luar negara.ada yg ke london,korea,australia,vietnam dan sebagainya. jadi pihak pengurusan akan menentukan tarikh tersebut.

kami mungkin akan berada di 5 tempat berasingan seperti yang cik cadangkan. tokyo-hiroshima dan sebagainya. kami baru terbaca yang bukan semua shinkansen di japan menggunakan sistem magnet. dan kami ingin mengkaji tentang yg lain juga. jadi lebih banyak tempat lebih baik rasanya.

zulqarnain@kuntan said...

dari segi kos adakah 15k cukup untuk 5 orang. dari pergi sehingga balik ke semula ke malaysia. selama seminggu.

MBA said...

Ogos nanti kami buat trip seminggu ke Jepun/ (mendaki Mt.Fuji). Kosnya ialah RM3690 dengan menaiki JAL.

Jika RM15k (RM3k seorang), perlu book airlines awal atau pergi masa promosi. Perlu book sekarang. Airasia boleh pergi dengan RM600 shj. Bakinya cukup utk penginapan. Kuncinya ialah AWAL.

A.F. said...

salam, saya nak tanya, adakah rm10000 cukup utk trip 5orang ke japan selama seminggu ?

MBA said...

RM10,000 utk 5 orang (RM2k seorang) bukan mustahil, cuma sangat susah, kecuali ada planning yang betul.

1. AirAsia RM600
2. Hotel RM60X5 = RM300
3. JR Pass RM1200

Tanpa makan sudah RM2100
Jika di Tokyo sahaja, JR Pass tidak perlu sangat, gantikan JR Pass dgn pengangkutan dalam RM500. BAki RM600 utk makan sudah kira selamat.

Jika sdra adalah ahli persatuan belia, boleh tinggal di Youth Hostel.

A.F. said...

kami pergi berlima, bgaimana nak dapatkan tour guide utk kami di sana ye ?

ni perjalanan pertama kami ke ngra org. dgn bjet sponsor rm10k utk 5orang, boleh tuan advice nak pergi mana dgn bajet mcm tu,tmpat mnarik di jepun, murah nak mudah nak pergi dgn train?

bagaimana pula kalau kami plan, jika depart di tokyo, if let say, third day, kami plan nak ke osaka, then 5th day maybe saporo or hiroshima. JR Pass masih ckup RM1200, atau bgaimana? and your seggestion pls.

maaf bnyak tnya. betol2 perlukan advice. terima kasih.

A.F. said...

berapa lama tempoh nak dapatkan visa kalau ada surat bukti tjaan dari universiti ?

p/s : blh mntak contact no x ? mudah utk berurusan. tq

MBA said...

Salam;

1. Tour guide banyak, tetapi perlukan duit. Cara terbaik ialah dengan pergi sendiri, berpandukan bahan bacaan spt Internet dll. Backpack. Buat persediaan yg mencukupi.

2. Visa hanya perlukan 3 hari sahaja utk dikjeluarkan jika semua dokumen adalah teratur.

3. Bajet sponsor RM10k adakah termasuk tambang penerbangan?. Atau adakah tambang penerbangan sendiri?. Paling mahal ialah tambang dan ia adalah berubah mengikut masa dan musim. Booking awal akan dapat harga murah.

3. JR Pass harganya tetap, utk perjalanan ke mana sahaja. Harga berbeza amengikut tempoh, iaiatu 7,14 atau 21 hari. JR Pass TIDAK dijual di Jepun. Ia mesti dibeli sebelum berlepas.

4. Terima kasih.

A.F. said...

Tujuan lawatan kami ke sana adlh utk mlihat tknologi pmbgunan skali gus utk mgthui culture dan tradisi, dari segi makanan, budaya dan pendidikan di jepun.

saya dah survey tiket pergi balik ke tokyo utk bulan jun, RM1200 seorang. jadi total utk 5orang sudah RM6000.

apa cadangan tuan tmpat2 mnarik yg boleh saya lawat di sana nanti dan bjet tmbhan yg diperlukan sekiranya lebih dari RM10k.

DiEtLaSaNgAt said...

Assalamualaikum,

say sedang mengumpul duit untuk ke Jepun, dan plan saya ialah pergi berdua...boleh kah cik plan kan harga perlancongan bajet beckpackers selama 7 hari x trmasuk flight? terima kasih...saya berminat untuk ke kyoto, tokyo, osaka & hokkaido.

Fantastic 4 said...

Salam,

Saya cadang nk ke jepun bulan April tahun depan. pergi dengan husband n 2 org anak. dh start plan dari sekarang tapi x tau nk booking hotel mana.

saya cadang nk ke tokyo..pastu gi disneyland. maybe jalan2 di tokto dan tinggal dlm 3 hari.

lepas tu ke osaka. nk ke universal studio.

saya cadang nk duduk di jepun dalam 7/8 hari. boleh cadangkan tempat2 menarik lain yang patut dilawat dan hotel2 murah yg ada.

macam mana dgn kemudahan di sana. anak2 saya kecil so saya mmg bawa stroller ke mana-mana. susah tak utk naik public transport?

mba4ever said...

Salam,

Bulan April adalah bulan yang paling mahal untuk melawat Jepun. Sebabnya 10 hari pertama bulan April ialah musim bunga sakura berkembang. Cuma 10 hari sahaja dalam setahun. Ia adalah suasana paling indah.

Saya juga akan ke Jepun pada April 2013, untuk berbasikal dari Osaka ke Tokyo sejauh 500km untuk menikmati keindahan sakura.

OK, melancong ke Tokyo dengan membawa 2 anak kecil agak costly. Oleh kerana itineri Puan ialah Tokyo dan Osaka, saya cadangkan:
1. Penerbangan KL-Tokyo dan pulang Osaka-KL atau sebaliknya

2. Puan beli JR Pass untuk pengangkutan sepanjang berada di Jepun. Puan boleh gunakan JR Pass ini untuk semua destinasi. Mulai dari airport ke hotel. Round Tokyo. Ke Desneyland. Tokyo-Osaka. Malahan Elok juga Puan terus sahaja hingga ke Hiroshima, buat semalam dua.

Hotel paling selesa ialah di dalam Disneyland dan berdekatan Universal Studio. Walau bagaimanapun harganya agak mahal.

Jika Puan lebih utamakan harga yg murah (sudah tentunya selamat), boleh memasak dll. Terdapat beberapa hotel yg menepati citarasa ini.

Mohon e-mel kepada saya mba4ever@gmail.com > Mungkin saya boleh beri cadangan itineri dan hotel mana yg Puan berkenan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam..pakej agensi pelancongan yg mana yg murah kak?sy dan suami rancang nk p jepun..

Zurina Alias said...

Salam... tumpang tanya... Kami berempat plan nk ke jepun utk bercuti, jd boleh tak cadangkan tempat yg mesti dilawati. Sbb rsnya sekali ni je pergi jepun kot.. lain kali pergi tmpt lain pulak. Jd rugi klu tak pergi tempat2 yg mesti pergi. T.kasih.

Anonymous said...

sgt berminat dgn bantuan yg MBA hulurkan.. saya dah teruja nak ke jepun pada april 2013 ni. berkali-kali tgk harga tiket yg naik turun harganya. tapi tak kisahlah sebab still under my budget untuk tiket ni. cuma yg jadi masalah besar sekarang kawan2 yg hangat2 tahi ayam nk pergi sama lastly jadi hangit! masing2 tarik diri sebab belum cukup duit utk menampung cost kat sana nanti. saya tercabar utk pergi sendirian. tapi tak pasti hala tuju. dari mana nak ke mana, tinggal mana, makan pakai, transport.. semuanya tiba2 bercelaru. sebab tak tau lokasi2 utara barat timur selatan di jepun tu nanti. boleh tolong guide? nak naik ape, sampai mana, gerak ke mana, tempat2 yg sesuai dikunjungi. dll.. bagi saya bab penginapan n makanan ni xkisahlah.. ala2 backpakers je.. as long as ada pilihan utk berjimat..

MBA said...

Salam,

25/3 - 31/3 2013 kami ada 2 group akan ke Jepun:
1) 2S(Sakura & Salji): Hakuba dan Tokyo
2) Osaka & Tokyo

Boleh lihat di https://www.facebook.com/TravelogJepun dan

https://www.facebook.com/events/210313575771559/?fref=ts

Terima kasih.

Anonymous said...

saya nk tnya nie...saya jngat nanti saya nk melancong ke jepon seorang diri, masa bila kah paling paling murah dan jimat untuk, dan berapakah semua kosnya?.

ibtisamblogger said...

salam.saya sudah pun beli tiket ke tokyo dan hotel melalui airasia pd 1-3,11,2013.soalan saya ialah apakah perkara utama saya patut lakukan agar perjalanan saya di selamat.selain itu saya juga ingin tahu maklumat maklumat lain agar saya tidak menghadapi mslh besar sewaktu di sana.kalaulah pihak tuan ada menawarkan trip dlm tempoh tersebut berapakah harga nya

MBA said...

Salam,

Insyaallah perjalanan sdr selamat. Didoakan selamat pergi dan selamat kembali.

Perkara pertama yg saya fikirkan ialah insuran yg cover perjalanan dan juga sepanjang masa lawatan. Insuran kesihatan sangat mustahak. Mana tahu sdr sakit perut atau apa2 sahaja, insuran yg cover hospital sangat2 membantu.

Selain dari itu saya fikir semuanya sudah tersedia.

Wassalam.

ibtisamblogger said...

saya ada pergi ke kedutaan jepun di kl.pihak sana memaklumkan saya perlu ada wang simpanan sekurang kurangnya lima ribu.saya cuma mak kepastian sbg saya dengar dr ajen berkehendakkan sepuluh ribu.saya juga ingin kepastian berkenaan Sic.apa maksud Sic.

anna_sahajee said...

Salam... Sy dan bkl husbnd bercadang nak bercuti ke jepun selepas nikah... Sy nak minta pendapat..
*berape bajet diperlukan utk 2org..
(penerbangan pergi n blik,hotel,makanan)
*utk 7hr..
*tempat menarik utk dilawati..
Terima kasih :)

MBA said...

Salam,

Kos ke Jepun adalah bergantung kepada destinasi.Jika 7 hari saya cadangkan ke Tokyo (disneyland, disneysea, Tokyo tower, tokyo metropolitan), Nagoya (di sini banyak castle dan pemandangan yang cantik), Osaka (universal studio).

Kos:
1. Penerbangan MAS RM2400. AirAsia RM1200. Jika masa sales ataupun offer boleh dapat hingga RM600
2. Penginapan purata dalam RM300 satu malam. Jika sdri ingin tinggal di ryokan (hotel tradisional), boleh dapat sekitar RM120 atau jika di travelog dalam RM100
3. Pengankutan di Jepun. Dinasihatkan beli JR Pass untuk 7 hari dan boleh berjalan seluruh Jepun dgn bullet train, MRT, KRT, bas feri (kepunyaan syarikat JR sahaja) harga RM1200.
4. Makan .... mengikut selera. Jika mahu makan dikedai/restoran anggarannya ialah Breakfast Y700 (biasanya sudah termasuk dalam bil hotel), lunch Y2000, Diner Y3000
(Y1 = RM3.50)

Terima kasih.

Anonymous said...

assalammualaikum ..tn sy ingin bertanya tentng program ke jpun..sy akan pergi ke sana pada 16.8.2013 hingga 22.8.2013...tp macam maner kalo dalam akaun xder simpanan yang sepatutnya untuk kita memohon visa?boleh tn terangkan....

Anonymous said...

salam saudara,

saya dan suami serta seorang anak akan ke tokyo pada 20/6/2013 selama 6hari 5 malam. memandangkan kami hanya suka shopping dan ke disneyland serta melihat keindahan sekitar tokyo sahajan, saya mohon saudara untuk memberi tips perjalanan semasa di sana nanati. JRpass untung bila kita ingin ke seluruh jepun pada pemahaman saya. bagaimana dengan 1dat tix? rm30 dan didapatkan dimana? serta 1 day pass tix ini boleh menggunakan semua line train yang ada di tokyo ke?

your reply is highly appreciated..

muhamadbinali san said...

salam

terima kasih atas makluman yang disampaikan dan persoalan yang diajukan.

One day pass boleh diperolehi di mana-mana stesen di Tokyo. Ia boeh digunakan utk semua Metro-Line. Memang menjimatkan utk perjalanan harian.

Tips nya, tentukan hotel mana nak menginap dan lihat line mana yg paling hampir dan convenience di situ. Bolehlah beli pass berdasarkan train line yang ada di situ.

Disneyland adalah di luar Tokyo, bergantung kepada lokasi tempat tinggal, day pass mungkin tak boleh digunakan. Mungkin juga perlu tukar 2-3 keretapi. Bagaimana pun tambang dari Tokyo ke Disneyland tidak mahal.

Untuk "shopping giler" bolehlah ke Gotemba Factory Outlet .... saya akan ke sana 21 Mac ini. Nanti tengok2 blog atau FB saya utk tips lanjut di sana.

selamat bercuti.

Anonymous said...

terima kasih atas reply saudara...

kami akan tinggal di shinjuku washington hotel..

mohon tips lagi beberapa cara untuk sampai ke hotel tersebut daripada haneda airport..kami akan sampai pada pukul 11 malam waktu tokyo..

million thanks again....

rainah

muhamadbinali san said...

Terdapat bas limosin dari Haneda ke washington shinjuku.

Washington adalah hotel yg strategik. Attach dgn shopping complex. Dekat stesen keretapi. Dekat kawasan pelancongan. Tapi tak ada dapor.

Saya tinggal 2 malam di waahington. Kini di citadine shinjuku. Ada dapur.

muhamadbinali san said...

Terdapat bas limosin dari Haneda ke washington shinjuku.

Washington adalah hotel yg strategik. Attach dgn shopping complex. Dekat stesen keretapi. Dekat kawasan pelancongan. Tapi tak ada dapor.

Saya tinggal 2 malam di waahington. Kini di citadine shinjuku. Ada dapur.

azizi zizi said...

salm..sya akn ke nagoya aprilni..myb duduk aprtmnt brhmpiran universty ngoya..bgaimna cara utk pergi ke sana dri airport kansai..myb duduk dlm 20 hari

muhamadbinali san said...

Salam,

Dari Kansai tidak ada direct transport ke Nagoya.

Apa yg boleh dibuat ialah:
1. Dari Kansai ambil train ke stesen Shin-osaka
2. Dari stesen Shin-Osaka ambil bullet train ke Nagoya.

Tambang keseluruhan perjalanan dalam RM150 dan perlu ambil masa hampir 2jam.

Terima kasih.

azizi zizi said...

agaknya klau saya smpai mlm kt arport knsai better tdo di osaka dlu kot..or trus ke nagoya

muhamadbinali san said...

Salam,

Saya syorkan bermalam di kansai. Ia lebih baik. Ada hotel di airport atau kawasan berhampiran dengannya.

Jika tidak mahu bermalam di Kansai, boleh juga bermalam di Shin Osaka. Ia memudahkan urusan esok paginya untuk terus menaiki bullet train ke Nagoya.

Anonymous said...

As salam, kami dah confirmed tiket ke Osaka pada 29May-5Jun, mohon advise untuk travel di sana. Kami travel dengan 2kids, so berempat la. Plan untuk ke Universal Studio Osaka, nak sightseeing kat Kyoto n masuk Disney Tokyo. Return flight to KL juga dari Osaka. is it better, sampai osaka terus ke tokyo 3 hari, then Kyoto ..last skali baru stay kat Osaka. GR Pas tu 1400/pax?

muhamadbinali san said...

Anonymous ..... (Jika mahu penjelasan lanjut, boleh emel saya mba.san@gmail.com):

1. JR Pass Yen28,000. Harga dalam RM ikut exchange rate semasa.

2. Maybe begini itinarinya: (?)

29/5 - Tiba di KIX (malam)
30/5 - Osaka-Tokyo (bullet train)
- Tokyo morning Tour
- Check-in hotel
31/5 - Disneyland + Disneysea
1/6 - Tempat2 menarik di Tokyo
2/6 - Tokyo Kyoto
- Seightseeing
- Kyoto-Osaka
- Check-in Osaka
3/6 - Universal Studio
4/6 - Osaka Sighseeing
5/6 - check out. KIX-KUL.

Perlukan quotation hotel di Tokyo & Osaka?. Sila berikan spesifikasi/harga yg diperlukan.

Terima kasih.

siti sofini che ismail said...

Assalamualaikum....
sy merancang nak ke tokyo blan 10 nie, untuk visa n insurans perjalanan sy kena buat kat mn yer? saya ada tgk pakej by airasia tuk hotel n penerbangan.... boleh percaya tak?

tomo dachi said...

Waalaikumsalam.

Terima kasih atas pertanyaan.

1. Visa di Kedutaan Jepun di KL atau JB, Penang atau Kota Kinabalu mengikut alamat passport.

2. Insuran boleh dibuat di mana2 agen insuran perjalanan

3. Pakej AirAsia boleh dipercayai.

4. Jika mahu SAYA buatkan visa, insuran dan JR Pass pun boleh. Mohon emel details kepada sales@tomodachi.my

Terima kasih.

Wen Suhaili said...

assalamualaikum..sy akan kej jepun dari 27-2 jun nie..so pergi berdua ngn member..mohon tips perjalanan yg murah tp boleh melawat tpt menarik di sana. tq

muhamadbinali san said...

Wen;

Pertamanya Wen perlu rancang perjalanan. Hendak kemana dan melihat apa. Setelah perancangan perjalanan disiapkan, bolehlah tengok destinasi mana patut pergi dulu dan yg mana kemudian utk jimatkan kos perjalanan.

Jika perjalanan dalam Tokyo sahaja, elok dibeli pas harian. Boleh kemana sahaja dari tren pertama hingga tren terakhir.

Jika perjalanan di seluruh Jepun, wajib beli JR Pass (mesti dibeli di Malaysia). Ia sangat menjimatkan.

Sekian, harap membantu.

Anonymous said...

Nak tanya JR Pass tu kat Malaysia beli di mana sebab minggu hadapan saya akan berangkat ke Tokyo

Anonymous said...

Salam,saya akan ke Tokyo bulan depan.Kalau saya turun ke Haneda airport,apakah transport paling sesuai untuk pergi ke city center?Satu lagi kami belum booking hotel lagi ingin bertanya jika perjalanan kami 5hari 4 malam bagaimanakah kami patut menghabiskan masa adakah cukup untuk pergi ke tempat-tempat lain selain Tokyo?Kami belum yakin lagi dengan itenarary yg patut di lakukan ketika di sana sebab tu masih tertangguh lagi untuk book hotel.tolong emel kpd saya.terima kasih banyak sitiaisyah.affendilee@gmail.com

muhamadbinali san said...

JR Pass boleh dibli di JAL Office di KL dan 2 lagi travel agent.

muhamadbinali san said...

Dari Haneda ke city center.... Jika ke hotel yg disenaraikan elok Gina limosin bus. Jika destination lain, tren Lehigh umrah.

Anonymous said...

salam..sy puan hanim

sy telah mendapat hadiah return air fight ticket ke japan. jd berapa anggaran paling murah jika sy hendak ke sana berdua, just utk shopping dan pergi disney tokyo? boleh advise?

muhamadbinali san said...

Salam;

Paling mahal di Jepun ialah penginapan. Selepas itu pengangkutan.

1. Penginapan paling murah untuk 2 orang ialah di ryokan (hotel tradisional Jepun). Sekitar Yen3000 (RM100) semalam sebilik berdua.

2. Pilihan lain ialah tinggal hotel berdekatan Narita. Ia lebih murah berbanding di Tokyo dan dekat dengan Disneyland

3. Pengankutan boleh beli JR Daily Pass. Yen1000 (RM35) sehari.

4. Makan biasalah....

5. Tiket Disneyland dalam RM250

Paling murah RM1000 masih bpleh pergi...


https://www.facebook.com/TravelogJepun

Thanks.

KUREKURE COMEL said...

assalam, sy mahu ke jepun dlm bln 3 thn depan...dari nagoya ke osaka jauh ye..

sy hanya mahu ke namba, kyuto dan nara shj...agaran kosnya brape ye...

muhamadbinali san said...


Nagoya ke Osaka dalam 180km. Perlu 2 jam dengan keretapi.

Anggaran kos jika gunakan khidmat tour guide ialah RM2,500 seorang termasuk pengangkutan dan penginapan.

Jika pergi sendiri, reserve RM100 semalam utk penginapan dan RM80 utk pengangkutan domestik.

Anonymous said...

assalaam...sya,suami dan sorg kwn akan pergi ke japan bulan mac 14..15hb hingga 20hb dan kami akan landing di narita...bole tak suggest kan apartment 2 bilik yg ada tempat masak..anggaran rm250 ke bwh semlm...

Hanani Mohd Ali said...

Assalamualaikum, saya nak tanya saya planning nak ke Japan August 2014, In Osaka out Tokyo. Boleh tak suggest untuk email atau website ryokan yg paling murah di Osaka dan Tokyo yg berhampiran dengan train. dan tips2 lain untuk yg paling budget. terima kasih

muhamadbinali san said...

Salam,

Oh.... saya juga akan ke Jepun pada bulan Ogos, ia itu 26 Ogos hingga 1 September. Ia adalah bagi ekspedisi memanjat Gunung Fuji.

OK .... Ryokan di Jepun pada masa ini bukan merupakan penginapan yg paling murah. Ini adalah kerana sudah wujudnya hotel2 murah yg dikategorikan sebagai hostel di Jepun (setaraf dengan homestay di Malaysia).

Cuba semak Sakura hotel di Tokyo dan juga Osaka.

BTW .... ini adalah 1 link ryokan yg masih murah: http://www.kimiryokan.jp/

Terima kasih.

Ju Julie said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam akak. Saya dan kawan2 akan adakan program akademik dan sains ke Ti-Tech tetapi kami masih mencari tempat tinggal dan transport serta guideline semasa ke sana.
Pihak Jepun hanya menyediakan program sahaja.
Jadi kalau boleh saya nak dapatkan contact num agensi pelancongan yang boleh membantu kami.

Mohon akak email saya. Nanti saya akan beri contact num.

anisashahida@yahoo.com

Anonymous said...

Salam yang empunya blog.semoga dlm keadaan sihat dan ceria.saya cuma nak mintacontact no.bila bila senang saya akan call untuk perkhidmatan atau informasi ke jepun.harap dapat emailkan pada hafeezulza@gmail.com atau sms ke no.saya.0146666590.hafeez.tyvm.salam

Anonymous said...

salam.. sy nak minta recommendation tuan empunya blog.. trip kami ni lebih kurang 5 hari. cadangan awal kami adalah seperti;
KL-Nagoya : 12 July
Nagoya-Toyohashi : 14 July
Toyohashi-Nagoya : 15 July
Nagoya-KL -16 July
Soalan saya;
1. cadangan transportation paling murah untuk kami pegi ke toyohashi drpd Nagoya?
2. perlu ke kami bli JPass daripada malaysia untuk ke toyohashi?
3. cadangan penginapan murah utk kami semasa di Nagoya kalau boleh, yang dekat and senang untuk ke airport?

harap dapat emailkan pada liyana.kamal@yahoo.com.. terimakasih. =)