Labels

Friday, August 15, 2003

PELAJAR SASTERA JADI DOKTOR

PELAJAR SASTERA JADI DOKTOR

Tajuk muka depan akhbar tempatan hari ini ialah mengenai pelajar sastera jadi doktor. Ia didedahkan oleh Kementerian Pendidikan di mana terdapat pelajar aliran sastera atau yang tidak lulus matapelajaran sains di Malaysia yang diterima masuk ke universiti di Ukraine dalam jurusan perubatan. Ini berlaku kerana salah faham mengenai sistem pendidikan di kedua-dua negara. Kononnya gred "9" di Ukraine adalah yang paling tinggi walhal di Malaysia ia adalah gagal.

Adakah perkara itu yang harus menjadi isu?. Salahkah jika pelajar aliran sastera diterima masuk dalam fakulti perubatan dan jika beliau berjaya dalam semua peperiksaannya akan dilantik sebagai doktor (pegawai perubatan)?. Salah atau tidak?. Saya percaya ramai juga di kalangan Pegawai Sistem Maklumat (PSM) sendiri yang bukan hanya dari aliran sastera semasa di sekolah, malahan juga belajar dalam aliran bukan sains di universiti dan akhirnya diterima sebagai PSM.

Bagaimana pula jika seorang jurutera?. Saya mempunyai seorang kawan yang bersekolah dalam aliran sastera, tetapi diterima masuk dalam fakulti kejuruteraan dalam universiti tempatan dan kini menjadi seorang jurutera. Salah ke?. Kawan saya itu memang seorang pelajar yang cerdas. Kami sama-sama belajar dari sekolah rendah hingga ke tingkatan 3. Selepas SRP, saya dipilih ke sekolah berasrama penuh dalam aliran sains. Beliau tidak terpilih dan cikgu kami menasihati beliau dengan katanya "gred 1 SPM sastera adalah lebih baik dari gred 3 sains". Berbekalkan kata-kata tersebut, beliau masuk aliran sastera dan ambil matapelajaran sastera di samping sains am beserta matematik (Pelajar aliran sains akan ambil biologi, kimia, fizik, matematik dan matematik tambahan). Akhirnya beliau dapat gred 1 (saya juga) dan diterima masuk ke universiti (program diploma dan seterusnya ijazah kejuruteraan). Kini beliau sebagai seorang jurutera "sastera" yang berbahagia.

39 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum, Saya Syakirah.. Saya adalah pelajar aliran akaun.. Saya berniat untuk menukar haluan saya dr akaun menjadi doktor..Boleh x Tolong terangkan Kat Saya cara2 utk Saya jadi doktor.. Means Saya kene buat ape slps dpt result spm?

mba2u said...

waalaikumsalam
1. pastikan dapat keputusan cemerlang dalam spm
2. cemerlang SPM hingga boleh ke luar negara
3. lepas SPM search MEDICAL School luar negara

seketul khaleeda said...

Saya pekajar sastera.. boleh ke nak jadi doktor? Saya pernah tanya cikgu saya boleh lagi ke nak menjadi seorang doktor. Taoi cikgu saya cakap "awak kuburkan je lah impian awak tu".

Unknown said...

Assalam.. saya pelajar sastera dan saya ingin jadi pakar bedah... apa yang saya perlu lakukan setelah habis spm ? nk minta pendapat .

Unknown said...

Assalam , nk tnya kalau jdi pelajar dri aliran kejuruteraan macam mana nk tukar bidang ke kedoktoran ? ape yg kena bt after spm

Unknown said...

Saya spm2017,dan saya dapat 1A 4B 3C,,anak2 kwn mak dn ayah semua letopp..dn mulalah isu bawang di keluarkn...kepada yang berkurangan bajet boleh amik STPM..macam saya amik diploma di MSU....

siapa yg minat nak jadi doktor but korang dari aliran sastera..korang boleh follow this step but korang akan menua di dalam university dan umo nak masuk 30 baru buat housementship

(Diploma medical laboratory 3 years> Bachelor (hons) Biomedical Science 4 years cgpa (3.5 or 3.8 xingt) MUET band 3 or 4 n above > MBBS 5 years (kalau tak masuk repeat lagi) )

And siapa yang dari aliran sains stream (sains stream jimat masa sikit lah) but spm macam kureng sikit but nak jadi doktor...korang boleh cuba (Diploma medical laboratory 3years MuET band 3 or 4,CGPA for diploma mustbe 3.8(tak silap,klo x maybe 3.5)

Unknown said...



siapa yg minat nak jadi doktor but korang dari aliran sastera..korang boleh follow this step but korang akan menua di dalam university dan umo nak masuk 30 baru buat housementship

(Diploma medical laboratory 3 years> Bachelor (hons) Biomedical Science 4 years cgpa (3.5 or 3.8 xingt) MUET band 3 or 4 n above > MBBS 5 years (kalau tak masuk repeat lagi) )

And siapa yang dari aliran sains stream (sains stream jimat masa sikit lah) but spm macam kureng sikit but nak jadi doktor...korang boleh cuba (Diploma medical laboratory 3years MuET band 3 or 4,CGPA for diploma mustbe 3.8(tak silap,klo x maybe 3.5)

Unknown said...

Aslmkm. Sya nak tanya klau pelajar dri aliran sains sukan boleh jadi doktor kah? Sebab saya amat berminat nak jdi doktor perubatan.

Anonymous said...

Assalam. Saya nak tanya . saya mengambil subjek elektif sains tambahan & keputusan saya A. Dapat tak jadi doktor? Or medical assistant? Boleh tolong recommend subjek elektif apa yg sya harus ambil kalau msuk ting6?

Harap jawab :(

Anonymous said...

Assalamualaikum Saya dari aliran sastera.saya berminat nak jadi doktor haiwan atau doktor Gigi.ada Cara x Saya untuk jadi doktor haiwan atau doktor Gigi?

Unknown said...

Sy dr aliran sastera juga tapi saya nak jadi doktor spikiatti adakah itu juga punca saya tidak bole menjadi seorang doktor?

Unknown said...

Ada whatsapp tak?

Anonymous said...

Saya pelajar aliran agama dan saya brminat utk mnjadi seorg doktor tetapi sya tidak brminat utk blajar ke luar negara...apa yg prlu sya lakukan utk mnjdi doktor kluarn universiti tempatan ?kemanakah hala tuju sya slps spm...mohon beri pencerahan kpd sya...

Unknown said...

Assalamualaikum, sy nk jadi doktor tpi sy tak ambil subjek fizik. Adakah sy masih boleh menjadi doktor?

Unknown said...

Asalam, saya pljr aliran sisters tpi nk jdi medical assistant, bleh ke?

Unknown said...

Hai boleh ke budak kelas sains rumah tangga (SRT) jadi doktor saya memang btl ii nk jadi doktor itu lah impian saya dari kecil boleh ker lps spm nk pergi kolej or universiti lepas tu pilih aliran sendiri ataupun kolej atau universiti tu yg pilih kan

Unknown said...

Nice speecher

Unknown said...

Sya pun sama MCM kw tpi dri aliran sains sukan

Ain said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Hai saya shu dari aliran akaun saya menang minat nak jadi doktor tapi lepas pt3 cikgu saya tak benar kan saya memilih untuk ke aliran sains katanya bakat saya lebih kepada akau tapi s dah 1 tahun lebih saya cuba minat akaun tapi tak boleh.. Bila tanya cikgu.cikgu cakap tak payah lah bermimpi. Boleh bagi cara macam mana nak jadi doktor saya betul² minat

Unknown said...

Hi , saya pelajar perniagaan dan nak jadi doktor , doktor adalah impian saya dari kecik lagi , saya gagal pt3 math dan sains last year, dan terpilih kelas perniagaan dan geografi this year, ap yang saya perlu lakukan selepas spm ??? , saya nak tahu sangat2 , haral ada yang nak balas , terima kasih :)

Unknown said...

Sya setuju dgn cg awak

Unknown said...

Assalamualaikum klau aliran sains sukan boleh Ka jadi doktor?

Unknown said...

Saya dari aliran perniagaan boleh ke saya nk jadi doctor if tak ambil sains tulen dgn add math?

Unknown said...

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum saya nk tnya klau ambil bidang ekonomi..
Boleh tak sya jdi doktor haiwan sbb sya tgk ..bidg ni kena ambil fizik,kmia ,biologi..sya nk ambil aliran sains tpi tak lepas..mohon pencerahan,terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum , sya pljr sastera dkt tingkatan 6 , tp tp sya mw msuk u bahagian perubatan atau nurse ,, jdi mcm mna ya ?

Unknown said...

assalamualaikum, sy pljar skolh agama dan skolah saya tiada aliran sains tulen . tapi saya nak jadi doktor . adakah saya perlu bertukar skolh ?

Unknown said...

Assalamualaikum,nak Tanya..Jika Saya mengambil aliran sains tambahan..bolehlah Saya menjadi doktor..Tolong terangkan Hala tuju selepas SPM yang perlu Saya ambil?

Unknown said...

Assalamualaikum,Saya Aqilah..saya Dan kawan saya nak jadi doktor tapi kami berdua aliran sains tambahan Dan perniagaan di tingkatan 5..Jadi Saya nak Tanya,bolehkah Saya Dan kawan Saya menjadi seorang doktor?Tolong terangkan Hala tuju selepas SPM😁

Unknown said...

GREEN LIGHT

nicholas said...

Join the Illuminati to become rich and famous are you business,Man or woman, politician,you need a promotion in office.are you,musician,pastor,lawyer,actor,actress,banker army and you want to be on top and become rich and famous here is the solution grand to get higher in life and position of your job here is your chance now.You can achieve your dreams by being a member of the Great organisation so that all your dreams and heart desire can be fully in life.if you really want to be a member of the great organisation, contact us every new members are entitled with  sum of 10 millions and a brand new car of your choice and Golden talisman Ring and membership card and a free visa to travel to any country of your choice. in this organisation will help each other and protect each other too.if have any problem regarding anything someone fight what blog to you will are going to fight the person together.if you are interested contact us now whatsapp +2347051758952 or morganilluminatirich@gmail.com do not be afraid no human sacrifice if you also want to be brilliant person
pls publish my comment

Anonymous said...

Jika kita bersekolah di SMA/SMKA boleh jadi doktor ke?

Unknown said...

Assalamualaikum saya dari aliran perniagaan dan sains rumah tangga, cita cita saya dari kecik nak jadi doctor, bagaimana saya mahu menacapai cita cita saya itu?

wahid said...

hi , if sya ambil diploma sains then mau ambil degree medic tpi teda bio fizik kimia , bole ke sya retake spm balik utk ambil 3 subjek ni je?

Anonymous said...

Asslm Kalau dari aliran seni boleh ke jadi MA?

Anonymous said...

Hi, saya aliran akaun, tapi saya minta jadi veterinar. Tapi takde ambil sub bio dgn kimia. Macam mana pulak tu?

Anonymous said...

Hai assalammualaikum. Saya memang dari aliran sains stream. SPM saya bio fizik addmath tak kredit. Matematik pun tak kredit. Saya nak repeat paper. Saya berminat nak jadi seorang doktor. Tapi tak ambik kimia. Layak ke saya ?

Anonymous said...

Saya pelajar tingkatan 4 tahun ini.. Saya ingin menjadi doktor. Saya mendapat aliran perniagaan.. Masih saya boleh jadi doktor?