Labels

Monday, August 18, 2003

JEPUN - Apa Pandangan Anda?

JEPUN - Apa Pandangan Anda?

Sabtu lepas saya ke hotel Corus, Jalan Ampang kerana menerima 4 orang pelajar dari Jepun sebagai anak angkat. Pelajar-pelajar ini dibawa oleh JICA ke Singapura dan Malaysia sebagai hadiah atas kemenangan mereka dalam pertandingan menulis karangan. JICA Alumni sebagai tuan rumah menguruskan soal mencari keluarga angkat bagi mereka. Tiga gadis dan seorang jejaka (14-17 tahun).

Semua tiga gadis Jepun ini berbaju kurung dan membawa kain tudung. Harapan mereka ialah supaya ibu-bapa angkat mereka mengajar mengenakan kain tudung tersebut...

Bercakap fasal Jepun, apakah tanggapan anda?:

1. "Jepun ingin menjajah semula Malaysia dengan kuasa ekonomi mereka, sebagaimana mereka menjajah Malaya dalam perang dunia kedua dulu"
2. Orang Jepun akan berkata YA (hait) dalam semua perkara, walaupun belum tentu YA atau TIDAKnya
3. Jepun adalah negara paling bersih dan hampir tiada jenayah.

No comments: