Wanita Lebih Ramai
Satu berita menyebut bilangan wanita dalam semua perkhidmatan profesional seperti doktor, jurutera dan sebagainya adalah jauh lebih rendah daripada lelaki, kecuali akauntan.
Satu lagi berita dari punca lain menyebut 75% daripada pegawai dan kakitangan dalam skim ICT kerajaan adalah wanita. Malahan semua polisi penting ICT negara diterajui oleh wanita.
Apa yang boleh disimpulkan dari dua berita ini ialah, skim ICT masih lagi belum diiktiraf sebagai profesional. Ia adalah tepat memandangkan tiada sebarang akta yang khusus kepada penjawat ICT di negara ini pada masa ini. Akta tandatangan digital dan hakcipta adalah terlalu umum.
No comments:
Post a Comment