Labels

Tuesday, August 12, 2003

SEMANGAT DAN ERTI KEMERDEKAAN

SEMANGAT DAN ERTI KEMERDEKAAN

Ogos pada setiap tahun adalah merupakan bulan merdeka. Pelbagai aktiviti diadakan ke arah menyambut hari kemerdekaan. Sebahagian daripada kita tidak menghairaukan sangat tentang sambutan hari kemerdekaan ini. Agaknya jika 31 Ogos tidak diistiharkan sebagai cuti umum, mungkin mereka ini tidak sedarpun ia adalah tarikh sambutan hari kemerdekaan. Sebahagian yang lain pula nampaknya bersungguh-sungguh sangat dalam menyambut kemerdekaan ini. Hinggakan ada yang membalut kereta dengan bendera, mengibar bendera di sana-sini, di sana-sini memacak bendera. Sesekali terfikir juga, adakah mereka ini telah memerdekakan diri mereka sendiri daripada diselimuti bendera ini. Ini tidak termasuk premis perniagaan yang memang diwajibkan memasang dan mengibar bendera oleh majlis bandaran.

Apabila kita berada di negara sendiri, biasanya kita tidak terasa sangat akan tarikh kemerdekaan ini. Namun apabila berada di luar negara, tarikh kemerdekaan adalah sesuatu yang penting. Hari kemerdekaan adalah suatu perkara besar. Hari penting. Hari keramat. Semasa di Jepun tiga-empat tahun dulu, pada pagi 31 Ogos, MBA banyak menerima ucapan tahniah dari kawan dan rakan di sana. Mula-mula terasa asing juga sebab di negara sendiri sudah tentu kita tak pernah menerima ucapan tahniah sebegini, namun lama kelamaan, fahamlah akan budaya merdeka ini. Malahan institusi pengajian itu juga beberapa kali membuat pengumuman melalui pembesar suara bahawa hari tersebut ialah hari kebangsaan Malaysia. Kebetulan mba adalah satu-satunya peserta dari Malaysia pada tarikh tersebut.

Merdeka!.. Merdeka!! … Merdeka!!!



mengibar jalur gemilang sendirian di okinawa international centre (oic)

No comments: